Anda di halaman 1dari 15

1

Abstrak
Hubungan Penghargaan Kendiri dan Kemurungan Dalam
Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar Johor
ZARINA SAMIN,
Kolej Komuniti Bandar Penawar Johor
zarina@kkbpenawar.edu.my
Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji hubungan penghargaan kendiri dan kemurungan dalam
kalangan pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP). Responden kajian terdiri daripada 127
orang pelajar KKBP yang dipilih melalui persampelan secara rawak. Alat pengukuran yang
digunakan untuk mengukur penghargaan kendiri responden ialah Rosenberg Self Esteem Scale
(RSES). Manakala Beck Depression InventoryEdisi Kedua (BDI-II) telah digunakan bagi
mengukur tahap keseriusan kemurungan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan
statsitik deskriptif (min, peratusan dan sisihan piawai) dan statsitik inferensi (korelasi pearson dan
ujian t). Berdasarkan dapatan kajian penghargaan kendiri pelajar berada pada tahap tinggi dan
kemurungan pelajar berada pada tahap yang minima (rendah). Dapatan kajian juga menunjukkan
terdapat hubungan yang signifikan di antara penghargaan kendiri dengan kemurungan dalam
kalangan pelajar KKBP. Selain itu, dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang
signifikan penghargaan kendiri dan kemurungan terhadap faktor demografi jantina lelaki dan
perempuan. Diharap keputusan kajian ini boleh membantu Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM)
mengatur dan merangka program yang bersesuaian dengan pelajar bagi melahirkan pelajar Kolej
Komuniti KPTM yang berkualiti dan produktif di alam pekerjaan kelak dan sihat pemikirannya.
This study was conducted to examine the relationship between self-esteem and depression
among the students of Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP). Respondents of this study
involved 127 KKBPs students, who were selected through random sampling. Researcher has
used Rosenberg Self Esteem Scale (RSES) to measure self-esteem among the respondents.
Meanwhile the Beck Depression Inventory-Second Edition (BDI-II) was used to identify the level
of depression among them. Data were analyzed by using descriptive statistics (mean, percentage
and standard deviation) and inferential statistics (Pearson correlation and t-test). Based on the
findings, it showed that KKBPs students have high levels of self-esteem while depression level is
low. The result also showed a significant relationship between self-esteem and depression among
the students of KKBP. In addition, the study showed no significant differences in self-esteem and
depression on demographic factors of male and female students. It is hoped that the findings of
this study can help the Ministry of Higher Education (MOHE) to organize and plan suitable
programs for students in order to produce more proactive and productive students which are
essential in the working environment.

PENGENALAN
Aspek penting bagi perkembangan diri individu ialah aspek kendirinya.
Perkembangan seseorang secara sihat bergantung kepada konsep kendiri yang
positif terhadap dirinya. Konsep kendiri ialah persepsi individu terhadap diri
individu itu sendiri, dari segi kebolehan, kesukaan, personaliti, kemahiran dan
lain-lain lagi tentang diri individu. Konsep kendiri yang positif wujud apabila
seseorang itu mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi seperti berasa
bangga dengan perlakuan sendiri, menerima diri dengan lebih positif,

