Anda di halaman 1dari 21

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS JAWI 10 ORANG MURID TAHUN 2 OPTIMIS MENGGUNAKAN TEKNIK DALIL AVU ZAR ZAD

DALILAH BINTI DESA

SK BUKIT KALAM PETI SURAT 81097 87020 WP LABUAN (0123725032)

2011

PENGHARGAAN Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan Kajian Tindakan ini. Sepanjang saya menjalankan kajian ini, saya mendapat sokongan dan kerjasama yang tidak ternilai daripada pelbagai pihak. Kesempatan ini saya ambil bagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang berkenaan. Pertamanya, jutaan terima kasih kepada pengetua dan barisan pentadbir yang lain yang begitu bersungguh-sungguh membantu dan memudahkan kajian saya serta tidak putus-putus memberi sokongan yang padu. Kepada pegawai-pegawai di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan yang begitu komited membantu memberi kefahaman tentang Kajian Tindakan, penyelaras Kajian Tindakan Wilayah Persekutuan Labuan, Puan Hajah Khaziati Osman, kepada Juru latih Utama Kajian Tindakan, Puan Kartini Ahmad, yang sentiasa memberi tunjuk ajar tanpa jemu. Tidak lupa kepada rakan-rakan guru yang sentiasa memberi kerjasama yang dapat melancarkan lagi proses saya menjalankan kajian ini. Khusus kepada anak-anak murid yang terlibat secara langsung sebagai sampel kajian, kerjasama dan kesungguhan mereka mengikuti aktiviti yang saya jalankan sangat mengharukan dan sangat dihargai. Akhir sekali penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas untuk suami dan anak-anak tercinta, sokongan dan kasih sayang kalian merupakan dorongan yang sangat tinggi nilainya bagi mencapai kejayaan ini. Allah S.W.T. jua yang dapat membalas segala jasa dan budi yang dihulurkan.

1 ABSTRAK Sikap dan tingkahlaku 10 orang murid Tahun 2 Optimis semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Jawi menunjukkan mereka tidak begitu berminat dengan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Jawi. Punca masalah yang utama ialah kerana mereka tidak mengenal huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi serta tidak mahir menyambung antara huruf-huruf tunggal Jawi. Maka fokus kajian ini adalah untuk menangani masalah tersebut dengan memperkenalkan satu kaedah baru bagi membantu murid tersebut mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi serta satu kaedah baru bagi meningkatkan kemahiran mereka menyambung antara huruf-huruf Jawi. Tinjauan awal menunjukkan 10 orang murid tersebut gagal dalam ujian mengenal huruf dan gagal juga dalam ujian menyambung huruf. Soal selidik bagi mengukur minat mereka terhadap P&P mata pelajaran Jawi menunjukkan bahawa bagi semua item, skor min yang dicapai adalah di bawah 3. Setelah Kad Dalil Avu Zar Zad digunakan, maka didapati 10 orang murid tersebut dapat mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan dapat juga menyambung huruf-uruf Jawi dengan betul. Ujian pos yang dijalankan menunjukkan 100% murid lulus dalam ujian mengenal huruf manakala dalam ujian menyambung huruf peratus lulus adalah 80%. Min minat yang dicapai selepas program juga telah meningkat kepada skor min 4. Dapat dirumuskan, kemahiran murid dalam menulis Jawi telah dapat ditingkatkan setelah menggunakan Kad Dalil Avu Zar Zad. Penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam amalan P&P bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID-MURID TAHUN 2 OPTIMIS DALAM MENULIS JAWIMENGGUNAKAN KAEDAH DALIL AVU ZAR ZAD DALILAH BINTI DESA SK BUKIT KALAM PETI SURAT 81097 87020 WP LABUAN Abstrak
Murid-murid tahun 2 Optimis menghadapi masalah dalam kemahiran menulis jawi dan lemah dalam kemahiran menyambung huruf-huruf tunggal jawi. Masalah ini menyebabkan mereka hilang minat terhadap mata pelajaran jawi. Untuk menangani masalah ini, kajian ini bertujuan untuk mencari pendekatan terbaik menggunakan formula paling mudah bagi murid menulis jawi serta mengenali huruf jawi tunggal yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung. Program Dalil Avu Zar Zad telah diperkenalkan. Kemahiran murid bagi menulis suku kata terbuka dan tertutup cuba ditingkatkan dengan menggunakan Teknik Dalil, manakala kemahiran murid untuk mengenali huruf tunggal jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung telah cuba ditingkatkan dengan Teknik Avu Zar Zad. Dapatan kajian ini menunjukkan murid-murid yang selama ini langsung tidak tahu menulis perkataan jawi dan tidak tahu menyambung huruf-huruf tunggal jawi mampu melakukannya dengan penuh keyakinan. Setiap kali menjalankan P&P, mereka begitu khusyuk tunduk dan menulis jawapan tanpa ragu-ragu. Dapat dirumuskan, kemahiran murid dapat ditingkatkan sekiranya kita mampu menggunakan kaedah yang sesuai dengan tahap mereka. Amalan penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam amalan P&P bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru .

