Anda di halaman 1dari 16

1

Isi kandungan
Pengenalan
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.
VII.

Definasi Mudharabah
Hukum Mudharabah
Dalil Pengharusan Mudharabah
Rukun Al Mudharabah
Jenis jenis Mudarabah
Perkara-perkara yang membatalkan Mudarabah
Mudarabah vs Pelaburan konvensional

Kesimpulan
Rujukan

Pengenalan

Muhammad Firdaus Bin Khairuddin 224604

Islam adalah agama yang merangkumi segala aspek di dalam kehidupan manusia.
Allah SWT telah mewahyukan panduan hidup yang lengkap kepada rasulnya Nabi
Muhammad SAW melalui mukjizat Al Quran.Panduan itu lalu di terangkan dengan lebih
terperinci lagi melalui hadis Rasul. Panduan ini termasuk juga bagaimana umat islam
menguruskan ekonomi mereka. Semua urusan ekonomi bagi umat Islam harus berteraskan
syariah yang telah ditentukan bagi menjamin keselarasan dari semua aspek. Diantara prinsipprinsip ekonomi islam adalah :
1. Ekonomi Islam pada dasarnya menekankan Allah s.w.t. sebagai Penguasa yang mencipta
alam ini. Konsep Rububiyyah yang menekankan sifat Allah s.w.t. sebagai Penguasa yang
membuat peraturan bertujuan menjaga dan menampung kehidupan makhluk demi
kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
2. Dalam ekonomi Islam, terdapat konsep tazkiyah untuk membentuk kesucian jiwa dan
ketinggian akhlak melalui pembersihan harta dengan mengeluarkan zakat dan bersedekah.
Pembersihan jiwa juga dapat dibentuk denganmengikis sifat bakhil dan kedekut serta tamak
haloba.
3. Pembersihan, interaksi dan kemanusiaan dapat diwujudkan dengan peluang-peluang sama
rata dalam aktiviti ekonomi atas jalinan silaturahim tanpa ada unsur-unsur pilih kasih ataupun
kerana darjat. Keseluruhan konsep ini menjadi natijah kepada perlaksanaan konsep
rububiyyah.
4. Segala aktiviti ekonomi di dunia perlu dilihat dari segi nilai kini bagi natijah pada-hari
akhirat. Oleh sebab itu, hidup di dunia ini berupa satu ujian untuk menentukan siapa yang
terbaik amalannya, kerana manusia bertanggungjawab kepada Allah s.w.t. dan kejayaannya
pada hari akhirat nanti bergantung kepada prestasinya di dunia.
5. Tatacara perhubungan sesama manusia adalah atas unsur persaudaraan dan kesamaan. Ini
akan mendorong kepada nilai-nilai murni dan memupuk keamanan sejagat. Harta kepunyaan
manusia bukanlah bersifat mutlak, bahkan ia menjadi ujian dan amanah Allah s.w.t.
Kesedaran pemilikan secara ini akan menjadikan manusia menguruskan pemilikannya ke
arah yang diredai Allah s.w.t.
Didalam konteks mudharabah(pelaburan) pula, pelaburan adalah tindakan atau satu
proses yang diambil pada wang atau aset kita dengan menjangkakan pulangan pada masa
akan datang iaitu memperolehi hasil daripadanya. Seperkara yang perlu diberi perhatian
Muhammad Firdaus Bin Khairuddin 224604

adalah hasilnya tidak semestinya positif. Oleh itu, mestilah mengkaji dengan terperinci
sebelum sesuatu pelaburan membawa hasil sebagaimana yang dijangkakan.
Ilmu dalam bidang ini bukan sekadar mengetahui istilah-istilah pelaburan seperti
risiko, pulangan, nilai masa duit, inflasi dan sebagainya tetapi tahu mengunakannya.