menghargai diri sendiri serta menyedari kekuatan dan kelemahan diri. Apabila
wujud konsep kendiri yang rendah individu akan memandang dirinya secara
negatif seperti cenderung untuk berasa bersalah, takut kepada kegagalan dan
sering berasa bimbang serta cepat berkecil hati. Battle (1981) menyatakan
penghargaan kendiri ialah persepsi yang dipunyai oleh seseorang tentang nilai
dirinya. Persepsi kendiri seseorang itu berkembang secara perlahan-lahan dan
menjadi semakin berbeza apabila seseorang itu berinteraksi dengan orang yang
rapat dan menjadi semakin matang apabila persepsi penghargaan kendiri ini
kukuh,ia akan menjadi stabil dan sukar diubah.
Rosenberg dan Schooler (1989) telah mencadangkan penghargaan
kendiri yang rendah boleh membawa kepada kemurungan akibat daripada
kegagalan untuk mendapatkan penerimaan kendiri yang positif. Kajian beliau
turut menghipotesiskan bahawa dalam usaha untuk mencari maklum balas
positif, individu dengan penghargaan kendiri yang rendah akan tertarik kepada
kumpulan rujukan delikuen. Dengan ini, individu akan mempunyai perbandingan
sosial yang positif dan juga attribusi kendiri yang positif terhadap tingkah laku
delikuen.
Setiap individu di dunia ini pernah mengalami perasaan sedih atau muram
pada masa tertentu sepanjang hayatnya Perasaan sedih dan muram yang
berpanjangan boleh menjejaskan pelbagai aspek kehidupan individu sama ada
aspek emosi, kognitif, sosial dan fizikal. Kemurungan akan memperlihatkan
simptom-simptom seperti putus harapan dan kekosongan, kesedihan yang
berpanjangan, selera makan menurun secara mendadak, insomnia atau tidur
terlalu banyak, gerakan menjadi perlahan, lesu, letih dan kurang bertenaga,
sentiasa merasa bersalah atau berdosa, kadang-kadang ada terfikir untuk
membunuh diri (Miller, Rhodes dan Yahne 1990) dalam Yahaya et all (2006).
Dewasa ini laporan dalam media tentang tingkahlaku golongan remaja
sering kali disalaherti oleh masyarakat yang kurang arif dalam memahami
perkembangan psikologi remaja yang sedang melalui satu zaman peralihan dari
kanak-kanak ke zaman dewasa. Ahli psikologi melihat perkembangan remaja
sebagai satu proses transisi. Adakalanya kita akan bertemu dengan remaja yang
tinggi penghargaan kendirinya yang ditampilkan melalui tingkahlaku. Namun
begitu, tidak dinafikan terdapat segelintir remaja yang menunjukkan simptom
kemurungan. Kajian tentang penghargaan kendiri dan kepelbagaian dalam
masalah personal dan sosial telah lama diperkatakan oleh ahli psikologi Khaidir
et all (2007).
ISU
Sewaktu majlis perhimpunan pagi yang dikendalikan oleh pelajar mengikut kelas
Sijil Modular Kebangsaan di Kolej Komuniti Bandar Penawar perhimpunan
tersebut agak hambar. Pengacara majlis membaca skrip tanpa melihat siapa
audiens yang hadir. Acara persembahan tidak meriah dan kurang mendapat
sambutan. Kehadiran pelajar ke perhimpunan pagi juga agak mengecewakan.
Pengkaji juga terdengar rungutan daripada pensyarah yang menyatakan pelajar
kolej tidak berusaha mencari pengetahuan sendiri hanya menunggu ilmu yang
disampaikan oleh pensyarah di dalam kelas pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti yang sepatutnya dikendalikan oleh pelajar terpaksa berlaku


campurtangan pensyarah bagi melancarkan majlis. Justeru itu, pengkaji ingin
mengetahui apakah cara pelajar-pelajar memandang diri mereka dan adakah
mereka mempunyai simptom kemurungan yang memerlukan perhatian ibu bapa
dan pihak kolej. Seseorang individu yang mempunyai konsep yang positif
terhadap dirinya akan membolehkan perkembangan kendiri berlaku dengan
sihat. Penghargaan kendiri merupakan prasyarat seseorang itu dapat
berkembang secara sihat sama ada dari aspek fizikal dan emosi. Pelajar
merupakan modal insan yang sangat berharga kepada Negara. Mereka akan
menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah Negara pada masa hadapan.
Menurut Kauffman (2001) kemurungan dalam kalangan kanak-kanak dan
remaja satu isu yang kontroversi sejak dekad yang lalu. Kemurungan merujuk
kepada perasaan sedih yang dialami oleh seseorang individu (Wicks-Nelson dan
Israel 2003). Sejak tahun 1970 an kemurungan dalam kalangan remaja telah
dikenali sebagai kemurungan bertopeng atau kesamaan kemurungan Dacey dan
Kenny (1997) dalam See Ching Mey et all (2005). Kedua-dua konsep di atas
telah menjelaskan bahawa kemurungan dalam kalangan remaja biasanya
diselindung oleh tingkahlaku seperti hiperaktif, ketidakupayaan dalam pelajaran
dan ponteng sekolah (Kauffman (2001). Remaja yang murung lazimnya juga
menunjukkan tingkahlaku keletihan, masalah menumpukan perhatian, masalah
kesihatan dan masalah tubuh badan yang lain. Hal ini menyebabkan pihak yang
berkenaan sukar untuk mengenal pasti dan membezakan simptom kemurungan
remaja. See Ching Mey et al (2005) menyatakan mengkaji kecelaruan
kemurungan dalam kalangan remaja merupakan sesuatu yang sukar tetapi
penting.
DeVito (2000) menyatakan bahawa penilaian seseorang individu terhadap
dirinya akan memberi kesan kepada nilai yang diletakkan kepada individu
tersebut. Lantaran itu, penghargaan kendiri berfungsi secara efektif khususnya
dalam hubungan interpersonal. Hal ini adalah disebabkan individu yang
mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi akan dapat berfungsi dengan lebih
berkesan dalam persekitaran organisasi, hubungan interpersonal, dan kerjaya.
Justeru itu, penghargaan kendiri yang dimiliki oleh seseorang pelajar mampu
melengkapkan diri mereka bagi membentuk pelajar yang mempunyai kemahiran
insaniah yang tinggi
Berdasarkan kajian Satir (1988) seseorang individu yang mempunyai
penghargaan kendiri yang tinggi sentiasa merasa diri berada pada tahap
cemerlang, mempunyai peluang untuk gemilang, dan berupaya untuk hidup
dengan rasa dihormati, jujur, bertenaga, kasih sayang serta hidup dalam realiti.
Sebaliknya, seseorang yang mempunyai penghargaan kendiri yang rendah akan
merasakan dirinya tidak bernilai, terancam, dan tidak berupaya untuk melihat ke
dalam diri sendiri. Hal ini sangat menarik kerana pengkaji ingin melihat tahap
penghargaan kendiri dan hubungannya dengan kemurungan di mana apakah
kesediaan pelajar menerima realiti kegagalan dalam sesuatu perkara. Sejak
kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan berita pelajar yang yang
membuat pelbagai perkara akibat daripada kegagalan seperti mengantung diri
atau membunuh diri akibat gagal dalam peperiksaan, percintaan dan masalah
kekeluargaan. Menurut kajian tinjauan kesihatan Morbiditi Kebangsaan pada

