Anda di halaman 1dari 8

Sebelum munculnya zaman pembaharuan Meiji 1868- 1912, Jepun diperintah oleh

Keshogunan

Tokugawa

(1603-1867).

Keshogunan

Tokugawa

mengamalkan

pemerintahan secara feudalisme di mana para shogun (pemimpin tertinggi


samurai) menguasai aspek politik, ekonomi dan sosial. Pihak Shogun telah
mengamalkan Dasar Tutup Pintu. Jepun mengamalkan dasar tersebut bagi
menjaga kedaulatan dan keselamatannya daripada ancaman kuasa-kuasa besar. 1
Keadaan ini menjadikan Jepun sukar menerima pembaharuan daripada kuasa barat.
Keadaan ini sebaliknya telah berubah dengan kedatangan Komodor Mathew Perry
ke Jepun pada 18 Julai 1853. Perry dan Shogun telah menandatangani Perjanjian
Kanagawa pada 31 Mac 1854 2yang menandakan tamatnya dasar pemencilan yang
diamalkan sekian lama.
Pemerintah Meiji setelah mengambil tampok pemerintahan daripada keshogunan
Tokugawa telah mengambil daya usaha untuk memajukan dan membangunkan
Jepun. Pada tahun 1867, rejim Tokugawa digulingkan dan Meiji mengambil alih
kuasa pemerintahan. Kuasa sebenar berada di tangan golongan pegawai dan
pemimpin yang merupakan bekas kelas tentera. Objektif utama dalam dasar luar
mereka ialah mengubahsuaikan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah, mencapai
kebebasan sepenuhnya dan mencapai kedudukan yang selaras dengan kuasa barat.
Proses pemulihan Meiji ini dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin terkemuka
seperti Inobuto Hirobumi, Saigo Takamori, Okuma Shigenobu, Fukuzawa dan
diketuai oleh Mahajara Mutsuhito yang terkenal dengan gelaran Maharaja Meiji.
Maharaja Meiji mendapati kekuatan dan keagungan Barat terletak pada kekuatan
ekonomi dan ketenteraan. Para pemimpin muda Meiji telah menyedarkan betapa
pentingnya pembaharuan dan pembangunan bagi Negara Jepun. Mereka ini telah
menggubal satu dasar modenisasi yang menyeluruh dari segi politik, ekonomi dan
social. Ia melibatkan penyerapan teknologi dan sains dari Barat yang diselaraskan
dengan ciri-ciri Jepun.

1 Jeffrey P. Mass dan William B. Hauser, The Bakufu in Japanese History, California : Stanford University
Press, 1985, hlm. 9.

2 M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn Bhd, 1988, hlm. 57.

Pemerintah Meiji telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada


rakyat Jepun untuk meyokong kepimpinan Meiji dan rakyat Jepun dapat berdiri
setanding dengan ketamadunan barat. Keempat-empat prinsip ini telah disematkan
di jiwa orang-orang Jepun supaya sentiasa hidup bermatlamat dan mencipta
keunggulan di dunia.
Melalui slogan-slogan ini , Kerajaan Meiji menghantar misi-misi ke barat untuk
mempelajari sistem industri Amerika dan Eropah. Jepun juga melengkapkan sektor
militarinya dengan berpandukan kepada model Jerman dan Perancis.
i.

Fukoku Kyohei - Kuatkan Tentera Kuatkan Ekonomi. Prinsip ini mendokong


cita-cita bahawa segala pemikiran dan jasad orang-orang Jepun hendaklah
memperkuatkan keselamatan negara dan memperkukuhkan ekonomi
supaya
rakyat Jepun disegani dan dihormati di dunid. Oleh itu mereka digesa
bekerja

ii.

kuat tanpa rasa jemu supaya negara mencapai keunggulan.


Bunmei Kaika - Meningkatkan Kecerdikan Dalam Pendidikan. 3 Prinsip ini
mendokong agar orang-orang Jepun bersemangat mencari, mengamalkan
dan menyebarkan ilmu-ilmu baru berteraskan sains dan teknologi kepada
seluruh anak-anak Jepun. Ini dibuat berdasarkan Jepun telah ketinggalan
jauh
dari segi pencapaian teknologi dan ekonomi apabila membuka pintu
negaranya ke atas negara-negara barat. Bagi menjamin maruah dan
bangsa

iii.