Definisi Mudharabah

Muhammad Firdaus Bin Khairuddin 224604

Di dalam bahasa Arab, Mudhrabah bermaksud musafir yang di ambil daripada


perkataan dharb fi al-ardh. Ini terjadi kerana ramai pedagang berniaga dengan membabitkan
perjalanan yang jauh untuk memperolehi barangan, mengaut keuntungan dan sebagainya.
Mudharabah diaplikasi dalam akaun pelaburan am dan akaun pelaburan khas. Konsep
ini merujuk kepada perjanjian yang di antara satu pihak yang mengeluarkan modal (sahib ulmal) dengan pengusaha (mudharid) di pihak lain, untuk membolehkan pengusaha
menjalankan projek perniagaan atas dasar pembahagian keuntungan mengikut nisbah yang
dipersetujui. Namun begitu, apabila berlaku kerugian, ia akan ditanggung sepenuhnya oleh
pemodal.
Sebenarnya, Mudharabah telah pun menjadi amalan perkongsian sejak zaman
jahiliyah sehinggalah sekarang. Rasulullah pernah bermudharabah dengan Siti Khadijah
dalam menjalankan perdagangan di antara Mekah dan Syria sehingga Siti Khadijah tertarik
dengan rasulullah kerana kejujuran dan kebijaksannanya dan akhirnya mereka di jodohkan
oleh Allah sebagai suami isteri.
Tujuan sebenarnya mudharabah adalah mewujudkan kerjasama dalam bidang
perniagaan antara masyarakat iaitu antara orang kaya yang tiada pengalaman dengan
pengusaha yang berpengalaman. Selain itu, ianya bertujuan untuk mengelakkan pembekuan
modal atau harta oleh orang kaya tanpa sebarang pemanfaatan.

Hukum Mudharabah

Muhammad Firdaus Bin Khairuddin 224604

Hukum pelaburan (al-mudharabah) adalah muamalat yang halal dalam islam yang
mempunyai syarat-syarat yang telah diteteapkan oleh syarak. Selain itu, ianya juga di anggap
harus dan tidak lazim kerana kedua-dua pihak iaitu pelabur dan pengusaha boleh
membatalkan kontrak pada bila-bila masa.

Dalil pengharusan Mudharabah


1. Al- Quran:


)
(

maknanya: "Dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki
dari limpah kurnia Allah (surah al-muzammail ayat 20)
2. Al-Hadis
Daripada Saidina Ibnu Abbas telah berkata: " sesungguhnya Abbas bin Abdul Muttalib
sekiranya memberikan harta untuk melabur mensyaratkan kepada pengusaha tersebut supaya
tidak membawa harta tersebut melintasi laut, menuruni lembah dan membeli binatang yang
hidup.Jika dia melakukan juga, dia hendaklah menanggung ganti rugi. Syarat tersebut telah
sampai kepada Rasulullah s.a.w dan baginda mengharuskannya" - Dhaif diriwayatkan oleh
Imam Al-Baihaqi.
3. Ijma ulama'
Ijma' ulama' mengharuskan mudharabah sebagai rukhsah (keringanan) atau istihsan (sesuatu
yang dipandang baik oleh mujtahid) - nihayatul muhtaj -

Rukun Mudharabah
Muhammad Firdaus Bin Khairuddin 224604

Rukun-rukun mudharabah mengikut pendapat ulama-ulama islam adalah seperti berikut :

I.
II.
III.
IV.
V.

Dua orang yang berakad


Lafaz ijab (beri) dan qabul (terima)
Modal
Pekerjaan
Untung

Syarat-syarat bagi setiap rukun

I.
-

Dua orang yang berakad

Mestilah orang yang mempunyai kelayakan menguruskan harta iaitu merdeka, baligh,

cerdik ( tidak terlalu bodoh) yang cukup syarat untuk menjadi seorang wakil.
-

Orang yang muflis tidak boleh menjadi pelabur, tetapi boleh menjadi penguasaha
II. Lafaz (ijab dan qabul)

Jumhur ulama berpendapat akad mudharabah wajib ada lafaz ijab dan qabul.

Dibolehkan apa-apa lafaz yang menunjukkan kepada pelaburan seperti: aku berikan

rm 50 kau niagakan, untung nanti kita bahagi dua kerana iktibar yang diambil kira pada akad
adalah maknanya bukan lafaznya

III. Modal
-

Ulama-ulama bersepakat modal harus diberi dalam dinar dan perak, adapun selain

daripada itu ulamaberselisih pendapat.


