Anda di halaman 1dari 9

HURAIAN SECARA RINGKAS MAKSUD ISTILAH-ISTILAH PENYELIDIKAN.

1.0 TEORI

Teori berasal daripada perkataan Yunani iaitu therio yang membawa maksud pemandangan.
Definisi ini membayangkan bahawa, teori berasaskan kepada konsep seseorang yang kemudian
mengemukakannya dalam bentuk suatu pandangan. Teori merupakan kumpulan
konsep/konstruk, batasan,dan proposisi yang menyajikan suatu pandangan sistematis tentang
suatu fenomena/gejala, dengan merinci hubungan-hubungan antarvariabel, dengan tujuan
menjelaskan dan memprediksi fenomena/gejala tersebut.

Dalam beberapa pedoman penulisan karya ilmiah, teori dikaji dalam suatu sebab tersendiri,
dengan istilah-istilah yang berbeza, namun hakikatnya sama-sama mengkaji teori yang
menjelaskan pemboleh ubah yang diteliti, misalnya: kajian teori, tinjauan pustaka, sorotan
literatur, dan sebagainya. Misalnya, teori pemerolehan bahasa.

2.0 KONSEP

Konsep adalah satu gagasan idea (idea yang baru) yang abstrak untuk dijadikan satu dasar dalam
membina atau membuat sesuatu perkara (perbuatan / tindakan). Konsep adalah satu kognitif unit
makna— sebuah idea abstrak atau simbol mental ada kalanya dijelaskan sebagai "unit
pengetahuan," dibina daripada unit lain yang bertindak sebagai ciri-ciri konsep. Sebuah konsep
selalunya dikaitkan dengan perwakilan serupa dalam sesuatu bahasa atau simbologi seperti satu
perkataan.

3.0 HIPOTESIS

Hipotesis merupakan satu tekaan intelek yang cuba menyatakan hubung kait antara dua atau
lebih pemboleh ubah. Hipotesis merupakan jawaban sementara terhadap pertanyaan penelitian.
Dengan demikian ada hubungan antara rumusan masalah dengan hipotesis, kerena rumusan
masalah pada hakikatnya adalah pertanyaan penelitian. Pertanyaan tersebut terjawab pada

1
hipotesis. Jawapan pada hipotesis tersebut ada kerena ada teori atau empiris yang melandasinya,
yang telah dikaji pada kajian teori sebelumnya, atau lebih jelasnya terlihat pada kerangka
konseptual sebelumnya.

Hipotesis dapat dikelompokkan menjadi dua1, antara lain:

1. Hipotesis substansial (substantive hypothesis)


Hipotesis substansial adalah hipotesis yang mengandung pernyataan mengenai relasi antara dua
variabel atau lebih sesuai dengan teori. Contohnya: Ada hubungan kualitas produk dengan minat
konsumen. Contoh lainnya: Ada perbedaan minat konsumen daerah kota dan desa.

2. Hipotesis statistik
Hipotesis substansial tidak dapat diuji, agar dapat diuji harus terlebih dahulu diterjemahkan
menjadi term-term operasional atau term-terms statistik yang disebut dengan hipotesis statistik,
yang terbagi menjadi 2, iaitu:
a. Hipotesis Nol (H0): menyatakan tidak adanya hubungan, atau tidak adanya pengaruh,
atau tidak adanya perbedaan. Contohnya: H0:r¹0 (tidak ada hubungan kualitas produk dengan
minat konsumen). Contoh lainnya:H0:m1¹m2 (tidak ada perbedaan minat konsumen daerah kota
dan desa).
b. Hipotesis Alternatif (H1): menyatakan adanya hubungan, atau adanya pengaruh, atau
adanya perbedaan. Contohnya: H1:r=0 (ada hubungan kualitas produk dengan minat konsumen).
Contoh lainnya: H1:m1=m2 (ada perbedaan minat konsumen daerah kota dan desa).

