Anda di halaman 1dari 10

HHHC9501

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN


PENDEKATAN (SET 13)

TAJUK:

ISU MENGENAI PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

DALAM KALANGAN REMAJA MASA KINI

PENSYARAH:

PROF. MADYA DR. MUHD. NAJIB BIN ABDUL KADIR

DISEDIAKAN OLEH:

SITI HAJAR BINTI YUSOFF (A144983)

NOOR ATIQAH BINTI ZAINON (A144986)


2

1.1 PENDAHULUAN

Perkembangan teknologi yang sentiasa berkembang telah memberi kesan kepada kehidupan dan
persekitaran manusia. Jika pada zaman awal, manusia menghantar maklumat melalui utusan
burung merpati atau utusan manusia, kemudian zaman mula berkembang apabila manusia mula
menguasai sistem tulisan dan berutus surat. Sekitar abad ke-19, dunia Barat berjaya mencipta
teknologi telegram yang disampaikan melalui kod khas; kod Morse. Di sini mampu dilihat
bahawa teknologi adalah sentiasa berkembang, sehinggalah pada abad ke-21 ini pelbagai
teknologi canggih yang pada awalnya tidak terfikir ia mampu direalisasikan.

Namun, apa yang ingin ditekankan disini adalah kewujudan media sosial yang
merupakan salah satu hasil teknologi ciptaan manusia. Revolusi teknologi telah berjaya
mengubah cara berkomunikasi manusia. Contoh yang dapat dilhat sekarang seperti Facebook,
Wechat, Twitter dan banyak lagi. Facebook merupakan salah satu laman sosial yang diminati dan
sentiasa dominan walaupun semakin banyak muncul laman sosial lain. Malah, ia diminati oleh
setiap lapisan masyarakat termasuk pelajar sekolah rendah dan para pekerja yang lebih tua telah
menggunakannya sebagai alat komunikasi. Namun tanpa kewujudan internet, mustahil untuk
pengguna mendapat akses ke laman sosial atau mana-mana laman internet. Tidak salah untuk
dikatakan bahawa kewujudan laman sosial turut memberi kebaikan, namun dalam kebaikan itu
ada juga keburukannya.

Sejak kebelakangan ini juga, negara dikejutkan dengan kegawatan moral atau moral
panic yang wujud dalam masyarakat Malaysia hari ini dengan pendedahan isu dan masalah
sosial berkaitan dengan remaja. Menurut Cohen (1987), gawat moral adalah satu keadaan dan
episod yang muncul dan dianggap sebagai mengancam nilai dan kepentingan masyarakat. Gawat
sosial ini seringkali dikaitkan dengan budaya remaja yang kerap kali dianggap sebagai devian.
Media dikatakan memain peranan dalam menimbulkan kegawatan moral dengan menonjolkan
perkara devian dan juga membesarkan kemungkinan kesannya. Maka tidak hairanlah apabila
muncul pelbagai video yang pelik-pelik dan tidak berintelektual yang dimuat naik.

Sebelum masalah ketagihan media sosial, negara telah dilanda dengan isu budaya lepak
di kalangan remaja pada tahun 1993, timbul pelbagai isu seperti gadis bohsia, kes buang bayi,
budaya punk dan sebagainya. Isu ini adalah tambahan kepada isu yang sedia ada seperti

2
3

penagihan dadah dan kes HIV di kalangan remaja. Isu-isu remaja ini bukanlah sesuatu yang
asing. Sebenarnya ia mempunyai rantaian kaitan antara satu sama lain. Kajian tingkah laku lepak
di kalangan remaja menunjukkan remaja lepak terbabit dengan penyalahgunaan dadah,
menonton dan membaca bahan lucah, melakukan hubungan seks tanpa nikah, minum minuman
keras dan sebagainya.

Sebagai orang Islam, ada garis panduan yang patut diikuti. Tidak dapat dinafikan banyak
kes salah laku dan jenayah melibatkan laman sosial telah berlaku. Hal ini sangat tidak patut dan
memalukan kerana ia banyak berlaku dalam kalangan orang Islam.

