Anda di halaman 1dari 27

UNIT 1

PENDEKATAN DAN TEORI DALAM SENI


OBJEKTIF
Pada akhir unit ini, pelajar diharap dapat :
1.
2.
3.
4.

1.0

Menjelaskan maksud am seni kanak-kanak.


Mengenalpasti teori-teori seni klasik.
Mengenalpasti teori-teori seni kontemporari
Mengaplikasi pendekatan dan teori pembelajaran dalam pendidikan seni kanak-kanak

PENGENALAN

ernahkah anda melihat kanak-kanak melukis atas sekeping kertas dengan kedua belah
tangan yang berwarna, atau menggunakan hujung jari melalui warna untuk membuat
tulisan? Atau memerhatikan kanak-kanak membentuk lingkaran yang banyak dengan
krayon? Jika ya, maka anda telah melihat tumpuan dan ekspresi gembira seni yang diterokai di
wajah kanak-kanak ini. Anda telah menyaksikan seni kreatif dalam proses!
Lukisan kanak-kanak pada kebiasaannya, dapat dilihat di sekolah-sekolah tadika,
sekolah rendah dan menengah. Tidak banyak para pendidik seni di Malaysia memikirkan
perkembangan lukisan kanak-kanak tersebut. Di Barat tokoh-tokoh pendidik seni telah banyak
membuat kajian lukisan kanak-kanak. Di antaranya ialah Rhodda Kellog, Victor Lowefeld,
Hebert Read, Brent & Majorie Wilson, Me Fee dan lain-lain lagi. Menurut pendidik-pendidik seni
di Barat lukisan kanak-kanak memperlihatkan perkernbangan psikologi dan intelek kanak-kanak.
Mereka membesar bersama-sama imej lukisan yang dilahirkan.
Kanak-kanak menyukai seni kerana ia menyeronokkan dan memberikan mereka ekspresi
diri yang sebenar: kebebasan pilihan, fikiran dan perasaan. Bagaimanakah pentingnya seni
dalam perkembangan manusia kanak-kanak? Apakah gambaran yang cuba ditonjolkan
mengenai kanak-kanak yang mencipta sesuatu seni? Seni kanak-kanak adalah pelbagai kepada
pebagai individu. Misalnya, ibu bapa, seni adalah paparan imaginasi anak mereka. Untuk
pendidik , ia adalah satu alat mengajar. Untuk ahli psikologi , seni adalah satu cara untuk
memahami minda kanak-kanak. Untuk nenek atau datuk, ia adalah satu cara untuk berasa
sepunya. Kepada pustakawan , ia satu cara untuk meningkatkan pengetahuan buku. Untuk
kanak-kanak, seni adalah satu cara untuk berseronok, membuat keputusan, dan menyatakan
pilihan.

Seni membawa maksud sesuatu yang halus, molek atau elok. Seni adalah suatu ciptaan
atau ekspresi terhadap sesuatu yang dianggap indah. Memenuhi keperluan naluri estetik dan
fizikal manusia yang dipengaruhi keperluan-keperluan naluri keagamaan, kebudayaan, ruang,
masa dan keadaan tertentu. Seni berperanan yang bersifat psikologi dan sosiologi dan
mempunyai hubungan dengan seni visual, seni persembahan seperti seni muzik dan seni tari.
Seni visual adalah meliputi aktiviti melukis dan mewarna, aktiviti kraf, teknik merekacorak dan
rekaan serta teknik bentuk bina. Seni persembahan untuk kanak-kanak pula meliputi aktiviti
muzik, pantun, sajak, drama, tarian dan pergerakan kreatif. Manusia melahirkan sesebuah hasil
seni melalui perasaan, pengalaman dan rangsangan

1.1

TEORI DALAM SENI

1.1.1 Teori Seni Klasik


Teori Seni Klasik Plato, Aristotle, Socrates menekankan kesejagatan, keabadian, dan kebenaran.
Kesejagatan merupakan nilai rentas budaya tanpa mengira ras, ruang dan waktu serta nilai
kehidupan sesuatu masyarakat. Keabadian merupakan konsep kehidupan yang berkekalan
daripada segi fizikal dan juga nilai, sikap dan kerohanian. Kebenaran pula dikaitkan dengan
kemanusiaan yang berkaitan dengan keadilan, tatasusila dan kebijaksanaan.
Seni bagi Plato adalah suatu peniruan. Idea ini masih sangat kuat dalam zaman
Renaissance sehingga lewat abad kesembilan belas apabila idea seni sebagai tiruan mula pudar
daripada estetika barat, diganti dengan teori-teori tentang seni sebagai ungkapan, seni
komunikasi, seni bentuk yang tulen, seni sebagai apa sahaja yang boleh menimbulkan satu
tindak balas "estetik", dan beberapa teori yang lain. Plato juga melighat bahawa seni itu
berkuasa, maka ianya berbahaya.
Puisi, drama, muzik, lukisan, tarian, semuanya
membangkitkan emosi. Seni mampu menggerakkan manusia, mempengaruhi tingkah laku, dan
karakter. Atas sebab itu Plato menegaskan bahawa muzik (terutamanya muzik), bersama-sama
dengan puisi dan drama dan seni yang lain, harus menjadi sebahagian daripada pendidikan
golongan muda di zamannya tetapi secara terkawal.
Sama seperti tulisan-tulisan Plato mengenai hal seni sebagai peniruan, Aristotle juga
mentarifkan seni sebagai kesempurnaan dan meniru alam semula jadi. Seni bukan sahaja
tiruan tetapi juga menggunakan idea matematik dan simetri dalam mencari kesempurnaan dan
masa tanpa sempadan. Alam ini penuh dengan perubahan, pereputan dan kitaran, tetapi seni
boleh juga mencari apa yang kekal dan sebab-sebab pertama fenomena semula jadi. Aristotle
menulis idea mengenai empat punca dalam alam semula jadi. Punca utama adalah seperti satu
pelan tindakan, atau idea kekal. Punca kedua ialah bahan, atau apa perkara yang dibuat
daripada. Punca ketiga ialah proses dan ejen, di mana artis atau pencipta mencipta sesuatu
perkara. Manakala, punca keempat adalah baik, atau tujuan dan akhir satu perkara, yang
dikenali sebagai telos.

