Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kejayaan Jepun yang berakhir di Singapura pada tanggal 15 Februari 1942 menandakan
bahawa seluruh tanah Melayu telah jatuh ke tangan Jepun. Jepun yang membawa slogan Asia
untuk orang Asia dan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya telah mempengaruhi pemikiran
orang tempatan di Tanah Melayu. Oleh itu kita dapat lihat sewaktu kemasukan Jepun, orang
tempatan seolah-oleh menyambut baik kedatangan mereka yang dianggap sebagai penyelamat.
Apakah benar kedatangan Jepun ini sebagai penyelamat?. Oleh hal demikian, terdapat pro dan
kontra mengenai kesan-kesan yang dialami oleh masyarakat tempatan di Tanah Melayu semasa
pendudukan Jepun.

Salah satu kesan negatif yang dapat dikesan dengan mudah adalah kewujudan pasaran
gelap ataupun black market. Menurut Krastoska, akibat daripada pengangguran, penduduk
tempatan terpaksa menjual barang-barang peribadi mereka untuk mendapatkan wang dan
Jepun hanya membenarkan satu amalan iaitu penggabungan jualan swasta dengan perdagangan
haram bagi barang-barang kawalan. Timbul persoalan mengapa Jepun membenarkan amalan
ini dan tidak mengambil tindakan ke atas pasaran gelap ? Hal ini adalah kerana sikap pihak
Jepun yang tidak campur tangan, mendiamkan diri, rasuah, pilih kasih dan orang Jepun sendiri
terlibat dengan penyeludupan menjadikan pasaran gelap dan penyeludupan bertambah.
Kegiatan pasaran gelap ini mewujudkan inflasi dan dilihat sebagai kesan negatif kepada
penduduk tempatan kerana makanan-makanan asas seperti beras putih berharga 6 sen sekati
pada bulan Disember 1941, gula putih 8 sen sekati, telur 3 sen sebiji manakala pada bulan
Disember 1943, harga ini meningkat kepada $2.50, $3.80 dan 28 sen. Pada bulan Disember
1944 ia meningkat kepada $8.20, $18.00 dan $1.25. Lalu pada bula Ogos 1945, meningkat lagi
kepada $75, $120, dan $35. Perkara ini jelas dapat digambarkan bahawa kesengsaraan yang
dihadapi oleh penduduk tempatan di mana apakah mereka mampu untuk membeli barangan
keperluan dengan harga yang begitu mahal.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu jika dilihat daripada aspek sosial kesan negatif
yang dihadapi oleh penduduk tempatan adalah dari segi layanan mereka terhadap kaum yang
dibeza-bezakan. Namun dasar dan layanan Jepun terhadap orang Cina adalah lebih kejam
berbanding dengan orang Melayu dan India. Menurut Ho Hui Ling dalam artikelnya, perkara
ini terjadi akibat sentimen anti-Jepun yang muncul di kalangan orang Cina ketika Jepun
menakluki Manchuria pada tahun 1931 dan penglibatan orang Cina di Tanah Melayu semasa
Perang Cina-Jepun pada tahun 1937 lalu kaum Cina telah menubuhkan Malayan Anti-
Imperialist League dan China Relief Fund bagi membantu Tentera Pembebasan Nasional iaitu
Nanyang National Salvation Movement. Apabila Jepun berjaya menakluk Tanah Melayu,
menurut Cheah, mereka mula melakukan operasi terhadap elemen-elemen anti-Jepun. Operasi
ini dikenali sebagai “Sook Ching” atau “Operation Clean-up” ke atas orang Cina di Tanah
Melayu. Secara ringkasnya operasi ini membawa kepada kekejaman kepada orang Cina,
sebagai contohnya di Kedah, operasi ini berlaku di Batu Kapur, Sungai Petani di mana orang
Cina dipaksa untuk mengorek lubang kubur besar terlebih dahulu sebelum dibunuh. Manakala
di Jalan Besar Singapura, orang Cina dikumpulkan dan diseksa di dalam parit yang berisi air
dan dikelilingi oleh dawai- dawai berduri. Yang paling kejam apabila kepala mangsa dipotong
dan dipamerkan di kawasan-kawasan utama di sesebuah negeri Melayu kepada orang ramai.

Secara keseluruhan, agak sukar untuk membicarakan tentang kesan positif yang
diperoleh oleh masyarakat tempatan semasa pendudukan Jepun kerana negatifnya lebih
menonjol. Namun jika diberi penekanan yang mendalam barulah aspek-aspek positif itu dapat
dikesan. Keberanian dan jati diri masyarakat tempatan dapat dilihat melalui usaha Jepun dalam
menerapkan pendidikan berteraskan kemahiran dan menanamkan seishin kepada penduduk
tempatan. Menurut Krastoska, matlamat sistem ini bertujuan menggantikan semangat
materialistik dan individualistik Barat dengan semangat Asia iaitu meningkatkan disiplin,
kesetiaan dan kerjasama serta menanamkan seishin. Perkara ini dapat dilihat melalui
pengenalan institusi latihan yang dikenali sebagai Koa Kunrenjo (Sekolah Latihan
Kepimpinan) yang dapat membina semangat dari aspek kecergasan fizikal dan mental
penduduk tempatan. Keberanian ini juga dipengaruhi oleh penubuhan Guntai iaitu askar Jepun
yang terdiri daripada anak-anak tempatan daripada pelbagai kaum. Walaupun penubuhan
guntai dilihat mempunyai kepentingan daripada aspek keselamtan Jepun tetapi secara tidak
langsung telah menanam semangat keberanian dan jati diri masyarakat tempatan. Hal ini dapat
dilihat melalui ucapan Encik Omar suatu ketika dahulu yang merupakan bekas anggota guntai
kepada masyarakat tempatan di kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang iaitu, “kita jangan leka,
kita mesti bebas dari penjajah, belajar dari semangat Jepun yang gigih dan berani”.

Anda mungkin juga menyukai