Anda di halaman 1dari 18

BAB 6

KAEDAH PENGUMPULAN DATA


(KUANTITATIF DAN KUALITATIF)
OBJEKTIF BAB
Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Menjelaskan perbezaan kaedah pengumpulan data.
2. Menghuraikan tentang tatacara kaedah eksperimen.
3. Menjelaskan tentang kaedah pemerhatian.
4. Menghuraikan tatacara kaedah pemerhatian.
5. Menghuraikan tatacara analisis kandungan.
6. Menjelaskan analisis data sekunder.
7. Menjelaskan tentang kajian kes.
6.1

PENGENALAN

Kaedah penyelidikan adalah merujuk kepada cara pengkaji mendapatkan


maklumat, data atau bukti bagi mencapai matlamat penyelidikan. Dalam
menjalankan kajian, data atau bukti perlu dipungut dan dianalisis untuk
menentukan sama ada hipotesis diterima atau tidak. Teknik-teknik yang
digunakan dalam mengumpulkan data bergantung kepada masalah atau
tajuk dan hipotesis yang telah ditetapkan. Pemilihan teknik adalah
penting kerana metod yang salah tidak akan mendatangkan penyelesaian
yang boleh dimanfaatkan.
Antara aspek yang harus dipertimbangkan dalam memilih kaedah
penyelidikan adalah seperti cara yang paling berkesan untuk
mendapatkan maklumat dengan kos yang minimum. Antara kaedah
penyelidikan yang sering digunakan adalah eksperimen, tinjauan, temu
bual, analisis kandungan, pemerhatian dan sebagainya.
6.2

KAEDAH EKSPERIMEN

Kaedah eksperimen melibatkan pengkaji memanipulasikan pengalaman


yang subjek akan alami. Contohnya, pengkaji mengenakan kawalan
terhadap apa yang akan berlaku dan dialami oleh subjek. Selalunya,
pengkaji akan membuat perbandingan antara subjek yang diberikan
treatment dengan subjek yang tidak diberikan treatment. Tujuan eksperimen
75

biasanya adalah untuk mengkaji hubungan sebab akibat antara keadaan


yang dimanipulasi dengan hasil. Dalam reka bentuk yang bukan
eksperimental, keadaan tidak dimanipulasi.
Kaedah eksperimen digunakan secara khusus apabila pengkaji ingin
mengetahui tentang pemboleh bebas manakah yang menyebabkan
pembolehubah terikat. Hubungan sebab-akibat ini boleh dikenal pasti
(cause-effect relationship) boleh dikenal pasti melalui mengenal pasti faktorfaktor berkenaan dengan reka bentuk eksperimen membolehkan pengkaji
untuk menentukan sebab-akibat.
Membentuk reka bentuk eksperimen memerlukan susunan yang teratur
dan berhati-hati. Fakta-fakta berkenaan haruslah dikenal pasti manakala
factor-faktor yang tidak berkaitan perlu diketepikan atau dikawal. Ini bagi
memastikan bahawa pembolehubah X menjadi penyebab kepada
pembolehubah Y. Bagi mewujudkan hubungan X yang menyebabkan Y,
tiga perkara harus wujud di dalam sesuatu eksperimen:
i)
ii)
iii)

Kedua-dua X dan Y mesti saling berhubungan.


X (faktor penyebab) harus mendahului Y atau dalam erti kata
lain, harus wujud susubab waktu.
Tidak ada pembolehubah lain yang akan menyebabkan
perubahan pada pembolehubah terikat Y.

Konsep kawalan (control) adalah penting bagi membuktikan hubungan


sebab-akibat antara X dan Y. Sehubungan ini, pembolehubah bebas
harus dimanipulasikan. Manipulasi bererti pengkaji mencipta tahap
pembolehbebas yang berbeza bagi memperolehi kesan pembolehubah
bebas terhadap pembolehubah terikat.
Menggunakan kaedah eksperimen melibatkan isu etika. Antara perkaraperkara yang dianggap tidak bererti dalam mengumpulkan data
menggunakan kaedah eksperimen ialah:
i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)
vii)

Mengenakan tekanan seperti tekanan social kepada individu


untuk terlibat dalam kajian.
Menanyakan soalan-soalan yang boleh menjatuhkan maruah
seseorang
Mendorong subjek ke arah tujuan sebenar kajian.
Mendedahkan peserta kepada tekanan mental dan fizikal.
Tidak membenarkan peserta untuk menarik diri.
Menggunakan hasil kajian bagi tujuan yang tidak disukai oleh
peserta.
Menafikan faedah dari kumpulan kawalan (insentif kepada
kumpulan).
76

6.2.1

Reka bentuk Kaedah Eksperimen

Reka bentuk kaedah eksperimen melibatkan:


a)

True Experimental Design: (Pra ujian dan pasca ujian)

True Experimental Design melibatkan subjek dipilih secara rawak bagi


ditentukan kumpulan itu. Ini bererti, setiap subjek di dalam kajian
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Dua tatacara bagi True
Experimental Design ialah:
Reka bentuk I: Klasik melibatkan pretest-pretest randomized control group
design.
Pilihan Rawak
R