3 Panduan penulisan Abstrak: 1. Mengapa kajian dijalankan? Apa yang mendorong anda untuk menjalankan kajian? (Why did you start? What motivate you?) Murid-murid tahun 2 Optimis menghadapi masalah dalam kemahiran menulis jawi dan lemah dalam kemahiran menyambung huruf-huruf tunggal jawi. Masalah ini menyebabkan mereka hilang minat terhadap mata pelajaran jawi. 2. Apa yang anda cuba buktikan/cuba kenal pasti? (what did you try to do?) Untuk menangani masalah ini, kajian ini bertujuan untuk mencari pendekatan terbaik menggunakan formula paling mudah bagi murid menulis jawi serta mengenali huruf jawi tunggal yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung. 3. Apa yang anda buat? (What did you do?) Program Dalil Avu Zar Zad telah diperkenalkan. Kemahiran murid bagi menulis suku kata terbuka dan tertutup cuba ditingkatkan dengan menggunakan Teknik Dalil, manakala kemahiran murid untuk mengenali huruf tunggal jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung telah cuba ditingkatkan dengan Teknik Avu Zar Zad. 4. Apa yang anda temui? (what did you find?/what answer do you obtain?) Dapatan kajian ini menunjukkan murid-murid yang selama ini langsung tidak tahu menulis perkataan jawi dan tidak tahu menyambung huruf-huruf tunggal jawi mampu melakukannya dengan penuh keyakinan. Setiap kali menjalankan P&P, mereka begitu khusyuk tunduk dan menulis jawapan tanpa ragu-ragu. 5. Apa maknanya? (What does it means?) Kesimpulan/implikasi. Dapat dirumuskan, kemahiran murid dapat ditingkatkan sekiranya kita mampu menggunakan kaedah yang sesuai dengan tahap mereka. Amalan penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam amalan P&P bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru.

Panduan Untuk Menulis Abstrak 1. Isu/masalah

2. Kumpulan sasaran

3. Fokus Kajian

4. Tinjauan Awal

5. Intervensi yang dijalankan

6. Hasil Intervensi

7. Cadangan/rumusan

KANDUNGAN PENGHARGAAN ABSTRAK KANDUNGAN 1.0 REFLEKSI P&P YANG LALU 2.0 FOKUS KAJIAN 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 4.0 KUMPULAN SASARAN 5.0 PERANCANGAN 6.0 TINJAUAN AWAL 7.0 PELAKSANAAN AKTIVITI INTERVENSI 8.0 PENILAIAN 9.0 REFLEKSI KAJIAN 10.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA RUJUKAN LAMPIRAN Halaman i ii iii 1 2 3 4 4 6 8 11 13 13 12 13

