Laporan Keceriaan SK
Laporan Keceriaan SK
OBJEKTIF :
STRATEGI PELAKSANAAN :
Pada hari pertama 1 Julai 2013, guru pelatih telah berjumpa dan
berbincang dengan Guru Besar dengan guru pembimbing berkaitan dengan
projek yang boleh dilaksanakan. Selepas itu, guru pelatih diberi tugas oleh Guru
Besar untuk mengemaskinikan dan menghiaskan papan kenyataan yang
terdapat di sekitar kawasan sekolah dan melukis mural di dinding bangku
auditorium gelanggang bola keranjang. Ini disebabkan pihak sekolah ingin
menceriakan kawasan sekolah agar dapat mewujudkan suasana yang gembira
di sekitar kawasan sekolah.
Seterusnya, guru pelatih telah merangka kertas kerja dan menghasilkan
kertas kerja sebelum memulakan projek. Setelah berbincang dengan Guru
Besar, guru pelatih telah menunjukkan kertas kerja kepada guru pembimbing
iaitu Puan Goh Ah Liang untuk disemak.
REFLEKSI :
1. KEKUATAN PROJEK
Idea ini tercetus atas cadangan Guru Besar sebagai salah satu usaha
untuk mengindahkan kawasan sekolah. Mural yang dilukis ini menyumbangkan
satu hasil karya di dinding tempat duduk auditorium gelanggang bola keranjang.
Aktiviti melukis mural ini bukan sahaja boleh memurnikan kawasan sekolah
malah boleh membimbing murid lebih mencintai harta sekolah serta mencungkil
bakat melukis murid-murid. Usaha murni ini sudah tentu akan dimanfaatkan dan
dihayati oleh semua warga SJK (C) Chan Wa Seremban.
Semasa projek ini dijalankan, beberapa perjumpaan telah diadakan oleh
guru pelatih dengan Guru Besar untuk menyelaraskan projek ini. Ini dapat
menunjukkan sikap bekerjasama dan interaksi yang positif antara guru pelatih
dengan pihak pentadbir sekolah. Sebagai salah satu aktiviti yang dikendalikan,
guru pelatih berasa bersyukur dan bangga kerana melalui aktiviti ini dapat
mencurahkan bakti guru pelatih dalam usaha mengindahkan kawasan sekolah
yang tercinta bagi mewujudkan tempat mengajar yang selesa dan ceria serta
bersih.
Selain itu, projek keceriaan sekolah ini dapat memupukan semangat
kerjasama dan berpasukan antara guru pelatih dengan semua pihak di sekolah.
Projek ini tidak mungkin boleh dibuat jika perseorangan. Guru pelatih
bekerjasama dan menjadikan kerja berat menjadi ringan. Semangat kerja
berpasukan dan kerjasama antara ahli merupakan punca utama kejayaan projek
ini. Tidak lupa juga sokongan padu dan sepenuhnya daripada pihak sekolah
terutamanya Guru Besar dan guru pembimbing yang banyak membantu guru
pelatih dalam perancangan projek dan mendorong guru pelatih lebih yakin untuk
merealisasikan projek ini.
Atas bantuan semua pihak yang diberikan kepada guru pelatih dapat
mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Guru pembimbing, staf
sekolah serta pekerja-pekerja turut membantu dalam proses melengkapkan
projek guru pelatih ini. Guru pembimbing guru pelatih, Pn Goh juga telah banyak
membantu guru pelatih semasa melaksanakan tugas. Ini menyenangkan guru
pelatih sentiasa merujuk beliau jika menghadapi sebarang masalah. Walaupun
beliau sangat sibuk kerana tugasnya sebagai guru disiplin, tetapi beliau tetap
memberi tunjuk ajar dan juga cadangan untuk membantu menyenangkan tugas
guru pelatih. Guru pelatih berasa sangat bangga dan bersyukur mendapat
seorang guru pembimbing yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap guru
pelatih.
Tambahan pula, guru pelatih bekerjasama sepenuhnya dan menggunakan
kekuatan dan kelebihan masing-masing untuk menyiapkan tugasan ini dalam
tempoh 3 minggu. Setelah siap lukisan mural, guru pelatih mendapati bahawa
keadaan sekolah adalah lebih menarik dan juga ceria. Maklumat dapat
disampaikan melalui lukisan mural iaitu memberi fikiran yang positif kepada
murid-murid belajar iaitu beraksi seperti bola keranjang, jangan berputus asa
sehingga mencapai kejayaan.
Akhirnya, diharapkan mural tersebut berguna kepada sekolah khususnya
dalam membentuk sahsiah murid-murid supaya menjadi insan yang berbadan
cergas dengan menyertai sukan.
KELEMAHAN PROJEK:
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
.................................................. .......................................
(NG CHU RUI) (PUAN GOH AH LIANG)
Guru Pelatih IPG Kampus Raja Melewar Guru Mentor Internship
Disahkan Oleh :
..................................................
(PUAN KAN SIOW KUAN)
Guru Besar,
SJK (C) Chan Wa Seremban,
Jalan Tan Sri Manickavasagam,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.