Anda di halaman 1dari 4

1.

0 APA ITU GANGGUAN SEKSUAL DAN JENIS-JENIS GANGGUAN SEKSUAL

Isu gangguan seksual bukanlah merupakan satu isu yang baru dalam kelompok
masyarakat kita. Namun, ia tetap mengundang pelbagai reaksi dan pandangan dari
pelbagai pihak sama ada bersifat positif mahupun negatif. Secara umumnya, ia
memperlihatkan kecenderungan orang ramai yang menganggapnya sebagai satu
masalah yang biasa, tidak penting atau baru berlaku dalam sesebuah ruang
masyarakat. Pandangan dan pemahaman masyarakat mengenai isu ini perlu diubah
dan diperbetulkan kerana masalah gangguan seksual sebenarnya merupakan satu isu
yang sudah lama dan sentiasa wujud dalam ruang masyarakat di negara ini.
Pandangan masyarakat yang beranggapan tentang ketidakpentingan berkaitan
isu ini dsebabkan oleh kekaburan takrifan dan definisi serta pemahaman yang kurang
mengenai gangguan seksual adalah antara punca yang menghalang kesedaran awal
berhubung isu gangguan seksual ini. Istilah penggangguan seksual yang semakin
meluas digunakan di Malaysia kebelakangan ini merupakan hasil tejemahan perkataan
barat iaitu Sexual Harassment. Gangguan seksual sebenarnya merupakan antara
jenayah atau keganasan yang berlaku atau dilakukan terhadap badan seseorang
individu dan maruah mereka melalui beberapa jenis gangguan seksual, namun isu ini
kurang diberi perhatian oleh masyarakat kita.
Sehingga kini masih tidak terdapat satu definisi atau takrifan spesifik yang
dapat diberikan kepada perlakuan yang dianggap sebagai sebagai gangguan seksual1.
Pandangan yang sama turut diberikan oleh Levy dan Paludi, yang mana menurut
mereka amat sukar untuk menetapkan satu definisi penggangguan seksual yang
tepat, mudah difahami oleh sesuai digunakan2. Selain itu, definisi gangguan seksual
juga mempunyai skop yang berbeza mengikut negara yang melaporkan masalah
berkenaan.
Negara Eropah misalnya mengenalpasti lima kategori perbuatan di tempat
kerja yang memberi erti gangguan seksual3, iaitu:

1
Wan Normilah Mohamad & Che Norlia Hassan, 2008, Kesedaran Pengangguran Seksual Di Kalangan Pelajar
Universiti Teknologi Mara, Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan UITM: Perak, hlm. 2.
2
Ibid. , hlm.2

3
Zakaria Ismail, Abdul Malik & Malani Acob, Gangguan Seksual di Tempat Kerja: Definisi, Kesan dan Langkah
Mengatasinya, Universiti Utara Malaysia: Kedah, hlm. 3-4.
a) Bukan lisan (paparan gambar di dinding, bersiul, pergerakan berisyarat seksual
dan lain-lain.)
b) Lisan (pernyataan, cadangan dan percakapan yang beransur seksual yang tidak
diterima.)
c) Fizikal (sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel
badan, memeluk, mencium dan serangan seksual.)
d) Intimidasi (komen lucah mengenai pakaian, rupa atau perbuatan)
e) Peras-ugut seksual

Manakala di Malaysia, terdapat Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi


Gangguan Seksual terbitan Kementerian Sumber Manusia yang menjelaskan istilah
Gangguan Seksual iaitu sebarang tingkah laku beransur seksual yang tidak diingini dan
memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual,
psikologi atau fizikal, atas sebab yang munasabah, boleh dianggap oleh penerima
(mangsa) sebagai satu pencabulan maruah, atau penghinaan atau ancaman terhadap
dirinya tetapi tiada hubungan terus dengan pekerjaannya4.

Secara konklusinya, gangguan seksual membawa maksud sebarang tingkah


laku beransur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan fizikal dan mental
terhadap mangsa yang terlibat.

JENIS-JENIS GANGGUAN SEKSUAL

Gangguan seksual tidak hanya ditakrifkan atau diklasifikasikan dalam satu bentuk
perlakuan sahaja, namun gangguan seksual ini dikelaskan dalam pelbagai jenis dan
bentuk perlakuan yang boleh dianggap sebagai gangguan seksual.

Tambahan pula, gangguan seksual merupakan fenomena yang meluas secara


relatif merentasi negeri, benua, budaya, bahasa dan masyarakat5. Jenis dan bentuk
gangguan yang dilakukan mungkin berbeza-beza dalam tempat dan negara yang
berbeza.

Mohd Hazreel Mohd Hasmi, 2003, Tahap Kesedaran Tentang Isu Gangguan Seksual dan Kesannya Terhadap
4

Pembelajaran, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn: Selangor, hlm. 1.


5
Rohani Abdul Rahman, Fenomena Gangguan Seksual Pekerja Wanita dalam Organsisi: Suatu Implikasi dalam
Perundangan Malaysia : Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi,
hlm. 150
Gruber telah mengenalpasti 11 kategori gangguan seksual yang dikelaskan
kepad tiga jenis gangguan iaitu:

a) Pelawaan secara Lisan (rasuah seksual, pelawaan seksual, pelawaan


relational, tekanan/pelawaan bersahaja [halus].)
b) Komen secara lisan (celaan terhadap peribadi, memperalat sebagai objek
dan pengucapan yang berkategori seksual.)
c) Perbuatan/ pameran (serangan seksual, sentuhan seksual, pengayaan
seksual dan bahan-bahan seksual [sexual posturing and sexual
materials]6)
Manakala di Malaysia, Kod Amalan menghuraikan lima jenis gangguan seksual iaitu:
a) Gangguan secara lisan
Gangguan secara lisan dinyatakan dalam perlakuan yang menjurus
kepada gangguan seksual ialah melalui kata-kata, komen, gurauan, usikan,
bunyi-bunyian dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau ancaman
seksual.
b) Gangguan secara isyarat
Gangguan secara isyarat atau bukan lisan dinyatakan sebagai perlakuan
yang berbentuk pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu
niat atau keinginan, menjilat bibir, memegang atau memakan makanan
dengan cara mengoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang
membayangkan perlakuan seks dan tingkah laku mengurat yang
berterusan.
c) Gangguan secara visual
Gangguan yang dikategorikan sebagai gangguan visual pula menyatakan
perlakuan seperti menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah,
menulis surat beransur seksual dan mendedahkan bahagian badan yang
sulit yang tidak sepatutnya.
d) Gangguan secara psikologi
Gangguan secara psikologi pula adalah berbentuk perlakuan mengulangi
jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu secara berterusan
untuk keluar bersama atau bercumbu.

6
J.E. Gruber, 1992, A Typology of Personal and Environmental Sexual Harassment: Research and Policy
Implications for the 1990s, Sex Roles, Nos, 11/12, hlm. 447-464.
e) Gangguan secara fizikal
Gangguan secara fizikal merupakan satu bentuk perlakuan seperti
sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap dan
menggesel badan, memeluk, mencium dan membuat serangan seksual
seperti meraba7.

7
Ishak Mad Shah et al.. 2004, Gangguan Seksual di Tempat Kerja: Kajian ke atas Mangsa dan Pelaku di Sekitar
Johor Bahru, Johor, Universiti Teknologi Malaysia: Johor, hlm. 12-13.

Anda mungkin juga menyukai