Ekonomi Jepun Pada Era Meiji
Ekonomi Jepun Pada Era Meiji
Keshogunan
Tokugawa
(1603-1867).
Keshogunan
Tokugawa
mengamalkan
1 Jeffrey P. Mass dan William B. Hauser, The Bakufu in Japanese History, California : Stanford University
Press, 1985, hlm. 9.
2 M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn Bhd, 1988, hlm. 57.
ii.
iii.
memainkan
peranan sebagai
pusat perindustrian
dan
perindustrian.
Kokusai - Kankei Menjalin Perhubungan dengan Masyarakat Antarabangsa
untuk menjadi sebuah negara maju rakyat Jepun diminta mengadakan
perhubungan dengan seluruh dunia agar negara Jepun terkenal dan ini
sekaligus berupaya meningkatkan perdagangan Jepun. Budaya Jepun
menjadi elemen penting diperkenalkan oleh orang-orang Jepun melalui
konsep kaizen dan arigato.
menampung
pembelian
kebanyakan
dari
jentera
dan
bahan-bahan
perindustrian yang diimport dari Barat. Berdasarkan kepada faktor-faktor ini adalah
tidak hairan bahawa pemimpin-pemimpin pada era Meiji menumpukan perhatian
yang utama kepada sektor pertanian.
Di sebalik langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan dari beberapa segi,
sektor pertanian masih belum dapat mencapai tahap yang dijangkakan. Kawasan-
kawasan pertanian tetap tinggal kecil. Hampir 5.4 juta keluarga tani negara tersebut
mengerjakan tanah seluas purata 2 ekar. Kegiatan pertanian secara intensif
dilakukan oleh tenaga buruh tanpa penggunaan alat jentera moden. Pada
keseluruhannya, daya pengeluaran telah meningkat dengan memuaskan. Lockwood
dalam The Economic Development of Japan, telah menyatakan bahawa daya
pengeluaran pertanian telah bertambah sebanyak 35-40% dalam tempoh 18941914. Sektor pertanian telah menyumbangkan separuh dari sumber kewangan dan
tenaga manusia dan dengan itu telah membolehkan kerajaan Meiji membangunkan
bidang industri dengan lebih pesat. 4
Satu lagi bidang yang mendapat perhatian penting dari kerajaan ialah bidang
perindustrian. Berhubung dengan perkara ini, perkembangan Revolusi Perindustrian
Jepun dan pertumbuhan kapitalisme moden yang terpantas tidak dapat ditandingi
dalam sejarah. Salah satu usaha yang dilakukan ialah memajukan industri
perkapalan perdagangan untuk kejayaan ekonominya. Perusahaan kapal-kapal kecil
telah digantikan dengan kapal-kapal yang besar dan berteknologi tinggi. Bagi
mengekalkan negara Jepun sebagai sebuah negara yang berpengaruh dan
berkuasa, pada tahun 1869, pemerintah Meiji telah menetapkan keputusan
pembinaan kapal-kapal moden. Pengumunan ini telah dikeluarkan oleh Perdana
Menteri Jepun melalui arahan yang bernombor 968.
Pada tahun 1870, pengumuman ini dijalankan sekali lagi untuk meningkatkan
pertumbuhan syarikat-syarikat perkapalan Jepun. Kedua-dua pengistiharkan ini
menunjukkan secara jelas pemerintah Meiji mengutamakan dan menggalakkan
perdagangan luarnya. Pedagang-pedagang Barat seperti Amerika Syarikat, British,
Perancis, German dan lain-lain berlumba-lumba ingin mendapatkan konsesi
perdagangan terbuka luas di Jepun.5 Dasar terbuka ini telah menyebabkan
pelabuhan-pelabuhan utama seperti Tokyo, Osaka, Kyoto,Yokohama, Nigata menjadi
tumpuan pertukaran perdagangan antarabangsa. Pemimpin Meiji juga turut
4 M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn Bhd, 1988, hlm. 80.
5 C. P. Fitzgerald, Intisari Sejarah Asia Timor,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
1973, hlm. 234.
perdagangan
import
dan
eksportnya,
Pemerintah
Meiji
juga
turut
Untuk
terus
meningkatkan
lagi
bidang
industri,
kerajaan
telah
program
perindustrian
berat.
