Anda di halaman 1dari 5

DIDIK

PUSAT TUISYEN BAHASA MELAYU

TEL NO : 016 88 22 114 [ CIKGU CHAI MIN SEN ] TAHUN 2016

BAHASA MELAYU SPM


JENIS AYAT
Ayat
bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata
yang tersusun kepada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat.
Contohnya: Orang itu (subjek) guru (predikat).
Ayat Inti
ayat yang paling sederhana bentuknya dan menjadi dasar bagi
ayat-ayat lain yang tidak terhitung banyaknya.
Contohnya: Rumah itu cantik sekali.
Ayat Transformasi
ayat yang berubah bentuknya daripada bentuk ayat inti yang
menjadi asal atau dasarnya. Misalnya, ayat pasif, ayat tanya
dan ayat perintah ialah ayat transformasi. Demikianlah juga
ayat gabungan atau ayat pancangan.
Ayat Biasa
ayat yang subjek di depan dan predikatnya di belakang.
Contohnya: Adik (subjek) tidur (predikat).
Ayat Songsang
ayat
yang
predikatnya
dikedepankan
dan
subjeknya
dikebelakangkan.
Contohnya: Habislah wang saya atau Akan saya baca buku itu.
Ayat Songsang Terbahagi
ayat songsang yang predikatnya terbahagi iaitu satu di depan
dan satu lagi di belakang dan subjeknya di tengah.
Contohnya: Tidak ke Iaut / nelayan itu / hari ini atau Telah saya
terima / wang itu / daripadanya.
Ayat Penyata
ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sesuatu
penyataan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal,
biasanya diakhiri dengan tanda noktah (.).
Contohnya: Orang itu guru atau Orang itu bukan guru atau Dia
belum datang dan sebagaiiiya
1

DIDIK

PUSAT TUISYEN BAHASA MELAYU

TEL NO : 016 88 22 114 [ CIKGU CHAI MIN SEN ] TAHUN 2016

Ayat Tanya
ayat yang dimaksudkan untuk menanyakan sesuatu.
Contohnya: Namanya siapa?
Ayat Tanya Biasa
ayat tanya yang subjeknya di depan dan predikatnya di
belakang.
Contohnya: Orang itu siapa?
Ayat Tanya Songsang
ayat tanya yang predikatnya dikedepankan dan subjeknya
dikebelakangkan.
Contohnya: Siapakah orang itu?
Ayat Nafi / Negatif
ayat yang terdapat kata nafi seperti bukan atau tidak.
Contohnya: Dia bukan pencuri atau Dia tidak mahu datang.
Ayat Penegas
ayat yang disertai kata penegas seperti ada, adalah, dan ialah.
Contohnya: Dia ada datang ke rumah saya, Kisah itu adalah
benar dan Orang itu ialah pencuri.
Ayat Seruan
ayat yang disertai kata seru dan diakhiri dengan tanda seru (!).
Contohnya: Aduh, sakitnya kepalaku!
Ayat Perbandingan
ayat untuk menyatakan perbandingan.
Contohnya: Ali pandai seperti Eng San, atau Ali sama pandai
dengan Eng San atau Ali sepandai Eng San.
Ayat Penggalan
ayat yang subjeknya atau predikatnya ditiadakan.
Contohnya: Pergilah ke rumahnya atau Hendak ke mana? atau
Alangkah cantiknya!
Ayat Aktif
ayat yang subjeknya berperanan sebagai pelaku dan jika ada
objeknya maka objeknya itu berperanan sebagai penderita.
Contohnya: Bayi itu tidur atau Ali sedang membaca buku.
2

DIDIK

PUSAT TUISYEN BAHASA MELAYU

TEL NO : 016 88 22 114 [ CIKGU CHAI MIN SEN ] TAHUN 2016

Ayat Pasif
ayat yang subjeknya berperanan sebagai penderita kerana
dikenai kesan kata kerja pasif. Contohnya: Buku itu (penderita)
dibaca (kata kerja pasif) oleh Ali.
Ayat Pasif Diri Pertama
ayat yang terdapat kata kerja yang tidak berawalan men-. Kata
kerja itu pula didahului oleh kata ganti diri pertama.
Contohnya: Buku itu sudah saya baca.
Ayat Pasif Diri Kedua
ayat yang terdapat kata kerja yang tidak berawalan men-. Kata
kerja itu pula didahului oleh kata ganti diri kedua.
Contohnya: Wang itu hendaklah kausimpan di dalam bank.
Ayat Pasif Diri Ketiga
ayat yang terdapat kata kerja pasif berawalan di-. Kata kerja itu
pula diikuti frasa sendi yang terbentuk daripada kata sendi oleh
serta frasa nama sebagai objeknya. Kata sendi oleh boleh digugurkan.
Contohnya: Dia dikejar oleh anjing atau Dia dikejar anjing.
Ayat Pasif Biasa
ayat pasif yang subjeknya di depan dan predikatnya di
belakang.
Contohnya: Buku itu sudah saya baca.
Ayat Pasif Songsang
ayat pasif yang predikatnya di depan dan subjeknya di
belakang.
Contohnya: Sudah saya baca (predikat) buku itu (subjek).
Ayat Perintah / Suruhan
ayat yang digunakan untuk menyuruh atau memerintah
seseorang supaya berbuat sesuatu atau melakukan sesuatu.
Contohnya: AmbiIIah barang itu atau Jangan pergi.
Ayat Perintah Aktif
ayat perintah yang frasa kerjanya frasa kerja intransitif.
Contohnya: Pergilah atau Belajarlah atau Melompatlah atau
Tersenyumlah.
3

DIDIK

PUSAT TUISYEN BAHASA MELAYU

TEL NO : 016 88 22 114 [ CIKGU CHAI MIN SEN ] TAHUN 2016

Ayat Perintah Pasif


ayat perintah yang frasa kerjanya frasa kerja pasif.
Contohnya: Bacalah atau Bacalah buku itu.
Ayat Larangan Aktif
ayat perintah aktif yang disertai kata keterangan jangan atau
usah.
Contohnya: Jangan pergi, Usahlah termenung, dan Tak usah
mengganggu sesiapa.
Ayat Larangan Pasif
ayat perintah pasif yang disertai kata keterangan jangan atau
usah.
Contohnya: Jangan ganggu gadis itu dan Usah risaukan hatinya.
Ayat Tunggal
ayat yang subjeknya hanya satu dan predikatnya hanya satu.
Contohnya: Kucing mengejar tikus itu.
Ayat Majmuk
ayat gabungan atau ayat pancangan yang terjadi atau berasal
daripada dua atau beberapa ayat yang digabungkan atau
dipancangkan.
Ayat Majmuk Gabungan
ayat yang terbentuk daripada sekurang-kurangnya dua ayat
tunggal dan yang digabungkan dengan kata hubung seperti
atau, dan, lalu, maka, tetapi dan sebagainya.
Contohnya: Langit mendung lalu hujan pun turun.
Ayat Majmuk Pancangan
ayat yang berasal daripada dua atau beberapa ayat tunggal
dan salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.
Contohnya: Sebelum aku pergi ke Singapura, aku ingin
berjumpa dengan ibu.
Ayat Majmuk Campuran
ayat majmuk yang terdiri daripada beberapa ayat gabungan
serta ayat pancangan.
Contohnya: Ali serta kawannya sangat gembira kerana
memperoleh markah yang sangat baik dalam peperiksaan.
4

DIDIK

PUSAT TUISYEN BAHASA MELAYU

TEL NO : 016 88 22 114 [ CIKGU CHAI MIN SEN ] TAHUN 2016

Anda mungkin juga menyukai