Anda di halaman 1dari 33

1.

0 PENGENALAN

Allah menciptakan manusia makhluk yang berinteraksi sosial dan saling

memerlukan antara satu sama lain. Ada yang memiliki kelebihan harta namun tidak

memiliki waktu dan keahlian dalam mengelola dan mengembangkannya, ada juga yang

memiliki kemahiran dan kemampuan namun tidak memiliki modal. Dengan

berkumpulnya dua jenis orang ini diharapkan dapat saling melengkapi dan

mempermudah pengembangan harta dan kemampuan tersebut. Untuk itulah Islam

memperbolehkan syarikat dalam usaha diantaranya Al-Mudharabah.

Terdapat pelbagai isu-isu syariah dalam kewangan Islam contohnya isu yang terdapat

dalam kontrak mudharabah. Isu-isu ini perlu dibincangkan bagi membuat keputusan.

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan tahap ketelusan berhubung dengan

pertimbangan perundangan fiqah dalam kewangan Islam, yang seterusnya akan

meningkatkan kesedaran dan penerimaan terhadap keputusan-keputusan Syariah. Ia

juga akan menjadikan urus tadbir Syariah lebih cekap di peringkat institusi di samping

menjadi pemangkin bagi pengharmonian pentafsiran dan aplikasi Syariah merentas

sempadan yang lebih luas.

1
2.0 Pengertian Mudharabah

Kata mudharabah berasal dari kata dharb ( ‫ضرب‬ ) yang berarti memukul atau

berjalan. Pengertian memukul atau berjalan ini maksudnya adalah proses seseorang

memukulkan kakinya dalam menjalankan usaha. Suatu kontrak disebut mudharabah,

kerana pekerja (mudharib) biasanya memerlukan suatu perjalanan untuk menjalankan

bisnes. Sedangkan perjalanan dalam bahasa Arab disebut juga dharb fil Ardhi

(ِ ‫ضرب‬ ‫)فِي أاْل َ أرض‬.

Dalam bahasa Iraq, penduduk menamakannya mudharabah, sedangkan

penduduk Hijaz menggelar qiradh. Qiradh berasal dari kata al-qardhu, yang berarti al-

qath’u (potongan) kerana pemilik memotong sebagian hartanya untuk diperdagangkan

dan memperoleh sebahagian keuntungannya.

Mudharabah atau qiradh termasuk dalam kategori syirkah. Di dalam Al-Quran,

kata mudharabah tidak disebutkan secara jelas dengan istilah mudharabah. Al-Quran

hanya menyebutkannya secara musytaq dari kata dharaba yang terdapat sebanyak 58

kali. Beberapa ulama memberikan pengertian mudharabah atau qiradh sebagai berikut:

a) Menurut para fuqaha, mudharabah ialah akad antara dua pihak (orang) saling

menanggung, salah satu pihak menyerahkan hartanya kepada pihak lain untuk

diperdagangkan dengan bagian yang telah ditentukan dari keuntungan, seperti setengah

atau sepertiga dengan syarat-syarat yang telah ditentukan.

2
b) Menurut Hanafiyah, mudharabah adalah “Akad syirkah dalam laba (modal) , satu pihak

pemilik harta dan pihak lain pemilik jasa”.

c) Malikiyah berpendapat bahwa mudharabah adalah: ”Akad perwakilan, di mana pemilik

harta mengeluarkan hartanya kepada yang lain untuk diperdagangkan dengan

pembayaran yang ditentukan (mas dan perak)”.

d) Imam Hanabilah berpendapat bahwa Mudharabah adalah: ”Ibarat pemilik harta

menyerahkan hartanya dengan ukuran tertentu kepada orang yang berdagang dengan

bagian dari keuntungan yang diketahui”.

e) Ulama Syafi’iyah berpendapat bahawa mudharabah adalah: ” Akad yang menentukan

seseorang menyerahkan hartanya kepada orang lain untuk diusahakan”.

Dari beberapa pengertian di atas dapat ditarik kesimpulan bahwa mudharabah

adalah akad kerjasama usaha antara dua pihak di mana pihak pertama adalah pemilik

modal (shahibul maal), sedangkan pihak lainnya menjadi pengelola modal (mudharib),

dengan syarat bahwa hasil keuntungan yang diperoleh akan dibagi untuk kedua belah

pihak sesuai dengan kesepakatan bersama (nisbah yang telah disepakati), namun bila

terjadi kerugian akan ditanggung shahibul maal.

3
3.0 Dalil

Perkongsian seperti ini sah dan dibenarkan oleh syarak. Ini disokong oleh Sunnah

dan Ijmak. Antara dalil nas yang diguna pakai dalam menetapkan hukum berkenaan

mudharabah adalah:

ٖ َ‫ضت ُم م ۡن َع َر َٰف‬
ْ‫ت فَ ۡٱذ ُك ُروا‬ ۡ َ‫ض اٗل من َّرب ُك ۡم فَإذَآ أَف‬
ۡ َ‫س َعلَ ۡي ُك ۡم ُجنَا ٌح أَن ت َ ۡبتَغُواْ ف‬
َ ‫لَ ۡي‬
َّ ‫ٱّللَ عندَ ۡٱل َم ۡش َعر ۡٱل َح َرام َو ۡٱذ ُك ُروهُ َك َما َهدَ َٰى ُك ۡم َوإن ُكنتُم من قَ ۡبلهۦ لَمنَ ٱل‬
َ‫ضا ٓلين‬ َّ
١٩٨

198. Tidak ada dosa bagimu untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan) dari

Tuhanmu. Maka apabila kamu telah bertolak dari Arafah, berzikirlah kepada

Allah di Masy`arilharam. Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah

sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepadamu; dan sesungguhnya kamu

sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat.1

Seterusnya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a.

daripada bapanya, AL-'Abbas bin Abdul Muttolib r.a. yang bermaksud:

Apabila dia menyerahkan harta untuk pelaburan, dia akan meletakkan syarat

kepada sahabatnya iaitu dia tidak boleh membawa barangan ini melalui laut

atau melalui lembah dan tidak menggunakan harta ini untuk membeli haiwan

yang mempunyai "hati yang lembab" (masih hidup). Jika dia melakukannya

1
Surah Al-Baqarah (2): 198

4
juga, dia perlu menggantinya. Syarat ini telah disampaikan kepada Rasulullah

s.a.w. dan Baginda membenarkannya.

