Anda di halaman 1dari 6

BAB1- PERKEMBANGAN BIDANG KOMUNIKASI

1.2 TAKRIF KOMUNIKASI

 satu proses sistematik yang terjadi apabila individu berinteraksi dengan simbol dan
melalui simbol untuk mencipta dan mentafsir makna.
Menurut Dance (1976) terdapat 3 konsep:
1. Tahap pemerhatian (level observation)

 definisi komunikasi ialah proses merapatkan hubungan yang terasing di dunia ini
(Ruesch, 1957).
 American College Dictionary (1964) mendefinisikan komunikasi sebagai kaedah
penghantaran mesej oleh tentera, arahan menggunakan telefon, telegraf, radio dan
kurier.

2. Tahap tujuan/niat (intentionality)


 keadaan sumber menyalurkan mesej kepada penerima untuk mempengaruhi perlakuan
penerima
 Setiap proses komunikasi perlu mempunyai tujuan atau niat oleh sumber (Miller, 1966).
 proses mewujudkan persamaan antara dua orang atau lebih, sesuatu yang dikuasai
oleh seseorang atau beberapa orang (Gode, 1959).

3. Pertimbangan normatif (normative judgement)


 Hoben (1954) komunikasi merupakan pertukaran secara lisan sesuatu idea atau
pandangan. Definisi ini mengandaikan bahawa pertukaran idea atau pandangan
tersebut telah berjaya dilaksanakan.
 Berelson dan Steiner (1964) berpendapat bahawa komunikasi ialah proses pemancaran
maklumat. Namun begitu, definisi ini tidak menyebut sama ada maklumat yang
disalurkan diterima atau difahami
Motley (1990) komunikasi dihadkan kepada mesej yang secara sedar ditujukan kepada orang
lain dan diterima oleh mereka

Andersen (1991) berpendapat bahawa komunikasi melibatkan perlakuan yang memberi makna
kepada orang lain, secara sedar atau tidak

Clevenger (1991) sependapat dengan Motley (1990) yang menyatakan komunikasi merupakan
mesej yang dihantar dan diterima secara sedar dengan niat. Lantaran agak sukar untuk
menentukan niat atau tujuan komunikator, maka menurut Clevenger perlakuan komunikasi;
perlu meliputi kedua-dua pemberian dan penerimaan mesej

1.3 PERKEMBANGAN BIDANG KOMUNIKASI

Menurut Griffin (1997) zaman perkembangan komunikasi di Barat boleh


dibahagikan kepada beberapa era tertentu:

Perkembangan tumpuan penyelidikan bidang komunikasi:


(i) ERA AWAL (1900 - 1930)
• Era ini turut dikenali sebagai era kebangkitan retorik.
• Ia merupakan lanjutan daripada percambahan idea-idea ahli falsafah pada
zaman Greek kuno.
• Retorik diajar sebagai sastera praktik yang menyediakan masyarakat ke arah partisipasi
bertanggungjawab dalam kehidupan awam.
• Guru-guru yang mengajar pengucapan awam menekankan pengajaran mereka kepada
persembahan lisan.
• Ucapan dilihat sebagai komunikasi kepada penerima yang khusus, dan fokus utama diberikan
kepada analisis dan apresiasi kaedah yang digunakan oleh perucap untuk menyampaikan idea
kepada para pendengar.

