Nabi Nuh Dengan Bahteranya PDF
Nabi Nuh Dengan Bahteranya PDF
Dengan Bahteranya MTAQNS 2012
Tajuk : Nabi Nuh dengan bahteranya
Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia.
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang saya hormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
seterusnya muslimin muslimat yang dirahmati.
( Pantun )
Sirih berlipat pembuka bicara,
Kapur disapu atas daunnya ;
Mari sahabat dengarkan cerita,
Kisah Nabi Nuh dengan bahteranya.
Wahai kawan‐kawan,
Nabi Nuh a.s. adalah nabi ketiga sesudah Nabi Adam a.s dan Nabi Idris a.s. Baginda
merupakan keturunan kesembilan dari Nabi Adam a.s. Ayahnya adalah Lamak bin Mattusyalikh bin
Idris. Baginda dilantik menjadi rasul ketika berusia 40 tahun.
Firman Allah s.w.t. :
∩⊄∈∪ ê⎥⎫Î7•Β փɋtΡ öΝä3s9 ’ÎoΤÎ) ÿ⎯ϵÏΒöθs% 4’n<Î) %·nθçΡ $uΖù=y™ö‘r& ô‰s)s9uρ
Mafhumnya :
Dan Sesungguhnya kami Telah mengutus Nuh kepada kaumnya, (Dia berkata):
"Sesungguhnya Aku adalah pemberi peringatan yang nyata bagi kamu”.
( Surah Hud, ayat 25 )
Tahukah kawan‐kawan, kerja dakwah Nabi Nuh a.s. memakan masa selama 950 tahun. Allah
s.w.t. mengutuskan baginda kerana kaumnya telah kembali menyembah berhala. Syaitan laknatullah
telah menghasut mereka agar menyembah berhala lima orang soleh yang telah meninggal dunia.
Kaumnya sangat percaya berhala sembahan mereka amat berkuasa. Nabi Nuh a.s. tetap berusaha
menyampaikan dakwahnya. Walaupun mendapat tentangan yang hebat, baginda tetap bersabar dan
terus berikhtiar. Sesungguhnya Nabi Nuh a.s. mempunyai kesabaran yang tinggi yang tidak seorang
pun memiliki kesabaran sepertinya.
Ya sahabat, semaikanlah sifat sabar dan jangan berputus asa dalam melaksanakan kerja
dakwah. Lihatlah fenomena hari ini, akibat hilang sabar wujud masalah jenayah seperti
pembunuhan, penganiayaan, amukan, simbahan asid dan sebagainya.
Hadirin sekalian,
Nabi Nuh a.s. berusaha sedaya upaya agar kaumnya menyembah Allah s.w.t. dan
meninggalkan penyembahan berhala. Namun, hanya sebahagian kecil sahaja yang beriman.
Kaumnya tidak percaya dengan ajaran baginda termasuklah anak dan isteri baginda. Sebaliknya
1
Bercerita Kisah Dari AlQuran (P) | Nabi Nuh A.S. Dengan Bahteranya MTAQNS 2012
mereka mengejek, menuduh baginda gila dan mengugut untuk mencederakan baginda. Mereka
terus ingkar sambil mencabar dan meminta azab diturunkan ke atas mereka.
Firman Allah s.w.t. :
∩⊂⊄∪ t⎦⎫Ï%ω≈¢Á9$# z⎯ÏΒ |MΨà2 βÎ) !$tΡ߉Ïès? $yϑÎ/ $oΨÏ?ù'sù $oΨs9≡y‰Å_ |N÷sYò2r'sù $oΨtFø9y‰≈y_ ô‰s% ßyθãΖ≈tƒ (#θä9$s%
Mafhumnya :
Mereka berkata : "Hai Nuh, Sesungguhnya kamu telah berdebat dengan kami, dan kamu
telah memanjangkan debatanmu terhadap kami, Maka datangkanlah kepada kami azab
yang kamu ancamkan kepada kami, jika kamu termasuk orang‐orang yang benar".
( Surah Hud, ayat 32 )
Ya sahabat, kita hendaklah menghormati orang yang membawa seruan kebenaran, iaitu
agama Islam. Janganlah kita menyakiti dan mencederakan insan yang menjalankan amar makruf
nahi munkar, seperti kes seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di utara
tanahair yang menumbuk guru yang mendidiknya sehingga patah tulang hidung. Ish..ish..ish…
Alangkah rapuhnya akhlak remaja tersebut yang tidak menghormati gurunya.