Nabi s.a.w. bersabda:

‫ وخلط البر بالشعير للبيت‬,‫ والمقارضة‬,‫ البيع الى أجل‬:‫ثالث فيهن البركة‬
.‫ال للبيع‬

Tiga perkara yang ada berkat: jual beli (secara hutang) sehingga satu tempoh

(tertentu, iaitu jual beli Salam), muqaradhah, dan mencampurkan gandum

dengan barli untuk kegunaan rumah bukan untuk dijual.

Walaupun sanad kesemua hadis ini lemah, tetapi secara keseluruhan, semua

sanad ini saling memperkukuh antara satu sama lain. Ini menjadikan hadis-hadis ini

boleh diterima dan boleh dijadikan hujah. Apatah lagi, ia disokong oleh amalan para

sahabat dan ijmak mereka.

Dirawayatkan daripada al-'Ala bin Abdul Rahman daripada bapanya daripada

datuknya berkata bahawa:

Utsman r.a. telah memberikan kepadanya harta sebagai pelaburan untuk dia

usahakan dan keuntungan akan dibahagi sesama mereka.

5
Semua riwayat daripada para sahabat Rasulullah s.a.w. ini menunjukkan mereka

menjalankan urusan menggunakan sistem qiradh atau pelaburan. Apa iyang mereka

lakukan ini diketahui oleh sahabat-sahabat lain, namun tiada riwayat yang mengatakan

ada yang menentangnya. Dengan ini, para sahabat sependapat bahawa amalan ini

dibenarkan syarak. Atas dasar ini, seluruh umat Islam pada sepanjang zaman menerima

amalan ini sebagai ijmak.

4.0 Hikmah

Islam mensyariatkan akad kerja sama Mudharabah untuk memudahkan orang,

kerana sebahagian mereka memiliki harta namun tidak mampu mengelolanya dan disana

ada juga orang yang tidak memiliki harta namun memiliki kemampuan untuk mengelola

dan mengembangkannya. Maka Syariat membolehkan kerjasama ini agar mereka boleh

saling mengambil manfaat diantara mereka. Pemilik modal memanfaatkan

tenaga Mudhorib (pengelola) dan Mudhorib memanfaatkan harta dan dengan demikian

terhasillah kerjasama harta dan amal. Allah tidak mensyariatkan satu akad kecuali untuk

mewujudkan kemaslahatan dan menolak kerosakan.

Seperti yang diketahui umum, tujuan sebuah perkongsian pada dasarnya adalah

untuk pelaburan harta. Di samping itu, perkongsian ini juga dapat mewujudkan amalan

tolong-menolong antara sesama manusia. Elemen yang wujud pada perkongsian ini

secara umumnya dilihat dapat memberikan peluang kepada mereka yang tidak

6
mempunyai berkemampuan untuk turut memperoleh harta. Dalam masa yang sama, ia

turut memberi manfaat kepada orang yang berharta tetapi tidak mempunyai kemahiran.

Perkongsian seperti ini amat diperlukan oleh manusia kerana ia mewujudkan

kerjasama dan menguntungkan kedua-dua pihak. Melalui sistem ini juga, masyarakat

mendapat faedah apabila harta yang merupakan asas kehidupan manusia dapat dijana.

Dalam masa yang sama, kemahiran yang dikurniakan Allah turut dapat dimanfaatkan

untuk kepentingan manusia.

5.0 Hukum Pelaburan

Kontrak mudharabah atau pelaburan adalah kontrak yang jaiz dan tidak lazim.

Maknanya, kedua-dua pihak iaitu pemodal dan pengusaha berhak membatalkan kontrak,

tidak kira sama ada pengusahaa telah memulakan kerjanya iaitu berjual beli dan

sebagainya ataupun tidak.

Jika pembatalan dibuat sebelum kerja-kerja dimulakan, pengusaha tidak berhak

menggunakan sama sekali modal tersebut. Ini kerana tindakan tersebut dianggap

sebagai menggunakan harta orang lain tanpa kebenaran.

Jika pembatalan dibuat selepas kerja-kerja dimulakan, pengusaha perlu

menghentikan serta-merta sebarang urusan jual beli yang baru. Dalam keadaan ini,

pengusaha wajib menjual barangan yang ada padanya untuk mendapatkan wang tunai

tempatan dan menyelesaikan hutang-hutang yang berkaitan dengan syarikat. Selepas

7
itu, barulah pengiraan dijalankan. Semua modal akan diserahkan semula kepada pelabur

sementara keuntungan akan dibahagi mengikut perjanjian.

6.0 Rukun Kontrak Pelaburan

Terdapat beberapa elemen penting yang telah digariskan oleh Imam Syafi'i dalam

menetapkan rukun mudharabah. Antaranya ialah lafaz (sighah) iaitu penawaran dan

persetujuan dengan kata-kata yang menunjukkan persetujuan untuk mewujudkan

kontrak dan perkongsian ini.

Contoh lafaz penawaran (ijab): "Saya melabur pada anda," atau "Saya

menyerahkan urusan kepada anda." Termasuklah juga lafaz yang boleh merujuk kepada

maksud tersebut seperti: "Ambillah duit ini dan niagakanlah. Keuntungan yang diperolehi

akan dibahagi akan dibahagi dua sesama kita atau satu pertiga untuk saya dan dua

pertiga untuk anda," atau sebagainya.

