Anda di halaman 1dari 18

BAB 1 :

1.1

Pengenalan

1.1.1

Pendahuluan

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

Syukur saya ke hadrat Ilahi kerana saya diberi peluang untuk menjalani Latihan Industri
diPUSAT LATIHAN KEJENTERAAN PERTANIAN, TANJUNG KARANG bermula pada 27
Julai 2009 sehingga 24 Disember 2009.

Dengan adanya latihan industri ini dapat saya

mengetahui alam pekerjaan yang sebenar disamping dapat memupuk sifat amanah, berdedikasi
dan bertanggungjawab dalam diri saya supaya dapat menjalankan tugas tanpa menghadapi
banyak halangan dan rintangan . Latihan industri ini merupakan pra-syarat bagi penganugerahan
sijil dan diploma politeknik disamping mendapat kecemerlangan dalam akademik. Oleh itu,
setiap pelajar diwajibkan menjalankan latihan industri ini untuk semester 4 bagi diploma dan
semester 3 bagi sijil.
Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Polisas yang telah
berusaha sebaik mungkin supaya kami mendapat tempat untuk menjalani latihan industri.

Ini dapat dilihat melalui beberapa sesi taklimat yang dibuat untuk memberi maklumat
kepada pelajar yang menjalani latihan industri ini bermula permohonan mendapatkan firma
sehinggalah tamat latihan industri.
Tanpa penerangan dan maklumat yang lengkap dari pihak Unit latihan industri ini tidak
mungkin saya menjalani latihan industri ini dengan baik dan lancar. Selain itu, saya juga dapat
menyiapkan buku laporan industri mengikut format yang telah digariskan dalam buku garis
panduan latihan industri. Laporan ini merupakan penilaian saya sepanjang latihan industri ini
dijalankan.
Melalui latihan industri ini, saya dapat mempraktikkan teori dan amali yang dipelajari di
Kampus Polisas dan dapat merasai suasana bekerja selaras dengan objektif utama latihan industri
ini dijalankan.

Selain itu, latihan industri ini dapat memberi pengalaman baru yang tidak

mungkin akan dilupakan serta menjadi asset yang berharga bagi saya untuk menempuh alam
pekerjaan kelak.
Akhir kata, dengan adanya latihan industri ini ia memberi banyak pengalaman dan ilmu
baru selain mengamalkan ilmu-ilmu yang telah diperolehi. Disamping itu, latihan industri ini
juga dapat membentuk keyakinan diri untuk menghadapi alaf baru dimana pada masa hadapan
kita akan menghadapi banyak cabaran dan halangan.

1.1.2

Objektif Latihan Industri

Para pelajar yang mengambil apa-apa jua kursus dimana-mana Politeknik perlulah
menjalani latihan industri dalam satu tempoh yang ditetapkan iaitu selama 6 bulan . Latihan
industri ini juga merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum
dianugerahkan sijil atau diploma daripada Politeknik Kementeriaan Pengajian Tinggi . Setiap
pelajar perlu lulus latihan industri sebelum diiktiraf memasuki semester seterusnya . Diantara
objektif utama latihan industri ini wujud adalah :
i.

Mendedahkan kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.

ii.

Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di politeknik dengan


aspek-aspek praktikal di firma atau sebaliknya.

iii.

Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja di firma
tersebut.

iv.

Dapat menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi


semasa latihan industri dijalankan dan dimasa akan datang.

v.

Untuk mengamalkan peraturan-peraturan di sektor industri selepas tamat pengajian


di Polisas kelak.

vi.

Supaya dapat menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang diarahkan oleh
politeknik seperti menyediakan buku laporan industri.

Oleh demikian, tidak dinafikan objektif laporan latihan industri ini sebenarnya adalah
untuk menilai sejauh mana kebolehan yang ada pada diri pelajar yang sekaligus merupakan satu
bentuk persediaan untuk menghadapi realiti sebenar ketika di alam pekerjaan kelak.

1.1.3

Objektif Laporan
Apabila tamat latihan industri yang dijalankan disebuah firma tersebut itu, maka setiap

pelajar diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap dan mengikut piawaian yang
telah ditetapkan oleh pihak politeknik.