(ii) ERA KOMUNIKASI DAN SAINS SOSIAL


(1930 – 1960)
• Turut dikenali sebagai era kesan media kerana banyak kajian tentang kesan media.
• Memfokuskan kepada isu-isu sosial.
• Keperluan untuk memahami hubungan antara komunikasi dan kebangkitan kuasa
Hitler, perkembangan sikap prejudis terhadap kumpulan-kumpulan sosial, kesediaan untuk
mengikuti pemimpin autoritarian, kesan-kesan propaganda, dan perubahan sikap dan
kepercayaan.
(iii) ERA REVOLUSI EMPIRIK (1950 – 1970)
• Era ketiga yang dirujuk kepada teori dalam tabung uji.
• Menekankan kajian saintifik dan empiric yang memberi kesan kepada hampir semua bidang
sains sosial dan kemanusiaan.
• Muncul pada pertengahan abad ke-20.
• Pembentukan Persatuan Komunikasi Antarabangsa (ICA) pada 1950 menandakan satu
kemajuan kajian saintifik dalam bidang komunikasi.
• Tradisi saintifik ini telah menarik ramai pengkaji komunikasi mengutamakan bentuk
kajian kuantitatif bagi mempelajari sesuatu isu itu dengan lebih jelas.
• Contoh isu-isu yang menarik kajian seperti faktor-faktor yang mempengaruhi kredibiliti seorang
penceramah, kesan-kesan mengikuti model-model rasional pembuat keputusan, maklum balas
ahli kumpulan kepada gaya kepimpinan yang berbeza dan kesan pelbagai jenis bukti terhadap
pembujukan.
• Perubahan orientasi bidang komunikasi berlaku apabila Shannon dan Weaver (1948)
membentuk model linear komunikasi, dan David Berlo (1960) memudahkan model kepada
empat bahagian asas (SMCR).
• Model Komunikasi SMCR Berlo ini merupakan model yang dibangunkan ke arah bidang
sosiologi berasaskan Model Linear Komunikasi Shannon dan Weaver.
• Model SMCR ini juga merupakan cara piawai untuk melihat proses komunikasi.
• Perkembangan yang menggalakkan ini telah merangsang kebanyakan jabatan di kebanyakan
universiti menambah perkataan komunikasi pada nama asal jabatan mereka.

(iv) ERA PERGOLAKAN 60-AN (1960 – 1970)


• Tahun 1960-an dan 1970-an melihat motif baru di dalam perkembangan komunikasi yang
sering dirujuk sebagai asas pelancaran komunikasi interpersonal.
• Di Amerika Syarikat, ia merupakan satu masa perubahan besar sosial dan politik yang
dikatakan tidak pernah berlaku sebelum ini.
• Pergerakan hak-hak asasi dan pergerakan wanita telah mengubah corak hubungan peribadi
dan sosial.
• Dalam waktu yang sama, pertembungan budaya berlaku dengan mendadak dan membawa
bersamanya idea-idea baru mengenai bagaimana manusia perlu berinteraksi dan apa yang
sebenarnya penting dalam kehidupan.
• Bagi mencari penjelasan kepada isu-isu yang terkini, disiplin komunikasi telah meluaskan
minat untuk melibatkan komunikasi interpersonal.
• Walaupun pada peringkat permulaan kursus pengenalan komunikasi merupakan pengucapan
awam, ia bertukar kepada komunikasi interpersonal di kebanyakan kolej dan universiti di sekitar
tahun 1960-an dan 1970-an.
• Kursus-kursus lain yang diperkenalkan dan turut mendapat sambutan baik daripada pelajar-
pelajar adalah seperti kursus gelagat bukan lisan, komunikasi keluarga, dan interaksi dalam
hubungan intim.
• Penekanan interpersonal turut memberikesan kepada kursus-kursus komunikasi kumpulan
yang menambah perhatian kepada latihan dan hubungan manusia terhadap kandungan tradisi
berkenaan pembuat putusan rasional.
• Kedua-dua perspektif kemanusiaan dan saintifik berkenaan komunikasi terus membentuk
penyelidikan dan pengajaran dalam era ini.

(v) ERA RETORIK BARU (1965 – 1980)


