Anda di halaman 1dari 2

Nur Hidayah Mohamad 2017171010006

RANCANGAN EKSPERIMEN FIZIK


TARIKH 15 FEBRUARI 2017

EKSPERIMEN Menyiasat Haba Pendam Tentu

Objektif Aktiviti - Memahami keseimbangan terma


- Memahami haba pendam tentu

Hasil Pembelajaran - Menyatakan bahawa pemindahan haba semasa perubahan fasa tidak meli-
batkan perubahan suhu.
- Menyatakan maksud haba pendam tentu (l)
Pelaksanaan - Guru mengedarkan salinan kertas yang mengandungi prosedur eksperimen
dan langkah - langkah keselamatan.

- Guru mendemonstrasikan cara-cara menyusun radas .

- Guru memberi arahan dan memantau pelajar menyusun radas seperti yang
telah didemonstrasikan.

- Guru meminta pelajar merekodkan gambarajah susun radas ke dalam buku


amali pelajar.

- Guru memberi gambaran awal eksperimen dan meminta pelajar meramalkan


perubahan suhu air.
KPS : Meramalkan, berkomunikasi
KB : Membuat gambaran mental

- Guru memberi arahan dan memantau pelajar menjalankan eksperimen.


KPS : Mengawal pemboleh ubah, mengeksperimen
KB : Mencirikan,

- Guru meminta pelajar merekodkan data dan pemerhatian eksperimen dalam


bentuk jadual .
KPS : Mengukur dan menggunakan nombor,
KB: Menganalisis

- Guru meminta pelajar menerangkan pemerhatian mereka


KPS : Mentafsirkan data, mendefinasi secara operasi

- Guru meminta pelajar membuat inferens berdasarkan pemerhatian mereka.


KPS : Membuat inferens , penggunakan perhubungan ruang dan masa
- Guru mengajukan soalan untuk diskusi.

- Guru memandu pelajar dalam membuat hipotesis yang betul.


KPS: Membuat hipotesis

Penutup - Guru memberikan gambaran menyeluruh tentang teori yang telah dipelajari dan
membuat kaitan dengan topik P&P yang seterusnya.
- Guru memastikan murid menguruskan alat radas yang telah digunakan dengan
baik dan betul.
Nur Hidayah Mohamad 2017171010006

Anda mungkin juga menyukai