2.0

FOKUS KAJIAN

Kemahiran menulis Jawi merupakan tunjang kepada pencapaian baik Pendidikan Islam dalam peperiksaan PMR dan SPM. Oleh kerana itu, saya harus mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah 10 orang murid Tahun 2 Optimis yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis Jawi. Saya telah dapat mengenal pasti punca utama mereka tidak dapat menulis Jawi dengan baik ialah tidak mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan tidak tahu bagaimana untuk menyambung antara huruf-huruf Jawi. Maka saya akan menggunakan teknik baru yang akan membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Teknik baru yang saya namakan sebagai Dalil Avu Zar Zad akan digunakan bagi membantu mereka mengenali huruf-huruf Jawi yang mewakili huruf-huruf Rumi dan membantu mereka menulis suku kata mudah dalam Jawi. Seterusnya saya akan menggunakan formula baru yang akan membantu murid mengenali huruf tunggal Jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung. Menggunakan 10 orang murid Tahun 2 Optimis sebagai sampel kajian sangat bertepatan kerana sebagai guru Jawi mereka, saya dapat berhubung dengan murid-murid tersebut secara langsung untuk mengaplikasikan formula yang saya perkenalkan. Selain itu, aktiviti memberi mereka ujian dan meminta mereka menjawab soal selidik akan dapat dijalankan dengan lebih mudah. Saya berharap hasil analisis data akan dapat membantu saya mengenal pasti sama ada intervensi yang saya laksanakan dapat meningkatkan kemahiran murid dalam menulis Jawi.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Berikut ialah objektif umum dan objektif khusus bagi kajian ini: 3.1 Objektif Umum

Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan kemahiran 10 orang murid Tahun 2 optimis menulis Jawi dengan meningkatkan kemahiran mereka mengenali huruf-huruf Jawi yang mewakili huruf-huruf Rumi serta membantu mereka menulis suku kata mudah menggunakan Teknik Dalil dan mengenali huruf tunggal Jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung menggunakan Teknik Avu Zar Zad. Diharapkan dengan teknik yang diperkenalkan, murid-murid tersebut dapat menguasai kemahiran menulis Jawi dengan baik serta akan lebih meminati mata pelajaran Jawi. Seterusnya diharapkan mereka akan dapat mencapai pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM yang akan mereka jalani semasa di peringkat menengah nanti. 3.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut: i. ii. iii. Untuk memastikan 100% murid Tahun 2 optimis lulus dalam ujian mengenal pasti huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi setelah menggunakan Teknik Dalil. Untuk memastikan 100% murid Tahun 2 Optimis lulus dalam ujian mengenal pasti huruf-huruf Jawi yang boleh dan tidak boleh disambung setelah menggunakan Teknik Avu Zar Zad. Untuk meningkatkan skor min minat murid Tahun 2 Optimis terhadap mata pelajaran Jawi setelah menggunakan Kad Dalil Avu Zar zad

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid Tahun 2 Optimis di SK Bukit Kalam yang menghadapi masalah dalam menulis Jawi. Daripada pemerhatian, mereka adalah kumpulan murid yang paling memerlukan bantuan untuk meningkatkan kemahiran menulis Jawi. Saya mengambil keputusan untuk menjalankan kajian ke atas murid-murid ini untuk mengenal pasti keberkesanan intervensi dalam membantu murid-murid yang tidak dapat mengikuti P&P melalui kaedah tradisional yang dijalankan selama ini.

5.0

TINJAUAN AWAL

10 orang murid 2 Optimis yang dipilih sebagai sampel kajian adalah hasil pemerhatian semasa pengajaran dan latihan. Ujian pra dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran murid dalam menulis Jawi. Saya memberikan dua jenis kertas soalan berbeza kemahiran dalam tempoh masa yang berbeza. Pertama, soalan untuk mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan menulis suku kata mudah Jawi daripada perkataan dalam tulisan Rumi. Manakala soalan kedua adalah untuk menyambung huruf-huruf tunggal Jawi. Soalan yang dikemukakan merangkumi semua subtopik dalam Jawi (Lampiran E). Setelah murid selesai menjawab, kertas jawapan mereka dikutip dan jawapan mereka dianalisis. Jawapan murid tidak dibincangkan kerana soalan yang sama akan digunakan untuk ujian pos. Jadual 4 di bawah menunjukkan keputusan prestasi yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam ujian pra: Jadual 4 Analisis Keputusan Ujian Pra Julat markah Gred