Jepun dihormati, rakyat disarankan menimba ilmu tanpa sempadan.


Shokusan Kogyo - Menjalankan Program Perindustrian Berat. Prinsip ini
mendokong cita-cita bahawa negara Jepun mestilah maju dalam lapangan
perindustrian berat untuk mengembangkan ekonomi Jepun di seluruh
dunia.
Tokyo telah

memainkan

peranan sebagai

pusat perindustrian

dan

penyelidikan di lapangan perindustrian supaya negara Jepun mampu


mengeksport barang-barangnya ke seluruh dunia. Ramai orang Jepun
telah
3 R. H. P. Mason dan J. P. Caiger, A History of Japan, Tokyo : Tuttle Publishing, 1997, hlm. 301.

dihantar ke negara barat untuk menimba ilmupengetahuan dan pulang ke


Jepun sebagai perintis serta penasihat kepada orang-orang Jepun di
lapangan
iv.

perindustrian.
Kokusai - Kankei Menjalin Perhubungan dengan Masyarakat Antarabangsa
untuk menjadi sebuah negara maju rakyat Jepun diminta mengadakan
perhubungan dengan seluruh dunia agar negara Jepun terkenal dan ini
sekaligus berupaya meningkatkan perdagangan Jepun. Budaya Jepun
menjadi elemen penting diperkenalkan oleh orang-orang Jepun melalui
konsep kaizen dan arigato.

Ekonomi Jepun Semasa Era Meiji


Pemerintah Meiji sebaik sahaja mengambil kuasa pemerintahan daripada Shogun
Tokugawa pada tahun 1868-1912, telah mengambil daya usaha yang gigih
memajukan dan memodenkan pembangunan ekonomi bagi memajukan negara
Jepun. Proses memodenkan ekonomi tidak dimulakan dengan sektor perkilangan
tetapi ditumpukan kepada usaha membangunkan sektor pertanian. Ini tidak dapat
dielakkan kerana pertanian merupakan pekerjaan paling penting bagi majoriti
penduduk Jepun. Tambahan pula, sektor pertanian menghasilkan hampir 80% dari
jumlah hasil pendapatan dalam negeri(cukai) dalam tahun-tahun 1870an dan
1880an. Sehingga tahun 1894, sektor ini masih menyumbangkan hampir 60%
daripada jumlah pendapatan kerajaan. Pada hakikatnya, boleh dikatakan bahawa
sektor pertanian bertanggungjawab memikul beban sektor industri Jepun kerana
cukai tanah telah membiayai kebanyakan daripada kos yang dihadapi oleh Kerajaan
Meiji dalam membangunkan sektor berkenaan pada tahun-tahun 1870an dan
1880an. Tambahan pula, eksport-eksport pertanian terutamanya sutera dan teh
telah

menampung

pembelian

kebanyakan

dari

jentera

dan

bahan-bahan

perindustrian yang diimport dari Barat. Berdasarkan kepada faktor-faktor ini adalah
tidak hairan bahawa pemimpin-pemimpin pada era Meiji menumpukan perhatian
yang utama kepada sektor pertanian.
Di sebalik langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan dari beberapa segi,
sektor pertanian masih belum dapat mencapai tahap yang dijangkakan. Kawasan-

