Anda di halaman 1dari 76

Pusat Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia

Pembelajaran Secara Kontekstual

Apakah Pembelajaran Secara


Kontekstual?

Mengapa Kontekstual ?

15

Faedah Pembelajaran Kontekstual


Bentuk Pembelajaran Kontekstual

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan


Bagi Melaksanakan Pembelajaran
Secara KontekstualDengan Berkesan

43

Senarai Semak Pengajaran Secara


Kontekstual

56

Penilaian

57

Rujukan

58

Contoh Aktiviti Pembelajaran Secara


Kontekstual

59

22
28

Bagaimana Melaksanakannya ?

33

Apakah Perbezaan Antara


Pembelajaran Kontekstual
Dengan Pembelajaran Tradisional?

40

Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3

60
65
69

PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL


MATLAMAT
Matlamat modul ini ialah untuk membantu guru memahami, menguasai dan
menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF
Setelah menggunakan modul ini, guru berupaya :

Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan


pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.

Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah


dengan yakin dan berkesan.

Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan


kontekstual.

APAKAH PEMBELAJARAN
SECARA KONTEKSTUAL?

PENGENALAN

Anda mungkin memerlukannya suatu


hari nanti.
Kenapakah saya mesti
belajar perkara ini?

Mereka tidak boleh didorong untuk


belajar
Mereka tiada kemampuan untuk
menguasai mata pelajaran akademik

The Average Child


I dont cause teachers trouble,
my grades have been OK.
I listen in my classes
and Im in school everyday.
My teachers think Im average,
my parents think so too.
I wish I didnt know that
cause theres lots Id like to do.
Id like to build a rocket, I have
a book that tells you how,
or start a stamp collection-well
theres no use in trying now.
Cause since I found Im average
Im just smart enough you see,
to know there is nothing special
that I should expect of me.
Im part of the majority,
that hump part of the bell,
who spends their life unnoticed
in an average kind of hell.

Apakah kelemahan
pengajaran dan
pembelajaran hari ini?

Kegagalan membantu murid mencari hubung kait


Antara maklumat baru dengan
pengalaman sedia ada

Antara sekolah dengan dunia luar

Antara satu mata pelajaran dengan


mata pelajaran lain

Antara pengetahuan lepas dengan


cabaran kini, dan cabaran kini dengan
tanggungjawab masa depan

Apakah
kekangan dalam
membina hubung
kait tersebut?

Bebanan pengurusan dan pentadbiran ke atas


sekolah dan guru

Sistem pendidikan yang berorientasikan


peperiksaan

Tekanan untuk menghabiskan sukatan pelajaran

Kebimbangan bahawa pengenalan elemen baru


dalam kelas akan menambahkan bebanan guru

Terlalu terkongkong kepada pendekatan


pengajaran secara behaviourist iaitu penekanan
kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan

APAKAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?


Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti
hands-on dan minds-on.

Pengalaman Harian Individu

Persekolahan

Kehidupan Masyarakat

Alam Pekerjaan

TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

Pengetahuan sedia ada

Pengetahuan baru

Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau


pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.

Budaya

Konteks yang
Pelbagai
Sosial

Fizikal

Psikologi
Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam
konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.

Bilik Darjah
Kepelbagaian
Persekitaran
Pembelajaran

Makmal

Tempat Kerja

Kehidupan Harian
Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran
pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

10

KUMPULAN SASARAN MURID YANG MANAKAH BOLEH


MENDAPAT MANFAAT YANG LEBIH DARIPADA
PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL?

Jenis murid

Kumpulan sederhana

cenderung kepada aplikasi konsep

Ciri murid

terdorong melalui aktiviti hands-on


tidak yakin mempelajari matematik dan sains secara abstrak

Lokasi

sekolah-sekolah menengah teknik dan vokasional


sekolah-sekolah menengah harian

11

PENDEKATAN KONTEKSTUAL MERENTAS PELBAGAI


DISIPLIN ILMU

Sains

Matematik

Teknologi Maklumat

Bahasa

Komunikasi

Teknikal dan Vokasional


12

Kemanusiaan

APAKAH PANDANGAN PAKAR PEDAGOGI TENTANG


PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?
Students involvement in their schoolwork increases significantly when they are taught why they are
learning the concepts and how those concepts can be used outside the classroom. And most
students learn much more efficiently when they are allowed to work cooperatively with other
students in groups or teams.
Dan Hull
A curriculum and teaching methodology tied to the childs experiences and interests
John Dewey
Learning as a complex process that cannot be addressed adequately through drill-oriented,
stimulus/response methodologies
Howard Gardner
The mind seeks meaning through searching for relationships that make sense dan fit with
past experiences.
Renate Numella Caine and
Geoffrey Caine
Learning tasks that are situated in some meaningful real-world task, or are stimulated
through some case-based or problem-based learning environment
Jonassen
Suasana pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam
konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi
D.A. Kolb

