Anda di halaman 1dari 2

Stratifikasi sosial adalah pembahagian masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas yang

berlainan. Pentadbiran sesebuah negara adalah bergantung pada sistem pemerintahan dan
perundangan.

Dalam Sistem Kerajaan Beraja yang diamalkan di Brunei, Sultan memegang peranan sebagai
Ketua Negara, Ketua Agama dan Ketua Adat Istiadat. Menurut ajaran Islam, sesebuah negara
wajib melantik ulil amri untuk mengatur pemerintahan, mewujudkan sistem pertahanan,
memelihara keselamatan dan menguatkuasakan undang-undang Islam.
Dalam sistem pentadbiran zaman kesultanan, ada dua buah badan yang utama; laitu badan
perundangan dan badan eksekutif. Badan Perundangan dianggotai oleh wariz dan Chateria
manakala Badan Eksekutif dianggotai oleh Menteri, Menteri Darat, Hulubalang, Pengarah dan
Penyurat.

Walaupun pada teorinya kuasa mentadbir ada di tangan Sultan, namun pada amalannya segala
keputusan Sultan adalah diambil berasaskan nasihat Badan Perundangan dan Badan Eksekutif.

Pada amnya tanggungjawab orang yang dikurnia gelaran itu adalah seperti berikut:
1) Tali pengubung antara sultan dan rakyat atau sebaliknya.
2) Menjadi ejen dan saluran yang boleh dijadikan contoh teladan kepada masyarakat.
3) Memperhatikan keadaan negara keadaan rakyat.
4) Menghadapkan sembah nasihat kepada sultan mengenai sesuatu masalah.
5) Untuk melicinkan perurusan dan mengalakkan sebarang pertilinkahan.

Starifikasi sosial Melayu Brunei itu melalui beberapa perubahan dari zaman permualannya.
Ianya seperti berikut:
Menurut sejarahpada zaman permualaanya gelaran wazir hanya setakat Teramat Mulia Seri
Paduka Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara dan Yang Teramat Mulia Seri Paduka
Pengiran Temenggong Sahibul Bahar.
Zaman Sultan Muhammad Hasan pula, Wazir itu ditambah lagi dua orang iaitu Yang Teramat
Mulia Seri Paduka Pengiran Di-Gadong Sahibul-mal dan yang Termat Mulia Seri Paduka
Pengiran Pemanha Sahibul Rae Wal Mashuarah.

Zaman pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, ditambah lagi seorang kepala
wazir yang dikenali dengan nama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir
Sahibul Himmah Wal-waqar.

Cheteria bukan hanya setakat yang awat mulia oengiran perdana cheteria dan pengiran lele
cheteria bahkan ditambah lagi beberpa cheteria tambahan begitu juga manteri ditambah manteri
manteri tambahan.

Jadi disini kita dapat melihat sistem gelaran itu melalui perubahan atau penambahan. Inilah satu
faktor bagaimana sistem gelaran itu dilangsungkan lagi. Selain daripada itu, ini juga salah satu
contoh kenapa sistem gelaran itu disebut satu warisan unggul di Negara Brunei Darussalam
kerana nampak dilihat sebagaimana sebuah negara itu berkembang sistem gelarannya juga akan
berkembang.

Pada zaman dahulu, orang-orang yang dikurniakan gelaran itu lebih diberi orang yang
berketurunan Pengiran-Pengiran. Dibandingkan dengan masa sekarang, gelaran-gelaran bukan
sahaja diberikan kepada yang berkuturunan Pengiran-pengiran malahan orang kebiasaan
diberikan juga mengikut usaha-usaha masing-masing.
Aisyah r.a. Berkata : rasulullah saw bersabda : jika allah menghendaki kebaikan terhadap
seorang raja, maka diberinya seorang menteri yang jujur, jika lupa diingatkan, dan jika ingat
dibantu. Dan jika allah menghendaki sebaliknya dari itu, maka allah memberi padanya ,menteri
yang tidak jujur, hingga jika lupa tidak diingatkan dan jika ingat tidak dibantu. (abu dawud).

Anda mungkin juga menyukai