2.1 PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL MENGIKUT SKOP HIBURAN DALAM


ISLAM

Perkembangan teknologi maklumat sememangnya menjadi satu rahmat kepada umat Islam
keseluruhannya. Perkembangan mutakhir ini amat menuntut umat Islam agar bergerak lebih
pantas seiring dengan perkembangan semasa, pantas merebut peluang yang ada dan perlu bijak
menilai dan membuat pilihan terutama menerusi media sosial. Sekiranya umat Islam tidak
mengambil peluang seiring dengan perkembangan media baru ini maka mereka akan
terkebelakang dalam mencorak arus perdana. Sehubungan itu juga kita dapati ledakan maklumat
yang dibawa oleh perkembangan teknologi maklumat ini turut membawa perubahan kepada
kaedah untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Perubahan yang berlaku kini amat hebat dan
pantas. Sebarang kelekaan dan kealpaan boleh menyebabkan individu itu terpinggir, tertinggal
atau barangkali tercicir dari arus perdana. Sepatutnya umat Islam lebih kehadapan terutama
dalam menguasai kemahiran menerusi media sosial yang menjadi tumpuan utama golongan
muda. Hari ini golongan muda misalnya sudah mula berlumba-lumba membina komuniti siber
melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan You Tube.

3
4

2.2 DALIL

Firman Allah:


) (




(Surah An-Anbiya 16-17)

Maksudnya: Dan Kami tidak menciptakan Iangit dan bumi dan segala apa yang ada di antara
keduanya dengan main-main. Seandainya Kami hendak membuat suatu permainan, tentulah
Kami membuatnya dari sisi Kami. Jika Kami benar-benar menghendaki berbuat demikian.

Dapat difahami melalui ayat ini mengenai dua perkara: iaitu mainan dan kegembiraan
(lahwu). Kedua-dua perkara tersebut tidak diharamkan. Hukumnya adalah harus. Pada
umumnya, manusia telah lama terlibat dengan hiburan. Dari segi antropologi dan sosiologi
manusia, hiburan memang telah wujud sejak sebelum kedatangan Islam lagi. terdapat juga
keadaan dimana, hiburan ini boleh menjadi haram.

Seperti dalam firman Allah:

(Surah Luqman 31:6)

Seramai 24 daripada 26 ulama termasuk Imam Syaukani, Imam As-Sayuti dan Imam at-
Tabari berpendapat lahwun itu adalah lagu-lagu atau muzik dan perkara yang berkaitan
dengannya. Walhal terdapat satu perkataan lagi iaitu lahwun yang ditafsirkan sebagai benda yang
melalaikan dan sia-sia. Dalam perkara ini, Imam At-Tabari merumuskan terdapat 11 dalil yang
menjelaskan muzik dan hiburan yang tidak dibenarkan dalam Islam. Hiburan dalam islam adalah
dibenarkan namun perlu dibataskan, janganlah sehingga melalaikan manusia. Termasuk juga
dalam kes penggunaan media sosial yang juga dianggap sebagai hiburan oleh kalangan remaja.

4
5

Adalah dibolehkan namun janganlah sehingga melanggar batasan syarak sehingga boleh
mencetuskan pergaduhan dalam media sosial.

2.3 MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

Media merupakan alat yang berpengaruh bagi aktiviti komunikasi. Setiap individu memerlukan
media sebagai perantara untuk berkomunikasi dan mendapatkan maklumat tidak kira sama ada
melalui media cetak atau media elektronik. Kini, dengan perkembangan pesat teknologi
komunikasi maklumat berjaya menjurus kepada penggunaan saluran Internet dengan lebih
meluas dalam komunikasi seharian khususnya dalam aspek penglibatan pengguna dalam
berinteraksi melalui dalam talian dan dikenali sebagai komunikasi siber. Menurut Wakefield dan
Rice (2008) komunikasi siber memberi peluang kepada pengguna Internet di dalam proses
pembelajaran, pekerjaan, maklumat, data, berkongsi pandangan dan sebagainya. Justeru, sejajar
dengan definisi tersebut adalah perlu bagi para daeI untuk berkongsi maklumat dan pandangan
menerusi media sosial. Para daei khususnya dan umat Islam tidak seharusnya menghadkan
kepada hanya sesuatu media tertentu saja yang boleh digunakan dan dipakai dalam
menyampaikan dakwah Islamiah di seluruh dunia ini (Muhammad Shahir 2013:34).