Pemimpin-pemimpin
telah
berusaha
dan
Yasuda
telah
mempercepatkan
proses
perindustrian
dan
pesat di bawah kepimpinan 3 obanto atau pengurus agung iaitu Masuda, Takashi
Takuma dan Nakamigawa Hirojiro. Di bawah kepimpinan ketiga-tiga pengurus ini,
Mitsui telah membangun menjadi sebuah empayar perniagaan dan perindustrian
yang besar dengan anak-anak syarikat yang menjalankan urusan-urusan bank,
kewangan, harta tetap, perdagangan, pembinaan kapal, penyimpanan, loji-loji
keluli, perlombongan, kertas, jentera elektrik, perkakas rumah, kimia dan tekstil.
Sebagai tambahan kepada aktiviti-aktiviti ini, Mitsui juga telah dilantik sebagai
kontraktor rasmi sebagai bagi Tentera Darat dan Tentera Laut. Sementara itu,
Iwasaki Yataro telah membangunkan Mitsubishi ke dalam sebuah Zaibatsu yang
berkuasa dengan jenis aktiviti-aktiviti ekonomi yang standing dengan Mitsui.
Iwasaki yang merupakan seorang pegawai rendah di Han Tosa telah menjadi
masyhur dengan menubuhkan semula cawangan Nagasaki kepunyaan Syarikat
Perdagangan Tosa yang juga mengendalikan kapal-kapal di antara Pulau Shikoku
dan Bandar-bandar pelabuhan Jepun yang utama. Dengan penghapusan feudalisme
dan sistem kerajaan Han, Iwasaki telah memperolehi asset-aset syarikat Tosa yang
telah dinamakan semula Mitsubishi. Iwasaki telah memberi tumpuan ke atas bidang
perkapalan. Dalam tahun 1875, Mitsubishi telah diberi subsidi tahunan sebanyak
Y(yen)250,000 oleh kerajaan Meiji dan syarikat tersebut telah dibenarkan membeli
18 buah kapal milik kerajaan atas syarat bayaran ansuran yang mudah. Salah satu
sebab bagi sokongan murah hati kerajaan Jepun kepada Mitsubishi ialah hasrat
pemimpin-pemimpin Meiji untuk memecahkan monopoli syarikat-syarikat
Pacific
Mall Steamship, Syarikat Pelayaran Peninsular dan Syarikat Oriental (P&O Line).
Iwasaki telah berjaya memecahkan monopoli syarikat-syarikat perkapalan asing ini.
Menjelang tahun 1880an, beliau telah menerima lebih daripada Y10 juta yen dalam
bentuk subsidi di samping keuntungan besar yang telah diperolehinya dari syarikat
perkapalannya. Dalam tahun 1885, Syarikat Perkapalan Iwasaki telah digabungkan
dengan Kyodo Unyu Kaisha untuk membentuk Nippon Yusen Kaisha (NYK).
Keuntungan besar yang telah diperolehi oleh Iwasaki dari perusahaan perkapalan
membolehkan beliau membina sebuah empayar ekonomi menjalankan kegiatan
bank, insuran, perdagangan, pembinaan kapal dan kimia. Pada keseluruhannya,
boleh dikatakan bahawa kumpulan Zaibatsu telah memberi sumbangan yang besar
di dalam proses tranformasi dan kemajuan ekonomi serta perkembangan pesat
bidang perindustrian Negara Jepun.
Pada tahun 1870, sistem kewangan baru diperkenalan daripada ryo kepada
yen. Sistem cukai, sistem tariff dan perlindungan turut diperkenalkan bagi
mengurus ekonomi Jepun. Pada tahun 1876, Pemerintah Meiji telah menubuhkan
Pusat Galakan Perdagangan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti perdagangan
baru.8
perdagangan di dalam dan di luar negeri. Pusat ini juga ditugaskan untuk mencari
peluang-peluang perdagangan di seluruh negara. Kemuncak daripada kepesatan
ekonomi ini ialah penubuhan Bank Industri pada tahun 1900. Selain itu kerajaan
Meiji juga turut merangka satu bentuk sistem ekonomi baru yang sistematik. Sistem
ini meliputi sistem perkembangan infrastruktur termasuk jalan raya, sistem
keretapi, sistem pos dan telegraf, penerimaan organisasi saham bersama sebagai
satu bentuk perbadanan, mengimport jentera serta memilik negarakan kilangkilang.
8 R. H. P. Mason dan J. P. Caiger, A History of Japan, Tokyo : Tuttle Publishing, 1997, hlm. 303.