13

Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya


akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau
pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka.
Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks
dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan
dengan persekitarannya.
Teori Pembelajaran Kontekstual
menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran
pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja
atau kehidupan harian.
Teori ini menggalakkan pendidik
memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks
sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil
pembelajaran yang dihasratkan.
14

MENGAPA
KONTEKSTUAL?

15

MENGAPAKAH PENDEKATAN KONTEKSTUAL PERLU


DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN?

16

Individu memiliki
pelbagai jenis
kecerdasan.

Individu mengekalkan
maklumat dengan lebih
berkesan melalui pengalaman
sendiri.

Pembelajaran
kontekstual mengambil
kira pelbagai gaya
pembelajaran.

APA YANG KITA TAHU TENTANG PROSES


PEMBELAJARAN?
Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui
pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan
peluang untuk penemuan kendiri.
Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep
disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing
kepada murid.
Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui
komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan,
berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas
yang positif.
Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi
yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari.

17

CIRI-CIRI KEJAYAAN DALAM PEMBELAJARAN

Kita kekalkan :

Kita Belajar

10 % Apa yang kita baca

20 % Apa yang kita dengar

30 % Apa yang kita lihat

50 % Apa yang kita dengar dan lihat

70 % Apa yang kita bincang


dengan orang lain

80 % Apa yang kita alami sendiri

95 % Apa yang kita ajar kepada


orang lain
Sumber : Secret of Ancient Chinese Art of Motivation

18

TEORI KECERDASAN PELBAGAI


Menurut pandangan Howard Gardner, terdapat sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan
pelbagai.

+
Verbal-Linguistik
Logik- Matematik

Muzik

Naturalis

Visual-ruang

Intrapersonal

Interpersonal
Kinestetik

Setiap orang memiliki kesemua kecerdasan tersebut. Walau bagaimanapun, tahap dan kombinasi
kecerdasan berbeza-beza di antara individu. Teori kecerdasan pelbagai memberi maklumat
tentang apa yang perlu dipelajari tetapi lebih penting lagi, bagaimana mempelajarinya. Justeru,
pendekatan Pembelajaran Kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan pelajar dengan lebih
berkesan.

19

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL MENGAMBIL KIRA


PELBAGAI GAYA PEMBELAJARAN

PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL

20

Pendekatan kontekstual merupakan suatu kaedah


pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan
dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke
arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan
prestasi murid.

21

FAEDAH
PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL

22

Murid

Faedah
Pembelajaran
Kontekstual
Kepada :

Guru

Industri

23

MURID
Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan
pekerjaan atau kehidupan
Dapat mengaitkan kandungan mata
pelajaran dengan pengalaman harian
Boleh memindahkan kemahiran
Boleh meneroka dan mendapatkan
bukti
Boleh menguasai perkara abstrak
melalui pengalaman konkrit
Dapat belajar secara kerjasama

24

GURU
Dapat menjadikan pengajaran
sebagai satu pengalaman yang
berjaya.

Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata


pelajaran dengan dunia pekerjaan.

Dapat menjadi penghubung antara


pihak akademik dan vokasional atau
industri.

25

INDUSTRI
Menerima tenaga kerja
yang berpotensi untuk
dilatih atau dilatih semula
secara berkesan mengikut
keperluan

Menggerakkan industri ke
dalam pendidikan sebagai
rakan kongsi

26

Pembelajaran secara Kontekstual dapat membina keyakinan


diri kerana murid dapat memahami perhubungan antara teori
dan amalan. Pembelajaran secara Kontekstual juga membina
pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.
Sekolah dapat memainkan peranan sebagai
penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan
dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri.
Pendekatan Kontekstual dapat membina asas kukuh tenaga
kerja mahir masa depan untuk menguatkan kedudukan
negara di peringkat dunia.

27

BENTUK
PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL

28

APAKAH BENTUK PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?


Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada
bentuk pembelajaran yang berikut :
Relating
(Menghubung kait)

Belajar dalam konteks


menghubungkaitkan pengetahuan
baru dengan pengalaman hidup

Experiencing
(Mengalami)

Belajar dalam konteks


penerokaan,
penemuan dan reka cipta

Applying
(Mengaplikasi)

Belajar dalam konteks bagaimana


pengetahuan atau informasi boleh
digunakan dalam situasi lain.

Cooperating
(Bekerjasama)

Belajar dalam konteks


bekerjasama, memberi maklum
balas dan berkomunikasi

Transfering
(Memindahkan)

Belajar dalam konteks


pengetahuan sedia ada dan
menggunakan atau membina
daripada apa yang telah diketahui

29

Relating (Menghubung kait)


Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di
sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan
kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat
mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa
mereka semasa membersihkan kawasan tempat
tinggal mereka setiap hari

Experiencing (Mengalami)
Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan
demontrasi serta membuat latihan amali
menyambungkan wayar kepada plug 3 pin.
Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila
berlakunya situasi wayar plug 3 pin sterika
tertanggal

30

Applying (Mengaplikasi)
Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat
mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu situasi
sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek.
Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid
boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek
kereta bagi membolehkan penukaran tayar

Cooperating (Bekerjasama)
Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk
menyelesaikan masalah pencemaran alam
menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka
berbincang dan bekerjasama dengan ahli
kumpulan masing-masing . Hasil yang
diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka
menyelesaikan masalah secara bekerjasama
Transfering (Memindahkan)
Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut
tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras.
Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga
bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut
tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang
permainan

31

Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, objektif


pembelajaran dapat dicapai melalui pelbagai bentuk.
Antara bentuk yang diutarakan adalah menghubung kait,
mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan.
Setiap bentuk yang dibincangkan harus mengaitkan
pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran. Murid
yang melalui kaedah pembelajaran secara kontekstual
berupaya
mengaitkan
apa
yang
dipelajari
dan
mengaplikasikannya kepada situasi lain.

32

BAGAIMANA
MELAKSANAKANNYA?
?

33

BAGAIMANAKAH MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?
Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran mesti memenuhi keperluan strategi
yang berikut:

MOTIVASI

Pengenalan
Isu perbincangan
Alat bantu

mengajar

34

PEMAHAMAN

Penerangan

konsep dan
perbincangan
kelas
Bacaan dan
melakukan
Contoh kajian

KEMAHIRAN

Aktiviti Hands-

On
Penyelesaian
masalah

PENILAIAN

Ingat kembali

fakta utama
Penilaian
kemajuan

MOTIVASI

Segmen ini bertujuan untuk menarik minat dan


mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang
akan dibincangkan, contohnya :

Bidang

Muzik

Sejarah

Konsep

Motivasi

Permainan gendang

Tayangan video permainan


gendang oleh pelbagai
kaum di Malaysia

Darurat

Memperdengarkan
rakaman bunyi tembak
menembak berserta jeritan

35

PEMAHAMAN

Segmen ini merangkumi kemahiran murid yang berkaitan


dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah penyampaian
maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat
murid terhadap sesuatu konsep itu.
Murid diberikan
kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan.

36

KEMAHIRAN
Pengetahuan yang diperoleh murid dapat diaplikasi dengan cara
melakukan hands-on dan seterusnya dapat mencetuskan pemikiran
murid (minds-on). Dengan ini murid dapat mengaitkan pengetahuan
bilik darjahnya untuk menyelesaikan masalah harian. Guru boleh
menyediakan
senario
tertentu
untuk
membantu
murid
menyelesaikan masalah.
Sebagai contoh, selepas murid
mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru mengutarakan
persoalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia
sebagai rujukan.
Bidang kerjaya juga boleh dibincangkan oleh guru dalam segmen
ini. Guru mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan bidang
kerjaya yang berkaitan. Kebolehan murid mengaplikasikan
pengetahuan sedia ada mereka dengan situasi sebenar dalam
kerjaya yang akan mereka ceburi merupakan aset utama yang
mereka peroleh hasil daripada pembelajaran secara kontekstual.

