Anda di halaman 1dari 13

HOME

HOME

FORUM

ETIKA

PELBA GA I

.::*~Halaqah.Ne t~*::. Lam an Forum

Forum

DA FTA R MA SUK

Halaqah R audhah

DA FTA R A HLI

Halaqah Kasturi

Fe qah Islam

Ibadah

Bab 1 : Taharah / Be rsuci


pre vious ne x t

Page s: [1] 2

Ke Bawah

Author

PRINT

Topik: Bab 1 : Taharah / Bersuci (Read 26740 times)

0 Halaqian and 1 Te tam u are vie wing this topic.

Bab 1 : Taharah / Bersuci

alhaudhie

on: 31 O ctobe r, 2007, 03:22:02 PM

1. Definisi :
i) Dari segi bahasa : Suci dan bersih
ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.

Posts: 1871

2. Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat.


3. Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan.
4. Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal, ayat 11 yang
bermaksud :
" Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya...
"
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
" Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan "
5. Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain.
6. Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan
mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan
suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .
7. Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada penyakit serta
mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.
8. Syarat wajib taharah ialah :
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Islam
Berakal
Baligh
Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).
Tidak lupa
Tidak dipaksa
Berhenti darah haid dan nifas
Ada air atau debu tanah yang suci.
Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.

9. Taharah adalah sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian.
10. Ahli fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq) sebagaimana firman Allah:

Maksudnya :
"Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya
(hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih "
11. Selain itu, harus menggunakan kertas atau batu ketika beristinja' dan tanah atau debu tanah sebagai ganti air
bagi mengharuskan solat yang dikenali sebagai tayammum.
12. Jelasnya, alatalat untuk bersuci itu ialah:
* Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq
ini terbahagi kepada beberapa bahagian:
o Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air salji yang menjadi cair dan air

o Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air salji yang menjadi cair dan air
embun.
o Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbit daripada mata air, air perigi,
air sungai dan air laut.
* Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengan sesuatu.
Firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu
mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub),
terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau dalam bermusafir atau kembali
dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka
bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha
Pemaaf lagi Maha Pengampun.
(Surah Al-Nisa, 4:43)
3. Samak, iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang melekat pada kulit dan yang merosakkannya sekira-kira jika
direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak, maka kulit itu tetap tidak busuk atau rosak.
4. Takhallul, iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya.
Rujukan Kitab :
1) Kitab Mattlaal Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Daud Al-Fatani
2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat .
3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi .
4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S.H.
http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/home.htm
Logge d
ISLA M untuk semua
Bakper: U s taz c akak ganung pekat.
J awak: P as al ghama dok pahang biler c akap s tandark.

Ummi Munaliza

Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci


Jawab #1 on: 09 May, 2009, 11:13:08 AM

JENIS TAHARAH
Taharah terbahagi kepada 2 bahagian:

Posts: 14445

Annive rsary Ke 28

1. Taharah daripada najis


Najis dari hukum syara' ialah segala benda yang kotor yang mencegah kita dari melakukan solat, tawaf,
memberi khutbah Juma'at dan sebagainya.
Akan tetapi, ini tidak bermakna semua benda yang kotor itu adalah najis TETAPI najis adalah kotor.
2. Taharah daripada hadas
Hadas pula terbahagi 2, hadas kecil dan hadas besar.
Berhadas kecil dikatakan sebagai perkara-perkara yang membatalkan wuduk dan boleh dihilangkan dengan
sekadar mengambil wuduk.
Berhadas besar pula mencegah dari melakukan solat dsb dan ianya mewajibkan seseorang itu mandi wajib.
Last Edit: 04 June, 2009, 10:49:49 AM oleh Munaliza Ismail

Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.


Penal Utama Baitul Muslim

Ummi Munaliza

Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci


Jawab #2 on: 09 May, 2009, 11:17:15 AM

Logge d

Posts: 14445

Annive rsary Ke 28

JENIS NAJIS
Di antara benda-benda yang najis adalah:
1. Arak dan segala cecair yang memabukkan.
2. Anjing dan khinzir. Ini termasuk semua binatang yang keluar dari keduanya atau salahs atu dari keduanya.
3. Bangkai

~ ini adalah bangkai bagi haiwan yang mati tanpa sembelihan yang sah di sisi syara'.
~ terdapat 3 jenis bangkai yang bukan najis:
a. bangkai manusia
b. bangkai ikan; dan
c. bangkai belalang

