Anda di halaman 1dari 4

Rendang Tok

......emmmh sedapnya rendang tok ini... Apabila disebut sahaja rendang tok ini, teringatlah kita akan negeri Perak. Rendang tok adalah satu masakan yang berkait rapat dengan orang Perak. Rendang tok ini pula berbeza dari rupa dan rasanya dengan rendang-rendang lain yang terdapat diseluruh daerah dinegara ini. Istimewanya rendang ini adalah ianya disediakan oleh orang lain dan yang mendapat nama ialah orang lain. Disediakan oleh opah tetapi tok yang mendapat nama. Bob tidak tahu sangat bagaimana rendang ini boleh mendapat nama sedemikian, tetapi kawan-kawan yang pintar akal bolehlah mengagak ceritanya dan mungkin boleh dikongsi bersama nanti diruangan komen. Rendang tok ini menjadi kegemaran isteri bob. Pada bob, mak bob adalah seorang yang pakar menyediakan rendang tok ini. Oleh itu bolehlah disimpulkan disini, rendang tok ini adalah juga merupakan salah satu nikmat yang isteri bob perolehi setelah berkahwin dengan orang Perak. Bob sendiri telah menyaksikan bagaimana mak bob menyediakan rendang itu dengan selamba sahaja sambil bersembang dan juga sambil menyediakan masakan-masakan lain pada hari Raya Haji yang lalu. Lagi satu keistimewaan rendang ini amat sesuai menggunakan daging kerbau. Ini mungkin kerena daging kerbau ini lebih kental dari daging lembu dimana rendang ini perlu dimasak lebih lama sedikit. Bob masih ingat lagi bahawa rendang ini juga sebenar adalah menu kesukaan Allahyarham datuk bob. Bercerita tentang tok ini bob masih teringat bagaimana mak bob telah mengajar si Fasya satu rangkap rap untuk mengusik bapa bob sambil beliau sedang sibuk menyediakan rendang toknya tempuhari. Ungkapan sindiran rap ini betul-betul ditujukan kepada bapa bob yang duduk bersandar selamba dikerusi malas. Terbahak-bahak Fasya ketawa menyanyikannya dalam irama rap itu untuk datuknya. Begini bunyinya:"Mata sudah kabur Gigi sudah gugur Uban sudah bertabur Bila berakap air liur sudah bersembur-sembur Kulit pipi sudah kendur Hanya lalu makan bubur Sikit lagi masuk kubur..." Apabila sahaja bapa bob mendengar ungkapan yang diringi gelak ketawa itu dia terus tersenyum panjang. Sambil menjeling pada bob beliau dan berkata dalam nada

perlahan pada Fasya " ...macam lagu Tipah Tertipu Lagi sahaja bunyinya.....". Bob terkejut dan turut tersenyum. Didalam hati bob selalu bertanya, bagaimanakah sebenarnya perasaan yang tersimpan disebalik senyumannya itu. Hanya Allah SWT yang tahu. Kembali kita kepada cerita tentang rendang tok tadi. Sebenarnya bob telah disindir oleh adik bob tentang resepi rendang tok ini adalah rahsia yang tidak patut dihebahkan kepada orang lain. Tetapi bob berpendapat, ilmu yang ada jika tidak disampaikan, samalah seperti orang menghafal quran tetapi tidak mengamalkannya. Jadi kali ini bob akan mendedahkan rahsia resepi rendang tok kepada kawan-kawan sebagai hadiah kerena sering singgah diblog ini. Pada pagi hari selepas Hariraya Haji tempuhari, bob telah pergi kepasar membeli tiga kilo daging kerbau. Daging yang telah dihiris besar bersaiz tiap satu sebesar penumbuk ini kemudiannya dibersihkan. Daging ini kemudiannya telah diperap dan dilumurkan selama lebih dari satu jam dengan bahan-bahan yang telah dikisar terlebih dahulu. Bahan-bahan itu ialah satu kilo bawang besar, sepuluh batang serai, tiga ketul besar halia, dua ringgit cili kering, seketul kecil belacan, satu labu bawang putih, segenggam buah keras bersama dua sudu jintan manis, dua sudu jintan putih, sesudu ketumbar yang telah digoreng kering. Daging itu juga turut diperap bersama sekilo bawang besar yang telah dihiris-hiris bersama hampas seketul besar lengkuas yang telah ditumbuk dan telah diperah airnya. Harus diingat, air lengkuas ini tidak diperlukan dan perlu dibuang. Apabila telah mesra diperap, daging itu kemudiannya dimasukkan kedalam kuali bersama dua kilo santan kelapa dan setengah jag air. Nyalakan api dan kacaulah hingga rata sambil memasukkan seketul gula kabung atau atau gula kelapa atau kalau susah sangat, cukup hanya secawan kecil gula merah. Kemudian masukkan juga setengah kilo kerisik dan garam secukup rasa. Kacaulah lah rendang ini selalu dengan api yang sederhana, sambil sekali lagi ditambah dua cawan air. Rendang ini akan masak kira-kira satu setengah jam kemudiannya. Apabila masak ianya kering dan warnanya betukar menjadi lebih gelap. Pada waktu begini baunya sudah tentu mampu meransang air liur kita meleleh tanpa disedari dan tidak mungkin dapat ditahan-tahan lagi. Ditambah pula apabila lemang kita juga telah boleh diangkat dari tumangnya dan dibelah untuk dihidang atas meja bersama rendang yang masih panas ini. Aduh, betapa nikmat rasanya. Apa macam, bolehlah kita mencuba? Mak bob berpesan, makin selalu kita masak rendang ini semakin mahir kita jadinya dan semakin sedap rasanya.

Rendang adalah masakan tradisional bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya dan disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atauketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduridoa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan.Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak Rendang juga disebut dalam banyak kesusteraan Melayu klassik seperti Hikayat Amir Hamzah yang membuktikan ia adalah masakan Melayu sejak 1550-an.

Bahan-bahan 3 sudu besar minyak kelapa 1 kg daging lembu dipotong dadu 500ml santan 200g kerisik 20g gula melaka Garam secukup rasa Bahan 1 60g bawang besar dikisar 40g bawang putih dikisar 40g cili kering dikisar 30g halia dikisar 30g serai dikisar 20g lengkuas dikisar 20g kayu manis Cara Menyediakannya Tumis semua bahan 1 sehingga pecah minyak dan naik baunya. Masukkan daging lembu, santan, kerisik, gula melaka dan garam. Didihkan sehingga kering dan sedia untuk dihidangkan.

Syarikat Rendang Tok Mak Nik Sdn Bhd 0 Reviews

No. 1 & 3, Persiaran Perindustrian Pengkalan, Tmn Perindustrian Sri Pengkalan, 27, 31500, Lahat, Perak Tel. No: 05Category: Other Food Processing Malaysia

http://maps.google.com.my/maps?q=No.+1+ %26+3,+Persiaran+Perindustrian+Pengkalan,+Tmn+Perindustrian+Sri+Pengkalan, +27,+31500,+Lahat, +Perak&hl=en&ll=4.525838,101.054842&spn=0.012321,0.013797&sll=3.215438,101 .748816&sspn=0.00617,0.006899&hnear=Jalan+Perindustrian+Pengkalan+ %26+Persiaran+Perindustrian+Pengkalan+31,+31650+Ipoh,+Perak&t=h&z=16

Anda mungkin juga menyukai