Kumpulan

Prakajian

Treatment
X

Pasca Kajian
0
0

Masa

Langkah pertama ialah memilih secara rawak subjek kepada kumpulan


eksperimen dan kumpulan kawalan. Langkah kedua ialah untuk
melakukan praujian bagi setiap kumpulan terhadap pemboleh bebas.
Langkah ketiga adalah untuk melaksanakan treatment kepada kumpulan
eksperimen tetapi tidak kepada kumpulan kawalan. Setiap kumpulan
kemudiannya diuji (pasca ujian) berdasarkan kepada pembolehubah
terikat.
b)

Reka bentuk 2: Pasca kajian sahaja


Kumpulan 1: R x O
Kumpulan 2: R O

Dalam konteks ini, pretest tidak diadakan tetapi hasil kajian didapati
melalui pengujian pasca kajian rawak. Langkah yang pertama adalah
untuk menempatkan subjek secara rawak di dalam kumpulan. Langkah
kedua adalah kumpulan pertama akan diberikan treatment. Treatment tidak
diberikan kepada kumpulan kedua. Pengujian pasca kajian dijalankan
terhadap kedua-dua kumpulan. Perubahan yang berlaku pada kumpulan
pertama adalah diandaikan kerana treatment yang berikan.

77

c)

Reka bentuk 3: Solomon Four Group Design

Merupakan kombinasi kepada kedua-dua bentuk Reka bentuk 1 dan


Reka bentuk 2 di mana:
Kumpulan 1: R O x O
Kumpulan 2: R O O
Kumpulan 3: R x O
Kumpulan 4: R
O
Langkah pertama dalam melaksanakan reka bentuk keempat adalah
dengan menetapkan secara rawak ahli-ahli bagi setiap kumpulan.
Langkah kedua adalah bagi kumpulan pertama dan kedua, praujian
dilakukan. Langkah ketiga ialah memberikan treatment kepada ahli
kumpulan pertama dan kedua. Langkah terakhir ialah pasca kajian yang
dijalankan terhadap ahli keempat-empat kumpulan.
Kebaikan reka bentuk ketiga ialah pengkaji boleh membandingkan antara
dua kumpulan bagi menentukan sejauhmana perubahan berlaku atau
perolehan, dengan itu pengkaji boleh membandingkan dua kumpulan
terakhir bagi menentukan sama ada treatment adalah kurang efektif
bersama dengan keadaan yang dikawal tanpa prakajian. Kelemahan reka
bentuk ketiga ialah pengkaji mempunyai bilangan subjek yang besar bagi
membolehkan pengkaji membahagikan kepada empat kumpulan.
Persoalannya berapakah bilangan yang mencukupi. Biasanya sesuatu
eskperimen yang mengunakan reka bentuk ketiga melibatkan tidak lebih
48 orang responden.
6.3

FAKTOR-FAKTOR
YANG
MEMPENGARUHI
KESAHIHAN DALAMAN DALAM MENGGUNAKAN
KAEDAH EKSPERIMEN

Antara faktor yang mempengaruhi kesahihan dalam kaedah eksperimen


ialah:
6.3.1

Sejarah

Aspek-aspek yang boleh mendatangkan kesan kepada hubungan


individu-individu dan boleh jadi muncul diluar jangkaan ketika proses
eksperimen sedang berjalan dan mempengaruhi hubungan sebab akibat.
6.3.2

Kesan Kematangan (Maturation Effects)

Gangguan terhadap hubungan sebab akibat juga boleh disebabkan factor


masa iaitu disebabkan proses biologi dan psikologikal yang berlaku di
dalam diri responden berdasarkan masa seperti letih, bosan, dan
sebagainya.
78

6.3.3

Kesan Ujian (Testing Effect)

Dalam eksperimen, subjek diberikan praujian (pretest), di mana


pengukuran pertama bagi pembolehubah terikat diambil, kemudian
treatment diberikan dan selepas treatment skor kedua diambil.
Perbandingan antara pra kajian dan pos kajian dikaitkan dengan treatment
yang diberikan. Pada hakikatnya pendedahan responden terhadap
prakajian mungkin telah mempengaruhi tindak balas terhadap post-test.
6.3.4

Kesan Alat (Instrumentation Effects)

Wujud akibat perubahan di dalam alat pengukuran antara pra kajian dan
pasca kajian. Ini boleh terjadi sekiranya pengkaji menggunakan alat
pengukuran yang sama semasa pra kajian dan pasca kajian.
6.3.5

Bias pemilihan

Sesetengah peserta adalah sukarela terutama dalam hal-hal yang


melibatkan bayaran. Peserta sukarela ini mungkin berbanding dengan
responden sebenar dan tindak balas mereka terhadap treatment mungkin
berbeza.
6.3.6

Regresi Statistik

Wujud apabila peserta eksperimen mempunyai skor yang ekstrim ke atas


pembolehubah terikat ketika kaedah eksperimen berbula.
6.3.7

Mortaliti

Wujud terutama bagi eksperimen yang mengambil masa yang panjang


menyebabkan ada yang mati atau gugur daripada kumpulan.
6.4

KAEDAH TINJAUAN (SURVEY)

