Anda di halaman 1dari 4

PENGURUSAN GRAFIK 1

Keseimbangan
Bersifat praktikal
antara potensi,
fizikal, intelek dan dan pragmatik
rohani

Bertujuan menyebarkan
pengalaman dan Bertuhankan
Bertuhankan
kebudayaan manusia akal, nafsu
Allah SWT
dan dunia

ISLAM BARAT
Melahirkan insan
yang berakhlak,
baik dan berilmu

Berdasarkan
fahaman akal,
Berdasarkan pendapat, idea
Al- Quran dan dan ideologi
As- Sunnah

Berteraskan
Jasmani
Berteraskan
jasmani dan
rohani

RAJAH 1.0 BANDING BEZA KONSEP PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN
BARAT
PENGURUSAN GRAFIK 2
Bertanggungjawab
Adil dan tegas
Baik hati
Sentiasa tenang
Kecindaan (unsur jenaka)
PERSONALITI
Mesra
Penyabar
Penyayang
Amanah

Menjaga nama baik profesion


perguruan
Menjaga maruah diri
Menjalankan tugas dengan jujur
Menumpukan perhatian dan memberi
pengajaran kepada setiap muridnya
tanpa mengira latar belakang.
Bertanggungjawab membentuk tigkah
ETIKA laku murid
Mendidik dan mengambil tindakan
secara adil terhadap semua murid
Menanamkan sifat yang baik terhadap
semua murid
Guru menjadi suri teladan kepada
muridnya
Guru tidak seharusnya menjatuhkan
nama baik guru lain.

Kemas dan terurus


Menjaga kebersihan diri
Menepati masa dan janji
Berdedikasi
Berfikiran kreatif, kritis dan inovatif
PERWATAKAN Berpandangan jauh
Baik budi bahasa
Ingatan yang baik
Suka membaca
Intrapersonal yang baik.

RAJAH 1.1 CIRI- CIRI PERSONALITI, ETIKA DAN PERWATAKAN GURU


1.0 PENDAHULUAN

Aspirasi pendidikan negara merupakan hasrat yang ingin dicapai oleh kerajaan Malaysia
dalam kerangka membangunkan sistem pendidikan negara. Dengan itu, Kementerian
Pendidikan telah melancarkan kajian semula sistem pendidikan negara secara menyeluruh
dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu pada
Oktober 2011. Keputusan ini dibuat berdasarkan konteks standard pendidikan antarabangsa
yang kian meningkat dan peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi
muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21 serta peningkatan harapan ibu bapa serta
masyarakat terhadap dasar pendidikan negara.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah dirangka


dengan tujuan untuk mencapai lima keberhasilan utama bagi sistem pendidikan Malaysia
secara keseluruhan yang merangkumi aspek akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan
kecekapan. Ditinjau dari aspek akses, kerajaan berhasrat 100% enrolmen merentas semua
peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020.
Kerajaaan juga berhasrat kedudukan pendidikan negara tergolong dalam sepertiga teratas
dalam pentaksiran antarabangsa seperti Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains
Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dalam tempoh
15 tahun.

Ekuiti dan perpaduan dalam aspirasi pendidikan negara bermaksud 50%


pengurangan dalam jurang pencapaian murid bandar dengan luar bandar, tahap
sosioekonomi dan gender menjelang tahun 2020 dapat dirapatkan serta mampu menjana
sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid untuk berkongsi pengalaman
berinteraksi dengan pelbagai etnik bagi memperkukuh asas perpaduan rakyat. Melalui
aspirasi pendidikan negara, kerajaan juga berhasrat untuk meningkatkan kualiti dari segi
kecekapan, iaitu sistem yang mampu memaksimumkan keberhasilan murid mengikut
peruntukan sedia ada.

Aspirasi pendidikan negara hanya akan tercapai sekiranya guru yang menjadi agen
pelaksana dapat memenuhi elemen-elemen profesionalisme keguruan dan pembelajaran
sepanjang hayat. Guru dikenali sebagai agen transformasi dan mempunyai intelektual yang
tinggi. Menurut Dr. Jamiliah Ahmad dalam buku Falsafah Pendidikan, Kokurikulum dan
Profesionalisme Keguruan (2011) menyatakan bahawa pendidik (guru) yang memainkan
peranan sebagai agen transformasi mempunyai fikiran yang tajam, mempunyai dedikasi
dalam memperkembangkan daya pemikiran murid-murid. Dia memahami dan
bertanggungjawab terhadap apa, bagaimana serta hasil pembelajaran yang diajar.
2.0 ELEMEN PROFESIONALISME KEGURUAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG
HAYAT
2.1 ELEMEN PROFESIONALISME KEGURUAN.

Anda mungkin juga menyukai