Malahan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga dalam aktiviti dakwahnya
telah menggunakan teknologi terkini termasuklah penggunaan internet. Ini jelas menunjukkan
bahawa kemajuan media yang lebih canggih dapat diterima umum selagi ia tidak melanggar
etika penggunaan media itu sendiri. Oleh yang demikian, wujud pula pelbagai jenis media sosial
hasil daripada penciptaan komunikasi siber menerusi internet dan inovasi teknologi baru. Dengan
kepelbagaian fungsi media sosial tersebut, mesej dakwah boleh disampaikan dengan lebih
menarik dan interaktif. Kewujudan media sosial ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan
boleh dijadikan medan berdakwah bagi para pendakwah untuk lebih dekat dan mesra dengan
masyarakat. Facebook, YouTube, Twitter, Instagram dan sebagainya adalah antara media sosial
yang hangat pada masa kini. Buktinya, sejak kemunculannya pada tahun 2004, Facebook secara
pantasnya telah menjadi alat asas untuk interaksi sosial, identiti peribadi dan juga pembinaan
rangkaian di kalangan pelajar.

5
6

Sehubungan itu, menurut sejak tahun 2000 terdapat beratus-ratus laman web rangkaian
sosial dilancarkan sama ada yang berteraskan sudut professional seperti Linkedln, dan juga
bukan professional seperti MySpace dan juga blog (Liu 2008:23). Ini menunjukkan satu
perkembangan yang sangat maju dalam inovasi teknologi baru apabila mendapat sambutan yang
hangat daripada pengguna internet khususnya media sosial. Media sosial kini merupakan
fenomena kepada masyarakat dunia dan dilaporkan terdapat lebih 500 juta pengguna Facebook
dan lebih 100 juta pengguna Twitter di seluruh dunia. Manakala, di Malaysia direkodkan
melebihi 12 juta rakyat mempunyai akaun Facebook. Dengan berasaskan jumlah pengguna yang
begitu ramai merentasi sempadan global, dapat dilihat potensi dan impak yang besar penggunaan
media sosial dalam aktiviti dakwah untuk manfaat masyarakat. Dakwah merupakan satu
kewajipan ke atas setiap individu dan menjadi tonggak utama kepada agama dalam usaha
mengangkat martabat Islam hingga ke puncaknya (Zulkifli 2008:45). Sejajar dengan itu, ruang
dan peluang yang terdapat dalam media sosial ini sewajarnya digunakan untuk mempromosi
kefahaman Islam dan perkara-perkara yang bermanfaat.

Pada hari ini, beberapa dae'i yang terkenal itu telah menggunakan media sosial dalam
dakwah mereka. Untuk menyebut beberapa , seperti Ustaz Azhar Idrus melalui Facebook dan
Youtube dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid mempunyai laman peminat Facebook untuk
berinteraksi dan berkongsi pengetahuan dengan peminatnya serta masyarakat secara
keseluruhannya. Malah, beliau juga telah program TV beliau sendiri yang bertajuk 30
Memproses Pengeluaran Ustaz Don di TV Alhijrah. Ini menunjukkan bahawa selain daripada
program TV atau mana-mana jenis media yang akan digunakan tetapi masih dia menggunakan
media sosial sebagai medium tambahan untuk misinya dakwah. Selain itu, Prof Dr Muhaya
Mohamad adalah motivasi yang Islam dan Profesor Oftalmologi terkenal. Beliau mempunyai
blog sendiri (drmuhaya.blogspot.com), Facebook dan Twitter untuk berkomunikasi dengan
masyarakat. Di Facebook , dia berkongsi banyak perkara bermanfaat dan maklumat mengenai
aspek-aspek perubatan dan juga mesej Islam yang berkaitan dengan kehidupan sehari-hari.