4.0 DATA

Data (bentuk jamak dari datum) yang berasal dari bahasa Latin bererti "sesuatu yang diberikan".
Dalam penggunaan sehari-hari data bermakna suatu pernyataan atau maklumat yang diterima
secara apa adanya. Pernyataan ini adalah hasil pengukuran atau pengamatan suatu pemboleh
ubah yang dapat berupa angka, perkataan atau imej.

2
Secara amnya, data- data yang dikumpulkan untuk menjalankan kajian penyelidikan terdiri
daripada dua jenis data iaitu, data primari dan data sekunder. Setiap jenis data yang
dikumpulkan mempunyai kegunaan masing- masing setelah ia dianalisiskan.

Data primari adalah data yang bersumber dari hasil pengumpulan data mentahnya yang
dilakukan oleh peneliti sendiri. Dengan kata lain, data primary adalah data yang diambil secara
langsung dari objek/objek penelitian oleh peneliti perseorangan atau pun organisasi. Misalnya,
data yang dikumpulkan dengan cara, wawancara, borang soal selidik atau tinjauan.

Data sekunder adalah data yang bersumber dari hasil pengumpulan data mentahnya yang
dilakukan oleh orang lain. Peneliti hanya tinggal mengambil data tersebut dan langsung dapat
dianalisis dalam penelitiannya. Dengan perkataan lain, data sekunder adalah data yang diperoleh
tidak secara langsung dari objek penelitian. Peneliti mendapat data yang sudah jadi dikumpulkan
oleh pihak lain dengan pelbagai cara sama ada secara komersial atau bukan komersial. Misalnya
data dokumen, seperti jumlah penjualan. Laporan keuangan, dan sebagainya. Tentunya data-data
tersebut yang mengumpulkannya data mentahnya adalah pihak perusahaan, bukan si peneliti. Si
Peneliti hanya tinggal mengambil data yang sudah ada tersebut.

Data kuantitatif adalah data yang dipaparkan dalam bentuk angka-angka. Misalnya, jumlah
pembeli semasa perayaan Tahun Baru Cina, tinggi badan murid dan lain-lain.

Data kualitatif adalah data yang disajikan dalam bentuk kata-kata yang mengandungi makna.
Contohnya seperti persepsi consumer terhadap botol air minuman dalam botol plastik, anggapan
para ahli bahasa terhadap bahasa rojak dan lain-lain.

5.0 KAJIAN LUAR

Kajian luar ialah kajian lapangan, iaitu kajian di luar makmal penyelidikan. Ia mendekatkan
pengkaji kepada fenomena fizikal tempatan dan menimbulkan kesedaran kepada pengkaji
tentang bagaimana fenomena fizikal tersebut mempengaruhi aktiviti serta tindakan manusia di
tempat tersebut. Selain itu, pengkaji dapat mengumpulkan data yang lebih tepat dalam sesuatu

3
kajian yang dijalankan. Misalnya, pengkaji membuat kajian luar tentang penggunaan plastik
dengan membuat temuramah dan mengedarkan borang kaji selidik di sekitar tempat yang dikaji.

6.0 PENDEKATAN INDUKTIF

Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum. Pendekatan induktif


melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat
generalisasi atau kesimpulannya. Misalnya, pada permulaan pengajaran, guru akan memberikan
beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan pada
contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan
mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat
generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.

Jenis pendekatan induktif


1.. Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari siri
segitiga yang sama daripada pelbagai segitiga.
2. Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti
daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.
3. Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu misalnya, mendapat
hukum tatabahasa daripada membuat analisa terhadap struktur ayat-ayat bahasa.
4. Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhati tingkah laku
manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.

Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara induktif


1. Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru harus
menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan oleh murid
membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan untuk
membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.
2. Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan
dengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk
mendapat kesimpulan diri sendiri.

4
3. Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang
sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenalpasti.
4. Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.
5. Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid juga
digalakkan memberi contoh-contoh yang serupa.
6. Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan
yang berkenaan.
7. Kaedah ini haruslah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik
kepada umum.

7.0 PENDEKATAN DEDUKTIF

Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada
spesifik. Ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan yang bermula daripada suatu atau beberapa
rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diIkuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh
yang dikhususkan. Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau
generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui.