Manakala bagi contoh lafaz persetujuan (qabul) ialah pengusaha berkata: "Saya

terima," atau "saya setuju," atau sebagainya yang menunjukkan penerimaannya terhadap

perkongsian tersebut.

Lafaz ini pula mestilah terus berkuatkuasa. Ia tidak sah jika tertakluk kepada

sesuatu syarat. Contohnya menetapkan masa seperti pemodal memberitahu: "Jika

ramadhan tiba, saya akan laburkan harta saya kepada anda." Atau seumpamanya.

8
Persetujuan juga mestilah berturutan dengan penawaran, berdasarkan amalan yang

diguna pakai. Jika ia terpisah dengan diam yang lama atau perbincangan yang tiada

kaitan dengan kontrak, lafaz tersebut tidak sah.

Seterusnya ialah pihak yang berkontrak iaitu pelabur dan pengusaha. Kedua-dua

pihak mestilah mempunyai kelayakan sebagai wakil dan pewakil. Pelabur akan bertindak

sebagai pewakil dan pengusaha sebagai pewakil dan pengusaha sebagai wakil apabila

pengusaha mengusahakan modal pelabur dengan kebenarannya. Jika salah satu pihak

tidak dibenarkan menguruskan harta kerana kebodohan (safih iaitu tidak bijak

menguruskan harta), kontrak tersebut tidak sah. Demikian juga jika pengusaha seorang

buta. Ini kerana, orang yang buta tidak berkelayakan untuk menjadi wakil dalam

sebarang urusan jual beli dan kerja-kerja membabitkan perniagaan . Walau

bagaimanapun, kontrak masih sah jika pelabur adalah orang buta kerana orang buta

dibenarkan untuk mewakilkan hartanya kepada orang lain.

Selain itu, modal juga merupakan salah satu dari rukun yang mana ia tertakluk

kepada syarat-syarat yang tertentu. Antaranya adalah ia mestilah berbentuk matawang

seperti ringgit malaysia, dirham atau matawang lain yang digunakan hari ini. Modal tidak

boleh berbentuk barangan perniagaan kerana ia emmbabitkan risiko yang besar. Iaitu

keuntungan dan modal tidak dapat dipastikan kerana sesuatu barangan mempunyai nilai

yang berbeza pada ketika diterima, dijual dan dipulangkan.

9
Pada dasarnya, kontrak mudharabah adlaah kontrak yang berisiko kerana kerja

yang bakal dilakukan tidak dapat digasrikan dengan terperinci dan keuntungan juga

tidak dapat digariskan. Walau bagaimanapun, kontrak ini dibenarkan untuk memenuhi

keperluan manusia seperti menjana pendapatan ekonomi. Dengan itu segala urusan

mestilah hanya menggunakan sesuatu yang mudah diterima dalam semua keadaan serta

memudahkan urusniaga iaitu matawang.

Malahan, modal juga mestilah dalam jumlah yang tertentu. Pelaburan tidak boleh

melibatkan suatu jumlah yang tidak tepat. Ini supaya keuntungan dapat dikira dengan

tepat. Ia perlulah dalam bentuk tunai. Pelaburan tidak sah jika membabitkan harta yang

berada dalam tanggungan sesorang. Hutang pelabur yang ditanggung oleh pengusaha

juga tidak sah dijadikan modal, kecualilah jika ia diserahkan secara tunai dalam majlis

kontrak. Tambahan pula, modal mestilah diserahkan kepada pengusaha yang mana

modal mestilah berada dalam pegangan pengusaha dan hanya dia sahaja yang

mempunyai hak untuk menggunakannya. Jika wujud syarat yang menyatakan modal

mesti dipegang oleh pelabur atau orang lain dan pengusaha akan dibayar setiap kali dia

membeli sesuatu, kontrak tersebut tidak sah. Selain itu, pelaburan ini juga tidak sah jika

wujud syarat yang menyatakan pengusaha perlu merujuk setiap tindakannya kepada

pelabur. Ini kerana syarat ini menyukarkan dan mungkinmemudaratkan pengusaha jika

pelabur sukar ditemui.

10
7.0 Syarat Kontrak Mudharabah

Antara syarat yang ditetapkan didalam kontrak mudharabah adalah yang

pertama, kebebasan menjalankan urusan tanpa tertakluk kepada syarat tertentu. Ia

membawa erti bahawa pelaburan mestilah bersifat terbuka. Sesuatu pelaburan dianggap

tidak sah jika pelabur menetapkan pengusaha perlu membeli barangan tertentu sahaja

seperti sejadah, atau barangan jenis tertentu daripada orang tertentu. Contohnya

pengusaha perlu membeli gandum milik Haikal atau ia mestilah dibeli daripada sebuah

kawasan yang kecil.

Pelaburan juga tidak seharusnya terikat dengan tempoh tertentu. Sekiranya satu

tempoh yang tidak dapat memenuhi tujuan pelaburan ditetapkan, iaitu apabila

pembelian, penjual dan pemasaran barang tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh

tersabut dan keuntungan yang menjadi tujuan utama pelaburan tidak tercapai,

perkongsian tersebut tidak sah.

Seterusnya adalah keuntungan hanya dikongsi antara pelabur dan pengusaha

sahaja. Ia bererti keuntungan disyaratkan mesti dikongsi bersama oleh pelabur dan

pengusaha. Pelabur akan mengambil hasil pelaburan modalnya, sementara pengusaha

akan memperolehi hasil usahanya. Dengan ini, pelabur memperolehi keuntungan

berdasarkan modal miliknya dan pengusaha memperolehi keuntungan berdasarkan

kerjanya. Jika keuntungan hanya dibayar kepada satu pihak sahaja, kontrak tersebut tidak

sah kerana ia bercanggah dengan kandungan kontrak.