Ia adalah bertujuan untuk menilai sejauh manakah

keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh tersebut. Laporan
ini dibuat kerana ia merupakan satu dokumen penting dimana untuk dijadikan sebagai bahan
bukti terhadap latihan yang diikuti. Ia juga sebagai garis panduan dan rujukan ketika temuduga
kelak
Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah-pensyarah yang
berkenaan apabila pelajar kembali semula mendaftar semesta yang berikutnya. Suatu kerja yang
dilakukan secara baik tidak memberi makna jika ia tidak dicatit atau dimuatkan dalam bentuk
buku laporan untuk dijadikan bahan rujukan kelak. Oleh itu, penulisan laporan memerlukan
kepada pemerhatian khusus dari pelajar. Piawaian ini juga melatih pelajar supaya mematuhi
kepada arahan-arahan dan segala peraturan yang ditetapkan. Laporan ini juga mestilah mudah
difahami oleh pensyarah yang memeriksa dan juga firma serta pihak-pihak lain untuk penilaian
serta rujukan terhadap laporan tersebut.
Dengan itu, dapatlah saya menyiapkan sebuah buku laporan dimana ia memuatkan segala
teknik-teknik latihan dan maklumat bidang kejuruteran mekanikal khususnya. Saya berharap
buku laporan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak secara langsung atau tidak
langsung.

1.1.4

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar


Latihan Industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang memberi peluang kepada

seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses pembelajaran yang dilalui semasa sesi
didalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai perspektif, contohnya secara tidak langsung ia
dapat melipat gandakan kemahiran yang sedia ada yang terdapat didalam diri seseorang pelajar
itu sendiri di samping mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang
kerja yang dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan
seseorang pelajar itu yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak.

Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa janggal apabila
pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal merealisasikan segala cita-cita dan
impian ketika belajar. Segala penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan
industri akan dijadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri sendiri.

Secara tidak

langsung, ia dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa situasi di alam pekerjaan
sebenarnya adalah tidak semudah yang dipelajari dalm bentuk teori dan amali ketika
pembelajaran.

Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar untuk
memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak dinafikan kerana secara
umum sesebuah firma amat mengutamakan individu yang memiliki ilmu pengetahuan yang
tinggi disamping pengalaman bekerja yang ada. Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebut
menawarkan tempat untuk bekas pelatih setelah tamat pengajian kelak.

Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah sangat besar.
Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa tempoh latihan
sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang. Selain daripada itu, segala susah payah
yang ditempuhi semasa dalam tempoh tersebut akan menjadi pendorong dan pemangkin kepada

pelajar untuk meningkatkan prestasi ketahap yang tinggi serta menjadikan diri sebagai seorang
pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang kelak.

1.2

Latar Belakang Organisasi

JABATAN PERTANIAN DAN PUSAT LATIHAN KEJURUTERAAN PERTANIAN

1.2.1

Pengenalan Organisasi

Pusat Latihan Kejenteraan pertanian, Tanjung Karang atau (PLKP) talah dibuka pada
November 1975, dengan objektif utamanya untuk menyediakan latihan kemahiran secara formal
kepada belia-belia Negeri Selangor dalam bidang kejuruteraan pertanian. Selain itu latihan
memandu jentera pertanian dan ujian memandu jentera berat (lessen H juga dijalankan dengan
kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor.
Kursus-kursus yang dilaksanakan adalah teras.
setahun.

Pengambilan pelajar dilakukan 2 kali

Individu yang berminat akan menjalani satu temuduga sebelum diambil menjadi

pelajar. Temuduga akan dijalankan di semua pejabat pertanian di seluruh negeri Selangor.
Jangka masa kursus ini adalah minimum 14 minggu dan maksimum 16 minggu tertakluk pada
keadaan semasa. Selain itu, PLKP juga mengendalikan kursus-kursus jangka pendek seperti
kursus pengairan, pengendalian dan keselamatan jentera dan sebagainya.
Sehingga kini, pusat ini telah berjaya mengendalikan sebanyak 71 sesi kursus dengan
melibatkan seramai 1899 peserta yang telah mendapat latihan. Kebanyakan pelajar-pelajar yang
telah menamatkan kursus ini telah pun mendapat pekerjaan tetap di jabatan kerajaan dan swasta
sebagai operator dan mekanik.

