Anda di halaman 1dari 19

Drama dalam Pendidikan

Definisi drama
Sejarah drama Dunia
Sejarah drama Malaysia
Kategori drama
Drama Realisme dan bukan Realisme
Konsep drama dalam Pendidikan
Sejarah perkembangan drama kanak - kanak

Disediakan oleh :
Dunstan Geraman anak Gerigih
Nurliyana binti Rusli
Pavitra A/P Gunentharan
Vaishaanee A/P Fenisan
DEFINISI DRAMA
Berasal dari bahasa Yunani Draomai yang bermaksud buat, gerak, aksi
dan sebagainya.
Perkataan drama dapat diertikan sebagai sesuatu pergerakan, tindakan
atau aksi.
Pengertian drama secara umum adalah sebuah karya sastera dalam
bentuk dialog yang dipentaskan oleh pelakon.
Pementasan drama pula dikenal sebagai pertunjukan teater.
Drama merupakan bentuk kisahan yang menggambarkan kehidupan dan
watak manusia melalui tingkah laku (lakonan) yang dipentaskan. Kisah-
kisah di dalamnya tidak mempunyai banyak perbezaan dari kehidupan
nyata yang terjadi dalam persekitaran masyarakat.
Drama merupakan karangan yang menggambarkan suatu kehidupan serta
watak manusia dalam berperilaku yang dipentaskan dalam beberapa
babak.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2013) drama bermaksud karya
yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio atau
televisyen, sandiwara

Lilian Herlands Honstein (1961) - drama adalah sebuah karya


sastera yang ditulis dalam bentuk dialog dan digunakan untuk
pertunjukan oleh para pelakon

Moulton - Drama adalah kisah hidup digambarkan dalam bentuk


pergerakan (disajikan langsung dalam tindakan).

Balthazar Vallhagen - Drama adalah seni yang menggambarkan


alam dan sifat manusia dalam gerakan.
SEJARAH DRAMA DUNIA SECARA UMUM.
Pada 400 masihi, drama menjadi kurang popular.
900 1500 masihi, drama Medieval muncul.
Drama ini tidak ada pengaruh daripada jenis drama yang ada
sebelumnya ( drama Gereja).
Tujuannya hanya untuk mengajar agama Kristian. ( drama
keajaiban, moral dan misteri)
Drama Renaisasance 1642, William Shakespeare.
Drama Victorian / Moden abad ke-18, Oscar Wild, George
Bernard Shaw
Drama Moden realism (tragedy, comedy, melodrama)
Sejarah Drama di Malaysia

Wayang kulit merupakan jenis drama yang disampaikan dan


wujud sekitar abad ke-13 dan ke-14, berasal dari tanah Jawa.
Terdapat juga wayang kulit yang berasal dari Thailand, iaitu
wayang kuit Siam.
Menerima sambutan serta menghiburkan.
Pada abad ke-18, muncul drama dari Thailand iaitu Makyung (
dlakonkan oleh pelakon)
Drama tradisional Melayu bercorak tempatan seperti boria di
Pulau Pinang, randai di Negeri Sembilan, kuda kepang di Johor
dan dabus di Perak.
Drama ini berkisar tentang masyarakat Melayu.
Munculnya drama Bangsawan dari India pada 1870, dan tema
mereka pula berkisar tentang cerita fantasi dan dunia khayalan.
Pada awalnya hanya tertumpu kepada nyanyian dan tarian,
kemudiannya berubah kepada bentuk kumpulan drama.
Drama bangsawan mengandungi 15 hingga 20 babak dan
dilangsungkan pada beberapa malam.
Sambutan penonton menjadi penentu untuk panjang atau
pendeknya sesuatu drama bangsawan itu.
JENIS DRAMA
Berdasarkan
Berdasarkan
penyajian kisah
sarana
drama

Berdasarkan
keberadaan
naskhah drama
JENIS DRAMA BERDASARKAN PENYAJIAN KISAH

1. Tragedi: drama yang bercerita tentang kesedihan.

2. Komedi: drama yang bercerita tentang komedi yang penuh dengan kelucuan.

3. Tragekomedi: perpaduan antara kisah drama tragedi dan komedi.

4. Opera: drama yang dialognya dengan cara dinyanyikan dan diiringi muzik.

5. Melodrama: drama yang dialognya diucapkan dan dengan diiringi muzik.

6. Pantomin :drama yang ditampilkan dalam bentuk gerakan tubuh atau bahasa

isyarat tanpa pembicaraan

7. Sendratari: gabungan antara seni drama serta seni tari.


JENIS DRAMA BERDASARKAN SARANA

1. Drama Panggung: drama yang sepenuhnya dimainkan di panggung.


2. Drama Radio: drama ini tidak dapat dilihat, tetapi hanya dapat didengarkan
oleh pendengarnya saja dengan melalui radio.
3. Drama Televisyen : hampir sama dengan drama panggung, namun drama
televisyen tidak dapat disentuh.
4. Drama Film: menggunakan media layar lebar serta biasanya dipertunjukkan
di bioskop.
5. Drama Wayang: drama yang diiringi dengan pagelaran wayang.
6. Drama Boneka: para tokoh drama tidak dimainkan oleh aktor manusia
sebenar, tetapi digambarkan dengan boneka yang dimainkan beberapa
orang.
JENIS DRAMA BERDASARKAN KEBERADAAN NASKHAH

Drama Tradisional ialah drama khayalan yang umumnya menceritakan tentang


kesaktian, kehidupan istana atau kerajaan, kehidupan dewa-dewi, kejadian tak
masuk akal, dan sebagainya. Drama tradisional tidak menggunakan naskhah.