kawasan pertanian tetap tinggal kecil. Hampir 5.4 juta keluarga tani negara tersebut
mengerjakan tanah seluas purata 2 ekar. Kegiatan pertanian secara intensif
dilakukan oleh tenaga buruh tanpa penggunaan alat jentera moden. Pada
keseluruhannya, daya pengeluaran telah meningkat dengan memuaskan. Lockwood
dalam The Economic Development of Japan, telah menyatakan bahawa daya
pengeluaran pertanian telah bertambah sebanyak 35-40% dalam tempoh 18941914. Sektor pertanian telah menyumbangkan separuh dari sumber kewangan dan
tenaga manusia dan dengan itu telah membolehkan kerajaan Meiji membangunkan
bidang industri dengan lebih pesat. 4
Satu lagi bidang yang mendapat perhatian penting dari kerajaan ialah bidang
perindustrian. Berhubung dengan perkara ini, perkembangan Revolusi Perindustrian
Jepun dan pertumbuhan kapitalisme moden yang terpantas tidak dapat ditandingi
dalam sejarah. Salah satu usaha yang dilakukan ialah memajukan industri
perkapalan perdagangan untuk kejayaan ekonominya. Perusahaan kapal-kapal kecil
telah digantikan dengan kapal-kapal yang besar dan berteknologi tinggi. Bagi
mengekalkan negara Jepun sebagai sebuah negara yang berpengaruh dan
berkuasa, pada tahun 1869, pemerintah Meiji telah menetapkan keputusan
pembinaan kapal-kapal moden. Pengumunan ini telah dikeluarkan oleh Perdana
Menteri Jepun melalui arahan yang bernombor 968.
Pada tahun 1870, pengumuman ini dijalankan sekali lagi untuk meningkatkan
pertumbuhan syarikat-syarikat perkapalan Jepun. Kedua-dua pengistiharkan ini
menunjukkan secara jelas pemerintah Meiji mengutamakan dan menggalakkan
perdagangan luarnya. Pedagang-pedagang Barat seperti Amerika Syarikat, British,
Perancis, German dan lain-lain berlumba-lumba ingin mendapatkan konsesi
perdagangan terbuka luas di Jepun.5 Dasar terbuka ini telah menyebabkan
pelabuhan-pelabuhan utama seperti Tokyo, Osaka, Kyoto,Yokohama, Nigata menjadi
tumpuan pertukaran perdagangan antarabangsa. Pemimpin Meiji juga turut

4 M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn Bhd, 1988, hlm. 80.
5 C. P. Fitzgerald, Intisari Sejarah Asia Timor,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
1973, hlm. 234.

membina kapal perang bagi mengawal dan menjamin kedaulatannya daripada


sebarang ancaman daripada luar.
Pembinaan kapal-kapal perang ini ternyata telah membantu kejayaan Jepun di
dalam menewaskan China pada 1894-1895 dan Rusia 1904-1905. Kemengan ini
telah meninggikan lagi imej Jepun di kalangan negara-negara barat. Menerusi
pelaksanaan dasar industri perkapalan moden, pemerintah Meiji telah berjaya
membuka mata orang-orang Jepun bahawa dasar pemencilan diri tidak lagi
menguntungkan orang-orang Jepun dan negara mereka secara keseluruhannya.
Melalui

perdagangan

import

dan

eksportnya,

Pemerintah

Meiji

juga

turut

memajukan pembinaan jalanraya, landasan keretapi, dan telgraf. Perkembangan ini


adalah penting bagi membantu Negara Jepun melaksanakan revolusi industri berat
seperti penubuhan kilang-kilang simen, besi, pembinaan pelabuhan-pelabuhan.
Revolusi perindustrian berat ini tidak akan berjaya jika pengangkutan perkapalan
tidak dijalankan lebih dahulu.
Selain daripada perindustrian perkapalan yang ditumpukan oleh Pemerintah
Meiji, berbagai-bagai program ekonomi di adakan untuk kesejahteraan rakyat Jepun.
Dimulakan dengan perindustrian bercorak berat. Sebelum tahun 1870 ekonomi
pertanian dan perindustrian dimulakan secara kecil-kecilan akibat kekurangan
modal. Selepas tahun 1870 kerajaan tealh mengambil alih dan mula membiayai
pembangunan perindustrian dengan modal yang diperolehi dari cukai dan pinjaman
saudagar.

