Anda di halaman 1dari 4

BATERI kereta berfungsi membekalkan arus elektrik untuk menghidupkan enjin.

Bateri
kereta turut menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa enjin tidak beroperasi. Bateri
dianggap sebagai alat penting dalam peraturan sistem elektrik kenderaan. Anggap saja seperti
paru-paru yang menjadi organ penting dalam sistem pernafasan.

Asasnya, binaan bateri terdiri daripada dua bahagian logam yang direndam dalam asid.
Tindak balas kimia antara plat bateri (logam) menghasilkan asid-plumbum yang dikenali sebagai
bateri asid-plumbum.

Binaan bateri terbahagi kepada jenis lazim dan bebas senggara, sama ada cas basah atau
kering. Bagi mendapatkan kuasa bateri yang tahan lama, penyenggaraan perlu dilakukan
daripada semasa ke semasa seperti memeriksa aras elektrolit, membersihkan endapan karbon
di terminal dan kabel sambungan bateri supaya voltan dapat dialirkan kepada komponen elektrik
yang diperlukan semaksimum mungkin.

Bateri yang lemah atau kurang cas perlu dicas untuk menguatkan lagi sel-sel bateri supaya dapat
bertahan lama. Berikut ialah kegagalan yang biasa berlaku pada bateri kenderaan:

1. BATERI TERNYAHCAS
 Terlupa matikan suis lampu.
 Pintu kereta tidak ditutup rapat.
 Suis penghidup terbiar menyala (ON) semalaman.

Dalam kes begini, jika enjin susah dihidupkan, dapatkan seseorang untuk membantu anda
menolak kereta. Masukkan gear tiga dengan suis kunci dalam keadaan 'ON. Lepaskan brek dan
tekan injak pendikit dan enjin dijangka hidup. Sekiranya enjin masih sukar dihidupkan,
keluarkan bateri daripada enjin dan cas dengan pengecas bateri.

 Bateri sudah lama tidak digunakan.

Kabel bateri harus ditanggalkan daripada terminal jika kenderaan tidak digunakan dalam tempoh
seminggu atau lebih. Ini untuk mengelakkan voltan mengalir balik daripada bateri kepada punca
bumi, sekali gus melemahkan bateri.

 Bateri sudah sampai hayat.

Tiada jalan lain selain menggantikan bateri baru. Gunakan bateri yang sama ampere seperti
bateri lama, misalnya N40 atau N50 (kereta biasa). Jika takut tersilap, bawa saja bateri lama itu
ke kedai bateri. Anda juga boleh menukar beli (trade-in) bateri lama di kedai bateri pada harga
sekitar RM10.

2. BATERI TIDAK DAPAT SIMPAN CAS LAMA

 Sukatan nisbah asid sulfurik dan air suling tidak tepat.

Kandungan air terlalu banyak, atau nisbah asid sulfurik dengan air suling tidak tepat. Situasi ini
mampu menyebablan cas tidak dapat disimpan lama. Caranya, keluarkan semua cecair daripada
bateri hingga kering dan gantikan dengan elektrolit (campuran asid sulfurik + air suling) sedia
ada di kedai bateri.

 Sel-sel bateri sudah reput.

Gantikan dengan bateri baru yang sama saiz seperti asal.

3. BATERI SENTIASA PERLU TAMBAH AIR


Bateri yang sentiasa perlu ditambah air menunjukkan kemungkinan berlaku cas berlebihan
kerana pengatur voltan dilaras terlalu tinggi. Jika berlaku, periksa jumlah voltan cas daripada
pengatur voltan dengan meter voltan.

4. PLAT BATERI BENGKOK

Sekiranya bateri dicas pada kadar tinggi dan pada masa berlebihan, haba yang terjana boleh
menyebabkan plat bengkok. Kadangkala cecair elektrolit yang tidak mencukupi semasa bateri
dicas juga menjadikan plat bateri bengkok kerana terlalu panas. Pastikan aras elektrolit diperiksa
atau air suling ditambah sebelum mencapai paras yang mencukupi bateri dicas.

5. ELEKTROLIT BERUBAH WARNA

Apabila bateri digunakan dalam tempoh lama, plat dan sel-sel akan berubah bentuk dan struktur.
Perubahan ini disebabkan suhu dalam bateri yang sentiasa berubah. Kadangkala, sel-sel akan
retak, pecah atau sebahagiannya hancur akibat tindak balas kimia dan ini akan menukarkan
warna elektrolit dalam kotak bateri.

Anda dinasihatkan supaya menukar saja bateri baharu. Antara tanda-tanda awal bateri anda
bermasalah ialah enjin sukar dihidupkan, lampu menyala kurang terang dan komponen elektrik
tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kekurangan bekalan voltan daripada bateri.

CIRI-CIRI BATERI KERETA YANG BAIK


 Bateri kereta dicas secukupnya.
 Umur bateri bertahan lama.
 Aras elektrolit bateri sentiasa terkawal.
 Tiada perlukan kerap menambah air suling.

Anda mungkin juga menyukai