-

Jumhur ulama-ulama menyatakatan tidak sah modal pelaburan dalam bentuk barang-

barang perniagaan, kerana barang-barang perniagaan harganya tidak tetap, kadang-kadang


naik dan kadang-kadang turun, dikhuatiri akan berlaku perselisihan antara pelabur dan
pengusaha ketika pembahagian untung dan pemulangan modal.

Muhammad Firdaus Bin Khairuddin 224604

Sebahagian ulama mengharuskan modal dalam bentuk duit, kerana menyatakan dinar

dan dirham bukanlah yang dimaksudkan oleh zatnya,tetapi yang dimaksudkan dari sudut
boleh dikembangkan.
-

Para fuqaha-fuqaha mensyaratkan modal yang dikeluarkan untuk sesuatu pelaburan

mesti diketahui oleh kedua-dua pihak supaya kelak tidak timbul perkelahian.
IV. Untung
-

Ulama-ulama bersepakat syarat sah mudharabah pembahagian keuntungan kedua-dua

pihak mesti diketahui. ( Badaius Soni, Mughnil Muhtaj, Raudhatul Tolibin ) Jahilnya
keuntungan menyebabkan rosaknya akad. Pembahagian keuntungan mesti dilakukan secara
nisbah seperti 1/2 , 2/3 dan seumpamanya.
-

Keuntungan tetap tanpa pelabur perlu menanggung risiko kerugian juga diharamkan.

Contohnya pelabur mensyaratkan supaya diberikan keuntungan kepadanya rm 10 000 setiap


bulan. Ini dilarang kerana akan menyebabkan pengusaha dizalimi seandainya berlaku
kerugian.
-

Seandainya perniagaan rugi, pelabur akan menanggung rugi modal manakala pengusaha

rugi tenaga.
-

Kalau disyaratkan semua keuntungan diberikan kepada pengusaha akad tersebut

bertukar menjadi pinjaman. Kalau disyaratkan semua keuntungan diberikan kepada pelabur
akad tersebut bertukar menjadi ibdha ( pengusaha hanya menolong pelabur )

V. Dua orang yang melabur

Pengusaha mesti menjalankan aktiviti pelaburan sesuai dengan apa yang disyaratkan

oleh pelabur, seandainya pengusaha melanggar syarat tersebut dan berlaku kerugian atau
bencana pengusaha wajib menanggung kerugian tersebut

Muhammad Firdaus Bin Khairuddin 224604

Jenis-Jenis Mudharabah
Mudharabah terbahagi kepada dua jenis mengikut kuasa yang diberikan oleh pemodal
dalam bidang muamalat iaitu mutlaqah dan muqayyadah.
Bagi mutlaqah iaitu mudharabah mutlak, bererti seseorang memberikan hartanya
kepada seseorang tanpa batas. Ini bermaksud pengusaha diberikan kuasa sepenuhnya untuk
menjalankan kerja tanpa sebarang sekatan dalam urusan kerja tersebut dan tidak terikat
dengan masa tempat, jenis perusahaan dan pelanggan. Mudharabah jenis ini memberikan
pengusaha bebas melakukan muamalat-muamalat seperti menjadi wakil dan mewakili orang
lain menjalankan tugasnya, menguruskan wadiah dan lain-lain serta berjual beli untuk
mendapatkan untung secara biasa.
Untuk mudharabah muqayyadah pula iaitu terbatas, bererti seseorang menyerahkan
kepada orang lain modal sebagai mudharabah supaya dapat di niagakan harta tersebut di
tempat-tempat tertentu atau pada waktu tertentu. Ini bermaksud pengusaha di bataskan
kegiatannya untuk menjalankan mudharabah hanya dalam bidang atau cara atau jangka masa
tertentu sahaja.

