Anda di halaman 1dari 2

Apam Bakar Kelantan

Bahan-bahan
3 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir (ikut manis yg disukai)
1/4 sdt garam
2 sdt yis segera (tak letak pun)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 ulas bawang merah(di mayang halus)
1/2 inci halia (dimayang halus)
250 ml air
4 biji pisang emas
4 ketul tapai ubikayu di lenyek halus
Kelapa parut putih dan sedikit garam (dikukus)
Cara-cara
Lenyek pisang dan tapai ubi. Masukkan halia dan bawang hiris, garam, gula dan tepung
beras. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga sesuai kepekatannya. Masukkan
sedikit lada hitam yang ditumbuk.
Rehatkan adunan 4 - 5 jam sehingga ia nampak berbuih dan ringan apabila dikacau.
Kacau dengan perlahan-lahan.
Panaskan non-stick pan, leser dgn sedikit majerin. Ambil satu senduk adunan dan
bentukkan satu lempeng. Tutup kuali. Bila kuih berbuih, baru dibalikkan dalam 1 minit
sebelum diangkat.
Biarkan atas adunan berbuih di permukaan dan keperangan di bahagian bawah baru di
terbalikkan. Biarkan selama seminit baru diangkat. Dihidang bersama kelapa parut.

Bahan A : (ditumbuk halus atau dimesin)


1/2 labu bawang besar
11/2 inci halia
21/2inci lengkuas
1 sudu kecil lada hitam
1 batang serai

Bahan B :
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 biji telur
3 pisang (pisang yang dimakan bukan digoreng, banyak ikut suka)
1 tapai ubi (kalau tak suka tak payahlah letak)
Gula Melaka
Secubit garam
Air (agak-agak bancuhan yang sesuai buat lempeng, jangan terlalu pekat dan cair)

Cara Membuatnya :
Pisang dan tapai ubi dilenyek atau dilumatkan sehancur mungkin dan dicampurkan
semua bahan dalam B. Apabila bancuhan telah sebati masukkan juga bahan A.
Setelah digaulkan sehingga sebati, adunan disimpan selam 2 hingga 3 jam dengan
ditutup mangkuk tersebut. Selepas itu bolehlah dibakar atas kuali leper atau kuali
biasapun boleh. Jika ada kuali tidak melekat tak perlu letakkan minyak tetapi jika
kuali biasa, untuk kali pertama letak sedikit minyak, ratakan dalam kuali tersebut.

Anda mungkin juga menyukai