10 8-9 6-7 4-5 2-3 0-1

A B C D E

Tulis Suku Kata Mudah Tanpa Kad Mengenal huruf Yang Boleh Dalil Disambung Dan Tidak Boleh Disambung Serta Menyambungnya Tanpa Kad Avu Zar Zad Bilangan Murid Peratus Bilangan Murid Peratus 0 0% 0 0% 0 0% 0 0% 0 0% 0 0% 0 0% 0 0% 5 50% 3 30% 5 50% 7 70%

Berdasarkan dapatan dalam Jadual 4, daripada 10 orang murid yang mengambil ujian pra untuk menulis suku kata mudah tanpa Kad Dalil, tiada seorang pun murid yang mencapai gred A hingga C. 5 orang murid mencapai Gred D (50%) manakala 5 orang murid lagi mencapai gred E (50%). Untuk ujian pra bagi mengenal huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung serta menyambungnya tanpa Jadual Avu Zar Zad, tiada seorang pun murid yang mendapat gred A hingga C. 3 orang (30%) mencapai gred C manakala 7 orang lagi mencapai gred E (70%). Dapatan ini menunjukkan bahawa murid yang menjadi sasaran kajian sememangnya mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran menulis Jawi. Daripada pemerhatian juga, didapati kebanyakan murid-murid .

5.0

TINJAUAN AWAL

10 orang murid 2 Optimis yang dipilih sebagai sampel kajian adalah hasil pemerhatian semasa pengajaran dan latihan. Ujian pra dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran murid dalam menulis Jawi. Saya memberikan dua jenis kertas soalan berbeza kemahiran dalam tempoh masa yang berbeza. Pertama, soalan untuk mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan menulis suku kata mudah Jawi daripada perkataan dalam tulisan Rumi. Manakala soalan kedua adalah untuk menyambung huruf-huruf tunggal Jawi. Soalan yang dikemukakan merangkumi semua subtopik dalam Jawi (Lampiran E). Setelah murid selesai menjawab, kertas jawapan mereka dikutip dan jawapan mereka dianalisis. Jawapan murid tidak dibincangkan kerana soalan yang sama akan digunakan untuk ujian pos. Jadual 4 di bawah menunjukkan keputusan prestasi yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam ujian pra: Jadual 4 Analisis Keputusan Ujian Pra Julat markah Gred

10 8-9 6-7 4-5 2-3 0-1

A B C D E

Tulis Suku Kata Mudah Tanpa Kad Mengenal huruf Yang Boleh Dalil Disambung Dan Tidak Boleh Disambung Serta Menyambungnya Tanpa Kad Avu Zar Zad Bilangan Murid Peratus Bilangan Murid Peratus 0 0% 0 0% 0 0% 0 0% 0 0% 0 0% 0 0% 0 0% 5 50% 3 30% 5 50% 7 70%

Berdasarkan dapatan dalam Jadual 4, daripada 10 orang murid yang mengambil ujian pra untuk menulis suku kata mudah tanpa Kad Dalil, tiada seorang pun murid yang mencapai gred A hingga C. 5 orang murid mencapai Gred D (50%) manakala 5 orang murid lagi mencapai gred E (50%). Untuk ujian pra bagi mengenal huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung serta menyambungnya tanpa Jadual Avu Zar Zad, tiada seorang pun murid yang mendapat gred A hingga C. 3 orang (30%) mencapai gred C manakala 7 orang lagi mencapai gred E (70%). Dapatan ini menunjukkan bahawa murid yang menjadi sasaran kajian sememangnya mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran menulis Jawi. Daripada pemerhatian juga, didapati kebanyakan murid-murid .

