Anda di halaman 1dari 4

2.

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa Kenal pasti dan betulkan kesalahan
tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula

i) Ketiga kakaknya terlibat dalam kemalangan ngeri yang berlaku awal pagi tadi.

ii) Pengelola majlis itu mengkhaskan kerusi di sebelah kanan pentas untuk tetamu kehormat.

iii) Kunci kereta yang saya temui ketika pulang dari sekolah diserahkan kepada guru bertugas.

iv) Pakar di Pusat Perubatan Cermat itu sedang memeriksa gendang telinga pesakit di bilik kecemasan.

v) Kedua-dua kenderaan itu telah bertembung di selekoh tajam dan terbalik beberapa kali.

vi) Para siswazah di dewan itu saling bersalaman setelah peperiksaan akhir mereka selesai.

vii) Dato Ali mempunyai ramai penyuruh agar tugas sehariannya menjadi mudah dan lancar.

iix) Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan
sempena cuti sekolah. [8 Markah]

3.

a) Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah.

i) Akmal ditangkap oleh guru disiplin kerana menghisap rokok di belakang kantin.

ii) Sampah yang bertaburan di atas lantai itu telah saya bersihkan pagi tadi.
iii) Amy dan rakan-rakannya sedang bermain bola sepak di padang sekolah walaupun hujan lebat.

iv) Anak Encik Sallih yang sulung guru sementara di sekolah kami.

v) Jalan raya itu menjadi licin setelah hujan turun dengan lebat pagi tadi.

[5 Markah]

b) Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah

i) "Jemput makan hidangan yang saya sediakan ini," pelawa Puan Lim kepada para tetamunya.

ii) Kamu mesti selalu mengulang kaji pelajaran sebelum peperiksaan, pesan ayah kepada Abu.

iii) "Pak Ali jangan mencabar saya," tegas Pak Dol.

iv) Wah, cantik sungguh kereta yang baru kamu beli ini! kata Mary kepada Ghee

v) "Patik akan menjunjung titah perintah tuanku demi kedaulatan negeri Melaka," sembah Hang Tuah
kepada Sultan Mahmud [5 Markah]

Sumber Ilham muinmohsein at 16:10:00

Email This

BlogThis!

Share to Twitter

Share to Facebook
Share to Pinterest

Labels: PT3

5 comments:

deannarshd2 August 2017 at 13:00

This comment has been removed by the author.

Reply

Yug Swaggers2 August 2017 at 13:00

cikgu , apa jawapan untuk soalan 2 v. ?

Reply

deannarshd2 August 2017 at 13:03

cg , apa jawapan bagi 2 (v)

Reply

shelyy_2 August 2017 at 13:03

apa jawapan no.2 (v)

Reply

BTSarmy#JiMin2 August 2017 at 13:04

soalan no.4 no.2 ape eh jawapan die?????

Reply
Newer Post Older Post Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)

ARKIB BLOG

2017 (22)

2016 (58)

September (1)

August (8)

May (26)

UJIAN LISAN BM

LATIHAN TATABAHASA

SAJAK ERTI HIDUP BERERTI (Teo Wei Sing)

Novel Songket Berbenang Emas

Drama Bukan Gila

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP (Zaba)

Karangan Dimensi Masyarakat

Karangan Dimensi Keluarga

Latihan Karangan Dimensi Diri :

CONTOH JAWAPAN RUMUSAN & PEMAHAMAN

Penggunaan Kosa Kata Dalam Penulisan Karangan

Penggunaan Penanda Wacana / Ungkapan Menarik Dalam...

CONTOH UNGKAPAN / PENDAPAT T

Anda mungkin juga menyukai