4. Darah, nanah, air luka, air bisul dan sebagainya.


~ darah yang terlalu sedikit yang sukar untuk ditanggal seperti pada tulang adalah dimaafkan.
Begitu juga benda-benda yang disebut tadi yang terlalu sedikit adalah dimaafkan.
5. Muntah ~ makanan atau minuman yang sudah sampai ke perut dan keluar semula sekalipun ianya hanya
berupa air.
6. Tahi dan air kencing manusia dan semua jenis binatang (samada yang halal atau pun yang haram)
7. Bahagian pada binatang yang tercerai atau terpotong daripada haiwan itu ketika ia nya masih hidup.
8. Susu haiwan yang haram dimakan dagingnya; cth: keldai
9. Air mazi dan wadi
10. Air liur basi. ~ Ianya adalah haram sekiranya diyakini ia keluar dari perut.
Logge d

Ummi Munaliza

Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci


Jawab #3 on: 09 May, 2009, 11:20:00 AM

Posts: 14445

Annive rsary Ke 28

JENIS-JENIS HADAS
Terbahagi kepada 2 bahagian;
1. HADAS KECIL
~ perkara-perkara yang wujudnya pada anggota wudu'; wajah, dua tangan, kepala dan dua kaki dan
menjadi tidak sah solat.
~ Dinamakan juga sebagai hadas kecil kerana perkara haram yang dilakukan oleh orang berhadas kecil
adalah sedikit dan
hanya pada 4 anggota wudu' sahaja..
~ Boleh dihilangkan dengan mengambil wudu'
2. HADAS BESAR

~ mengikut syara', apabila wujudnya hadas besar pada seluruh tubuh, ia mencegah sahnya solat dan
ibadah lainnya.
~ Dinamakan sebagai hadas besar kerana banyak perkara haram dilakukanolehorang berhadas besar dan
ianya
menyeliputi seluruh anggota
~ Berhadas besar ini boleh dihilangkan dengan mandi wajib.
Logge d

Ummi Munaliza

Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci


Jawab #4 on: 09 May, 2009, 11:43:02 AM

JENIS AIR
Air digunakan untuk bersuci. Mensucikandiri kita dari najis dan kotoran. Jenis-jenis air ini boleh dikategorikan
kepada 4 bahagian,
mengikut taraf kesucian air tersebut.
Posts: 14445

Annive rsary Ke 28

1. Suci lagi menyucikan dikenali sebagai air mutlak.


Ia bermaksud air yang belum digunakan untuk membasuh anggota yang wajib pada kali pertama dengan
sempurna.
contoh : basuhan pertama pada muka ketika berwuduk, air basuhan itu bukan lagi mutlak tetapi dipanggil
air musta'mal.
7 jenis air mutlak adalah : air hujan, air laut (air masin), air sungai (air tawar), air perigi, mata air, air salji
dan air embun.
Air ini boleh dibuat bersuci dan meghilangkan najis dan boleh digunakan untuk adat (seperti minum, mandi
dsb)

2. Suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan.


Hukum air ini sama seperti air mutlak tetapi ianya makruh digunakan.
8 contoh air dalam kategori ini:
a) Air yang terlalu panas
b) Air yang terlalu sejuk
~ air (a) & (b) adalah makruh diguakan untuk taharah kerana dikhuatiri ketika menggunakannya cucian
atau mandian
akan menjai tidak sempurna atau tidak rata.
~ sekiranya sesorang itu berasa dia akan dimudaarati dengan menggunakan air-air tersebut, maka
haram menggunakannya.
c) Air atau tanah yang penduduknya dimurkai Allah Taala.
cth: Air di negeri kaum Luth a.s. dimana mereka telah melakukan perbuatan 'liwat, lalu dibalakanoleh
Allah Taala.
d) Air musyammash
~ iaitu air yang berjemur atau terjemur pada matahari.
e) Air Mustakmal
~ Air yang telah digunakan untuk bersuci yang wajib.
f) Air Mutannajis
~ Air yang telah bercampur dengan najis.

3. Suci Tapi Tidak Menyucikan .


Air yang asalnya adalah air mutlak tetapi telah bercampur dengan benda-benda lain yang suci dan tidak
dapat dielakkan darinya,
bahkan bertukar rasa, bau dan warna.
contoh:

air kopi, kuah, air teh dsb

Hukum air ini adalah suci tapi tidak menyucikan. Boleh digunakan untuk adat seperti memasak, minum, dsb.