6.0

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN, ANGGARAN PERBELANJAAN DAN ALAT BANTU MENGAJAR

Kajian ini akan melibatkan saya sendiri sebagai pengkaji dan 10 orang murid Tahun 2 Optimis sebagai sampel kajiian. Di bawah ini ialah jadual pelaksanaan kajian dalam tempoh masa yang telah ditentukan: Jadual 1 Pelaksanaan Kajian Dalam Tempoh Masa 3 Bulan Bulan Minggu Aktiviti Mac 1 Tinjauan Awal: i. Mereka bentuk soalan untuk ujian pra dan ujian pos bagi mengenal pasti kemahiran murid ii. Mereka bentuk soal selidik (10 soalan) iii. Menjalankan ujian pra (20 minit) iv. Mengedarkan soal selidik kepada murid dan mengumpul semula selepas 10 minit v. Membuat perhatian terhadap sikap murid sebelum aktiviti intervensi

Catatan i. Soalan ujian seperti di Lampiran A ii. Soal Selidik seperti di Lampiran B iii. Perkara-perkara di perhatikan seperti di lampiran C

Mac

2&3

Analisis Data Tinjauan awal: i. Menganalisis, merekod dan melapor markah ujian pra bilangan dan peratus yang lulus/yg dapat menjawab dengan betul. ii. Menganalisis data soal selidik - menentukan nilai min bagi mengukur minat/persepsi murid pada mata pelajaran Jawi dan bilangan serta peratus bagi setiap kategori skala iii. Melaporkan dapatan analisis data soal selidik dalam Jadual iv. Melaporkan dapatan pemerhatian Merancang dan menyusun aktiviti intervensi: i. Aktiviti I: Mereka bentuk Kad Dalil Avu Zar Zad dan memperkenalkan kad kepada murid-murid. Murid akan diperkenalkan terlebih dahulu dengan Teknik Dalil - Menggunakan Jadual kunci huruf yang mengandungi huruf-huruf tunggal Rumi bersamaan huruf tunggal Jawi (Contoh Kad di Lampiran C) ii. Aktiviti II: Memberi soalan latih tubi untuk mengenal pasti kemahiran murid mengenal pasti huruf dan kemahiran murid menulis suku kata mudah. iii. Aktiviti IV: Memperkenalkan Teknik Avu Zar Zad iv. Aktiviti V: Memberi latih tubi - murid perlu menulis jawapan bagi perkataan bagi mengesan kemahiran mereka mengenali huruf-huruf yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung. Melaksanakan aktiviti intervensi sebagaimana yang Nota: semua aktiviti

Mac

April

1-3

dirancang secara satu persatu Melakukan pemerhatian dan membuat perekodan terhadap perubahan sikap dan tingkah laku murid April 4 Menjalankan ujian pos untuk menilai tahap perubahan tingkah laku terhadap teknik yang diperkenalkan. Mengedar soal selidik untuk dijawab oleh murid Menganalisis data ujian pos Menganalisis data soal selidik Menyediakan jadual dan pelaporan hasil analisis data Menulis refleksi kajian dan membuat cadangan Mengemas kini laporan - editing, memastikan isi kandungan, rujukan dan lampiran dilengkapkan Menjilid laporan dan bersedia untuk dihantar ke PPD.

akan divideokan

Mei

2 3 4

Anggaran Perbelanjaan Kajian Untuk menjalankan kajian ini, saya telah mengenal pasti bahan dan kos yang akan terlibat. Jadual di bawah menunjukkan perincian bagi bahan dan anggaran perbelanjaan kajian: Jadual 2 Anggaran Perbelanjaan Kajian Bil Butiran 1 2 3 4 5 6 Kertas mahjung Kertas A4 Dakwat pencetak Artline Bahan fotostat Thum drive

Harga Per unit x unit (RM) 0.20 x 10 10.00 x 1 rim 80.00 x 1 katraj 3.00 x 3 0.50 x 50 helai 40.00 x 1

Jumlah (RM) 20.00 10.00 80.00 9.00 2.60 40.00

Alat Bantu Mengajar Senarai ABM yang digunakan (jika ada) juga boleh disediakan dalam satu jadual, contoh dengan format berikut Jadual 3 Alat Bantu Mengajar Yang Digunakan Bil Jenis ABM 1 Kad Dalil Avu Zar Zad

