Anda di halaman 1dari 2

CONTOH PENDAHULUAN DAN PENUTUP KARANGAN YANG MENARIK.

(Untuk penutup gunakan : Sebagai menggulung segala yang dibincangkan, Akhir kalam, Kesimpulannya, Tuntasnya,
Intihanya dan Konklusinya )

Soalan Contoh 1

Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam
kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?

Perenggan Pendahuluan Contoh 1

Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai
kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah
tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat
yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya
daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. Oleh itu, semua pihak
harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat
dilahirkan. Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada
mengubati sesuatu penyakit.

Perenggan Penutup Contoh 1

Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan kerjasama anggota
masyarakat. (Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen secara besar-besaran tentang keburukan
dan kesan rasuah kepada masyarakat. (Huraian – Apa yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana, jika masalah
rasuah tidak diatasi sudah tentu perkara ini akan merosakkan jentera pentadbiran negara.(Huraian – Apa kesannya)
Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum menjadi
lebih serius. (Peribahasa) Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah masyarakat dan negara kita akan
bebas daripada belenggu rasuah. (Kepentingan)

Soalan Contoh 2

Bincangkan usaha-usaha bagi membudayakan Program Kitar Semula dalam kalangan rakyat. Bahagian A)

Perenggan Pendahuluan Contoh 2

Darsawarsa, dalam menempuh arus modenisasi yang menerjah watan tanpa diundang, pencemaran alam sekitar
makin, menjadi parah barah serta duri dalam daging watan. Pelbagai anjakan paradigma telah digarap dan dicanang
bagi membendung kemelut ini temasuklah yang hangat meniti dari bibir ke bibir masyarakat; Program Kitar Semula .
Persoalan yang menjadi tanda tanya ialah apakah strategi- strategi yang wajar diorak dan digarap bagi membudaya
Program Kitar Semula dalam kalangan masyarakat 1 Malaysia ?

Perenggan Penutup Contoh 2

Intihanya, semua pihak perlu bekerjasama membentuk sinergi bak aur dan tebing serta persis isi dan kuku dalam
usaha membudayakan Program Kitar Semula kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyrakat kerana muafakat
. Selanjutnya Malaysia mampu dijulang sebagai negara model bukan sahaja dari aspek pembangunan fizikal malahan
akhlak rakyat pertiwi kerana terbangnya belon bukan kerana merah, biru dan kuning warnanya tetapi kerana
kandungan gasnya selaras dengan hasrat dan aspirasi negara untuk bersukat sama paras, bertimbang sama berat
dengan negara- negara maju yang lain.

ISU: SEJARAH TANAH AIR

Contoh Pendahuluan

Marcapada, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, warga watan makin hari
makin menyisihkan sejarah tanah air dari sinonim kehidupan mereka. Seandainya ditanya remaja remaja masa kini
mengenai cita- citanya, jawapan yang lazim sudah terang lagi bersuluh lazimnya menjurus ke arah bidang sains dan
teknologi seolah- olah dunia ini didirikan hanya bergantung pada tiang seri sains sahaja. Kemudian, jikalau ditanya
sekali lagi ditanya sekali lagi subjek yang paling kurang diminati pelajar agak- agaknya Sejarah yang menjadi pilihan
perdana. ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya’. Begitulah ungkapan yang sesuai bagi
menggambarkan perasaan Sejarawan kita yang dikatakan ketandusan tulang empat kerat belia muda yang
berperanan menjadi pelapis buat persediaan mendepani cabaran masa hadapan. Persoalannya, apakah manfaat-
manfaat memahami sejarah tanah air?

Contoh Penutup

Sebagai menggulung segala yang telah dibicarakan, sejarah tanah air sememangnya tidak dapat disangkal
membawa seribu satu kemashalatan sekiranya difahami dan dihayati serta diimplementasikan dalam kehidupan.
Seorang sejarawan Barat ada berkata bahawa sejarah pasti akan berulang sekiranya sejarah luput di ingatan. Lantas,
sebelum nasi menjadi bubur semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing agar sejarah tanah air terus
lestari dan difahami. Maka, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-
negara maju yang lain dapat dijana dan direalisasi sejajar dengan Wawasan 2020 dalam konteks pembentukan
generasi madani yang besahsiah murni.

ISU: GEJALA SOSIAL

Contoh Pendahuluan

Mutakhir ini, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, watan mendepani
kepincangan yang lazimnya remaja lebih cenderung iaitu gejala sosial. Dalam milenium ini, tatkala tanah air kita
rancak menari mengikut rentak arus modenisasi dan globalisasi dalam konteks pembangunan fizikal yang diibaratkan
cendawan yang tumbuh selepas hujan, onak dan kekangan, sebagai tamsilan, lumba haram, kecurian dan
seumpamanya lagi makin membarah dan menjadi polemik yang meniti dari bibir ke bibir masyarakat . Kalau ditanya
siapa dalangnya atau dari manakah akar umbinya masing- masing menunding jari sesama sendiri. Tambahan pula,
masalah yang ruwet ini memberi pelbagai impak. Justeru, satu soalan ingin saya lontarkan ; apakah strategi-strategi
bernas yang perlu diketengahkan di meja bulat serta dilaksanakan ?

Contoh Penutup

Intihanya, potongan kata Tun Mutahir Mohammad, mantan Perdana Menteri kita yang ke- 4 bahawa rakyat Malaysia
mempunyai kemudahan infrasrtuktur kelas pertama tetapi memiliki minda kelas ketiga sewajarnya kita hayati. Lantas,
semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing, persis isi dan kuku dalam usaha memerangi gejala sosial
yang semakin parah dan barah serta duri dalam daging watan. Ironinya, jika tiada kata sepakat, tiadanya ukhwah
dalam ummah maka runtuhlah harapan yang tinggi menggunung kerana bulat air kerana pembentung, bulat
masyarakat kerana muafakat. Oleh itu, sekiranya harapan tersebut menjadi realiti dan bukan sekadar ilusi yang
terngiang-ngiang di kotak pemikiran mat jenin, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara- negara maju yang lain mampu digamit dan direalisasi.

Anda mungkin juga menyukai