Anda di halaman 1dari 10

KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN

C3009/ UNIT 3 / 1

UNIT 3 : KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN

OBJEKTIF

Objektif Am : Mempelajari dan memahami konsep tekanan dan turus tekanan bendalir. Objektif khusus : Di akhir unit ini pelajar akan dapat : 1. Menyatakan konsep tekanan, turus tekanan dan menunjukkan gambarajah taburan tekanan. 2. Mentakrifkan jenis tekanan seperti tekanan atmosfera.

3. Menggunakan persamaan tekanan bagi menyelesaikan pengiraan.

KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN

C3009/ UNIT 3 / 2

INPUT

3.0

Pengenalan

Apabila sebuah tin kosong direndam di bawah paras air, dinding tin kosong tersebut akan mengalami perubahan bentuk (deformation) kearah pusat graviti. Perubahan yang berlaku menenjukkan terdapat daya-daya yang bertindak keatasnya. Daya-daya ini dinamakan daya tekanan(pressure forces) . secara amnya daya ini bertindak pada arah normal permukaan yang bersentuhan dengan air. Semakin dalam tin direndam dari permukaan air, semakin teruk teruk perubahan yang berlaku pada dinding tin. Ini menunjukkan bahawa daya tekanan meningkat dengan kedalaman air. Pemerhatian pada permukaan bentuk pula akan menunjukkan bahawa daya-daya tekanan bertindak pada semua arah dan pada magnitud yang sama.

3.1 Tekanan Hidrostatik Hidrostatik ialah bahagian hidraulik yang berkenaan dengan tekanan di dalam bendalir yang tidak bergerak. Cecair yang tidak bergerak tidak mempunyai tegasan tangen atau ricih di antara kumin-kumin cecair tersebut.

Semua daya bertindak normal kepada permukaan sempadan atau antara bahagian-bahagian di dalamnya dan ia bebas dari akibat kelikatan. Daya yang bertindak hanya dihasilkan daripada tindakan graviti.
Daya-daya yang bertindak adalah normal terhadap permukaan bebas
Jasad yang ditenggelamkan secara bebas di dalam air

Rajah 3.1

KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN

C3009/ UNIT 3 / 3

3.1.1 Keamatan Tekanan Dalam Cecair Perhatikan gambarajah 3.2 dibawah, jumlah tekanan yang bertindak keatas permukaan yang tenggelam adalah berkadar terus dengan kedalaman. tekanan atmosfera diabaikan

Cecair Berat Spesifik,

Tekanan Mutlak

AGIHAN TEKANAN Rajah 3.2

Keamatan tekanan ialah jumlah tekanan atmosfera dan berat bendalir pada satu unit keluasan pada satu titik atau permukaan. Biasanya keamatan tekanan disebut sebagai tekanan sahaja.

Tekanan pada kedalaman h ialah h Tekanan, P = h kN/m2 = gh -------(3.1) di mana h diukur secara pugak

Tekanan di dalam air adalah berkadar terus dengan kedalaman di dalam bendalir boleh ditunjukkan dengan segitiga seperti di dalam gambarajah di atas.

Jika terdapat satu jasad kecil berada di dalam bendalir yang tidak bergerak, keamatan tekanan mestilah sama nilai semua arah untuk mengekalkan keseimbangan. Garis tindakan daya tekanan mestilah perpendikular kepada mana-mana permukaan jasad tersebut. Mana-mana dua titik yang berada atas satu satah ufuk yang sama mestilah mempunyai tekanan yang sama.

KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN

C3009/ UNIT 3 / 4

Bacaan untuk keamatan tekanan boleh dirujukkan kepada datum (Rajah 3.3) iaitu tekanan atmosfera. Tolok-tolok tekanan diubah kepada nilai sifar dan akan memberi bacaan tekanan samada di atas datum (tekanan tolok) atau di bawah datum (tekanan hampagas). Oleh itu bacaan-bacaan tolok sebenarnya mengukur perbezaan tekanan.

