Anda di halaman 1dari 10

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 10 : Penyata Aliran Tunai

BAB 10

PENYATA ALIRAN TUNAI

OBJEKTIF

Selepas mempelajari bab ini, pelajar seharusnya boleh ;

 Menerangkan kepentingan penyata aliran tunai.

 Menjelaskan maksud dan klasifikasi aliran tunai.

a) Menjelaskan aktiviti dan mengenalpasti item-item aktiviti operasi.

b) Menjelaskan aktiviti dan mengenalpasti item-item aktiviti pelaburan.

c) Menjelaskan aktiviti dan mengenalpasti item-item aktiviti


pembiayaan.

 Menjelaskan dua kaedah menyediakan penyata aliran tunai iaitu kaedah


langsung dan kaedah tidak langsung.

220
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 10 : Penyata Aliran Tunai

10.0 Pengenalan

Untung adalah penting bagi menentukan kejayaan sesebuah perniagaan. Keuntungan tidak dapat
dicapai atau dikekalkan sekiranya aliran tunai tidak diuruskan dengan sebaiknya. Tunai umpama
minyak untuk menghidupkan perniagaan.

Aliran tunai adalah penerimaan tunai dan pembayaran tunai. Penyata Aliran Tunai melaporkan
penerimaan tunai dan pembayaran tunai yang dikelaskan mengikut tiga (3) aktiviti utama iaitu
operasi, pelaburan dan pembiayaan. Penyata ini melaporkan aliran tunai masuk bersih atau aliran
tunai keluar bersih bagi setiap aktiviti bagi perniagaan secara keseluruhan.

Lembaran Imbangan melaporkan baki tunai pada akhir tempoh. Dengan membandingkan baki
tunai bagi dua tempoh berturut, kita dapat menyatakan samada tunai berkurang atau bertambah
tetapi lembaran imbangan tidak menyatakan bagaimana tunai masuk dan keluar. Penyata
Pendapatan menyenaraikan hasil dan belanja yang merupakan petunjuk mengenai sumber dan
penggunaan tunai tetapi tidak dapat memberitahu secara terperinci mengapa tunai bertambah atau
berkurang. Oleh itu, penyata aliran tunai diperlukan untuk menyelesaikan masalah di atas.

31 Disember 1999 Bagi tahun berakhir 31 Disember 2000 31 Disember 2000

Penyata Pendapatan
Lembaran Penyata Ekuiti Pemilik Lembangan
Imbangan Penyata Pendapatan Tertahan Imbangan
Penyata Aliran Tunai

Rajah 1: Konsep Asas Penyata Aliran Tunai

Untuk menyediakan penyata aliran tunai kita perlukan maklumat daripada penyata kewangan yang
lain iaitu Penyata Pendapatan, Penyata Ekuiti Pemilik atau Penyata Pendapatan tertahan dan
Lembaran Imbangan untuk dua (2) tarikh berurutan.

10.1 TUJUAN PENYATA ALIRAN TUNAI

Penyata aliran tunai disediakan untuk memenuhi tujuan-tujuan berikut:

10.1.1 Menjangkakan aliran tunai masa hadapan

Kebiasaannya, sumber dan penggunaan tunai dalam perniagaan tidak berubah secara mendadak
daripada tahun ke tahun. Dengan itu, penerimaan dan pembayaran tunai bagi tahun-tahun lepas
adalah merupakan jangkaan yang agak tepat mengenai penerimaan dan pembayaran bagi tempoh
akan datang.

10.1.2 Menilai keputusan-keputusan pihak pengurusan

Jika pengurus membuat keputusan pelaburan yang bijak, perniagaan akan bertambah maju.
Sebaliknya jika pengurus silap membuat keputusan, perniagaan akan mengalami kesan yang
buruk. Penyata aliran tunai melaporkan pelaburan dari segi aset-aset jangka panjang dan
maklumat tersebut dapat dilihat oleh para pelabur dan pemiutang, seterusnya dapat menilai
keputusan yang dibuat oleh pengurus.

