Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBQE 3203
AL - ISRAILIYYAT

NAMA

:HAFIZOH BT HASSAN

NO.MATRIK

:780419025574001

NO.IC

:780419-02-5574

NO.TELEFON

:013-4695811

ALAMAT E-MAIL

hafizah_pgt166@yahoo.com.my
NAMA PENSYARAH

:USTAZ ZULKIFFLI BIN MOHD

NOOR

LEARNING CENTRE

:KEDAH LEARNING CENTER


( ALOR SETAR)

SEMESTER SEPTEMBER 2016

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

PENGERTIAN ISRAILIYYAT

3.0

PEMBAHAGIAN ISRAILIYYAT DALAM ILMU TAFSIR

4.0

PANDANGAN ULAMA HUKUM MERIWAYATKAN

10

CERITA-CERITA ISRAILIYYAT
4

BAHAYA ISRAILIYYAT TERHADAP UMAT ISLAM KINI

12

KESIMPULAN

14

RUJUKAN

15

1.0

PENGERTIAN ISRAILIYYAT

Pengertian asal Israiliyyat dari sudut bahasa merupakan kata jamak.


Mufratnya diambil dari kata israiliyah, yang dinisbahkan kepada Bani Israil
(keturunan Bani Israel). Kata Israiliyyah merupakan bentuk kata yang
dinisbahkan

kepada

kata

Bani

Israel

yang

Ibrani, Isra yang bererti hamba, manakala iil

berasal

dari

kata

bererti tuhan . Justeru

perkataan Israel membawa maksud hamba tuhan dan ia merujuk kepada


nabi Yaakub.
Bani Israel adalah keturunan dari Nabi Yaakub a.s. yang berkembang
hingga Nabi Musa a.s. dan seterusnya nabi yang datang silih berganti
sehinggalah keturunan yang terakhir iaitu Nabi Isa a.s. Keturunan Nabi
Yaakub atau Bani Israel sejak beberapa zaman lalu disebut dengan nama
Yahudi. Keturunan pada zaman Nabi Isa a.s. disebut dengan nama
Nasrani. Istilah lain yang dipakai dalam Al-Quran untuk umat Yahudi dan
Nasrani adalah ahl Kitab.
Dari segi Istilah Israiliyyat bermaksud sesuatu yang menyerap ke dalam
tafsir dan hadis di mana periwayatannya berkaitan dengan sumber dari Yahudi dan Nasrani.
Pada pandangan ulama, Husein Adz Dzahabi Israiliyyat adalah Kisah
dan dongeng yang diserapkan dalam tafsir dan

hadits bersumberkan

Yahudi, Nasrani dan lainnya. Cerita-cerita yang sengaja diserapkan oleh


musuh-musuh

Islam ke dalam tafsir dan hadis yang tidak diketahui

sumber.
Menurut

ulama

Asy-Syarbasi

Kisah-kisah

dan

berita-berita

diserapkan oleh Yahudiah ke dalam Islam. Manakala ulama Amin al Khuli


menyatakan, Israiliyat adalah informasi-informasi maklumat yang berasal
dari ahli kitab yang menjelaskan nas-nas al-Quran atau hadis.
Sayyid Ahmad Khalil membahaskan Israiliyyat Riwayat-riwayat yang
berasal dari ahli kitab, baik yang berhubungan dengan agama mereka
atau yang tidak ada hubungannya sama sekali dengannya. Penisbahan
3

riwayat israiliyat kepada orang-orang Yahudikerana para perawinya


berasal dari kalangan mereka yang sudah masuk Islam.
Pengertian Israiliyyat dalam tafsir adalah berita-berita atau ceritacerita yang diambil daripada pendeta-pendeta atau ahli kitab yang
kebanyakannya terdiri daripada golongan Bani Israel atau Yahudi dan
sedikit daripada golongan Nasrani. Dalam bahasa yang lebih mudah, para
ahli tafsir mendefinisikannnya sebagai pengaruh budaya Yahudi yang
menyerap

masuk

ke

dalam

agama

Islam

melalui

petafsiran

dan

penerangan ayat-ayat suci al-Quran.


