Anda di halaman 1dari 13

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Tajuk 3

Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral

Sipnosis
Tajuk ketiga membincangkan pelbagai pendekatan yang boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral secara lebih berkesan. Sebanyak
tujuh pendekatan dijelaskan dalam tajuk ini, para guru boleh mengaplikasikan
pendekatan-pendekatan ini ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Selain itu, tiga lagi pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral diperkenalkan, iaitu Pendekatan Kepedulian , Pendekatan
Berasaskan Kemahiran dan Pendekatan Domain.

Hasil Pembelajaran
1. Memahami semua pendekatan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dalam
tajuk ini.
2. Menghubungkaitkan pendekatan pengajaran Pendidikan Moral dengan
perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran harian.
3. Menggunakan pendekatan yang sesuai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral.

Kerangka Konsep Tajuk

Pendekatan
Pendidikan
Moral

Pengenalan dan
kepentingan
Pendekatan
Pendidikan Moral

Analisis Pendekatan
Pendidikan Moral

Aplikasi Pendekatan
Pendidikan Moral
dalam P&P

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Pendekatan-pendekatan Pendidikan Moral

Pendekatan
Rasional
(Rational
Approach)

Pendekatan
Bertimbang
Rasa
(Considerate
Approach)

Pendekatan
Moral Kognitif
(Cognitive
Moral
Approach)

Penjelasan
Nilai
(Value
Clarification
Approach)

Pendekatan
Pendidikan
Moral
(Moral
Education
Approach)

Pendekatan
Pemupukan
Nilai
(Value
Cultivation
Approach)

Pendekatan
Domain
(Domain
Approach
Nucci

3.0

Pendekatan
Tindakan
Sosial
(Social Action
Approach)

Pendekatan
Berasaskan
Kemahiran
(Skill Based
ApproachNarvaez)

Pendekatan
Analisis Nilai
(Value
Analysis
Approach)

Pendekatan
Kepedulian
(Caring
Approach
Nodding)

Pengenalan dan kepentingan Pendekatan Pendidikan Moral


2

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Moral diperkenalkan


sejak

tahun 1960an. Pendekatan dalam Pendidikan Moral digunakan oleh

kebanyakan negara di seluruh negara.

Walau bagaimanapun pendekatan-

pendekatan perlulah disesuaikan dengan budaya masyarakat setempat. Konsep


pendekatan bermaksud cara mempelajari dan menilai sesuatu dengan lebih dekat.
Pendekatan

memberi beberapa alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Moral yang seharusnya merangkumi ketiga-tiga dimensi, iaitu:


1. penaakulan/pemikiran moral, - kognitif
2. perasaan/emosi moral dan - afektif
3. perlakuan/ tindakan moral. - psikomotor
Pendekatan dalam Pendidikan Moral merangkumi teori dan prinsip-prinsip tentang
bagaimana untuk membangunkan dan mengukuhkan perkembangan Moral.

Ia

juga membantu kita untuk memahami dan mempraktikkan Pendidikan Moral


dengan lebih berkesan.
Penggunaan pendekatan yang sesuai dalam penyampaian ilmu pengetahuan yang
berkaitan dengan moral adalah penting, kerana banyak perkara yang berkaitan
dengan moral, khasnya tentang nilai-nilai moral adalah agak subjektif, bagaimana
pandangan tentang sesuatu perkara moral yang dianggap sebagai positif dapat
juga diterima oleh orang lain sebagai positif bergantung kepada pendekatan
penyampaian maklumat kepada orang tersebut.

Dalam pendidikan moral, guru

bukan hanya hendak menyampaikan ilmu pengetahuan tentang moral, tetapi juga
dapat mempengaruhi murid supaya mereka dapat memahami, menghayati dan
mengamalkan apa yang mereka tahu tentang moral, supaya objektif pembelajaran
Pendidikan Moral tercapai, iaitu membentuk insan yang benar-benar bermoral dari
segi pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral dalam insan yang
dididik. Sehubungan itu, guru subjek Pendidikan Moral perlu menguasai pelbagai
pendekatan Pendidikan Moral supaya setiap topik moral dapat disampaikan
kepada murid dengan berjaya dan berkesan.