221
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 10 : Penyata Aliran Tunai

10.1.3 Menentukan kemampuan untuk membayar dividen kepada pemegang saham dan
kemampuan untuk membayar faedah dan hutang pokok kepada
pemiutang/pembiaya.

Pemegang saham biasanya berminat terhadap penerimaan dividen atas pelaburan saham mereka
dalam perniagaan. Manakala pemiutang mengharapkan supaya hutang pokok dan faedahnya
akan diterima bila sampai tempoh yang ditetapkan. Penyata aliran tunai boleh menolong mereka
ini menjangkakan samada perniagaan tersebut mampu membuat semua pembayaran itu.

10.1.4 Menunjukkan hubungan antara untung bersih dengan perubahan tunai dalam
perniagaan.

Biasanya, tunai dan untung bersih berubah secara langsung. Pendapatan yang tinggi
menunjukkan peningkatan tunai, begitu juga sebaliknya. Bagaimanapun, baki tunai boleh
berkurang bila pendapatan bersih tinggi dan tunai mungkin meningkat bila untung rendah.

10.2 MAKSUD DAN KLASIFIKASI AKTIVITI ALIRAN TUNAI

Aktiviti operasi

+ Aliran masuk
- Aliran keluar

Tunai + Aktiviti pelaburan Tunai +


Kesetaraan tunai Kesetaraan tunai
+ Aliran masuk
Baki pada - Aliran keluar Baki pada
awal tempoh akhir tempoh

Aktiviti pembiayaan

+ Aliran masuk
- Aliran keluar

Rajah 2 : Katagori Penyata Aliran Tunai

Kesetaraan tunai

Dalam penyata aliran tunai, tunai dan kesetaraan tunai dianggap sebagai satu item. Perubahan
tunai adalah merujuk kepada “tunai dan kesetaraan tunai”. Pelaburan yang dianggap sebagai
kesetaraan tunai mestilah boleh ditukarkan kepada tunai dan mempunyai risiko penurunan nilai
yang amat rendah. Oleh itu, pelaburan tersebut adalah pelaburan jangka pendek yang mempunyai
tempoh matang selama tiga bulan atau kurang. Overdraf juga adalah sebahagian daripada
kesetaraan tunai.

222
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 10 : Penyata Aliran Tunai

10.2.1 Aliran Tunai dari Aktiviti Operasi

Jumlah aliran tunai daripada aktiviti operasi adalah petunjuk penting bahawa perniagaan
mempunyai tunai yang cukup untuk membayar balik pinjaman, bayar dividen dan buat pelaburan.
Aliran tunai adalah berdasarkan urusniaga dan peristiwa yang dimasukkan dalam menentukan
untung dan rugi.

Aliran masuk tunai Aliran keluar tunai


Kutipan daripada pelanggan Pembayaran kepada Pembekal
Terimaan daripada hasil faedah Pembayaran kepada pekerja
Terimaan daripada hasil dividen Pembayaran cukai, faedah
Pembayaran belanja-belanja
(Dapat dilihat dengan jelas sekiranya menggunakan kaedah langsung)

Jika kaedah tidak langsung digunakan item-item berikut yang disenaraikan


Untung bersih selepas cukai Untung atas jualan aset tetap/pelaburan
Belanja susut nilai Penambahan aset semasa kecuali tunai &
Rugi atas jualan aset tetap/pelaburan kesetaraannya
Pengurangan aset semasa kecuali tunai & Pengurangan liabiliti semasa kecuali Nota
kesetaraannya Belum Bayar, Dividen Belum Bayar
Penambahan liabiliti semasa kecuali Nota Belum
Bayar, Dividen Belum Bayar
Rajah 3 : Contoh Aliran Tunai dari Aktiviti Operasi

10.2.2 Aliran Tunai dari Aktiviti Pelaburan

Aktiviti pelaburan melibatkan penambahan atau pengurangan dalam aset tetap perniagaan
termasuk pelaburan saham dalam perniagaan lain secara tunai.

