Anda di halaman 1dari 3

CONTOH PENDAHULUAN DAN PENUTUP KARANGAN YANG MENARIK.

(Untuk penutup gunakan : Sebagai menggulung segala yang dibincangkan, Akhir kalam,
Kesimpulannya, Tuntasnya, Intihanya dan Konklusinya )
Soalan Contoh 1
Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang
berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda,
mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?
Perenggan Pendahuluan Contoh 1
Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana
melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. Keadaan ini
membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti
api di dalam sekam. Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada
integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup
kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak
dan maruah dirinya. Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala
rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan. Hal ini
perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik
daripada mengubati sesuatu penyakit.
Perenggan Penutup Contoh 1
Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan
kerjasama anggota masyarakat. (Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah mengadakan
kempen secara besar-besaran tentang keburukan dan kesan rasuah kepada masyarakat.
(Huraian Apa yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana, jika masalah rasuah tidak
diatasi sudah tentu perkara ini akan merosakkan jentera pentadbiran negara.(Huraian
Apa kesannya) Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat
ditangani dengan berkesan sebelum menjadi lebih serius. (Peribahasa) Sekiranya hal ini
dapat direalisasikan, sudah pastilah masyarakat dan negara kita akan bebas daripada
belenggu rasuah. (Kepentingan)
Soalan Contoh 2
Bincangkan usaha-usaha bagi membudayakan Program Kitar Semula dalam
kalangan rakyat. Bahagian A)
Perenggan Pendahuluan Contoh 2
Darsawarsa, dalam menempuh arus modenisasi yang menerjah watan tanpa diundang,
pencemaran alam sekitar makin, menjadi parah barah serta duri dalam daging watan.

Pelbagai anjakan paradigma telah digarap dan dicanang bagi membendung kemelut ini
temasuklah yang hangat meniti dari bibir ke bibir masyarakat; Program Kitar Semula .
Persoalan yang menjadi tanda tanya ialah apakah strategi- strategi yang wajar diorak dan
digarap bagi membudaya Program Kitar Semula dalam kalangan masyarakat 1
Malaysia ?
Perenggan Penutup Contoh 2
Intihanya, semua pihak perlu bekerjasama membentuk sinergi bak aur dan tebing serta
persis isi dan kuku dalam usaha membudayakan Program Kitar Semula kerana bulat air
kerana pembentung, bulat masyrakat kerana muafakat . Selanjutnya Malaysia mampu
dijulang sebagai negara model bukan sahaja dari aspek pembangunan fizikal malahan
akhlak rakyat pertiwi kerana terbangnya belon bukan kerana merah, biru dan kuning
warnanya tetapi kerana kandungan gasnya selaras dengan hasrat dan aspirasi negara
untuk bersukat sama paras, bertimbang sama berat dengan negara- negara maju yang lain.
ISU: SEJARAH TANAH AIR
Contoh Pendahuluan
Marcapada, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan
teknologi, warga watan makin hari makin menyisihkan sejarah tanah air dari sinonim
kehidupan mereka. Seandainya ditanya remaja remaja masa kini mengenai cita- citanya,
jawapan yang lazim sudah terang lagi bersuluh lazimnya menjurus ke arah bidang sains
dan teknologi seolah- olah dunia ini didirikan hanya bergantung pada tiang seri sains
sahaja. Kemudian, jikalau ditanya sekali lagi ditanya sekali lagi subjek yang paling
kurang diminati pelajar agak- agaknya Sejarah yang menjadi pilihan perdana. Berat mata
memandang, berat lagi bahu memikulnya. Begitulah ungkapan yang sesuai bagi
menggambarkan perasaan Sejarawan kita yang dikatakan ketandusan tulang empat kerat
belia muda yang berperanan menjadi pelapis buat persediaan mendepani cabaran masa
hadapan. Persoalannya, apakah manfaat- manfaat memahami sejarah tanah air?
Contoh Penutup
Sebagai menggulung segala yang telah dibicarakan, sejarah tanah air sememangnya tidak
dapat disangkal membawa seribu satu kemashalatan sekiranya difahami dan dihayati
serta diimplementasikan dalam kehidupan. Seorang sejarawan Barat ada berkata bahawa
sejarah pasti akan berulang sekiranya sejarah luput di ingatan. Lantas, sebelum nasi
menjadi bubur semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing agar sejarah
tanah air terus lestari dan difahami. Maka, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang lain dapat dijana dan
direalisasi sejajar dengan Wawasan 2020 dalam konteks pembentukan generasi madani
yang besahsiah murni.
ISU: GEJALA SOSIAL

Contoh Pendahuluan
Mutakhir ini, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan
teknologi, watan mendepani kepincangan yang lazimnya remaja lebih cenderung iaitu
gejala sosial. Dalam milenium ini, tatkala tanah air kita rancak menari mengikut rentak
arus modenisasi dan globalisasi dalam konteks pembangunan fizikal yang diibaratkan
cendawan yang tumbuh selepas hujan, onak dan kekangan, sebagai tamsilan, lumba
haram, kecurian dan seumpamanya lagi makin membarah dan menjadi polemik yang
meniti dari bibir ke bibir masyarakat . Kalau ditanya siapa dalangnya atau dari manakah
akar umbinya masing- masing menunding jari sesama sendiri. Tambahan pula, masalah
yang ruwet ini memberi pelbagai impak. Justeru, satu soalan ingin saya lontarkan ;
apakah strategi-strategi bernas yang perlu diketengahkan di meja bulat serta dilaksanakan
?
Contoh Penutup
Intihanya, potongan kata Tun Mutahir Mohammad, mantan Perdana Menteri kita yang
ke- 4 bahawa rakyat Malaysia mempunyai kemudahan infrasrtuktur kelas pertama tetapi
memiliki minda kelas ketiga sewajarnya kita hayati. Lantas, semua pihak perlu
menjalinkan sinergi bak aur dan tebing, persis isi dan kuku dalam usaha memerangi
gejala sosial yang semakin parah dan barah serta duri dalam daging watan. Ironinya, jika
tiada kata sepakat, tiadanya ukhwah dalam ummah maka runtuhlah harapan yang tinggi
menggunung kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat.
Oleh itu, sekiranya harapan tersebut menjadi realiti dan bukan sekadar ilusi yang
terngiang-ngiang di kotak pemikiran mat jenin, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri
sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang lain mampu digamit
dan direalisasi.

Anda mungkin juga menyukai