3.1

Analisis Pendekatan Pendidikan Moral

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

3.1.1 Pendekatan Pemupukan Nilai


Pendekatan pemupukan nilai ialah satu proses menanam budi pekerti yang baik
dalam diri kanak-kanak. Pendekatan ini boleh digunakan secara sedar dan tanpa
sedar ketika menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Pendekatan ini digunakan secara meluas pada peringkat sekolah rendah. Tujuan
utama pendekatan ini adalah untuk menanam sesuatu nilai yang dianggap baik dan
patut diamalkan oleh para pelajar.
Fokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanamkan set nilai budaya
masyarakat ke dalam diri individu supaya menjamin kesinambungan budaya
masyarakat tersebut. Set nilai inti dianggap sebagai standard tingkah laku mural
yang patut diamalkan dalam kehidupan harian, sama ada secara peribadi atau
dalam hubungannya dengan orang lain.
Contoh-contoh aktiviti dalam pendekatan pemupukan nilai ;
(a) Melalui contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan, negara dan luar negeri.
(b) Pengukuhan perlakuan positif kepada tingkah laku yang baik dan dendaan
yang sesuai bila berlakunya tingkah laku negatif.
(c) Memberi keterangan serta memanipulasi keadaan

atau pengalaman yang

dialami oleh pelajar supaya mereka menerima dengan baik sesuatu nilai yang
dikehendaki.
Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada pelajar memahami,
menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima and menghayati nilai tersebut yang
berlandaskann

kepada

prinsip

moral.

Walaupun

pendekatan

ini

mudah

digunakan,ialah lebih cenderung kepada pemusatan guru dalam pengajaran dan


pembelajaran pendidikan moral. Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan
lain yang memberi peluang yang lebih kepada pelajar melibatkan secara aktif
dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.
3.1.2 Pendekatan Bertimbang Rasa

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral


Pendekatan bertimbang rasa menekankan pembelajaran tentang perasaan atau
emosi. Pendekatan ini dapat membantu murid berfikir secara mendalam dan
menimbulkan perasaan moral (emosi Moral)
Menurut Peter Mc Phail dan rakan-rakan, Pendidikan Moral perlu berfokus kepada
cara individu berhubung dengan orang lain seperti bertimbangrasa kepada
keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain. Kelakuan itu akan memberikan
kepuasan kepada orang lain yang bertindak dan menggalakkan mereka
mengembangkan cara hidup yang bertimbangrasa.

Berikan tiga contoh perlakuan

Berikan tiga contoh perlakuan

bertimbang rasa

tidak bertimbang rasa

(1/2 jam)

3.1.3 Pendekatan Rasional

Pendekatan Rasional menekankan kepada pemikiran yang rasional dan kritis.


Pendekatan ini melibatkan pelajar meneliti makna dan fungsi nilai serta
menganalisis sifat dan dimensi nilai masyarakat.

Dalam pendekatan rasional

sesuatu nilai dianalisis bukan sahaja yang berkaitan dengan sesuatu tindakan atau
pertimbangan tertentu tetapi juga yang berkaitan dengan nilai-nilai lain.
Berikut adalah garis panduan menggunakan pendekataan rasional:
1. Kenalpasti dan jelaskan nilai dari segi maksud dan hubungannya dengan
nilai lain.
2. Membuat generalisasi konsep nilai diri dan nilai yang diterima oleh
masyarakat.
3. Menimbangkan implikasi yang mungkin timbul
4. Membuat keputusan dengan mengutamakan nilai.

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral


5. Memupuk penglibatan diri.

Cuba memikirkan pernahkah anda melaksanakan pendekatan ini


dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Jika pernah,
topik apa? Bagaimanakah anda menggunakan pendekatan ini?