Reka bentuk tinjauan adalah mengikut format standard atau piawai. Dua
bentuk kaedah tinjauan ialah tinjauan keratan rentas (cross sectional survei)
dan reka bentuk longitudinal (longitudinal survey). Kaedah tinjauan
melibatkan penggunaan soal selidik yang biasanya dipos, dikendalikan
sendiri oleh penyelidikan secara temu bual bersemuka atau melalui
telefon.
6.4.1

Kaedah Soal Selidik

Soal selidik merupakan satu set soalan-soalan yang telah disediakan lebih
awal dimana responden diberikan pilihan-pilihan. Ia merupakan
79

mekanisme yang berkesan apabila pengkaji mengetahui dengan tepat apa


yang diperlukan dan bagaimana untuk mengukur pembolehubah yang
menjadi minat pengkaji. Dua cara soal selidik dikendalikan ialah i)
ditadbir sendiri oleh pengkaji, dan ii) melalui pos.
i)

Soal selidik yang ditadbir sendiri oleh pengkaji

Apabila tinjauan yang perlu dijalankan telah dikenal pasti dari segi lokasi,
dan organisasi yang terpilih telah bersedia dan berupaya untuk
menetapkan kumpulan bagi menjawab soal selidik di tempat kerja, cara
yang terbaik bagi mengedarkan soal selidik ialah dengan mengendalikan
sendiri oleh penyelidik. Kebaikan teknik ini ialah pengkaji boleh
mengumpulkan semua jawapan dalam tempoh masa yang singkat.
Sebarang persoalan atau keraguan di pihak responden boleh dijawab
dengan segera. Pengkaji juga mempunyai peluang untuk menjelaskan
tentang tujuan kajian. Mengedarkan soal selidik kepada jumlah
responden yang ramai secara serentak adalah lebih menjimatkan masa
dan wang serta memerlukan kemahiran yang lebih rendah berbanding
dengan menjalankan temu bual.
ii)

Soal selidik melalui pos

Soal selidik melalui pos boleh meliputi kawasan geografi yang luas. Soal
selidik dipos kepada responden dan mereka boleh menjawabnya pada
masa dan tempat yang sesuai. Walau bagaimanapun, kadar pulangan soal
selidik melalui pos adalah rendah, tiada penjelasan secara langsung dari
responden dan kadar pulangan yang rendah menyebabkan generalisasi
dipersoalkan. Ini kerana responden yang menjawab soal selidik mungkin
berbeza dari responden yang tidak menjawab. Untuk meningkatkan
kadar pulangan soal selidik, teknik yang berkesan ialah dengan
menghantar surat susulan, menyertakan insentif, memberikan sampul
yang beralamat pengkaji serta bersetem dan memendekkan soalan.
Kaedah pengedaran soal selidik melalui pos ini tidak digalakkan sekiranya
subjek mempunyai tahap pendidikan rendah tetapi bentuk soal selidik
boleh diubah suai seperti menggunakan gambar-gambar untuk
membantu mengatasi masalah ini.
6.5

KAEDAH TEMU BUAL

Satu daripada kaedah untuk mendapatkan data dalah dengan


menemubual responden bagi mendapatkan maklumat tentang isu yang
menjadi minat pengkaji. Temu bual boleh dilakukan secara berstruktur
dan secara tidak berstruktur. Temu bual boleh dikendalikan secara
langsung oleh pengkaji atau melalui telefon.
80

6.5.1

Temu Bual Tidak Berstruktur

Apabila pengkaji melakukan temu bual tanpa susunan soalan-soalan yang


teratur akan ditanya kepada responden. Tujuan temu bual tidak
berstruktur adalah untuk mendapatkan gambaran awal tentang sesuatu
isu bagi membolehkan pengkaji mendapat ide tentang soalan yang harus
dibina untuk pengujian selanjutnya.
6.5.2

Temu Bual Berstruktur

Dijalankan apabila penemubual mengetahui dengan tepat apakah


maklumat yang ingin diketahui dan menentukan terlebih dahulu set
soalan yang akan ditanya. Penemubual telah menulis soalan-soalan dan
akan merujuk kepada soalan berkenaan semasa menjalankan temu bual.
Soalan-soalan biasanya memberikan focus terhadap fakta-fakta yang
timbul semasa temu bual dan sesuai dengan masalah kajian. Jawapan
responden akan dicatatkan. Alat-alat visual seperti gambar, lukisan, dan
kad-kad juga digunakan dalam menjalankan temu bual.
Berkaitan dengan temu bual iaitu latihan perlu diberikan kepada
penemubual tentang bagaimana hendak memulakan temu bual,
bagaimana untuk terus menyoal, memberikan motivasi kepada
responden, apa yang hendak diperolehi atau dicari dalam jawapan
responden dan teknik membuat koding.
Teknik penyusunan soalan dalam temu bual adalah seperti berikut:
i)