2.0

PEMBAHAGIAN ISRAILIYYAT DALAM ILMU TAFSIR.

Para ulama telah membahagikan Israiliyyat kepada tiga bahagian iaitu;


i.

Bahagian yang selari dengan syariat dan Al-Quran; seperti


kisah Al-Jassasah yang diceritakan oleh Tamim Ad-Dariy dan
diperakui oleh Nabi saw (hadith dalam Sahih Muslim, kitab Fitnah,
bab Kisah Al-Jassasah). Selain itu, kisah Nabi Musa a.s. bersama
Nabi Khidir, kisah Juraij seorang abid dan sebagainya yang turut
diceritakan di dalam Al-Quran dan hadith Nabi saw. Maka kisahkisah sebegini berfungsi sebagai sokongan kepada apa yang telah
disebutkan oleh keduanya.

ii.

Bahagian yang bertentangan dengan syariat dan Al-Quran;


seperti mencemar maruah kenabian dalam kisah Nabi Yusuf a.s.
apabila menyebutkan bahawa baginda yang berkeinginan kepada
isteri pembesar Al-Aziz, kisah nabi Daud dan sebagainya yang
mengaitkan para nabi dengan dosa syirik, zina dan sebagainya.
Dalam hadith Nabi saw ada menyebutkan;
"Telah

menceritakan

menceritakan kepada kami

kepada

kami

Musa

bin

Ismail

telah

Ibrahim telah mengabarkan kepada kami

Ibn Syihab dari 'Ubaidullah bin Abdullah bahwa

Ibn

Abbas

berkata, "Bagaimana kalian bertanya ahli kitab padahal kitab


4

r.a.

kalian

yang diturunkan kepada Rasulullah saw lebih baru kemurniannya dan


belum
kalian dengan

terkotori? Sedang

ahlu kitab menceritakan kepada

mengubah-ubah kitabullah

dan menggantinya,

dan

mereka tulis al-kitab dengan tangannya dan merekakatakan, 'Ini dari sisi
Allah' untuk mereka tukar dengan harga yang sedikit,

tidak

sebaiknyakah ilmu yang yang kalian miliki mencegah

kalian

bertanya

kepada mereka? Tidak, demi Allah, takkan

seseorang

di

diturunkan kepada

antara

mereka

bertanya

kalian." - Riwayat

kalian

Imam

dari

kulihat

lagi

tentang

Bukhari:

Hadis

yang
ke-

6815
Abdullah bin Masud pernah berkata; "Janganlah kamu bertanyakan ahli kitab
kerana mereka tidak memberi petunjuk kebenaran bahkan menyesatkan kamu. Maka,
kamu akan mendustakan yang benar dan membenarkan yang bathil".

i.

Bahagian yang tidak terdapat dalam syariat dan Al-Quran sama ada selari atau
bertentangan; bahagian ini paling banyak didapati pada zaman sekarang namun
tiada larangan padanya dan tidak juga mendustakannya. Hadis nabi saw

ada

menyebutkan;
"Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Basyar telah menceritakan kepada
kami Usman bin Umar telah mengabarkan kepada kami Ali bin Al Mubarak dari
Yahya bin Abu Katsir dari Abu Salamah dari Abu Hurairah berkata, 'Ahli kitab
membaca Taurat dengan bahasa Ibrani dan menafsirkannya dengan bahasa Arab
untuk pemeluk Islam! Spontan Rasulullah saw bersabda; "Jangan kalian benarkan
ahli kitab, dan jangan pula kalian mendustakannya, dan katakan saja '(Kami
beriman kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan
kepadamu) '." - Riwayat Imam Bukhari - hadith ke-6814
Contoh kisah pada bahagian ini termasuklah nama Ashabul Kahfi dan bilangan mereka, kisah
burung dan Nabi Ibrahim a.s., pokok yang dimakan oleh Nabi Adam a.s. dan sebagainya.
Para ulama menceritakan kebanyakan kisah bahagian ini adalah khurafat dan dongeng
dengan dosa menyebarkannya lebih besar daripada manfaat yang ada padanya. Hal ini
5

kerana, satu kitab tafsir contohnya akan bertukar kepada kitab lain yang penuh dengan cerita
yang tidak boleh diterima akal dan syara kerana ia merupakan khayalan dan rekaan pendeta
terdahulu yang disebarkan kerana ingin menjauhkan masyarakat Yahudi daripada kitab Taurat
yang asli. Bukan itu sahaja, perbuatan ini juga kadang-kadang bertujuan memberikan
khidmat kepada raja dan pembesar pada waktu itu.