tahun 2006 mendapati 6.4 peratus rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun ke
atas pernah terfikir membunuh diri Maniam (2010). Berdasarkan kajian oleh
Saroja (2009) terhadap remaja berumur di antara 16 hingga 19 tahun mendapati
2.9 peratus responden pernah terfikir untuk membunuh diri dan 1.5 peratus
responden pernah merancang untuk membunuh diri mereka. Justeru itu,
pelbagai kajian dan langkah penyelesaian diperlukan dalam menangani hal ini
oleh pihak yang berkenaan
Menurut Coopersmith (1967) penghargaan kendiri hasil dari proses
penilaian individu terhadap kepentingannya sebagai insan. Ini melibatkan rasa
disokong atau tidak dan sejauh mana seseorang itu mengangap dirinya
berkebolehan, penting, berjaya dan bernilai. Simptom kemurungan akan wujud
apabila segala yang diharapkan tidak dapat dipenuhi oleh individu. Justeru itu,
kajian ini akan melaporkan hubungan penghargaan kendiri dan kemurungan
dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP).
TUJUAN
Kajian ini bertujuan untuk:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Menilai tahap penghargaan kendiri pelajar.


Menilai tahap kemurungan pelajar.
Menilai hubungan penghargaan kendiri dengan kemurungan.
Melihat perbezaan jantina terhadap kemurungan.
Melihat perbezaan jantina terhadap penghargaan kendiri.

METOD
Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian tinjauan yang melibatkan
pengumpulan maklumat daripada responden melalui borang soal selidik. Borang
soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, B, dan C.
Bahagian A berkaitan maklumat demografi, bahagain B berkaitan kemurungan
yang diukur menggunakan Beck Depress Impression (BDI-11) dan Bahagian C
berkaitan penghargaan kendiri menggunakan Rosenberg Self Esteem scale
(RSES)
Rosenberg Self Esteem scale (RSES)
Rosenberg Self Esteem Scale (RSES) merupakan alat ujian paling banyak
digunakan dalam penyelidikan sains sosial bagi mengukur penghargaan kendiri.
Alat ukur ini telah dicipta oleh Dr. Morris Rosenberg pada tahun 1965. Tempoh
masa yang diberikan kepada responden untuk menjawab alat ujian RSES ini
ialah kurang daripada 5 minit. RSES merupakan alat ujian yang ringkas, mudah
ditadbir kerana hanya mempunyai 10 item dan tidak membosankan responden
yang menjawabnya. Alat ukur RSES ini mempunyai 10 item yang menggunakan
5 skala likert iaitu;
I.
II.