Muhammad Firdaus Bin Khairuddin 224604

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Mudharabah


Kontrak mudharabah akan terbatal dalam keadaan berikut iaitu:
a) Fasakah, larangan mengurus atau dilucutkan kuasa.
Pemansuhan kontrak, larangan menguruskan harta atau perlucutan kuasa akan
menyebabkan kontrak mudharabah terbatal. Jika modal itu berbentuk tunai ketika
fasakh dan larangan di buat, maka ianya dikira terbatal dan jika modal itu berbentuk
barang perniagaan maka perlucutan kuasa itu tidak sah. Ini bermakna jika pengusaha
tidak mengetahui fasakh dan larangan pengurusan, maka dia harus mengurus.
b) Mati salah satu pihak berkontrak.
Jika pemodal atau pengusaha meninggal, maka kontrak mudharabah terbatal disisi
jumhur. Ini disebabkan kerana kontrak mudharabah mengandungi konsep wakalah
iaitu perwakilan kerana kuasa perwakilan menjadi terbatal disebabkan kematian salah
seorang daripada dua pihak yang berakad.
c) Gila salah satu dari dua pihak yang berkontrak.
Jika salah seorang daripada dua pihak yang berakad itu di isytiharkan gila, maka
kontrak mudharabah terbatal kerana sifat gila membatalkan kelayakan seseorang
daripada terus menjadi pihak yang berakad.
d) Pemilik harta menjadi murtad
Kontrak mudharabah terbatal jika pemilik harta adalah murtad, atau mati dibunuh
kerana murtad atau melarikan diri ke negeri musuh. Menurut Abu Hanafiah,
melarikan diri ke negeri musuh di ibarat sama seperti mati iaitu ia menghilangkan
kelayakan pemilik harta dan ini dapat dibuktikan lagi dengan seseorang yang murtad
akan dibahagikan hartanya dikalangan warisnya.

e) Kerosakan harta mudharabah di tangan mudharib


Mudharabah menjadi batal jika modal di tangan pengusaha menjadi rosak sebelum dia
menggunakan untuk membeli sesuatu. Ianya juga terbatal jika pengusaha
menghabiskan harta mudharabah atau menggunakan untuk perbelanjaannya sendiri
mahupun menyerahkan harta tersebut kepada orang lain. Namun begitu, jika
pengusaha mengambil harta yang sebanding dengannya dari orang yang
Muhammad Firdaus Bin Khairuddin 224604

10

menggunakan harta mudharabah itu, maka dia boleh menggunakan untuk membeli
sesuatu bagi perniagaan yang berlandaskan muidharabah.

Mudarabah vs Pelaburan konvensional

Muhammad Firdaus Bin Khairuddin 224604

11

Skim pelaburan dalam Islam dan konvensional adalah berbeza sama sekali. Ini dapat
dilihat dengan jelas dalam beberapa aspek seperti yang melibatkan riba, tempat, aktiviti dan
pulangan. Antara contoh skim pelaburan yang ditawarkan oleh Perbankan Konvensional ialah
Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account). Dalam akaun jenis ini,
seseorang akan meletakkan wangnya di dalam conventional fixed deposit account. Menurut
kontrak dan perjanjian yang di tandatangani, pihak pengendali atau Bank akan
mengumpulkan wang dari orang yang meletakkan wang dalam akaun tadi bersama dengan
wang depositor atau pelabur lain.
Skim

pelaburan

konvensional

adalah

berasaskan

riba

disebabkan

oleh

kecenderungannya mengaut keuntungan yang tinggi semata-mata tanpa mengambilkira faktor


halal dan haram operasi pelaburannya. Ini sama sekali ditegah dalam skim pelaburan syariah
kerana bertentangan dengan syariat Islam. Skim-skim pelaburan syariah terjaga dan bebas
daripada riba kerana ianya berada di bawah pemantauan Badan Penasihat Syahriah (BPS) di
samping Islam itu sendiri juga sama sekali mengharamkan riba melalui Firman Allah s.w.t,
Orang-orang yang makan (mengambil) riba

[174]

tidak dapat berdiri melainkan

seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila
[175]

. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata

(berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah
menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai
kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka
baginya apa yang telah diambilnya dahulu

[176]

(sebelum datang larangan); dan

urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka
orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. Allah
memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah

[177]