11
Sekiranya disyaratkan keuntungan diserahkan keseluruhannya kepada pengusaha,

kontrak tersebut tidak sah dan seluruh keuntungan akan menjadi milik pelabur.

Pengusaha akan mendapat upah yang sepadan dengan kerja yang dilakukannya

bertujuan mendapatkan hasil dan keuntungan.

Jika ditetapkan keuntungan diserahkan keseluruhannya kepada pelabur, kontrak

ini juga tidak sah. Dalam keadaan ini, pengusaha tidak berhak memperolehi sebarang

hasil. Ini kerana kerja yang dilakukan adalah secara sukarela dan bukan bertujuan

memperolehi keuntungan.

Disyaratkan keuntungan setiap pihak mestilah ditetapkan pada kadar tertentu.

Maksudnya, hasil yang bakal diperolehi akan dibahagikan mengikut peratus tertentu,

contonhya 25 peratus, 50 peratus dan sebagainya.

Sesuatu kontak tidak sah jika kadar pembahagian keuntungan tidak dinyatakan

dengan jelas. Ini kerana keuntungan adalah tujuan utama di dalam kontrak ini. Ia menjadi

perkara asas dalam kontrak. Ketidakpastian pada perkara asas menyebabkan kontrak

tidak sah. Sama seperti ketidakpastian barang yang dijual dalam kontrak jual beli.

Kontrak pelaburan juga tidak sah jika kadar keuntungan yang bakal diperolehi

oleh salah satu pihak ditentukan menurut jumlah tertentu. Contohnya, syarat tersebut

menyatakan salah satu pihak akan menerima RM 1,000 daripada keuntungan atau jumlah

tertentu. Ini kerana terdapat kemungkinan jumlah keuntungan keseluruhan tidak

12
melebihi jumlah tersebut dan menyebabkan hanya pihak tersebut sahaja yang

memperolehi untung. Sekaligus tidak wujud perkongsian syarikat dan kerja yang

dilakukan bukan berbentuk perlaburan atau mudharabah. Dengan ini, kontrak tidak sah.

Dalam keadaan ini, kesemua untung akan diperolehi pelabur dan pengusaha akan

mendapat upah yang sepadan.

Begitu juga, jika pelabur menetapkan pengusaha akan memperolehi jumlah

tertentu daripada keuntungan. Contohnya, pelabur menetapkan pengusaha

memperolehi gaji bulanan berjumlah RM 1,000 dan 5% daripada keuntungan. Kes ini

sama seperti kes sebelum ini kerana mungkin untung tidak lebih daripada apa yang

ditetapkan.

Dari sini, dapat kita dapati bahawa kebanyakan urusniaga yang dijalankan pada

hari ini adalah tidak sah. Ini kerana ramai pelabur mengikat kontrak dengan pengusaha

yang akan mengusahakan modal mereka dan pengusaha ditetapkan memperolehi gaji

bulanan dengan jumlah tertentu. Pengusaha ini juga akan memperolehi peratusan

keuntungan tertentu yang diperolehi ketika kiraan tahunan atau sebagainya.

Selain syarat-syarat di atas, syarat lain yang perlu dipatuhi ialah keuntungan yang

dieprolehi mestilah hanya diagihkan kepada pelabur dan pengusaha sahaja. Sebarang

syarat yang menyatakan sebahagian untung ini akan diberikan kepada pihak ketiga

adalah tidak dibenarkan. Kecualilah jika pihak ketiga ini disyaratkan perlu bekerja

13
dengan pengusahanya. Dalam keadaan ini, pelabur seolah-olah membuat kontrak

dengan dua orang penguasaha atau lebih.

Disamping itu, pengusaha mestiah bebas menguruskan modal dan bekerja.

Dimana, kontrak pelaburan dianggap tidak sah jika wujud syarat yang menetapkan

pelabur perlu bekerja bersama pengusaha. Syarat ini bermakna modal akan kekal di

tangan pelabur. Seperti yang kita sedia maklum, antara syarat dalam kontrak ini, modal

mestilah berada di tangan pengusaha.

Jika syarat tersebut tidak wujud, tetapi pengusaha meminta bantuan pelabur

dalam sesetengah kerja, tindakan ini dibenarkan kerana bantuan ini bermakna modal

akan diambil semula daripada pengusaha.

8.0 Status Pengusaha

Pengusaha adalah pihak yang memegang amanah terhadap modal yang

diserahkan kepadanya dan barangan yang dibeli menggunakan modal tersebut. Apa

yang dimaksudkan dengan memegang amanah adalah dia tidak perlu membayar ganti

rugi terhadap modal pelaburan yang musnah dalam pegangannya. Kecualilah jika ia

berlaku secara sengaja atau kerana kecuaian dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Ini berbeza dengan orang yang memegang tanggungjawab terhadap harta yang

berada dalam pegangannya. Kerana dia perlu membayar ganti rugi jika berlaku

kerosakan tidak kira sama ada disebabkan oleh kecuaian ataupun tidak, dan tidak kira

14
sama ada berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Di antara perbuatan yang

dikategorikan sebagai memusnahkan dengan sengaja, ialah melakukan sesuatu yang

tidak dibenarkan. Perkara ini akan kita bincangkan nanti.

8.1 Kerugian Yang Ditanggung Oleh Pelabur

Oleh kerana pengusaha dianggap sebagai orang yang memegang amanah, ini

bermakna segala kerugian sepanjang pelaburan akan ditanggung oleh pelabur sahaja.

Pengusaha tidak akan dipertanggungjawabkan jika kemusnahan berlaku disebabkan oleh

perbuatan sengaja atau kecuaiannya.

8.2 Garis Panduan Pengusaha

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh pengusaha:

1) Pengusaha tidak boleh membeli sesuatu barangan untuk pelaburan dengan harta

yang melebihi modal dan keuntungan yang bakal diperolehi. Ini kerana biasanya

pelabur tidak mahu menanggung hutang melebihi apa yang dilaburkan.