1.1.2 Teori Kosmologi


Teori Kosmologi adalah berkaitan dengan alam semester. Kosmologi melibatkan fenomena
dalam ruang dan masa meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan manusia
2

dalam ruang tersebut. Hubungan manusia dengan alam akan mencetuskan kreativiti dan
keupayaan luar biasa untuk menghasilkan karya seni.
1.1.3 Teori Seni Kontemporari
Seni kontemporari mula membentuk identiti, stail dan teknik tersendiri. Teori seni kontemporari
yang dibincangkan meliputi Teori Erwin Panofsy dan Teori Susanne K.Langer.
1.1.3.1

Teori Erwin Panofsky (1892 1968)

Edwin Panofsky

Erwin Panofsky (30 March 1892 14 March 1968) adalah seorang ahli sejarah seni German.
Hasil kerjanya memberi pengaruh yang tinggi dalam kajian akademik moden mengenai
ikonografi. Pernyataan ikonografi membincangkan tentang objek dan makna. Terdapat tiga
tahap pemahaman seni- sejarah oleh beliau iaitu:
Perkara asas atau semulajadi: Ini merupakan level pemahaman yang paling asas. Ia
merupakan persepsi terhadap sesuatu hasilan tulin. Contohnya, lukisan Perjamuan Akhir (Last
Supper). Jika kita berhenti di lapisan pertama, gambar tersebut hanyalah dianggap sebagai
gambar yang terdiri daripada 13 lalaki yang duduk di meja. Tahap pertama adalah tahap
pemahaman paling asas berkaitan dengan pemahaman karya seni tanpa penambahan pada
pengetahuan budaya.
Perkara kedua atau konvensional (ikonografi): Lapisan ini bergerak selangkah ke
hadapan dan membawa kepada pengetahuan persamaan budaya dan ikonografi. Sebagai
contoh, seorang penonton Barat akan memahami bahawa lukisan daripada 13 lelaki di seluruh
meja akan mewakili Perjamuan Akhir. Makna atau kandungan (iconology) tinggi atau

intrinsik: Tahap ini mengambil kira sejarah peribadi, teknikal, dan budaya ke dalam
pemahaman sesuatu karya. Ia melihat seni bukan sebagai peristiwa terasing tetapi
sebagai produk alam sekitar sejarah. Bekerja dalam peringkat ini, ahli sejarah seni
boleh bertanya soalan-soalan seperti "kenapa artis memilih untuk mewakili Perjamuan
Terakhir dengan cara ini?" Pada dasarnya, ini lapisan terakhir ini adalah bercorak
sintesis, ia adalah ahli sejarah seni bertanya "apakah maksudnya?"

1.1.3.2

Teori Susanne K. Langer (1895-1985)

Susanne K. Langer

Susanne K. Langer, seorang ahli falsafah minda dan seni dari Amerika, menyatakan bahawa
seni dapat ditakrifkan sebagai aktiviti menciptakan bentuk-bentuk yang dapat difahami atau
dipersepsi yang mengungkapkan perasaan manusia. Falsafah Langer adalah meneroka minda
manusia yang berterusan memproses memberi-makna melalui kuasa melihat satu perkara
dalam perkara yang lain yang seterusnya menlahirkan idea-idea spontan.
Langer menolak teori peniruan Plato kerana bagi Langer hasil seni itu adalah satu
ekspresi, ungkapan dan ilusi pengkaryanya. Langer menyatakan bahawa bentuk adalah
menjadi tumpuan utama dalam falsafah seni. Dalam seni visual bentuk merujuk kepada
kejelasan, struktur dan kesatuan. Manakala, dalam muzik bentuk merujuk kepada simfoni.
Beliau menyarankan pengkarya seni perlu mengaplikasi teknik yang pelbagai dalam karya-karya
masing-masing. Langer berpegang pada tujuh konsep dalam karya seni iaitu bentuk abstrak,
ekspresi, perasaan, lambang, ilusi dan imej. Konsep bentuk lambing, abstrak, ekspresi,
perasaan adalah berkaitan dengan takrif seni manakala konsep ilusi dan imej lebih kepada
fungsi dalam sesebuah karya.
1.2

APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN SENI

Teori-teori pembelajaran merupakan kerangka konsep yang menerangkan bagaimana


maklumat diserap, diproses, dan dikekalkan semasa proses pembelajaran. Kognitif, emosi,
pengalaman terdahulu, dan alam sekitar mempengaruhi bagaimana pemahaman, atau
pandangan terhadap dunia, diperoleh atau berubah, dan pengetahuan dan kemahiran
dikekalkan. Pengaplikasian sesuatu teori dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah
asas kepada pengajaran yang bertindak sebagai panduan kepada keperluan kanak-kanak.
Apabila guru Pendidikan Seni memahami teori seni dan teori pembelajaran kanak-kanak
maka ia akan memberikan manfaat dalam proses pengajaran-pembelajaran. Pendekatan yang
diketengahkan ialah pendekatan konstruktivis, teori sosial-interaksi Piaget dan teori Gestalt.

1.2.1 Pendekatan Konstruktivis


Bruner telah menggariskan tiga prinsip utama di dalam konteks pembelajaran menggunakan
pendekatan konstruktivis.

Pengajaran perlu menitikberatkan pengalaman pelajar serta mengikut konteks


kesanggupan pelajar untuk belajar (kesediaan).
Pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh pelajar
dengan mudah (organisasi).
Pengajaran perlu dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu (melangkaui
maklumat yang dibekalkan guru).

Kaedah ini mengaplikasikan empat cara tertentu di dalam penyampaian sesuatu topik.

Menekankan perbezaan iaitu melatih pelajar agar bijak membezakan jenis dan sifat
maklumat yang diterima.
Menstruktur maklumat agar lebih mudah diterima dan difahami
Susunan paling berkesan di dalam menyampaikan material pengajaran
Sifat dan bentuk ganjaran (reward) atau hukuman (punishment) yang akan dikenakan
sekiranya pelajar berjaya atau gagal melakukan sesuatu.

1.2.2 Teori Sosial-Interaksi Piaget


Piaget seorang ahli epistemologi genetik di dalam bidang biologi dan falsafah telah
merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir,
cuma kanak-kanak dewasa mempunyai lebih pengalaman yang mengasah minda mereka.
Jawapan kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka
yang berbeza. Prinsip penyelidikan biologinya :
(a) Penyerapan (Assimilation) dan Ubahsuai (Accommodation)
Piaget menjelaskan dua proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam
menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran, iaitu asimilasi (assimilation) dan akomodasi
(accommodation). Kedua-dua proses ini sentiasa berlaku dalam diri individu dan sentiasa
menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Hasil daripada penyelesaian kepada
ketegangan ini akan mempengaruhi perkembangan kognitif.
(b) Refleksi, Skema, Struktur dan Hierarki
Piaget juga mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkan dengan skema fungsi yang
dikenali sebagai refleksi. Refleksi pada bayi ini berfungsi dalam membantu menyesuaikan diri
dengan persekitaran yang baru (daripada dunia janin ke dunia sebenar). Apabila bayi mula
biasa dengan persekitaran yang baru, refleksi ini akan digantikan dengan skema tersusun.
Perkembangan kebolehan kognitif dan aplikasi pendekatan Teori Sosial-Interaksi Piaget
dalam pembelajaran dapat dilihat dalam huraian berikut:

(a) Peringkat Deria-Pergerakan (0-2 Tahun)


