Anda di halaman 1dari 30

Tujuh Posmen Ditahan Dalam Kes Pintasan Kad Kredit KUALA LUMPUR: Polis menahan 13 individu termasuk tujuh

orang posmen dan seorang pembantu am Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pintasan dan pemalsuan kad kredit membabitkan kerugian hampir RM1 juta.

Kesemua mereka yang berumur lingkungan 25 dan 40 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis Cheras, secara berasingan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang, dari 1 hingga 9 April lepas.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata selain pekerja Pos Malaysia dan JPN, lima lagi yang ditahan adalah penganggur yang terdiri dari dua lelaki dan tiga wanita.

"Kesemua mereka ini disyaki terlibat dalam kegiatan ini sejak 2009.Tangkapan pertama telah dibuat pada 1 April lepas, apabila seorang lelaki berumur 37 tahun ditahan di Pejabat Pos Taman Shamelin, Cheras," katanya.

Amar Singh berkata lelaki itu ditahan kerana cuba mengambil bungkusan yang mengandungi kad kredit yang didaftarkan atas nama seorang wanita.

"Pejabat Pos telah menghubungi wanita itu yang menafikan dia telah mendapat kad kredit yang dipohonnya.

"Pemeriksaan mendapati, suspek turut menggunakan kad pengenalan palsu atas nama pelanggan (wanita) itu bagi menuntut bungkusan kad kredit berkenaan," katanya.

Bertindak atas maklumat itu, polis kemudian menahan lelaki terbabit dan pemeriksaan ke atasnya, polis menemui 10 keping kad kredit pelbagai bank yang dipercayai palsu.

"Sindiket itu akan menggunakan posmen bagi memintas kad kredit mangsa dan posmen terbabit akan dibayar upah antara RM50 sehingga RM100 bagi satu kad kredit yang berjaya dipintas," kata Amar Singh.

Beliau berkata sindiket itu kemudian akan mengeluarkan cip yang ada pada kad kredit asal dan meletakkan pada kad kredit lain.

"Seterusnya kad kredit asal akan ditampal dengan cip yang palsu sebelum kad kredit itu dipulangkan semula kepada pemilik secara pos.

"Suspek yang bekerja di JPN pula akan mengesahkan identiti sebenar pemilik kad kredit itu sebelum kad itu disahkan dan seterusnya dapat digunakan kumpulan terbabit," katanya.

Susulan penahanan kesemua suspek itu, polis turut berjaya merampas sebuah kereta, 19 telefon bimbit dan 11 sampul surat yang mengandungi kad kredit. -BERNAMA

Lagi Berita Jenayah Headlines Usahawan Beras Maut Ditembak Depan Rumah Enam Pegawai Polis Ditahan Kerana Edar Dadah Pemerdagangan Orang: Dua Warga Filipina Dipenjara Dan Didenda Go Kembali

Salam 1Malaysia, First & foremost Y. Bhg. Datuk Seri, Selamat Hari Raya Aidilfitri.Dewasa kini, berita mengenai langkah Kerajaan untuk menyatupadu dan mengeratkan rakyat Malaysia kian banyak kedengaran melalui kaca televisyen dan corong radio.Artikel dalam akhbar dan majalah tempatan juga tidak kurang hebatnya. Tetapi pada masa yang sama, ketidaklancaran perhubungan antara kaum berlaku jua. Saban hari di dada-dada akhbar ada saja isu perkauman yang dipaparkan yang membabitkan semua lapisan masyarakat.Dalam usaha untuk mengharungi arus globalisasi serta mencapai tahap minda kelas pertama disamping sasaran untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, kita harus memperkasa keeratan serta perpaduan di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum.Justeru, plural society yang kita miliki ini haruslah bergerak seiring bagai aur dengan tebing sebagai satu tenaga yang menjurus ke arah wawasan 2020.Oleh itu, sinergi daripada semua pihak berganding bahu melakukan usahausaha yang proaktif dan efektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat Malaysia. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagi memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia? Media elektronik, khususnya radio merupakan antara media yang paling efektif dewasa kini untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat. Pada pendapat saya, jika satu saluran radio khas, mungkin dengan nama saluran 1Malaysia (atau nama lain), informasi tentang perpaduan dapat disebarkan dengan lebih berkesan. Lagu-lagu yang harus dimainkan menerusi saluran tersebut harus meliputi semua bahasa. DJ ataupun juruhebahnya harus terdiri daripada pelbagai bangsa dan lagu lagu yang dimainkan haruslah terdiri daripada pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban, Bahasa Sarawak dan sebagainya. Walau bagaimanapun saya cadangkan bahasa yang digunakan oleh juruhebah haruslah merupakan bahasa kebangsaan kita.Informasi yang disebarkan harus meliputi semua lapisan masyarakat dan bangsa. Dengan ini, masyarakat kita akan lebih mengenali bahasa dan budaya masyarakat yang hidup bersama selama lebih daripada 53 tahun. Walau pun sudah lebih daripada 53 tahun hidup bersama, tetapi kalau kita lihat secara keseluruhan; berapakah bilangan orang melayu yang boleh bertutur dalam bahasa tamil dan cina? berapakah bilangan orang india yang boleh bertutur dalam bahasa cina dan bahasa Sarawak? berapakah bilangan orang Cina yang boleh bertutur dalam bahasa tamil dan bahasa Iban? Tidak semestinya rakyat kita dapat bertutur 100% bahasa lain tetapi cukup sekadar dapat berkomunikasi supaya peratus pemahaman terhadap budaya lain dapat ditingkatkan. Seterusnya, pendapat atau cadangan saya yang kedua adalah supaya bahasa cina, tamil, iban, sarawak dan sebagainya diwajibkan (sekurang-kurangnya 1 bahasa asing selain daripada bahasa melayu dan inggeris). Pada pendapat saya, dalam sesuatu budaya itu lebih mudah dipelajari melaui bahasanya dan dalam jangka panjang iaitu dalam masa 20 tahun akan

datang kita dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang faham akan bahasa dan budaya lain di dalam negara sendiri. Idea yang saya luahkan ini sangat mentah dan memerlukan perbincangan dan pelan pelaksanaan yang tersusun dan mungkin juga terdapat banyak kekangan dan halangan. Namun saya harap lebih banyak perkara atau inisiatif baru akan diambil untuk mewujudkan atau melahirkan Malaysia yang lebih bersatu padu bukan sahaja di atas kertas tetapi juga dalam sanubari setiap warga Malaysia. Jikalau kata-kata saya mengguris perasaan manamana pihak, harap dapat maaafkan saya.... Salam 1Malaysia... Siralan

CABARAN MENDIDIK DAN MENDISIPLIN PELAJAR ALAF 21 byEducation platform on Monday, 21 June 2010 at 02:36 Cuba kita renungi baris-baris akhir sebuah sajak yang cukup terkenal yang berbunyi; Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa Segalanya dimulakan oleh seorang guru Biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca Sajak ini tentunya sudah biasa kita baca malah sering dideklamasikan setiap kali Sambutan Hari Guru diadakan pada 16 Mei setiap tahun. Sajak yang dihasilkan oleh Allahyarham Datuk Usman Awang, pasti membuatkan setiap insan yang bergelar guru terasa dihargai. Namun apakah perasaan guru apabila membaca baris-baris terakhir sajak yang diambil daripada artikel Pejuang dan Pengisi Kemerdekaan yang ditulis oleh Mohd Yusri Ibrahim ( Majalah Ehwal Pendidikan, Ogos 2007) yang berbunyi; Jika hari ini siapa saja perosak bangsa; Bermula dengan kegagalan guru kita Cuai mengasuh generasi muda

Penulis yakin sajak ini bisa menguris hati seorang guru. Kalaupun tidak terpalit luka mungkin wujud juga sedikit rasa tersinggung mahupun kecewa lantaran dikatakan gurulah menjadi punca kepada kemunculan perosak bangsa.Namun itulah realitinya kehidupan hari ini.Kalau dulu guru merupakan individu atau kumpulan kecil

masyarakat yang amat dihormati, situasi kini jauh berbeza.Kalau dulu, ramai yang mengakui bahawa dewasanya seseorang itu adalah dimulakan oleh seorang guru biasa, namun kini masyarakat lebih mudah menyalahkan para guru apabila hasil didikan tidak menjadi. Dr Novandri Hasan Basri dalam tulisannya Buli Dan Masalah Sosial Pelajar : Satu Penyelesaian menyatakan bahawa dahulu masyarakat memandang tinggi terhadap guru-guru sekolah. Guru-guru ketika itu dianggap sangat istimewa kerana mereka mempunyai ilmu yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ketika itu, ilmu pelajaran adalah hak eksklusif guru-guru. Segala teknik pengajaran, buah fikiran guru-guru ataupun cara mereka menghukum pelajar-pelajar diterima baik oleh ibubapa. Mereka percaya bahawa guru-guru melakukannya supaya anak-anak mereka akan menjadi lebih pandai. Secara tidak langsung, pengiktirafan tinggi masyarakat ini akan menyebabkan mereka menjadi lebih bersemangat dan bangga menjadi seorang guru. Tegas Dr Novandri lagi, dahulu, kita mempunyai sistem kekeluargaan yang utuh dan berfungsi.Ibu bapa mempunyai masa dan tidak perlu sangat memikirkan soal wang.Mereka berjaya bertindak sebagai penyerap kepada permasalahan anakanak mereka samada di rumah mahupun di sekolah. Dalam masa yang sama, sebahagian besar ibubapa tidak berpelajaran, maka dengan itu anak-anak yang berkebolehan untuk belajar di sekolah ketika itu adalah sesuatu yang amat dikagumi dan dibanggakan oleh mereka. Bagi mereka, nilai sekolah rendah dan menengah ini dirasakan amat tinggi dan sangat penting. Dr Novandri Hasan Basri juga menyatakan bahawa bahawa waktu sekarang, hampir semua ibubapa dan masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi.Orang dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem persekolahan tersebut.Hal ini menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang dahulunya hak ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru.Lantaran itu, mereka mengganggap guru-guru di sekolah hanya sebagai objek penyalur ilmu secara formal sahaja (Jun 2003). Yusri Abdul Malek dalam artikelnya Displin Pelajar Bermula di Rumah pula menegaskan pula bahawa pada zaman dulu guru dihormati dan rotan ialah senjata utama mendisiplin pelajar tetapi kini semua itu tidak dianggap relevan lagi.Tegas beliau, kebanyakan ibu bapa yang berkerjaya dan bergaji besar serta berasal dari kampung bagaikan lupa peranan guru yang membantu kejayaan mereka hanya kerana anak mereka dirotan kerana kesalahan disiplin.Sebaliknya, mereka bertindak datang ke sekolah dan menyalahkan guru yang terbabit merotan anaknya.Hal ini sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita.Terlalu banyak campur tangan dan akhirnya guru tiada kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah disiplin tiada noktah. (Harian Metro, 25 Mei 2006) Adakah situasi ini berpunca daripada ibu bapa hilang kepercayaan terhadap guruguru untuk mendidik pelajar-pelajar?Atau ibu bapa sendiri yang terlampau