Misalnya, kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang


kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang komprehensif dan
pengetahuan yang lengkap serta berupaya memilih rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan
yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikannya dalam contoh-contoh yang khusus.

Pendekatan deduktif banyak digunakan untuk menyelesaikan masalah. Contohnya, setelah murid
mempelajari imbuhan “ber” mereka disuruh membuat beberapa ayat dengan menggunakan
imbuhan “ber”.

Boleh juga digunakan untuk membuat generalisasi baru. Contohnya, setelah murid mempelajari
rumus luas segiempat tepat, mereka dibimbing menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus
luas segitiga bersudut tegak.

5
Selain itu, boleh digunakan untuk membuat hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah
dipelajari. Contohnya, setelah murid mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis
lurus mereka dibimbing menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah tig a sudut
dalam sebuah segitiga.

Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara deduktif


1. Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu.
2. Mengingat kembali rumus, generalisasi, prinsip, teorem atau teori agar membolehkan
penyelesaian masalah atau hipotesis yang telah didedahkan.
3. Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau
membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan secara mendalam.
4. Penggunaan pendekatan deduktif haruslah dilaksanakan mengikut prosedur dengan tepat.
5. Proses menyelesaikan masalah atau untuk membuktikan hipotesis tidak terhad kepada
menggunakan satu generalisasi, prinsip, rumus,hukum atau teori yang telah dipelajari.

8.0 ANALISIS DESKRIPTIF

Analisis deskriptif adalah analisis di mana kesimpulan yang diperoleh hanya diperlakukan pada
data tersebut, tanpa melakukan generalisasi pada ruang lingkup data yang lebih luas. Contoh,
analisis deskriptif digunakan untuk mengambarkan perkembangan karakteristik ekonomi dan
social tertentu dari daerah/perusahaan X. Beberapa perkara sosial dan ekonomi yang perlu
dideskripsikan misalnya, kepantasan pertumbuhan ekonomi, pertumbuhan penduduk, gambaran
sektor pendidikan dan kesihatan dan sebagainya.

Analisis deskriptif menggunakan kaedah berangka dan grafik untuk menentukan corak set data,
meringkaskan maklumat daripada set data dan mempersembahkan maklumat yang dikumpul
daripada sampel dalam bentuk yang menarik. Oleh kerana pemerihalannya terhad kepada sampel
sahaja ia tidak digunakan untuk tujuan membuat kesimpulan dan generalisasi menyeluruh
kepada populasi yang dikaji.

6
9.0 ANALISIS INFERENSI

Analisis inferensi adalah prosedur-prosedur untuk membuat generalisasi mengenai populasi yang
dikaji berdasarkan maklumat daripada sampel yang diambil dari populasi. Pengujian hipotesis
merupakan kaedah yang paling berkesan untuk membuat kesimpulan mengenai suatu populasi
yang dikaji berpandukan keputusan yang didapati dari sampel.

Analisis ini penting untuk menguji adakah perbezaan wujud di antara data dalam sampel dan
populasi atau berbeza secara kebetulan sahaja.

10.0 PEMBOLEH UBAH

Pemboleh ubah (variables) adalah satu bahan yang berlainan bentuk. Ia adalah simbol bagi
pernomboran atau nilai yang dinyatakan e.g jantina, pendapatan, kelas sosial dan sebagainya.
Pembolehubah yang di wakili oleh X boleh dimasukkan sebagao sebarang nilai set e.g. dalam
kes kepandaian kita memberi nilai sebagai contoh rendah hingga tinggi atau 50 hingga 100.
Pembolehubah juga boleh mempunyai hanya dua nilai seperti jantina (lelaki, perempuan).