4. Air Mutannajis : Iaitu air yang telah bercampur dengan najis. Terdapat 2 bahagian:
a) air yang kurang 2 kolah
~ apabila bercampur dengan najis yang tidak dimaafkan, ia adalah tidak suci dan tidak menyucikan
sekalipun tidak berubah bau,
rasa dan warnanya.
~ sekiranya dimasuki najis yang dimaafkan seperti bangkai semut, kala jengking, cicak dan sebagainya
(ie: binatang yang tidak mengalir darahnya setelah mati), air tersebut tetap suci selama tidak berubah
warna, bau dan mahupun rasanya.
b) air yang sampai 2 kolah atau lebih
~ Jika dimasuki najis yang tidak dimaafkan, ia masih suci selama ia tidak berubah bau, rasa dan
warnanya.
Air ini adalah tidak suci lagi tidak menyucikan.

Last Edit: 04 June, 2009, 10:50:28 AM oleh Munaliza Ismail

Logge d

Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci

Thabit

Jawab #5 on: 04 June , 2009, 10:44:54 AM

Bab 1 : Taharah / Bersuci


1. Definisi :
i) Dari segi bahasa : Suci dan bersih
ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.
Posts: 27

2. Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat.


3. Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan.
4. Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal, ayat 11 yang
bermaksud :
" Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya...
"
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
" Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan "
5. Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain.
6. Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan
mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan
suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .
7. Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada penyakit serta
mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.
8. Syarat wajib taharah ialah :
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Islam
Berakal
Baligh
Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).
Tidak lupa
Tidak dipaksa
Berhenti darah haid dan nifas
Ada air atau debu tanah yang suci.
Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.

9. Taharah adalah sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian.
10. Ahli fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq) sebagaimana firman Allah:
Maksudnya :
"Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya
(hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih "
11. Selain itu, harus menggunakan kertas atau batu ketika beristinja' dan tanah atau debu tanah sebagai ganti air
bagi mengharuskan solat yang dikenali sebagai tayammum.
12. Jelasnya, alatalat untuk bersuci itu ialah:

* Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq
ini terbahagi kepada beberapa bahagian:
o Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air salji yang menjadi cair dan air
embun.
o Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbit daripada mata air, air perigi,
air sungai dan air laut.
* Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengan sesuatu.
Firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu
mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub),
terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau dalam bermusafir atau kembali
dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka
bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha
Pemaaf lagi Maha Pengampun.
(Surah Al-Nisa, 4:43)
3. Samak, iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang melekat pada kulit dan yang merosakkannya sekira-kira jika
direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak, maka kulit itu tetap tidak busuk atau rosak.
4. Takhallul, iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya.
Rujukan Kitab :
1) Kitab Mattlaal Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Daud Al-Fatani
2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat .
3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi .
4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S.H.

Logge d
Y a A llah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kes ihatan yang elok, kec erdikan yang
tinggi, hati yang bers ih dan kejayaan yang bes ar.

Ummi Munaliza

Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci


Jawab #6 on: 29 Nove m be r, 2009, 09:46:23 AM

Apa yang dimaksudkan najis?


Posts: 14445

Annive rsary Ke 28

Najis bermaksud kekotoran yang menghalang sahnya sembahyang, yakni; tidak sah sembahyang jika terdapat
pada pakaian atau badan atau tempat sembahyang. Pada dasarnya, setiap benda yang ada di alam ini adalah
suci dan tidak najis kecualilah perkara-perkara yang telah dinyatakan oleh Syara sebagai najis. Selagi tidak ada
nas atau dalil Syara menjelaskan bahawa sesuatu itu najis, maka ia kekal dengan hukum asalnya iaitu suci dan
bersih.
Logge d

Ummi Munaliza

Posts: 14445

Annive rsary Ke 28

Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci


Jawab #7 on: 29 Nove m be r, 2009, 09:48:24 AM

Apakah benda-benda yang dianggap najis oleh Syarak?