memanjakan anak?Realiti hari ini pelajar dimewahkan oleh ibu bapa sendiri.Fenomena yang biasa berlaku sekarang ialah para guru menunggu bas manakala murid menunggu pemandu peribadi mereka untuk pulang apabila selesai sesi persekolahan.Tidak kurang yang memandu sendiri ke sekolah dan amat biasa murid memegang telefon bimbit.Kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik menyebabkan hormat mereka terhadap guru berkurangan. Guru sering dipandang rendah dan akibatnya mereka tidak takut untuk melawan guru. Sikap ibu bapa yang menyebelahi anak-anak juga menjadi punca pelajar melawan guru. Berdasarkan bancian oleh laman web utusan.com.my terhadap insiden guru menghukum atau mendenda pelajar-pelajar sekolah kerana kesalahan yang kian mendapat publisiti meluas media, ramai yang mengundi pernyataan Pelajar zaman sekarang terlalu dimanjakan sebagai sebab meningkatnya masalah disiplin di sekolah.. Undian ini merupakan undian tertinggi daripada lima pilihan. Jumlah undi tersebut adalah sebanyak 57.59% daripada 24084 undi ( data sehingga 30/7/2007). Hal ini mengambarkan bahawa ramai dalam kalangan masyarakat mengakui bahawa masalah disiplin berkait rapat dengan tindakan ibu bapa yang terlalu memanjakan anak mereka. Jika diamati, pelajar hari ini yang juga terdiri daripada golongan remaja sering dibabitkan dengan pelbagai jenayah dan salah laku, antaranya pergaduhan dan gengsterisme, merokok, menagih dadah, seks bebas, memusnahkan harta benda awam (vandalisme) dan merompak.Kes yang terbaru ialah sembilan orang pelajar perempuan yang membelasah seorang rakan mereka dan merakam gambar bogel mangsa.Perlakuan sebegini lazimnya tidak disedari oleh ibu bapa kerana kejadian tidak berlaku di hadapan mata mereka.Namun apabila nasi sudah menjadi bubur dan hal ini diketahui oleh ibu bapa pelajar-pelajar terbabit, mereka bertindak merayu bapa mangsa supaya menarik balik laporan polis yang dibuat.Mereka seolah-olah takut anak-anak mereka dihukum sedangkan hukuman wajar dijatuhkan terhadap pelajar-pelajar yang bertindak agresif dan di luar batas kemanusiaan itu. Perkembangan terbaru kes ini ialah kesembilan pelajar ini telah memohon maaf daripada mangsa dan menyatakan penyesalan. Adakah dengan meminta maaf dan menangis, perbuatan yang mereka lakukan mudah dilupakan dan dimaafkan?. Apakah tidak mustahil mereka ini akan mengulangi perbuatan mereka terhadap orang lain? Mungkinkah segala-galanya hanya lakonan dan tindakan kepura-puraan sekadar untuk mengelak dikenakan hukuman yang berat? Apakah yang akan dilakukan oleh ibu bapa pelajar-pelajar terbabit seandainya anak-anak mereka dihukum dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak? Adakah mungkin ibu bapa menganggap bahawa hukuman tersebut adalah tidak adil? Bagaimana pula sekiranya yang menjadi mangsa adalah guru perempuan yang didendami oleh kumpulan pelajar ini yang mungkin cuba mendisiplinkan mereka? Segalanya tidak mustahil berlaku kerana sesuatu yang tidak terduga oleh akal boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar zaman ini. Berita penangkapan kanak-kanak

berumur 12 tahun yang dituduh terlibat dalam kejadian menculik dan merogol wanita berumur 30 tahun berulangkali secara bergilir-gilirmenjadi buktinya ( Buletin 1.30,TV3, 5 Ogos 2007). Tentunya kejadian ini mengejutkan kita dan pasti menerbitkan rasa bimbang di hati para guru akan keselamatan diri. Masakan tidak, pelajar-pelajar zaman ini sudah berani melakukan apa sahaja tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung. Norhayati Md Said dalam tulisannya Kekurangan Guru Lelaki Amat Dirasai yang disiarkan di Berita Minggu , turut mengakui bahawa masalah disiplin ketika ini bukan boleh dibandingkan dengan zaman dulu. Masalah yang menghambat anak zaman sekarang terlalu berat, bermula daripada ponteng, menghisap rokok, samseng, pergaulan bebas lelaki wanita dan pelbagai masalah yang tidak terfikir akal boleh dilakukan anak zaman ini.Inilah cabaran hebat yang perlu ditanggung oleh guru ( Ahad, 29 Julai 2007). Cabaran yang hebat dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar boleh mematahkan semangat guru.Guru sering berada dalam keadaan dilema sama ada mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar atau membiarkannya sahaja. Guru menjadi serba salah kerana bimbangkan keselamatan diri. Kebimbangan guru ada rasionalnya. Guru bimbang sekiranya mereka mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah, mereka akan menghadapi risiko. Pelajar yang nakal ini berkemungkinan membalas dendam dengan cara mencederakan guru atau merosakkan harta benda guru seeprti mencalar kereta guru atau membocorkan tayar kereta guru. Pelajar-pelajar zaman ini berani mengambil tindakan terhadap guru-guru yang cuba mendisiplinkan mereka di sekolah. Buktinya,terdapat banyak kes pelajar melawan guru, mengugut guru , menumbuk guru, malah ada juga pelajar yang memukul guru walaupun hanya berumur 12 tahun. Satu kes pernah dilaporkan oleh akhbar Harian Metro berkaitan seorang murid darjah enam yang membelasah gurunya dengan penyodok sampah pada 18 April 2006 kerana tidak puas hati dengan hukuman guru terbabit terhadapnya berikutan tidak menyiapkan kerja sekolah.Dalam kejadian tersebut , murid itu dimarahi oleh guru dan disuruh menyiapkan kerja rumah sambil berdiri. ( Harian Metro, 26 April 2006) Terdapat juga dua kes dalam tempoh satu bulan yang dilaporkan di Kedah .Kes-kes tersebut membabitkan kes pelajar memukul guru. Kes pertama , seorang guru perempuan di sekolah Menengah Kebangsaan Tokai, Pendang telah ditampar oleh seorang pealjar tingkatan empat kerana menegur disiplin pelajar terbabit di perhimpunan pagi sekolah. Kes kedua pula,melibatkan seorang guru disiplin lelaki sekolah di Lebuhraya Sultranah Bahiyah. Guru tersebut dipercayai cedera di muka dan rusuk akibat tendangan ala kungfu oleh dua orang pelajar.Sebelum kejadian, guru yang berusia 39 tahun itu dikatakan menegur kedua-dua pelajar tingkatan lima yang terbabit yang dipercayai enggan menjalani pemeriksaan dan cuba melarikan diri (Harian Metro, 17 April 2006). Kes yang berlaku di Negeri Sembilan pula melibatkan sembilan pelajar dan bekas

pelajar yang cuba membakar sekolah. Tindakan pelajar-pelajar berkenaan dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati dengan tindakan disiplin yang dikenakan ke atas mereka.( Utusan Malaysia. 23 Mei 2006) Semua itu hanya sebahagian kecil daripada kes-kes yang dilaporkan melibatkan risiko yang terpaksa ditanggung oleh guru kerana cuba mendisiplinkan pelajar.Akibatnya kini, guru sering berada di dalam dilema dalam membuat keputusan yang bersangkut paut dengan disiplin pelajar.Guru tidak mempunyai lagi kuasa veto untuk menghukum pelajar. Andai diteruskan bentuk hukuman yang sama seperti zaman dulu iaitu dengan merotan, pasti akan dipertikaikan biarpun yang melaksanakan hukuman itu guru besar atau guru disiplin sekalipun. Bukan sahaja dibimbangi reaksi negatif pelajar atas hukuman yang dikenakan ke atas mereka tetapi respon daripada ibu bapa sering membatasi guru dalam menjatuhkan hukuman..Terdapat ibu bapa yang lebih sedia menyalahkan guru daripada menerima hakikat bahawa anak mereka bersalah melanggar disiplin sekolah.Mereka tidak percaya anak mereka telah melakukan kesalahan serius di sekolah.Faktor campur tangan ibu bapa turut mendorong ada guru mengambil sikap mendiamkan diri terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin. Kes guru memukul pelajar sering menjadi topik media juga bualan hangat masyarakat. Kejadian guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media massa Pihak ibu bapa hari ini acapkali mencari jalan penyelesaian mudah bagi menangani masalah anak-anak mereka yang dipukul guru. Mereka lebih gemar berpaling kepada media sebagai perunding cara dan jalan penyelesaian segera. Sikap sebegini boleh dianggap tidak rasional dan tidak adil bagi para guru. Dalam beberapa kes guru memukul pelajar, ibu bapa sering menjadikan pihak media sebagai tempat mengadu hal sedangkan jalan terbaik ialah ibu bapa mendapat keterangan dari pihak sekolah terlebih dahulu sebelum mengambil apa jua tindakan. Seandainya ibu bapa cuma mendengar aduan anak mereka, sudah pastilah mereka akan menyalahkan guru yang memukul anak mereka. Keadaan ini pasti sering membawa kepada laporan negatif kerana mengikut perasaan marah dan dendam ibu bapa itu sendiri. Pihak media massa pula sering memperbesar-besarkan isu ini dengan tujuan dapat melariskan jualan mereka. kerana ada sesetengah media massa cuma mengutamakan keuntungan sahaja tanpa mengutamakan kenyataan yang betul. Ada waktunya murid yang dipukul hanya mengalami segaris luka tetapi perkataan sensasi yang sering digunakan ialah cedera. Guru digambarkan sebagai jahat kerana memukul murid sedangkan tidak diberi difokuskan kepada sikap murid terbabit sebagai punca dia dipukul. Kes terbaru ialah kes pelajar mencekik guru. Pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Kota Tinggi yang telah mencekik seorang guru wanita selepas dimarahi, telahpun dikenakan hukuman buang sekolah. Bapa pelajar tersebut