3.1.4 Pendekatan Tindakan Sosial

Pendekatan yang diperkenalkan oleh Fred Newman. Pendekatan ini berkaitan


dengan peranan warganegara dalam setiap institusi sosial. Fokus utama ialah
kepada

kebolehan sivik dan kecekapan bersosial. Tujuannya ialah untuk

memastikan setiap warganegara boleh berfungsi dalam masyarakat. Melalui


pendekatan ini, rasa prihatin dan bertanggungjawab terhadap sesuatu isu menjadi
lebih mudah untuk diutarakan kerana murid akan merasakan dirinya berada dalam
situasi tersebut.
Pendekatan tindakan sosial bermatlamat ;
(a) membolehkan murid berinteraksi dengan orang lain
(b) Menggalakkan murid menyiasat suasana sosial yang baru
Pelaksanaan dalam kelas:
(a)

Penyiasatan terbuka mengembangkan interaksi murid dan guru;

meningkatkan peluang murid berinteraksi dengan murid lain dan juga orang
dewasa.

Murid juga menyiasat interaksi sosial dalam suasana baru serta

menyelesaikan masalah sosial yang dihadapi.


(b)

Penyiasatan terbimbing oleh guru menyiasat aktiviti atau situasi sosial

yang baru, meransang interaksi dengan orang yang belum dikenali dan dalam
situasi yang baru untuk menyesuaikan diri serta menyelesaikan masalah.

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Antara

teknik P&P yang sesuai digunakan dalam Pendekatan

Tindakan Sosial adalah seperti projek, khidmat sosial, lawatan, kajian


tindakan dan aktiviti yang melibatkan pembelajaran berasaskan
pengalaman dan interaksi sosial dengan orang lain. Bagaimanakah
interaksi sosial ini dalam aktiviti-aktiviti tersebut dapat menjadikan P&P
Pendidikan Moral lebih berkesan?
(1 jam)

3.1.5 Pendekatan Moral Kognitif

Pendekatan

perkembangan

moral

kognitif

berdasarkan

kepada

teori

perkembangan moral kognitif yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi
perkembangan seperti Piaget (1932) dan Kohlberg (1975).

Pendekatan ini

membantu pelajar membina kebolehan menaakuldi peringkat yang lebih tinggi.


Pendekatan

ini

bertujuan

untuk

membimbing

seseorang

mengembang

pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula daripada peringkat mematuhi


peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yang berautoriti sehingga
peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah berasaskan kepada prinsip
moral yang sejagat.

Pendekatan ini bertujuan untuk membimbing seseorang

mengembang pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula daripada


peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yang
berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah
berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Peringkat-peringkat
Perkembangan Moral

Peringkat 1- Orientasi dendaan dan kepatuhan

Peringkat 2 - Orientasi ganjaran Peribadi

Peringkat 3 - Orientasi harmoni antara peribadi

Bincangkan bagaimana nilai-nilai moral boleh diterapkan melalui


persatuan kokurikulum badan beruniform.

3.1.6 Pendekatan Penjelasan Nilai

Pendekatan penjelasan nilai membimbing pelajar menyedari dan kenal pasti


tentang perasaan dan nilai peribadi dan orang lain sertai berkomunikasi secara
terbuka nilainya kepada orang lain.

Pendekatan ini melibatkan penggunaan

pemikiran rasional dan kesedaran emosi diri dan orang lain dalam pembentukan
sesuatu set nilai peribadinya.
Cara melaksanakan pendekatan penjelasan nilai merangkumi tiga proses
menjelaskan nilai kendiri seseorang individu seperti yang berikut:
I Proses memilih:

(i)

memilih secara bebas

(ii)

dari pelbagai pilihan yang sedia ada

(iii)

menimbangkan kesan-kesan ke atas setiap


pilihan
8

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

II Proses menghargai:

III Proses bertindak:

(iv)

mengharagi setiap keputusan yang telah diambil

(v)

menyatakan secara terbuka

(vi)

bertindak ke atas keputusan yang telah diambil

(vii)

sentiasa mengamalkan nilai yang dipilih secara


berterusan dalam kehidupannya.

Dalam mengendalikan pendekatan penjelasan nilai, guru berperanan sebagai


seorang fasilitator atau pembimbing. Guru perlu menerima segala keputusan yang
telah diambil oleh pelajar tanpa memihak kepada mana-mana pelajar. Masalah
akan timbul sekiranya keputusan pelajar bertentangan dengan nilai murni
masyarakat Malaysia.