6
7

3.1 KESAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

Tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan laman sosial turut memberi kesan positif kepada
pengguna. Ia telah memperkenalkan dimensi baru bidang komunikasi antara manusia. Yang jauh
dapat didekatkan. Selain itu, manusia dapat berkongsi pelbagai maklumat dan info berguna
kepada pengguna. Namun, tanpa garis panduan dan adab, penggunaan media sosial boleh
menjadi tidak terkawal dan membawa kesan buruk.

3.1.1 Pendedahan Kepada Budaya Luar/ Budaya Kuning

Budaya kuning biasanya dirujuk kepada budaya barat yang liberal dan tidak selaras dengan
agama Islam. Contohnya, budaya hedonisme yang banyak dibawa oleh mereka dan dipengaruhi
oleh masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku apabila pengimportan cerita-cerita Barat oleh
stesen-stesen televisyen yang banyak dan tidak ditapis sebetulnya oleh pihak berwajib. Selain itu,
ia menjadi semakin mudah dan tidak dikawal apabila jaringan sosial ini mampu melangkau jauh
ke setiap pelosok di dunia dan mampu untuk untuk mengakses semua tanpa batasan, dengan
hanya satu klik.

3.1.2 Pembaziran Masa

Perkara ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Sememangnya ia tepat dan berlaku kepada
semua orang. Pengguna yang lebih banyak menumpukan atau meluangkan masa dengan
melayari laman sesawang dan aplikasi permainan. Contohnya, Facebook adalah laman sosial
yang banyak menyediakan permainan atas talian kepada penggunanya yang menyebabkan ramai
ketagih. Jika tidak bermain permainan online, mereka banyak menghadap skrin komputer atau
telefon pintar masing masing. Disebabkan hal ini ramai pengguna ketagih dengan aplikasi
tersebut, sehinggakan seolah-olah menjadi suatu kerugian kepada mereka apabila meninggalkan
games tersebut. Perkara ini memang secara terang-terangan menunjukkan berlakunya
pembaziran masa, kerana masa yang ada tidak dilakukan dengan perkara-perkara yang berfaedah
dan melakukan amal ibadat. Solat semakin lambat atau paling teruk tidak ditunaikan.

7
8

3.1.3 Mengurangkan Daya Produktiviti Kerja Setiap Pengguna

Dengan menggunakan laman media sosial boleh mengurangkan daya produktiviti kerja setiap
pengguna. Hal ini terbukti apabila kesukaran yang dihadapi oleh majikan dalam menyekat
pekerja dari melayari laman media sosial. Perkara ini boleh sahaja disekat dengan menyekat atau
menghentikan laman-laman tersebut. Namun demikian dengan kecanggihan teknologi masa kini
telah memudahkan laman-laman tersebut dapat dilayari dengan menggunakan telefon bimbit.
Jika di sekolah pula, walaupun terdapat larangan untuk membawa telefon, terdapat pelajar yang
melanggar peraturan sekolah. Situasi sama turut berlaku terhadap pelajar di pusat pengajian
tinggi seperti kolej atau universiti. Walaupun di dalam kelas, mereka masih sempat untuk
melayari laman sosial.

3.1.4 Mangsa Penipuan

Seterusnya, terdapat banyak penipuan yang berlaku di mana-mana termasuk dalam laman media
sosial. Penipuan yang berlaku seperti skim cepat kaya, pelaburan haram terhadap agensi-agensi
tertentu dan terdapat juga pengguna yang tertipu akibat terlalu percaya dengan kenalan di
'Facebook'. Oleh itu, pengguna mestilah bijak dan tidak mudah mempercayai orang lain yang
tidak dikenali. Akaun palsu atau fake mampu dibuat oleh sesiapa pun tanpa mendedahkan diri
mereka sebenar. Jenayah-jenyah rogol dalam kalangan remaja perempuan juga banyak dikaitkan
dengan laman sosial. Mangsa berkenalan secara alam maya kemudian diumpan untuk berjumpa
di mana-mana tempat.