berasa kecewa dengan hukuman yang dikenakan ke atas anaknya yang disifatnya tidak wajar kerana anaknya tidak berpeluang untuk membela diri bagi menceritakan hal sebenar.Bapa pelajar itu menuntut agar pihak PPD menyiasat dengan terperinci dan tidak menyalahkan satu pihak. (Metro Ahad,29 Julai 2007) Saranan bapa pelajar itu supaya anaknya dan guru terbabit dipanggil untuk diberi keterangan memang ada asasnya. Malah Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar sudah mengarahkan agar pihak PPD memanggil pelajar, guru yang menjadi mangsa, Persatuan ibu bapa dan Guru (PIBG) selain polis untuk mendapatkan maklumat lanjut dan seterusnya pihak yang terlibat bermuzakarah untk menyelesaikan masalah.( Berita Minggu, Ahad, 29 Julai 2007) Walau bagaimanapun, tindakan bapa pelajar menggunakan media massa sebagai saluran untuk menegakkan keadilan adalah satu tindakan yang tidak wajar.Bapa pelajar itu cuba membuktikan bahawa anaknya tidak bersalah. Dalam kes ini,biarpun tindakan pelajar itu mungkin berpunca daripada kesilapan guru wanita itu yang mungkin terlalu emosi dan menggunakan kaedah hukuman yang boleh dipertikaikan kebolehlaksanaannya namun mengasari guru tetap merupakan satu kesalahan yang serius dan pelajar itu wajar dihukum. Sewajarnya, bapa pelajar itu bertindak bertemu dengan pihak pentadbir sekolah atau pihak PPD untuk berbincang.bukannya mengadu nasib kepada pihak media. Penulis berpendapat bahawa hukuman buang sekolah adalah tindakan yang wajar.Kewajarannya boleh dilihat berdasarkan penjelasan Bekas Ketua Pengarah Pelajaran ,Tan Sri Murad Mohd Nor .Menurutnya, jika pendekatan nasihat dan hukuman gagal, pelajar akan menimbulkan masalah lebih besar di sekolah. Apabila keadaan ini berlaku,lebih baik pelajar terbabit ditarik keluar ke tempat lain kerana jika kekal di situ, dia akan mempengaruhi pelajar lain. Tegasnya lagi, apabila pelajar dihantar keluar, ibu bapa merayu supaya anaknya diberi peluang. Tan Sri bersetuju dalam hal ini namun beliau juga mempersoalkan bagaimana pula dengan peluang anak orang lain yang mahu belajar? (Berita Minggu, Ahad 29 Julai 2007) Perihal isu guru sendiri yang menimbulkan kontroversi, Tan Sri Murad Mohd Nor ketika membincangkan isu guru besar menampar murid dan warden menghukum pelajar berendam dalam kolam menegaskan bahawa kita patut sedar guru pada hari ini menghadapi banyak cabaran, terutama faktor luaran yang menekan mereka.Sebagai contoh, sikap ibu bapa terhadap guru. Walaupun 100 peratus tidak bersetuju dalam kes guru merendam pelajar-pelajarnya seperti yang berlaku di Sarawak, beliau meminta supaya masyarakat memikirkan niat baik guru berkenaan.Meskipun cara guru tersebut mendisiplinkan pelajar boleh dipertikaikan namun yang pasti pelajar yang melanggar disiplin sekolah adalah orang yang mementingkan diri sendiri dan tegas beliau, kelakuan ini harus dibenteras ketika di sekolah lagi. Kejadian-kejadian yang berlaku dan mendapat liputan meluas ini merupakan satu cabaran yang besar buat guru.Pastinya juga hal ini mampu membuatkan guru-guru

berada dalam keadaan dilema.Niat untuk mendidik dan mendisiplin pelajar-pelajar dikekang oleh pelbagai faktor. Bagi guru yang pernah mengalami pengalaman buruk akibat cuba mendisiplinkan pelajar, berkemungkinan sudah serik atau trauma seperti yang terjadi kepada guru wanita yang dicekik oleh pelajarnya. Akhirnya berkemungkinan guru lebih berminat meneruskan pengajaran tanpa menghiraukan hal ehwal disiplin pelajar dan mengambil jalan keluar dengan tidak berbuat apa-apa apabila pelajar melanggar disiplin. Penulis sendiri pernah melihat bagaimana seorang guru wanita masuk ke dalam kelas dan terus menulis sesuatu di papan putih tanpa menghiraukan pelajarpelajarnya yang masih belum bersedia untuk belajar.Ada yang sedang berbual-bual di luar kelas, ada yang masih leka bermain di dalam kelas. Malah yang lebih menghairankan , ada pelajar kelas lain yang berada di dalam kelas tersebut tetapi masih meneruskan aktiviti mereka. Mereka tidak mempedulikan kehadiran guru.Hanya selepas lebih kurang 10 minit kemudian, dengan sendirinya pelajarpelajar tersebut duduk di tempat masing-masing dan mengeluarkan buku dan membuat catatan.Walau bagaimanapun, masih ada pelajar yang tidak berbuat apaapa tetapi hanya bersembang sahaja di dalam kelas. Guru tersebut tidak boleh disalahkan kerana beliau pernah keguguran lantaran terlalu stress dan menghadapi trauma akibat perbuatan pelajarnya yang degil dan melawannya ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Hal itu berlaku ketika beliau cuba untuk mendisiplinkan pelajar-pelajarnya. Selepas peristiwa itu, guru tersebut mengambil langkah yang lebih selamat iaitu dengan tidak terlalu emosi dalam menegur tingkah laku pelajar, sebaliknya membiarkan pelajar dengan hal sendiri. Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar tidak menafikan bahawa kadang kala ada guru yang bertindak keterlaluan tetapi kebiasaannya setiap tindakan itu berpunca daripada perbuatan pelajar itu sendiri ( Berita Utara, 25 Julai,2007). Barubaru ini berlaku kes seorang guru telah menumbuk pelajar perempuan.Menurut laporan akhbar, hal ini dikatakan berpunca daripada kata-kata kasar yang diucapkan oleh pelajar tersebut kepada gurunya.Malah pelajar mencabar guru tersebut untuk mengambil tindakan menumbuknya.Provokasi yang dilakukan oleh pelajar itu telah menghilangkan kesabaran guru itu.Pastinya guru tersebut terasa keegoaannya dan kredibilitinya sebagai guru tercabar dan diperkotak-katikkan oleh pelajarnya sendiri. Pihak pentadbir sekolah haruslah memainkan peranan mereka dan membantu guruguru agar dapat menumpuh cabaran dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar.Mereka hendaklah memastikan bahawa pada peringkat awal, guru-guru baru dan tidak berpengalaman tidak dibebani dengan tugas dan tanggungjawab yang besar dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar seperti menjadi guru disiplin atau warden.Kes merendam pelajar yang berlaku di Sarawak merupakan satu contoh yang boleh dijadikan iktibar oleh pentadbir sekolah.Guru yang berumur baru 27 tahun telah diberi tugas sebagai warden asrama.Tanggungjawab yang diberikan

kepada guru muda ini tentunya amat berat. Kemungkinan guru tersebut menghadapi tekanan dan akhirnya mengambil tindakan mengikut emosi.Mungkin tindakan merendam pelajar tidak berlaku sekiranya yang menangani masalah ialah guru yang lebih berpengalaman.Sebagaimana yang dinyatakan oleh Tan Sri Murad Mohd Nor dalam kes tersebut bahawa perbezaan umur antara warden dan pelajar tidaklah besar. Sarannya, biarlah warden yang menangani masalah pelajar membuang tuala wanita ke dalam tandas itu seseorang yang lebih berumur dan boleh bertindak sebagai ibu. Dalam hal ini, seharusnya pihak pentadbir sekolah memberi peluang kepada guruguru baru untuk menimba pengalaman daripada guru-guru yang telah lama bertugas, terutamanya dalam hal-hal berkaitan cara dan kaedah menangani pelajar bermasalah dan tindakan yang wajar dalam mendisiplin pelajar. Biarlah mereka menjalankan tugas sebagai penolong atau AJK bukannya ketua dalam sesuatu tugas yang berat seperti tugas sebagai guru disiplin atau warden asrama. Selain itu, dalam usaha mempertingkatkan kualiti guru dan menyediakan guru dengan pelbagai ilmu pengajaran , perhatian juga harus diberi terhadap faktor rohani guru. Perkembangan staff untuk para guru dan wajib diadakan di sekolah hendaklah diisi juga dengan kursus-kursus motivasi.Bukan pelajar sahaja harus dimotivasi tetapi para guru pun perlu diberikan kata-kata semangat untuk terus berjuang mendidik anak bangsa dengan niat yang ikhlas. Cabaran yang dihadapi oleh guru pada era globalisasi ini amat besar . Guru perlu dimotivasi supaya rasa cinta akan profesion mereka akan terus mekar di hati biarpun pelbagai cabaran terpaksa ditempuh . Melalui cara ini, para guru akan lebih tabah menghadapi cabaran yang mendatang. Dalam pada itu, kursus pengawalan emosi dan tekanan juga dapat membantu guru dalam menjalankan tugas mereka.Kadang kala, tekanan atau stress menyebabkan guru keterlaluan dalam tindakan mendisiplinkan pelajar.Adakalanya tekanan menyebabkan mereka tidak dapat mengawal emosi dan hilang sabar dalam menghadapi kerenah pelajar-pelajar yang nakal. Dr. Robiah K. Hamzah, seorang pakar motivasi sendiri mengakui bahawa jalan terbaik menangani masalah disiplin ialah guru pandai mengawal emosi. Namun , pada masa yang sama, guru juga perlu menunjukkan ketegasan dalam kelembutan (Harian Metro, Isnin 6 Ogos 2007) Jesteru, guru harus diberi pendedahan dan ilmu pengawalan emosi dan tekanan supaya mereka lebih bersedia andai terpaksa berdepan dengan perlakuan melampau batas pelajar-pelajar. Kursus pengawalan emosi dan tekanan mampu membuka minda para guru. Sudah pastinya emosi yang stabil dan fikiran yang tenang membolehkan guru mendidik dan mendisiplin pelajar dengan cara lebih berkesan. Kursus jangka pendek tentang kaedah dan cara mendisiplinkan pelajar oleh guruguru yang berpengalaman terutamanya guru-guru disiplin wajar juga diadakan. Biarpun para guru (terutama guru baru) telah didedahkan dengan teori-teori psikologi kanak-kanak dan remaja sewaktu menjalani latihan perguruan namun

situasi yang berlaku di sekolah ada kalanya di luar jangkaan.Diharapkan agar ilmu mendisiplinkan pelajar dan menangani pelajar bermasalah hasil daripada pengalaman-pengalaman guru-guru lama dapat dikongsi bersama-sama terutamanya dengan guru-guru baru. Lazimnya, guru-guru yang berpengalaman sedar bahawa penguatkuasaan peraturan sekolah perlu dilaksanakan dengan cara yang berhemah. Pelajar-pelajar sekarang mudah menentang sekiranya pendekatan yang digunakan guru bertentangan dengan jiwa mereka. Mereka tidak sanggup menerima hukuman secara membuta tuli dan akan bertindak menentang. Sebagai contohnya, kes guru dicekik pelajar .Pelajar tersebut melaporkan kepada akhbar bahawa dia dan kawankawannya disuruh oleh guru supaya melakukan tekan tubi di kawasan laluan air tandas yang kotor.Jika benar sebagaimana yang dilaporkan, tentunya tindakan pelajar melarikan diri daripada hukuman itu merupakan sesuatu tindakan yang rasional dan logik.Masakan mereka sanggup melakukan tekan tubi di kawasan laluan air kotor. Bukan sahaja menjijikkan malah mungkin akan menjejaskan kesihatan. Dalam hal ini, saranan Dr. Rubiah K. Hamzah, elemen perasaan dalam perlaksananaan peraturan seharusnya diambil perhatian oleh para guru. Menurutnya, untuk mewujudkan keserasian antara guru-pelajar, peraturan sekolah mestilah ada elemen perasaan.Peraturan saling berkait dengan emosi manusia, jadi perlu ada cetusan emosi di dalamnya.( Harian Metro, 6 Ogos 2007). Dalam erti kata lain, guru-guru perlu memasukkan elemen perasaan dalam melaksanakan atau menguatkuasakan sesuatu peraturan supaya pelajar akur.Ledakan perasaan yang mencetuskan masalah disiplin yang lebih besar dapat dielakkan. Guru seharusnya diberi peluang untuk bernafas. Cabaran mendidik dan mendisiplinkan pelajar bukanlah tugas yang mudah.Masyarakat tidak seharusnya hanya menunding jari kepada guru setiap kali timbul masalah disiplin dalam kalangan pelajar-pelajar. Kebimbangan Ruhaiza Rusmin yang dinyatakan dalam tulisannya Guru Emosi, Pelajar Melenting,ada benarnya. Beliau bimbang semangat berkobar-kobar guru akan merundum. Ditakuti sikap kurang ajar pelajar akan mencantas dedikasi guru memberi ilmu dan hal ini tentunya merugikan pelbagai pihak terutamanya ketika negara menuju Wawasan 2020.( Harian Metro, Isnin 6 Ogos 2007). Sesungguhnya tugas mendidik dan mendisiplin pelajar tidak harus hanya dihadapi oleh golongan guru dan pentadbir sekolah sahaja.Ibu bapa perlu menaruh kepercayaan kepada guru-guru tetapi tidak bersikap lepas tangan.Tanggungjawab mereka memberi kasih sayang dan didikan agama kepada anak-anak mereka harus dijadikan agenda utama dalam membentuk keluarga yang bahagia.Apabila anakanak diasuh dengan baik dan diberi perhatian, usaha guru membudayakan ilmu lebih mudah dilaksanakan. Tentunya masalah disiplin pelajar tidak timbul malah misi disiplin sifar akan lebih mudah dicapai. Pengarah Pelajaran Perak, Datuk Mohamed Zakaria Mohd Noor ketika hadir majlis