Menurut Imam Ibnu Rusyd; empat benda disepakati oleh ulamak sebagai najis, iaitu;
1. Bangkai haiwan darat yang berdarah mengalir
2. Daging babi
3. Darah dari haiwan darat jika ia mengalir, yakni banyak.
4. Air kencing manusia dan tahinya.
Selain dari empat di atas (seperti; arak, tahi binatang, muntah dan sebagainya lagi) di kalangan ulamak terdapat
beza pandangan; ada yang menganggapnya najis dan ada yang tidak.[1] Menurut Imam asy-Syaukani; perkaraperkara yang ada dalil Syarak menyebutnya sebagai najis ialah;
1. Tahi dan air kencing manusia
2. Air liur anjing
3. Tahi binatang (khusus kepada tahi kuda, baghal dan kaldai sahaja menurut beliau)
4. Darah haid (lain dari darah haid (iaitu darah biasa) tidak najis menurut beliau).
5. Daging babi
Hanya lima di atas sahaja menurut Imam Syaukani- yang mempunyai dalil yang jelas dari Syarak tentang
kenajisannya. Selain darinya adalah khilaf di kalangan ulamak.[2]
Adapun dalam mazhab Syafiie, ada 13 perkara yang diputuskan sebagai najis berdasarkan ijtihad ulamak-ulamak
mazhab, iaitu;
1. Anjing; semua juzuk di badan anjing adalah najis.
2. Babi; semua juzuk di badan babi adalah najis.
3. Air kencing; semua jenis air kencing adalah najis sama ada dari manusia atau haiwan.
4. Tahi; semua jenis tahi adalah najis sama ada tahi manusia atau haiwan.
5. Air mazi; iaitu cecair nipis berwarna kekuningan yang keluar dari kemaluan ketika naik syahwat.
6. Air madi; iaitu cecair kental berwarna putih yang keluar dari kemaluan selepas kencing atau selepas keletihan.
7. Arak dan semua minuman yang memabukkan seperti tuak dan seumpamanya.
8. Bangkai/mayat; kecuali mayat manusia, bangkai haiwan laut (ikan dan sebagainya) dan belalang.
9. Darah; semua jenis darah adalah najis sama ada darah manusia atau haiwan.
10. Nanah
11. Anggota yang terpisah dari haiwan ketika masih hidupnya; kecuali bulu binatang yang halal dimakan seperti
bulu biri-biri, bulu ayam dan sebagainya.
12. Susu binatang yang tidak halal dimakan dagingnya.
13. Muntah
Rujukan :
[1] Bidayatul-Mujtahid (1/101).
[2] Ad-Darari al-Madhiyyah, halaman 18.
http://ilmudanulamak.com/il/
Logge d

Ummi Munaliza

Posts: 14445

Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci


Jawab #8 on: 29 Nove m be r, 2009, 09:54:46 AM

Apakah kaifiyat bersuci dari najis yang ditetapkan oleh Syarak?

Posts: 14445

Annive rsary Ke 28

1.
2.
3.
4.

Bersuci
Bersuci
Bersuci
Bersuci

dengan
dengan
dengan
dengan

menggunakan air
air bercampur tanah
benda-benda kesat
menggosok ke tanah

Bagaimana caranya bersuci dengan air?


Menggunakan air adalah cara asal dalam bersuci. Tidak harus berpaling dari menggunakan air dalam bersuci
kecuali dengan keizinan dari Syarak. Adapun cara bersuci dengan air ialah;
Pertama; Buang najis terlebih dahulu,
Kedua; Basuh tempat yang terkena najis itu dengan air hingga hilang sifat-sifatnya iaitu warnanya, baunya dan
rasanya. Jika sekali basuhan telah dapat menghilangkannya, tidak perlu lagi diulangi basuhan. Jika tidak, wajib
diulangi lagi basuhan termasuk dengan menggosok-gosoknya atau melakukan seumpamanya. Setelah dibasuh
berulang kali, namun warna najis masih tidak tanggal atau baunya masih tidak hilang, ketika itu dimaafkan, yakni
basuhan dianggap sempurna dan tidak perlu diulangi lagi.
Dikecualikan jika najis itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang belum berumur dua tahun dan belum menikmati
sebarang makanan kecuali susu ibunya, maka memadai dengan merenjis air hingga meratai kawasan yang
terkena air kencing itu, kemudian dibiarkan kering. Tidak perlu membasuhnya atau mengalirkan air ke atasnya.
Ummu Qais binti Mihsan radhiyallahu anha-. Menceritakan; Beliau membawa seorang bayi lelaki yang belum
memakan sebarang makanan kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam-, tiba-tiba bayi itu kencing di atas
pakaian baginda. Baginda meminta air, lalu merenjis pakaiannya dan baginda tidak membasuhnya. (Riwayat
Imam al-Bukhari)
Logge d

Ummi Munaliza

Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci


Jawab #9 on: 29 Nove m be r, 2009, 09:55:44 AM

Apakah najis yang perlu dibasuh menggunakan air bercampur tanah? Bagaimana caranya?
Iaitu najis anjing kerana Nabi sallallahu alaihi wasallam- bersabda; Apabila bekas kamu dijilat oleh anjing,
hendaklah kamu membasuhnya tujuh kali; kali pertama dengan tanah (Riwayat Imam Muslim). Caranya ialah;
Posts: 14445