Pendengar yang budiman,
Nabi Nuh a.s. berdoa agar Allah s.w.t menurunkan azab kepada kaumnya dengan
menghancurkan umat yang kafir itu. Allah s.w.t. mewahyukan kepada baginda agar menanam
sebatang pokok dan menunggu sehingga besar selama 100 tahun. Kaumnya bertanyakan mengenai
pokok tersebut. Lalu, baginda menyatakan bahawa pokok tersebut bakal menyelamatkan mereka
semua. “ Ha…ha...ha…Tidak masuk akal. Pokok boleh menyelamatkan kita. Mengapa pula? Apa kena
mengena dengan kita ? “, senda mereka.
Genap 100 tahun, baginda dan pengikutnya menebang dan membina sebuah bahtera.
Baginda bersama pengikutnya yang setia membina sebuah bahtera seperti yang diperintahkan jauh
dari gangguan kaumnya. Namun, kegiatan baginda dapat dihidu oleh kaumnya. “ Hei Nuh, Kapal
belayar di laut, bukan di atas bukitlah! Ha..ha..ha...” Mereka mengejek dan mentertawakan tindakan
baginda dan pengikutnya. Namun, baginda tetap bersabar dan tidak mempedulikannya. Setelah
bahtera tersebut siap, Allah s.w.t. memerintahkan nabi Nuh a.s. dan pengikutnya naik ke atas kapal
dan membawa bersama binatang ternakan berpasang‐pasangan. Mereka juga membawa bekalan
makanan dan keperluan lain.
Firman Allah s.w.t. :
… 4 z⎯tΒ#u™ ô⎯tΒuρ ãΑöθs)ø9$# ϵø‹n=tã t,t7y™ ⎯tΒ ωÎ) šn=÷δr&uρ È⎦÷⎫uΖøO$# È⎦÷⎫y`÷ρy— 9e≅à2 ⎯ÏΒ $pκÏù ö≅ÏΗ÷q$# $oΨù=è%
Mafhumnya :
2
Bercerita Kisah Dari AlQuran (P) | Nabi Nuh A.S. Dengan Bahteranya MTAQNS 2012
Kami berfirman: "Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing‐masing binatang sepasang
(jantan dan betina), dan keluargamu kecuali orang yang telah terdahulu ketetapan
terhadapnya dan (muatkan pula) orang‐orang yang beriman."
( Surah Hud, ayat 40 )
Nabi Nuh a.s. menyeru kaumnya pada kali yang terakhir supaya beriman kepada Allah s.w.t.
Namun begitu, mereka tetap berdegil dan terus‐menerus menghina baginda. Nabi Nuh a.s. tetap
sabar menjalankan perintah Allah s.w.t. Ya kawan‐kawan, janganlah kita menghina nabi dan rasul
kerana mereka adalah utusan Allah s.w.t yang membawa kebenaran. Lihatlahlah penghinaan kaum
kuffar dewasa ini yang sengaja mengganggu sensitiviti umat Islam dengan menyiarkan sebanyak 12
karikatur imej Nabi Muhammad s.a.w. di dalam akhbar terbesar di Denmark. Tindakan mereka ini
adalah bukti kebencian mereka terhadap Islam.
Pendengar yang budiman,
Secara tiba‐tiba, hujan turun dengan lebat dan disertai petir yang amat dahsyat. Air mulai
memancut keluar dari perut bumi dengan banyak sekali. Pada masa yang singkat banjir pun berlaku.
Banjir semakin lama semakin besar dan menenggelamkan segala yang ada di muka bumi. Apabila
aras air sampai ke puncak bukit, bahtera Nabi Nuh a.s. pun belayar mengikut kehendak Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t. :
∩⊆⊇∪ ×Λ⎧Ïm§‘ Ö‘θàtós9 ’În1u‘ ¨βÎ) 4 !$yγ8y™öãΒuρ $yγ11øgxΧ «!$# ÉΟó¡Î0 $pκÏù (#θç7Ÿ2ö‘$# tΑ$s%uρ *
Mafhumnya :
Dan Nuh berkata: "Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah di
waktu berlayar dan berlabuhnya." Sesungguhnya Tuhanku benar‐benar Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.