Kanak-kanak masih belum dapat menguasai simbol ataupun bahasa untuk menamakan objek di
sekitarnya. Satu-satunya cara interaksi dengan persekitaran ialah melalui kesan deria dan
gerak-gerinya. Apabila umur bayi meningkat 10 bulan, bayi tersebut mula memahami konsep
kekal (permanence) iaitu kesedaran bahawa walaupun sesuatu objek hilang daripada
pandangannya, objek tersebut tidak ghaib begitu sahaja.
(b) Peringkat Pra-olahan (2 6 Tahun)
Di peringkat ini, kanak-kanak telah mula menguasai bahasa dan menggunakan nama untuk
panggilan objek di sekelilingnya. Walaupun begitu, penguasaan ini masih baru dan terbatas
dan akan berkembang sepenuhnya sehinggalah kanak-kanak tersebut mencapai peringkat
pengolahan formal.
Imaginasi kanak-kanak adalah sangat tinggi pada peringkat pra-olahan, iaitu apabila
kanak-kanak mencapai umur dua hingga enam tahun. Adalah penting bagi guru-guru
prasekolah ataupun ibu bapa menggalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi kerana secara
tidak langsung ia juga akan menggalakkan daya cipta kanak-kanak.
(c) Peringkat Pengolahan Konkrit (7 11 Tahun)
Kebolehan kanak-kanak menguasai konsep pengekalan tentang paduan, nombor, berat dan
padatan. Kebolehan ini membantu mereka memahami konsep lain yang lebih rumit seperti
susunan angka, pengklasifikasian bahan mengikut sifat, serta kemampuan melihat sesuatu
perkara daripada pelbagai perspektif.
Di peringkat ini, kanak-kanak mempunyai kepetahan bercakap yang sangat tinggi dan
sentiasa ingin bertutur untuk menarik perhatian. Namun begitu, di dalam kelas yang sama
mungkin ada sebilangan kanak-kanak yang sangat petah bertutur dan sangat aktif, manakala
sebilangan lagi lebih suka mendiamkan diri.
d) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)
Kanak-kanak ini mencapai tahap kemuncak kecerdasan mental di penghujung zaman remaja,
namun kekurangan pengalaman mengehadkan pengetahuan dan kebolehan mereka untuk
menggunakan apa yang mereka tahu. Di peringkat ini juga, perkembangan fizikal kanak-kanak
adalah lebih pantas berbanding perkembangan mental apabila mereka mula melangkah ke awal
alam remaja.
Di peringkat ini, pelajar telah mula faham konsep-konsep abstrak dan mula membentuk
identiti diri. Mereka mula memahami kepentingan falsafah hidup dan prinsip, politik dan konsep
agama. Guru boleh membantu dengan mengadakan perbincangan dalam topic-topik ini agar
dapat dijadikan panduan oleh pelajar. Antara bentuk perbincangan ialah membantu dalam
menentukan hala tuju pelajar, persediaan yang perlu dilakukan serta menetapkan matlamat.

1.2.3 Teori Gestalt


Prinsip asas teori ini menitikberatkan keseluruhan daripada sebahagian. Dalam erti kata lain,
melihat sesuatu objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi makna yang lebih
mendalam daripada melihat komponen-komponen individu (tiang, lantai, dinding, pintu,
tangga). Proses melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif minda membuat
anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada
pandangan yang menyeluruh.
Hukum-hukum Teori Gestalt terdiri daripada :Hukum Pragnanz
Hukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapan dengan pengalaman yang
baru, persepsi individu tersebut adalah tidak teratur.
Hukum Persamaan (Similarity)
Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk difahami. Individu akan lebih cenderung
untuk mengklasifikasikan rangsangan yang mempunyai persamaan di dalam kumpulan yang
sama.
Hukum Keintiman (Proximity)
Mengikut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap rangsangan adalah berdasarkan elemen
jarak dan hubungan. Rangsanganrangsangan yang mempunyai hubung kait di antara satu
sama lain akan diletakkan di dalam kumpulan yang sama.
Hukum Lengkap (Closure)
Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untuk meletakkan rangsangan yang
telah lengkap di dalam kumpulan yang sama.
Hukum Kesinambungan Positif (Good Continuation)
Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah, dan pada masa
yang akan datang sifat yang sama akan dikekalkan. Contohnya, garis yang lurus dilihat sebagai
akan tetap lurus pada masa yang akan datang dan tidak akan berubah sifatnya.
Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character)
Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandangan mereka secara
keseluruhan terhadap sesuatu objek tersebut, dan bukannya melihat setiap bahagian daripada
keseluruhan objek tersebut.
Teori Gestalt juga mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan
banyak diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah. Di dalam konteks pembelajaran
7

seni visual, teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada produk atau hasil kerja tetapi
memberikan penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk itu sendiri.

TUGASAN/AKTIVITI
1.

Bagaimanakan pandangan Plato, Aristotal dan Socrates terhadap seni?

2.

Buat perbandingan antara Teori Klasik dan Teori Kontemporari.

KATA KUNCI
Teori Klasik

Pergerakan

Teori Kosmologi

Olahan

Teori Kontemporari

Konkrit

Plato

Formal

Aristotal

Teori Gestalt

Socrates

Pragnanz

Erwin Panosky

Persamaan

Susanne K.Langer

Keintiman

Pendekatan Konstruktivis

Lengkap

Teori Sosial-Interaksi Piaget

Kesinambungan positif

Ciri-ciri bahagian

RUJUKAN
Abdul shukor Hashim (Prof Dr.) (1999). Kajian Klinikal Lukisan Kanak-kanak Mengikut
Perkembangan. Suatu Kajian dan Penyelidikan. ITM, Shah Alam.
E.Stone. (2012). Reading in Educational Psychology. Learning and Teaching.
Library Edition: Education. New York.

Tahap

Routledge

Harry Sulastianto, dkk (2006). Seni Budaya. Untuk Kelas X Sekolah Menengah Atas
Berdasarkan Standard Kompetensi dan kompetensi Dasar 2006.
Penerbit
Graffindo Media Pratama.

MaryAnn F. Kohl (1994). Scribble Art: Independent Creative Art Experiences for Children
(Bright Ideas for Learning). Barnes & Noble.

Robert E. Slavin. (2011).


Educational Psychology: Theory and Practice (10th Edition).
Pearson Allyn and Bacon. USA

UNIT 2
TEORI KREATIVITI DAN PEMIKIRAN KREATIF
OBJEKTIF
Pada akhir unit ini, pelajar diharap dapat :
1.

Menjelaskan maksud kreativiti dan pemikirankreatif kanak-kanak.

2.

Mengenalpasti teori-teori yang berkaitan dengan kreativiti.

3.

Mengenalpasti strategi pengajaran yang berkesan untuk mempertingkatkan kreativiti


kanak-kanak.

2.0

PENGENALAN

Kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap kreativiti dan pemikiran kreatif.
Dalam unit ini, kita akan membincangkan kreativiti dan pemikiran kreatif kanak-kanak dalam
aktiviti seni visual dan juga seni persembahan. Selain itu, idea pemikiran kreatif kanak-kanak
juga diperkenalkan untuk membantu anda merancang aktiviti-aktiviti seni yang dapat
meningkatkan kreativiti kepada kanak-kanak.

2.1

KREATIVITI

Walaupun pada amnya perkataan kreativiti biasa dikaitkan dengan bidang seni, ia digunakan
dalam berbagai cara dalam berbagai konteks. Akibat sifat kompleks konsep kreativiti, berbagai
teori telah dikembangkan bagi tujuan menjelaskannya. Oleh itu terdapat berbagai definasi
kreativiti. Ada kalangan yang mengatakan kreativiti adalah anugerah semulajadi tuhan yang
tidak boleh dipelajari. Ada pula yang mengatakan kreativiti boleh dikembangkan dan mereka
membentangkan cara-cara meningkatkannya.
Kreativiti semestinya berhubung dengan penghasilan sesuatu yang asli.
Walau
bagaimanapun terdapat berbagai pendapat mengenai a) proses yang terlibat dalam aktiviti
kreatif dan b) kemudahan mengembangkannya dalam manusia. Sebagai contoh, Pfeiffer
(dalam Goetz, 1981:297) mendefinasikan kreativiti sebagai kebolehan mencipta produk kreatif
yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang
berkaitan. May (1975) mendefinisikan kreativiti sebagai proses membawa sesuatu yang baru
ke dalamnya. Torrance (1970) : Kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan.
Manakala, Schirmacher (1998) : Perkembangan kreativiti kanak-kanak terbahagi kepada dua
iaitu menerusi aktiviti seni dan aktiviti harian mengikut umur.