Annive rsary Ke 28

Pertama; Buang najis terlebih dahulu


Kedua; Basuh tempat yang terkena najis anjing itu dengan air yang bercampur tanah (sekali sahaja).
Ketiga; Bilas dengan air biasa sebanyak enam kali.
Oleh kerana cara membasuh najis anjing di atas lebih berat berbanding cara membasuh najis-najis yang lain,
maka kerana itu najis anjing dinamakan ulamak dengan najis mughallazah (najis berat).
Logge d

Ummi Munaliza

Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci


Jawab #10 on: 29 Nove m be r, 2009, 09:57:29 AM

Adakah najis babi juga mesti di basuh dengan air bercampur tanah?
Posts: 14445

Annive rsary Ke 28

Ulamak-ulamak berbeza pandangan tentang babi; adakah ia termasuk dalam najis berat (mughalladzah)
sebagaimana anjing di atas, atau ia hanya terdiri dari najis biasa (seperti arak, air kencing, tahi dan sebagainya)
yang mencukupi dibasuh dengan air seperti biasa? Ada dua pandangan;
Pertama; Jumhur ulamak berpandangan; babi sama seperti najis-najis yang lain, iaitu mencukupi dibasuh seperti
biasa hingga hilang kesan-kesannya. Tidak perlu diulangi basuhan hingga tujuh kali dan tidak perlu menggunakan
tanah. Mengikut pandangan jumhur ulamak, najis berat hanya satu sahaja iaitu anjing. Dalil mereka ialah sabda
Nabi sallallahu alaihi wasallam-; Apabila anjing menjilat bekas salah seseorang dari kamu, cara menyucinya
ialah dengan ia membasuhnya sebanyak tujuh kali, kali pertamanya dengan tanah (Riwayat Imam Muslim dari
Abu Hurairah radhiyallahu anhu-). Di dalam hadis ini, Nabi hanya menyebut anjing sahaja, tidak menyebutkan
najis yang lain termasuk babi.
Kedua; mengikut mazhab Syafiie; babi sama seperti anjing, oleh itu ia mesti dibasuh sebanyak tujuh kali dan
salah satu basuhan mesti dengan air bercampur tanah. Dalil mereka ialah dengan mengkiaskannya kepada anjing
kerana babi lebih buruk keadaannya dari anjing di mana pengharaman memakannya adalah sabit dengan nas
al-Quran, adapun pengharaman memakan anjing hanya sabit dengan ijtihad.
Logge d

Ummi Munaliza

Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci


Jawab #11 on: 29 Nove m be r, 2009, 10:00:51 AM

Adakah harus tanah digantikan dengan sabun atau bahan pencuci lain?
Bagi masalah ini juga ada perbezaan pandangan di kalangan ulamak;

Posts: 14445

Annive rsary Ke 28

Pandangan pertama; tidak harus kerana cucian dengan tanah itu adalah arahan Syarak. Halnya sama seperti
tayammum yang diarahkan oleh Syarak menggunakan tanah, maka tidak harus dialihkan kepada yang lain. Arahan
menggunakan tanah itu bersifat ibadah, oleh itu tidak harus dinilai berdasarkan akal atau logik. Ini adalah
pandangan yang rajih dalam mazhab Syafiie.
Pandangan kedua; harus tanah itu digantikan dengan sabun kerana penggunaan sabun lebih berkesan dari tanah
dalam menghilangkan najis. Nabi menyebutkan tanah dalam hadis tadi bukan bertujuan membataskannya kepada
tanah, tetapi untuk menegaskan perlunya penyucian najis berat itu dibantu dengan bahan lain di samping air.
Masalah ini ada persamaannya dengan istinjak di mana selain dengan air, Nabi juga mengharuskan istinjak
dengan batu. Menurut ulamak; walaupun nabi hanya menyebutkan batu, namun dikiaskan kepadanya bahanbahan lain yang bersifat kesat dan berupaya menanggalkan najis seperti kertas, tisu kesat dan sebagainya. Nabi
menyebut batu bukanlah bertujuan membataskannya kepada batu, tetapi untuk menjelaskan keharusan
beristinjak dengan batu atau bahan-bahan lain yang mempunyai sifat yang sama. Ini adalah pandangan jumhur
ulamak mazhab Hanbali.
Pandangan ketiga; Dalam keadaan terdapat tanah, wajiblah basuhan menggunakan tanah dan tidak harus
berpindah kepada bahan yang lain sama ada sabun atau sebagainya. Jika tidak ada tanah, barulah harus
menggunakan bahan yang lain menggantikan tanah. Ini adalah pandangan Abu Hamid (salah seorang ulamak
mazhab Hanbali).
Logge d

Ummi Munaliza

Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci


Jawab #12 on: 29 Nove m be r, 2009, 10:03:23 AM

Apakah yang dimaksudkan dengan benda-benda kesat? Bilakah harus bersuci dengannya?