perasmian Siri Jelajah Kempen Menangani Gejala Displin Murid Di Sekolah turut menegaskan bahawa ibu bapa atau penjaga harus memainkan peranan penting dan tidak harus terlalu bergantung kepada sekolah dalam menangani masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar. Menururt beliau lagi, ibu bapa dan penjaga harus bekerjasama dengan mengambil berat terhadap segala aktiviti yang disertai anak mereka sama ada di sekolah atau di luar sekolah ( Berita Harian, 19 Disember 2006). Yusri Abdul Malek juga mempunyai pendapat yang sama. Beliau menegaskan bahawa masalah disiplin ini bermula dari rumah, jika ibu bapa sentiasa mengambil berat, pasti anak mereka menjadi orang yang boleh diharapkan pada masa depan. Sarannya lagi, ibu bapa hendaklah menghentikan tuduhan, sebaliknya memastikan anak mereka tidak terbabit melakukan salah laku.Jika ibu bapa mampu mendisiplinkan anak di rumah, pasti anak mereka akan berdispilin di sekolah atau di luar rumah.(Harian Metro, 25 Mei 2006) Siti Aishah Mahamad dalam tulisannya Pendekatan Mendidik Lebih Sesuai Atasi Masalah Remaja pula menekankan peri pentingnya pelbagai pihak memainkan peranan masing-masing dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar. Institusi dalam masyarakat seperti masjid atau surau boleh berfungsi dengan luas sebagai pusat pendidikan Islam bagi seluruh lapisan masyarakat terutamanya untuk menarik remaja mengikut cita rasa golongan itu seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Kelab Rukun Tetangga yang dibentuk di kawasan perumahan perlu mengenal pasti masalah dan membuat perancangan aktiviti berbentuk kebajikan atau mencegah kemungkaran seperti masalah remaja melepak lelaki perempuan dan melakukan perbuatan sumbang.Pihak KRT perlu menggunakan pendekatan mendidik sebelum menghukum atau memberikan hukuman yang membina. Siti Aishah juga tidak mengenepikan peranan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Tegasnya, NGO juga boleh membantu golongan remaja bermasalah ini.NGO boleh melaksanakan atau bekerjasama dengan pihak sekolah, agensi kerajaan atau mana-mana institusi dalam masyarakat setempat. Tuntasnya, jaya atau gagalnya usaha mendidik dan mendisiplinkan pelajar sepatutnya ditanggung bersama oleh semua pihak bukan terletak di bahu guru semata-mata.Dengan memastikan tugas mendidik dan mendisiplin pelajar adalah tanggungjawab bersama, masalah disiplin pelajar dan cara sekolah menanganinya tidak lagi menjadi isu dan tidak menimbulkan kesan negatif kepada guru , pelajar mahupun ibu bapa . Melalui kerjasama daripada pelbagai pihak, pasti para guru lebih mudah menempuh cabaran yang mendatang berbekalkan semangat juang yang tinggi. Akan terlerailah konflik dalaman yang dihadapi oleh para guru dan akan lebih mudahlah para guru berusaha menyusun langkah dan mengatur strategi meneruskan perjuangan dan memikul amanah Allah sebagai pendidik anak bangsa . Maka akan lahirlah modal insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang sebagai pewaris negara.

Top of Form

Like Comment Share

Education platformya , memang betul kata anda situasi murid hari ini tidak sama dengan situasi yang dihadapi oleh guru pada masa mereka . terima kasih kerana memberi pendapat anda .. 04 July 2010 at 06:25 Bottom of Form Facebook 2011 English (UK) Mobile Find friends Badges People Pages About Advertising Create a Page Developers Careers Privacy Terms Help

PENDAHULUAN

Usaha negara-negara moden pada abad ke-20 untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi yang pesat, kemajuan teknologi yang membanggakan dan modenisasi masyarakat secara menyeluruh telah berjaya menjadikan negaranegara tersebut terkenal sebagai developed (maju), advanced (terkehadapan) atau fully industrialised countries (negeri-negeri yang telah mencapai kemajuan perindustrian sepenuhnya). Tetapi kemajuan dan modernisasi yang dicapai khususnya oleh negara-negara Barat itu juga telah menghasilkan, pada umumnya, kelunturan nilai-nilai budaya, kelonggaran nilai-nilai moral dan keterasingan nilainilai agama. Banyak negara umat Islam yang baru mencapai kemerdekaan politik daripada kongkongan penjajahan Barat turut melaksanakan model pembangunan atau modernisasi negara ala Barat dan natijahnya, antara lain, ialah proses pembaratan budaya tempatan dan pencairan nilai-nilai moral yang merisaukan. Modernisasi sekular yang digembar-gemburkan sebagai agenda perubahan yang rasional dan teknologikal rupa-rupanya telah menanamkan akar-akar budaya asing atau westernisasi dan sekularisasi yang bertentangan dengan ajaran agama dan sistem moral orang Islam atau orang Timur. Apabila budaya tempatan sudah tidak berdaya lagi menahan arus westernisasi dan sistem moral keagamaan pun menjadi lemah di bawah tekanan dan asakan sistem moral yang liberal, relatif dan agresif, maka negara dan rakyat sekali lagi akan menjadi mangsa neo-kolonialisme budaya. Pada waktu itu identiti budaya dan keutuhan moral masyarakat kita tidak akan bererti lagi. 2. CABARAN GLOBALISASI DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Memasuki abad ke-21, negara Malaysia dan umat Islam berhadapan pula dengan tiga gelombang besar globalisasi, ledakan teknologi maklumat dan ekonomi pengetahuan atau maklumat (knowledge-driven economy). Ketiga-tiga gelombang ini juga bermula dari negara-negara Barat yang kaya dan kuat, dan dalam tata dunia yang baru (New World Order) di bawah pimpinan negara Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya, ketiga-tiga gelombang itu merupakan cabaran hebat yang sekaligus membuka peluang-peluang tertentu bagi negara-negara sedang membangun untuk berada dalam arus perdana dalam hubungan antarabangsa. Melalui gelombang globalisasi, pengaruh kekuatan ekonomi negara-negara kaya dan kepentingan korporasi gergasi multinasional dapat menguasai ekonomi dunia di samping menyebar luaskan hegemoni politik kapitalisme antarabangsa. Di bawah dasar liberalisasi dan deregulasi perdagangan antarabangsa pimpinan World Trade Organisation, globalisasi yang didukung oleh kuasa korporat global memberikan peluang besar kepada mereka untuk mengeksploitasi ekonomi negaranegara membangun, termasuk Malaysia. Situasi ini akan mempercepatkan proses homogenisasi budaya secara global di mana negara yang kuat akan mempengaruhi

negara yang lemah. Pada waktu itu ciri-ciri luhur dalam budaya Malaysia dan sistem nilai agama dan tradisi yang mendasarinya akan dihimpit dan digugat oleh gagasan-gagasan atau aliran-aliran kebudayaan asing yang berjiwa materialistik, sekularistik, relativistik, neo-modernistik, hedonistik atau permissive (serbaboleh). Aliran-aliran yang ingin melemahkan pengaruh nilai-nilai budaya, agama dan moral tempatan itu dibawa masuk oleh unsur-unsur ekonomi kapitalistik tempatan atau antarabangsa yang mementingkan keuntungan kewangan semata-mata tanpa mempedulikan isu tanggungjawab sosial atau moral. Pelbagai saluran akan digunakan untuk mencapai matlamat ekonomi dan budaya bebas mereka, termasuk industri-industri pengiklanan, perfileman, fesyen, muzik, hiburan, pelancongan, media cetak, media elektronik dan Internet. Dalam masyarakat yang sarat dengan nilai-nilai kebebasan individu di luar kawalan agama dan pandangan hidup sekularistik, telah muncul di akhir abad ke-20 gerakan-gerakan sosial yang memperjuangkan kebebasan seks, penggunaan marijuana, hak pengguguran anak, kebebasan pelacur-pelacur (yang dikenali sebagai sex workers), perkahwinan sejenis dan hari-hari perayaan golongan gay yang disambut secara besar-besaran. Satu contoh gerakan yang benar-benar merbahaya dan mencabar budaya manusia bertamadun dan nilai-nilai agama tradisional dan moral yang suci ialah perjuangan masyarakat liberal Barat untuk menjayakan konsepsi keluarga yang tidak lagi terdiri dari lelaki dan perempuan, suami isteri dan anak-anak yang sah. Konsep ini diperjuangkan pertama kali dalam persidangan United Nations Conference on Population and Development di Cairo pada 1994 dan kemudian di Beijing pada tahun 1995. Seiring dengan itu diperjuangkan juga supaya dihalalkan hubungan seks sebelum nikah kerana hal ini sudah menjadi lumrah di negara-negara maju teknologi. Aliran-aliran seperti ini, sama juga dengan aliran-aliran sastera bebas ala Salman Rushdie, bertitik tolak daripada sikap atau keyakinan sebahagian manusia moden bahawa nilai-nilai agama, budaya dan moral sudah lama ketinggalan zaman dan manusia dengan kepintaran dan kehebatan teknologi inteleknya sahaja boleh mendapat makna hidup dan kesejahteraan tanpa bimbingan agama samawi atau moral yang berteraskan ajaran agama. Dengan kemajuan sains dan teknologi yang canggih, isu kejuruteraan genetik dan cloning tampil dengan pelbagai harapan untuk kemajuan bidang ilmu kedoktoran dan pertanian, tetapi ia juga mengundang beberapa persoalan besar serta kebimbangan yang mempunyai implikasi etika dan budaya yang sangat besar. Bagi sebuah tamadun yang tidak didirikan atas dasar agama, sains dan teknologi sahajalah yang menjadi sumber jawapan tentang baik buruknya sesuatu hasil penemuan sains atau halal haramnya sesuatu teknologi baru.Bagi umat Islam di Malaysia atau di mana sahaja yang berpegang teguh kepada agamanya, ketinggian tamadun tidak boleh dipisahkan daripada keteguhan agama dan keutuhan akhlak.Oleh yang demikian hasil kemajuan sains dan teknologi dalam sesuatu negara atau tamadun yang berteraskan Islam tidak ditolak selagi ianya tidak