10

Aktiviti seni dan aktiviti harian yang kreatif kanak-kanak :


2-3 tahun : menconteng, melukis, menyanyi dan bermain.
4-5 tahun : melukis, mewarna, menyanyi, menari dan permainan kata-kata.
6-7 tahun : drama, memasak dan aktiviti lain yang berinteraksi.
8-9 tahun : bercerita, permainan dan pakaian beragam.
10-11 tahun : visualisasi, numerasi dan literasi.
12-13 tahun : mendapat informasi, mengenali mesin dan penulisan kreatif.

2.2

PEMIKIRAN KREATIF

Kreativiti dan pemikiran kreatif kanak-kanak adalah dalam aktiviti seni visual dan seni
persembahan yang dikenalpasti melalui sikap, motivasi, kemampuan dan kemahiran. Kreativiti
kanak-kanak bermula dengan berimaginasi, mengeluarkan idea, menerokai dan membuat
keputusan. Empat ciri utama pemikiran kreatif meliputi (i) imaginatif, (ii) keberanian, (iii)
perkembangan idea dan (iv) merekacipta.
2.3

TEORI BERKAITAN KREATIVITI:

(a) Teori dua belahan otak


Hemisfera otak mempengaruhi cara berfikir. Otak kanan merupakan bahagian otak yang
melihat sesuatu secara menyeluruh. Otak kanan lebih fokus kepada imaginasi dan kreativiti
seseorang kanak-kanak. Otak kiri fokus pada urutan, kemahiran analisis dan pemikiran logik
untuk aktiviti membuat eksperimen dan numerasi.

(b) Teori Six Thinking Hats (Edward de Bono)


Emosi sangat penting dalam proses berfikir. Seseorang yang kreatif perlu pandai mengurus
emosi. Enam warna menjadi pemikiran untuk memakai topi ketika berdepan dengan situasi
tertentu. Topi putih - mendapat informasi yang meliputi fakta, figura dan maklumat. Topi
merah - menghadapi situasi perasaan yang meliputi luahan mood dan emosi. Topi hitam semasa membuat penilaian negatif pada kesalahan dan halangan. Topi kuning - semasa
membuat penilaian positif. Topi hijau - semasa situasi yang berkaitan dengan kreativiti. Topi
biru - semasa situasi metakognitif yang berkaitan aspek seseorang yang berfikir.

11

(c) Teori Kreativiti Paul Torrence


7 perkara dalam proses mencungkil kreativiti iaitu :
(i)

Penyoalan : Stimulasi minda kanak-kanak.

(ii)

Penemuan : Galakan dan rangsangan kepada kanak-kanak.

(iii)

Pemerhatian : Menggunakan pancaindera.

(iv)

Percubaan :Eksperimen dan usaha untuk terbaik.

(v)

Penerokaan : Galakan untuk eksplorasi pelbagai bahan di sekeliling.

(vi)

Memanipulasi : Menggunakan bahan atau situasi di sekeliling.

(vii)

Aktiviti : Mencungkil aktiviti (4PMA)

(d) Teori Multiple Creative Talent (Calvin W Taylor)


Bukan semua individu mempunyai bakat yang sama. Pengembangan bakat kanakkanak berkait rapat dengan cara guru merangsang pemikiran mereka.
Taylor
mengkategorikan kreativiti kepada lima sifat iaitu :
(i)

Kreativiti bersifat ekspresif (Bebas.


Bimbingan untuk meluahkan idea mengikut
kemampuan kanak-kanak dalam menghasilkan karya.).

(ii)

Kreativiti bersifat penghasilan (Kecekapan. Bimbingan untuk penambahbaikan karya).

(iii)

Kreativiti bersifat inovatif .(Modifikasi.


bermakna)

(iv)

Kreativiti bersifat inventif. (Keupayaan mencipta melalui proses penerokaan. Guru beri
pujian dan galakan).

(v)

Kreativiti bersifat emergen (Bentuk kreativiti yang tinggi. Prinsip formal diterjemah
dalam bentuk abstrak. Cth. lukisan tanpa menitikberatkan bentuk asalnya).

(e)

Teori Lowenfeld Stages of Arististics Development (Lowenfeld)

Bimbingan kepada idea baru yang lebih

Aktiviti seni yang dilaksanakan secara berterusan memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk menggunakan deria pencaindera secara menyeluruh sebagai proses pengamatan
dan merekod. 8 kategori kreatif Lowenfeld iaitu :
(i)

Cabaran - Menerima cabaran masalah dan dapat sesuaikan dengan situasi

12

(ii)

Kelancaran - Berimaginasi dan berfikiran terbuka untuk mengaitkan idea dengan hasil
kerja kreatif.

(iii)

Kelenturan - Sanggup menerima perubahan.

(iv)

Keaslian - Idea asli tanpa meniru sesiapa.

(v)

Pemikiran bercapah - Mengembangkan idea

(vi)

Keinginan - Perasaan ingin tahu dan berupaya membuat analisis.

(vii)

Kompleks - Membuat sintesis

(viii)

Makna baru - Menghasil sesuatu produk atau idea yang kreatif dan inovatif.

* 4 komponen kreativiti Lowenfeld boleh diukur ialah ;


(i)

kelancaran - menterjemah idea secara spontan dan pantas.

(ii)

flesibel - mampu menyesuaikan diri dengan situasi yang berbeza.

(iii)

keaslian - Idea yang baru dan asli

(iv)

kepekaan - Daya kepekaan yang tinggi terhadap sesuatu keperluan.

(f)

Teori Perkembangan Kreativiti Fisher (Fisher 1943)

Terdapat lima tahap pemikiran kreatif iaitu :


i.

Peringkat Rangsangan
Merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal seperti apa, mengapa, siapa,
bagaimana dan lain-lain.

ii.

Peringkat Penerokaan
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang pelajar untuk berusaha menjawab
persoalan yang dikemukakan oleh guru berdasar permasalahan yang timbul.

iii.

Peringkat Perancangan
Menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan
merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 2
cara iaitu:

perancangan secara verbal melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan


sebagai.
Perancangan secara visual melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagai.

13

iv.

Peringkat Aktiviti
Bermula dengan set idea. Untuk melahirkan pemikiran kreatif perlu merancang segala
aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan
seperti ,bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut ?.

v.

Kajian semula
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses
penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pelajar digesa memberikan
pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

TUGASAN/AKTIVITI
1.

Kanak-kanak A merupakan seorang kanak-kanak yang pernah didera oleh ibu tirinya.
Semasa menerima rawatan terapi seni, topi warna mana satu yang mungkin akan
dipakai oleh kanak-kanak A? Mengapa?

2.

Buat perbandingan antara Teori Perkembangan Kreativiti Fisher dan Teori Lowenfeld
Stages of Aritistics Development.