37

PENILAIAN

Menggulung fakta utama sesuatu tajuk dan menilai penguasaan


tentang tajuk tersebut adalah dua aspek segmen ini. Apabila guru
merumus tajuk, murid diingatkan semula mengenai fakta penting. Di
sini perbincangan dapat diarahkan untuk memperkaya pengetahuan
murid. Selepas ini, guru perlu mengadakan penilaian kemajuan murid.
Penilaian tidak semestinya secara bertulis. Guru boleh menggunakan
kaedah lisan dan pemerhatian. Contoh-contoh aktiviti adalah seperti
kuiz berkumpulan, perbincangan antara kumpulan dan penyediaan
portfolio. Perubahan sikap dan perlakuan yang dapat dilihat juga
boleh digunakan sebagai petunjuk bahawa murid telah menghayati isi
pelajaran.

38

Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran


perlu melalui proses motivasi, pemahaman, aplikasi serta
imbasan kembali dan penilaian. Kebolehan melakukan
(hands-on) dan berfikir (minds-on) merupakan asas
pendekatan kontekstual. Paduan kedua-duanya akan
mendorong naluri ingin tahu murid dan menjadikan
pembelajaran suatu aktiviti bermakna kepada mereka.

39

APAKAH PERBEZAAN ANTARA


PEMBELAJARAN
KONSTEKSTUAL DENGAN
PEMBELAJARAN
TRADISIONAL?

40

APAKAH PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN


KONTEKSTUAL DENGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL?
Perkara

Pembelajaran Secara
Kontekstual

Pembelajaran Secara
Tradisional

Objektif

Mencari, membina dan


mengaplikasikan maklumat
kepada dunia sebenar.

Memindahkan maklumat

Peranan Guru

Pembimbing dan mentor

Penyampai maklumat

Peranan Murid

Aktif mencari dan membina maklumat


melalui aktiviti sebenar
dalam kehidupan harian

Penerima maklumat yang pasif


melalui syarahan dan pembacaan

Isi Kandungan

Disesuaikan untuk
kecerdasan pelbagai.

Disesuaikan untuk kecerdasan


Bahasa dan Logik- Matematik.

Kaedah

Inkuiri, penemuan dan aplikasi.

Syarahan dan soal-jawab

Penilaian

Berasaskan pencapaian atau prestasi


dan penyelesaian masalah
(contoh: portfolio).

Menguji fakta (contoh:


ujian kertas dan pensil).

41
39

Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara


pembelajaran secara kontekstual dengan pembelajaran
secara tradisional. Pembelajaran secara kontekstual
memberi penumpuan kepada murid. Objektif pembelajaran
dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan berbanding
dengan kaedah tradisional.

40
42

PERKARA YANG PERLU


DIPERTIMBANGKAN BAGI
MELAKSANAKAN
PEMBELAJARAN SECARA
KONTEKSTUAL DENGAN
BERKESAN
43

Pembelajaran
Murid

Pengajaran
Guru

Sokongan
Pentadbir
Sekolah

Sokongan
Masyarakat

Matlamat utama pembelajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkan


murid yang berkualiti. Untuk menjayakannya, semua pihak perlu bersetuju
mengenai apa yang perlu dipelajari dan bersetuju mengenai
strategi
pembelajarannya. Di samping itu, sokongan daripada organisasi masyarakat
diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran dan pembelajaran kontekstual.
Sokongan luaran ini akan
memberi galakan dan sumber-sumber untuk
membantu murid dan guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang kondusif.

44

PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN

Komunikasi

Pengajaran Guru

Sokongan Pentadbir
Sekolah
Sokongan
Masyarakat
45

KOMUNIKASI
Murid

Guru
KOMUNIKASI

Ibu bapa

46

Masyarakat

Komunikasi
Antara :
Murid
Guru
Ibu bapa
Masyarakat

Pembelajaran kontekstual yang


berjaya memerlukan komunikasi
berterusan di kalangan murid,
guru, ibu bapa dan masyarakat.
Maklum balas daripada
murid adalah satu komponen
yang penting untuk mengukur
keberkesanan program
pembelajaran kontekstual.
Ibu bapa dan masyarakat perlu
memahami keadaan dan
kaedah pengajaran yang terkini dan
memberi sokongan kepada
perancangan dan perkembangan
pembelajaran kontekstual.

47

Teks dan
Bahan
Sokongan

Kurikulum
PENGAJARAN
GURU

Suasana
Bilik Darjah

Penilaian
Persekitaran
Luar
Sekolah
48

Kurikulum

Disiplin tradisional diubah suai dalam konteks yang bermakna.