Funneling

Lebih baik memulakan soalan dengan berbentuk terbuka yang seterusnya


membawa kepada soalan yang lebih terfokus.
ii)

Soalan tidak bias

Soalan-soalan berbentuk emosional harus dielakkan. Bias juga boleh


berlaku melalui penggunaan perkataan, nada dan inotasi suara dan juga
cadangan-cadangan yang tidak bersesuaian.
iii)

Penjelasan isu

Untuk memastikan bahawa pengkaji memahami apa yang dimaksudkan


oleh responden, adalah dicadangkan supaya pengkaji mengulangi apa
yang dikatakan oleh responden bagi tujuan penjelasan isu.
81

iv)

Membantu responden memikirkan sesuatu isu

Jika responden merasa tidak jelas, pengkaji boleh menanya soalan dengan
cara yang lebih mudah atau menstrukturkan semula soalan.
v)

Mengambil nota/atau jawapan

Catatan jawapan atau nota boleh diambil di dalam masa yang sama atau
menggunakan pita rakaman.
6.6

TEKNIK PENGENDALIAN TEMU BUAL

Temu bual boleh dikendalikan secara bersemuka atau melalui telefon.


Pemilihan tatacara ini bergantung kepada tahap kompleksiti isu yang
terlibat, masa temu bual akan dijalankan, keselesaan kedua-dua belah
pihak dan juga lokasi tempat tinjauan dijalankan. Temu bual melalui
telefon sesuai bagi responden yang berada dalam geografi yang luas dan
masa temu bual yang pendek. Kebaikan temu bual melalui telefon adalah
pelbagai antaranya responden boleh ditemu bual walaupun jarak yang
jauh dalam tempoh masa yang singkat. Bagi responden, ia mungkin dapat
menghilangkan rasa tidak selesa ketika ditanya secara bersemuka serta
juga menghilangkan ketidakselesaan jika terpaksa mendedahkan
maklumat secara sulit.
Dari segi kelemahannya ialah responden boleh menamatkan temu bual
tanpa apa-apa penjelasan dengan meletakkan telefon. Bagi mengatasi
masalah ini, adalah lebih baik supaya sebelum temu bual dijalankan,
dinyatakan terlebih dahulu berapa lama temu bual akan dijalankan dan
tetapkan masa yang membawa keselesaan kepada kedua-dua belah pihak.
Kelemahannya juga adalah pengkaji tidak dapat melihat responden
mahupun komunikasi tanpa lisan beliau.
Kebaikan bagi temu bual bersemuka adalah pengkaji boleh
mengubahsuai cara menanya soalan, menjelaskan kekaburan dan
memastikan bahawa jawapan difahami melalui pengulangan atau
penstrukturan semula soalan. Pengkaji juga boleh melihat isyarat-isyarat
tanpa lisan daripada responden.
Kelemahan kaedah ini ialah dari segi limitasi geografi dan sumber
kewangan yang besar diperlukan jika temu bual dijalankan di peringkat
kebangsaan atau apabila kos yang tinggi terlibat untuk melatih penemu
bual.

82

SOALAN DALAM TEKS 6.1

1.
2.

Apakah kaedah tinjauan keratan rentas dan


tinjauan longitudinal?
Nyatakan tiga reka bentuk eksperimen?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


6.7

KAEDAH PEMERHATIAN

Pemerhatian seringkali disalah anggap sebagai memandang atau melihat


tetapi ini merupakan istilah yang terlalu sempit. Pemerhatian sebenarnya
melibatkan lebih dari aspek berkenaan kerana pemerhatian melibatkan
mendengar, membaca, dan menggunakan deria untuk menghidu dan
menyentuh. Ahli-ahli sains tingkah laku manusia atau binatang.
Pemerhatian sebenarnya turut melibatkan pemantauan aktiviti-aktiviti
lisan dan bukan lisan serta persekitaran.
6.7.1

Pemerhatian
Observation)

Bukan

Tingkah

laku

(Non-behavioral

Salah satu dari bentuk penyelidikan pemerhatian bukan tingkah laku ialah
analisis rekod. Analisis ini mungkin melibatkan aspek pensejarahan atau
rekod-rekod terkini dan rekod awam dan swasta. Rekod-rekod ini
mungkin dalam bentuk bertulis, bercetak, rakaman bunyi, gambargambar atau pita video. Data-data statistik sejarah seringkali merupakan
sumber utama yang sering digunakan bagi kajian ini. Analisis bagi rekod
kewangan terkini dan data ekonomi merupakan sumber data utama bagi
kajian. Contoh yang lain bagi pemerhatian jenis ini ialah analisis isi
kandungan periklanan dan analisis rekod kakitangan sesebuah organisasi.
6.7.2

Pemerhatian Tingkah Laku (Behavioral Observation)

