Anda di halaman 1dari 3

KHUZAIMAH BINTI ZAAIM

P89541

ARTIKEL

Izani Ibrahim, Yahya Don. 2014. Kepimpinan Servant dan Pengaruhnya terhadap Pengurusan
Perubahan di Sekolah: Jurnal Pendidikan Malaysia 39 (1)(2014):19-26

Jenis Artikel : Berwasit

Tujuan kajian adalah untuk mengetahui : (m/s 21)

i. Mengenal pasti aspek-aspek kepimpinan servant sebagai penyumbang utama kepada


pengurusan perubahan di sekolah.
ii. Mengenal pasti tahap kepimpinan servant dan pengurusan perubahan di sekolah

Berikut adalah persoalan kajian berdasarkan tujuan kajian diatas :

(tidak dinyatakan dalam penulisan kajian)

Hipotesis :

Pengkaji secara eksplisit tidak menyatakan hipotesis secara khusus. Di mana seharusnya
pengkaji boleh menyertakan hipotesis dalam penulisan kajian beliau sepeti contoh:-

Ho : Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara pengurusan perubahan di organisasi


dengan dimensi-dimensi kepimpinan servant.

Ha: Terdapat perkaitan yang signifikan antara pengurusan perubahan di organisasi dengan
dimensi-dimensi kepimpinan servant.

Pembolehubah yang terlibat dalam kajian adalah :

Pengkaji tidak menyatakan pembolehubah yang terlibat dalam penulisan kajian secara explisit.

i. Pembolehubah kuantitatif
a) Dimensi Kepimpinan servant
b) Dimensi Pengurusan perubahan
ii. Pembolehubah kategorikal
-tiada-

i. Pembolehubah bersandar

a) Dimensi Pengurusan Perubahan

ii. Pembolehubah bebas

a) Dimensi Kepimpinan

Jenis data:

Jenis data kuantitatif

Dimensi Kepimpinan Servant - Interval (Servant Leadership scale)-SLS

Dimensi Pengurusan Perubahan – Interval (Change Fasilitator style questionnaire)-CFSQ

Rekabentuk kajian yang dijalankan :

Kaedah Tinjauan

Ujian statistik yang dijalankan :

i. Statistik diskriptif – peratus , min dan sisihan piawai


ii. Statistik inferensi – Analisis Regresi Berganda

Analisis data kuatitatif dijalankan:

i. Statistik diskriptif :
Penentuan tahap kepimpinan servant dan pengurusan perubahan adalah berdasarkan
kepada interpretasi skor min
ii. Statistik inferensi :
Analisis Regrasi digunakan untuk mengenalpasti aspek-aspek kepimpinan servant
sebagai peramal kepada pengurusan perubahan di sekolah.

Statistik diskriptif dan Statistik inferensi yang dijalankan bersesuaian dan tepat dengan jenis data
yang dikumpul. Margaretha et al menyatakan teknik regresi linear berganda digunakan untuk
mengetahui ada tidaknya pengaruh signifikan dua atau lebih variable bebas (X1, X2, X3,….k)
terhadap variable terikat bebas. Ujian Analisis regrasi berganda yang dijalankan oleh pengkaji
keatas lima dimensi kepimpinan servant iaitu mengutamakan subordinat, beretika, pemulihan
emosi, membangunkan komuniti dan memberi kuasa kepada subordinat adalah sangat sesuai
menjadi peramal kepada pengurusan perubahan sekolah.

Terdapat kesalahan rujukan jadual pada penerangan dapatan. (m/s 23)

Margaretha G. Mona, John S. Kekenusa & Jantje D. Prang.2015. Penggunaan Regresi Linear
Berganda untuk Menganalisis Pendapatan Petani Kelapa. JdC, Vol. 4, No.2

Anda mungkin juga menyukai