Bahan - bahan : 40 gm mentega 2 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 5 gm bawang Holland 10 gm carrot 10 gm Celerry 1 keping Bay Leaf 1 gm Thyme 1 gm Oregano 1 gm Parsley 15 gm lada hitam biji 20 gm serbuk Stok Perang ~ jenama Knor 20 gm tepung 600 ml air 15 gm gula 5 gm garam 5 gm serbuk secukup rasa 25 ml krim tenusu Bawang putih, bawang merah, bawang Holland dikisar halus Karot dan celery juga di kisar Lada hitam pula ditumbuk atau dikisar kasar Bahan-bahan ini dikisar tanpa menggunakan air 1.Mula-mula kita panaskan mentega 2. tambahkan sedikit minyak olive oil 3.Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang Holland hingga garing 4.Kemudian masukkan karot dan celery masak lagi hingga garing Selepas itu kita masukkan pula daun bay dan herba kacau perlahan 6.Masukkan pula tepung dan serbuk stok perang dan kacau hingga ia menjadi pes yang pekat dan hitam 7.Masukkan lada hitam dan kacau dengan api perlahan hingga naik bau 8.Tambahkan air dan bahan perasa, didihkan perlahan sambil di kacau hingga kuahnya sedikit pekat 9.Akhir sekali masukkan krim dan kacau rata.