Anda di halaman 1dari 2

1 Adakah sebuah firma yang mengalami kerugian akan memberhentikan operasinya? Bincangkan.

(10)

Tujuan utama sebuah firma dalam pasaran adalah untuk mencapai keuntungan maksi-mum atau kerugian minimum. Dalam jangka masa pendek,
sebuah firma yang mengalami kerugian masih boleh menerus-kan operasinya jika jumlah hasil firma dapat menampung jumlah kos bembah. Jika
jumlah hasil firma tidak dapatmenampung jumlah kos ber-ubah, firma tersebut perlu memberhentikan operasinya.
Meneniskan operasi

Gambar rajah di atas me-nunjukkan keluk kos dan hasil bagi sebuah firma persaingan sempurna. Firma akan mencapai keseimbangan pada titik B
apabila hasil sut sama dengan kos sut (MR = MC). Pada tingkat keseimbangan ini, firma akan mengeiuarkan output sebanyak OQ dan memperoleh
jumlah hasil sebanyak OPBQ. Jumlah hasil ini adalah kurang daripada jumlah kos sebanyak OC,CQ. Oleh itu, firma akan meng-alami kerugian
sebanyak PC,CB. Walaupun firma mengalami kerugian, firma masih boleh meneruskan operasinya kerana jumlah hasil firma dapat menampung
jumlah kos berubah sebanyak OC,AQ. Jika firma memberhentikan operasinya, firma akan menanggung kerugian yang lebih besar, iaitu sebanyak
C2C,CA.

Memberhentikan operasi atau menutup firma


Sebuah firma akan memberhentikan operasinya dalam jangka masa pendek jika jumlah hasil adalah kurang daripada jumlah kos berubah atau harga
adalah lebih rendah daripada kos berubah purata.

Gambar rajah di atas menunjukkan keluk kos dan hasil bagi sebuah firma persaingan sempurna. Firma akan mencapai keseimbangan pada titik A
apabila hasil sut sama dengan kos sut (MR = MC) Pada tingkat keseimbanga ini, firma akan mengeluarkan output sebanyak OQ dan memperoleh
jumlah hasil sebanyak OPAQ. Jumlah kos berubah adalah sebanyak OC ZBQ. Oleh sebab jumlah hasil firma tidak dapat menampung jumlah kos
berubah, firma ini harus memberhentikan operasinya dan. keluar dari pasaran. Jika firma memberhentikan operasinya jumlah kerugian minimum yang
dialami adalah sebanyak C2C,CB.Sebaliknya firma masih meneruskan operasinya, firma akan menanggung kerugian yang lebih besar, iaitu sebanyak
PC,CA.

1
2 Mengapakah firma dalam pasaran persaingan sempurna akan mendapat untung normal sahaja dalam jangka masa
panjang? [10]

Dalam jangka masa pendek, firma dalam pasaran persaingan sempurna mungkin mendapat untung Iebih normal, untung normal atau
kerugian. Namun, dalam jangka masa panjang, firma akan mendapat untung normal sahaja disebabkan kebebasan firma untuk masuk atau keluar dari
industri.
Firma mendapat untung lebib normal

Berdasarkan gambar rajah (a), pada asalma, keseimbangan pasaran tercapai pada titik E, apabila keluk penawaran 5;5, bersilang dengan keluk
permintaan D,D,. Oleh itu, harga dan kuantiti keseimbangan masing-maaing ialah OP, dan OQ,. Pada harga OP I, firma akan menggunakan saiz loji
SAC, dan memperoleh untung lebih normal sebanyak CP,AB (rujuk gambar rajah (b)). Unhmg lebih normal yang dinikmati firma-firma dalam industri
akan menarik firma-firma baru untuk masuk ke pasaran. Di samping itu, firma sedia ada juga akan mengembangkan kapasitl pengeluaran masing-
masing. Oleh itu, penawaran dalam pasaran akan meningkat dan keluk penawaran akan beralih ke kanan dari S,S; ke S ,S_. Harga dan kuantiti
keseimbangan baru masing-masing ialah OP, dan OQ.. Kejatuhan harga pasaran akan mengurangkan keuntungan firma sehingga firma mendapat
unhmg normal sahaja. Pada harga OP_ firma akan menggunakan saiz loji SAC_, dan mendapat untung normal sebanyak OPzDQ2.
Firma mendapat kerugian

Berdasarkan gambar rajah (c), pada asalnya, keseimhangan pasaran tercapai pada titik E, apabila keluk penawaran S iS, bersilang dengan keluk
permintaan D,D1. Oleh itu, harga dan kuantiti keseimbangan masing-masing ialah OP, dan OQ. Pada harga OP,, firma akan menggunakan saiz loji
SAC, dan mengalami kemgian (rujuk gambar rajah (d)). Kerugian yang dialami firma-firma dalam industri akan menyebabkan sesetengah firma
keluar dari pasaran. Di samping itu, firma sedia ada juga akan mengurangkan kapasiti pengeluaran masing-masing. Oleh itu, penawaran dalam pasaran
akan berkurangan dan keluk penawaran akan beralih ke kiri dari S,S i ke S,SZ. Harga dan kuantiti keseimbangan baru masing-masing ialah OP, dan
OQ.. Kenaikan harga pasaran akan mengurangkan kerugian firma sehingga firma mendapat untung normal. Pada harga OP,,, firma akan menggunakan
saiz loji SAC, dan mendapat tmtung normal sebanyak OP,AQZ.

Anda mungkin juga menyukai