Dua kategori pembolehubah ialah pembolehubah bebas (independent variable) dan


pembolehubah berkait (dependent variable). Contoh, pembolehubah bebas terdiri daripada
aspek-aspek profil responden iaitu jantina, aliran pengajian dan keputusan bahasa Arab
Komunikasi Penilaian Menengah Rendah (PMR). Di samping itu, pembolehubah bebas juga
ialah pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan dengan pembelajaran bahasa iaitu (a) sikap,
(b) motivasi, (c) strategi pembelajaran pelajar, (d) pendekatan pengajaran guru dari persepsi
pelajar, (e) pendedahan luaran dan persekitaran bahasa Arab di sekolah, masalah kekurangan
kosa kata serta bentuk-bentuk strategi komunikasi yang digunakan pelajar ketika berkomunikasi.

Manakala pembolehubah berkait (dependent variable) ialah skor tahap kompetensi komunikatif
bahasa Arab pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang
diperolehi melalui ujian kompetensi lisan yang dijalankan terhadap setiap subjek.

7
11.0 LITERATUR REVIEW (LR) / SOROTAN LITERATUR

Tinjauan literatur (LR) merupakan satu kompenan yang sangat penting dalam menentukan
halatuju kajian. Mengikut Chuan Yan Piaw (2006) LR didefinisikan sebagai rujukan secara
kritikal dan sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan
kaedah memperolehi maklumat, yang berkaitan dengan tajuk kajian yang akan dilaksanakan.
Tujuan utama LR ini ialah meletakkan kajian yang akan dijalankan pada perspektif saintifik dan
membantu pengkaji untuk menghubungkaitkan kajian dengan badan pengetahuan (Body of
Knowledge). 

Dengan LR ini, ia dapat mengelakkan pengkaji daripada membuat penyalinan iaitu membuat
kajian yang sama dengan kajian lepas tanpa memperbaiki, memperbetulkan atau mengulangi
kesilapan kajian lepas.

Komponen Utama Dalam LR


1. Maklumat mengenai teori
2. Maklumat mengenai reka bentuk kajian
3. Kaedah mengumpul dan analisis data

Memulakan LR
1. Rujuk Perpustakaan
2. Buku-buku ilmiah berkaitan
3. Perkhidmatan antara perpustakaan
4. Perkhidmatan pinjaman antara universiti
5. Program pencarian maklumat (online)
6. Mikrofilem
7. Jurnal penyelidikan
8. Tesis dan disertasi
9. Internet

8
12.0 BIBLIOGRAFI

Bibliografi (dari bahasa Yunani βιβλιογραφία, bibliographia, secara harfiah "penulisan buku"),
dengan kata lain adalah buku akademik seperti fizik, benda-benda budaya, dalam pengertian ini,
juga dikenali sebagai bibliology (dari bahasa Yunani-λογία,-logia) .

Secara keseluruhan, bibliografi tidak peduli dengan isi buku-buku sastera, melainkan lebih
kepada "bookness" buku. Sebuah bibliografi, hasil dari penggunaan bibliografi, adalah daftar
sistematik buku dan karya-karya lain seperti artikel dan jurnal. Bibliografi berkisar dari "karya
dikutip" daftar di akhir buku dan artikel untuk menyelesaikan, publikasi tersendiri. Sebagai
karya-karya yang terpisah, mereka mungkin dalam jumlah terikat seperti yang ditunjukkan di
sebelah kanan. Sebuah katalog perpustakaan, meskipun tidak disebut sebagai bibliografi, adalah
bibliografis di alam. Bibliografi karya-karya hampir selalu dianggap sebagai sumber tersiar.

Bibliografi karya berbeda dalam jumlah detail tergantung pada tujuan, dan secara umum dapat
dibagi menjadi dua kategori: enumerative bibliografi (juga disebut compilative, referensi atau
sistematis), yang menghasilkan sebuah gambaran mengenai publikasi dalam kategori tertentu,
dan analitis, atau kritis, bibliografi, yang mempelajari produksi buku. Di masa lalu, bibliografi
sebagian besar fokus pada buku. Sekarang, kedua kategori mencakupi bibliografi karya-karya
tersebut dalam format lain, termasuk rakaman, filem dan video, objek grafik, database, CD-ROM
dan website.

Anda mungkin juga menyukai