Kuantiti 10

7.0

PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNIK DALIL AVU ZAR ZAD

Teknik Dalil Avu Zar Zad adalah satu formula mudah bagi mengatasi masalah murid dalam menulis Jawi. Teknik Dalil adalah menggunakan Jadual Kunci Huruf yang mengandungi huruf-huruf yang mewakili huruf-huruf tunggal Rumi bersamaan huruf tunggal Jawi. Teknik Avu Zar Zad pula adalah Jadual yang menunjukkan huruf-huruf Jawi yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung dengan huruf selepasnya. Huruf hamzah, alif, va, wau, zai, ro, zal dan dal atau dikenali sebagai Avu Zar Zad adalah huruf-huruf yang tidak boleh disambung. Pada kad, selepas huruf-huruf ini diletakkan symbol ( - ). Huruf-huruf Jawi selain daripada huruf-huruf Avu Zar Zad boleh disambung dengan huruf-huruf lain selepasnya. Pada kad, simbol (+) diletakkan. Berikut ialah aktiviti intervensi yang dijalankan berdasarkan Teknik Dalil Avu Zar Zad: i. Aktiviti I: Memperkenalkan Teknik Dalil Saya memberikan Kad Dalil Avu Zar Zad kepada setiap murid dan mengajar mereka bagaimana untuk menggunakan kad tersebut berdasarkan tahap pengetahuan sedia ada mereka sendiri. (Contoh Kad di Lampiran C). Pada permulaannya, saya membantu murid mengenal pasti persamaan huruf tunggal Rumi dengan huruf tunggal Jawi. Langkah seterusnya membezakan penggunaan huruf kaf dan qaf (iaitu huruf kaf di awal suku kata manakala huruf qaf di akhir suku kata). Seterusnya saya membimbing murid mengenali dan membezakan huruf-huruf diagraf dan huruf vocal di awal suku kata. Pemerhatian: Sesi penerangan dan soal jawab sambil memegang Kad Dalil ternyata dapat menarik minat murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti p&P. Saya berpuas hati dan bersyukur dengan sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan murid. ii. Aktiviti II: Memberi Soalan Latih Tubi Untuk Teknik Dalil Setelah soal jawab secara lisan dengan memanggil murid secara bergilir-gilir untuk memberi jawapan, saya memberikan beberapa soalan latih tubi kepada murid iaitu soalan-soalan yang mengandungi huruf tunggal rumi. Saya meminta murid-murid menulis huruf Jawi yang mempunyai persamaan dengan huruf Rumi yang ada pada kertas latih tubi masing-masing dengan melihat Kad Dalil Huruf. Setelah semua murid selesai menulis jawapan masing-masing, saya menulis jawapan yang betul di papan tulis. Murid-murid diminta menandakan jawapan mereka, sama ada betul atau salah. Aktiviti seterusnya ialah menulis beberapa perkataan mudah dalam tulisan Jawi (suku kata terbuka dan suka kata tertutup). Tujuan aktiviti ini ialah untuk membiasakan murid menulis perkataanperkataan tertentu menggunakan huruf Jawi. Sambil melihat kad, saya juga membantu murid-murid menulis perkataan-perkataan. Saya juga memandu murid dalam penulisan dengan menulis dua

huruf Jawi yang perlu ada dalam setiap perkataan yang dihasilkan. Selain itu, gambar-gambar objek turut dilukis di sebelah perkataan yang hendak ditulis untuk membantu murid menulis dengan betul.