bercanggah dengan ajaran agama dan nilai-nilai moral yang luhur. Kehebatan kemajuan ilmu sains dan teknologi manusia moden masa kini mungkin merupakan satu daripada faktor yang menyebabkan negara-negara atau masyarakat moden merasa tidak perlu berpegang kepada ajaran agama tradisional atau menghormati sistem-sistem moral tradisional yang dianggap sudah lapuk dan tidak sesuai dengan kepentingan negara atau politik masing-masing. Di dalam dunia pasca Perang Dingin dan pasca keruntuhan ideologi Komunis, banyak sekali berlaku tindakan-tindakan ketenteraan, politik dan ekonomi negara-negara kuasa besar yang merupakan penindasan, kezaliman dan ketidakadilan terhadap negaranegara kecil bukan Barat termasuk negara-negara orang Islam seperti BosniaHerzegovina, Palestin, Afghanistan, Iraq, Libya, Sudan, Iran dan Syria. Tindakantindakan unilateral dan tidak berperikemanusiaan itu menunjukkan bahawa dalam tata dunia baru atau politik antarabangsa, might is right dan keunggulan kuasa ekonomi kapitalis-liberal membolehkannya menyebarluaskan pengaruhnya sesuka hati. Pemimpin-pemimpin negara atau parti pemerintah negara yang sedang membangun yang tidak mempunyai integriti moral yang utuh dan tidak berpegang kepada nilai-nilai budaya yang luhur akan mudah dimanipulasi untuk membuka jalan bagi membolehkan kemasukan kepentingan-kepentingan ekonomi, politik dan budaya pihak kuasa besar dalam negara berkenaan. Ini adalah sebahagian daripada cabaran globalisasi dan liberalisasi yang harus ditangani secara bijak oleh pemimpin dan rakyat Malaysia. 3. KEBIMBANGAN TERHADAP KELUNTURAN BUDAYA DAN MORAL

Cabaran terhadap keutuhan budaya dan moral umat daripada ledakan dan gelombang teknologi maklumat dalam era globalisasi kini tidak kurang hebatnya. Internet, umpamanya, membolehkan penggunanya menimba segala jenis ilmu pengetahuan dan maklumat dengan mudah, tetapi pada masa yang sama ia mengandungi banyak sekali maklumat yang bersifat destruktif, tidak bermoral dan bertentangan dengan nilai-nilai budaya dan etika umat beragama. Pendedahan kanak-kanak, golongan remaja dan orang dewasa kepada bahan-bahan yang bersifat erotik dan lucah di dalamnya boleh menimbulkan sindrom ketagihan yang bakal merosakkan peribadi dan moral para penagihnya. Begitu mudah dan cepat sekali bahan pornografi atau laman adult berada di depan mata untuk menggugat iman seseorang pengguna hanya dengan beberapa taipan kata kunci pada papan kekunci lalu diklik pada tetikus untuk melakukan dosa di hujung jari. Baru-baru ini masyarakat Malaysia dikejutkan dengan penemuan Badan Bertindak Kesedaran Penderaan Seksual Kanak-Kanak betapa kanak-kanak dengan mudah terdedah kepada 1.5 juta laman web lucah.Di samping itu kita diberitahu bahawa wujud 33 juta laman pornografi yang dikunjungi setiap hari oleh pengguna Internet seluruh

dunia. Kelonggaran nilai-nilai budaya dan moral di kalangan belia dan muda-mudi beragama Islam yang dicerminkan oleh budaya penagihan dadah, gejala HIV/AIDS, keganasan juvana, vandalisme terhadap kemudahan-kemudahan awam, minuman keras, merokok, merogol, meragut dan melepak menimbulkan kebimbangan yang mendalam tentang masa depan generasi muda, apa lagi kalau keadaan ekonomi negara menjadi lembab dan kadar pengangguran semakin membesar. Dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel baru-baru ini ramai peniaga melakukan penipuan dan tindakan-tindakan tidak beretika untuk meraih keuntungan, sementara ada bank-bank tempatan disyaki memanipulasi pasaran saham. Banyaknya kes-kes penipuan dalam pelbagai bidang pekerjaan di kalangan golongan dewasa sama ada dalam sektor swasta atau awam, menambah kebimbangan masyarakat tentang masa depan Malaysia menuju ke arah status negara maju pada tahun 2020. Untuk mencapai matlamat kesejahteraan sosial dalam sebuah negara Malaysia yang maju, kerajaan dan rakyat harus berganding bahu membenteras gejala sosial yang mengkhuatirkan, termasuk budaya suka berjudi, sindrom ingin cepat kaya, budaya tidak menepati waktu, tabiat suka mengotor, budaya mengejar glamor dan populariti murahan anjuran T.V. dan budaya fitnah memfitnah dalam dunia politik. Ketinggian dan kemajuan tamadun sesuatu bangsa boleh diukur dari segi kualiti manusianya dan pencapaiannya merangkumi dimensi-dimensi kebendaan, agama, keintelektualan, sains dan teknologi, kebudayaan, sistem ekonomi, sistem politik, sistem sosial, sistem pertahanan, sistem perundangan dan adat istiadat.Tetapi nilai-nilai kerohanian dan moral bangsalah yang menjadi asas keutuhan budaya.Dari perspektif Islam, keutuhan budaya dan moral merupakan kriteria penting di dalam menilai makna kemajuan atau tamadun sesuatu bangsa. Undang-undang Tuhan dan undang-undang ciptaan manusia juga bertujuan untuk mencegah perbuatan yang tidak berakhlak atau beretika dan membangun masyarakat yang berakhlak mulia. Dengan adanya warga negara yang berkelakuan dan berinteraksi sesama manusia mengikut lunas-lunas budaya yang baik dan nilainilai akhlak yang terpuji, masyarakat dan negara akan menikmati keamanan, keharmonian dan kesentosaan. Apabila budaya yang baik dan akhlak yang terpuji luntur, terhakis atau menjadi lemah maka kehidupan masyarakat akan dipenuhi dengan gejala kemungkaran, penipuan, kemaksiatan dan keganasan. Apabila para pemimpin atau golongan berkuasa tidak lagi berpegang kepada budaya yang baik dan akhlak yang terpuji, negara atau tamadun akan menjurus ke arah kehancuran. Inilah yang dapat kita pelajari daripada kajian sejarah naik turunnya tamaduntamadun besar dunia zaman silam, seperti tamadun Yunani, Mesir, Rom dan China.

Kehebatan teknologi, ketenteraan dan kebendaan tidak dapat menyekat proses keruntuhan dalamannya yang bermula dari kerosakan-kerosakan moral dan etika golongan-golongan atasan, para penguasa dan para pembesar negara. Kerana itulah al-Quran berkali-kali menyeru supaya manusia menjelajah bumi dan mengkaji sejarah tamadun-tamadun zaman silam untuk mengetahui sebab-sebab kehancurannya dan kemusnahannya, lalu mengambil iktibar supaya hal-hal yang sama dapat dihindari dan dijauhi demi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat dan tamadun yang muncul kemudian. Kita di Malaysia sudah pasti tidak mahu berada dalam keadaan di mana kemajuan ekonomi dan teknologi negara meningkat dan menyamai negara-negara maju tetapi gejala sosial, kemerosotan akhlak, ketidaksopanan dan ketandusan etika menjunam ke tahap yang parah dan sukar dipulihkan. Itulah sebabnya dalam Wawasan 2020 Malaysia mahu mencapai kemajuan mengikut acuan kita sendiri dengan mengintegrasi ajaran-ajaran agama, budaya yang baik dan nilai-nilai akhlak yang mulia dan terpuji. 4. KEUTUHAN BUDAYA DAN CABARAN-CABARAN TERHADAPNYA

Pendekatan Islam Hadhari bermatlamat mencapai kemajuan yang menyeluruh, bagi umat Islam dan juga negara Malaysia, termasuk dalam bidang budaya dan moral masyarakat. Oleh kerana ruang lingkup budaya itu luas dan ianya mengalami perubahan dari zaman ke zaman dan dari tempat ke tempat, pemilihan harus dibuat oleh pemimpin masyarakat dan pelaksana dasar ini untuk a) membangun, menyuburkan dan mengutuhkan aspek-aspek dan ciri-ciri budaya yang positif, membina dan bermanfaat, dan b) tidak menggalakkan, meninggalkan atau memberhentikan ciri-ciri budaya yang negatif, merosakkan dan tidak membantu proses pembangunan masyarakat atau negara yang hadhari. Langkah ini menepati prinsip pertama pendekatan Islam Hadhari iaitu Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah dan juga prinsip yang terkenal di dalam Islam sebagai Amar Makruf dan Nahi Munkar (menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran). Budaya adalah sesuatu yang berubah mengikut perubahan masa dan tempat.Ada budaya yang menjadi penghalang kepada kemajuan masyarakat dan ada budaya yang membawa kepada kebaikan, kecemerlangan dan ketinggian bangsa dan negara. Budaya yang baik yang perlu kita suburkan sehingga ia menjadi benarbenar utuh dan mewarnai identiti positif umat Islam dan menaikkan imej negara Malaysia ialah budaya yang mengandungi ciri-ciri berikut:4.1 Penghayatan agama yang mantap, konsisten, bijaksana, harmonis, sederhana dan toleran; tidak fanatik, ekstremis atau kasar dalam hubungan dengan penganut agama-agama lain.