Posts: 14445

Benda-benda kesat adalah seperti batu, kertas atau tisu yang kesat, kayu dan sebagainya. Benda-benda kesat
ini harus digunakan untuk beristinjak iaitu membersihkan najis di kemaluan setelah kencing atau berak. Telah
sabit di dalam hadis bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam- menggunakan batu untuk beristinjak. Maka dikiaskan
kepadanya segala benda yang kesat yang dapat menanggalkan najis dari dua saluran tersebut.

Annive rsary Ke 28

Ummi Munaliza

Logge d

Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci


Jawab #13 on: 29 Nove m be r, 2009, 10:04:14 AM

Apa syarat beristinjak dengan benda kesat?


Paling baik ialah berinstinjak dengan air kerana ia lebih menyucikan. Diharuskan beristinjak dengan benda-benda
kesat sahaja sekalipun terdapat air, tetapi hendaklah dengan memenuhi syarat-syarat di bawah;
Posts: 14445

Annive rsary Ke 28

1. Hendaklah dengan sekurang-kurangnya tiga kali sapuan. Tidak harus kurang dari tiga kali sapuan sekalipun
telah kelihatan bersih dengan sekali atau dua kali sapuan. Ini kerana tiga kali sapuan itu adalah had minima yang
ditetapkan Nabi sallallahu alaihi wasallam-. Salman radhiyallahu anhu- menceritakan; Nabi menegah kami dari
beristinjak kurang dari tiga batu (yakni tiga sapuan batu) (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan
Nasai). Jika tiga kali sapuan tidak mencukupi, wajib ditambah dan sunat tambahan itu ganjil (yakni lima, tujuh dan
sebagainya).
2. Hendaklah najis tidak melepasi papan punggung atau hasyafah (yakni kepala zakar). Jika najis meleleh
melepasi kawasan tersebut, wajib istinjak dengan air.
3. Hendaklah sebelum najis kering. Jika najis telah kering, wajib istinjak dengan air.
4. Bahan yang digunakan hendaklah bersih dan kering. Sifatnya hendaklah boleh menanggalkan najis, iaitu tidak
terlalu licin atau terlalu kasar kerana tujuan intinjak ialah untuk menanggalkan najis, maka hendaklah bahan yang
digunakan boleh memenuhi tujuan tersebut.
5. Bahan yang digunakan bukan dari makanan manusia atau jin seperti tulang. Sabda Nabi; Janganlah kamu
beristinjak dengan tahi binatang, dan juga dengan tulang kerana ia adalah makanan saudara kamu dari kalangan
jin. (Riwayat Imam at-Tirmizi)
Logge d

Ummi Munaliza

Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci


Jawab #14 on: 29 Nove m be r, 2009, 10:07:57 AM

Posts: 14445

Annive rsary Ke 28

Bagaimana yang dikatakan bersuci dengan menggosok ke tanah?


Iaitu cara bersuci yang disebut oleh Nabi di dalam hadisnya; Jika seseorang kamu datang ke masjid, hendaklah ia
menterbalikkan dua sepatunya dan memerhatikannya; jika ia nampak ada najis, hendaklah ia menggosoknya ke
tanah, kemudian tunaikan solat dengan memakai sepatunya itu. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Hibban
dan al-Hakim dari Abu Said al-Khudri r.a.).
Berdalilkan hadis ini, sebahagian ulamak antaranya Imam Abu Hanifah- menegaskan; Kasut atau sepatu yang
terkena najis sama ada kering atau basah- memadai menyucinya dengan menggosoknya ke tanah hingga hilang
kesan najis pada kasut tersebut.
Logge d

Ummi Munaliza

Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci


Jawab #15 on: 29 Nove m be r, 2009, 10:08:53 AM

Bagaimana cara menyucikan tanah yang dikenai najis?