• Bermula di akhir 1970-an sehingga 1990-an, minat dalam isu-isu sosial membentuk kembali
semua bidang komunikasi termasuklah retorik yang mula meluaskan kajiannya melewati kajian
pengucap secara individu.
• Para ilmuwan retorik mula mengkaji pergerakan sosial seperti pergerakan kuasa orang kulit
hitam dan pergerakan anti perang Vietnam.
• Mereka bukan hanya mengkaji pengucapan awam yang merupakan sebahagian daripada
pergerakan tersebut, malah mereka turut menganalisis bagaimana taktik-taktik paksaan
digunakan, bagaimana strategi
simbolik untuk menerangkan isu-isu berjaya dilaksanakan, dan bagaimana pergerakan sosial
mencabar dan merubah amalan serta nilai budaya yang telah diterima pakai umum.
• Mereka berpendapat ucapan awam tidak mempunyai kaitan dengan ucapan yangdisediakan
secara rapi ataupun hujah-hujah yang diterima akal.
• Seterusnya, para sarjana menerima hakikat hasutan sosial (social agitation) dan komunikasi
bukan verbal memainkan peranan penting dalam penerimaan mesej.
• Para pengkaji daripada bidang lain berkongsi minat mereka dalam perspektif
kritikal yang memberi fokus kepada cara-cara,iaitu komunikasi membentuk dan
dibentuk oleh konteks sejarah, sosial dan politik di mana ia berlaku.
• Fakulti komunikasi interpersonal mengendalikan penyelidikan dan mengajar
mengenai bagaimana teknologi baru memberi kesan kepada hubungan personal melalui
pertemuan atas talian (online dating), bagaimana kejadian-kejadian lain mempengaruhi
komunikasi manusia dan kehidupan personal manusia.

(vi) ERA PENCARIAN MODEL SEJAGAT (1970 – 1980)


• Saintis komunikasi berbeza dengan sarjana retorik kerana mereka cuba membuat penyatuan
tetapi sarjana retorik cuba membuat kepelbagaian.
• Ia bukan sesuatu yang mudah kerana walaupun melepasi satu dekad penyelidikan empirik
dijalankan masih tiada hasil yang betul-betul boleh dibanggakan disebabkan kekurangan teori
besar yang dapat digunakan bagi memfokuskan semua usaha penyelidikan dalam bidang
komunikasi.
• Mereka seterusnya memandang para penyelidik komunikasi sebagai terasing kerana kajian
bertumpu kepada pemboleh ubah yang terpisah tetapi penting dalam proses komunikasi.
• Berdasarkan pendapat Kuhn (1970) yang mengatakan sains yang matang perlu model atau
paradigma yang sejagat.
• Kebanyakan buku yang dihasilkan sekitar 1970-an berkisar tentang gambaran proses
komunikasi disebabkan oleh usaha-usaha yang dilakukan oleh para penyelidik komunikasi bagi
mencari satu model komunikasi yang boleh diterima umum sebagai menggambarkan proses
komunikasi.

(vii) ERA PERGOLAKAN BIDANG


KOMUNIKASI (1980 – KINI)
• Istilah ‘pergolakan’ yang digunakan oleh Griffin ini bagi menggambarkan percubaan untuk
melihat percampuran idea dan tenaga kreatif serta tekanan yang berlaku dalam bidang
komunikasi semasa.
• Seiring dengan perkembangan pesat ekonomi dan politik dunia serta teknologi komunikasi
maklumat pada era ini, bidang komunikasi juga turut berkembang daripada fokus kepada
bidang interpersonal dan komunikasi massa kepada percambahan pelbagai bidang lain.
• Antaranya ialah bidang komunikasi organisasi, perhubungan awam, periklanan, komunikasi
pembangunan, pengurusan konflik, kemahiran kepimpinan, komunikasi antarabudaya dan
komunikasi pembujukan.
• Bidang ini terus ditawarkan di universiti-universiti berkaitan dan mendapat perhatian ramai
pelajar disebabkan oleh keperluan semasa yang relevan dengan kehendak sektor-sektor
pekerjaan dan arus globalisasi.
• Griffin mengandaikan perkembangan bidang komunikasi dalam abad ke-21 seperti sungai
dengan dua arus bagi menggambarkan sains dan seni komunikasi
.
3. Tahap perkembangan bidang komunikasi di Malaysia:
(i) FASA PERTAMA
• Pada fasa ini perkembangan bidang komunikasi banyak dipengaruhi oleh bidang
kewartawanan yang mula berkembang sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun
1957.
• Berdasarkan kepada keadaan rakyat Malaysia yang berada di bawah tekanan kuasa penjajah
ketika itu, media dan komunikasi iaitu media cetak khususnya
surat khabar banyak memainkan peranannya dari aspek politik dan sosioekonomi seperti
menyokong usaha-usaha menanamkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat bagi
membantuperjuangan menuntut kemerdekaan.
• Pada peringkat ini bidang komunikasi belum diwujudkan sebagai bidang pengajian formal.