2) Pengusaha tidak harus membawa modal bersama dalam perjalanan tanpa izin

pelabur.

3) Pengusaha tidak boleh menjual secara hutang iaitu dengan menangguhkan

bayaran hingga ke suatu tempoh tertentu. Kecualilah jika ia dibenarkan oleh

pelabur. Ini kerana dalam tempoh tersebut, wujud kemungkinan modal akan

musnah.

15
4) Menurut pendapat yang paling sahih, pengusaha tidak dibenarkan mengambil

pengusaha lain untuk bekerja dan berkongsi keuntungan bersamanya walaupun ia

dibenarkan oleh pelabur. Ini kerana dalam konsep pelaburan, satu pihak memiliki

harta dan satu pihak lagi memiliki kerja. Oleh itu, jika pengusaha melabur pada

pengusaha lain pula, ini bertentangan dengan konsep tersebut. Ini kerana

pelaburan tersebut berlaku di antara dua orang pengusaha yang kedua-duanya

tidak memiliki harta.

Jika perkara ini berlaku, kontrak kedua terbatal sementara kontrak pertama masih sah.

Jika pengusaha kedua telah mengurusniagakan modal tersebut, dia berhak mendapat

upah sepadan daripada pelabur. Seluruh keuntungan yang diperolehi daripada

pengusaha kedua akan menjadi hak pelabur. Sementara itu, pengusaha pertama tidak

berhak mendapat apa-apa. Ini kerana keuntungan tersebut diperolehi daripada tanpa

usaha daripadanya.

5) Pengusaha tidak boleh sama sekali menggunakan modal pelaburan untuk

kegunaan peribadi ketika dia menetap di tempat perniagaan. Tidak ada sebarang

perselisihan pendapat di kalangan ulama dalam perkara ini. Ini kerana amalan

yang diguna pakai (uruf), tidak membenarkannya. Selain itu, kegunaan tersebut

mungkin melibatkan keseluruhan untung dan ini bermakna pengusaha mengaut

keseluruhan untung dan ini bermakna pengusaha mengaut keseluruhan untung.

Ini bertentangan dengan kontrak. Walaupun jika penggunaan tersebut tidak

16
membabitkan keseluruhan untung, ia akan menyebabkan prngusaha menerima

peruntukan tertentu daripada keuntungan dan ini jika bertentangan dengan

kontrak.

Pendapat yang paling jelas (azhar) juga menyatakan bahawa pengusaha tidak berhak

menggunakan modal pelaburan untuk kegunaan peribadi ketika dalam perjalanan

kerana sebab yang sama. Pendapat yang lain mengatakan pengusaha berhak

menggunakan kos tambahan kepada perbelanjaan peribadinya ketika dalam perjalanan

jika ia digunakan untuk tujuan yang baik.

Menurut ulama mazhab Hanafi, pengusaha berhak mengambil semua

perbelanjaannya daripada modal ketika dalam perjalanan kerana dalam perjalanan

tersebut, segala tindakannya tertumpu hanya untuk pelaburan. Dengan itu, dia berhak

mendapat peruntukan sebagai ganjaran kepada penumpuan tersebut.

Kami merasakan tiada halangan untuk mengamalkan pendapat ini jika perlu.

Cuma ia tidak boleh dinyatakan dalam kontrak kerana syarat seperti ini boleh

menyebabkan kontrak tidak sah.

8.3 Tanggungjawab Pengusaha

Pengusaha bertanggungjawab melakukan semua kerja yang perlu bagi

menjayakan pelaburan. Ini adalah jika kerja-kerja tersebut mengikut kebiasaannya

dilakukan oleh pengusaha atau menjadi amalan di kalangan ahli perniagaan

17
melakukannya sendiri. Ini tanpa mengira walaupun pengusaha sendiri tidak biasa

melakukannya.

Sekiranya pengusaha mengupah seseorang untuk melakukan kerja kebiasannya

perlu dilakukannya sendiri, upah tersebut perlu dibayar daripada wangnya sendiri dan

bukan daripada wang pelaburan. Jika pengusaha meletakkan syarat pelabur perlu

memberi upah kepada pekerja tersebut dan ia akan diambil daripada wang pelaburan,

kontrak tersebut tidak sah. Ini kerana syarat ini bercanggah dengan tuntutan kontrak

pelaburan. Iaitu menurut kontrak pelaburan, kerja perlu dilakukan oleh pihak yang tidak

melabur.

Sementara bagi kerja yang kebiasaannya tidak perlu dilakukannya sendiri,

pengusaha boleh mengupah seseorang untuk melakukannya dengan membayar

menggunakan wang pelaburan kerana kerja-kerja tersebut adalah sebahagian daripada

keperluan perniagaan dan untuk kepentingannya. Amalan kebiasaan juga tidak

mewajibkan pengusaha melakukannya walaupun dia biasa melakukannya sendiri.

Walau bagaimanapun, sekiranya pengusaha melakukan sendiri kerja tersebut, dia

dikira melakukannya secara sukarela. Dia tidak dibenarkan mengambil upah

menggunakan wang pelaburan. Ini kerana dengan mengambil upah, dia telah mengupah

dirinya sendiri dan ini tidak dibenarkan.

18
8.4 Bilakah Pengusaha Memperolehi Keuntungannya?

Setelah pengusaha menerima modal, menggunakannya dalam jual beli dan

kemudiannya memperolehi keuntungan, dia hanya berhak mengambil bahagiannya

setelah semua modal dan keuntungan diperolehi. Ini adalah pendapat yang paling kuat

(azhar).