KATA KUNCI
Kreativiti

Teori Kreativiti Paul Torrence

Pemikiran kreatif

Teori Multiple Creative Talent

Teori Kreativiti

Teori Lowenfeld Stages of Artistics Development

Teori dua Belahan Otak

Teori Perkembangan Kreativiti Fisher

Teori Six Thinking Hats

RUJUKAN
Iberahim Hassan (2000a). Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingannya, (Kumpulan Esei
Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.
Iberahim Hassan (2000b). Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak Berhubung Dengan
Pendidikan Seni.(Kumpulan Esei PilihanSeni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan
Idris Tanjong Malim.
Kissick, J. (1996). Art : Context & Critism. 2nd Edition. New York : McGraw Hill.

14

UNIT 3
TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI
OBJEKTIF
Pada akhir unit ini, pelajar diharap dapat :
1.

Mengenal tokoh-tokoh seni dan kreativiti kanak-kanak.

2.

Membezakan pandangan tokoh-tokoh seni dan kreativiti kanak-kanak.

3.0.

PENGENALAN

Tokoh-tokoh seni dan kreativiti kanak-kanak seperti Paul Torrance, Calvin W. Taylor, Victor
Lowenfeld, June King McFee serta Carl Rogersmempunyai pandangan tersendiri untuk
mengenal pasti perkembangan seni dan kreativiti kanak-kanak. Mereka telah berusaha untuk
membangunkan kreativiti kanak-kanak dan member impak yang positif kepada masa depan
kanak-kanak.
3.1.

TOKOH-TOKOH SENI DAN KREATIVITI KANAK-KANAK

3.1.1. PAUL TORRANCE

Paul Torrance

Paul Torrance dilahirkan pada tahun 1925 di Milledgeville, Georgia. Beliau menamatkan
persekolahan di kolej junior di Kolej Tentera Georgia. Beliau memperoleh ijazah Kesusteraan di
Mercer University (1940) dan ijazah MA dalam Psikologi Pendidikan (1944) Universiti Minnesota.
Dengan bantuan Rang Undang-Undang GI dan biasiswa, beliau memperoleh Ph.D. (1951)
15

daripada University of Michigan. Beliau merupakan salah seorang daripada penyelidik dan
pemikir akademik yang sangat terkenal di dunia. Berbagai kajian dan teori-teorinya dalam
bidang kreativiti masih lagi segar dan digunakan dalam bidang pendidikan sehingga hari ini.
Dikenali di seluruh dunia sebagai "bapa kreativiti," Dr. E. Paul Torrance mendedikasikan
tenaga hidupnya ke arah membangunkan cara-cara menilai kreativiti kanak-kanak dan orang
dewasa. Hampir 60 tahun penyelidikannya telah menjadi platform kajian yang banyak dalam
bidang pendidikan berdasarkan 'pintar cerdas'. Beliau juga bertanggungjawab dan berjaya
mencipta satu kaedah penanda aras bagi membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti
pada seseorang individu. Dr Torrance paling dikenali sebagai pengarang Torrance Tests of
Creative Thinking (TTCT), penilaian kreativiti yang paling banyak digunakan.
Torrance menumpukan kerjaya beliau untuk mengajar dan menyelidik kreativiti.
Minatnya terhadap kreativiti muncul pada tahun 1937 dari pemerhatiannya ramai pelajar nya
yang bermasalah akhirnya berjaya dalam hidup dan bekerja. Semasa bekerja dengan Tentera
Udara Amerika Syarikat (1951-1957), beliau membangunkan definisi kreativiti berdasarkan
kehidupannya, yang menyatakan bahawa berani mengambil risiko adalah penting untuk
kreativiti. Manakala, penilaian kreativiti iaitu (TTCT) yang direkabentuk oleh beliau telah
beberapa kali melalui proses peningkatan kualiti. Seterusnya sumbangan terkini beliau adalah
yang dinamakan "The Threshold Hypothesis" dan Future Problem Solving Program.
Beliau telah mengaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses
penjanaan kreativiti individu. Tujuh perkara tersebut adalah:
(a) Penyoalan
Bagi tujuan untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar proses penyoalan adalah sangat
penting dan perlu dipraktikkan. Di samping itu, penyoalan juga boleh mengalakkan dan
merangsang daya pemikiran pelajar berkenaan. Di dalam proses pembelajaran seni visual, sesi
kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik.
(b) Penemuan
Penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk memberikan galakan
dan ransangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan mengalakkan penemuan-penemuan yang
terkini melalui kajian dan juga penyelidikan. Dalam hal ini pelajar digalakan mencuba serta
melakukan berbagai ekplorasi dan eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktivitiaktiviti seni visual.
(c) Pemerhatian
Pemerhatian ataupun observasi ini adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai deria yang
terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang pemerhatian, ia
berkaitrapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di dalam proses pendidikan seni
visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan sahaja malahan juga
merangkumi deria-deria lain termasuklah deria sentuhan, rasa, hidu dan dengar.
(e) Percubaan
Percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang terbaik adalah satu
proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan pelajar. Seseorang yang
16

kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi memastikan apa yang dihasilkannya
adalah sesuatu yang terbaik. Secara tidak lansung proses mendidik pelajar supaya tidak mudah
berpuas hati dan berputus asa dalam membuat ekperimentasi akan berupaya membina satu
pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya.
(f) Penerokaan
Galakan kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan ekplorasi dengan menggunakan
pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita. Dalam konteks ini, pendidik
dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing pelajar untuk menggunakan
bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses ini
secara tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan
sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri
dengan keadaan sekeliling.
(g) Memanipulasi
Seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui bahan atau
keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang sempurna. Ini bermakna apabila
seseorang pelajar mampu menggunakan bahan dan objek yang berada di sekelilingnya untuk
menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasi telah pun berlaku. Manakala di dalam
proses pembelajaran seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat cermat di
samping mengelakan dari melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa menghasilkan
karya.
(h) Aktiviti / Bermain
Aktiviti bermain juga boleh meransang kreativiti individu. Bagi seorang kanak-kanak bermain
adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Kreativiti
seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti-aktiviti yang sempurna dan
berbentuk akademik. Ini dengan secara tidak langsung akan membantu merangsang proses
perkembangan pemikiran dan kreativiti yang sihat.