Pemerhatian: Saya dapati semua murid dapat menuliskan jawapan yang betul pada kertas latihan masing-masing. Kegembiraan dan kepuasan jelas terbayang pada wajah mereka. Saya merasa sangat seronok dan sekain berpuas hati dengan perubahan sikap mereka. iii. Aktiviti III: Memperkenalkan Teknik Avu Zar Zad Dengan berpandukan kad Avu Zar Zad, saya menerangkan mengenai huruf-huruf yang menghasilkan bunyi Avu Zar Zad dan menjelaskan bahawa-bahawa huruf-huruf tersebut boleh disambung di panggkalnya tetapi tidak di hujungnya. Selain daripada huruf-huruf Avu Zar Zad, huruf-huruf tersebut boleh disambung di pangkal dan di hujungnya. Saya juga menerangkan maksud symbol ( + ) dan ( - ) yang ada pada Kad Avu Zar Zad. Apabila sesuatu perkataan Jawi mengandungi salah satu huruf Avu Zar Zad, maka simbol ( - ) ditulis selepas huruf tersebut. Tapi jika huruf selain huruf Avu Zar Zad maka symbol ( + ) ditulis selepas itu. Setelah selesai simbol-simbol ditulis, saya meminta murid menyambung huruf-huruf. Saya memberi peringatan, sekiranya selepas sesuatu huruf ada tanda ( + ), maka huruf itu boleh disambungkan dengan huruf di hadapannya. Tetapi jika selepas sesuatu huruf ditulis symbol ( - ), maka huruf itu tidak boleh disambung. Setelah memberi penerangan, saya juga menyoal murid secara lisan bagi mengenal pasti tahap pemahaman mereka. Pemerhatian: Saya dapati murid-murid memberi respons yang sungguh menakjubkan. Mereka seronok untuk mencuba menyambung huruf-huruf sambil menggunakan Kad Dalil Avu Zar Zad. iv. Aktiviti VI: Memberi Latih Tubi Untuk Teknik Avu Zar Zad Apabila telah pasti mereka dapat memahami bagaimana untuk menggunakan kad, saya memberi soalan yang mengandungi perkataan yang ditulis huruf tunggal Jawi. Saya meminta murid-murid menyambung huruf-huruf Jawi tersebut dengan menggunakan Jadual Teknik Avu Zar Zad. Soalan mengandungi 15 kata nama dan ditulis dalam huruf-huruf Jawi yang tidak bersambung. Murid-murid diminta menulis semula perkataan dalam tulisan Jawi dengan betul. Sepanjang menyiapkan latihan, murid-murid dibenarkan untuk menggunakan Kad Dalil Avu Zar Zad sebagai panduan. Setelah semua murid telah menyiapkan latihan mereka, saya meminta seorang demi seorang keluar ke papan hitam untuk menulis jawapan mereka.

Pemerhatian: Murid kelihatan bersungguh-sungguh menyiapkan latihan. Apabila saya bertanya siapa yang mahu ke depan untuk menulis jawapan, semuanya mengangkat tangan masing-masing dan begitu yakin untuk ke depan kelas untuk menulis jawapan di papan hitam. Alangkah gembira rasanya di jiwa apabila melihat perubahan positif pada murid.

8.0

PENILAIAN

Untuk mengesan keberkesanan Teknik Dalil Avu Zar Zad dalam meningkatkan kemahiran murid menulis Jawi, saya menjalankan ujian pos. Ujian akan mengesan sama ada berlaku peningkatan dalam kemahiran dengan melihat peratus murid lulus dalam ujian menulis Jawi. Saya juga akan mengedarkan soal selidik berkenaan minat murid terhadap mata pelajaran Jawi untuk mengenal pasti sama ada berlaku peningkatan dalam minat mereka terhadap P&P mata pelajaran Jawi. Selain itu, laporan saya berkenaan dengan perubahan sikap dan tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran akan turut digunakan bagi memperjelaskan lagi sama ada objektif menjalankan kajian iaitu untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menulis Jawi tercapai atau sebaliknya. Huraian adalah mengikut objektif khusus kajian seperti berikut: 8.1 Objektif 1 : Untuk memastikan 100% sasaran kajian iaitu 10 orang murid 2 Optimis lulus dalam ujian mengenal pasti huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan menulis suku kata setelah menggunakan Teknik Dalil. Murid telah menjalani ujian pos. Soalan ujian yang digunakan semasa ujian pra digunakan semula. Soalan ujian mengarahkan murid menulis suku kata mudah Jawi daripada tulisan Rumi. Perbandingan keputusan yang dicapai murid dalam ujian pra dan pos adalah seperti dalam Jadual 5. Jadual 5 Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos Iaitu Sebelum Teknik Dalil Dan Selepas Teknik Dalil Ujian Pra Ujian Pos Gagal 100% Lulus 0% Gagal 0% Lulus 100%