Drama Moden ialah drama yang memiliki tujuan untuk memberikan pendidikan
kepada masyarakat yang umumnya bertemakan kehidupan manusia seharian.
Drama moden menggunakan naskhah.
Realisme
Dua buah drama iaitu Tamu di Bukit Kenny karya Usman Awang dan Sirih Bertepuk
Pinang Menari karya Noordin Hassan menjadi drama kajian di peringkat STPM bagi
Kesusasteraan Melayu Moden.
Tamu di Bukit Kenny merupakan drama realisme yang terkenal pada dekad 1960-an
manakala Sirih Bertepuk Pinang Menari merupakan drama non-realisme yang dihasilkan
pada dekad 1990-an.
Dekad 1960-an drama-drama realisme menjadi amat popular dan diterima oleh
masyarakat kerana keupayaan drama berkenaan mengutarakan permasalahan
masyarakat, pemikiran, dan zaman drama tersebut dihasilkan.
Drama yang tidak lagi terlalu bergantung kepada unsur-unsur realistik dengan ruang
tamu dan perabot yang pelbagai, dan cerita-cerita tentang kemiskinan dan protes
sosial yang semakin klise sifatnya.
Drama yang digubah berdasarkan komposisi visual, ruang, imbangan, bentuk, warna
dan bayang-bayang.
Kecenderungan drama realisme ialah pemaparan eskpresi terhadap permasalahan
semasa yang tampak dan bersifat fizikal.
Apa yang dihasilkan oleh pengarang adalah sesuatu yang sezaman atau berkaitan
dengan zaman penulis itu sendiri.
Realisme menjadi sebuah representasi yang peka kepada sesuatu yang konkrit dan
kontekstual sifatnya.
Realisme akan menyalurkan segala protes atau kritikan terhadap realiti masyarakat.
Drama realisme turut dikenali sebagai drama protes sosial, drama realisme sosial dan drama
masyarakat.
Sebagai sebuah alat komunikasi langsung dengan audiens drama realisme gemar
menggunakan bahasa pertuturan sehari-hari
Latar drama realisme sudah pastinya bersifat realistik dengan suasana ruang pentas yang
biasa oleh penonton seperti sebuah ruang tamu dengan perabot rumah yang biasa dan
natural sifatnya.
Watak-watak yang dikemukakan adalah watak-watak manusia biasa dengan bahasa
pertururan bersifat sehari-hari.
Persoalan-persoalan yang dikemukakan juga bersifat realistik iaitu sesuatu yang berkaitan
dengan masyarakatnya.
Sebagai sebuah drama yang mengutamakan aspek realistik, unsur-unsur natural dalam
drama turut diperlihatkan dalam aspek lakonan dan penghayatan watak-wataknya,
penyusunan ruang pentas yang realistik, serta penggunaan lampu, kostum, dan tatarias
yang lebih realistik dan natural.
Kehebatan sebuah drama realisme terletak pada keupayaan pengarahnya membawa realiti
ke pentas.
Kepentingan terhadap keupayaan sebuah drama realisme menggarap aspirasi dan konflik
masyarakatnya didedahkan melalui plot yang mudah.
Bukan Realisme
Sebuah drama non-realisme lebih bersifat konsep drama tanpa logika, anticerita,
antiplot, dan menyimpang dari konvensi drama.
Drama non-realisme tidak mempunyai struktur plot yang khusus.
Apa yang diutamakan dalam non-realisme bukan lagi isi ceritanya tetapi pemikiran,
falsafah atau makna yang cuba dipaparkan oleh pengarang dalam drama.
Dalam non-realisme kerap ditemui pertembungan di antara tradisi dan moden.
Unsur mitos, legenda atau imej tradisi dibawakan ke dalam non-realisme sebagai
pemaparan isi drama.
Stail pementasan turut menggabungkan unsur tradisi dan moden serperti
membawakan unsur-unsur nyanyian, pantun, syair, seloka, mak yong, boria dan
sebagainya ke dalam drama.
Drama non-realisme kerap dipenuhi dengan lambang, simbol dan citra tertentu yang
dipaparkan menerusi watak, peristiwa atau isi drama.
Non-realisme turut dihiasi dengan penggunaan bahasa yang puitis untuk melahirkan
keindahan pengucapan dan variasi dalam drama.
Stail pementasan turut mempunyai variasi tersendiri antara seorang pengarah atau
penulis dengan yang lain.
Konsep Drama Dalam Pendidikan

Dran Melakukan dan Karangan berbentuk


melakonkan. prosa dan puisi

Hidup yang
Cerminan realiti
ditampilkan dengan
hidup.
gerak.
Pendapat Aristotle

Drama satu peniruan,


Plot merupakan penggerak
sebuah cerminan budaya,
utama.
suatu bayangan kebenaran.

Drama terbina daripada 3


kesatuan:
- Aksi
- Tempat
- Masa
RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi Keempat (2013). Dewan Bahasa dan Pustaka :
Kuala Lumpur
http://gopengertian.blogspot.my/2015/09/pengertian-drama-jenis-
jenis-drama-unsur-unsur-drama.html
http://ardiwasilachandra.blogspot.my/2014/04/pengertian-unsur-
ciri-drama.html

Anda mungkin juga menyukai