3.1.2. CALVIN W. TAYLOR


Calvin W. Taylor dilahirkan pada 23 Mei 1915 dan meninggal dunia pada 26 April 2000
berikutan penyakit yang singkat. Beliau, profesor Psikologi di Utah University adalah seorang
tokoh penting dalam kajian kreativiti manusia. Beliau menamatkan ijazah pertama dan ijazah
Sarjana di Utah University seterusnya membuat PhD di Chicago University pada 1946.
Sumbangan utama beliau seperti memimpin konfrence National Science Foundation-funded
(NSF) mengenai kreativiti saintifik (1950s-1960s), pengasas kepada institute penyelidikan
tingkah laku kreatif di Salt Lake City, Utah (1965), menerima American Psychological
Association's Richardson Creativity Award (1970) dan membangun serta mengimplementasi
Multiple Creative Talent Teaching Approach.
Pada pertengahan tahun 1950-an, sebagai respons kepada pelancaran Sputnik dan
tekanan perang dingin lain, Amerika Syarikat mula menumpukan peningkatan pembiayaan
untuk pembangunan bakat saintifik. Taylor membawa beberapa persidangan NSF yang ditaja
17

kepada kreativiti saintifik (iaitu, Persidangan Utah) yang membawa bersama-sama kepelbagaian
perspektif dan kepakaran untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan
bakat saintifik. Taylor menyunting beberapa buku penting yang muncul dari Persidangan Utah,
banyak yang masih digunakan secara meluas hingga ke hari ini.
Beliau mengatakan bahawa manusia mempunyai bakat yang berbeza, iaitu bakat yang
lahir tidak sama diantara satu sama lain. Beliau juga percaya bahawa perkembangan bakat
seseorang ada berkait rapat dengan cara seseorang pendidik menggunakan pendekatan
tertentu dengan seseorang pelajar tersebut.
Seorang pendidik harus berupaya untuk
merangsang pemikiran pelajar dalam mengembangkan lagi bakat yang ada dalam diri pelajar
tersebut. Beliau juga menjelaskan bahawa pembentukan bakat harus bersesuaian dan selari
dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.
5 jenis kreativiti yang menunjukkan perbezaan proses kreativiti :a)

Kreativiti bersifat eksprensif

Ia berlaku secara rawak dan bebas di mana kreativiti ini boleh dilihat pada lukisan kanak-kanak
yang dihasilkan secara spontan. Hasil lukisan ini menunjukkan kemampuan yang ada pada
seseorang kanak-kanak dan bersesuaian dengan usia dan perkembangan fizikal mereka yang
belum lagi stabil. Pada peringkat ini, hasil lukisan lebih kepada contengan. Penggunaan garisan
juga masih tidak teratur. Kualiti tidak dianggap penting dalam peringkat kreativiti bersifat
eksprensif ini.
b)

Kreativiti melalui penghasilan (teknikal)

Tahap ini merujuk kepada kecekapan pelajar dalam menghasilkan karya. Pada peringkat ini,
pendidik harus perbaiki kemahiran mengikut keupayaan mereka kepada satuKaedah yang lebih
terancang dan sistematik. Pada waktu ini, peranan pendidik sangat penting kerana pelajar
memerlukan bimbingan bagi megenal pasti kaedah yang sesuai dalam proses penghasilan karya
yang lebih baik dan bermutu.
c)

Karya bersifat inventif

Individu telah berupaya mencipta benda baru melalui proses eksperimentasi. Penekanan utama
terhadap factor-faktor penemuan dan penciptaan yang melibatkan pelbagai percubaan bagi
menghasilkan satu teori, formula dan kesimpulan terhadap eksperimen yang telah dijalankan
individu tersebut. Pada peringkat inilah, pendidik berperanan memberi sokongan padu agar
pelajar tidak mudah putus asa dan sentiasa berusaha.
d)

Kreativiti bersifat inovatif

Peringakat ini melibatkan pengubahsuaian konsep-konsep sedia ada kepada idea-idea baru yan
lebih jitu dan mantap. Pelajar telah mula melakukan pengubahsuaian dengan menggunakan
gaya mereka tersendiri. Disini, pelajar telah mula bertindak di luar kaedah lama atau
konvensional dan mula menghasilkan alternatif bagi setiap perancangan yang dibuat. Pada
peringkat ini, bimbingan daripada pendidik amat perlu bagi mengenal pasti kaedah
perlaksanaan yang betul.

18

e)

Kreativiti bersifat imaginatif

Ini merupakan peringkat kreativiti yang paling tinggi dalam kedudukannya. Prinsip-prinsip
formal seni telah mula diterjemahkan di dalam bentuk abstrak. kadangkala bentuk abstrak ini
dipermudahkan lagi.

3.1.3. VICTOR LOWENFELD

Victor Lowenfeld

Viktor Lowenfeld, profesor pendidikan seni di Pennsylvania State University, membantu


mentakrif dan membangunkan bidang pendidikan seni di Amerik a Syarikat. Kehidupan dan
kerjaya beliau telah menjadi topik kajian yang berterusan dalam lapangan seni dan kanakkanak. Terdapat enam peringkat perkembangan seni kanak-kanak menurut Victor Lowenfeld.
(a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal.
Mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang
kepada melukis bulatan.
(b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun)
Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang
terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan.
(c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun)
Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan
kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang
terdapat di sekelilingnya. lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar.
(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang ALe (9-12 Tahun)
kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. imej yang dilukis
secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula
menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya
dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik
serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.

19

(e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun)


Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan
lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar
untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan
lukisan menerusi imaginasi.
(f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan
penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan
pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.
3.1.4. JUNE KING McFEE

June King McFee

June King McFee (meninggal dunia 14 Jan 2008) telah membuat banyak sumbangan
kepada dunia pendidikan seni, dengan penyelidikan dan penerbitan beliau. Profesor Emeritus
Jun King McFee adalah Profesor dan Ketua Jabatan Pendidikan Seni di Universiti Oregon 19651983. Beliau memulakan program kedoktoran diiktiraf di peringkat antarabangsa di universiti
tersebut. Dia terkenal untuk memajukan pemahaman budaya melalui seni. Dalam bukunya,
Persediaan untuk Seni, McFee "menggambarkan secara grafik julat perbezaan individu dalam
tindak balas kanak-kanak untuk fenomena visual dan seni visual." McFee percaya dalam
pengajaran seni perlu mengikut keperluan kanak-kanak.
Dia menciptakan "teori
persempadanan persepsi (perception delineation theory)" berdasarkan sosiologi, antropologi,
psikologi, dan keperluan kanak-kanak bandar. Menurut teori beliau, pembelajaran adalah
penyesuaian tingkah laku, dan pendidikan yang diperlukan masyarakat dipandu perubahan
dalam tingkah laku.
Jun King McFee berpendapat bahawa seni untuk kanak-kanak perlu berbentuk
komunikasi. Kreativiti kanak-kanak pula merupakan kemampuan mereka untuk mencipta
sesuatu yang baru. Semasa aktiviti seni, kreativiti seseorang kanak-kanak boleh dikenal pasti
menerusi proses memberi idea, mengolah idea dan seterusnya melahirkan satu idea baru dan
bermakna untuk mencipta sesuatu hasil karya seni yang baru. Sumbangan McFee dalam
bidang pendidikan seni ialah perjuangan beliau yang menekankan seni seharusnya mengambil
kira konteks budaya serta elemen orientasi komuniti. Beliau mengkaji konteks budaya manusia
di dalam sesuatu komuniti menjalankan kehidupan harian dan menterjemahnya dalam bentuk
seni. Beliau menegaskan bahawa seni tidak seharusnya terhad kepada hasil karya seni sahaja,
20

malah perlu ada pengalaman estetika di dalam semua objek di persekitaran yang dipengaruhi
oleh konteks budaya untuk berkomunikasi dan menyampaikan mesej kepada masyarakat.
3.1.5. CARL ROGERS

Carl Rogers

Carl Rogers (8 Jan 1902 4 Feb 1987) merupakan seorang Ahli psikologi yang
berpengaruh dan merupakan pengasas kepada pendekataan kemanusiaan (Client-centered
Approach) dalam psikologi. Beliau juga pengasas pada penyelidikan psikoterapi dan telah
mendapat anugerah daripada American Psychlogical Association (APA) pada 1956 atas
sumbangan teresebut.
Rogers mengatakan bahawa kreativiti merupakan satu proses wujud apabila seseorang itu
bertindak ke atas sesuatu. Contohnya apabila seseorang kanak-kanak melaksanakan aktiviti
membuat model kereta, mereka akan menggunakan kreativiti masing-masing untuk
merekacipta model sebuah kereta berdasarkan imaginasi mereka. Sumbangan Rogers dalam
pendidikan seni ialah beliau telah memperkenalkan teori terapi yang menggariskan lima faktor,
iaitu:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

keterbukaan kepada pengalaman,


cuba menikmati kehidupan yang dialami,
menghargai diri sendiri,
mengamalkan kebebasan dan
individu yang kreatif merupakan individu yang sihat, bebas, bertanggungjawab serta
dapat berfungsi sepenuhnya dalam kehidupan.