Posts: 14445

Annive rsary Ke 28

Tanah yang terkena najis, cara menyucinya ialah;


Pertama; hendaklah dibuang terlebih dahulu najis jika kelihatan.
Kedua; setelah dibuang najis, curahkan sebaldi air ke atas tanah yang terkena najis itu dan biarkan ia kering. Abu
Hurairah r.a. telah menceritakan; Seorang lelaki dari pedalaman datang ke masjid Nabi s.a.w.. Tiba-tiba ia bangun
dan kencing di satu penjuru masjid. Lalu Nabi s.a.w. berkata; Curahkan sebaldi air ke atas tempat yang terkena
air kencingnya. (Riwayat Imam al-Bukhari)
Logge d

Ummi Munaliza

Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci


Jawab #16 on: 29 Nove m be r, 2009, 10:09:53 AM

Posts: 14445

Annive rsary Ke 28

Jika seseorang itu selepas mengerjakan solat, ia ternampak najis di pakaiannya; adakah wajib ia mengulangi
solatnya?
Para ulamak berbeza pandangan dalam masalah ini;
1. Ulamak-ulamak mazhab Syafiie- menegaskan; batal solatnya dan wajib diulangi kerana ia menunaikan solat
dalam keadaan tidak memenuhi syarat sahnya iaitu bersuci. Adapun sangkaannya semasa sedang solat bahawa
ia bersih dari najis-, maka sangkaan itu tidak dikira kerana telah terbukti salah. Kaedah Fiqh menyebutkan; Tidak
diambil kira sangkaan yag telah ternyata salahnya.
2. Menurut mazhab Imam Abu Hanifah; tidak batal solatnya jika najis itu sedikit. Jika najis itu banyak, batallah
solat dan wajib diulangi semula.
3. Ada ulamak berpandangan; tidak batal solatnya secara keseluruhannya sama ada najis itu sedikit atau banyak.
Mereka berdalilkan hadis dari Abu Said al-Khudri radhiyallahu anhu- yang menceritakan; Suatu hari kami
mengerjakan solat bersama Nabi sallallahu alaihi wasallam-. Ditengah solat, Nabi menanggalkan dua kasutnya
dan meletaknya di sebelah kirinya. Melihat berbuatan Nabi itu, kami pun turut melakukannya. Selesai solat, Nabi
bertanya; Kenapa kamu semua menanggalkan kasut?. Kami menjawab; Kami melihat kamu melakukannya,
maka kami pun turut melakukannya. Nabi berkata; Di tengah solat tadi, Jibril datang kepadaku dan memberitahu
bahawa di kasutku terdapat najis/kekotoran, maka kerana itulah aku menanggalkannya. Jika seseorang kamu

bahawa di kasutku terdapat najis/kekotoran, maka kerana itulah aku menanggalkannya. Jika seseorang kamu
datang ke masjid, hendaklah ia menterbalikkan dua kasutnya dan memerhatikannya; jika ia nampak ada najis,
hendaklah ia menggosoknya ke tanah, kemudian bolehlah ia menunaikan solat dengan memakai kasutnya itu
(Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud). Berkata Imam al-Khattabi; hadis ini menjadi dalil bahawa sesiapa
menunaikan solat sedang di pakaiannya terdapat najis yang tidak diketahuinya, maka solatnya adalah sah dan
tidak perlu ia mengulanginya. [3] Selain Imam al-Khattabi, ulamak yang berpandangan serupa ialah Imam Ibnu
Taimiyyah. Di dalam al-Fatawa al-Kubra, Imam Ibnu Taimiyyah menegaskan; Sesiapa menunaikan solat dengan
ada najis (di pakainnya) kerana lupa atau tidak tahu, tidak perlu ia ulangi solatnya.[4]
Nota Kaki
[3] Bidayatul-Mujtahid (1/100).
[4] Al-Fatawa al-Kubra (5/327).
http://ilmudanulamak.com/il/
Logge d

hitam manis

Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci


Jawab #17 on: 29 Nove m be r, 2009, 11:30:43 AM

maknanya nak ikut mana satu? Imam Syafie ke?


err..kekadang ada juga berlaku..tambah2 iman lemah. (dalam kepala anggapkan tak nampak , jadi tak
mengapa,:senyum:).

Posts: 4

saya nak tanya, sungguhkah bulu kucing itu najis? (ada terbaca, kalau terpisah dari badan binatang, dikira najis)
kalu sedikit macam mana? tambahan pulak bulu kucing ni susah nak nampak lebih2 lagi kucing ni suka bergesel
pada kain. minta pandangan.
Logge d

Ummi Munaliza

Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci


Jawab #18 on: 29 Nove m be r, 2009, 11:35:04 AM

Quote from: hitam manis on 29 November, 2009, 11:30:43 A M

Posts: 14445

maknanya nak ikut mana satu? Imam Syafie ke?


err..kekadang ada juga berlaku..tambah2 iman lemah. (dalam kepala anggapkan tak nampak , jadi tak
mengapa,:senyum:).

Annive rsary Ke 28

Ikutlah Mazhab Syafie , Majoriti pegangan Umat Islam di Malaysia.