Sangat tidak setuju (strongly disagree)


Tidak setuju (disagree)

III.
IV.
V.

Berkecuali
Setuju (agree)
Sangat setuju (strongly agree)

Respon yang mewakili penghargaan kendiri yang rendah ialah tidak


setuju dan sangat tidak setuju bagi item bernombor 1, 2, 4, 6, dan 7. Manakala
respon untuk penghargaan kendiri yang tinggi ialah setuju dan sangat setuju
bagi item bernombor 3, 5, 8, 9, dan 10. Skor keseluruhan responden akan
diperoleh dengan menjumlahkan nilai skor selepas melakukan reverse-scoring
bagi item-item negatif. Jumlah keseluruhan skor responden mempunya jumlah
antara 0 hingga 50 Skor dikelaskan kepada dua tahap penghargaan kendiri
seperti jadual 1 di bawah:
Jadual 1

Tahap Penghargaan Kendiri RSES

Tahap
Rendah
Tinggi

Jumlah Skor
0-25
26-50

Alat ujian umumnya mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi bagi testretest iaitu 0.82 hingga 0.88, dan alfa Cronbach mempunyai julat 0.77 hingga
0.88 Blascovich dan Tomaka, (1993) dan Rosenberg, (1986). Rosenberg (1979)
menyatakan bahawa RSES merupakan salah satu alat ukur yang mempunyai
ketekalan dalaman yang tinggi iaitu = 0.92 dalam mengukur penghargaan
kendiri seseorang individu. Kebolehpercayaan alat ujian RSES telah dijalankan
dengan menggunakan kaedah test-retest selepas tempoh 2 minggu dengan nilai
korelasi r=0.85 dan r=0.88. Ini menunjukkan bahawa RSES merupakan satu alat
ujian yang stabil dan berjaya mengukur penghargaan kendiri seseorang
merentas umur dan jantina.
Beck Depression Inventory-Edisi Kedua (BDI-II)
Menurut See Ching Mey et all (2005) BDI-II merupakan alat kemurungan
yang paling kerap digunakan dalam kajian. Daripada 183 kajian yang
menggunakan alat ukur kemurungan, 62 peratus menggunakan BDI-II
(Ponterotto,Pace & Kavan 1989 dalam See Ching Mey et all (2005). BDI -II
mengandungi 21 item iaitu inventori pelbagai pilihan lapor-diri (Self- Report.
Masa yang diperlukan untuk menjawab ialah 10 minit. Tujuan alat ukuran ini
ialah untuk mengukur tahap keseriusan atau tahap teruk kemurungan golongan
dewasa dan remaja berumur 13 tahun hingga 80 tahun. BDI-II mempunyai
kebolehpercayaan yang sangat tinggi iaitu 0.92 koeifisien Alpha dan korelasi testretest pula 0.93 Setiap item, terdapat empat pernyataan yang disusun mengikut
tahap keseriusan. Contoh item rasa bersalah tahap pilihannya adalah seperti
berikut:

0.
1.
2.
3.

Saya merasa tidak bersalah


Kadang-kadang saya berasa bersalah
Saya merasa bersalah hampir sepanjang masa
Saya merasa bersalah sepanjang masa

Susunan pernyataan diberi skor 0,1,2 atau 3 mengikut urutan


menaik.Jumlah skor maksimum yang boleh diperolehi ialah 63 dan jumlah
minimum ialah 0. Jumlah Skor dikelaskan kepada empat tahap kemurungan
seperti jadual 2 di bawah:
Jadual 2

Tahap Kemurungan BDI-II


Tahap
Minima
Ringan
Sederhana
Serius / teruk

Jumlah Skor
0-13
14-19
20-28
29-63

Responden
Responden kajian terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar
Kementerian Pengajian Tinggi.Seramai 127 orang pelajar daripada keseluruhan
200 orang telah menjadi responden (merujuk kepada jadual penentu saiz sampel
Krejie dan Morgan (1970).
DAPATAN
Analisis statistik berbentuk deskriptif dan inferens seperti korelasi Pearson, ujian
t. Analisis dapatan kajian akan dibahagikan kepada bahagian-bahagian berikut
seperti:
1. Tahap penghargaan kendiri pelajar
2. Tahap kemurungan pelajar
3. Hubungan penghargaan kendiri dengan kemurungan
4 .Perbezaan jantina terhadap penghargaan kendiri
5. Perbezaan jantina terhadap kemurungan
Berdasarkan dapatan kajian responden terdiri daripada 57 orang lelaki
iaitu mewakili 44.9 peratus dan 70 orang perempuan mewakili 55.1 peratus
daripada keseluruhan kajian. Jumlah keseluruhan responden yang mengambil
bahagian ialah sebanyak 127 orang. Jadual 3 menerangkan tentang taburan
responden mengikut jantina.