Selain menjadi institusi pengajian, di PLKP juga di tempatkan bahagian kejuruteraan


pertanian dan bengkel yang menyelenggara kenderaan Jabatan yang berskala kecil bertujuan
membantu petani khususnya di daerah Kuala Selangor dan amnya di seluruh Negeri Selangor.

Terdapat 3 unit utama didalam PLKP :1.

Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian


( Jabatan Pertanian Negeri Selangor )

2.

Pusat Kejuruteraan Pertanian Selangor


( Bahagian Kejuruteraan Pertanian Serdang )

3.

Unit Kejuruteraan Pertanian PBLS


( Projek Barat Laut Selangor, Kuala Selangor )

1.2.2

Logo Jabatan Pertanian

Jabatan Pertanian telah berubah wajah dengan penampilan logo baru jabatan yang telah
dilancarkan pada 27 Disember 2004 di Taman Botani, Putrajaya.
Kemunculan logo baru ini bertepatan dengan sambutan 100 tahun Jabatan Pertanian dan
perpindahan Jabatan Pertanian ke Putrajaya.

RASIONAL LOGO :Bentukan daun-daun yang bersifat organik adalah merupakan imej yang membawa
pengertian sumber asas bidang pertanian Negara. Bentuk ini disusun selari bertujuan untuk
membawa maksud keseimbangan dan perkembangan.
Kemajuan bidang pertanian yang sedang giat dirancang oleh kerajaan untuk menjadi
penyumbang terbesar ekonomi Negara.
Imej di bahagian tengah membawa maksud pegertian benih yang baik bertujuan untuk
melambangkan impian dan hasrat Jabatan Pertanian dan kerajaan untuk memajukan hasil
pertanian Negara serta meninggikan taraf kehidupan golongan petani ke satu tahap yang lebih
baik dan berjaya.

Warna hijau bermaksud warna asas pertanian. Ianya melambangkan pertambahan hasil
pertanian melalui penggunaan kaedah pertanian berteknologi tinggi dan moden serta
kesungguhan kakitangan Jabatan Pertanian untuk mencapai matlamat misi dan visi
memartabatkan industri pertanian Negara.

1.2.3

Dasar Pertanian Negara

a.

Meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam sektor pertanian.

b.

Mengeratkan pertalian dengan sektor-sektor lain.

c.

Menerokai bidang baru.

d.

Mengguna dan memelihara sumber asli secara mapan.

1.2.4

Program Utama Jabatan Pertanian

a.

Meningkatkan pengeluaran hasil padi.

b.

Membangunkan tanaman buah-buahan.

c.

Membangunkan tanaman sayuran.

d.

Pemulihan tanaman kelapa

e.

Industri asas tani.

f.

Integrasi tanaman jagung dan lembu feedlot.

1.2.5

Projek Khas

a.

Ladang Satelit.

b.

Projek Kelompok Berpotensi.

c.

Tanaman Kekal

1.2.6

Misi Jabatan Pertanian

a.

Meningkatkan produktiviti dan pendapatan golongan tani.

b.

Membangunkan komuditi dan aktiviti giliran yang berdaya maju.

c.

Menggalakkan penggunaan teknologi moden.

d.

Menguatkuasakan akta-akta pertanian.

1.2.7

Objektif Jabatan Pertanian

a.

Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan perkhidmatan nasihat yang


profesional dalam pelbagai bidang pertanian khususnya tanaman makanan yang
mencukupi untuk keperluan Negara.

b.

Membimbing dan mewujudkan pengusaha pertanian yang progesif bagi meningkatkan


produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian Negara.

c.

Mewujudkan kumpulan tenaga kerja yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri
pertanian.

d.

Melindungi tanaman-tanaman Negara ( tanaman industri dan makanan ) daripada


ancaman perosak dan penyakit melalui program pelindungan tanaman dan perkhidmatan
kuarantin.

e.

Menentukan keluaran hasil-hasil tanaman makanan yang selamat dan mengawal


pencemaran alam sekitar.

f.