Ini adalah setelah semua barangan berjaya dijual dan modal diperolehi semula

dalam bentuk tunai. Kemudian, pelabur dan pengusaha akan membahagikan

keuntungan setelah modal pelaburan diasingkan. Langkah ini perlu, kerana kerugian

mungkin berlaku sebelum untung diagihkan. Jika ini belaku, kerugian akan ditampung

oleh keuntungan kerana keuntungan dalam perkongsian ini berperanan menjaga modal.

Walau bagaimanapun, hak pengusaha dalam keuntungan tersebut telah disahkan.

Dengan ini, jika pelabur merosakkan modal pelaburan atau mengambil semula modal

sebelum pengagihan untung dilakukan, pelabur perlu membayar bahagian keuntungan

yang sepatutnya diterima oleh pengusaha. Jika pengusaha meninggal dunia sebelum

pengagihan dilakukan, bahagiannya akan diperolehi oleh warisnya.

19
9.0 Penurunan Nilai Modal

Jika berlaku penurunan nilai pada modal pelaburan selepas kontrak dimeterai,

siapakah yang menanggung kerugian tersebut?

Jawapan bagi soalan tersebut adalah seperti berikut:

Jika penurunan berlaku sebelum pengusaha menggunakannya dan berlaku tanpa

disengajakan atau sebarang kecuaian, menurut pendapat yang paling sahih, kerugian ini

akan ditampung oleh modal pelaburan dan ditanggung oleh pelabur. Ini kerana kontrak

mudharabah atau pelaburan hanya berkuatkuasa selepas kerja dimulakan. Dalam

keadaan ini, kerja belum dimulakan.

Jika penurunan berlaku setelah modal digunakan:

Jika ia disebabkan oleh penurunan harga selepas pembelian atau kecacatan yang

disebabkan oleh penyakit pada haiwan atau kerosakan pada buah, kerugian ini akan

ditolak daripada keuntungan. Ia akan ditampung oleh keuntungan seboleh mungkin.

Tiada perselisihan pendapat di kalangan ulama dalam perkara ini kerana ia adalah

amalan yang diguna pakai (uruf). Di samping itu, sebagaimana yang anda sedia maklum

keuntungan berperanan menjaga modal.

20
Jika penurunan nilai disebabkan oleh bencana alam seperti kebakaran, banjir dan

sebagainya, atau dirampas dan dicuri. Menurut pendapat yang paling sahih, kerugian ini

akan ditampung oleh keuntungan.

10.0 Penamatan Kontrak Mudharabah

Kontrak mudharabah ditamatkan dengan beberapa perkara seperti berikut:

1. Pembatalan. Seperti yang sedia maklum, kontrak mudharabah ialah kontrak yang tidak

lazim (jaiz). Oleh itu, kedua-dua pihak, pelabur dan pengusaha berhak membatalkan

pada bila-bila masa, sama ada sebelum digunakan oleh pengusaha atau selepasnya,

dan sama ada pihak kedua hadir atau tidak hadir, setuju ataupun tidak setuju.

Sekiranya kontrak ini dibatalkan oleh salah satu pihak atau oleh kedua-dua pihak,

kontrak mudharabah tersebut terbatal pada tarikh pembatalan ini tidak diketahui oleh

pihak kedua. Pembatalan ini dianggap sah apabila pelabur berkata: "Saya batalkan

pelaburan ini," atau berkata: "Jangan gunakan modal ini selepas ini," atau lafaz yang

seumpamanya.

Selepas kontrak dibatalkan, pengusaha tidak berhak menggunakan modal

pelaburan untuk membuat sebarang pembelian. Jika dia membeli sesuatu barangan

sebelum mengetahui tentang pembatalan tersebut, pembelian tersabut tidak

berkuatkuasa. Pengusaha dibenarkan menjual barang perniagaan yang masih ada jika

dijangka boleh menghasilkan keuntungan.

21
Walau bagaimanapun, jika pelabur menuntut supaya barang tersebut dijual,

pengusaha bertanggungjawab menjualnya untuk ditukar kepada wang tunai dan

seterusnya mendapatkan keuntungan. Pengusaha juga bertanggungjawab melunaskan

segala hutang menggunakan wang pelaburan.

2. Kematian salah satu pihak. Ini kerana seperti mana yang telah diketahui, salah satu

syarat sah kontrak ialah kelayakan melantik wakil. Setelah salah satu pihak meninggal

dunia, kelayakan ini terbatal. Walau bagaimanapun, sekiranya pelabur meninggal

dunia, pengusaha masih berhak menjual barang yang ada bersamanya untuk

mendapatkan semula modal, iaitu ditukarkan menjadi wang tunai walaupun tanpa

kebenaran waris pelabur.

Langkah ini berpandukan kebenaran pelabur sebelum ini. Langkah ini juga akan

membolehkan pengusaha mendapatkan keuntungan. Berbeza dengan kematian

pengusaha, waris pengusaha tidak dibenarkan menjalankan urusan pelaburan kecuali

setelah mendapat kebenaran pelabur. Ini kerana pelabur mungkin hanya bersetuju

dengan pengusaha sahaja dan tidak bersetuju untuk menyerahkan pelaburan kepada

waris pengusaha.

3. Salah satu pihak gila atau pengsan walaupun bersifat sementara. Ini kerana penyakit-

penyakit ini menyebabkan kontrak tidak sah. Apabila penyakit ini wujud, kontrak

dengan sendirinya terbatal. Dalam keadaan ini, pengusaha akan menguruskan modal

jika pelabur menghidap gila atau pengsan. Sementara penjaga (wali) pengusaha akan

22
menguruskan modal dengan izin pelabur jika pengusaha menghidap gila atau

pengsan.

4. Kemusnahan modal pelaburan yang menjadi subjek dalam kontrak ini. Dengan

kemusnahan ini, kontrak tersebut tidak membawa apa-apa makna lagi. Tidak kira

sama ada kemusnahan ini disebabkan oleh bencana alam seperti kebakaran, banjir

atau disebabkan oleh perbuatan pelabur ataupun pengusaha. Walau bagaimanapun,

pengusaha akan tetap mendapat bahagiannya jika kemusnahan tersebut disebabkan

oleh pelabur.