4.2 Penguasaan ilmu yang berguna dan pemberian nilai dan kehormatan yang tinggi kepada para ilmuwan, kesarjanaan dan kebijaksanaan; institusi-institusi pendidikan diberi keutamaan dan kebebasan akademik dan penyelidikan di pusatpusat pengajian tinggi digalakkan; amalan membaca menjadi ciri masyarakat dan perbincangan atau wacana ilmiah disuburkan; ilmu aqli (intellectual knowledge) dan ilmu naqli (revealed knowledge) digabungkan supaya wujud keharmonian antara sains, teknologi dan agama. 4.3 Hormat dan patuh kepada Perlembagaan, undang-undang, peraturan-peraturan, perjanjian, kontrak sosial dan adat resam yang menghargai budi, sikap berterima kasih, sopan santun, bahasa yang beradab dan tingkah laku yang tidak kasar, biadab atau gelojoh. 4.4 Kebebasan and ketelusan institusi kehakiman yang menjamin keadilan dan kesamarataan di hadapan undang-undang atau hukum Tuhan; perlantikan para hakim yang dibuat di atas dasar yang objektif, telus dan adil, terlepas dari sebarang unsur bias, pengaruh kepentingan diri, keluarga atau parti; pengadilan yang tidak dipengaruhi oleh rasuah atau paksaan dari pihak eksekutif; para pelaksana hukuman yang menjalankan tugas dengan adil, cekap dan bermoral. 4.5 Pentadbiran dan pemerintahan yang cekap, amanah, mesra rakyat, mesra alam dan tidak tunduk di bawah pengaruh rasuah, bebas daripada penyalahgunaan kuasa atau kedudukan, bersih dari kronisme, nepotisme atau hubungan sulit dengan kepentingan-kepentingan perdagangan atau industri di dalam atau di luar negara; nilai-nilai dan prinsip integriti diterapkan di dalam setiap lapisan pengurusan, daripada pemimpin yang berada di atas kepada pekerja yang berada di bawah; rasuah dan penyalahgunaan kuasa dianggap bukan sekadar jenayah tetapi sebagai dosa besar di sisi agama. 4.6 Budaya politik yang demokratik, patriotik dan beretika; kuasa politik dianggap sebagai amanah Tuhan dan rakyat, bukan untuk memenuhi kepentingan diri atau keluarga tetapi untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara; parti politik adalah alat dan bukan matlamat, oleh itu perjuangannya tidak sampai terkeluar daripada batas moral atau menjejaskan perpaduan negara, keharmonian antara kaum dan antara agama serta kestabilan politik; kerjasama antara kaum dan perkongsian kuasa berdasarkan kepada prinsip menghormati perbezaan pandangan, menghormati peruntukan Perlembagaan dan menghormati ketetapan-ketetapan negara berkaitan dengan perkara-perkara sensitif seperti kuasa Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu dan hak-hak istimewa kaum Bumiputera; terdapat usaha yang jujur dan berkesan untuk mencegah dan menghapuskan budaya rasuah dalam parti politik yang jelas bertentangan dengan hukum dan nilainilai Islam serta etika. 4.7 Budaya kerja yang menekankan nilai kerajinan, ketekunan dan penjagaan waktu; wujudnya piawaian mutu produk dan produktiviti serta piawaian sistem pengurusan yang cekap dan efektif; wujudnya minda dan sikap yang menentang kemalasan, kecuaian dan ketidakseriusan dalam bekerja; wujudnya kefahaman yang meluas bahawa sebarang kerja yang baik dan berguna untuk kepentingan negara atau masyarakat adalah suatu jenis ibadah dan amal soleh yang mendapat

ganjaran daripada Allah di dunia dan di akhirat; wujudnya sistem yang tidak menindas gologan pekerja. 4.8 Kedaulatan Bahasa Kebangsaan dijaga, dipupuk dan dipantau kemajuannya walaupun penguasaan bahasa-bahasa asing seperti Inggeris atau Jepun digalakkan; rakyat berbilang kaum dapat menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan masyarakat majmuk dengan baik di samping bahasa ibunda masingmasing; sikap pragmatisme ekonomi yang mengenepikan Bahasa Kebangsaan perlu dikawal atau dicegah. 4.9 Kegiatan kesusasteraan yang mendukung nilai-nilai murni, positif, membangun minda dan memajukan pemikiran rakyat; kemajuan dalam bidang puisi, novel, cerpen dan drama berjalan selari dengan wawasan kemanusiaan yang beradab dan kesucian agama. 4.10 Kesenian yang mengekalkan keaslian yang murni sambil mencari manifestasimanifestasi baru dan kreatif tanpa mengorbankan nilai-nilai atau bentuk-bentuk asli yang indah dan bermakna; tidak wujudnya penggiat seni yang hidup di luar batasbatas kesusilaan atau budaya yang beretika. 4.11 Budaya pakaian yang menghormati batas-batas agama dan kesusilaan tradisional; aliran-aliran fesyen yang merupakan tiruan dunia fesyen barat atau timur untuk kepentingan kebendaan pereka-pereka fesyen yang tidak mengindahkan nilai-nilai moral atau agama tidak digalakkan; bagi orang Islam fesyen-fesyen pakaian yang menepati kehendak agama dan moral umat Islam boleh dipopularkan atau dipasarkan di dalam dan di luar negeri. 4.12 Adat makan minum yang tidak melibatkan perkara-perkara atau perlakuan haram walaupun bentuk-bentuk dan jenis-jenisnya sentiasa berubah mengikut selera pengguna semasa; kecenderungan ke arah ketagihan merokok dan meminum minuman keras di kalangan orang Islam perlu dikawal. 4.13 Budaya hiburan melalui muzik, tarian dan pementasan yang tidak melampaui batas kewajaran yang dibenarkan agama dan moral; kecenderungan pemuda pemudi beragama Islam untuk terlibat dalam budaya hiburan melalui konsertkonsert yang terlalu bebas kerana mengikuti aliran dan gaya baru Barat yang bersifat terlalu liberal dan memberangsang nafsu seks tidak harus dibiarkan merebak dan merosakkan tata susila dan norma-norma umat Islam; stesen-stesen TV milik kerajaan tidak wajar memberi galakan atau ruang dan masa yang istimewa kepada aliran-aliran atau program-program hiburan yang merendahkan akal budi generasi muda dan secara tidak langsung menggalakkan pergaulan bebas lepas antara lelaki dan perempuan walaupun program-program itu berhasil membawa keuntungan besar kepada pihak penaja dari luar atau dalam; mengekalkan budaya hiburan yang sederhana lagi mendidik minda dan tidak menjolok mata adalah penting dalam mengejar kemajuan mengikut acuan kita sendiri dan membenteras gejala sosial yang melanda golongan remaja Malaysia hari ini. 4.14 Tradisi keluarga yang memupuk nilai-nilai murni seperti keibubapaan yang bertanggungjawab, kehormatan dan kesetiaan anak kepada ibu bapa dan orang tua, perhubungan yang mesra antara generasi, ibu bapa yang menunjukkan contoh tauladan yang baik dalam mendidik anak supaya berakhlak mulia sepanjang hayat,

rumah tangga yang menjadi tempat perlindungan yang paling selamat, tenteram dan membahagiakan penghuninya; amalan hidup berjiran yang saling menghormati, bekerjasama untuk kesejahteraan sosial tanpa mengira kaum atau agama. 4.15 Adat perkahwinan yang menekankan nilai kesederhanaan dan tuntutan agama supaya ianya tidak dianggap oleh mereka yang ingin berkahwin sebagai suatu masalah besar yang terpaksa dipikul dengan beban hutang berpanjangan; 4.16 Kesenian tradisional atau moden yang tidak bercanggah dengan dasar iman dan akhlak mulia serta menyerlahkan identiti positif sesuatu kaum atau bangsa; kepelbagaian adat dan tradisi pelbagai kaum dan umat beragama dalam masyarakat Malaysia yang berinteraksi secara aman dan harmonis dipertahankan; aktiviti kebudayaan atau kesenian yang mengandungi unsur syirik, khurafat atau tahyul tidak dibenarkan kepada orang-orang yang beragama Islam. 4.17 Kegiatan menarik pelancong dari luar negara yang menonjolkan keunikan tempat-tempat percutian Malaysia, flora dan faunanya, cara hidup dan kebudayaan masing-masing kaum dan lain-lain tanpa merosakkan kesucian agama atau nilainilai moral masyarakat tempatan. 4.18 Kegiatan sukan untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat, kuat, berdaya saing dan terkenal dalam bidang-bidang tertentu tanpa meniru kelakuan-kelakuan atau kebiasaan-kebiasaan dari luar negara yang berlawanan dengan nilai-nilai moral masyarakat Malaysia; gelagat penonton tempatan yang tidak bersopan atau tidak menghormati undang-undang atau yang berakhir dengan keganasan jelas bercanggah dengan prinsip sukan yang berdisiplin dan beretika. 4.19 Kepimpinan masyarakat yang menekankan keutamaan memenuhi kepentingan orang ramai dan memberi perkhidmatan kepada rakyat secara amanah, bertanggungjawab dan berakhlak mulia sehingga dihormati dan diiktiraf sebagai orang-orang berkuasa yang mempunyai integriti tinggi sesuai dengan Dasar Integriti Nasional; perhubungan yang harmonis antara kaum, peningkatan semangat patriotik, semangat gotong royong dan perkhidmatan sukarela dari kalangan organisasi bukan kerajaan untuk kepentingan golongan miskin, golongan kurang upaya, golongan tua dan belia-belia bermasalah, serta keprihatinan terhadap kerosakan dan pencemaran alam sekitar harus menjadi agenda utama para pemimpin masyarakat dan wakil rakyat. 4.20 Tradisi menghidupkan bulan puasa di bulan Ramadan oleh umat Islam yang diisi dengan ibadat khusus di masjid-masjid seluruh Malaysia pada waktu malam tanpa menjurus kepada perbelanjaan terlalu besar di waktu siang; persiapan untuk merayakan Hari Raya Aidil Fitri harus dibuat mengikut garis panduan tradisi Islam yang menekankan semangat membantu golongan miskin dan melarat, kegigihan melawan dorongan hawa nafsu dan peningkatan ketakwaan kepada Allah, supaya pengaruh budaya konsumerisme dan komersialisme serta tarikan budaya hiburan, muzik dan tarian menjelang Hari Raya tidak menjejaskan makna sebenar berpuasa dan berhari raya. 4.21 Tradisi balik kampung menjelang Hari Raya atau cuti-cuti am rakyat Malaysia yang mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengukuhkan persaudaraan serta

perpaduan masyarakat kota dan desa; tradisi ini memberikan pendedahan yang penting kepada generasi muda yang lahir di kota-kota besar untuk mengenali kehidupan, budaya dan adab masyarakat luar bandar termasuk peluang menziarahi tanah perkuburan orang-orang tua dan nenek moyang mereka. 4.22 Adab dan akhlak generasi muda yang mempunyai sikap mengenang budi, bersyukur kepada Tuhan dan manusia, tahu menunjukkan kesetiaan, penghormatan dan kelakuan yang bersopan dan berbudi bahasa terhadap ibu bapa, para guru, para pemimpin, orang tua, orang miskin, tetamu di rumah, orang kurang upaya, orang sakit dan anak-anak kecil tanpa mengira kaum atau agama; kekhuatiran para pemimpin dan ibu bapa di Malaysia dewasa ini tentang semakin merosotnya adab dan kesopanan, budi bahasa yang baik, sikap hormat dan bertimbang rasa terhadap orang lain di kalangan generasi muda Malaysia mempunyai asas yang kukuh kerana buktinya banyak dan tidak sukar ditemui. 5. KEUTUHAN MORAL DAN CABARAN-CABARAN TERHADAPNYA