Jadual 3 Taburan Responden Berdasarkan Jantina


Jantina
Lelaki
Perempuan
Jumlah

Bilangan

Peratus

57
70
127

44.9
55.1
100.0

Berdasarkan kajian ini bagi pembolehubah penghargaan kendiri


menunjukkan jantina perempuan mempunyai min lebih tinggi iaitu M=34.35,
SP=4.15 berbanding lelaki Min=34.08,SP=4.84.Jadual di bawah menerangkan
tentang min dan sisihan piawai bagi penghargaan kendiri mengikut jantina.
Jadual 4 Taburan responden berdasarkan min dan sisihan piawai bagi
penghargaan kendiri mengikut jantina
Jantina
Lelaki

Min
34.08

Sisihan Piawai
4.84

Perempuan

34.35

4.15

Hasil dapatan kajian untuk kemurungan pula menunjukkan min lelaki lebih
tinggi iaitu M=11.52, SP=7.31 dan perempuan M=9.97, SP=8.52. Jadual 5
menerangkan taburan responden berdasarkan min dan sisihan piawai bagi
kemurungan mengikut jantina
Jadual 5 Taburan responden berdasarkan min dan sisihan piawai bagi
kemurungan mengikut jantina
Jantina
Lelaki

Min

Sisihan piawai

11.52

7.31

Perempuan

9.97

8.52

Tahap Penghargaan Kendiri


Tahap penghargaan kendiri mewakili dua tahap iaitu rendah dan tinggi.
Dapatan kajian mendapati tahap penghargaan kendiri responden di Kolej
Komuniti Bandar Penawar berada pada tahap tinggi. Ia mewakili sebanyak 98.4
peratus dengan jumlah responden 125 orang. Seterusnya seramai 2 orang
responden mewakili 1.6 peratus mempunyai penghargaan kendiri yang rendah.
Jadual 6 menerangkan tentang tahap penghargaan kendiri responden
Jadual 6
Tahap

Tahap Penghargaan Kendiri


Kekerapan

Peratus

Rendah
Tinggi
Jumlah

2
125
127

1.6
98.4
100.0

Tahap Kemurungan
Berdasarkan dapatan kajian tahap kemurungan responden adalah minima iaitu
68.5 peratus daripada keseluruhan dapatan kajian. Ia diwakili sebanyak 87 orang
responden. Sebanyak 19 orang responden iaitu 15.0 peratus berada pada tahap
ringan dan18 orang dengan 14.2 peratus berada pada tahap murung sederhana
Tahap

Kekerapan

Peratus

Minima
Ringan
Sederhana
Serius/ teruk
Jumlah

87
19
18
3
127

68.5
15.0
14.2
2.4
100.0

dan 3 orang mempunyai kemurungan yang serius iaitu mewakili sebanyak 2.4
peratus.Jadual 7 menunjukkan tahap kemurungan.
Jadual 7

Tahap Kemurungan

Berikut merupakan pengujian hipotesis:

Hipotesis 1: Terdapat hubungan di antara penghargaan kendiri dengan


kemurungan dalam kalangan pelajar KKBP
Analisis data menunjukkan bahawa penghargaan kendiri responden adalah
signifikan serta berhubung secara positif dengan kemurungan.Terdapatnya
hubungan positif yang lemah di antara dua pembolehubah, r = 0.17, n =127, p <
0.05. iaitu semakin tinggi penghargaan kendiri semakin tinggi kemurungan. Jadi,
hipotesis yang menyatakan terdapat hubungan antara penghargaan kendiri dan
kemurungan dalam kalangan pelajar KKBP diterima dalam kajian ini. Jadual 9
menunjukkan keputusan hubungan antara antara penghargaan kendiri dan
kemurungan.

Jadual 8

Keputusan hubungan
komitmen kemurungan

Pembolehubah
Penghargaan Kendiri dengan
Kemurungan
*p<0.05

antara

penghargaan

kendiri

dengan

Nilai r
0.17

Hipotesis 2: Terdapat perbezaan penghargaan kendiri berdasarkan faktor


jantina, dalam kalangan pelajar KKBP.
Analisis t-test sampel bebas digunakan bagi membandingkan skor penghargaan
kendiri di antara pensyarah lelaki dan wanita. Tidak terdapat perbezaan
signifikan di antara lelaki (M = 34.08 ,SD =4.84) dan wanita (M = 34.35, SD =
4.15); t (125) = -0.33, p > 0.05. Keputusan ini menunjukkan tidak terdapat
perbezaan bagi penghargaan kendiri mengikut jantina. Maka hipotesis ditolak
kerana tidak terdapat perbezaan penghargaan kendiri bagi jantina lelaki dan
perempuan Jadual 10 menerangkan tentang hasil perbezaan item untuk
mengukur penghargaan kendiri mengikut jantina.Jadual 9 menerangkan tentang
perbezaan penghargaan kendiri berdasarkan jantina.