Manakala menurut Dr Muhammad Husayn al-Zahabi, Israiliyyat terbahagi kepada tiga


kategori iaitu;
i.

Pertama:

Pembahagian dari sudut kesahihannya atau pun tidak;

Sahih, seperti apa yang telah dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah :





( )




)

Maksudnya : Wahai nabi, sesungguhnya kami mengutuskan mu sebagai


saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orangorang yang beriman) serta pemberi amaran kepada orang-orang yang
ingkar. Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnnya) kepada
agama Allah dengan taufiq yang diberinya; dan sebagai lampu yang
menerangi. Al-ahzab : 45-46
Sifat-sifat nabi ini telah dinyatakan di dalam al-Quran sama dengan
apa yang terdapat di dalam Taurat. Imam Bukhari telah meriwayatkan
daripada Ata bin Yasar, dia berkata: Aku bertemu dengan Abdullah bin
amru lalu aku berkata kepadanya; beritahu aku tentang sifat-sifat
Rasululllah yang terdapat di dalam Taurat, lalu dia pun berkata: Baiklah,
6

sesungguhnya apa yang diberitahunya tentang sifat-sifat nabi yang


terdapat di dalam al-Quran.
Ata berkata: Kemudian ketika aku bertemu dengan Kaab al-akbar, aku
pun bertanya soalan yang sama kepadanya, lalu dia menjawab seperti
apa yang telah dijawab oleh abdullah bin Amru tanpa berbeza walau satu
huruf sekalipun.

Tidak

sahih

(palsu),

seperti

kepercayaan

khurafat

mengenai

wujudnya gunung Qaf yang meliputi langit dan bumi sebagaimana


yang didakwa oleh para pendusta.
ii.

Kedua:

Pembahagian

dari

sudut

bertepatan

dengan

Agama atau bercanggah.


Sesuatu yang terdapat di dalam taurat bersamaan dengan apa
yang terdapat di dalam agama kita (syarak).
Sebagai contoh ; hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam alBukhari daripada abu said al-Khudri, bahawa nabi saw telah
menyatakan bahawa pada hari akhirat
menunggu

perbicaraan,

Allah

swt

kelak semasa sedang

menjadikan

bumi

tempat

berhimpun itu seperti roti besar, dan orang yang beriman dapat
makan roti tersebut sementara menunggu selesainya al-Hisab, dan
ia ibarat suatu hidangan bagi tetamu-tetamu syurga.
Ketika Nabi saw sedang menggambarkan perihal tersebut kepada
para sahabat, tiba-tiba datang seorang lelaki Yahudi dan berkata:
Semoga

allah

memberkatimu

wahai

Abu

Qasim,

boleh

aku

memberitahumu dengan hidangan bagi tetamu syurga pada hari


kiamat? lalu menjawab: Ya. Lelaki yahudi itu pun berkata: Bumi
tempat berhimpun akan dijadikan seperti roti yang besar .
(Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Nabi saw kepada para
sahabat), maka nabi Nabi saw pun memandang kepada para

sahabat, lalu nabi ketawa sehingga nampak gigi gerahamnya.


Sesuatu yang bercanggah dengan syariat.
Contohnya ialah pelabelan yahudi kepada Nabi Harun as dengan
sesuatu yang batil yang terdapat di dalam kitab mereka. Mereka
menyatakan bahawa Nabi Harun mengukir anak lembu untuk
disembah oleh Bani Israil. Begitu juga dakwaan batil yang terdapat
7

dalam safar al-Takwin yang menyatakan bahawa ketika Allah


menciptakan langit dan bumi selama enam hari, lalu Allah pun

berasa penat dan berehat pada hari ketujuh iaitu hari Sabtu.
Sesuatu yang didiamkan oleh syarak, tidak ada sokongan mahu pun
bantahan.
Contohnya

ialah

sebagaimana

riwayat

Israilliyyat

mengenai

perincian tentang kisah lembu Bani Israil. Iaitu seseorang yang


membunuh bapa saudaranya, lalu untuk mencari pembunuhnya,
maka disembelih lembu, dan dihidupkan orang yang mati itu
dengan anggota lembu tersebut, lalu orang yang mati itu pun
iii.

memberitahu tentang orang yang membunuhnya.


