Anda di halaman 1dari 6

Peringkat-Peringkat Fiqh Al-Hadis (2)

Dalam perbincangan yang lalu, penulis telah mengemukakan beberapa kaedah ulama dalam
memahami nas-nas hadis Rasulullah s.a.w. Setakat pengetahuan dan pemerhatian yang dibuat, penulis
tidak mendapati ulama menghimpunkan dan membincangkan dengan halus tentang peringkat fiqh alhadis kecuali sebilangan kecil ulama hadis. Oleh kerana itu, pertama sekali penulis akan menyebut
usaha-usaha mereka kemudian meletakkan peringkat-peringkat fiqh al-hadis mengikut yang
diperolehi penulis sepanjang berinteraksi dengan hadis dan pembacaan sirah Rasulullah s.a.w. dan
usaha-usaha baginda yang membawa perubahan.
Peringkat-Peringkat Yang Dibahaskan Oleh Sebahagian Ulama Dan Penulis.
1 - Peringkat-peringkat yang diisyaratkan oleh Syah Waliyullah al-Dahlawi:
Imam al-Dahlawi telah menggariskan beberapa peringkat untuk berinteraksi dengan sunnah
Rasulullah s.a.w. dengan katanya: Ilmu ini mempunyai beberapa tahap dan di kalangan ahli-ahlinya
mempunyai beberapa peringkat. Ilmu ini mempunyai kulit dan di dalamnya ada isi. Ia memiliki dasar
dan di tengah-tengahnya terdapat mutiara. Para ulama telah menulis mengenai hadis dari sudut
kesahihan dan kedhaifan, istifadhah dan kemasyhuran. Untuk usaha ini tampil ulama yang pakar dan
mahir dan para hafiz hadis dari kalangan mutaqaddimin, kemudian diikuti ilmu tentang makna-makna
lafaz hadis yang gharib dan menentukan kemusykilannya. Ulama sastera dan ulama yang menekuni
ilmu-ilmu bahasa Arab turut mengambil bahagian. Kemudian diikuti dengan ilmu tentang maknamaknanya menurut syara, menyimpulkan hukum-hukum furu dan mengqiyaskan dengan hukumhukum yang telah dinaskan. Di sisi kebanyakan ulama, ilmu ini sama dengan isi dan mutiara. Tidak
ketinggalan juga ulama fiqh yang membuat kajian
mendalam. Bagaimanapun menurut penulis, ilmu-ilmu hadis yang paling halus, mendalam dan paling
tinggi menaranya dan ilmu syariah yang paling utama daripada ilmu-ilmu yang lain, paling besar
kedudukkan iaitu ilmu tentang rahsia-rahsia agama yang mengkaji hikmah-hikmah, rahsia-rahsia
hukum dan illatnya serta rahsia amalan khusus dan nukatnya.1[1]
2 Prinsip-prinsip dan kriteria yang disebutkan oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam kitab-kitabnya 2[2]
terutama al-Madkhal Li Dirasah al-Sunnah al-Nabawiyyah. Beliau menyebutkan beberapa prinsip
dalam berinteraksi dengan sunnah kemudian beliau menyatakan beberapa kriteria berinteraksi dengan
sunnah secara sahih. Antaranya ialah:

1
2

a. Prinsip-prinsip3[3]
Pertama: memastikan kesahihan hadis dan sabitnya mengikut neraca-neraca ilmiyah yang letakkan
oleh ulama. Neraca ini merangkumi sanad dan matan, sama ada sunnah itu dalam bentuk ucapan,
perbuatan atau pengakuan.4[4]
Kedua: menekuni dan menghalusi pemahaman nas-nas hadis Nabi selaras dengan pengertian bahasa
Arab dalam suluhan konteks hadis dan sebab terbitnya di bawah naungan nas-nas al-Quran dan hadis
lain serta dalam lingkungan prinsip umum syariah, maqasid kulli Islam di samping pentingnya
membezakan antara hadis yang datang sebagai menyampaikan risalah dan yang tidak bersifat
demikian. Dengan kata lain, antara sunnah yang bersifat tasyri dan bukan tasyri. Hadis-hadis yang
bersifat tasyri mempunyai keumuman dan berterusan, dan ada yang bersifat khusus dan sementara.
Oleh itu kesilapan yang paling buruk dalam memahami hadis ialah mencampur aduk antara kedua-dua
bahagian ini.5[5]
Ketiga: mendapatkan kepastian bahawa nas itu selamat daripada pertentangan dengan dalil yang lebih
kuat daripadanya, sama ada al-Quran, hadis-hadis lain yang lebih banyak, lebih sahih, lebih selaras
dengan usul, lebih sesuai dengan hikmat perundangan, atau bertentangan dengan Maqasid Syariah
yang umum yang memberikan sifat qat`ie kerana ia tidak diambil daripada satu
Maqasid Syariah yang umum yang memberikan sifat qat`ie kerana ia tidak diambil daripada satu dua
nas bahkan diambil daripada himpunan nas-nas dan hukum-hukum. Dengan itu ia memberi keyakinan
dan penegasan tentang sabitnya. 6[6]
b. Kriteria:7[7]
Pertama: Memahami sunnah dalam suluhan al-Quran8[8]
Kedua: Menghimpunkan hadis-hadis pada satu tajuk9[9]
Ketiga: Mengkompromikan dan menyelaraskan atau mentarjihkan antara hadis-hadis yang
bercanggah10[10]
3
4
5
6
7
8
9
10

Keempat:

Memahami

hadis

dalam

suluhan

sebab-sebabnya,

suasananya

dan

matlamat-

matlamatnya 11[11]
Kelima: Membezakan di antara wasilah (pendekatan) yang berubah-ubah dan matlamat yang tetap
bagi hadis12[12]
Keenam: Membezakan antara pengukapan asal (hakikat) dan pengungkapan pinjaman (majaz) dalam
memahami hadis13[13]
Ketujuh: Membezakan di antara Ghaib dan Syahadah 14[14]
Kelapan: Memastikan tentang madlul atau pengertian lafaz-lafaz hadis15[15]
3 Peringkat fiqh al-hadis yang dibincangkan oleh Dr. Muhammad Rafat Said
Dr. Muhammad Rafat Said telah menggariskan beberapa qaedah yang dihimpunkan daripada
beberapa sumber. Penulis akan menukilkannya dengan sedikit pindaan dan ringkasan. Kata Dr.
Rafat: Sesungguhnya pemahaman yang banyak terhadap hadis menghendaki himpunan asas-asas
yang diperlukan oleh pengkaji sunnah untuk terhasilnya satu pemahaman yang sahih. Pengabaian
terhadap salah satu asas ini menyebabkan terjadinya ketidaktetapan dalam pemahaman dan
percanggahan antara nas-nas bukannya percanggahan pada nas-nas itu sendiri tetapi berpunca
daripada kecuaian dalam memperolehi asas-asas di kalangan para pengkaji sunnah. Antara asas
tersebut ialah:
a. Asas bahasa, ini merupakan asas yang pertama dalam memahami nas di samping mengambil kira
perkara yang menyebabkan terjadinya keistimewaan pada bahasa Arab khususnya bahasa hadis
Rasulullah s.a.w. yang kekuatannya berpunca daripada hidayat wahyu.
b. Memastikan kesahihannya nas:
Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan bukanlah berada pada darjat yang sama dari segi
sabit dan nisbahnya kepada Rasulullah s.a.w. oleh itu peringkat awal berinteraksi dengan sunnah ialah
dengan memastikan kesahihannya dan mengaflikasikan neraca-neraca keritikan hadis terhadap nasnas hadis, mengetahui setiap riwayat dan hukum yang di berikan kepadanya.