Untuk

terus

meningkatkan

lagi

bidang

industri,

kerajaan

telah

menubuhkan Kementerian Perusahaan dalam bulan Disember 1870. Kerajaan Meiji


mula mengimport mesin-mesin dan menjual mesin-mesin ini kepada pengusaha
tempatan secara ansuran, perindustrian utama seperti kilang kain bulu dan tekstil,
simen, dan kertas ditubuhkan.
Para pelajar telah dihantar ke luar negeri untuk mendalami bidang pertanian,
khususnya di Britiain untuk mendalami cara-cara penggunaan jentera moden, baja
kimia, cara mengawal penyakit, pemasaran dan sebagainya. Pemerintah Meiji juga
telah membangunkan pertanian secara moden dengan cara meningkatkan daya
pengeluaran pertanian khusunya dalam bekalan makanan (tanaman padi). Tanahtanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan Hokkaido. Tanaman
padi,teh ,buah-buahan telah diberi tumpuan utama.Tumpuan juga diberi pada

program

perindustrian

berat.

Pemimpin-pemimpin

telah

berusaha

memperkembangkan industri besi dan keluli, perkapalan, ketenteraan, tanah,


pembinaan untuk melahirkan sebuah masyarakat usahawan dan negara industri.
Kemunculan Zaibatsu (keluarga perdagangan) seperti Mitsui, Mitsubishi,
Sumitomo

dan

Yasuda

telah

mempercepatkan

proses

perindustrian

dan

pertumbuhan kapitalisme di Jepun. Kumpulan Zaibatsu ini telah berkembang


menjadi konglomerat-konglomerat gergasi di dalam bidang perindustrian dan
perdagangan.6 Mereka telah memainkan peranan penting dalam menukar Jepun
menjadi sebuah negara perindustrian yang utama. Tidak dapat dinafikan bahawa
Zaibatsu-zaibatsu ini telah menjadi entiti-entiti ekonomi raksasa tanpa naungan
pemimpin-pemimpin Meiji yang telah mengukuhkan pertumbuhan Zaibatsu-zaibatsu
ini bagi mengubah Jepun menjadi sebuah kuasa besar industri dan ekonomi. Antara
Zaibatsu-zaibatsu ini, Mitsui dan Sumitomo telah ditubuhkan semasa Era Tokugawa.
Zaibatsu-zaibatsu lain, seperti Mitsubishi, Yasuda, Asano dan lain-lain telah
diasaskan oleh bekas-bekas samurai. Kumpulan ini menjadi penggerak dalam
semua lapangan pembagunan seperti pembinaan jalan raya, landsan keretapi,
penubuhan bank-bank dan sebagainya. Institusi-institusi kewangan ditubuhkan
untuk menjana projek-projek perindustrian secara besar-besaran dan mengurus
kewangan negara.
Dalam proses tersebut, Zaibatsu-zaibatsu ini terutamanya Mitsui dan Mitsubishi
telah bekerjasama erat dengan beberapa pemimpin Meiji yang pada hakikatnya
menjadi penaung-penaung mereka.7 Mitsui berhubung erat dengan Inoue Kaoru
yang menjadi Menteri Hal Ehwal Luar Negeri manakala Mitsubishi pula mempunyai
hubungan dengan Okubo dan Okuma iaitu pemimpin-pemimpin yang berpengaruh
dalam Oligarki Meiji. Kesan dari keadaan ini, Mitsui bersama-sama Mitsubishi telah
menjadi industry yang dominan di dalam bidang perindustrian dan perdagangan di
Jepun. Kewujudan luar biasa Mitsui dan Mitsubishi adalah disebabkan oleh
kepimpinan berkesan kedua-dua Zaibatsu ini. Mitsui telah mencapai perkembangan
6 M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn Bhd, 1988, hlm. 83.