Ketiga:
Pembahagian
dari
sudut
tajuk

atau

isi

kandungannya.
Berkaitan dengan akidah
Contohnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari
daripada Abdullah bin Masud, bahawa dia berkata: Telah datang
seorang pendeta Yahudi kepada Rasulullah saw, lalu berkata: Wahai
Muhammad, kami mendapati bahawa Allah menjadikan langit di
atas jari-jemari tanganNya, begitu juga bumi, pokok, air bahkan
segala makhluk di atas jari-jemarinya tanganNya, lalu Allah
menyatakan Akulah Yang Berkuasa (Raja).
Maka Rasulullah saw pun ketawa sehingga Nampak geraham
giginya, serta membenarkan kata-kata pendeta itu. Kemudian
Rasulullah pun membaca Firman Allah:
Maksudnya : Dan mereka yang musyrik tidak menghormati Allah
dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya,
sedang bumi seluruhnya pada hari kiamat dalam gengaman
kuasaNya, dan langit tergulung dengan kekuasaanNya. Maha
sucilah Dia dan tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka

sekutukan. Surah al-Zumar : 67


Berkaitan dengan hukum.
Contohnya ilah seperti hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam alBukhari, daripada Abdullah bin amru, bahawa sekumpulan Yahudi
telah dating kepada Nabi saw dengan membawa seorang lelaki dan
seorang wanita yang telah berzina. Lalu Nabi pun bertanya kepada
8

Yahudi itu: Bagaimanakah hukuman (dalam agama kamu) bagi


orang yang melakukan zina? Maka yahudi itu pun berkata: Kami
hitamkan wajah mereka berdua dan kami pukul mereka. Lalu Nabi
saw pun bertanya: Apakah kamu tidak mendapati dalam Taurat itu
hukuman rejam?. Mereka pun berkata kami tidak menjumpai di
dalam Taurat hukuman seperti itu.
Lalu berkatalah Abdullah bin Salam: Kamu semua telah berdusta.
Bawakan Taurat dan bacakan ia sekiranya kamu bercakap benar.
Lalu, salah seorang Yahudi yang membawa kitab Taurat cuba
menutup ayat tentang rejam tersebut dengan tangannya. Lalu
Abdullah bin Salam menarik tangannya seraya bertanya: Ayat
apakah ini?. Apabila mereka melihatnya, mereka pun berkata:
Ayat rejam!.Lalu pasangan Yahudi yang berzina itu dijatuhi

hukuman rejam.
Berkaitan dengan kisah, cerita dan pengajaran.
Contohnya ialah seperti cerita-cerita Israilliyyat tentang perincian
pembinaan kapal Nabi Nuh as, mengenai jenis kayunya, panjang
dan lebarnya, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

3.0

HUKUM MERIWAYATKAN CERITA-CERITA ISRAILYYAT

Di antara pandangan-pandangan ulama berkaitan hukum meriwayatkan


cerita-cerita Israiliyyat, boleh dibahagikan kepada berikut:
(i) Haram

meriwayat daripada Israiliyyat secara mutlak, apatah lagi

terhadap Israiliyyat yang bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.