. Dan Allah tidak menyukai setiap

orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa [178.
(QS. Al Baqarah (2): 275-276
Daripada segi tempat pelaburan, pelaburan konvensional membuat pelaburannya di
mana sahaja dan dengan apa juga cara sekalipun tanpa mengambilkira samada tempat di
mana dia membuat pelaburan itu halal ataupun haram umpamanya perjudian dan penjualan
arak asalkan keuntungannya dapat dimaksimumkan. Hal ini amat bertentangan dengan
konsep pelaburan syariah, di mana pelaburannya hanya dibuat di tempat-tempat yang
beroperasi secara halal dan diiktiraf oleh BPS. Deposit sahib ul-mal yang terkumpul hanya
Muhammad Firdaus Bin Khairuddin 224604

12

akan dilaburkan untuk membiayai syarikat-syarikat yang telah di tapis secara Shariah oleh
pengurusan bank dan majlis Penasihat Shariah Bank.semua Shariah-Approved companies
ini telah di pastikan dengan teliti ketepatannya dari sudut Shariah, justeru semua keuntungan
yang bakal di perolehi adalah harta yang bersih.
Aktiviti-aktiviti pelaburan yang dijalankan dalam konvensional tidak pernah terlepas
daripada aktiviti yang bertentangan dengan konsep syariah disebabkan oleh matlamatnya
hanyalah untuk memaksimumkan keuntungan semata-mata. Di dalam lslam tidak sepatutnya
diizinkan pertarungan bagi membolot harta orang lain dan berusaha untuk mengaut untung
menerusi pegangan saham orang lain serta merugikan pihak yang satu lagi (yang kalah
bertarung) seperti mana yang berlaku di dalam bursa anjuran sekular. Oleh kerana sistem
lslam mengutamakan aktiviti pelaburan yang sihat dan mempunyai tujuan yang mulia bagi
mencapai matlamat al-falah maka aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti gharar adalah
diharamkan.
Gharar menurut bahasa ialah risiko yang tidak diketahui pada masa hadapan. Dari
segi istilahnya pula gharar boleh dikatakan sebagai sebarang bentuk pemalsuan yang tidak
ketara pada asalnya termasuklah judi. Salah satu dari aktiviti gharar yang diharamkan ialah
aktiviti spekulasi yang merbahaya. Spekulasi seperti ini tidak sama dengan perniagaan risiko
tinggi. Spekulasi seperti ini sebenarnya adalah amalan judi kerana spekulator mendapat
untung di atas kerugian orang lain. Manakala risiko tinggi pula ialah tidak membabitkan
kerugian kepada orang lain tetapi mendapat keuntungan secara bersih dari usaha yang
dilakukan. Dan kalaupun berlaku kerugian dengan sebab ijtihad yang salah, maka tidak ada
pihak lain lagi akan mendapat keuntungan di atas kerugian kita dan begitulah sebaliknya.
Di dalan pelaburan konvensional, contahnya dalam Akaun Pelaburan Dengan
Pulangan Tetap pulangan terhadap modal pelabur adalah dalam bentuk feadah tetap atau
fixed interest yang ditentukan sendiri oleh pihak bank. Sebagai contoh 3 % untuk diberikan
kepada penyimpan atau pelabur (tambahan ke atas wang modalnya) bagi suatu tempoh
selama matang antara 1 11 bulan. Pada kebiasaannya Bank telah pun membuat kira-kira
bagi menentukan kadar interest yang ingin diberinya. Menurut Shariah, kadar 3 % dari fixed
deposit account tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana, disiplin
pelaburan iaitu Mudarabah atau Musyarakah menurut Islam, pulangan keuntungan tidak
boleh di tentukan sama sekali peratusannya. Hanya nisbah pembahagian keuntungan yang
dibenarkan. Seperti 70 : 30 ( Bank : pelanggan). Pelaburan hendaklah memberi pulangan

Muhammad Firdaus Bin Khairuddin 224604

13

dalam bentuk kebendaan dan kerohanian, bukan saja memberi kepuasan dan kebaikan di
dunia bahkan di akhirat juga.
Ringkasnya pelaburan yang di lakukan oleh Perbankan konvensional wujud
penindasan atau ketidakadilan. Ini contohnya dapat dilihat daripada segi pulangan terhadap
modal yang di sumbangkan oleh pendeposit di mana penetapan pulangan (fixed interest)
menyebabkan pihak bank akan terpaksa menanggung pulangan yang dijanjikannya kepada
pendeposit walaupun pelaburannya mengalami kerugian dan sebaliknya. Bertitik tolak dari
inilah dasar keadilan dan kebebasan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini terkandung
menerusi amalan pemikirannya bagi mencari pendekatan kaedah-kaedah pelaburan,
penggunaan sumber-sumber alam dan usaha-usaha dalam batas-batas yang diredai Allah
s.w.t.