(ii) FASA KEDUA


• Fasa kedua bermula selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Bidang komunikasi dilihat
sebagai mula berkembang dan mendapat perhatian apabila operasipersuratkhabaran
dipindahkan dari Singapura ke Kuala Lumpur.
• Perpindahan ini telah mengasaskan perkembangan media cetak di negara ini.
• Seterusnya bidang komunikasi berkembang lagi dengan kewujudan bidang penyiaran di
sekitar 1970-an.
• Sekitar 1960-an dan 1970-an, berlakunya penubuhan beberapa institusi professional
khususnya bagi menampung keperluan latihan secara formal bagi ilmu komunikasi kepada para
pengamal komunikasi.
• Antara institusi-institusi yang terbabit ialah Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) yang
ditubuhkan pada tahun 1968 yang memberi tumpuan kepada bidang kewartawanan, Institut
Perhubungan Raya Malaysia (IPRM) yang ditubuhkan pada
1971 bagi keperluan mereka di bidang perhubungan awam, dan Institut Penyiaran Tun Abdul
Razak yang ditubuhkan pada 1972 bagi memberi latihan dalam bidang penyiaran dan media
elektronik.

(iii) FASA KETIGA


• Satu fasa yang melalui anjakan paradigma dalam bidang komunikasi negara.
• Bidang-bidang ilmu dan amalan komunikasi yang baru selain daripada bidangkewartawanan
dan penyiaran mula muncul.
• Dengan kewujudan bidang-bidang baru, latihan serta profesion dalam penyiaran radio,
televisyen dan agensi berita mula digandingkan dengan bidang periklanan dan perhubungan
awam.
• Bidang komunikasi mula muncul sebagai bidang pengajian formal pada pertengahan 1970-an.
• Penubuhan beberapa pusat pengajian khusus untuk bidang komunikasi di beberapa institusi
awam.
• Jabatan Komunikasi pertama ditubuhkan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1970, diikuti
dengan Sekolah Kajian Sebaran Am di Institut Teknologi MARA (ITM) pada 1972 – sekarang
dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM), seterusnya Jabatan Komunikasi di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1976, dan Jabatan Komunikasi Pembangunan di
Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 1979 – sekarang dikenali sebagai Universiti Putra
Malaysia.
• Pendidikan komunikasi pada fasa ini dikatakan lebih bersifat terbuka daripada fasa-fasa
sebelumnya, iaitu ia tidak hanya terhad kepada para pengamal media sahaja sebagaimana
fasa-fasa sebelumnya.
• Penumpuan pengajian komunikasi di peringkat ini pula dikatakan banyak bertumpu kepada
bidang komunikasi massa khususnya penyiaran dan kewartawanan.

(iv) FASA KEEMPAT


• Bermula sekitar 1980-an.
• Perkembangan bidang pengajian komunikasi ketika ini adalah seiring dengan perkembangan
pesat teknologi dan komunikasi, dan kepesatan ekonomi negara.
• Bidang komunikasi semakin penting apabila berjaya muncul sebagai salah satu bidang
komersial.
• Selaras dengan kehendak sektor-sektor pekerjaan khususnya sektor swasta dan keperluan
semasa negara pada 1990-an telah memperlihatkan kemunculan bidang-bidang baru seperti
komunikasi organisasi, komunikasi korporat, periklanan, teknologi komunikasi dan
telekomunikasi di universiti-universiti awam.
• Pengasas bidang pengajian komunikasi di Malaysia yang berasal dari bidang komunikasi
sendiri ialah Profesor Dr. Yusof Hussain dan Prof Dr. Syed Arabi Idid.

Anda mungkin juga menyukai