Anda di halaman 1dari 7

SRJK (C) KAMPUNG TAWAS

31400 IPOH, PERAK

KERTAS KERJA MENGECAT DAN MENGHIAS


SUDUT LINUS
TARIKH :
11-15 JULAI 2011
TEMPAT :
PAPAN KENYATAAN DI SEBELAH TANGGA MENUJU KE
PEJABAT,
PAPAN KENYATAAN DI SEBELAH BILIK DARJAH 4B, PAPAN
KENYATAAN DI PEJABAT GURU.

MENGHIASKAN PAPAN KENYATAAN

PENGENALAN
Di SK Kayang terdapat pelbagai sudut informasi yang disediakan. Setiap sudut
ini membekalkan maklumat kepada murid. Murid dapat mengisi masa yang terluang
dengan membaca maklumat yang disediakan terutamanya murid-murid LINUS. Sudut
LINUS amat penting dalam memastikan para murid ini dapat memperbanyakan
pengetahuan mereka dari semasa ke semasa.

Oleh itu, pihak sekolah haruslah memainkan peranan agar sudut LINUS yang
terdapat di kawasan sekolah dapat dihiaskan dengan cantik dan menarik perhatian
serta dipenuhi informasi untuk menjadi tempat yang boleh memberikan murid-murid
menamabah ilmu. Disamping itu, secara tidak langsung, murid yang lain turut sama
mendapat manfaat disamping dapat mencantikkan kawasan sekolah.

Papan kenyataan di dalam kawasan sekolah perlu dipenuhi dengan bahanbahan yang menarik dan dapat menarik perhatian murid-murid walaupun hanya
membaca sepintas lalu. Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada

papan

kenyataan sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan mutu


pelajaran mereka. Ini adalah kerana pembelajaran secara tidak langsung di luar kelas
juga perlu dititikberatkan selain daripada pembelajaran formal di dalam kelas.
Persekitaran yang berbeza daripada di dalam kelas akan mempengaruhi minat
murid untuk lebih menerokai sesuatu yang baru yang belum mereka ketahui. Mereka
berkemungkinan akan berasa bosan dengan situasi yang sama sahaja di dalam kelas.

RASIONAL
Sudut LINUS yang dicadangkan ini akan dapat membantu murid-murid yang
lemah dalam mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu
meningkatkan aras pengetahuan mereka. Maklumat-maklumat yang terdapat di sudut
ini dpat membantu tahap pemahaman sekaligus meningkatkan kefahaman serta
mencantikan kawasan sekolah. Dengan membaca maklumat-maklumat yang terdapat
pada sudut tersebut tersebut, murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan
berfaedah dan secara tidak langsung dapat mengurangkan perbuatan yang tidak
bermanfaat pada masa rehat atau masa-masa selainnya.

TUJUAN
Projek mengecat dan menghiaskan sudut LINUS ini bertujuan untuk membantu
murid-murid LINUS dan juga murid biasa mendapatkan informasi pelajaran dan ilmu
pengetahuan di luar bilik darjah secara santai dan tanpa pengwasan guru. Mereka tidak
lagi akan membuang masa dengan berbual-bual kosong ketika waktu terluang.

OBJEKTIF
Projek ini dijalankan agar warga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Kampung
Tawas dapat:

1 Memanfaatkan sepenuhnya penggunaan papan kenyataan dengan baik.


2 Mengisi masa terluang dengan perkara berfaedah.
3 Menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat terkini.
4 Menunjukkan kepekaan pihak sekolah tentang pentingnya ilmu dan maklumat
terkini kepada murid-murid.
5 Melahirkan murid-murid berfikiran kreatif dan kritis.

TARIKH
11 - 15 Julai 2011

MASA
Sepanjang sesi persekolahan.

TEMPAT
6 Papan kenyataan:
1. Bersebelahan dengan tangga menuju ke pejabat pentadbiran.
2. Bersebelahan dengan tangga menuju ke tingkat 1.
3. Di sebelah bilik darjah 4B.
4. Bersebelahan dengan tangga menuju ke bilik darjah 3A.
5. Di tepi pejabat guru.
6. Tempat murid berkumpul untuk Baca Pagi.

SASARAN
Semua murid

ALAMAT SURAT MENYURAT :

Guru Besar
SRJK(C) Kampung Tawas,
31400 Ipoh, Perak

JAWATANKUASA PROJEK
Penasihat

Cik Ong Yee Yong


(Guru Besar SRJK(C) Kampung Tawas)

Pengerusi

Encik Lim Teng Seong


(Guru Penolong Kanan 1)

Mentor
Setiausaha

:
:

Puan Yik Lai Pooi


Cik Janice Ng Thien Chee
(Guru Pelatih IPG Kampus Ipoh)

Bendahari

Cik Chan Wan Jing


(Guru Pelatih IPG Kampus Ipoh)

AJK

Guru-guru sekolah SRJK(C) Kampung Tawas

ANGGARAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan
Kertas warna

: RM 5

Kertas laminate

: RM 40

Ribon

: RM 10

Plastik meja

: RM 3

Lain-lain

: RM 10

CADANGAN BAHAN :
1

Poster kesihatan, poster penyakit denggi, poster melindungi alam sekitar

Misi sekolah

Berita dari suratkhabar

Rencana yang mendorong murid-murid

PENUTUP
Adalah diharapkan projek ini dapat memberikan pendedahan kepada warga
sekolah mengenai kepentingan dan kegunaan papan kenyataan di sekolah agar ia
dapat memanfaatkan masa lapang para pelajar sambil memberikan maklumat dan
pengetahuan yang berfaedah kepada mereka.

Disediakan oleh :

Disediakan oleh :

..
( JANICE NG THIEN CHEE )
Guru Pelatih IPG Kampus Ipoh

..............................................
( CHAN WAN JING )
Guru Pelatih IPG Kampus Ipoh

Disemak oleh :

...
( PN. YIK LAI POOI )
Mentor Projek Menghiaskan
Papan Kenyataan

Disahkan Oleh :

( Cik ONG YEE YONG )


Guru Besar,
SRJK(C) Kampung Tawas, Ipoh.

Anda mungkin juga menyukai