Anda di halaman 1dari 8

SCCA 1013

PENGANTAR KOMUNIKASI

KEPENTINGAN KOMUNIKASI TERHADAP MASYARAKAT

Komunikasi merupakan satu proses yang memainkan peranan penting didalam

kehidupan kita. dan menjadi perantaraan yang digunakan didalam kehidupan manusia seharian

bagi mencapai objektiif yang tersendiri. Sejak dari awal tamadun lagi manusia telah

berkomunikasi iaitu kebanyakannya selain daripada dalam bentuk lisan adalah melalui tulisan

dan lakaran pada dinding-dinding gua. Melalui proses komunikasi ini manusia dapat berkongsi

maklumat dan ianya sentiasa berlaku berterusan seolah-olah tiada permulaan dan

pengakhirannya. Persoalannya, mengapa kita masih lagi perlu belajar bidang komunikasi?

Komunikasi adalah interaksi yang berlaku samaada dalam diri kita ataupun dengan orang lain.

Menurut Smith (1966), komunikasi adalah satu rangkaian halus yang digunakan oleh manusia

untuk berinteraksi mengawal antara satu sama lain dan memperolehi kefahaman (Asiah Bt Ali &

Co., 2008). Mengikut fahaman Abdul Aziz Yusof (2003) pula, komunikasi adalah proses yang

melibatkan penyampaian idea dan perasaan kepada pihak lain (Abdul Aziz Yusuf, 2003). Dengan

kata lain, komunikasi adalah proses interaksi manusia untuk mengawal, memahami,

menyampaikan idea dan perasaan ataupun menyampaikan maklumat dari suatu pihak kepada

pihak yang lain.

Komunikasi terdiri daripada empat komponen utama iaitu bermula daripada; sumber,

dimana orang yang mempunyai ataupun membawa suatu maklumat; maklumat ataupun mesej

yang hendak disampaikan; saluran yang digunakan untuk menyampaikan

1
SCCA 1013
PENGANTAR KOMUNIKASI

maklumat tersebut; dan akhir sekali adalah penerima iaitu pihak yang menerima mesej tersebut.

Dalam hal ini, apabila maklumat berjaya disampaikan oleh sumber kepada penerima, dan

penerima berjaya melakukan seperti apa yang disampaikan oleh sumber, maka suatu komunikasi

tersebut akan dianggap berjaya.

Seperti yang telah didefinisikan, komunikasi bertujuan untuk menyampaikan maklumat

samaada berbentuk perasaan, idea mahupun sikap seseorang kepada seseorang yang lain.

Antara tujuannya yang lain adalah untuk memahami serta memberi dorongan kepada diri sendiri

sebagai motivasi untuk lebih maju kehadapan. Dengan itu, dapatlah kita membahagikan

komunikasi kepada dua jenis iaitu komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal.

Secara ringkasnya, komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang melibatkan dua orang atau

lebih dalam menyampaikan suatu maklumat dari suatu pihak kepada pihak yang satu lagi.

Manakala komunikasi intrapersonal pula adalah komunikasi yang berlaku dalam diri kita sendiri

iaitu dalam bentuk bermonolog ataupun bercakap dengan diri sendiri. Menurut Aliza Abu Kassim,

seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya sedang berkomunikasi

dengan dirinya sendiri (Aliza Abu Hassim, 2008).

Namun, apakah kepentingan atau fungsi utama komunikasi? Mengapakah komunikasi

diperlukan dalam kehidupan seharian seseorang? Kepentingan atau fungsi-fungsi utama

komunikasi adalah menyampaikan idea dan perasaan, bekerja secara berkumpulan,

meningkatkan keyakinan diri dan mengeratkan hubungan sesama manusia. Tanpa

berkomunikasi dengan orang di sekeliling kita, kita akan kesunyian, tidak dapat mengembangkan

idea, tiada istilah kerja berkumpulan dan tiadanya hubungan sesama manusia.

2
SCCA 1013
PENGANTAR KOMUNIKASI

Dalam menyampaikan idea atau meluahkan perasaan dan emosi, seseorang perlulah

berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya. Hal ini kerana, sekiranya kita tidak berkomunikasi

dengan orang lain, maka sukar untuk orang lain memahami apa-apa kehendak kita. Dengan

komunikasi juga, kita dapat membentuk personaliti, kerjaya, dan kehidupan sosial seiring dengan

budaya di sekeliling kita (Julia T. Wood, 2012). Selain itu juga, komunikasi dengan orang di

sekeliling kita mampu untuk meningkatkan tahap kesihatan kita. Hal ini kerana, manusia akan

dapat mengurangkan stress dengan meluahkan perasaan dan emosi mereka. Menurut Belluck

dalam petikan artikel beliau dalam akhbar New York Times, 2008 berjudul ‘Strangers May Cheer

You Up, Study Says’; interaksi dari kawan-kawan, sanak-saudara dan jiran tetangga mampu

mempengaruhi keceriaan dan kebahagiaan seseorang (Julia T. Wood, 2012).