Untuk mengatasi masalah ini, guru perlu peka dan

menggambungkan pendekatan ini dengan pendekatan lain (seperti analisis nilai)


supaya lebih membimbing pelajar membuat keputusan yang lebih menepati
aspirasi masyarakat dan negara.

3.1.7 Pendekatan Analisis Nilai

Fokus utama pendekatan analisis nilai ialah memberi kemahiran pemikiran yang
logik dan sistematik dalam penyelesaian sesuatu isu nilai seperti isu berkaitan
dengan polisi awam (seperti keselamatan negara, dadah), hak individu dan alam
sekitar.Pendekatan ini memerlukan seseorang mengumpul dan menimbangkan
fakta yang releven sebelum membuat sesuatu keputusan.
Cara melaksanakan pendekatan analisis nilai ialah seperti yang berikut:
(a)

Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai

(b)

Mengumpul fakta/bukti untuk membuat pertimbangan nilai

(c)

Menilai fakta yang relevan dan membuat keputusan tentatif

(d)

Menguji keputusan tentative dengan situasi yang berbeza, meletakan


diri ke dalam situasi sebenar atau berdasarkan kepada prinsip moral
yang sejagat.
9

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Pendekatan ini akan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses menganalisis
nilai secara objektif yang berasaskan kepada fakta yang relevan.

Oleh kerana

pendekatan ini menekankan kepada lebih kepada aspek kognitif berbanding


dengan aspek emosi/afektif dalam proses analisis nilai, maka guru disarankan agar
juga menggunakan pendekatan lain dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan moral.

Jelaskan satu situasi salah laku yang dianalisis secara logik


melalui pendekatan analisis nilai.
Senaraikan alasan anda sebab analisis nilai sesuai digunakan.
(1 jam)

3.2. Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral baru.

3.2.1 Pendekatan Kepedulian (Caring Approach Nodding)


Pendekatan penyayang atau caring dalam pendidikan moral berasaskan kepada
kritikan pendekatan yang memberi tumpuan kepada konsep saling pergantungan
dan prihatin dalam sesuatu perhubungan dan pertalian dengan orang lain.
Pendekatan penyayang ini bertujuan untuk mengekal dan mengekuhkan amalan
penyayang di dalam diri sendiri dan sesiapa sahaja seorang individu itu mempunyai
perhubungan. Ini bermaksud bahawa perkembangan penyayang seorang individu
adalah sesuatu dalaman.

Cara melaksanakan pendekatan penyayang ialah

melalui empat aspek yang berikut:


(a)

Modeling - tumpuan harus diberika kepada perkembangan pelajar


sebagai seorang yang memberi sayang (carer) dan menerima sayang
(cared for). Melalui teladan, maka konsep penyayang dapat ditunjukkan
dalam tingkah laku yang mereka boleh memerhati dan mengikuti.

10

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral


(b)

Dialog - diadakan dengan pelajar tentang konsep penyayang dengan


membimbing pelajar membuat refleksi dan menganalisis perlakuan dan
reaksinya sebagai seorang yang dapat memberi sayang (carer) dan
perhubungannya dengan orang yang memberikan sayang (cared for).

(c) Amali - mengadakan amali dalam menjalankan usaha penyayang bersama


dengan model dewasa seperti melibatkan dalam khidmat sosial atau
komuniti.
(d)

Pengesahan - mengesah dan menggalakkan the best in others dalam


perhubungan antara individu.

Pendekatan penyayang ini mengembangkan tingkah laku moral yang mengekalkan


prihatin/penyayang dalam masyarakat dengan cara caregiving bukan caretaking.
Oleh kerana pendekatan ini lebih mengutamakan prinsip penyayang (care), maka
guru disarankan supaya menggabungkan pendekatan yang mengembangkan
prinsip keadilan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidian moral.