Strategi pengajaran baru perlu diwujudkan memandangkan peranan
guru hanya sebagai fasilitator.
Kandungan kurikulum yang sesuai untuk pembelajaran kontekstual
dikenal pasti terlebih dahulu.
Bukan semua kandungan kurikulum boleh disampaikan
dengan kaedah pembelajaran kontekstual.
Maklumat tentang hubung kait kurikulum dengan individu,
masyarakat dan khususnya alam pekerjaan perlu disediakan.

Teks dan bahan sokongan yang pelbagai perlu disediakan.

Suasana Bilik
Darjah

Bilik darjah diubah suai supaya murid boleh menjalankan


aktiviti hands-on secara berkumpulan.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid


Suasana pembelajaran koperatif di kalangan murid digalakkan.

Guru mengambil kira persekitaran luar sekolah. Misalnya bagi sekolah luar
bandar, guru akan menggunakan konteks yang ada di persekitarannya.

Penilaian

Teks & Bahan


Sokongan

Persekitaran
Luar Sekolah

Cara penilaian yang pelbagai dan adil perlu dirangka untuk


membantu murid menguasai pembelajaran.

49

Perkembangan
Staf

Infrastruktur
SOKONGAN
PENTADBIRAN
SEKOLAH

Masa

Kepimpinan
Kewangan

50

Guru perlu diberi latihan atau kursus untuk mempelajari


teori dan kaedah pembelajaran kontekstual dan
mempraktikkannya dalam bilik darjah.

Perkembangan
Staf

Guru perlu peka tentang persekitaran tempat kerja bagi membantu proses
pengajaran dan pembelajaran.

Infrastruktur

Kemudahan bilik aktiviti, makmal, bilik tayang,


perkakasan komputer dan perisian serta peralatan
lain perlu disediakan untuk menambahkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.

Peruntukan kewangan yang mencukupi mesti disediakan.

Kepimpinan

Kewangan

Sokongan dan dorongan daripada pihak pentadbir amat


perlu supaya guru boleh melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran kontekstual dengan
berkesan.

Jadual waktu perlu fleksibel supaya masa


mencukupi untuk menjalankan aktiviti.

Masa
51

Sokongan Teknikal
Dan Kewangan
SOKONGAN
MASYARAKAT
Penyediaan Situasi
Tempat Kerja Sebenar

Kerjasama Masyarakat Dan


Sekolah
52

SOKONGAN
MASYARAKAT

Hubungan rapat antara


Kementerian Pendidikan dengan
industri adalah penting untuk
mendapatkan sokongan teknikal,
kewangan dan memberi pendedahan
kemahiran kepada murid tentang
alam pekerjaan.
Murid memerlukan pengalaman
hands-on. Mereka menimba
pengalaman ini dengan cara bekerja
atau membuat latihan amali dalam
situasi tempat kerja sebenar.
Masyarakat perlu bekerjasama
dengan Kementerian Pendidikan
untuk memberi sumbangan dalam
menjayakan pelaksanaan kurikulum.

53

Pembelajaran kontekstual yang efektif memerlukan gabung


jalin atau interaksi di antara kurikulum, kaedah pengajaran,
situasi dan masa. Penglibatan masyarakat dan industri
dalam merancang strategi untuk menjayakan wawasan
bersama dengan pihak sekolah sangat penting. Oleh itu
sekolah, industri dan masyarakat perlu bersedia menerima
perubahan
dalam
menjayakan
pengajaran
dan
pembelajaran secara kontekstual.

54

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA


KONTEKSTUAL
I knew Applied Math wouldnt be easy for me. Math never is. Im learning
how to comprehend problems and think through instead of just doing the
mechanics of math. I like being able to have a group or partner.
(Komen seorang murid selepas satu semester kelas Matematik Gunaan
secara kontekstual di Portage High School, Amerika Syarikat).