Antara fungsi komunikasi yang lain adalah bekerja secara berkumpulan. Kerja

berkumpulan memerlukan komunikasi antara manusia dan untuk berkomunikasi perlu ada

interaksi sesama manusia. Tanpa interaksi, satu kumpulan manusia bukanlah sebuah kumpulan

(Ronald B. Adler & George Rodman, 2003). Jelas di sini, seseorang memerlukan komunikasi

untuk berada dalam satu kumpulan. Seseorang yang ingin merasa dirinya berada dalam

kumpulan yang dimasukinya (sense of belonging), hendaklah mempunyai hubungan yang baik

dalam kalangan ahli kumpulannya (Ronald B. Adler & George Rodman, 2003). Maka dengan itu,

kita hendaklah sentiasa menjaga komunikasi sesama ahli kumpulan. Lebih-lebih lagi ahli baru,

hendaklah menjaga tutur katanya sebagai ahli baru dan memberi kerjasama yang penuh dalam

melaksanakan matlamat yang menjadi panduan sesebuah kumpulan atau organisasi.

3
SCCA 1013
PENGANTAR KOMUNIKASI

Setiap kali kita berkomunikasi dengan orang lain, keyakinan diri kita akan bertambah

secara tidak langsung. Fungsi yang ketiga ini telah dibuktikan oleh Shuttuck, 1980; yang

merupakan seorang psikitari, mengatakan kanak-kanak yang dipinggirkan oleh orang di

sekelilingnya untuk jangkamasa yang lama tidak mempunyai keyakinan diri dan mempunyai

masalah dari segi pembangunan mental, psikologi dan ada segelintirnya mempunyai masalah

percakapan ataupun bahasa (Julia T. Wood, 2012). Dapat kita simpulkan di sini, seseorang perlu

bergaul dan berkomunikasi dengan orang di sekeliling supaya dapat memberi dorongan dan

keyakinan kepada dirinya sendiri di samping membantu diri sendiri memperbaiki penggunaan

bahasa dengan orang di sekeliling kita. Jelaslah di sini, komunikasi juga berfungsi sebagai agen

yang membentuk keyakinan diri kepada seseorang.

Fungsi yang terakhir adalah sebagai pengerat kepada hubungan sesama manusia.

Dalam ketiga-tiga fungsi yang telah dijelaskan, nyata komunikasi diperlukan untuk berinteraksi

dengan orang di sekeliling. Justeru itu, fungsi yang keempat ini bertujuan untuk menegaskan

bahawasanya komunikasi berfungsi sebagai jambatan untuk mengeratkan hubungan sesama

manusia. Hubungan komunikasi yang baik akan memudahkan kita untuk meminta dan memberi

pertolongan dengan orang di sekeliling. Kelebihan dari segi hubungan komunikasi yang baik

bukan sahaja mampu memberi kemudahan kepada kita, bahkan kita sesama manusia dapat

memperbaiki apa-apa perkara yang kurang, mengeratkan ikatan silaturrahim yang telah terjalin

dan juga mampu untuk mengelakkan dari terputusnya hubungan yang sedia ada.

4
SCCA 1013
PENGANTAR KOMUNIKASI

Komunikasi adalah satu simbolik untuk memulakan suatu perhubungan. Ia menjadi

permulaan untuk kita mula berinteraksi dengan orang di sekeliling kita. Tanpa komunikasi kita

akan hidup bersendirian dan tidak dapat mengembangkan idea. Kita juga akan menjadi anti sosial

dan kurang gemar berada di tempat yang ramai. Kesukaran untuk berinteraksi dengan orang lain

akan menyusahkan kita untuk menyesuaikan diri di mana-mana sahaja kita berada. Maka dengan

itu ditegaskan, berkomunikasi adalah sangat penting kepada seseorang. Mahu tidak mahu kita

hendaklah meringankan mulut untuk bercakap atau bertanya supaya kita tidak dipinggirkan.

Paling penting, pastikan diri kita mengikut budaya yang telah diterapkan dalam masyarakat di

sekeliling, supaya kita diterima oleh mereka.