Dalam perjalanan menuju matlamat kemajuan yang diidam-idamkan, masyarakat Malaysia dan umat Islam di dalamnya sedang berhadapan dengan gejala keruntuhan moral yang sungguh mengkhuatirkan. Ramai pemuda Melayu dan Bumiputera terperangkap dalam jeratan budaya penagihan dadah dan HIV/AIDS.Parti-parti politik digugat oleh amalan tak bermoral yang disebut sebagai politik wang.Pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam digugat oleh wabak rasuah dan penyalahgunaan kuasa sehingga kerajaan terpaksa mewujudkan suatu Pelan Integriti Nasional dan sebuah institut untuk mengkaji langkah-langkah pelaksanaan pelan tersebut.Sektor swasta juga tidak terlepas daripada amalan rasuah dan skandal-skandal pengurusan dan kewangan.Pasaran saham digugat oleh manipulasi-manipulasi pihak yang ingin meraih keuntungan secara tidak beretika.Pekerja-pekerja asing diperlakukan sebagai hamba abdi dan pembantupembantu rumah diperkosa atau didera.Penderaan seksual sering menimpa pekerja perempuan dan banduan-banduan juga tidak bebas daripada tindakan-tindakan tidak bermoral ke atas mereka. Pembeli-pembeli rumah ditipu oleh pemaju-pemaju dengan pelbagai cara yang tidak beretika. Alam semulajadi musnah akibat diperkosa oleh proses pembangunan dan industri yang mementingkan keuntungan dan mengenepikan nilai-nilai moral dan kemanusiaan. Muda mudi Melayu hebat berpesta tanpa segan silu tetapi lemah dalam bidang ilmu pengetahuan.Perjudian dan pelacuran tidak dapat dibendung.Gejala sumbang mahram menjadi-jadi.Kes pembuangan bayi hasil daripada perhubungan seksual haram bertambah.Murid sekolah sering terlibat dalam vandalisme, keganasan dan amalan buli yang melampau.Pelajar-pelajar IPTA dan IPTS terlibat dalam aktiviti seksual di luar kampus untuk menambahkan wang perbelanjaan hidup.Peminjam wang kerajaan malas dan enggan membayar hutang mereka.Pelbagai jenis perbuatan tidak beretika melibatkan pengusaha, pedagang, peniaga dan ahli korporat dilaporkan di

akhbar hampir setiap hari.Banyak lagi kes-kes penipuan dan kemungkaran lainnya yang memalukan dapat disenaraikan di sini tetapi ruang tidak mengizinkan. Kesimpulannya ialah kita berhadapan dengan suatu kenyataan yang pahit: bahawa masyarakat Malaysia dewasa ini sedang menghadapi ancaman kemerosotan moral yang semakin meningkat dan dalam kes-kes tertentu semakin parah akibat dari kelunturan nilai-nilai murni dan kegagalan dalam penguatkuasaan undang-undang. Begitu juga dengan kes-kes jenayah mencuri, meragut, merompak, merogol dan membunuh. Keselamatan rumah tangga, kanak-kanak, harta benda, diri manusia dan persekitaran semakin tercabar oleh peningkatan kadar jenayah. Ancaman kemerosotan moral ini memberikan peringatan atau amaran awal yang jelas kepada kita bahawa sekiranya rakyat dan pemerintah tidak dapat meningkatkan keutuhan atau kekuatan moral masyarakat kepada keadaan yang lebih baik, negara akan berhadapan dengan krisis keruntuhan moral yang lebih besar. Beberapa cabaran besar terhadap keutuhan moral dan kekuatan etika masyarakat Malaysia dari perspektif akhlak Islam dapat dirumuskan seperti berikut:5.1 Cabaran daripada Arus Globalisasi, Liberalisasi dan Westernisasi

Arus-arus ini jelas membawa nilai-nilai budaya dan moral yang tidak mementingkan ajaran agama atau tata susila ketimuran yang menghormati tradisi-tradisi yang dianggap mulia. Nilai-nilai dan produk-produk tamadun yang berkaitan dengan seni, hiburan dan gaya hidup yang dibawa masuk ke dalam budaya kita banyak diwarnai oleh faham kebendaan, faham kebebasan individu manusia, faham kebebasan akal yang terlepas daripada bimbingan agama atau wahyu, konsumerisme, dan faham kebebasan sains dan teknologi daripada kawalan etika dan agama. Saluran yang digunakan untuk menyebarkan faham-faham atau trend-trend sekularisasi ini ialah institusi-institusi ekonomi, politik, pendidikan, media massa, industri hiburan, sukan antarabangsa dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Gaya hidup golongan menengah dan golongan belia-beliawanis masyarakat Malaysia menjadi sasaran utama arus globalisasi nilai-nilai sekularisasi dan liberalisasi. Oleh itu kefahaman agama yang betul dan penghayatan nilai-nilai agama dan moral di kalangan golongan muda menjadi satu daripada strategi penting dalam menjaga dan meningkatkan keutuhan moral masyarakat Islam. Di samping itu, cara menyampaikan ajaran agama Islam kepada generasai muda hari ini dan juga golongan menengah Islam mestilah dilakukan dengan mengambilkira cara berfikir, minda dan psikilogi kedua-dua golongan itu. Mereka hendaklah didekati dengan cara yang mesra pelanggan, simpati, sabar, rasional dan tidak memaksa. Guru agama dalam era globalisasi dan IT ini harus mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang kemajuan sains, teknologi maklumat, kebudayaan, politik antarabangsa dan perkembangan ekonomi serta mempunyai kebolehan

berkomunikasi secara bijaksana dengan golongan belia dan kelas menengah.

5.2 Cabaran daripada Penyalahgunaan Internet dan Telefon Bimbit

Pengunaan Internet dan telefon bimbit yang semakin meluas dalam masyarakat Malaysia adalah suatu perkara yang membanggakan selagi para pengguna menjadikan kehebatan teknologi maklumat ini sebagai sumber menambah ilmu pengetahuan dan maklumat, perniagaan maya, komunikasi dan pendidikan maya yang global dan pantas, dan perluasan jaringan kerjasama antarabangsa dalam pelbagai kegiatan yang baik, berguna dan bermanfaat untuk diri, masyarakat, agama dan negara. Yang menjadi masalah kepada budaya dan moral masyarakat Islam ialah aspek negatif dalam Internet dan penyalahgunaan teknologi komunikasi canggih yang semakin meningkat. Sebagaimana yang diketahui umum, Internet juga sarat dengan muatan maklumat dan bahan-bahan lucah atau pornografik yang jelas bertentangan dengan ajaran agama atau nilai-nilai moral.Bahan-bahan lucah yang merosakkan nilai-nilai moral itu juga boleh didapati melalui telefon bimbit. Oleh kerana Internet dan telefon bimbit boleh dibawa ke dalam bilik tidur seorang pengguna atau pemuda dan boleh digunakan bila-bila masa secara perseorangan, industri seks haram dan industri perjudian menggunakan Internet dan telefon bimbit untuk menggoda para pengguna, khususnya golongan belia dan generasi muda. Di mana undang-undang manusia ternyata gagal menghalang kemaraan wabak online pornography atau kebebasan berkomunikasi tanpa etika melalui Internet atau telefon bimbit, pertahanan yang terakhir kepada seorang pengguna Muslim ialah kekuatan imannya, kepatuhannya kepada ajaran agama, nilai-nilai murni dan ketaqwaannya kepada Allah. Dengan telefon bimbit pula semua orang boleh terdedah kepada penyalahgunaan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengganggu, menggugat, memfitnah, memaki hamun atau membuat panggilan lucah secara berleluasa tanpa si penerima mengetahui dari mana datangnya gangguan-gangguan tersebut.Cabaran moral yang baru daripada penyalahgunaan Internet juga datang daripada peluang-peluang untuk para pelajar dan pensyarah melakukan pelbagai jenis plagiarisme secara mudah. Kegiatan mencuri maklumat atau menerobos benteng-benteng keselamatan maklumat dalam komputer orang lain semata-mata untuk merasa seronok kerana dapat memberi kesusahan kepada orang lain atau untuk mendapat ganjaran kewangan daripada kelakuan jenayah itu merupakan

dimensi jenayah yang baru di abad ke-21. Penyalahgunaan teknologi maklumat masa kini menunjukkan betapa terhakisnya nilai-nilai murni dan akhlak dalam pemikiran dan tindak tanduk sebahagian pengamal teknologi canggih ini.Ibu bapa mempunyai tanggungjawab moral yang berat dalam menasihati dan memantau anak-anak supaya tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang terdapat dalam Internet dan melalui telefon-telefon bimbit. 5.3 Cabaran daripada Industri Hiburan dan Media Massa

Hiburan merupakan sebahagian daripada keperluan tabii manusia yang bertamadun dan setiap budaya mempunyai jenis-jenis hiburan yang tersendiri. Islam mengiktiraf keperluan tabii manusia ini dan membenarkannya dalam batas-batas tertentu.Batas-batas itu ditentukan oleh perintah Ilahi dan bertujuan mengawal hawa nafsu manusia supaya menjadi hamba Allah yang bersopan, beradab dan berakhlak mulia. Pergaulan bebas lepas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, pakaian dan perhiasan diri yang tidak menghormati nilai-nilai agama; muzik, nyanyian atau pementasan tarian yang bersifat merangsang nafsu berahi (sensate, sexy), yang tidak beradab (vulgar), atau yang mendorong penonton supaya turut sama berhibur secara bebas (permissive), atau menonton VCD yang mengandungi unsur-unsur lucah atau erotik semua ini melanggar batas-batas hukum dan etika yang terdapat dalam agama Islam. Pada masa kini industri hiburan tempatan banyak sekali dipengaruhi oleh trendtrend budaya hiburan ala Hollywood atau Bollywood yang bersifat keterlaluan bila diukur dari kacamata agama Islam dan nilai-nilai moral yang murni. Industri hiburan swasta di kota-kota besar juga membenarkan minuman keras digunakan oleh para pelanggan tanpa mempedulikan sama ada mereka itu Muslim atau bukan Muslim. Konsert-konsert anjuran pihak industri swasta sering mengundang para penghibur dari Barat atau Timur yang mendedahkan budaya bebas lepas mereka kepada generasi muda Islam di tanah air kita.Para penghibur tempatan pula suka meniru gaya-gaya baru yang dibawa dari luar. Lambat laun identiti budaya liberal ala Barat atau Bollywood akan menjadi lebih berpengaruh dalam masyarakat Islam di kota. Akhirnya generasi muda Islam tidak lagi tahu menghargai nilai kesederhanaan dan tata susila Islam dalam berhibur sama ada melalui sukan, nyanyian, tarian, teater, filem atau TV. Saluran-saluran hiburan dan media massa yang dimiliki oleh orang Islam atau kerajaan yang berpandukan pendekatan hadhari memikul tanggungjawab moral dalam menghidangkan program atau iklan-iklan hiburan yang tidak melibatkan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama dan nilai-nilai moral. Filem-filem dan program-program TV yang dibanjiri oleh filem-filem Hollywood, Bollywood atau Hong Kong yang membawa mesej keganasan dan keseronokan

nafsu merupakan cabaran kepada keutuhan budaya dan moral masyarakat Islam hadhari kerana kandungan mesej dan nilai-nilai yang ditonjolkan itu jelas berlawanan dengan nilai-nilai kesopanan dan ketamadunan dalam pendekatan Islam hadhari. Oleh itu tanggungjawab mengawal dan menapis bahan-bahan hiburan dari luar itu tidak harus diserahkan semata-mata kepada ibu bapa.Tanggungjawab ini perlu dipertingkatkan oleh pihak yang berkuasa di samping menggalakkan industri hiburan yang menampilkan alternatif-alternatif yang lebih sesuai dengan nilai-nilai moral yang suci lagi mendidik ke arah penghayatan suatu tamadun yang sopan dan beretika. Mesej yang kita perolehi hari ini dari industri hiburan antarabangsa ialah kita harus ketepikan segala norma dan nilai yang menyekat kebebasan kita untuk melakukan apa saja yang dapat memberikan keseronokan nafsu kepada kita sama ada dengan dadah, minuman keras, hubungan seksual atau pergaulan bebas yang bersifat erotik. Just do it menjadi slogan baru untuk kebebasan tanpa batas agama, budaya atau moral. Pendekatan Islam hadhari dalam dunia hiburan dan T.V. harus berhadapan dengan cabaran ini dan pihak yang berkuasa yang beragama Islam tidak boleh menanggapnya sebagai suatu perkara remeh-temeh. 5.4 Cabaran daripada Penyalahgunaan Dadah, Minuman Keras dan HIV/AIDS