Oleh itu, pendekatan secara kontekstual ialah


Still the SAME
Mathematics, History, Music, Science
BUT
taught and learned DIFFERENTLY

55

SENARAI SEMAK PENGAJARAN SECARA KONTEKSTUAL


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

56

Adakah konsep baru dinyatakan dalam situasi kehidupan sebenar dan pengalaman yang biasa
dialami oleh murid?
Adakah konsep dalam contoh dan latihan murid dinyatakan dalam konteks kegunaannya?
Adakah konsep baru dinyatakan dalam konteks pengetahuan yang sedia ada pada murid?
Adakah contoh dan latihan murid mengandungi banyak penyelesaian masalah pada situasi
sebenar dan sudahkah mereka mengenal pasti kepentingannya pada masa kini dan akan
datang?
Adakah contoh dan latihan murid menanamkan sikap saya perlu belajar konsep ini?
Adakah murid mengumpul dan menganalisis data mereka sendiri semasa dibimbing
menjalankan penyiasatan tentang konsep yang penting?
Adakah peluang diberikan kepada murid untuk mengumpul dan menganalisis data untuk tujuan
pengayaan?
Adakah pembelajaran dan aktiviti menggalakkan murid mengaplikasikan konsep dan
pengetahuan dalam konteks masa depan murid dan situasi yang pelbagai?
Adakah murid sentiasa mengambil bahagian dalam interaksi kumpulan di mana perkongsian,
komunikasi dan respons kepada konsep penting dan membuat keputusan berlaku?
Adakah pembelajaran, latihan dan aktiviti meningkatkan pembacaan dan kemahiran komunikasi
di samping meningkatkan kemahiran saintifik dan logik matematik?

PENILAIAN
1.
2.

Apakah yang anda faham tentang maksud Pembelajaran Kontekstual?


Mengapakah pendekatan Pembelajaran Kontekstual perlu diserapkan dalam sesuatu
pelajaran?
3.
Nyatakan aspek-aspek yang terdapat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual.
4.
Senaraikan urutan strategi pengajaran dan pembelajaran Kontekstual.
5.
Apakah hasil yang diharapkan daripada murid melalui pendekatan Pembelajaran
Kontekstual?
6.
Nyatakan faedah Pembelajaran Kontekstual kepada :
a.
Murid
b. Guru
c.
Industri
7.
Senaraikan perbezaan antara Pembelajaran Kontekstual dengan pembelajaran secara
tradisional.
8.
Nyatakan perubahan sosial dan fizikal yang perlu dilakukan untuk menjamin kejayaan
Pembelajaran Kontekstual di sekolah.
9.
Apakah institusi-institusi yang perlu dilibatkan untuk menjamin kejayaan Pembelajaran
Kontekstual?
10. Anda seorang guru sejarah. Anda dikehendaki mengajar tajuk Kemerdekaan Malaysia.
Cadangkan dengan ringkas bagaimana tajuk ini boleh diajarkan melalui pendekatan
Kontekstual.

57

RUJUKAN
Brooks, J.G., & Brooks, M.G., (1993). In search of understanding: The case for constructivist classrooms. Alexandria,
VA:ASCD.
Caine, Renate Numella and Geoffrey Caine, (1991). Making Connections : Teaching and the Human Brain.
Alexandria : Association for Supervision and Curriculum Development.
CORD , (1998). CORD Algebra 1: Mathematics In Context. Waco : Center of Occupational Research and
Development.
CORD , (1999). The ABCs of Tech Prep : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research
and Development.
CORD , (1999). Teaching Mathematics Contextually : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of
Occupational Research and Development.
CORD , (1999). Teaching Science Contextually : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational
Research and Development.
Davidson, N. (Ed)., (1990). Cooperative learning in mathematic: A handbook for teachers. Menlo Park, CA:
Innovative Learning, Addison Wesley.
Gardner, Howard, (1983). Frames of Mind : The theory of Multiple Intelligences. New York : Basic Books.
Hull, Dan and Dale Parnell, (1991). Tech Prep/ Associate Degree : A Win/Win Experience. Waco : Center of
Occupational Research and Development.
Hull, Dan, (1993). Opening Minds Opening Doors : Rebirth of American Education. Waco: Center of Occupational
Research and Development.
Hull, Dan, (1995). Who Are You Calling Stupid? Waco : Center of Occupational Research and Development.
Kolb, David A., (1984). Experiential Learning : Experience as a source of Learning and Development. New Jersey :
Prentice Hall.
Parnell, Dale, (1994). Logo Learning : In Search for Meaning in Education. Waco: Center of Occupational Research
and Development.
http://www.google.yahoo.com/bin/query?p=contextual/+learning&hc=O&hs=O
http//www.cord.org
http://ateec.eiccd.cc.ia.us/2000/themes/ctlinfo.html

