Anda di halaman 1dari 3

Definisi Hands On

Menurut pandangan beberapa orang guru di luar Negara, Pembelajaran


secara hands on melibatkan pengalaman pelajar sepenuhnya dimana ia
dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritikal. Sister
Judith Mary Frederick, fifth grade teacher, St. Mary's Elementary School,
Sandusky, OH pula mendefiniskan Pembelajaran secara hands on bukan
sekadar pembelajaran secara suka-suka kerana

ia berupaya

untuk

menjadikan pelajar sebagai individu yang dapat berfikir secara kritikal,


berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan tetapi apa
yang paling penting adalah proses pembelajaran untuk menghadapi situasi
kehidupan yang pelbagai.
Beberapa orang tokoh luar Negara juga turut memberikan maksud hand on
mengikut pandangan dan pendapat masing-masing. Karen Worth, Education
Development Center Inc., Newton, MA mendefinisikan pembelajaran hands
on bukan sekadar memanipulasi alatan. Ia melibatkan penyiasatan yang
berkaitan objek, bahan, fenomena dan idea serta dapat memahami sesuatu
daripada pengalaman-pengalaman tersebut. Menurut Julie Gantcher, Bronx
Zoo Education Department, producers of Pablo Python Looks at Animals,
Bronx, NY , Pembelajaran secara hands on merupakan suatu aktiviti yang
menyeronokkan dan jelas serta meningkatkan perasaan ingin tahu,
kompetensi serta kreativiti melalui aktiviti yang dijalankan secara amali.
Secara kesimpulannya, Hands on ialah belajar melalui pengalaman atau apa
yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru. Ia juga membawa
maksud pelajar mempunyai objek (hidup atau bukan hidup) yang sesuai yang
dapat digunakan untuk tujuan penyiasatan
Cara Pelaksanaan Aktiviti Hands On
Terdapat beberapa langkah dan kaedah untuk melaksanakan aktiviti
hands on. Antaranya ialah aktiviti hands on memerlukan penerangan yang
ringkas dan mudah difahami. Tambahan pula, kanak-kanak kelainan upaya
agak sukar untuk memahami sesuatu arahan. Guru juga perlu memilih aktiviti
yang biasa berlaku di persekitaran pelajar untuk memudahkan mereka
memahami apa yang mereka lakukan.
Bagi meningkatkan kefahaman murid untuk aktiviti yang dilakukan,
guru mestilah memilih aktiviti yang berkaitan antara satu konsep dengan

konsep yang lain. Guru juga perlu peka dengan minat murid-murid kelainan
upaya ini. Rancang aktiviti sains yang menjurus kepada minat mereka.
Dengan itu, guru akan lebih senang untuk mengawal murid-murid ketika
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Guru juga perlu mengelakkan aktiviti yang memerlukan banyak penerangan
dan arahan. Hal ini kerana murid akan menjadi keliru dan tidak memahami
apa yang perlu dilakukan. Aktiviti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar
juga harus dielakkan seperti ingin menerangkan konsep medan magnet.
Apabila kanak-kanak telah mahir menggunakan alatan sains seperti kanta
pembesar, pembaris dan sebagainya, jadikan peralatan ini sebagai instrumen
pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan sepanjang masa
KELEBIHAN AKTIVITI HANDS ON
Terdapat beberapa kelebihan aktiviti hands on kepada murid kelainan upaya.
Antaranya ialah dapat memingkatkan minat murid untuk melibatkan diri dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid kelainan upaya ini kurang
berminat untuk belajar dan melibatkan dalam pembelajaran. Dengan memberi
mereka peluang untuk melaksanakan aktiviti akan membuatkan mereka
berasa berminat untuk belajar.
Aktiviti hands on juga dapat meningkatkan daya ingatan murid tentang
apa yang dipelajari dengan lebih cepat serta dapat mengingatinya dalam
tempoh yang lebih lama. Aktiviti hands on juga memudahkan murid untuk
memahami apa yang dipelajari dengan lebih mudah. Murid kelainan upaya
juga akan berasa seronok dan terhibur ketika mengikuti pengajaran dan
pembelajaran.
Setelah

melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan

menggunakan strategi aktiviti hands on, murid akan dapat memindahkan


pengalaman yang dipelajari dalam situasi kehidupan yang bersesuaian.
Selain itu, murid juga dapat menambahkan pengalaman melalui aktiviti yang
dijalankan. Sesungguhnya, pengalaman adalah guru terbaik.
Pencapaian murid dalam pembelajaran sains juga dapat ditingkatkan
dengan menggunakan strategi aktiviti hands on. Selain itu, aktiviti hands on
yang dilakukan dapat meningkatkan sifat inkuiri iaitu sifat ingin tahu murid.

Aktiviti hands on turut meningkatkan kemahiran-kemahiran proses sains


seperti kemahiran memerhati dan keupayaan untuk menginterpretasi data.

Anda mungkin juga menyukai