KOMUNIKASI BERSEMUKA : KELEBIHAN DAN HALANGANNYA

Komunikasi bersemuka merupakan bentuk komunikasi yang mempunyai banyak

kelebihan. Antaranya, maklumat dapat disampaikan dengan lebih jelas dan tepat kerana ada

tindak balas segera antara penyampai dan penerima. Segala masalah atau ketidakfahaman

dapat dibetulkan pada masa yang sama secara tidak langsung mengelakkan kesulitan di masa

akan datang.

Selain itu, komunikasi bersemuka dapat mengeratkan hubungan terutamanya melibatkan

dalam masyarakat itu sendiri. Misalnya perbincangan formal seperti mesyuarat atau tidak formal

seperti perbualan yang dilakukan secara bersemuka adalah lebih berkesan. Hal ini kerana

komunikasi bersemuka dapat menyatakan perasaan dengan lebih mudah selain idea utama yang

ingin disampaikan. Proses ‘confront’ seperti memujuk dapat dilakukan dengan lebih baik jika

dilakukan secara bersemuka.

5
SCCA 1013
PENGANTAR KOMUNIKASI

Komunikasi bersemuka turut mempunyai beberapa halangan yang mengekang fungsinya.

Antaranya ialah penyampaian yang lemah. Semasa komunikasi berlaku,walaupun idea didalam

fikiran pengirim telah jelas tetapi disebabkan oleh penyampaian dari segi perkataan yang tidak

tepat atau tidak boleh difahami akan menjadi punca kepada kegagalan komunikasi..

Ketidakupayaan penyampai untuk menerangkan maksud yang ingin disampaikan secara jelas ini

mungkin berlaku disebabkan oleh eksperasi penyampai yang tidak tepat, kurang perhatian

dipihak penerima dan juga penggunaan bahasa yang sukar difahami (Robbins, 1984). Menurut

Rizt (1994), apabila maksud maklumat yang diterima oleh penerima berbeza dengan maklumat

yang cuba disampaikan oleh penyampai maklumat, maka kegagalan komunikasi telah berlaku.

Kesilapan penerimaan maksud penyampai seringkali disebabkan oleh penyampaian yang lemah.

Selain itu, faktor geografi atau jarak juga menjadi halangan dalam komunikasi

bersemuka. Apabila jarak antara penyampai dan penerima jauh, Ini memungkinkan kegagalan

komunikasi berlaku. Menurut Fyrer (1997), apabila kedudukan kontraktor dengan perunding

terpisah disebabkan jarak dan juga pengurusan tapak bina terpisah disebabkan factor yang

sama, ini boleh menyumbangkan kepada kegagalan komunikasi. Ini kerana dengan kedudukan

penyampai dan penerima yang jauh, secara tidak langsung akan menyukarkan komunikasi lisan

yang boleh berlaku dalam dua arah.

6
SCCA 1013
PENGANTAR KOMUNIKASI

KESIMPULAN

Komunikasi adalah satu simbolik untuk memulakan suatu perhubungan. Ia menjadi

permulaan untuk kita mula berinteraksi dengan orang di sekeliling kita. Tanpa komunikasi kita

akan hidup bersendirian dan tidak dapat mengembangkan idea. Kita juga akan menjadi anti sosial

dan kurang gemar berada di tempat yang ramai. Kesukaran untuk berinteraksi dengan orang lain

akan menyusahkan kita untuk menyesuaikan diri di mana-mana sahaja kita berada. Maka dengan

itu ditegaskan, berkomunikasi adalah sangat penting kepada seseorang. Mahu tidak mahu kita

hendaklah meringankan mulut untuk bercakap atau bertanya supaya kita tidak dipinggirkan.

Paling penting, pastikan diri kita mengikut budaya yang telah diterapkan dalam masyarakat di

sekeliling, supaya kita diterima oleh mereka.

7
SCCA 1013
PENGANTAR KOMUNIKASI

RUJUKAN

Abdul Aziz Yusuf. (2003). Komunikasi untuk pengurus. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributor Sdn. Bhd.

Aliza Abu Hassim. (2008). Komunikasi Berkesan. Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
Bil 2/2008 (pp. 1-70). Kuala Lumpur: Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar.

Asiah Bt Ali & Co. (2008). Peranan komunikasi dalam hubungan kekeluargaan. Seminar
Kaunseling Kekeluargaan (pp. 82-89). Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Fryer. B. (1997). The practice of construction management. Blackwell


Science Ltd

Julia T. Wood. (2012). Communication in our lives. Canada: Wadsworth Cengage Learning.

Rizt , G. J. (1994). Total construction project management. McGraw-Hill, Inc.

Robbins, S. P.(1984). Management : concept and practice. Prentice Hall Inc.

Ronald B. Adler & George Rodman. (2003). Understanding human communication. New York:
Oxford University Press.

Anda mungkin juga menyukai