58

59

CONTOH
AKTIVITI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

CONTOH 1

Mata Pelajaran

Matematik

Tingkatan

Dua

Tajuk

Penyelesaian Persamaan Linear Dalam Satu Anu

OBJEKTIF
Selepas menjalankan aktiviti ini, murid akan dapat menggunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu.
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid mengetahui bahawa bagi sebarang nilai a,
a + ( a ) = 0 , contohnya 5 + ( 5 ) = 0

PERALATAN
-

Jubin algebra berwarna hijau (Jubin-unit) dan kuning (Jubin-x)


2 keping kad manila yang mempunyai kawasan positif (+) dan kawasan negatif (-)

60

Kad Manila
1

Jubin-unit

x
Jubin-x

PENYATAAN MASALAH
Anda akan menggunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu.

61

LANGKAH
(a)

Wakilkan persamaan 3 x 2 = 7 dengan meletakkan jubin pada kad manila seperti yang berikut:
x

x
=
1

3x2

(b)

Tambahkan dua jubin-unit pada kawasan positif di kedua-dua kad manila.


x

x
x

=
1

3x2+2

62

7+2

(c)

Pada kad manila di sebelah kiri, keluarkan 2 jubin-unit pada kawasan positif dan 2 jubin-unit pada kawasan negatif.

x
x

=
1

3x2+2

7+2

63
62

(d)

Agihkan jubin-unit di sebelah kanan secara saksama mengikut bilangan jubin-x yang terdapat di sebelah kiri.

3x

Adakah ini menunjukkan bahawa 3 (iaitu x = 3) ialah penyelesaian bagi persamaan 3 x 2 = 7? Semak jawapan anda.

AKTIVITI PENGUKUHAN
Gunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan 5 x + 3 = 2 x 3. Catatkan setiap langkah dengan melukis rajah.
Nyatakan penyelesaian bagi persamaan 5 x + 3 = 2 x 3.

64

CONTOH 2

Mata Pelajaran
Tingkatan
Tajuk

:
:
:

Pendidikan Muzik
Satu
Klasifikasi Alat Muzik Tradisional

OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran murid boleh:
1.

Menyatakan klasifikasi yang terdapat dalam alat muzik tradisional.

2.

Menyatakan pengertian Membranofon, Kordofon, Idiofon dan Erofon.

3.

Mengklasifikasikan alat muzik tradisional dengan tepat mengikut Membranofon, Kordofon, Idiofon dan Erofon

65

MOTIVASI
Murid menonton video yang menunjukkan persembahan Dondang Sayang.

PEMAHAMAN

1.

Guru menyuruh murid memberi tumpuan kepada jenis alat muzik yang digunakan oleh kumpulan muzik Dondang Sayang.

2.

Guru mengadakan sesi perbincangan dengan murid tentang jenis alat muzik yang digunakan sama ada alat muzik tersebut bertali,
berkulit, alat tiupan atau alat muzik yang diketuk.

3.

Guru memberi penerangan kepada murid tentang klasifikasi alat muzik tradisional.

Kordofon
Idiofon
Erofon
Membranofon

66

:
:
:
:

Alat muzik bertali


Alat muzik yang diketuk
Alat muzik tiupan
Alat muzik yang diperbuat daripada kulit

APLIKASI

1.

Guru membawa murid ke Istana Budaya Negara untuk menyaksikan persembahan Ghazal secara langsung.

2.

Murid diberikan sehelai kertas. Semasa menonton persembahan, murid dikehendaki menyenaraikan bilangan alat muzik mengikut
klasifikasi Membranofon, Idiofon , Kordofon dan Erofon.

3.

Murid dibawa ke dalam bilik simpanan alat-alat muzik tradisional. Di sini mereka dikehendaki memegang, mengamati dan cuba
membunyikan alat muzik yang dipilih.

4.

Murid dikehendaki menyenaraikan sepuluh jenis alat muzik, dapatkan namanya daripada pembantu yang bertugas dan
mengklasifikasikan alat-alat muzik tersebut.

5.

Murid kemudian menonton persembahan kumpulan Keroncong. Sambil menonton, murid dikehendaki menyenaraikan nama alat-alat
muzik yang digunakan dalam kumpulan Keroncong itu dan mengklasifikasikannya.

6.