Jadual

Hasil perbezaan item yang


berdasarkan faktor jantina

mengukur

Jantina

SP

Lelaki

57

34.08

4.84

Perempuan

70

34.35

4.15

Min

penghargaan

kendiri

dk

125

-0.33

p>0.05
Hipotesis 3: Terdapat perbezaan kemurungan berdasarkan faktor jantina,
dalam kalangan pelajar KKBP.
Daripada hasil ujian t yang telah dijalankan bagi mengukur perbezaan
kemrungan berdasarkan faktor lelaki dan perempuan, dalam kalangan pelajar
KKBP didapati juga tidak terdapat perbezaan iaitu lelaki (M = 11.52 ,SP = 7.31)
dan wanita (M = 9.97, SP = 8.52); t (125) = 1.08, p > 0.05 .Maka hipotesis ditolak
kerana tidak terdapat perbezaan signifikan kemurungan bagi jantina lelaki dan
perempuan. Jadual 10 menerangkan tentang hasil perbezaan item untuk
mengukur kemurungan mengikut jantina.
Jadual 10 Hasil perbezaan item yang mengukur kemurungan berdasarkan faktor
jantina,
Jantina

Lelaki

57

11.52

7.31

Perempuan

70

9.97

8.52

p>0.05

Min

SP

dk

125

1.08

10

Berikut merupakan ringkasan jadual keseluruhan hasil hipotesis yang


telah diuji. Berdasarkan kajian daripada 3hipotesis yang dibina, hanya hipotesis 1
diterima. Manakala hipotesis 2, dan hipotesis 3 ditolak.
Jadual 11

Ringkasan keseluruhan hasil hipotesis yang telah diuji

Hipotesis
Hipotesis 1
Hipotesis 2
Hipotesis 3

Keputusan
Diterima
Ditolak
Ditolak

PERBINCANGAN
Tahap Penghargaan Kendiri Responden
Dapatan kajian menunjukkan tahap penghargaan kendiri responden di Kolej
Komuniti Bandar Penawar berada pada tahap tinggi. Ia mewakili sebanyak 98.4
peratus dan sebanyak 1.6 peratus mempunyai penghargaan kendiri yang rendah.
Dapatan ini menunjukkan pelajar KKBP memandang diri mereka secara positif.
Hal ini mungkin disebabkan mereka mendapat sokongan sosial daripada ibu
bapa, rakan sebaya dan orang disekeliling sehingga membentuk konsep kendiri
yang positif Menurut Hurlock (1974) rakan sebaya adalah satu sumber yang
boleh memberi kesan tertentu kepada kendiri seseorang.
Tahap Kemurungan Responden
Berdasarkan dapatan kajian responden di KKBP telah mengalami tahap
kemurungan yang minima iaitu 68.5 peratus daripada keseluruhan dapatan
kajian. Sebanyak 15.0 peratus berada pada tahap ringan dan14.2 peratus berada
pada tahap murung sederhana dan 2.4 peratus mempunyai kemurungan yang
serius Dapatan ini berbeza dengan. Kajian yang dijalankan oleh Wan Zainab
(1990) ke atas pelajar-pelajar normal yang mendapati bahawa 68 peratus
responden mengalami tahap kemurungan yang tinggi dan 32 peratus responden
berada dalam tahap kemurungan yang rendah.
Berdasarkan dapatan pengkaji responden di KKBP mempunyai
kemurungan minima peringkat yang paling asas untuk kemurungan. Rata-rata
responden tidak mempunyai masalah kemurungan. Hal ini menunjukkan mereka
mempunyai pemikiran yang sihat. Setiap individu di dunia pernah mengalami
perasaan murung atau sedih pada masa tertentu pada hayatnya. Namun ia
berbentuk jangka pendek. Sekiranya ia berlarutan dalam jangka masa panjang ia
berkemungkinan boleh mengalami masalah murung atau mendapat penyakit
mental. Dapatan sebanyak 15 peratus menunjukkan kemurungan ringan dan
14.2 peratus kemurungan minima sebenarnya memberi isyarat kepada pihak
yang berkenaan (kaunselor) untuk mendekati responden bagi memahami emosi,
dan tingkahlaku responden. Kajian ini juga mendapati 2.4 peratus atau 3 orang
mengalami kemurungan yang serius dan memerlukan intervensi yang segera.