Aliran masuk tunai Aliran keluar tunai


Jualan aset tetap perniagaan Pembelian aset tetap
Jualan pelaburan yang bukan kesetaraan tunai Pembelian pelaburan yang bukan kesetaraan
Terimaan daripada pinjaman diberi/Nota Belum tunai
Terima Memberi pinjaman / Nota belum terima

Rajah 4: Contoh Aliran Tunai dari Aktiviti Pelaburan

10.2.3 Aliran Tunai dari Aktiviti Pembiayaan

Aktiviti pembiayaan melibatkan aktiviti untuk mendapatkan tunai daripada pelabur atau peminjam
bagi memulakan atau membiaya perniagaan. Aktiviti ini berkaitan dengan penambahan dan
pengurangan dalam ekuiti pemilik dan liabiliti jangka panjang.

Aliran masuk tunai Aliran keluar tunai


Terbitan saham Persaraan saham
Terbitan Nota Belum Bayar Pembayaran balik Nota Belum Bayar
Pinjaman Pembayaran balik pinjaman
Terbitan bon belum bayar Pembayaran dividen
Persaraan bon belum bayar

Rajah 5: Contoh Aliran Tunai dari aktiviti Pembiayaan

223
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 10 : Penyata Aliran Tunai

10.3 PENYEDIAAN PENYATA ALIRAN TUNAI

Terdapat dua (2) cara untuk menyediakan penyata aliran tunai iaitu kaedah langsung dan kaedah
tidak langsung. Kedua-dua cara menghasilkan subtotal yang sama bagi aktiviti operasi,
pelaburan, pembiayaan dan perubahan tunai bersih. Perbezaan kedua-dua kaedah adalah senarai
item di dalam bahagian aktiviti operasi sahaja. Bagaimanapun, silibus untuk Kolej Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menumpukan satu kaedah sahaja iaitu kaedah tidak
langsung.

Berikut ditunjukkan penyata aliran tunai menggunakan kaedah tidak langsung:

NAMA PERNIAGAAN
PENYATA ALIRAN TUNAI (KAEDAH TIDAK LANGSUNG)
BAGI TEMPOH BERAKHIR…

Aliran tunai dari aktiviti operasi:


Untung bersih selepas cukai X
Item tidak melibatkan tunai:
Belanja Susut Nilai X
Rugi/Untung atas jualan aset/pelaburan X/(X)
Pengurangan/peningkatan Aset semasa (kecuali tunai) X/(X)
Peningkatan / pengurangan Liabiliti. Semasa (kecuali Nota Belum Bayar,
Dividen belum bayar & Overdraf bank) X/(X) X
Aliran tunai bersih dari aktiviti operasi XX
Aliran Tunai Dari Akt. Pelaburan:
Beli aset tetap/pelaburan (X)
Jual aset tetap / pelaburan X
Aliran tunai bersih dari aktiviti pelaburan XX
Aliran Tunai Dari Akt. Pembiayaan:
Terbit saham / Tambah modal X
Terbitan bon belum bayar X
Persaraan saham (X)
Persaraan bon belum bayar (X)
Buat pinjaman/Nota Belum Bayar X
Bayar Pinjaman/Nota Belum Bayar (X)
Bayar dividen/ambilan (X)
Aliran tunai bersih dari aktiviti pembiayaan XX
Lebihan/(kurangan)tunai X
+ Baki tunai awal X
Baki tunai akhir XX

Maklumat yang diperlukan bila menyediakan penyata aliran tunai ialah:-


i. penyata pendapatan
ii. dua tarikh lembaran imbangan
iii. penyata ekuiti pemilik/penyata pendapatan tertahan
iv. lain-lain maklumat tambahan

224
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 10 : Penyata Aliran Tunai

Latihan 1 (untuk aktiviti operasi sahaja)

Kutipan hasil dividen RM7,000 Belanja susut nilai RM12,000


Bayaran faedah 16,000 Pengurangan dalam liabiliti semasa 20,000
Jualan tunai 12,000 Penambahan dalam aset semasa
Rugi atas jualan tanah 5,000 selain tunai 17,000
Membeli tanah 37,000 Bayaran dividen 7,000
Bayaran Akaun Belum Bayar 45,000 Kutipan Akaun belum Terima 93,000
Untung bersih selepas cukai 24,000 Bayaran gaji dan upah 34,000
Bayar cukai pendapatan 13,000

Kirakan dan tunjukkan aliran tunai bersih dari aktiviti operasi.