Guru mengaitkan pelajaran dan pengalaman yang telah dilalui oleh murid dengan kerjaya yang boleh diceburi.
Contoh kerjaya :

Jurutera Audio
Pengarah Orkestra
Penggubah
Penerbit Rakaman
Pengusaha Alat Muzik

(Audio Engineer)
(Orchestra Director)
(Muzik Arranger)
(Recording producer)
(Musical Instrument Manufacturer)

67

IMBAS KEMBALI

Murid dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut :


1.

Berapakah alat Membranofon yang digunakan dalam kumpulan Ghazal?

2.

Berapakah alat Erofon yang digunakan dalam kumpulan keroncong?

3.

Apakah klasifikasi alat yang tidak digunakan dalam kumpulan, Ghazal, Dondang Sayang dan Keroncong?

4.

Nyatakan kerjaya yang boleh diceburi dalam bidang muzik.

68

CONTOH 3

Mata Pelajaran
Tingkatan
Tajuk

:
:
:

Biologi
Lima
Variasi dan Keturunan

OBJEKTIF
Selepas mempelajari unit ini murid dapat :

Menganalisis perkembangan genetik di antara ahli keluarga.


Meramalkan generasi F 2 (generasi filial kedua) berdasarkan pengetahuan genotip.

PENGETAHUAN SEDIA ADA


Pengetahuan yang telah ada pada pelajar ialah:

Hukum Mendel I
Kacukan Monohibrid dan pewarisan monohibrid

69

AKTIVITI

Topik
Peralatan

:
:

Langkah

Wajah zuriat ku
Rajah wajah kosong, sekeping duit siling, pensil dan pemadam

1. Guru meyenaraikan sifat-sifat pada bahagian muka seperti berikut :


bentuk dagu
lekuk dagu
bentuk mulut
bentuk hidung
bentuk mata
bulu mata
suak rambut
rambut
telinga
2. Murid memilih pasangan daripada gender yang berlainan.
3. Setiap ahli pasangan memilih kesudahan lambungan siling secara tetap (iaitu sama ada kepala atau bunga).
4. Setiap pasangan memilih sifat yang hendak dilakar pada rajah wajah kosong yang disediakan.
5. Guru melambung siling dan menyatakan kesudahannya.

70

6. Jika kesudahan lambungan siling memihak kepada murid perempuan, murid lelaki akan melakarkan sifat wajah murid perempuan yang
telah dipilih tadi pada rajah wajah kosong. Begitu juga sebaliknya.

7. Ulang langkah 4 hingga 6 sehingga semua sifat wajah yang disenaraikan telah dilakarkan.
KEPUTUSAN
Wajah yang terhasil daripada aktiviti di atas merupakan satu daripada hasil yang mungkin dalam proses kacukan monohibrid.

RUMUSAN

Aktiviti di atas terhad kepada kacukan dan perwarisan monohibrid sahaja.


Wajah yang diperoleh merupakan satu daripada kesudahan yang mungkin.

AKTIVITI PENGUKUHAN
Murid dibahagikan kepada kumpulan. Salah seorang ahli daripada setiap kumpulan diminta menyediakan gambarnya, ibu bapanya
dan datuk dan neneknya (daripada sebelah ibu dan bapanya).

71

Ahli setiap kumpulan akan menganalisis gambar-gambar itu dan menerangkan kepada kelas daripada siapakah rakan mereka
mewarisi sifat-sifat wajahnya.
NOTA :
Aktiviti di atas mengukuhkan pengetahuan sedia ada bagi unit ini dan boleh dijadikan motivasi kepada unit pelajaran yang berikutnya
iaitu Hukum Mendel II dan kacukan dihibrid.

71

72

73

Panel Penulis
Penasihat
Dr. Sharifah Maimunah bt Syed Zin

Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum

Pengerusi
Dr. Rohani Abdul Hamid

Timbalan Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum

Ahli Panel

74

Sharifah Fatmah Alhabshi (Ketua)

Pusat Perkembangan Kurikulum

Bakhtiar Mohd. Salleh

Pusat Perkembangan Kurikulum

Roslena Zakaria

Pusat Perkembangan Kurikulum

Nor Zamani Abdol Hamid

Pusat Perkembangan Kurikulum

Hoe Hong Tai

Pusat Perkembangan Kurikulum

Mohamad Shah katimon

Pusat Perkembangan Kurikulum

Salahuddin Abdullah

Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru

Radziah Abdul Manap

Sekolah Menengah Teknik Port Dickson

Azizah bt Mohamad

Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar Seremban

Anda mungkin juga menyukai