Beliau percaya bahawa seseorang yang bebas dan bertanggungjawab akan memberi
sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni atau
melakukan sesuatu yang terbaik dalam bidang yang diceburi. Tindakan yang diambil oleh
seseorang yang bebas dan bertanggungjawab pasti mencetuskan keunikan dan kekuatan
terhadap individu tersebut seperti penggunaan bahan seni secara kreatif dan memberi
sumbangan kepada masyarakat.

21

TUGASAN/AKTIVITI
1.

Nyatakan perbezakan pandangan tokoh-tokoh seni dan kreativiti kanak-kanak.

KATA KUNCI
Torrance

Torrence Test of Creative Thinking

Taylor 8. Konteks budaya dan komuniti


Kreatif dan inovatif
Lowenfeld
Naluri dan keinginan
McFee
Rogers
Teori terapi
RUJUKAN
Bate, J.K. (2000). Becoming an Art Teacher. United Kingdom: Wadsworth Thomson
Learning.
Eva. L. Essa. (2003). Introduction to Early Childhood Education. Canada: Delmar
Learning.
Mayesky, M. (2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York:
Thomson Delmar Learning.
Mohd. Azhar Abd. Hamaid. (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor:
Universiti Teknologi Malaysia.
Schirrmacher, R. & Fox, J.E. (2009). Art and Creative Development for Young Children.
6th Edition. New York: Thomson Delmar Learning.
McFee, J. K., & Degge, R. M. (1980). Art, culture, and environment: A catalyst for teaching .
Dubuque, IA: Kendall/Hunt Publishing Co
McFee, J. K. (1970). Preparation for art (2 nd ed.). Belmont, CA: Wadsworth Publishing
Company.

22

UNIT 4
ESTETIKA DAN KANAK-KANAK
OBJEKTIF
Pada akhir unit ini, pelajar diharap dapat :
1.

Menjelaskan maksud am estetika kanak-kanak.

2.

Mengenal pasti jenis-jenis estetika kanak-kanak.

3.

Mengenal tindak balas estetik terhadap karya seni kanak-kanak.

4.

Membezakan konsep relativisme dan konsep objektivisme dalam teori kecantikan.

5.

Mengenal pasti strategi untuk membimbing kanak-kanak mengapresiasi nilai estetik.

4.0.

PENGENALAN

Estetika kanak-kanak melibatkan sifat kemanusiaan melatih kanak-kanak mencintai dan


menghargai kecantikan di bumi kita. Dalam unit ini, kita akan berbincang mengenai estetika
kanak-kanak yang meliputi estetika sikap, pengalaman dan respons kanak-kanak dalam aktiviti
seni visual dan juga seni persembahan. Selain itu, teori kecantikan juga diperkenalkan untuk
membantu kanak-kanak merancang aktiviti-aktiviti seni yang dapat memberi pengalaman
estetika kepada mereka.
Estetika merupakan konsep abstrak yang bererti persepsi dalam bahasa Greek. Estetika
bersifat subjektif dan mempunyai pelbagai makna. Hasil seni kanak-kanak seperti lukisan, kraf
mudah, muzik, pergerakan kreatif, tarian dan drama lazimnya mempunyai unsur-unsur estetika.
Estetika merupakan kesedaran dan penghayatan terhadap keindahan, asas kehidupan dan
sebagai satu cara manusia menikmati keindahan dunia dan persekitaran. Estetika juga berkait
rapat dengan perasaan, kognitif dan afektif. Nilai estetika amat penting dalam kehidupan
kanak-kanak kerana dapat memotivasikan mereka dan membantu perkembangan mereka.
Kanak-kanak juga diharap dapat menghargai cerita, puisi dan budaya agar mereka
membesar sebagai seorang individu yang dapat menilai hasil seni serta menjadi pengguna yang
bijak apabila membuat pilihan dalam kehidupan masing-masing.
Apabila kanak-kanak
menghargai seni, mereka diharap dapat memainkan peranan sebagai penggiat seni di masa
akan datang.
4.1.

JENIS-JENIS ESTETIKA KANAK-KANAK

Estetika kanak-kanak meliputi tiga jenis iaitu sikap, pengalaman dan respons.

23

4.1.1. Estetika Sikap


Sikap spontan, kekaguman, kegembiraan dan perasaan ingin tahu kanak-kanak menunjukkan
sikap estetika yang tertanam dalam jiwa mereka. Sebagai seorang guru, anda perlu mencari
cara untuk memastikan kanak-kanak dapat menggunakan pancaindera mereka secara lebih
berkesan.
4.1.2. Estetika Pengalaman

Aktiviti-aktiviti seni visual, seperti lukisan dan kraf mudah serta aktiviti-aktiviti seni
persembahan seperti muzik, tarian, pergerakan kreatif dan drama yang dilaksanakan
oleh guru dapat membantu kanak-kanak menimba pengalaman estetika. Penglibatan
kanak-kanak yang aktif dalam proses aktiviti seni visual dan juga seni persembahan
dapat memberi pengalaman mendengar, mengeksploitasi visual dan memanipulasi
bahan seni kepada kanak-kanak.
4.1.3. Estetika Respon

Kanak-kanak memberi respon terhadap karya seni dengan menyatakan pandangan dan
juga perasaan mereka. Respon fisiologi kanak-kanak ditunjukkan menerusi ketawa dan
perasaan ketakutan manakala respon mental kanak-kanak meliputi tindakan mereka
membuat keputusan dan penilaian terhadap karya seni. Kedua-dua respon ini memberi
pengalaman estetika kepada kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam aktiviti seni
visual dan juga seni persembahan.
4.2.

TINDAK BALAS ESTETIKA TERHADAPKARYA SENI KANAK-KANAK

Anda biasa memberi tindak balas estetika apabila anda melihat karya seni kanak-kanak
dalam kumpulan anda, iaitu tindak balas secara spontan terhadap karya seni kanakkanak. Dua elemen yang mempengaruhi tindak balas estetika ialah kualiti karya seni dan
maksud pada karya seni.
4.2.1. Kualiti Karya Seni
Kualiti karya seni kanak-kanak merujuk kepada kualiti literal yang meliputi imitasi atau peniruan
atau realistik dalam karya seni, kualiti rekaan yang meliputi elemen-elemen seni dan kualiti
ekspres yang meliputi tindak balas kanak-kanak terhadap karya seni daripada segi emosi dan
perasaan audien terhadap suatu karya seni.
4.2.2. Maksud pada Karya Seni
Maksud pada karya seni kanak-kanak ialah mesej yang ingin disampaikan dalam suatu karya
menerusi simbol, garisan dan sebagainya. Contohnya kanak-kanak melukis simbol bulat yang
membawa maksud bola atau melukis garisan beralun tiga yang melambangkan ombak.
4.3.