(ii) Harus meriwayatkan daripada Israiliyyat sebagaimana yang terdapat


di dalam kitab-kitab tafsir dan kitab sejarah. Iaitu yang merujuk kepada
Israiliyyat yang sahih dan bertepatan dengan nas-nas al-Quran dan alSunnah sebagaimana sabda Nabi s.a.w :

, ,

Maksudnya "Sampaikanlah yang datang daripadaku walaupun satu ayat,
dan ceritakan (apa yang kamu dengar) dari Bani Israil dan hal itu tidak
ada salahnya. Barang siapa yang berdusta kepadaku, maka bersedialah
untuk menempati tempatnya di neraka".
(iii) Tidak harus meriwayatkan Israiliyyat. Antara dalil mereka, hadis nabi
S.A.W:

,
Maksudnya: Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah pula
mendustai mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada
kitab yang diturunkan kepada kami... (al-Bukhari, Sahih Bukhari, hadis
4485)
Hadis ini melarang orang orang Islam menaruh kepercayaan kepada
cerita-cerita Ahli Kitab berkenaan Kitab Taurat dan sebagainya (Az-Zahbi,
al-Israiliyyat dalam Tafsir dan hadis, muka surat 55-56).
Daripada pandangan-pandangan tersebut, yang rajih ialah haram
atau tidak dibolehkan untuk meriwayatkan sesuatu daripada Israiliyyat
dengan tujuan untuk berhujah dan menjadikan ia sebagai dalil. Akan
tetapi,

dibolehkan

sekiranya

periwayatannya

itu

adalah

untuk

memberikan peringatan, pengajaran dan panduan. ( sila rujuk al-Khalidi,


Maa Qisas al-Sabiqin fi al-Quran, halaman 47 ).

Pandangan- pandangan

ini mempunyai dalil dan hajat masing-masing

tetapi setelah dibuat penelitian, kedua-dua pandangan tersebut dapat


disesuaikan mengikut pertimbangan berikut:
10

i.

Al-Quran sendiri banyak menceritakan cerita-cerita Bani Israil dan


cerita-cerita tentang umat terdahulu. Ia juga mengisyaratkan
keharusan merujuk kepada Ahli Kitab.

ii.

Nabi s.a.w pula ada menceritakan tentang cerita Bani Israil seperti
A-Abros, Al-Ama, Al-Akro dan cerita A-Ghor.

iii.

Hadis Nabi s.a.w yang mengharuskan periwayatan Israiliyyaat tidak


bermaksud bahawa keharusan itu adalah mutlak. Ia terikat kepada
apa yang baik atau sesuatu cerita atau perkara yang tidak
dipastikan statusnya yang mana ia boleh dianggap benar atau
dusta, tetapi tiada petunjuk yang memperlihatkan dusta atau
batilnya.

Antara Hujah Larangan Periwayatan Israiliyyat adalah seperti yang


berikut:

(a) Penyelewengan Yahudi dengan meminda-meminda perkataan di dalam


kitab Taurat, yang sekali gus merupakan perbuatan yang tidak amanah
dan tidak bermoral. Firman Allah ;

Maksudnya:

....demikian

juga

dari

orang-orang

Yahudi,

mereka

orangorang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka


sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendeta pendeta
Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah
serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari
tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan
kepada kamu hukum seperti ini maka Terimalah dia, dan jika tidak
disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik ". (alMaidah: 41)

11

(b) Yahudi berusaha mewujudkan fitnah dalam agama di kalangan


orang Islam melalui periwayatan Israiliyyat. Firman Allah ;
Maksudnya: Banyak di antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka
kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir
setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka
sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad
s.a.w) . (al-Baqarah: 109).
(c) Yahudi menyembunyikan kebenaran serta memesongkan fakta ke arah
kebatilan. Lalu Israiliyyat itu merupakan lambang penyelewengan dan
pemesongan. Firman Allah:
Maksudnya:

(Sesudah

kamu

Wahai

Muhammad

dan

pengikutpengikutmu mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang


Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan
beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal
sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam
Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya
sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa
perbuatan itu salah) . (al-Baqarah: 75).
(d) Yahudi sengaja meninggalkan kebenaran dan menuruti kebatilan, dan
riwayat Israilliyat banyak mengandungi kemungkaran. Firman Allah:
Maksudnya: Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi
Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang mengesahkan apa yang ada pada
mereka, sebahagian daripada orang-orang yang telah diberikan Kitab itu
melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak
mengetahui (kebenarannya). Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan
mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan
dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman. (al-Baqarah: 101-102)