( Surah Hud, ayat 41 )
( Nasyid Kumpulan Aura )
Hari ini terbukti segala Selamatlah semuanya yang di atas bahtera
Kuasa tuhan menurunkan hujan Haiwan dan insan di bawah satu bumbung
Banjir yang besar melanda dunia 83 orang kecuali anaknya
Dilindungi Allah yang beriman Dan juga isterinya yang tercinta
Ya kawan‐kawan, kita hendaklah taat kepada Allah s.w.t. kerana azabNya amatlah pedih.
Bencana alam seperti banjir kilat yang berlaku di bandar Kajang dan Seremban baru‐baru ini adalah
rentetan sikap rakus manusia yang memandang mudah kepada peringatan Allah s.w.t. yang telah
banyak dinukilkan di dalam Al‐Quran. Kawan‐kawan, kita juga disarankan agar mentaati kedua ibu
bapa kita. Janganlah kita menjadi anak derhaka seperti kes seorang anak meninggalkan bapanya
yang baru menjalani pembedahan jantung di sebuah perhentian bas.
3
Bercerita Kisah Dari AlQuran (P) | Nabi Nuh A.S. Dengan Bahteranya MTAQNS 2012
Wahai kawan‐kawan,
Apabila Nabi Nuh a.s. dan pengikut setianya berada di atas bahtera, baginda diperintahkan
agar mereka berzikir memuji kepada Allah s.w.t. Ungkapan itu sebagai tanda syukur kepada Allah
s.w.t yang telah menyelamatkan mereka dari ancaman kaum kafir dan banjir besar tersebut.
( Syair )
Disana‐sini jeritan mengerikan,
Mayat terapung mati kelemasan;
Kaum yang ingkar dapat balasan,
Dibawa arus tiada pembelaan.
Anak dan isteri Nabi Nuh a.s. yang ingkar turut mati kelemasan. Baginda menyaksikan
kejadian yang menimpa kaumnya itu dengan perasaan hiba dari atas bahteranya. Sepanjang
pelayaran, baginda terus menyampaikan dakwah kepada pengikutnya yang setia. Setelah hampir
setahun baginda dan pengikutnya belayar, akhirnya berlabuhlah bahtera tersebut di puncak sebuah
bukit yang bernama Bukit Judi dengan selamat. Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Nuh a.s. membawa
pengikut‐pengikutnya turun dari bahtera. Allah s.w.t. memberikan keberkatan kepada keturunan
Nabi Nuh a.s. mereka bertebaran di atas muka bumi dengan sejahtera.
Firman Allah s.w.t. :
štè¨Β ⎯£ϑÏiΒ 5ΟtΒé& #’n?tãuρ y7ø‹n=tã BM≈x.tt/uρ $¨ΖÏiΒ 5Ο≈n=|¡Î0 ñÝÎ7÷δ$# ßyθãΖ≈tƒ Ÿ≅‹Ï%
Mafhumnya :
"Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari kami atasmu dan
atas umat‐umat (yang mukmin) dari orang‐orang yang bersamamu.
( Surah Hud, ayat 48 )
Ya kawan‐kawan, pepatah melayu ada menyebut ” Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada gunanya.” Oleh itu, kita hendaklah segera bertaubat sebelum terlambat. Kita sebagai rakyat
Malaysia seharusnya berterima kasih kepada pihak PENGASIH dan PEMADAM yang memainkan
peranan sebagai sebuah badan yang mendidik orang ramai mengenai bahaya penyalahgunaan najis
dadah. Pelbagai program yang dianjurkan sebagai rancangan pencegahan, pendidikan dan
penerangan kepada semua lapisan masyarakat. Ayuhlah kita beringat sebelum kena. Sebelum kudis
menjadi tokak, sebelum nasi menjadi bubur...
Hadirin yang dirahmati Allah,
Pengajaran yang dapat dikutip daripada cerita ini, bahawasanya hubungan antara manusia
terjalin kerana persamaan kepercayaan aqidah dan pendirian. Ianya lebih erat daripada ikatan
darah. Lihatlah, walaupun Nabi Nuh a.s. seorang nabi, anaknya Yaam dan isterinya masih seorang
kafir. Allah s.w.t tidak menerima doa baginda kerana anak dan isterinya tergolong dalam golongan
yang ingkar pada perintah Allah s.w.t.
Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah. Assalamualailkum w.b.t.
‐almuhairwa@skkk.jelebu‐
4