Kuala Berang
EMOSI REMAJA
Disediakan oleh:
Disediakan untuk:
Tarikh Hantar
22 September 2010
Emosi Remaja
Pengertian Remaja
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai
perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa.
Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan
sentiasa "bermasalah".
Emosi adalah warna afektif yang kuat dan disertai oleh perubahan-perubahan pada
fizikal. Pada saat terjadi emosi sering kali terjadi perubahan-perubahan pada fizikal
antara lain:
Ciri-ciri Emosi Remaja
Masa remaja secara tradisional dianggap sebagai tempoh "badai dan tekanan",
dimana pada masa itu emosi meninggi sebagai akibat dari perubahan fizikal dan
kalenjar. Namun tidak semua remaja menjalani masa badai dan tekanan, namun
benar juga bila sebahagian besar remaja mengalami ketidakstabilan dari masa ke
masa sebagai usaha penyesuaian diri terhadap pola perilaku baru dan harapan sosial
baru.
Pola emosi masa remaja sama dengan pola emosi zaman kanak-kanak. Jenis yang
secara normal dialami adalah: cinta atau kasih sayang, gembira, amarah, takut,
sedih dan lain-lain lagi. Perbezaannya terletak pada jenis dan keadaan rangsangan
yang membangkitkan emosinya dan khususnya pola pengendalian yang dilakukan
individu terhadap ungkapan emosi mereka.
Biehler (1972) membahagikan ciri-ciri emosional remaja menjadi dua julat usia, iaitu
usia 12-15 tahun dan usia 15-18 tahun.
Para remaja semasa kanak-kanak, mereka diberitahu atau diajarkan untuk tidak
menunjukan perasaan-perasaannya, entah perasaan takut ataupun sedih.Akhirnya
seringkali mereka takut dan ingin menangis tetapi tidak berani menunjukan
perasaan tersebut secara terang-terangan. Keadaan-keadaan kehidupan atau
kulturlah yang menyebabkan mereka merasa perlu menyembunyikan perasaan-
perasaannya. Tidak hanya perasaan-perasaannya terhadap orang lain saja, namun
pada darjat tertentu, bahkan ia boleh kerugian atau tidak merasakan lagi.
Perbezaan itu sebahagian disebabkan oleh keadaan fizikal anak pada saat itu dan
taraf kemampuan intelektualnya. Anak yang sihat cenderung kurang emosional
dibandingkan dengan anak yang kurang sihat. Jika dilihat sebagai ahli suatu
kumpulan, anak-anak yang pandai bertindak balas lebih emosional terhadap
berbagai macam rangsangan dibandingkan dengan anak yang kurang pandai
bertindak balas. Tetapi sebaliknya mereka lebih boleh mampu mengendalikan emosi.
Dalam sebuah keluarga, anak lelaki lebih sering dan lebih kuat mengekspresikan
emosi yang sesuai dengan jenis kelamin mereka. Rasa cemburu dan marah lebih
umum terdapat di kalangan keluarga besar, sedangkan rasa iri lebih umum terdapat
di kalangan keluarga kecil. Rasa cemburu dan letupan kemarahan lebih umum dan
lebih kuat di kalangan anak pertama dibandingkan dengan anak yang lahir kemudian
dalam keluarga yang sama.
Cara mendidik yang luas mendorong perkembangan emosi kecemasan dan takut,
sedangkan cara mendidik yang permisif atau demokratik mendorong berkembangnya
semangat dan rasa kasih sayang. Anak-anak dari keluarga yang berstatus sosial
ekonomi rendah cenderung lebih mengembangkan rasa takut dan cemas berbanding
dengan anak-anak yang berasal dari keluarga yang berstatus sosial ekonomi tinggi.
Seorang pelajar tidak senang kepada gurunya bukan kerana peribadi guru, tetapi
boleh juga disebabkan sesuatu yang terjadi pada saat berhubung dengan situasi
kelas. Penderitaan emosional dan tekanan mempengaruhi keberkesanan belajar.
Anak sekolah akan belajar berkesan apabila ia termotivasi, kerana ia perlu belajar.
Setelah hal ini ada pada dirinya, selanjutnya ia akan mengembangkan usahanya
untuk dapat menguasai bahan yang ia pelajari.
Reaksi setiap pelajar tidak sama, oleh kerana itu rangsangan untuk belajar yang
diberikan harus berbeza-beza dan disesuaikan dengan keadaan anak. Dengan
begitu, rangsangan-rangsangan yang menghasilkan perasaan yang tidak
menyenangkan akan mempengaruhi hasil belajar dan demikian pula rangsangan
yang menghasilkan perasaan yang menyenangkan akan mempermudah siswa dalam
belajar.
Rujukan:
-http://de-kill.blogspot.com/2009/01/gejolak-emosi-remaja.html
- Sarwono, Sarlito W. 1991. Psikologi Remaja. Kuala Lumpur: Rajawali Press
- Gunarsa, Singgih. 1990. Dasar & Teori Perkembangan Anak. Kuala Lumpur: PT BPK Gunung mulia
Lampiran