12

4.0

BAHAYA ISRAILIYYAT TERHADAP UMAT ISLAM KINI

Ulama-ulama tafsir yang berhadapan dengan kemaraan maklumatmaklumat Israiliyyat di dalam kitab-kitab tafsir dengan tegas menghalang
pentafsiran alQuran dengan Israiliyyat. Hal ini kerana kebanyakan cerita
Israiliyyat adalah berupa dongengan dan khurafat dan ia bakal mencemari
kesucian al-Quran untuk dijadikan tafsiran. Israiliyyat bahaya kerana akan
merosak aqidah kaum muslimin menerusi perkara-perkara berikut:
1.Tasybih Dan Tajsim Kepada Allah.
Di antara contoh kemungkaran cerita Israiliyyat dalam menisbahkan
sesuatu yang tidak sesuai dengan Allah, adalah keterangan yang
dimuatkan

dalam

kitab

Sifrut

Takwin,

pada

fasal

18,

iaitu

yang

menceritakan tentang penghancuran kaum Luth, Bahawasanya Allah dan


dua malaikat bersamaNya datang kepada nabi Ibrahim dalam bentuk tiga
orang lelaki. Maka Nabi Ibrahim merasa khuatir terhadap kedatangan
ketiganya, mengundang mereka untuk beristirehat di rumahnya dan
memberi makanan kepada mereka. Lalu ketiganya memenuhi undangan itu, dan Ibrahim
bergegas masuk ke kamarnya sambil berkata kepada isterinya Sarah: Cepat-cepatlah engkau
menyiapkan tiga takar tepung, masaklah dan buatkan roti. Kemudian Ibrahim berlari menuju
13

sapinya dan mengambil seekor anak sapi jantan yang kecil, lalu diberikan kepada
pesuruhnya untuk dibakar dan dihidangkan kepada mereka. Kemudian Ibrahim membawa
roti, susu dan anak sapi yang telah dimasak lalu diletakkan di hadapan mereka. Kemudian
Tuhan berbicara dengan Ibrahim tentang urusan Sarah dan penghancuran kaum Luth. Ketika
Tuhan telah selesai berbicara dengan Ibrahim maka ia pergi, demikian pula Ibrahim, pergi
menuju tempatnya...
Al-Quran dalam membicarakan kisah penghancuran kaum Luth, mengisahkannya
dengan menyatakan bahawa yang menjadi tamu Ibrahim, tidak lain melainkan para malaikat
yang diutus oleh Allah s.w.t. Mereka datang dalam bentuk manusia. Ibrahim tidak
mengetahui bahawa mereka itu adalah para malaikat. Kemudian ia menghidangkan makanan
daging anak sapi yang dipanggang, akan tetapi mereka tidak memakannya. Ibrahim
memandang aneh mereka dan mereka khuatir terhadapnya. Lalu para tamu itu
memberitahukan mengenai kaum Luth. Kisah ini secara murni termuat dalam al-Quran
.
2. Menghilangkan ismah para nabi1
Di antara cerita Israiliyyat yang mungkar yang merosak sifat kenabian serta
menghilangkan pemeliharaan mereka dari dosa (ismah), ialah cerita yang terdapat di
dalam bab sembilan belas, yang menceritakan bahawa kedua puteri nabi Luth
memberinya khamr, ia menzinai keduanya dan kerana itu keduanya hamil. Lalu
masing-masing melahirkan anak. Anak yang dilahirkan dari puterinya yang pertama
disebut Abdul Mawabin, dan dari puteri yang kedua diberi nama Abu Amun.
Walhal al-Quran secara jelas menyatakan bahawa nabi Luth sangat benci terhadap
perbuatan kaumnya, iaitu masalah perzinaan dan segala bentuknya. Bagaimana boleh
membayangkan nabi Luth melakukan perzinaan pada tingkat yang paling buruk dan
paling keji, padahal ia adalah Nabi Allah yang masum.
3. Memberi gambaran seolah-olah Islam itu penuh dengan khurafat dan kebohongan.
Sebagai contoh, kisah mengenai sifat nabi Adam, bahawa ia memiliki kepala yang
sampai kepada awan ataupun langit dan sampai menyundalnya sehingga botaklah
kepalanya. Ketika dia turun ke bumi, maka menangislah dia kerana akan meninggalkan
syurga sehingga air matanya bagaikan lautan dan di antaranya kapal boleh berlayar.
1
14