Pemerhatian tingkah laku seseorang atau gelagat individu boleh


diklasifikasikan kepada empat kategori utama. Tingkah laku bukan lisan
adalah merupakan sesuatu yang paling jelas seperti bahasa badan
seseorang pekerja di sesebuah kilang pengeluaran. Pada tahap yang lebih
abstrak, seseorang pengkaji boleh mengkaji pergerakan badan sebagai
petunjuk kepada minat atau kebosanan, kemarahan atau keriangan dalam
sesuatu persekitaran. Pernyataan motor sepertti mimik muka dikaji
83

sebagai indikator kepada tahap emosi. Kelipan mata dikaji sebagai


indikator kepada minat dalam mesej-mesej periklanan. Saling bertukar
pandangan mungkin dilihat sebagai tingkah laku interpersonal.
Tingkah laku linguistik adalah merupakan bentuk pemerhatian yang
paling banyak dikaji. Misalnya berapa kerapkah sebutan ahs disebut
dalam sesuatu pengucapan awam. Proses interaksi merupakan satu lagi
bentuk tingkah laku linguistik dimana proses berkenaan melibatkan dua
atau lebih individu atau dalam kumpulan kecil.
6.8

PENILAIAN BAGI KAEDAH PEMERHATIAN

Wujud banyak keadaan yang pemerhatian boleh merupakan satu-satunya


kaedah untuk menjalankan kajian. Kajian rekod-rekod, proses mekanikal
dan lain-lain tergolong ke dalam kategori ini. Kajian-kajian yang
melibatkan kanak-kanak dan mereka yang buta huruf tidak boleh dikaji
secara efektif dengan menggunakan kaedah yang lain.
Satu daripada kelebihan kaedah ini ialah kita boleh mengumpulkan
maklumat asas semasa peristiwa berkenaan berlaku. Pengkaji tidak perlu
bergantung kepada laporan orang lain. Setiap responden menyaring
maklumat dan lupa adalah merupakan salah satu sebab mengapa rekod
tidak dilaporkan dengan adil dan cukup. Pemerhatian mengatasi masalah
ini.
Kebaikan seterusnya ialah seseorang penyelidik boleh memperolehi
keseluruhan peristiwa yang berlaku dalam persekitaran yang natural
hanya dengan kaedah ini. Dalam persekitaran eksperimen, yang seakan
dicipta kepada subjek dan jumlah serta jenis soalan menghadkan
keupayaan untuk menjawab serta memberikan penjelasan di kalangan
responden, pemerhatian dianggap sebagai kaedah yang paling sesuai
dalam kebanyakan kaedah asas bagi mengumpulkan data. Di samping itu,
kaedah ini juga tidak dihadkan kepada jangka masa aktiviti pengumpulan
data seperti penggunaan kaedah survei atau eksperimen.
Terakhir, kaedah ini juga mempunyai tahap penerimaan yang tinggi di
kalangan subjek kerana subjek menganggap kaedah pemerhatian yang
lebih berbanding dengan menyoal. Ia kurang menekan responden dan
kurang bias.
Limitasi kepada penggunakan kaedah ini termasuklah salah satu dari
masalah utama ialah pemerhati mestilah hadir semasa sesuatu peristiwa
berlaku. Adalah mustahil untuk meramalkan dimana dan bila sesuatu
84

peristiwa akan berlaku. Satu daripada cara untuk mengelak daripada


terlepas untuk melihat sesuatu berlaku tetapi ini membawa kepada
kelemahan yang seterusnya iaitu pemerhatian ialah satu kaedah yang lama
dan mahal.
Kelemahan seterusnya ialah tahap realibiliti hasil kajian adalah terhad
kepada data yang boleh ditentukan berdasarkan kepada tingkah laku yang
boleh dilihat dengan mata kasar atau data permukaan sahaja (surface data).
Untuk melihat secara lebih mendalam, pemerhatian mestilah membuat
kesimpulan atau tafsiran. Dua pemerhatia mungkin bersetuju dengan
keadaan yang dilihat dengan mata kasar mengenai sesuatu peristiwa tetapi
kesimpulan yang dilakukan daripada data yang sama mungkin pelbagai.
Kelemahan yang lain termasuklah persekitaran kajian yang mungkin
sesuatu kepada penilaian subjektif dan merekodkan data berbanding
dengan pengawalan dan kuantifikasi peristiwa. Apabila kawalan melalui
interversi yang aktif oleh pengkaji, penglibatan mereka mungkin
mengancam kesahihan data yang dinilai. Meskipun dengan menggunakan
saiz sampel yang kecil, rekod pemerhatian boleh menjadi banyak dan
sukar untuk dianalisis.
Seterusnya, pemerhatian dihadkan dalam cara untuk mempelajari sesuatu
yang telah lepas. Ianya dihadkan kepada kaedah dimana untuk
mengetahui tentang apa yang sedang berlaku pada masa kini. Adalah
sukar untuk mendapatkan data tentang topik-topik seperti niat, tingkah
laku, pendapat atau keutamaan.
6.9

HUBUNGAN PEMERHATI-SUBJEK

Hubungan antara pemerhati dan subjek boleh dilihat dari tiga perspektif
iaitu 1) samaada pemerhatian yang dilakukan secara langsung atau tidak
langsung, 2) sama ada kehadiran pemerhati diketahui atau tidak diketahui
dan 3) apakah peranan yang dimainkan oleh pemerhati.
1.