11

Hubungan Penghargaan Kendiri dengan Kemurungan


Berdasarkan dapatan kajian melalui analisis inferensi yang mengunakan korelasi
pearson mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara penghargaan
kendiri dan kemurungan. Keputusan ujian di atas juga menyokong kajian
penyelidikan yang terdahulu yang menyatakan hubungan penghargaan kendiri
dengan kemurungan diakui kesignifikanannya dalam banyak kajian sebelum ini
dengan menggunakan subjek berbeza pembolehubahnya (Reynolds, Anderson &
Batle 1985; Bartel & Reynolds 1986, Iran & Asmah Bee 1992, Naimah 1998;
Wan Zainab 1990 dalam Yahaya Mahamod et all (2006)). Hasil dapatan kajian
mendapati hubungan penghargaan kendiri dan kemurungan signifikan dan
korelasinya lemah. Hal ini menunjukkan kedua-dua pemboleh ubah ini
mempunyai hubungan di antara satu sama lain.
Perbezaan Jantina Terhadap Penghargaan Kendiri
Berdasarkan dapatan hasil kajian melalui ujian t menunjukkan jantina
lelaki dan perempuan tidak memainkan peranan dalam menentukan
penghargaan kendiri. Namun begitu, terdapat kajian yang menyatakan remaja
lelaki lebih memerlukan sokongan dan penghargaan kendiri berbanding golongan
perempuan dalam peringkat remaja. Hal ini mungkin disebabkan pertumbuhan
fizikal remaja lelaki adalah pesat dan mereka lebih beremosi serta bergantung
kepada ibu bapa. Sekiranya mereka memperoleh kekurangan sokongan
daripada ibu bapa, maka akan timbul isu rendah penghargaan kendiri,
penyesuaian sosial yang negatif dan anti-sosial. (Peter dan Rolkins, 1987 dalam
Azizi Yahya et al., 2006).
Perbezaan jantina terhadap kemurungan
Berdasarkan dapatan hasil kajian melalui ujian t menunjukkan jantina lelaki dan
perempuan tidak memainkan peranan dalam menentukan kemurungan bagi
responden di KKBP. Namun begitu dapatan Haugaard (2001) menyatakan
bahawa remaja perempuan biasanya lebih mudah dilanda kemurungan
berbanding remaja lelaki. Bachanas & Kaslow (2001) pula mendapati bahawa
pada umur 15 tahun, kemurungan di kalangan remaja perempuan adalah dua
kali ganda lebih banyak berbanding remaja lelaki, dan perbezaan jantina ini akan
berlanjutan hingga ke zaman dewasa. Di samping itu, Yen Teck Hoe (2009)
dalam Amirah Amaly (2009) berkata satu daripada sebab wanita lebih kerap
berdepan dengan kemurungan ialah apabila berlaku perubahan peringkat
hormon yang dialami.
KESIMPULAN
Berdasarkan hasil dapatan kajian ini beberapa rumusan boleh dibuat.
Responden merupakan pelajar Kolej Komuniti pemilihan mereka untuk belajar di
Kolej Komuniti memberi peluang dan ruang pihak Kolej Komuniti membentuk
mereka mengikut bidang pengajian yang dipilih bagi menjadikan mereka insan
cemerlang dan terbilang pada masa hadapan melalui ilmu dan kemahiran Hal
nini terjadi kerana responden mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi
membolehkan mereka cemerlang dalam bidang yang diceburi di samping

12

mempunyai tujuh elemen kemahiran insaniah yang diterapkan sepanjang belajar


di Kolej Komuniti. Dapatan kajian berkenaan kemurungan memerlukan perhatian
yang agak serius bagi pihak yang berkepentingan kerana kecelaruan
kemurungan mungkin satu masalah yang terselindung dan masih belum
mendapat perhatian yang serius daripada ibu bapa, pihak kolej mahupun
masyarakat.Walaupun dapatan ini tidak dapat memberi satu gambaran sebenar
tentang kemurungan, namun dapatan ini harus dijadikan iktibar kepada ibu bapa
mahupun pihak kolej tentang risiko perkembangan kemurungan dalam kalangan
responden yang menghadapi pelbagai tekanan dalam hidup yang memungkinkan
pelbagai perkara buruk boleh dilakukan jika tidak dapat berfikir secara matang.
Menurut Bachanas dan Kaslow (2001) kemurungan dalam kalangan remaja
memerlukan perhatian dan intervensi yang baik. Maniam (1994) menyatakan
anggaran kadar purata bunuh diri di Malaysia adalah antara 10-13 kes untuk
setiap 100,00 penduduk. Akan tetapi satu kajian secara teliti yang dijalankan oleh
Maniam (2010) di Cameron Highlands menunjukkan bahawa kadar bunuh diri
adalah tinggi iaitu 60 kes bagi 100,000 penduduk.
Selain itu,dapatan kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara jantina lelaki dan perempuan. Diharap dapatan ini dapat
menarik perhatian pihak yang berkepentingan bagi memikirkan pendidikan dan
latihan yang sesuai untuk mengilap pelajar agar mempunyai penghargaan kendiri
positif dan intervensi yang sesuai bagi mengatasi kemurungan dalam kalangan
pelajar.

