Anda di halaman 1dari 16

ASAS PEMASARAN

Definisi Pemasaran

Proses perancangan dan pembuatan


keputusan dengan menggunakan idea-dea
daripada konsep pemasaran terhadap
rpoduk atau perkhidmatan untuk proses
pertukaran.

Pasaran

Pasaran: pengguna yang memiliki kuasa beli,


iaitu kebolehupayaan serta kuasa untuk
membeli.
Pasaran terbahagi kepada dua:

Pasaran pengguna
Pasaran industri

Konsep Pemasaran

Falsafah pengurusan yang berorientasikan


pengguna dengan matlamat untuk
keberkesanan organisasi dalam jangka
panjang.

Matlamat pemasaran:

Memuaskan hati pengguna


Objektif tercapai
Imej prestij perniagaan meningkat

Kepentingan Pemasaran
Kepada organisasi:
Mempercepatkan proses pertukaran
Memantapkan dan memanjangkan usia perniagaan
Peluang perniagaan dalam industri berkaitan
Kepada individu:
Secara pemenuhan utiliti mereka
Kehidupan pengguna lebih baik
Menyediakan pelbagai alternatif
Peluang pekerjaan yang banyak dan lumayan

Pendekatan Pemasaran

Pengguna

Kajian mengenai kehendak dan cita rasa


pengguna akan dibuat terlebih dahulu sebelum
sebarang aktivit pemasaran dirangka.

Keuntungan

Yang dijadikan objektif dalam perancangan


perniagaan dijadikan asas dalam menyediakan
perancangan aktiviti perniagaan.

Membentuk Strategi
Pemasaran

Proses mengkaji, menganalisa dan memilih


sasaran firma dan kemudiannya
membangunkan perancangan campuran
pemasaran.
Penting untuk memastikan pengguna
berpuas hati dengan produk atau
perkhidmatan yang dijual oleh perniagaan.
Dua langkah iaitu memilih pasaran sasar dan
mebentuk campuran pasaran.

Memilih Pasaran Sasar

Pasaran sasar ialah sekumpulan pengguna yang


menjadi sasaran perniagaan dalam menjalankan
usaha-usaha pemasarannya bagi menjual produk
atau perkhidmatan perniagaan.
Pelbagai indikator digunakan di dalam memilih
pasaran sasar iaitu jantina, demografi, pekerjaan,
usia, taraf sosial, agama, bangsa dan sebagainya.
Campuran pasaran dirancang untuk memastikan
pasaran sasar mendapat maklumat penuh produk
atau perkhidmatan yang dijual oleh perniagaan.

Gelagat dan Tingkahlaku


Pengguna

Tingkahlaku pengguna perlu dikaji dan diselidiki


kerana hasil kajian ini akan mempengaruhi strategi
pemasaran yang akan dibuat oleh mereka.
Pengguna terbahagi kepada dua:
Pengguna individu
- orang perseorangan yang membeli produk atau
perkhidmatan untuk kegunaan peribadi mereka atau
keluarga mereka.
Pengguna industri/firma/kerajaan
- membeli produk atau perkhidmatan secara pukal

Membentuk Campuran
Pemasaran

Membentuk campuran pemasaran


merupakan strategi pemasaran yang kedua:
Maksud campuran pemasaran ialah
kombinasi empat elemen atau konsep
pemasaran iaitu:

Produk (product)
Harga (price)
Agihan dan tempat (place and distribution)
Promosi (promotion)

Konsep Utiliti

Kuasa pemuasan kehendak terhadap produk


atau perkhidmatan.
Bentuk utiliti daripada pihak pengeluar
adalah menukarkan input (bahan mentah,
komponen dan sebagainya) kepada produk
yang dikehendaki oleh pelanggan.
Penjual, pengedar dan pemasar produk pula
menyediakan beberapa utiliti lain (utiliti
tempat, bentuk, masa dan pemilikan) kepada
pelanggan mereka.

Proses Pertukaran

Proses di mana dua atau lebih pihak


memperdagangkan barang dengan nilai
wang atau faedah supaya setiap pihak
merasa puas hati selepas proses pertukaran
tadi.

Peranan Pemasaran Terhadap


Proses Pertukaran

Kegiatan pemasaran akan mempercepatkan proses


pertukaran.
Pemasaran, proses pertukaran akan menjadi
semakin pantas apabila tahap kepuasan pembeli
terhadap produk semakin tinggi.
Bagi pengurusan pemasaran, bentuk kepuasan
yang dimaksudkan adalah pemenuhan utiliti
pelanggan, iaitu:

Utiliti masa
Utiliti bentuk
Utiliti tempat
Utiliti pemilikan

(Samb.)

Utiliti ini akan menyebabkan kenaikan sedikit dalam


harga produk yang dijual, tetapi pengguna tidak
mempertikaikan kenaikan harga yang berpatutan
kerana kenaikan tersebut adalah bayaran
pertambahan utiliti yang diberikan.
Utiliti tempat: produk yang dikehendaki oleh
pengguna boleh diperolehi di tempat yang
pengguna itu kehendaki.
Utiliti bentuk: pengguna boleh memperolehi produk
dalam ciri-ciri (seperti bentuk, warna, saiz, fesyen
dan sebagainya) yang mereka kehendaki.

(Samb.)

Utiliti masa: pengguna boleh memperolehi


produk yang dikehendakinya pada masa ia
perlukan.
Utiliti pemilikan: pengguna boleh memiliki
produk yang dikehendakinya.

Kepentingan Utiliti dalam


Pemasaran

Kekerapan proses pertukaran yang tinggi


akan membantu perniagaan mencapai
objektif perniagaan dengan lebih baik.
Pelanggan berpuas hati walaupun
pertambahan kos akan menyebabkan
peningkatan harga yang terpaksa ditanggung
oleh pelanggan, asalkan kenaikan harga ini
relevan dengan pertambahan utiliti yang
diberikan menyebabkan pelanggan tidak
kisah.

Anda mungkin juga menyukai