Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENUTUP &


MAJLIS TADARUS AL-QURAN
PERINGKAT NEGERI

TEKS

TINDAK
AN
PARA TETAMU MENGAMBIL TEMPAT
MAKLUMAN AWAL

MC

Para hadirin sekalian.


Makluman kepada semua peserta Majlis Tadarus Al-Quran.
Sekiranya anda diumumkan sebagai pemenang, untuk mengambil
hadiah di atas pentas, sila gunakan tangga sebelah kanan pentas
dan turun di sebelah kiri pentas.
Manakala untuk Johan, mohon ada seorang pengiring yang ikut
bersama pemenang naik ke atas pentas membantu membawa
piala yang akan disampaikan.

MC

Para hadirin sekalian.


Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya para
hadirin dapat
mengambil tempat masing-masing.
Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan

serta hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau


tukarkan ke mod senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak
mengganggu majlis.
Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih.

SETELAH DIBERI ISYARA


UCAPAN PENGUMUMAN

MC

Diumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin


Abdul Jabar,
Pengarah Pelajaran Perak dan Dif-dif Jemputan.

PERARAKAN MASUK PERASMI & VIP


SETELAH PERASMI DAN VIP DUDUK

MC

MC

Hadirin dipersilakan duduk.

Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Jabar


Pengarah Pelajaran
Yang Berusaha Ustaz Wan Ramdzan bin Wan Mamat
Ketua Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
Yang Berusaha Dr. Ahmad Damanhuri bin Ibrahim
Pegawai Pelajaran Daerah
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Swasta Malaysia
Peringkat Negeri
Berusaha En. Abdul Rahim bin Ismail
Pengetua Sekolah Menengah Teknik
Selaku Tuan Rumah
Yang Berusaha En. Rosli bin Hashim
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
Ketua-ketua Sektor
Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran
dan Pejabat Pelajaran Daerah
Pengetua-pengetua
Guru-guru Besar
Jawatankuasa Pengelola
Guru-guru Pengiring
Ibu bapa
Para Peserta

dan seterusnya
Tuan-tuan & Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian.
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka kata.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa
kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana
dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam
Majlis Penutup Majlis Tadarus Al- Quran Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M
bersamaan 1430H ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran
Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abd Jabar, Pengarah
Pelajaran Perak kerana sudi hadir merasmikan Majlis Penutup
Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia Peringkat 2009M bersamaan 1430H pada tengah hari
ini.

Dengan tema kali ini iaitu Al-Quran Pemangkin Modal Insan


Cemerlang, semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa
kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya
mengangkat martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan

petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia


dan akhirat.
Sedari malam tadi hinggalah sebentar tadi 5 acara iaitu Tilawah
Al-Quran, Tahfiz Al-Quran, Syarahan Agama, Bercerita Kisah Dari
Al-Quran dan Kuiz Agama yang melibatkan 160 orang peserta
mewakili setiap daerah telah dipertandingkan dalam Majlis
Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
Peringkat Negeri Perak kali ini.

MC

Al-Quran diturun sebagai penyuluh,


Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat,
Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.
Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan Tuan Haji
Zamri bin
Zakaria untuk memimpin bacaan doa.

SHAHZATUL

Anda mungkin juga menyukai