13

RUJUKAN
Aiken ,Lewis R. (2000). Psychological Testing and Assessment. 10th ed.
Massachusetts: Allyn and Bacon.
Alias Baba.(1992). Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial.
Selangor: Malindo Printer.
Amirah Amaly Syafaat. (2009,29 Mac). Murung akibat krisis ekonomi. Utusan
Malaysia;
Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli dan Wei May Lin .(2006). Hubungan antara
tingkah laku keibubapaan dengan penghargaan kendiri di kalangan remaja.
Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 11, 36-46.
Bachanas, P., dan Kaslow,N. (2001).Depressive disorders. dalam Hugfes,
J.,Greca,A., dan Coloney,J.Handbook of psychological services for children and
adolescents.New York :Oxford University Press.
Batle N.P (1981). Depression and self esteem in academically hifted and
mongifted children : a comparison study. Journal of School Psychology, 24.
Battle, J. (1992). Culture-free self esteem inventories. (2nd. Ed) Austin, TX:PROED.
Bachanas, P, & Kaslow, N. (2001). Depressive Disorders. New York: Oxford
University Press.
Beck, A. T., Steer, R. A., & Garbin, G. M. (1988). Psychometric properties of the
Beck Depression Inventory: Twenty-five years of evaluation. Clinical Psychology
Review, 8, 77-100.
Beck AT, Steer RA & Brown GK (1996) Manual for the Beck Depression
Inventory-II. San Antonio, TX: Psychological Corporation.
Coopersmith S. (1967).The Antecedents Of Self Esteem .San Francisco. W.H
Freman & Co.
Devito, J. A. (2000). Human Communication: The Basic Course. 8th Edition.
New York. Longman.
Haugaard, J. J. (2001). Problematic behaviors during adolescence. New York:
Mcgraw-Hill Companies, Inc.
Hurlock, E.B (1974).Personality Development.New York: Mc Graw-Hill
Iran Herman. (2007). Statistik dan analisis data sains sosial. Alor Star, Kedah.
Penerbitan Ustara:

14

Iran Herman. (2009). Kursus Kemahiran Alat Ukur Psikologi. Modul Ujian dan
Pengukuran Psikologi untuk Pegawai Jabatan Penjara Malaysia. Malaysia: UKM.
Kauffman,J. (2001).Characteristics of emotional and behavioral disorders of
children and youth.Englewood Cliffs,NJ: Merill Prentice-Hall.
Khaidzir dan Ong L,L.(2007).Hubungan antara psikopathi,psikopatologi dan estim
kendiri dalam kalangan remaja perempuan.Jurnal e Bangi 2, 2 ISSN:1823-884x.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W.1970. Determining Sample Size for Research
Activities. Educational and Psychological Measurement. 30: 608.
Maniam T.(2010). Hidup Atau Mati: Masalah bunuh diri di Malaysia. ISBN 978967-942-960-2. 3 Disember 2010.
Maniam T. (1985) Suicide and Parasuicide in Cameron Highlands-Demographic
Aspects of Cases from October 1973 And September 1984. Disertasi memenuhi
sebahagian keperluan Untuk Ijazah Sarjana Perubatan Psikologi, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Rosenberg, M. (1979). Conceiving the Self. New York: Basic Books.
Rosenberg, M. & Schooler, C. 1989. Self-esteem and adolescent problems:
modeling reciprocal effects. American Sociological Review, 54: 1004-1018.
Satir, V. (1988). The new people making. Mountain View, California: Science and
Behavior Books, Inc.
See Ching Mey dan Lee Siew Siew (2005). Kemurungan di kalangan pelajar:
satu kajian kes .Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20, 113129
Saroja, K. (2009). Suicidal Ideations in Malaysians. Kertas Kerja Persidangan XII
Internatinal Federation of Psychiatric Epidemiology Internatinal Congress, April
16-19, Vienna.
Wicks-Nelson, R., & Israel, A.C (2003). Behavior disorders of childhood (ed.ke5).Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Wan Zainab Wan Othman. (1990). Kemurungan Di Kalangan Kanak-Kanak Dan
Kesannya Ke Atas Penghargaan Kendiri Dan Pencapaian Akademik. Latihan
Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yahya Mahmood dan Tan Joo Peng dalam Rohany Nasir. (2006). Kesejahteraan
Manusia Perspektif Psikologi dalam: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bangi, Selangor

15

Blascovich
dan
Tomaka,
(1993)
dan
(1986).http://www.bsos.umd.edu/socy/research/rosenberg.htm)

Rosenberg,

Anda mungkin juga menyukai