4. Menyebabkan hilang kepercayaan kepada salaf al-saleh kerana ia dianggap telah


menipu Islam.
Ini kerana tidak kurang cerita Israiliyyat yang disandarkan kepada kepada golongan
salaf al-saleh yang dikenali dengan keimanan dan keadilannya. Mereka dianggap
sebagai sumber agama ataupun penyelesai masalah-masalah agama yang penting di
kalangan kaum muslimin, akhirnya mereka dipandang keji. Sebahagian orientalis dan
orang-orang Muslim yang sependapat dengan hal ini, menyangka bahawa mereka itu
telah menipu Islam dan umatnya. Di antara sekian para Salaf al-soleh yang mendapat
kredit tersebut serta menanggung bebannya, adalah Abu Hurairah, Abdullah bin Salam.
aab al-Ahbar dan Wahb bin Munabbih. Mereka itu semua adalah orang-orang yang
sudah mendalam ilmu keislamannya.
5.0KESIMPULAN
Berdasarkan kisah-kisah Israiliyyat ternyata membahayakan akidah umat Islam jika ia terus
tersebar menerusi karya-karya Islam dan diyakini sebagai salah satu dari bahagian ajaran
Islam. Walaupun terdapat pembahagian Israiliyyat yang diharuskan meriwayatkannya, iaitu
yang tidak bercanggah dengan syariat Islam, namun penelitian dan sifat berhati-hati perlu
bagi meriwayatkannya.
Manakala yang bercanggah dengan syariat pula, ia haram diriwayatkan melainkan
menyertakan kedustaannya. Dalam karya-karya tafsir turath, terdapat banyak kisah-kisah
Israiliyyat yang terselit di dalamnya, ia menjadi tanggungjawab para ilmuan masa kini
untuk mengkaji dan mentahqiqkan agar dapat memurnikan karya-karya hebat tersebut
daripada unsur-unsur yang jauh dari ajaran Islam. Musuh-musuh Islam sentiasa mencari
peluang dan ruang untuk menyelinap masuk bagi mengelirukan ajaran Islam hatta dengan
cara ini sekalipun. Oleh itu, umat Islam perlu menggunakan akal yang waras dan benar dalam
menilai sesuatu yang datang kepada mereka.

15

6.0

RUJUKAN
Buku ;
1

Mohd nazri Ahmad & Mohd Najib Abdul kadir (2004), Isr iliyyt: Pengaruh
Dalam Kitab Tafsir. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributore Sdn. Bhd.

Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (2006), al-Isr iliyyt wa al-mawduat fi


Kutub al-Tafsir, (terj.) Hasnan bin Kasan, Isr iliyyt Dan Hadith Palsu Dalam
Kitab-kitab Tafsir. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Muhammad Husayn Dhahabi (1988), al-Isr iliyyt fi al-tafsir wa al-Hadith. (terj.),


Didin Hafidhuddin, Isr iliyyt Dalam Tafsir Dan Hadis. Singapura: Pustaka
Nasional

Muhammad Sukki Othman. (2008). HBIS3203 Ilmu Tafsir. Selangor: Meteor Doc.Sdn
Bhd.

Internet ;
1. http://bintusahaly.blogspot.my/2010/12/israiliyyat-dalam-tafsir-al-quran.html
Diperolehi pada 25 Okt 2016
2. http://nurbaitisistalala12.blogspot.my/2015/03/israiliyat-dalam-penafsiran.html
Diperolehi pada 25 Okt 2016
16

3. https://www.scribd.com/doc/44332530/Assignment-Ulum-Quran
.Diperolehipada 30 Okt 2016
4. http://ikanlepu.blogspot.my/2010/12/israiliyat-menurut-pandangan-islam.html
Diperolehipada 30 Okt 2016

17

Anda mungkin juga menyukai