Bentuk pemerhatian

Pemerhatian langsung (direct observation) adalah berkaitan dengan situasi


dimana pemerhati secara langsung secara fizikal dan personal untuk
memerhatikan apa yang berlaku. Pendekatan ini adalah faksibel kerana ia
membenarkan pemerhati untuk bertindak balas kepada dan melaporkan
aspek-aspek dalaman sesuatu peristiwa atau tingkah laku yang berlaku.
Pemerhati mungkin bebas bertukar tempat, menukarkan fokus
pemerhatian atau menumpukan kepada peristiwa yang tidak dijangka
tetapi berlaku. Kelemahan pendekatan ini ialah persepsi pemerhati
85

mungkin tertekan kerana peristiwa bertukar dengan cepat dan


meninggalkan mereka dengan alternatif atau mencuba untuk menyusun
semula apa yang tidak dapat dicatat. Ini mungkin menyebabkan
pemerhati menjadi letih, bosan dan gangguan peristiwa boleh
mengurangkan ketepatan dan kesempurnaan pemerhatian.
Pemerhatian secara tidak langsung digunakan untuk memerihalkan
tentang kajian di mana catat dilakukan secara mekanikal, fotograf atau
secara elektronik. Misalnya, pergerakan yang diambil oleh kamera yang
diletakkan di dalam kedai bagi melihat pergerakan pelanggan. Kekuatan
kaedah ini adalah rekod yang diperolehi adalah tetap dan boleh dianalisis
pada bila-bila masa.
2.

Kerahsiaan

Faktor yang kedua mempengaruhi hubungan pemerhati-subjek ialah


sama ada kehadiran pemerhati seharusnya dimaklumkan kepada subjek
atau tidak. Apabila pemerhati diketahui, risiko bagi aktiviti yang sering
dilakukan oleh subjek. Kemasukan awal pemerhati mungkin akan
menggangu pola aktiviti subjek tetapi kesan ini boleh dihapuskan dengan
cepat. Ini terjadi terutamanya apabila subjek terlibat dalam aktiviti subjek.
Dalam sesetengah keadaan, pemerhati mungkin merahsiakan kehadiran
dengan menggunakan cermin sehala, kamera tersembunyi, atau
mikrofon. Kaedah ini mengurangkan risiko bagi bias pemerhatian tetapi
membawa kepada persoalan etika kerana pemerhatian secara tidak
langsung dianggap sebagai salah satu bentuk penyiasatan dan kesan bagi
tindakan ini harus disemak dengan teliti.
3.

Penglibatan

Isu ketiga adalah sama ada pemerhati seharusnya terlibat dalam situasi
semasa memerhati. Ini melibatkan susunan, pemerhatian turut serta
wujud apabila pemerhati memasuki persekitaran social dan bertindak
sebagai pemerhati dan peserta. Kadangkala pemerhati diketahui oleh
perserta manakala kadangkala peranan beliau tidak dimaklumkan. Ini
membawa kepada persoalan etika dimana secara umumnya subjek tidak
memberikan kebenaran dan tidak mempunyai pengetahuan tentang hasil
kajian.

86

SOALAN DALAM TEKS 7.2

1. Apakah isu-isu etika yang terlibat dalam kaedah


eksperimen?
2. Apakah bentuk hubungan subjek-pemerhati?
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
6.10

ANALISIS KANDUNGAN

Analisis kandungan adalah satu metod kajian yang boleh dilakukan secara
kuantitatif dan kualitatif untuk mengkaji apa juga hasil yang telah
direkodkan dalam berbagai bentuk tulisan, lukisan, lakaran, percakapan,
dan gambaran visual. Pendekatan analisis isi kandungan bahan-bahan ini
dilakukan secara yang berasaskan kepada pendekatan sains yang
dilakukan secara sistematik. Aspek yang penting yang perlu diberikan
perhatian yang serius oleh pengkaji ialah tentang pembentukkan kategori
isi kandungan dalam bahan komunikasi yang hendak dikaji.
Beberapa takrifan kajian kandungan telah diberikan oleh pakar-pakar
kaedah penyelidikan. Berelson (1952) mentakrifkan kaedah analisis
kandungan sebagai teknik penyelidikan yang memperihalkan kandungan
yang nyata secara objektif, sistematik dan kuatitatif. Stempel dan Westley
(1981) menyatakan bahawa analisis kandungan adalah membuat
kesimpulan dari pemerhatian terhadap sesuatu kandungan atau mesej.
Sementara Weber (1985) pula mentakrifkan kajian kandungan sebagai
satu kaedah penyelidikan yang menggunakan langkah-langkah tertentu
untuk membuat kesimpulan daripada teks.
6.11

PROSEDUR KAJIAN

Untuk menentukan supaya kajian analisis kandungan ini berbentuk


saintifik, beberapa langkah tertentu perlu diikuti oleh pengkaji. Langkahlangkah berkenaan adalah seperti berikut:
1.