Sekiranya kemusnahan tersebut disebabkan oleh perbuatan pengusaha,

pelaburan tersebut tersebut dianggap tamat jika pengusaha tidak mahu membayar ganti

rugi. Pelaburan tersebut hanya boleh diteruskan semula setelah pengusaha

membayarnya.

Begitu juga dengan kemusnahan yang disebabkan oleh perbuatan pihak lain.

Sekiranya pihak tersebut membayar ganti rugi, pelaburan dianggap tamat. Walau

bagaimanapun, apabila ganti rugi dibayar, pelaburan akan diteruskan.

Pihak yang sepatutnya membuat tuntutan ganti rugi dalam keadaan ini ialah

pelabur. Ini sekiranya pelaburan tersebut tidak memperolehi keuntungan. Namun jika

ada keuntungan, kedua-dua pihak bertanggungjawab membuat tuntutan ganti rugi

kerana mereka berkongsi ganti rugi tersebut.

23
11.0 Percanggahan Antara Pelaburan Dan Pengusaha

1. Jika pengusaha dan pelabur bercanggah mengenai keuntungan, lalu pengusaha

mendakwa tidak memperolehi apa-apa keuntungan, atau dia berkata: “Saya

hanya menddapat keuntungan sebanyak ini,” maka pengakuan pengusaha ini

akan diterima jika disokong oleh sumpah. Ini kerana pada asalnya tiada

keuntungan.

Jika pengusaha mengaku mendapat sejumlah untung, kemudian dia mendakwa

tersilap membuat perkiraan, dakwaannya ini tidak diterima kerana dia menarik balik

pengakuan yang telah dibuat membabitkan hak pihak lain. Oleh itu dakwaannya

tidak diterima.

2. Apabila kedua-dua pihak bercanggah mengenai sesuatu barangan, lalu pelabur

berkata: “Anda membeli barang ini untuk pelaburan,” dan pengusaha mendakwa:

“Saya beli barang ini untuk diri saya,” atau sebaliknya, maka pengakuan

pengusaha akan diterima jika disokong oleh sumpah dan sekiranya pembelian

tersebut dibuat dalam bentuk hutang.

Ini kerana pengusaha adalah pihak yang dipercayai dan lebih mengetahui tentang

niatnya. Namun, jika pengusaha membeli menggunakan wang modal pelaburan,

pengakuannya tidak diterima. Walaupun dia sebenarnya berniat membeli untuk

dirinya sendiri. Barang yang dibeli ini dikira termasuk dalam pelaburan.

24
3. Sekiranya mereka bercanggah mengenai jumlah modal pelaburan atau jenis

modal, maka pengakuan yang diterima ialah pengakuan pengusaha yang

disokong oleh sumpah. Ini kerana pada asalnya tiada bayaran tambahan yang

diberikan kepadanya.

4. Sekiranya mereka bercanggah mengenai sebab kemusnahan modal, lalu pelabur

mendakwa kemusnahan dilakukan dengan sengaja atau kerana cuai, dan

pengusaha berkata: “Tidak, ia akan berlaku tanpa disengajakan dan bukan kerana

kecuaian,” maka pengakuan akan diterima jika disokong oleh sumpah kerana

pengusaha adalah orang yang diberi kepercayaan. Pada asalnya, tidak wujud

sebarang unsur khianat dan jaminan di sini.

5. Jika mereka bercanggah mengenai pemulangan modal, lalu pengusaha

mendakwa telah memulangkannya, tetapi pelabur menafikan ia telah

dipulangkan, maka pengakuan pengusaha akan diterima kerana dia adalah orang

yang diberi amanah. Setiap orang yang diberi amanah yang mengaku telah

memulangkan milik orang yang memberi amanah kepadanya, pengakuannya

akan diterima jika disokong oleh sumpah.

6. Jika berlaku kemusnahan kepada modal, dan pelabur mendakwa ia sebenarnya

dibenarkan sebagai hutang, sementara pengusaha mendakwa ia adalah

pelaburan, maka pengakuan pelabur akan diterima jika ia disokong oleh sumpah.

Ini kerana, pengusaha mengaku menerima modal tersebut dan mendakwa tidak

25
menanggung sebarang tanggungjawab. Sedangkan pada asalnya dia

bertanggungjawab.

Begitu juga, jika pengusaha mendakwa modal tersebut adalah untuk pelaburan,

sementara pemilik pula mendakwa dia sebenarnya melantik pengusaha sebagai

wakil, maka pengakuan pelabur akan diterima jika disokong dengan sumpah kerana

dia lebih tahu tentang niatnya. Dalam keadaan ini, pengusaha tidak berhak

memperolehi upah kerana dia mengaku tidak berhak mendapat upah.

7. Jika mereka bercanggah mengenai pembahagian keuntungan, seperempat,

sepertiga atau sebagainya, maka kedua-dua pihak adalah pendakwa dan juga

tertuduh dalam masa yang sama. Ini bermakna kedua-dua pihak perlu

bersumpah untuk menyokong dakwaan mereka dan menafikan dakwaan pihak

lain.

Setelah kedua-dua pihak bersumpah, pemilik akan memperolehi keseluruhan

untung kerana keuntungan ini adalah hasil pelaburan hartanya. Sementara

pengusaha pula akan mendapat upah sepadan denga kerjanya. Ini kerana upahnya

tidak boleh dinilai mengikut kerja yang dilakukannya. Sebaliknya ia perlu dipulangkan

mengikut nilai yang sama iaitu upah yang sepadan dengan kerjanya.