TEORI KECANTIKAN

Estetika merupakan cabang ilmu falsafah yang menekankan penggunaan pancaindera dalam
mengapresiasi suatu karya seni. Estetika berkait rapat dengan kecantikan atau menghargai
kecantikan suatu hasil seni. Oleh kerana kecantikan adalah suatu yang bersifat subjektif maka
kita dapat perhatikan bahawa persepsi mereka terhadap kecantikan juga berbeza. Terdapat
dua konsep untuk menilai kecantikan, iaitu konsep (i) relativisme dan (ii) objektivisme.
24

4.3.1. Konsep Relativisme


Pandangan golongan relativisme terhadap kecantikan adalah subjektif.
Golongan ini
berpandangan kecantikan tidak terletak pada sesuatu objek tetapi pada persepsi seseorang.
Latar belakang, kepelbagaian budaya dan perubahan cita rasa turut mempengaruhi persepsi
seseorang terhadap kecantikan.
4.3.2. Konsep Objektivist
Golongan objektivisme berpandangan bahawa kecantikan sememangnya wujud dalam sesuatu
karya seni dan bukan terletak pada persepsi seseorang. Konsep ini menjelaskan bahawa
kecantikan dapat dibahagikan kepada kriteria tertentu, seperti garisan, rupa dan bentuk dalam
unsur-unsur seni serta harmoni, warna dan keseimbangan yang terdapat dalam prinsip-prinsip
rekaan.
4.4.

STRATEGI MEMBIMBING KANAK-KANAK MENGAPRESIASI NILAI ESTETIK


KARYA SENI

Sebagai seorang guru, anda boleh membimbing kanak-kanak mengapresiasi nilai estetik dalam
karya seni yang dihasilkan. Kita akan membincangkan lima strategi untuk membimbing mereka
mengapresiasi nilai estetik karya seni, iaitu (i) membuat perancangan, (ii) menunjukkan contoh
hasil seni, (iii) berwaspada semasa merancang aktiviti seni kreatif, (iv) membimbing kanakkanak membuat pemilihan bahan secara kreatif dan (v) mempunyai idea baru untuk
membimbing kanak-kanak menimba pengalaman estetik.

1. Membuat
Perancangan

2.
Menunjukkan
contoh hasil
seni

3. Berwaspada
semasa
5. Idea Baru

merancang
aktiviti
seni kreatif

4. Bimbingan

Rajah 4.1

Berdasarkan Rajah 4.1, anda perlu membuat perancangan untuk membimbing kanak-kanak
membuat pemilihan bahan, menghasilkan karya seni dan menyatakan nilai estetik yang ada
25

pada karya seni. Contohnya aktiviti membuat alatan muzik daripada bahan-bahan buangan.
Anda disarankan meminta kanak-kanak mengumpul bahan yang sesuatu untuk menghasilkan
alatan muzik dan mendidik kanak-kanak mengaplikasikan bahan-bahan yang dipilih untuk
membuat alatan muzik.
Anda boleh juga menunjukkan contoh hasil seni yang baru dan berlainan untuk
mencungkil imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Guru yang mengajar kanak-kanak melakukan
sesuatu yang sama secara berulangan akan menghalang kreativiti dan imaginasi kanak-kanak
serta menyebabkan mereka berhenti berfikir dan tidak berupaya untuk menilai estetika karya
seni. Contohnya jika anda menunjukkan contoh alatan muzik yang sama berulang kali dalam
bilik darjah dan meminta kanak-kanak menghasilkan alatan muzik mengikut langkah demi
langkah yang ditetapkan, kanakkanak akan ketandusan idea untuk mempelbagaikan
penggunaan bahan dan tidak mampu untuk menilai estetik yang ada pada karya seni masingmasing.
Strategi ketiga apabila membimbing kanak-kanak mengapresiasi nilai estetik karya seni
ialah anda perlu berwaspada semasa merancang aktiviti seni kreatif untuk kanak-kanak.
Apabila anda menunjukkan contoh karya seni kepada kanak-kanak, anda perlu berpesan
kepada kanak-kanak bahawa contoh tersebut hanya sebagai pencetus idea untuk menghasilkan
sesuatu hasil kerja seni dengan lebih baik dan bukannya untuk meniru. Komen dan ulasan
anda sepanjang aktiviti seni berlangsung sangat penting untuk mendorong kanak-kanak
menjadi lebih kreatif.
Anda juga perlu membimbing kanak-kanak membuat pemilihan bahan secara kreatif
untuk menghasilkan karya seni secara kreatif dan penuh dengan nilai estetika. Setiap karya
yang dihasilkan oleh kanak-kanak diharapkan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Bahan
yang diaplikasikan dalam aktiviti seni kanak-kanak hendaklah member kesan terhadap hasil
seni. Bahan seni yang mahal tidak semestinya mempunyai potensi estetika yang tinggi. Anda
seharusnya membimbing kanak-kanak mencari alternatif lain seperti menggunakan bahanbahan di persekitaran yang senang diperoleh dan boleh dikitar semula.
Bahan-bahan seni yang mempunyai nilai estetika perlulah boleh dirasai dengan
menggunakan deria seperti lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Selain itu, bahan seni yang
dipilih sewajarnya dapat dimanipulasikan, seperti senang diwarnai, mudah digunakan dan boleh
dibentuk. Anda perlu mempunyai banyak idea baru untuk membimbing kanak-kanak menimba
pengalaman estetika dan seterusnya membimbing mereka mengapresiasi hasil seni. Apabila
kanak-kanak dibimbing untuk menemui dan menyatakan nilai estetika dalam karya seni yang
dihasilkan, mereka akan membesar sebagai individu yang mempunyai nilai kreativiti yang tinggi.
TUGASAN/AKTIVITI
1.

Sebagai seorang guru, nyatakan bagaimana anda boleh meningkatkan nilai estika dalam
kalangan kanak-kanak?

2.

Estetika pengalaman boleh diperkembangkan menerusi aktiviti seni visual. Huraikan


bagaimana anda lakukan dalam aktiviti menggambar.

26

KATA KUNCI
Estetika kanak-kanak

Konsep objektivisme

Estetika sikap

Tindak balas estetik

Estetika pengalaman

Kualiti karya seni

Estetika respon

Maksud karya seni

Konsep relativisme

RUJUKAN

Bate, J.K. (2000). Becoming an Art Teacher. United Kingdom: Wadsworth Thomson
Learning.
Eva. L. Essa. (2003). Introduction to Early Childhood Education. Canada: Delmar
Learning.
Mayesky, M. (2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York:
Thomson Delmar Learning.
Mohd. Azhar Abd. Hamaid. (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.
Schirrmacher, R. & Fox, J.E. (2009). Art and Creative Development for Young Children.
6th Edition. New York: Thomson Delmar Learning.

27

Anda mungkin juga menyukai