7 C. P. Fitzgerald, Intisari Sejarah Asia Timor,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan


Pustaka, 1973, hlm. 228.

pesat di bawah kepimpinan 3 obanto atau pengurus agung iaitu Masuda, Takashi
Takuma dan Nakamigawa Hirojiro. Di bawah kepimpinan ketiga-tiga pengurus ini,
Mitsui telah membangun menjadi sebuah empayar perniagaan dan perindustrian
yang besar dengan anak-anak syarikat yang menjalankan urusan-urusan bank,
kewangan, harta tetap, perdagangan, pembinaan kapal, penyimpanan, loji-loji
keluli, perlombongan, kertas, jentera elektrik, perkakas rumah, kimia dan tekstil.
Sebagai tambahan kepada aktiviti-aktiviti ini, Mitsui juga telah dilantik sebagai
kontraktor rasmi sebagai bagi Tentera Darat dan Tentera Laut. Sementara itu,
Iwasaki Yataro telah membangunkan Mitsubishi ke dalam sebuah Zaibatsu yang
berkuasa dengan jenis aktiviti-aktiviti ekonomi yang standing dengan Mitsui.
Iwasaki yang merupakan seorang pegawai rendah di Han Tosa telah menjadi
masyhur dengan menubuhkan semula cawangan Nagasaki kepunyaan Syarikat
Perdagangan Tosa yang juga mengendalikan kapal-kapal di antara Pulau Shikoku
dan Bandar-bandar pelabuhan Jepun yang utama. Dengan penghapusan feudalisme
dan sistem kerajaan Han, Iwasaki telah memperolehi asset-aset syarikat Tosa yang
telah dinamakan semula Mitsubishi. Iwasaki telah memberi tumpuan ke atas bidang
perkapalan. Dalam tahun 1875, Mitsubishi telah diberi subsidi tahunan sebanyak
Y(yen)250,000 oleh kerajaan Meiji dan syarikat tersebut telah dibenarkan membeli
18 buah kapal milik kerajaan atas syarat bayaran ansuran yang mudah. Salah satu
sebab bagi sokongan murah hati kerajaan Jepun kepada Mitsubishi ialah hasrat
pemimpin-pemimpin Meiji untuk memecahkan monopoli syarikat-syarikat

Pacific

Mall Steamship, Syarikat Pelayaran Peninsular dan Syarikat Oriental (P&O Line).
Iwasaki telah berjaya memecahkan monopoli syarikat-syarikat perkapalan asing ini.
Menjelang tahun 1880an, beliau telah menerima lebih daripada Y10 juta yen dalam
bentuk subsidi di samping keuntungan besar yang telah diperolehinya dari syarikat
perkapalannya. Dalam tahun 1885, Syarikat Perkapalan Iwasaki telah digabungkan
dengan Kyodo Unyu Kaisha untuk membentuk Nippon Yusen Kaisha (NYK).
Keuntungan besar yang telah diperolehi oleh Iwasaki dari perusahaan perkapalan
membolehkan beliau membina sebuah empayar ekonomi menjalankan kegiatan
bank, insuran, perdagangan, pembinaan kapal dan kimia. Pada keseluruhannya,
boleh dikatakan bahawa kumpulan Zaibatsu telah memberi sumbangan yang besar
di dalam proses tranformasi dan kemajuan ekonomi serta perkembangan pesat
bidang perindustrian Negara Jepun.

Pada tahun 1870, sistem kewangan baru diperkenalan daripada ryo kepada
yen. Sistem cukai, sistem tariff dan perlindungan turut diperkenalkan bagi
mengurus ekonomi Jepun. Pada tahun 1876, Pemerintah Meiji telah menubuhkan
Pusat Galakan Perdagangan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti perdagangan
baru.8

menyusun kemudahan pengangkutan dan mengkaji masalah-masalah

perdagangan di dalam dan di luar negeri. Pusat ini juga ditugaskan untuk mencari
peluang-peluang perdagangan di seluruh negara. Kemuncak daripada kepesatan
ekonomi ini ialah penubuhan Bank Industri pada tahun 1900. Selain itu kerajaan
Meiji juga turut merangka satu bentuk sistem ekonomi baru yang sistematik. Sistem
ini meliputi sistem perkembangan infrastruktur termasuk jalan raya, sistem
keretapi, sistem pos dan telegraf, penerimaan organisasi saham bersama sebagai
satu bentuk perbadanan, mengimport jentera serta memilik negarakan kilangkilang.

8 R. H. P. Mason dan J. P. Caiger, A History of Japan, Tokyo : Tuttle Publishing, 1997, hlm. 303.

Anda mungkin juga menyukai