Tekanan Tolok
Tekanan Mutlak

Tekanan Atmosfera

DATUM Tekanan Atmosfera

Sifar Mutlak sebenar)

hampagas

Rajah 3.3 3.1.2 Takrifan beberapa jenis tekanan i. Tekanan atmosfera- ialah tekanan yang disebabkan oleh atmosfera di permukaan bumi. Ia adalah bersamaan dengan 10.35m turus air atau 769mmHg (turus raksa). ii. iii. Hampagas ialah ruang yang kosong di mana tekanan adalah sifar. Tekanan tolok ialah keamatan tekanan diukur berbanding dengan tekanan atmosfera. iv. Tekanan mutlak ialah keamatan tekanan diukur dari sifar mutlak, yakni hampagas sebenar. Dari itu,

Tekanan Mutlak = Tekanan Tolok + Tekanan Atmosfera.

KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN

C3009/ UNIT 3 / 5

Contoh 3-1-1

[contoh mudah]

Seorang penyelam bekerja 18m dibawah permukaan laut. Kirakan tekanan yang dialaminya yang disebabkan oleh turus air. (berat tentu air = 10000 N/m3) Penyelesaian:= h kN/m2 =10,000 X 18 =18,000N/m2 =180kN/m2.

Tekanan P

Tekanan di suatu titik dalam cecair boleh disebut ketinggian turus cecair tersebut ( h).

Contoh 3-1-2

[contoh mudah]

Kirakan turus air bagi keamatan tekanan 340 000 N/m2.

Penyelesaian :P = 340,000 maka P = gh h= = = P/ g 340,000 1000 X 9.81 34.06 m

KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN Aktiviti 3.0

C3009/ UNIT 3 / 6

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA..1

1. Lukiskan taburan tekanan yang bertindak keatas dinding tangki yang mengandungi minyak dan air pada gambarajah dibawah.

Minyak Air

2. Berdasarkan rajah dibawah lukiskan arah tindakan daya keatas jasad yang tenggelam didalam bendalir.

3. Apa yang anda faham tentang tekanan-tekanan berikut a) Tekanan atmosfera b) Hampagas c) Tekanan tolok d) Tekanan mutlak

KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN

C3009/ UNIT 3 / 7

3. Tentukan ketinggian turus cecair jika ketumpatan bandingan raksa ialah 13.5

4. Tentukan tekanan pada dasar tangki jika ketumpatan minyak ialah 800kg/m3

minyak

1m

Air

6m

KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN

C3009/ UNIT 3 / 8

MAKLUM BALAS AKTIVITI 3.0 1.


Minyak Air P1 g1h1 + P2 g2h2 P1 g1h1

2.

3. rujuk bahagian 3.1.2

4. Tekanan pada dasar tangki, P = Pm + Pair P = 800x9.81x1 + 1000x9.81x6 = 66708 N/m2 = 66.708kN/m2.

KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN

C3009/ UNIT 3 / 9

PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba semoga berjaya!!!!!!
Kirakan tekanan dalam N/m2 pada kedalaman 500cm dari permukaan sejenis cecair yang mempunyai ketumpatan bandingan 0.8

1.

2.

Sebuah silinder penyukat bergarispusat 50mm diisikan

dengan cecair

yang mempunyai ketumpatan bandingan 0.8 ke aras 100ml. Tentukan berat cecair tersebut dalam N dan ketinggian cecair dalam silinder.

3.

Sejenis cecair berjisim 1600 kg dan memenuhi satu bekas berbentuk selinder. Kirakan berat, ketumpatan, berat tentu dan ketumpatan nisbi cecair jika selinder tersebut berdiameter 90 cm dan ketinggiannya 120 cm.

5.

Sebuah tong bulat yang mempunyai garispusat 1.5m diisikan dengan minyak sedalam 1.5m. Jika ketumpatan bandingan minyak ialah 0.78, dapatkan jumlah daya-daya yang bertindak keatas dasar permukaan tong tersebut.

KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN

C3009/ UNIT 3 / 10

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI Adakah anda telah mencuba dahulu ? Jika YA , sila semak jawapan anda.
1. 2. 3.
4.

39.24 x 10 3 n/M2 0.785n, 50.93MM 15.7kn, 2096 KG/M3, 2.096


20.28kN

Anda mungkin juga menyukai