Ancaman penyalahgunaan dadah sudah lama menjadi Musuh Negara Nombor Satu dan peperangan menentang ancaman ini masih terus dilakukan. Tetapi statistik dan data menunjukkan bahawa gejala ini tetap berada pada tahap yang serius meskipun pelbagai cara telah dilakukan untuk mencegah atau mengurangkannya. Tiap tahun ribuan pemuda, kebanyakkannya orang Melayu, menjadi mangsa najis dadah yang kemudiannya mendorong mereka ke arah gaya hidup yang tidak bermoral dan tidak bertamadun. Banyak kegiatan jenayah dan anti-sosial yang lain berpunca daripada atau berkaitan dengan budaya penagihan dadah. Di samping itu amalan minuman keras yang jelas diharamkan oleh Islam didapati mulai menjangkiti golongan remaja Melayu sewaktu mereka berparti dan berpesta di tempat-tempat hiburan di kota-kota besar. Peningkatan gejala HIV/AIDS yang rapat kaitannya dengan penyalahgunaan dadah juga semakin serius dewasa ini sehingga pihak yang berkuasa menganggapnya sudah sampai ke tahap darurat.Sebahagian besar pengidap-pengidap penyakit HIV/AIDS ialah orang Melayu yang terlibat dengan gejala penagihan dadah, termasuk mereka yang berada di dalam Pusat-pusat Serenti.Ini menunjukkan bahawa aktiviti hubungan seks sejenis (homoseks) semakin merebak di kalangan orang Melayu walaupun masyarakat Melayu, sebagai masyarakat beragama Islam tahu bahawa dadah itu haram dan hubungan homoseksual itu satu dosa besar yang dikutuk sekeras-kerasnya oleh agama Islam.Keadaan darurat ini telah mendorong

pihak kerajaan untuk mengambil langkah-langkah yang drastik bagi mengurangkan penyakit sosial yang merbahaya ini. Langkah-langkah drastik yang dicadangkan ini termasuk a) memberikan suntikan methadone sebagai ganti kepada dadah merbahaya, b) memberikan jarum-jarum suntikan secara percuma, dan c) memberikan kondom percuma supaya penyakit AIDS tidak merebak. Langkahlangkah ini apabila dilaksanakan kelak akan dijalankan di bawah pengawasan rapi pihak berkuasa kementerian berkenaan supaya ia mencapai matlamat yang positif. Walau bagaimanapun pengaruh budaya gay yang menggalakkan dan menghalalkan hubungan seks sejenis semakin berkembang di negara-negara Barat dan perkahwinan sejenis sudahpun diiktiraf sebagai sah dari segi undang-undang negara di Belanda, Belgium dan Sepanyol. Negara Kanada dijangka akan mengikut jejak langkah negara-negara Eropah itu. Sikap yang tegas menentang dan mengharamkan gaya hidup gay ini di Malaysia perlu mendapat sokongan semua kaum supaya wabak HIV/AIDS dapat dibendung dan keutuhan institusi keluarga dan perkahwinan yang dihormati oleh agama dapat dipertahankan. 5.5 Cabaran daripada Budaya Rasuah, Urus Tadbir Yang Pincang dan Penyalahgunaan Kuasa

Oleh kerana gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa didapati semakin berkembang dan telah menjejaskan imej negara Malaysia, kerajaan telah melancarkan Pelan Integriti Nasional pada tahun 2004 dan mendirikan Institut Integriti Malaysia dalam usaha membenteras amalan-amalan tidak bermoral dan tidak beretika dalam sektor awam dan sektor swasta, di samping meningkatkan budaya pengurusan yang baik dan penyampaian khidmat yang lebih beramanah. Dengan adanya Pelan Integriti Nasional, semua kementerian kerajaan dan institusiinstitusi di bawah kementerian termasuk universiti-universiti awam dikehendaki melaksanakan strategi memperkukuhkan budaya integriti dalam institusi masingmasing. Undang-undang yang mencegah amalan-amalan tidak berintegriti, kod-kod etika yang lebih efektif, peraturan-peraturan yang dilaksanakan secara telus dan konsisten, dan pembaikan sistem gaji dan imbuhan yang saksama perlu diperbanyakkan di samping bertambahnya tindakan-tindakan tegas mahkamah atau pihak berkuasa yang bertindak tanpa segan atau takut ke atas mereka yang terlibat dengan jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Orang Islam, sama ada pentadbir, pegawai kerajaan, peniaga, profesional, ahli korporat atau ahli politik tidak sepatutnya menjadi penerima atau pemberi rasuah untuk mendapat sebarang kepentingan peribadi kerana perbuatan itu merupakan satu daripada dosa-dosa besar yang mengundang kecelakaan di dunia dan azab dan kesengsaraan yang pedih di hari kemudian. Rasulullah (S.A.W.) memberi amaran yang keras apabila beliau bersabda, Pemberi rasuah dan penerima rasuah, keduaduanya akan berada dalam api neraka. Tetapi kelemahan iman, akhlak dan

perasaan tamak boleh mendorong seorang Muslim menjadi alpa lalu ia tunduk kepada desakan hawa nafsu yang bakal menghancurkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Oleh itu contoh yang baik dan tegas yang ditunjukkan oleh pemimpin negara dan pemimpin masyarakat dalam memerangi gejala rasuah dan membudayakan nilainilai integriti dalam pentadbiran kerajaan perlu mendapat sokongan semua pihak, kerana pentadbiran dan kerajaan yang dijiwai oleh pendekatan Islam hadhari ialah pentadbiran dan kerajaan yang bersih daripada rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Tekad kerajaan melalui Pelan Tindakan Nasional untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi birokrasi, tadbir urus korporat dan etika perniagaan, pemantapan institusi keluarga dan kualiti hidup adalah serasi dengan kaedah Islam hadhari dan kriteria ketamadunan dari kacamata Islam. Oleh yang demikian masyarakat Islam di Malaysia harus berusaha mencerminkan kekuatan integriti yang diajar oleh agama Islam supaya ia dihormati oleh masyarakat Barat dan Timur. 5.6 Cabaran daripada Budaya Politik Kebencian dan Kefanatikan

Keutuhan budaya dan moral masyarakat Malaysia juga telah mengalami kerosakan dan kelunturan yang teruk akibat daripada budaya politik kepartian yang penuh dengan amalan fitnah memfitnah, rasuah, maki hamun, tuduh menuduh, tipu muslihat, pembohongan, buruk sangka, hasad dengki dan mengumpat. Perbuatanperbuatan tidak bermoral ini banyak berlaku menjelang pilihanraya dan dalam kempen-kempen parti politik.Ia juga dicerminkan dalam akhbar-akhbar atau penerbitan milik parti-parti. Ahli-ahli parlimen juga tidak terlepas daripada pengunaan bahasa yang tidak beradab di dalam sesi parlimen dengan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak beretika terhadap anggota-anggota parti lawan.Di sebalik perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral ini ialah perasaan benci dan buruk sangka yang mendalam terhadap individu-individu atau parti lawan, dasar-dasarnya yang berlainan dan pengikut-pengikutnya yang berfikiran sempit, terlalu emosional dan fanatik. Persaudaraan dan silaturrahmi umat Islam di Malaysia dirosakkan oleh sentimen kebencian yang tebal dan prasangka yang buruk terhadap orang Islam lain yang tidak mengikuti haluan politik yang sama. Budaya hormat-menghormati dan berlapang dada terhadap saudara seagama dan sebangsa telah bertukar kepada budaya permusuhan dan kebencian akibat daripada ketidakmatangan dan kefanatikan berpolitik dalam suatu sistem demokrasi berparlimen yang berlandaskan kepada sistem Inggeris. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang matang, perbezaan ideologi politik tidak menjejaskan hubungan yang baik dan saling hormat menghormati di antara pemimpin-pemimpin atau pengikut-pengikut parti yang berlainan haluan. Pendirian-

pendirian yang berbeza disampaikan dan diutarakan dengan cara yang sopan dan bermoral. Persaingan untuk mendapat atau mempertahankan kekuasaan politik tidak dibenarkan membawa kepada permusuhan mendalam yang memutuskan hubungan keagamaan atau kekeluargaan. Ketinggian tamadun dan adab dapat dilihat daripada perdebatan-perdebatan politik di parlimen atau di media massa yang menekankan hujah-hujah yang rasional, objektif dan menarik tanpa diwarnai oleh api kebencian atau penggunaan bahasa yang kesat dan kasar. 6. PENGETAHUAN TENTANG KEUTAMAAN AKHLAK YANG MULIA

Satu daripada punca berlakunya keruntuhan nilai-nilai murni dalam masyarakat Islam di Malaysia masa kini ialah kurangnya atau lemahnya pengetahuan umat Islam sendiri tentang kedudukan akhlak dalam agama Islam. Islam difahami dan ditanggapi oleh sebahagian umat sebagai sistem ibadah khusus sahaja merangkumi kelima-lima Rukun Islam. Kesempurnaan beragama dirasakan sudah memadai dengan menunaikan sembahyang lima waktu, zakat, puasa dan haji. Isi al-Quran dan hadith tentang nilai-nilai akhlak tidak diketahui dan ketinggian akhlak atau budi pekerti pemimpin-pemimpin Islam zaman silam tidak dipelajari.Oleh itu ilmu tentang keutamaan akhlak yang mulia dalam Islam dititikberatkan, perlu diketengahkah dan disebarluaskan dalam masyarakat Islam khususnya dan masyarakat bukan Islam amnya. Kejahilan orang-orang Islam tentang peri pentingnya akhlak yang mulia sebagai matlamat beragama ditambah dengan kejahilan tentang ciri-ciri serta tanggungjawab orang-orang yang beriman (mukmin) membuka jalan-jalan bagi mereka untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran-ajaran moral yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (s.a.w.).Apabila dorongan dan asakan hawa nafsu menjadi kuat dan fikiran dikalahkan oleh emosi, mereka tidak berupaya mengawal dorongan-dorongan itu, lalu berlakulah tindak tanduk dan perbuatan yang dilarang oleh agama. Kajian-kajian yang telah dibuat di Malaysia tentang beberapa gejala sosial di Malaysia masa kini seperti sumbang mahram, penyalahgunaan dadah dan HIV/AIDS menunjukkan bahawa kejahilan ilmu agama di kalangan belia dan orang dewasa juga merupakan salah satu faktor pendorong ke arah perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral itu

Anda mungkin juga menyukai