11
12
13
14
15

c. Menghimpunkan dan mengkompromikan antara hadis yang bercanggah atau memilih qaedah
nasakh apabila tidak dapat mengkompromikannya. Atau menggunakan qaedah tarjih nas-nas. Ini
dapat dilakukan dengan cara menghimpunkan riwayat-riwayat yang mempunyai tajuk yang sama atau
hampir sama kemudian meletakkannya dalam tajuk yang berkaitan dengannya bukan secara takalluf (
tanpa memaksakan atau dengan cara yang mengada-ada) dan tidak pula mencuaikannya serta tanpa
ada pertentangan dengan makna kandungan al-Quran, maqasid syariah kulli seperti menyelaraskan
antara hadis-hadis yang memuji orang miskin dan mencela kekayaan atau memberi pendapat
berdasarkan qaedah nasakh dalam masalah keizinan menziarahi kubur setelah terdapat larangan
daripadanya atau mentarjihkan dengan berdasarkan kaedah-kaedah tarjih yang dimaklumi. 16[16]
Apa yang boleh diberi perhatian terhadap perbincangan Dr. Muhammad Rafat ialah beliau
membataskan interaksi dengan hadis setakat kaedah-kaedah yang merujuk kepada memberi perhatian
kepada aspek teori bagi hadis. Maksud penulis: aspek kafahaman hadis sahaja tanpa penguasaan
terhadap pengamalan dan penerapan hadis secara sahih. Kerana beliau tidak menyatakan langkah
metodologi yang membantu ke arah itu.
4 Peringkat-peringkat yang diutarakan oleh Dr. Muhammad Abu al-Laith: beliau telah
menamakannya dalam kajiannya sebagai langkah-langkah yang diikuti oleh ulama hadis untuk
menemukan semula hadis dalalm suluhan realiti semasa. Beliau berkata: Pada pendapat penulis,
(buat masa ini) secara kasar, menemukan semula sunnah dalam realiti semasa mempunyai tiga
langkah utama.17[17]
Langkah pertama: mengetahui realiti sunnah.18[18]
Langkah kedua: mengetahui realiti semasa. 19[19]
Langkah ketiga: menerangkan salah satunya kepada yang lain. 20[20]
Tidak syak bahawa, langkah-langkah ini mendapat inspirasi daripada perbincangan Ibn al-Qayyim
yang menghuraikan tentang peringkat-peringkat yang diakui dalam memahami nas-nas dan
menempatkannya pada kedudukannya, Dr.Muhammad Abu al-Lais kemudiannya menyebutkan 5
perkara yang membantu kepada pemahaman sunnah :
1 Memahami sunnah dalam suluhan dimensi masa dan tempat. 21[21]
16
17
18
19
20

2 - Memahami sunnah dalam suluhan dimensi maqasid syariah 22[22]


3 - Memahami sunnah dalam suluhan dimensi tematik23[23]
4 - Memahami sunnah dalam suluhan dimensi sebab24[24]
5 - Memahami sunnah dalam suluhan dimensi pengertian bahasa, syarak dan adat setempat. 25[25]
26

Al-Dahlawi, Hujjah Allah al-Balighah, jil. 1, hal. 4.


[2] Seperti Kayf Nataamal Ma al-Sunnah.
28
[3] Al-Qaradhawi, al-Madkhal Li Dirasah al-Sunnah al-Nabawiyyah, hal. 105106.
29
[4] Ibid. hal. 105.
30
[5] Ibid. hal. 105.
31
[6] Ibid. hal. 106.
32
[7] Ibid. hal. 105. al-Qaradhawi membincangkan dengan panjang lebar dari
hal. 121-222.
33
[8] Ibid. hal. 123-134..
34
[9] Ibid. hal. 135-146.
35
[10] Ibid. hal. 147-158.
36
[11] Ibid. hal. 159-174.
27

21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36

37

[12] Ibid. hal. 175-192.


[13] Ibid. hal. 193-212.
39
[14] Ibid. hal. 213-218.
40
[15] Ibid. hal. 219-222.
41
[16] Dr. Muhammad Rafat Said, Asbab Wurud al-Hadith, hal. 93 dan 33.
42
[17] Al-Khairabadi, Dr. Muhammad Abu al-Laith, al-Manhaj al-Ilmi Inda
al-Muhaddithin Fi al-Taamul Maa Mutun al-Sunnah, dlm. Islamiyyah alMarifah, bil. 13. tahun: 4, 1419H/1998M, hal.31-35.
43
[18] Ibid. hal. 32-33.
44
[19] Ibid. hal. 32-33.
45
[20] Ibid. hal. 34-35.
46
[21] Ibid. hal. 35.
47
[22] Ibid. hal. 37.
48
[23] Ibid. hal. 39.
49
[24] Ibid. hal. 41.
38

50

[25] Ibid. hal. 43.

37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50

Anda mungkin juga menyukai