Menentukan objektif kajian

Tujuan utama sesuatu penyelidikan dijalankan adalah untuk mendapatkan


beberapa jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan oleh sesuatu
fenomena sosial. Tujuan ini boleh dipecahkan kepada komponen yang
lebih kecil dan spesifik untuk menjawab soalan-soalan kajian yang lebih
kecil.
87

2.

Tentukan bahan-bahan yang hendak dikaji

Bahan-bahan kajian yang berupa audio, atau bahan-bahan visual yang


dipilih untuk dikaji seharusnya berupaya untuk menyediakan data yang
diperlukan bagi menguji hipotesis kajian dan seterusnya membantu
mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan kajian.
3.

Membentuk kategori isi kandungan

Berdasarkan kepada objektif kajian, pengkaji perlu membentuk kategorikategori isi kandungan. Misalnya, jika pengkaji ingin mengetahui apakah
jenis berita sukan yang disiarkan oleh akhbar-akhbar di Malaysia,
pengkaji perlu memikirkan kategori-kategori berita sukan yang selalu
dibacan dan dilihat di dalam akhbar tempatan. Pengkaji akan memerika
akhbar-akhbar berkenaan untuk mendapatkan idea tentang jenis-jenis
berita luar negara yang selalu tersiar di dalam akhbar berkenaan. Apa
yang penting dalam membentuk kategori-kategori ini ialah hasilnya
perlulah menyeluruh dan kategori itu perlulah saling mengasingkan.
Menyeluruh ini bermaksud pengkaji telah berusaha untuk membentuk
setiap kategori tema berita sukan yang mungkin disiarkan oleh akhbarakhbar. Konsep kategori yang saling mengasingkan ini menentukan
supaya tidak ada satu pun berita atau item boleh dikelaskan ke dalam
lebih daripada satu kategori. Oleh itu, setiap kategori perlu mempunyai
penjelasan yang terperinci mengenai had dan sempadan kategori
berkenaan. Misalnya, jika sesuatu berita itu boleh dimasukkan ke dalam
dua kategori, ia akan menimbulkan masalah semasa melakukan koding.
4.

Unit analisis

Unit analisis mungkin merupakan perkataan, ayat, perenggan, atau


keseluruhan sesuatu item bahan kajian. Misalnya, panjang berita dalam
ukuran setiap inci lajur atau sentimeter lajur juga boleh digunakan sebagai
unit analisis.
5.

Pemilihan sampel

Bagi kajian yang bertujuan untuk mengetahui tentang penyiaran berita


sukan, keseluruhan berita sukan adalah merupakan populasi. Untuk itu,
asas pensampelan dalam analisis kandungan seperti jangka masa liputan
kajian dan akhbar-akhbar yang hendak dikaji perlu dikenal pasti. Biasanya
kaedah pensampelen bertujuan dan berperingkat digunakan.
6.

Penyediaan rangka koding

Pengkaji harus menyediakan satu koding untuk memberikan arahan


kepada juru-juru kod kategori-kategori isi kandungan berita. Rangka ini
88

perlu menerangkan dengan jelas prosedur yang perlu diikuti oleh setiap
jurukod dan mengandungi setiap kategori-kategori isi kandungan yang
mempunyai definisi yang mudah difahami dan jelas. Ia merupakan satu
set penerangan mengenai pelaksanaan kerja-kerja mengkod supaya dapat
dilakukan dengan seragam oleh semua jurukod.
7.

Penyediaan borang koding

Borang ini bertujuan untuk membolehkan juru kod memasukkan tandatanda yang diperlukan pada tempat-tempat yang ditetapkan oleh
pengkaji. Data dari borang ini akan dipindahkan kepada komputer untuk
pengiraan dan analisis data.
8.

Prauji rangka koding

Tujuan prauji adalah untuk memastikan bahawa segala kategori yang


digunakan dan didefinisikan yang diberikan tepat serta mudah difahami.
Ini dilakukan dengan memilih satu sample berita yang hendak dikaji dan
dikodkan mengikut rangka yang disediakan. Ada kemungkinan pengkaji
mendapati bahawa sesetengah kategori yang digunakan tidak terdapat
atau terlalu sedikit dan kadangkala terdapat berita yang tidak ada dalam
kategori yang dibentuk.
9.

Melatih jurukod

Latihan diperlukan bagi memastikan koding dilakukan secara seragam.


Latihan ini merupakan penerangan yang lengkap tentang tatacara koding
dan memahami kategori berita yang perlu dikod. Jurukod perlu
memahami matlamat kajian, kategori-ketegori berita yang perlu dikod,
bagaimana membaca dan memilih berita dan bagaimana isi kandungan
berita harus dikodkan.
10.

Menguji kesahihan antara jurukod

Uji ini bertujuan untuk menentukan bahawa semua juru kod dapat
membuat keputusan yang sama terhadap isi kandungan sesuatu berita.
Jika terdapat percanggahan dalam penafsiran ke atas satu-satu kategori isi
kandungan berita maka ini akan menimbulkan masalah kesahihan
keputusan kajian itu pada keseluruhan nanti.
11.