Mengawal bahan-bahan tanaman dan bahan jana plasma Negara daripada dibawa keluar
Negara dan terancam pupus.

1.2.8

Objektif Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian

a.

Memberi khidmat dalam pengalaman dan pemindahan teknologi kejuruteraan pertanian


bagi memperluas aplikasinya seterusnya meningkatkan hasil pengeluaran pertanian
Negara .

b.

Memberi perkhidmatan kepakaran dan memperkenalkan teknologi pertaniaan serta


memperluaskan aplikasi dalam amalan pertanian semasa dengan berkesan.

1.2.9

Unit Dan Fungsi Utama

1.

Unit Pembangunan Pusat.

2.

Unit Pembangunan Sumber Manusia Dan Logistik.

3.

Unit Teknologi Kejuruteraan Pertanian.

4.

Unit Bengkel Dan Fabrikasi.

5.

Unit Pentadbiran.

1.2.10 Unit Pembangunan Pusat

Fungsi utama :
Aktiviti

Pengurusan Pusat

:i.

Penggunaan kemudahan pusat.

ii.

Penyelenggaraan kemudahan pusat.

iii.

Penyelenggaraan persekitaran pusat.

iv.

Urusan keselamatan.

v.

Pembangunan pusat.

1.2.10 Unit Pembangunan Sumber Manusia Dan Logistik

Fungsi utama

Aktiviti latihan

:-

i.

Latihan dan pengurusan logistik.

Penentuan pengurusan latihan.

ii.

Pengambilan peserta kursus kejenteraan


pertanian.

iii.

Kursus sehari petani.

iv.

Ujian JPJ kelas H.

v.

Lawatan sambil belajar.

vi.

Sukan.

Aktiviti logistik :i.

Kenderaan.

ii.

Perjalanan kenderaan.

iii.

Pembeliaan bahan api.

1.2.11 Unit Teknologi Kejuruteraan Pertanian

Fungsi utama

Khidmat kepakaran kejuruteraan pertanian

Aktiviti Pengairan dan struktur :i.

penyediaan spesifikasi infrastruktur.

ii.

Pemasangan sistem pengairan.

iii.

Tube well ( telaga tiub ).

iv.

Fertigasi struktur kalis hujan.

Aktiviti khidmat jentera :-

i.

Khidmat pembajakan.

ii.

Pinjaman alatan jentera.

iii.

Demostrasi alat jentera.

iv.

Kutip jentera dan peralatan yang disewa.

1.2.12 Unit bengkel dan fabrikasi

Fungsi utama

Aktiviti bengkel

:-

Pembaikan dan inovasi

i.

Pembaikan kenderaan, jentera, alat pertanian persekutuan.

ii.

Pembaikan kenderaan, jentera, alat pertanian JPNS.

iii.

Penyelenggaraan.

iv.

Bengkel fabrikasi.

Aktiviti Inovasi
i.

:Pengubahsuaian alat pertanian sedia ada.

ii.

Merekacipta alatan baru.

1.2.13 Unit Pentadbiran

Fungsi utama :

Pentadbiran dan kewangan.

Aktiviti pentadbiran :i.

Surat menyurat.

ii.

Urusan pemfailan.

iii.

Permohonan barangan keperluan.

Aktiviti kewangan :i.

Perolehan bekalan.

ii.

Perolehan perkhidmatan.

iii.

Perolehan hasil.

1.3 Carta Organisasi.

Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan digerakan
oleh personal seperti di bawah :Jawatan

Bil

Perkhidmatan

Pegawai Pertanian
G 44
Pegawai Pertanian
G 41
Penolong Pegawai
Pertanian G 32
Penolong Pegawai
Pertanian G 27