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kita dapat melihat kebaikan dan kelebihan skim pelaburan
syariah berbanding dengan skim pelaburan konvensional dalam semua aspek seperti yang
telah dibincangkan. Pelaburan yang dijana melalui skim pelaburan syariah adalah bebas
daripada segala bentuk larangan seperti riba, ketidakpastian (gharar), penindasan, penipuan,
Muhammad Firdaus Bin Khairuddin 224604

14

pembaziran dan sebagainya. Namau, tidak dapat dinafikan bahawa semua unsur tersebut
wujud dalam skim pelaburan konvensional.
Skim-skim pelaburan syariah pada masa kini sudah semakin bertambah namun jika
dibandingkan dengan skin pelaburan konvensional yang sudah sekian lama menguasai
pasaran pelaburan dunia, skim pelaburan syariah masih agak kurang dan perlu dipesatkan lagi
perkembangkannya dalam semua aspek agar mampu menyaingi dan seterusnya mengatasi
sepenuhnya skim pelaburan konvensional. Pada pendapat kami, salah satu cara dan strategi
yang boleh digunakan ialah melalui perancangan yang terancang di dalam pelaburan Islam.
Skim pelaburan syariah perlulah diperkasakan lagi dengan membuka lebih banyak cawangan
bukan sahaja dalam negara malah sehingga ke luar negara, mencari alternatif bagi menambah
produk-produk yang sedia ada disamping memberi pendedahan khususnya kepada umat
Islam dan kepada masyarakat secara umumnya.
Namun, apa yang amat menyedihkan di kalangan umat Islam hari ini, iaitu realiti
yang memperlihatkan ramai pelabur Muslim asyik dan leka dalam lingkungan ekonomi
konvensional yang serba menggamit nafsu, lantas melupakan prinsip, etika dan asas yang
amat penting dalam merealisasikan kejayaan ekonomi Islam di masa hadapan.
Oleh itu, masyarakat khususnya umat Islam harus menyedari hal ini dan bersamasama mengembleng usaha serta tenaga bagi memperkasakan skim pelaburan syariah yang
boleh dikatakan masih berada di peringkat permulaannya. Tanpa kejasama yang padu dan
berterusan tidak mungkin segala usaha yang dilaksanakan ke arah memperkasakan pelaburan
syariah akan mencapai objektif dan matlamatnya seperti mana yang dirancang.

Rujukan
Zaharuddin Abd Rahman. Panduan Perbankan Islam Kontrak & Produk
Asas. 2009. Telaga Biru Sdn Bhd.
Sudin Harun. Sistem Kewangan dan Perbankan Islam. 2008. Kuala Lumpur
Business School Sdn Bhd.
Muhammad Firdaus Bin Khairuddin 224604

15

Dr Mustofa Al-Khin, Dr Mustofa Al Bugho, Ali Asy Syarbaji. Kitab Fikah


Mazhab Syafie. Jilid 7. 2005. Pustaka Salam Sdn Bhd
Dr Wahbah al-Zuhaili, Fiqh & Perundangan Islam Jilid IV, 2000, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Selangor.
Dr Muhmad Rawwas Qalahji. Urusan Kewangan Semasa. 2005. Hidayah
Publishers
Brian

Kettell.

Introduction

Banking

&

Finance.

2008.

Printhaus

Northampton
Ustazah Zainun Mohamed. Fiqh Islami. Falkuti Pengajian Kontemporari
Islam, Universiti Darul Iman Malaysia

Muhammad Firdaus Bin Khairuddin 224604

16

Muhammad Firdaus Bin Khairuddin 224604

Anda mungkin juga menyukai