Melakukan kerja koding

Kerja-kerja pengkodan perlu dilakukan setelah pengkaji berpuashati


terhadap keseragaman pengkodan yang tinggi antara juru-juru kod.
89

Pengkaji perlu menyemak secara rawak dari masa ke semasa kerja-kerja


pengkodan supaya keseragaman kerja jurukod dapat ditentukan.
12.

Analisis data

Analisis data biasanya dilakukan dengan menggunakan pakej program


SPSS-X.
13.

Menyediakan laporan

Penyediaan laporan kajian dibuat seperti melaporkan kajian-kajian sains


sosial yang lain.
6.12

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KAEDAH ANALISIS


KANDUNGAN

Seperti juga kaedah-kaedah yang lain, terdapat kekuatan dan kelemahan


dalam pengunaan kaedah ini. Antara lain, kelemahan kaedah analisis
kandungan memerihalkan kandungan sesuatu mesej dalam bentuk mesej
yang nyata (manifest content) yang mungkin akan membawa kepada mesej
yang tersirat (latent content) yang akan dikaji kelak. Kaedah analisis
kandungan juga tidak dapat memerihalkan tentang kesan sesuatu mesej.
Dari segi kategori juga, pemilihan dan pengwujudan sesuatu kategori
adalah sukar. Kategori haruslah bersifat terperinci supaya tidak akan
timbul apa-apa persoalan. Misalnya item berita tentang perkembangan
akademik di UUM harus dimasukkan ke dalam kategori di UUM atau
akademik atau kategori lain yang menyatakan pertalian UUM-akademik.
Selain dari itu, pemakaian kaedah ini juga tidak dikaitkan dengan
sebarang teori. Ia dianggap lebih bercorak data-driven daripada teoridriven. Dari segi kekuatannya, kaedah ini dikatakan mudah digunakan
dan memerlukan perbelanjaan yang rendah.
6.13

KAJIAN KES

Kajian kes adalah penyelidikan yang dilakukan secara insentif oleh


penyelidik ke atas satu unit kecil social seperti individu, satu keluarga,
satu kampung, satu kelab, satu sekolah atau satu masyarakat. Ini bererti
penyelidik akan memeriksa satu unit social secara terperinci. Kajian kes
memberikan penekanan terhadap memahami mengapat individu atau
unit sosial menjadi seperti keadaannya sekarang dan bagaimana
perubahan tingkah laku individu atau unit sosial tersebut berlaku
disebabkan pembolehubah-pembolehubah tertentu.
Biasanya kajian kes dilakukan dengan tujuan menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh individu atau unit sosial. Misalnya, kes-kes yang berkaitan
90

dengan kesalahan yang melanggar etika yang dilakukan oleh seseorang


penjawat awam, kes-kes pecah amanah dan sebagainya.
Kelebihan menggunakan kajian kes sebagai satu kaedah pengumpulan
data adalah dari segi mendalamnya maklumat yang didapati tentang
sesuatu kes. Namun begitu, maklumat yang terhadap ini menyebabkan
inferens tentang populasi tidak dapat dilakukan kerana saiz sampel yang
kecil. Keinginan untuk mengetahui yang mendalam turut menyebabkan
keseimpulan yang prejudis.
6.14

ANALISIS DATA SEKUNDER

Analisis data sekunder atau analisis dokumen merupakan kaedah


penyelidikan diskriptif yang bermatlamat untuk menjelaskan sesuatu
fenomena yang sedang berlaku berpandukan kepada dokumen-dokumen
yang berkaitan dengan fenomena tersebut. Kebekesanan kaedah ini
bergantung kepada kebolehan penyelidik memilih dan menganalisis
dokumen yang sahih dan sesuai. Contoh-contoh dokumen yang dianalisis
termasuklah dokumen kewangan dan perbelanjaan organisasi, laporan
organisasi dan sebagainya.
SOALAN PENILAIAN KENDIRI
1.
2.
3.
4.

Jelaskan aspek-aspek etika dalam menjalankan penyelidikan


eksperimen?
Apakah teknik penyusunan soalan dalam temu bual.
Apakah langkah-langkah dalam menjalankan analisis kandungan.
Nyatakan kelebihan dan kelemahan kaedah pemerhatian?
Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 6.1
1.

Kesatuan sekerja kebangsaan merupakan kesatuan sekerja sektor


swasta yang meliputi sesuatu tertentu dan menerima ahli dari
semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

91

2.

Kesatuan sekerja dalam syarikat merupakan kesatuan sekerja


sektor swasta yang mempunyai ahli yang terdiri dari pekerjapekerja dalam sesuatu organisasi atau syarikat yang tertentu.

SDT 6.2
1.

Pekerja menyertai sesuatu kesatuan sekerja disebabkan oleh


faktor:
gaji dan faedah
pengaruh kesatuan sekerja
persamaan hak
tekanan sosial

2.

Pekerja merasakan kepentingan-kepenting mereka berkenaan


dengan gaji akan dapat disuarakan dengan lebih baik melalui
saluran rasmi dengan wakil-wakil khusus yang dilantik.

92

Anda mungkin juga menyukai