BKP

BKP

Noremeliawati Abdullah

JPNS

Fauzi Mat Yatim

BKP

Siti Amidah Abu Nasir

Penolong Pegawai 1
Pertanian G 27
Pembantu
2
Pertanian G 22

BKP

Abuzar B. Mohd Ariff

BKP

Talib Haji Mohd Nor

Pembantu
Pertanian G 17

JPNS

Sharul Sukilin @ Sukirin

JPNS

Nazry Abu Seman

BKP

Mohd Ariffin Hamdi

JPNS
JPNS

Samuri Sidal
Arsat Husin

JPNS

Razali Mohd Said

JPNS
BKP
JPNS

Junaidi Asiran
Azahari Wagiman
Sulaiman Jaus

JPNS

Mohd Afiq Ali

BKP
JPNS

Ahmad Jufri
Mariapan Karpaya

JPNS

Mohd Hanapi Badri

Tukang K2 R 11

Tukang K2 R 22
Tukang K2 R 9

Pekerja Rendah
Awam R 1

1
3

Nama

Pembantu Tadbir

JPNS

Razmi Ahmad

JPNS

Normila Mehat

JPNS
JPNS

Khairul Nizam Ahmad


Aminah Abdul Rahman

N 17

Rosjayati

Pembantu Tadbir
N17 ( Stor )
Pemandu
Kenderaan R 3

JPNS

Norita
Bokhari Jaimudin

JPNS

Borhanuddin Md Nuah

JPNS

Murugan Markandan

BKP

Mohd Raziz Omar

JPNS

Mohd Hasyim Ahmad Bohari

JPNS

Noralaili Yusmawan Jamil


Amir

1.4 Aktiviti Yang Dijalankan Oleh Jabatan

1.4.5

Program Latihan
Berikut disenaraikan program kursus yang telah dianjurkan oleh

Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang ( PLKP) :

a.

Kursus kejenteraan pertanian

b.

Kursus sehari petani

c.

Kursus penyelenggaraan enjin petrol dan diesel

d.

Kursus penyelenggaraan traktor

1.4.6

Teknologi Kejuruteraan Pertanian


Berikut adalah disenaraikan aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak

Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang :a.

Merata tanah sawah atau bancian

b.

Pengurusan air sawah

c.

Pengutipan jerami bagi projek kompos

d.

Khidmat menabur kapur bagi mengurangkan keasidan tanah.

e.

Mereka bentuk dan memasang sistem pengairan.

f.

Membina telaga tiub.

g.

Memberi khidmat nasihat, demostrasi dan sewaan jentera pertanian.

1.4.7

Bengkel Fabrikasi Dan Pembaikan.


Diantara pembaikan kenderaan, jentera dan alat pertanian

melibatkan :a.

Pembaikan besar

b.

Pembaikan kecil

c.

Penyelenggaran

d.

Pengubahsuaian

1.5 Hala Tuju Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian


Pelaksanaan program dan aktiviti Pusat Latihan dan Bahagian
Kejuruteraan Pertanian dipergiatkan ke arah mencapai matlamat dengan
memaksimakan pengeluaran hasil pertanian melalui pemindahan dan
pengamalan teknologi kejuruteraan pertanian yang berkesan.

Disamping itu juga, memberi perkhidmatan berkualiti dan berkesan


kepada pengusaha-pengusaha pertanian di dalam pengunaan teknologi
tanaman dan industri hiliran serta khidmat Regulatori Pertanian untuk
meningkatkan daya pengeluaran pertanian Negara.

1.6 Kemudahan

Pusat ini dibina di atas kawasan seluas 18 ekar terdiri dari Kompleks
Pusat Latihan dan 15 buah rumah kakitangan. Antara kemudahan yang
tersedia ialah :I.
II.

1 blok pejabat dari pejabat pentadbiran dan pejabat teknikal


2 bilik seminar berkapasiti 100 orang

III.

1 bilik mesyuarat berkapasiti 30 orang.

IV.

1 unit bagi setiap bengkel berikut : latihan, pembaikan, pertukangan

V.
VI.
VII.
VIII.
IX.
X.
XI.
XII.

besi dan pertukangan kayu


1 blok asrama berkapasiti 30 orang
Surau dan bilik rehat
Bilik komunikasi dan peralatan elektronik.
1 dewan makan dan 1 dewan serbaguna.
1 bangunan stor peralatan
Struktur kalis serangga
1 garaj jentuai

XIII.

Padang bola, gelanggang tennis, takraw dan bola tampar

XIV.

Tempat letak kereta dan jentera

XV.

Stor-stor bagi peralatan pusat, bahan kayu pameran, teknologi, alat ganti, minyak
pelincir dan peralatan AV.

Anda mungkin juga menyukai