Jadual menunjukkan semua murid yang gagal semasa ujian pra telah lulus dalam ujian pos. ini menunjukkan Teknik Dalil telah dapat meningkatkan kemahiran 10 orang murid 2 Optimis mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan menulis suku kata mudah bagi tulisan Jawi. Dapatan ini juga menunjukkan objektif menjalankan kajian ini iaitu untuk memastikan 100% murid lulus dalam ujian setelah menggunakan teknik Dalil Avu Zar Zad telah tercapai. 8.2 Objektif 2: Untuk memastikan 100% sasaran kajian iaitu 10 orang murid 2 Optimis lulus dalam ujian bagi mengenal pasti huruf-huruf Jawi yang boleh dan tidak boleh disambung setelah menggunakan Teknik Avu Zar Zad. Soalan kedua ujian pos ialah untuk murid-murid menyambung huruf-huruf tunggal Jawi. Soalan yang digunakan juga adalah sama dengan soalan yang digunakan semasa ujian pra. Analisis data adalah seperti dalam Jadual 6 di bawah:

Jadual 6 Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos Iaitu Sebelum Teknik Avu Zar Zad Dan Selepas Teknik Avu Zar Zad Ujian Pra Ujian Pos Gagal 100% Lulus 0% Gagal 20% Lulus 80%

Berdasarkan dapatan dalam Jadual 6, didapati Teknik Dalil Avu Zar Zad berjaya menjadi pemangkin perubahan markah yang ketara terhadap para murid. Walaupun ujian pos menunjukkan 20% peratus murid masih gagal, namun tidak memberi makna kegagalan teknik ini meningkatkan kemahiran murid kerana murid berkenaan gagal mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran seperti murid-murid lain, iaitu sering tidak hadir ke sekolah. Dapatan ini juga menunjukkan objektif kajian tindakan ini iaitu untuk meningkatkan kemahiran 10 orang murid Tahun 2 Optimis mengenal huruf-huruf Jawi yang boleh dan tidak boleh disambung serta menyambung huruf-huruf tunggal menggunakan Teknik Avu Zar Zad dengan memastikan 100% murid lulus dalam ujian telah dapat dicapai.

9.0 REFLEKSI KAJIAN Semasa ujian pos dilakukan, saya merasa sangat gembira dan terharu apabila melihat murid-murid yang sebelum ini langsung tidak tahu menulis perkataan Jawi dan tidak tahu menyambung hurufhuruf tunggal mampu melakukannya dengan penuh keyakinan tanpa memanggungkan kepala mereka untuk melihat kiri dan kanan bagi mencari jawapan daripada rakan, seperti sebelum ini. Mereka begitu khusyuk tunduk dan menulis jawapan mereka tanpa ragu-ragu. Walaupun kami telah berpuas hati kerana murid telah mengenal huruf yang boleh dan tidak boleh disambung secara total, tetapi daripada pemerhatian, masih ada murid yang tidak tahu untuk menulis huruf jawi dengan betul apabila bersambung. Saya telah merangka beberapa cara untuk mengatasi masalah tersebut melalui Kajian Tindakan yang seterusnya. Penulisan Kajian Tindakan ini juga banyak membuka dimensi pemikiran baru saya terhadap dunia pendidikan. Saya dapat mencungkil kekuatan dan kelemahan diri dan murid. Saya telah menyenaraikan beberapa cadangan untuk tindakan pada masa hadapan, iaitu menggunakan dua teknik ini seawal mungkin terhadap murid-murid dan menggunakan teknik ini dengan kerap dalam latihan latih tubi agar mereka tidak perlu menggunakan kunci huruf lagi untuk meningkatkan kemahiran menulis sesuatu perkataan.

BIBLIOGRAFI Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2008). Buku manual kajian tindakan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Bity Salwana Alias. (2009). Pembudayaan Kajian Tindakan. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2007. Institut Aminuddin Baki, Pahang, 29 31 Julai. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2008). Buku panduan kursus pemantapan pelaksanaan kurikulum pendidikan Islam KBSR 2008. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Musa Sulaiman. (2000). Kepengetuaan: kepimpinan, tugas dan hubungannya dengan falsafah pendidikan, satu penjelasan. Jurnal Pendidikan Guru: 13:1-10.

Anda mungkin juga menyukai