[box title=ETIKA BERFORUM]
2.3. Ustaz/Ustazah atau ahli yang menjawab persoalan agama akan memberi jawapan berdasarkan aqidah Ahlu
Sunnah Wal Jamaah (Asyairah dan al Maturidiyyah Majoriti pegangan Umat Islam di Malaysia) dan Mazhab
Syafie kecuali sekiranya perlu kepada pandangan dari mazhab lain atau yang berkaitan dengan hukum hakam
yang berbentuk kontemporari yang tiada disentuh oleh Mazhab Syafie mengikut keperluan.[/box]
Logge d

Ummi Munaliza

Posts: 14445

Annive rsary Ke 28

Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci


Jawab #19 on: 29 Nove m be r, 2009, 01:44:57 PM

Quote from: hitam manis on 29 November, 2009, 11:30:43 A M

saya nak tanya, sungguhkah bulu kucing itu najis? (ada terbaca, kalau terpisah dari badan binatang, dikira najis)
kalu sedikit macam mana? tambahan pulak bulu kucing ni susah nak nampak lebih2 lagi kucing ni suka bergesel pada
kain. minta pandangan.

Ini jawapannya.
Quote from: IbnuNafis on 22 September, 2008, 11:01:58 PM

BINATANG YANG TIDAK HALAL DIMAKAN DAGINGNYA


Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya
ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah
juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab
Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).
HUBUNGANYA DENGAN SEMBAHYANG
Menurut hukum syarak syarat sah mengerjakan sembahyang itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada
pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang.
Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang hukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah
kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia
dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. (AL-Feqh Al-Islami Wa Adilatuh
ayat 1/175).
Apakah yang harus dilakukan oleh orang yang sedang sembahyang mendapati ada bulu najis pada pakaiannya? Menurut
Ashhab Asy Syafie, apabila orang yang sedang sembahyang itu mendapati ada najis yang kering pada pakaian atau
badannya, maka pada saat itu juga hendaklah dia mengibas najis tersebut. Jika dia mendapati najis yang basah pula
hendaklah dia segera menanggalkan atau mencarik pakaiannya yang bernajis itu tanpa menyentuh najis tersebut.
Adapun jika dia tidak segera menanggalkan atau mengibas pakaian yang bernajis itu maka batal sembahyangnya.
Pakaian yang terkena bulu yang najis hendaklah terlebih dahulu dibersihkan. C ara membersihkannya ialah jika bulu itu
kering dan pakaian atau anggota badan yang tersentuh bulu itu juga kering adalah memadai dengan menanggalkan najis
itu sama ada dengan mengibas, mengibar atau menyapunya. Adapun jika bulu itu basah ataupun pakaian atau anggota
badan yang terkena najis itu sahaja yang basah maka hendaklah ditanggalkan najis itu dan dibersihkan dengan air yang
suci disekitar yang terkena najis. (Fath Al-Allam, Kitab Ath-Thararah, Bab Izalah An-Najasah ayat 1/347).
Oleh kerana persoalan memakai pakaian daripada bulu itu adalah berkaitan dengan persoalan hukum najis, maka
perlulah kita berhati-hati dalam memilih dan memanfaatkannya supaya pakaian yang dipilih itu diyakini diperbuat
daripada bulu yang suci dan boleh kita guna pakai seperti ketika sembahyang dan sebagainya.
Sumber : Mufti Brunei

Logge d

Page s: [1] 2

Ke A tas

PRINT

pre vious ne x t
.::*~Halaqah.Ne t~*::. Lam an Forum

Forum

Halaqah R audhah

Halaqah Kasturi

Fe qah Islam

Ibadah

Bab 1 : Taharah / Be rsuci


Langk au:

=====> Ibadah

go

Related Topics
Subjek / Dim ulakan Oleh
Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbalut
Dimulakan Oleh hakim114 Feqah Islam

Pesanan Tentang Bersuci


Dimulakan Oleh FlaiR Artikel Agama

Hukum Samak dengan Menyapu Sabun Taharah Tanah Liat


Dimulakan Oleh faizila Feqah Islam

Jaw apan

Kirim an Akhir

8 Jawapan
7236 Views

10 December, 2011, 11:15:56 PM


oleh ashrafiq

2 Jawapan
1232 Views

29 August, 2010, 12:47:50 AM


oleh panglima-garang

2 Jawapan
2024 Views

30 January, 2012, 08:25:12 PM


oleh Ummi Munaliza

Janaan
Janaan SMF
SMF &
& TinyPortal
TinyPortal

Halaqah.net
Halaqah.net 2006-2013
2006-2013

Anda mungkin juga menyukai