3.1.5 Penyebaran Fitnah

Laman media sosial juga telah disalahgunakan sebagai tempat untuk menyebarkan fitnah dan
menyebarkan berita yang tidak ada kesahihannya sehinggakan menimbulkan kekacauan, berita
palsu, dan lemparan fitnah. Kesan negatif yang terakhir ialah kebocoran maklumat, setiap
pengguna mestilah tahu bahawa ada sesetengah perkara yang boleh dikongsikan bersama orang
lain, tetapi ada sesetengah perkara yang perlu untuk dirahsiakan. Jika perkara sulit yang
dikongsikan boleh memberikan kesan yang negatif dan keburukan kepada syarikat, agensi atau
kerajaan. Perkara ini sememangnya berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Mereka
sangat ringan tangan untuk berkongsi (share) perkara yang mereka sendiri tidak tahu
kesahihannya. Ia banyak berlaku kebelakangan ini apabila negara Malaysia banyak menghadapi

8
9

ujian dan bencana. Bukan itu sahaja, terdapat sesetengah golongan yang muncul dengan
beraninya menimbulkan sensitivity agama dan bangsa. Hal ini memberi kesan kepada hubungan
dalam masyarakat Malaysia.

4.1 KESIMPULAN

Kesimpulannya, meskipun media sosial ini dianggap khazanah yang menyajikan beraneka jenis
maklumat, namun ada yang berupa maklumat yang perlu diproses dan ditapis terlebih dahulu.
Sebarang maklumat yang menyeleweng serta bahan-bahan paparan yang memberi kesan negatif
kepada fikiran perlu dihindarkan. Ini kerana ada maklumat palsu yang dikongsi di media sosial
tanpa kesahihan. Begitu juga perlu diingatkan kepada masyarakat sebelum berkongsi apa-apa jua
maklumat dengan rakan-rakan, mereka perlu tahu bahawa maklumat tersebut diyakini kebenaran
dan kesahihannya terlebih dahulu.

Oleh yang demikian, dalam menangani masalah ini ilmu pengetahuan yang dimiliki
terutamanya ilmu agama memainkan peranan penting yang boleh bertindak selaku sistem
penapis minda dalam membentuk minda yang sihat dan sejahtera. Justeru, setiap anggota
masyarakat perlu memainkan peranan dalam menguasai kemahiran dalam media sosial, bukan
sekadar menjadi pengguna biasa sahaja bahkan mampu untuk berjihad membangunkan sistem
maklumat atau perisian tersendiri berasaskan panduan dan acuan Islam. Namun, apa yang lebih
penting individu itu perlu sedar dalam diri masing-masing untuk sekurang-kurangnya
mengetahui apakah kepentingan media sosial ini, ke manakah halatujunya kepada masyarakat
dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan sebagai medan untuk berjihad dan berdakwah ke arah
kesejahteraan ummah.

9
10

RUJUKAN

AL-Quran Karim.

Mohamad Shahir Abdullah. (2013). Berdakwah Dalam Era Multimedia. Kertas kerja
dibentangkan dalam Seminar 'Islam dan Multimedia' di IKIM. Diakses daripada
http://www.islam.gov.my/en/berdakwah-dalam-era-multimedia

Musa Abu Hassan, Zulkiple Abd. Ghani, Mohd Shobi Ishak, Jusang Bolong & Siti Zobidah
Omar. (2011). Tahap Penerimaan Maklumat Berkaitan Islam di Iternet Dari Perspektif
Model Penerimaan Teknologi (TAM). Wan Amizah Wan Mahmud, Faridah Ibrahim,
Samsudin A.Rahim & Normah Mustafa (pnyt). Bangi: UKM.

Zulkiple Abd Ghani. 2001. Komunikasi Islam Sebagai Komunikasi Alternatif. Jurnal Islamiyyat.
22: 79- 89

Lamanweb: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0612&pub=Utusan_Malays
ia&sec=Bicara_ Agama&pg=ba_01.htm#ixzz3e0hcwLwm

Laman web: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/garis-panduan-hiburan-dalam-islam

10

Anda mungkin juga menyukai