3.2.2 Pendekatan Berasaskan Kemahiran (Skill Based Approach- Narvaez)

Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada proses sensitivity beretika,


pertimbangan beretika, motivasi beretika dan tindakan beretika.
Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat
pelajar dengan fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap
penaakulan moral mereka. Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah
proses (struktur) bukan keputusan (kandungan)Penaakulan/pertimbangan.
Oleh kerana pendekatan ini lebih memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka
guru perlu menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan
perlakuan moral diberikan penekanan yang setara.
Cara melaksanakan pendekatan ini ialah seperti yang berikut:
(a)

Simulasi

(b)

Perbincangan

(c)

Sesi refleksi

(d)

permainan
11

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral


3.2.3 Pendekatan Domain (Domain Approach Nucci)
Pendekatan Domain (Larry Nucci 2001 )
Perbezaan interaksi social iaitu isu peribadi berbeza dengan isu
interpersonal. Kanak-kanak mengganggap sekolah sebagai penghalang
pelakuan mereka yang boleh dilakukan di rumah.
sekolah perlu membuat beberapa peraturan bagi mengawal perilaku pelajar
dalam menjalankan misi pendidikan.
Terdapat 5 praktis pendidikan uutuk guru-guru
a. Pendidikan Moral berfokuskan kepada isu-isu keadilan, kesamaan dan
keperluan manusia.
b. Program Pendidikan Moral diintergrasikan dlm kurikulum
c. Perbincangan moral membantu perkembangan moral semasa pelajar
menggunakan corak perbincangan transaktif.
d. Struktur misi kooperatif membantu perkembangan moral dan akademik
e. Guru-guru perlu memberi perhatian terhadap kesan buruk perlakuan tidak
bermoral daripada peraturan yang dilanggar atau harapan social yang tidak
dipenuhi.

Pendekatan Domain yang dikemukakan oleh Larry Nucci and Elsa K.


Weber merupakan satu pendekatan P&P nilai-nilai sosial dalam
Pendidikan moral, biasanya, ia memerlukan guru mewujudkan satu
suasana moral dalam bilik darjah, murid berbincang dalam kumpulan
tentang sesuatu isu yang kontrovesial, biasanya berkaitan dengan
disiplin murid, isu social dan kemudian meninjau isu dalam pelbagai
domain, sama ada secara konvensional, atau secara moraliti. Melalui
sesi soal jawab dalam perbincangan, guru dapat melihat pelbagai
respons dalam kalangan murid tentang sesuatu isu; murid juga dapat
membandingkan isu-isu yang dilihat secara konvensional dan secara
moraliti. Pendekatan ini membenar murid menilai sesuaru perkara atau
isu yang berkaitan dengan nilai-nilai moral & sosial dengan lebih objektif.

12

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral


Cuba dapatkan maklumat-maklumat lanjutan yang berkaitan dengan
Pendekatan Domain dalam Pendidikan Moral dari internet.
Tuliskan nota ringkas berkaitan Pendekatan Domain dan kaedah P&P
yang boleh diguna dalam pendekatan ini.
(1 jam)

3.3

Aplikasi Pendekatan Pendidikan Moral dalam P&P

Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh dilaksanakan dalam satu sesi


pengajaran dan pembelajaran.

Seorang guru perlu menguasai pelbagai

pendekatan dan berinovatif, berkreatif serta berkebolehan dalam mengaplikasikan


pelbagai pendekatan dalam P&P Pendidikan Moral di sekolah. Pendekatan yang
sesuai akan memudahkan lagi guru Pendidikan Moral menyampaikan ilmu
pengetahuan moral, khasnya penghayatan nilai-nilai murni dengan lebih eksplisit
dan berkesan. Percubaan dengan pendekatan P&P yang baru membenarkan guru
menguasai teknik pengajaran yang lebih mencabar, sekiranya didapati pendekatan
yang dicuba adalah tidak sesuai, guru boleh bersikap proaktif dengan
mengubahsuaikan teknik-teknik dalam kaedah penyampaian ilmu moral secara
inovatif dan kreatif. Dengan percubaan demi percubaan, guru dapat menguasai
semua pendekatan dengan lebih mahir dan lancar.

Setelah meneliti pendekatan-pendekatan dalam Pendidikan Moral, pilih


satu topik Pendidikan Moral KBSR atau KSSR dari Tahun 1 hingga
Tahun 6, jelaskan pendekatan yang sesuai digunakan untuk P&P topik
tersebut. Kemukakan langkah-langkah dalam kaedah yang digunakan
dalam aplikasi pendekatan tersebut.

13

Anda mungkin juga menyukai