12.0 APLIKASI MUDHARABAH

26
Terdapat tiga bentuk utama Mudharabah, iaitu: Mudharabah Mudah (Bilateral
Mudharabah), Mudharabah pelbagai hala (Multilateral Mudharabah) dan Mudharabah

Dua Peringkat (Re-Mudharabah).

a) Mudharabah Mudah (Mudharabah Bilateral)

Mudharabah Mudah mempunyai satu pihak pelabur dan satu pihak

pengusaha.

RABBUL MAL MUDARIB PELABURAN

(PELABUR) (PENGUSAHA)

Cara perkiraan Mudharabah Mudah (Bilateral Mudharabah)

RM200,000

RABBUL MAL MUDARIB


PELABURAN
(PELABUR) (PENGUSAHA)

70:30

RM24,000
RM56,000(70%) (30%)

/RM80,000(100%) UNTUNG/RUGI=
27
RM80,000/RM80,000
Pelabur melabur sebanyak RM200,000 dengan pengusaha dalam nisbah
keuntungan 70:30 (70% kepada pelabur dan 30% kepada pengusaha), jika keputusan
pelaburan itu menunjukkan keuntungan sebanyak RM80,000 maka, pihak pengusaha
akan mendapat 30% daripada RM 80,000 tersebut dan jumlahnya adalah sebanyak
RM24,000 dan pihak pelabur pula akan mendapat 70% daripada RM80,000 dan

jumlahnya adalah sebanyak RM56,000.

Jika keputusan pelaburan itu menunjukkan kerugian sebanyak RM80,000,


maka seluruh kerugian tersebut akan ditanggung oleh pelabur kecuali jika kerugian

tersebut disebabkan oleh kecuaian pengusaha.

b) Mudharabah Pelbagai Hala (Multilateral Mudharabah)

Mudharabah Pelbagai Hala mempunyai sekurang-kurangnya dua pihak pelabur dan

satu pihak pengusaha.

RABBUL MAL 1

(PELABUR 1)
MUDARIB
28
PELABURAN
(PENGUSAHA)
RABBUL MAL 2
Cara perkiraan Mudharabah Pelbagai Hala (Multilateral Mudharabah)

70:30

PELABUR 1:
PENGUSAHA PELABURAN
RM100,000

RM24,000(RM0) UNTUNG(RUGI)=
RM80,000
(RM40,000)
PELABUR 2:
RM28,000(RM20,000)
RM100,000

RM28,000(RM20,000)

Dalam rajah di atas, dua orang pelabur telah melabur sebanyak RM 100,000

seorang dengan pengusaha. Nisbah keuntungan bagi kedua-dua pelabur ialah 70:30.
,000(RM40,000)
Jika keputusan pelaburan mendapat keuntungan sebanyak RM80,000, maka pengusaha

akan mendapat 30% daripada keuntungan tersebut dan dua orang pelabur akan

berkongsi keuntungan sebanyak RM56,000. Setiap seorang akan mendapat keuntungan

sebanyak RM28,000.

29
Manakala, jika keputusan pelaburan mendapat kerugian sebanyak RM40,000

maka, pelabur 1 akan menanggung kerugian sebanyak RM20,000 dan pelabur 2 akan

menanggung rugi sebanyak RM20,000. Pengusaha tidak akan menanggung kerugian

tersebut kecuali kerugian tersebut atas kecuaiannya.

c) Mudharabah Dua Peringkat (Re-Mudharabah)

Mudharabah ini melibatkan 3 pihak iaitu: pemodal, perantara pengusaha


dan akhir sekali adalah pengusaha.

Nisbah Nisbah
keuntungan keuntungan

Pemodal Bank Pengusaha

Cara perkiraan Mudharabah Dua Peringkat (Re-Mudharabah)

30
Hidayah (Rabbul Mal) menyediakan RM100,000 sebagai modal kepada Bank
dengan nisbah keuntungan 70:30. Setelah itu, ia bertukar tangan pula kepada Pengusaha
Kedua dengan nisbah keuntungan 60:40. Sekiranya pelaburan mereka mendatangkan
keuntungan sebanyak RM50,000, maka Pengusaha2 akan mendapat 40% daripada
Rm50,000= Rm20,000. Pihak Bank (Pengusaha1) mendapat 60/100x30/100x50,000=
RM20,000. Yakni, 60% daripada kerjasamanya dengan Pengusaha2 dan 30% dari hasil
kerjasamanya dengan Pengusaha Pertama. Manakala Hidayah (Rabbul Mal) akan

mendapat 70%x60%x50,000= RM21,000.

Sekiranya mereka gagal, maka Pengusaha1 dan Pengusaha2 tidak akan


menanggung sebarang kerugian tetapi Hidayah (Rabbul Mal) akan menanggung 100%

daripada kerugian tersebut.

31
13.0 Kesimpulan

Mudharabah adalah akad kerja sama usaha antara dua pihak pertama (shahibul
maal) menyediakan seluruh (100%) modal, sedangkan pihak lainnya menjadi pengelola
(mudharib). Keuntungan usaha secara mudharabah dibagi menurut kesepakatan yang di
tuangkan dalam kontrak, sedangkan apabila rugi di tanggung oleh pemilik modal selama
kerugian itu bukan akibat kelalaian si pengelola. Seandainya kerugian itu di akibatkan
karena kecurangan atau kelalaian si pengelola maka si pengelola harus bertanggung

jawab atas kerugian tersebut.

14.0 RUJUKAN

32
Mustofa Al-Khin, Kitab Fikah Mazhab Syafie (Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd,

2010).

Zurina Shafi, Islamic Financial Planning And Wealth Management (Kuala Lumpur: Bait Al-

Hikmah, 2013).

Razli Ramli, Islamic Banking Practices From The Practioner’s Perpective (Kuala Lumpur:

Bait Al-Hikmah, 2014).

Sheila Nu Hu Htay, Financial Accounting And Reporting For Islamic Banks (Kuala Lumpur:
Bait Al-Hikmah, 2014).

33

Anda mungkin juga menyukai