Contoh jawapan
Aliran tunai dari aktiviti operasi:
Untung bersih selepas cukai RM 24,000
Item tidak melibatkan tunai:
Belanja Susut Nilai RM 12,000
Rugi atas jualan tanah 5,000
Peningkatan Aset semasa (kecuali tunai) (17,000)
Pengurangan Liabiliti. Semasa (20,000) (20,000)
Aliran tunai bersih dari tunai operasi RM 4,000

Soalan 2
Berikut adalah petikan Lembaran Imbangan perbandingan pada 31 Disember bagi Syarikat Indah
Permai.

2001 2000

Aset semasa
Tunai 21,300 8,600
Akaun belum terima 45,900 48,300
Faedah belum terima 2,900 3,600
Inventori 68,600 60,200
Insurans prabayar 3,700 2,800
Liabiliti semasa
Nota belum bayar 13,400 18,100
Akaun belum bayar 42,400 40,300
Cukai belum bayar 13,800 14,500
Utiliti belum bayar 8,200 9,700
Faedah belum bayar 3,700 2,900
Gaji belum bayar 900 2,600

Maklumat tambahan:
a. Pendapatan bersih RM 56,200
b. Belanja susut nilai peralatan RM 10,200
c. Beli pelaburan jangka panjang RM 4,900
d. Jual tanah dengan harga RM 46,900 mengalami kerugian RM 6,700
e. Mendapatkan peralatan dengan menerbitkan nota belum bayar jangka panjang
RM 14,300
f. Bayar NBB jangka panjang RM 61,000
g. Terima tunai kerana menerbitkan saham biasa RM 3,900
h. Bayar dividen RM 38,100
i. Bayar NBB jangka pendek dengan menerbitkan saham biasa RM 4,700

225
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 10 : Penyata Aliran Tunai

DIKEHENDAKI:
Tunjukkan pengiraan aliran tunai dari aktiviti:
I. Operasi
II. Pelaburan
III. Pembiayaan

Jawapan:

Aliran tunai dari aktiviti operasi:


Untung bersih selepas cukai RM 56,200
Item tidak melibatkan tunai:
Belanja Susut Nilai – peralatan RM 10,200
Rugi atas jualan tanah 6,700
Pengurangan ABT 2,400
Pengurangan Faedah belum bayar 700
Peningkatan Inventori (8,400)
Peningkatan Insurans prabayar (900)
Peningkatan ABB 2,100
Pengurangan cukai BB (700)
Pengurangan utiliti BB (1,500)
Peningkatan Faedah BB 800
Pengurangan gaji BB (1,700) 9,700
Aliran tunai bersih dari aktiviti operasi 65,900

Aliran tunai dari aktiviti pelaburan:


Beli pelaburan jangka panjang RM (4,900)
Jual Tanah 46,900
Aliran tunai bersih dari aktiviti pelaburan 42,000

Aliran tunai dari aktiviti pelaburan:


Bayar NBB RM (61,000)
Terbitan saham biasa 3,900
Bayar dividen (38,100)
Aliran tunai bersih dari aktiviti pembiayaan (95,200)

226
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 10 : Penyata Aliran Tunai

Soalan 3 (komprehensif)

Berikut adalah penyata kewangan bagi Syarikat UMI Bhd bagi tahun berakhir 31 Disember 2005:

SYARIKAT UMI BHD


LEMBARAN IMBANGAN
PADA 31 DISEMBER 2005 DAN 2004
ASET 2005(RM) 2004 (RM)
Tunai 40 000 46 000
Insuran Prabayar 8 000 2 000
Akaun belum Terima 112 000 120 000
Inventori 86 000 68 000
Tanah 176 000 140 000
Bangunan 155 000 120 000
Susutnilai terkumpul - Bangunan (86 000) (74 000)
Mesin 129 000 144 000
Susutnilai - Mesin (62 000) 960 000)
558 000 506 000
LIABILITI
Akaun Belum bayar 108 000 80 000
Gaji Belum Bayar 4 000 0
Cukai Belum Bayar 16 000 24 000
Dividen Belum Bayar 0 14 000
Nota Belum Bayar 72 000 128 000
200 000 246 000
EKUITI PEMILIK
Modal Saham Biasa (nilai tara RM1.00) 170 000 114 000
Perolehan tertahan 188 000 146 000
Jumlah Ekuiti Pemilik 358 000 260 000
Jumlah Liabiliti dan Ekuiti Pemilik 558 000 506 000

Penyata Pendapatan
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2005
Jualan RM722 000
Tolak: KBDJ 400 000
Untung kasar 322 000
Tolak: Belanja
Belanja Jualan 126 000
Belanja Gaji 96 000
Belanja Insuran 10 000
Belanja susutnilai - Mesin 8 000
Belanja susutnilai - bangunan 12 000
Belanja Faedah 14 000
Rugi Jualan Mesin 2 000
54 000
Campur: Laba Jualan Tanah 6 000
Untung sebelum Cukai 60 000
Belanja Cukai 18 000
Untung Bersih 42 000

227
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 10 : Penyata Aliran Tunai

Maklumat Tambahan :
Dalam tahun 2005, Syarikat Umi Bhd telah menjalankan urusniaga berikut:
1. Syarikat menerbitkan 56,000 unit saham baru pada nilai tara
2. Syarikat menjual tanah yang mempunyai kos RM 30,000 secara tunai
3. Mesin yang dibeli pada harga RM 15,000 telah dijual secara tunai. Susutnilai terkumpul
bagi mesin tersebut berjumlah RM 6,000.
4. Syarikat membeli tanah dan bangunan secara tunai

DIKEHENDAKI:

a) Sediakan Penyata Aliran Tunai Syarikat UMI bagi tahun berakhir 31 Disember 2005
menggunakan kaedah tidak lansung

b) Terangkan kepentingan Penyata Aliran Tunai.

JAWAPAN:

SYARIKAT UMI BHD


PENYATA ALIRAN TUNAI (KAEDAH TIDAK LANSUNG)
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DIS 2005

Aliran tunai dari aktiviti operasi:


Untung bersih 42,000
Item tidak melibatkan tunai:
BSN – Mesin 8,000
BSN – Bangunan 12,000
Rugi atas jualan mesin 2,000
Untung jualan tanah (6,000)
Peningkatan Insuran prabayar (6,000)
Pengurangan Akaun belum terima 8,000
Peningkatan Inventori (18,000)
Peningkatan Akaun belum bayar 28,000
Peningkatan Gaji belum bayar 4,000
Pengurangan Cukai belum bayar (8,000) 24,000
Aliran tunai bersih dari aktiviti operasi 66,000

Aliran Tunai Dari Akt. Pelaburan:


Beli tanah (66,000)
Jual tanah 36,000
Jual mesin 7,000
Beli Bangunan (155,000 – 120,000) (35,000)
Aliran tunai bersih dari akt. Pelaburan (58,000)

Aliran Tunai Dari Akt. Pembiayaan:


Terbitan saham (56000 x RM 1) 56,000
Bayar NBB (128,000 – 72,000) (56,000)
Bayar dividen (14,000)
Aliran tunai bersih dari akt. Pembiayaan (14,000)
Kurangan tunai (6,000)
+Baki tunai awal 46,000
Baki tunai akhir 40,000

228
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 10 : Penyata Aliran Tunai

Pengiraan:

Tanah

Baki b/b 140,000 Jual 30,000


Tunai (beli) 66,000 Baki h/b 176,000
206,000 206,000

Untung jual tanah = Harga - Kos


RM 6,000 = X - RM 30,000
X = RM 6,000 + RM 30,000
= RM 36,000

Rugi jual mesin = Harga jual - (Kos – SNT)


RM - 2000 = X - (RM 15,000 – RM 6,000)
X = RM 9,000 - RM 2,000
= RM 7,000

229

Anda mungkin juga menyukai