Anda di halaman 1dari 7

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SCCG3143
KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN
SEMESTER APRIL SESI 2019/2020 (JA191)

TUGASAN KUMPULAN

DISEDIAKAN UNTUK
Prof. Haslina Halim

DISEDIAKAN OLEH
Nama No Matriks
Shakeer Ahmad Bin Hameed Jagubar 242131
Mohd Abd Rahman Bin Hamzah 241999
Wan Hazirah Binti Wan Ahmad 249742
Nur Shazwani Binti Aziz 237345
Anas Mukrimin Bin Md Fauzi 241918

TARIKH
(13 Julai 2019)
KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN STRATEGI BUDAYA

Pengenalan

Komunikasi ialah pemberi makna kepada perilaku iaitu apa yang diperhatikan.

Budaya akan membentuk perilaku seseorang yang akhirnya “terbawa” ke dalam

proses komunikasi. Komunikasi adalah dinamik iaitu terus berlangsung dan selalu

beruba-ubah. Komunikasi adalah interaktif antara sumber dengan penerima.

Kemahiran komunikasi adalah penting bagi seseorang pengurus. Organisasi

menggunakan pelbagai kaedah komunikasi untuk mencapai matlamat mereka.

Komunikasi menjadi masalah dalam sesebuah organisasi kerana sumber seringkali

gagal untuk menyedari tentang mesej sebenar yang ditafsir oleh penerima. Lantaran

itu, pengurus mestilah mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu untuk

berkomunikasi dalam sesebuah organisasi secara cekap dan berkesan untuk untuk

menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi.

Pengurus yang cekap adalah pengurus yang mempunyai kemahiran menguruskan

budaya organisasi dengan cekap dan berkesan. Budaya organisasi adalah merupakan

konsep dalam bidang kajian organisasidan pengurusan yang memerihalkan tentang

sikap, pengalaman, kepercayaan dan nilai organisasi. Ia didefinisikan sebagai koleksi

yang khusus tentang nilai dan norma organisasi yang dikongsi oleh kakitangan dan

kumpulan dalam organisasi yang mengawal cara mereka berinteraksi antara satu sama

lain dan juga dengan ‘stakeholder’dari luar organisasi.


Latar belakang kes

Komunikasi juga mengandungi elemen-elemen seperti perayaan, simbol, bahasa,

ritual dan fizikal. Dalam hal-hal berkaitan dengan komunikasi, setiap individu sering

berhadapan dengan pelbagai isu dan hal-hal berkaitan dengan komunikasi dan

interaksi sesama sendiri. Hal ini kerana manusia adalah unik dan mengalami proses

sosialisasi sepanjang hayat dalam masyarakat di mana mereka berada. Interaksi dalam

masyarakat yang mempunyai pelbagai status dan latar belakang menerbitkan pelbagai

cabaran, pengalaman, tanggapan dan perasaan yang mampu menerbitkan pelbagai

rasa dalam diri seseorang sama ada perasaan gembira, sedih, hampa, kecewa dan

sebagainya.

Perbincangan dalam tugasan ini memberi fokus kepada komunikasi antara budaya.

Hal ini kerana kisah ini diadaptasi daripada kes salah seorang rakan kami yang

bekerja di syarikat yang majoriti berbangsa Cina kerana tidak puas hati dengan

budaya disyarikat itu yang membuatkan dia berasa didiskriminasikan .

Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di

mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan.

Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat

manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan

manusia.

Diskriminasi wujud dalam budaya. Hal ini kerana terdapat beberapa asas yang

membezakan budaya. Antara asas yang membezakan budaya ialah budaya kuat

budaya lemah, dimensi budaya oleh Hotstede, dimensi budaya oleh Deal and

Kennedy, dimensi budaya oleh Handy, dimensi budaya oleh Edgar Schein dan

dimensi budaya oleh Arthur F. Carmazzi.


Analisa kes

Berdasarkan kes yang dikaji oleh kumpualan ini mendapati dimensi budaya oleh

Edgar Schein adalah lebih sesuai untuk dikaitkan dengan kes ini. Hal ini kerana,

menurut Schien, budaya adalah merupakan sesuatu yang menyebabkan organisasi

sukar untuk berubah, merupakan hasil organisasi yang kekal. Model organisasi yang

dikemukakan beliau menjelaskan organisasi dari sudut pandangan pemerhati melalui

pemerihalan tiga tahap budaya organisasi.

Tahap yang dikemukakan Schien adalah sesuatu yang boleh dilihat, dirasai dan

didengari oleh pemerhati. Hal ini adalah disebabkan pemerhatian terhadap syarikat

tersebut yang mempunyai majoriti pekerja berbangsa Cina. Susun atur pejabat yang

dapat dilihat juga lebih kepada budaya Cina kerana mereka mempercayai feng-sui.

Cara berpakaian bagi pekerja syarikat tersebut adalah berpakaian formal pada

hari…Bahasa pertuturan di pejabat tersebut juga lebih kepada bahasa mandarin kerana

majoriti pekerja disitu berbangsa Cina. Pertutuaran yang berbeza juga akan

menyebabkan berlkunya salah faham kerana satu pihak lagi tidak memahami apa

yang diperkatakan.

Selain itu, pekerja disyarikat itu didominasi oleh pekerja perempuan berbanding

pekerja lelaki. Tambahan pula pengurus di syarikat tersebut adalah perempuan yang

akan menyebabkan masalah gaya komunikasi kepimpinan yang digunakan jika

pekerja bawahannya adalah lelaki . Hal ini kerana, pengurusan pengurus perempuan

adalah berbeza dengan pengurusan oleh pengurus lelaki yang lebih bersahaja.
Perbincangan dan Cadangan

a) Gaya komunikasi

Pekerja yang mengalami situasi tersebut perlu menggunakan bahasa komunikasi yang

betul. Bahasa yang diterima umum dalam syarikat tersebut adalah bahasa English. Hal

ini kerana, komunikasi yang berkesan dapat membantu dalam proses penyelesaian

masalah. Selain itu, komunikasi yang berkesan boleh memimpin, mengarah,

mendorong, dan mencipta iklim atau persekitaran yang akan mencetuskan keinginan

untuk menyumbang dikalangan anggota kerja.

b) Hubungan dengan individu lain

Bagi mengatasi masalah diskriminasi ini, pekerja yang mengalami masalah tersebut

perlulah berusaha untuk masuk dalam kelompok tersebut. Dia perlulah menjaga

hubungan yang baik dengan semua pekerja disitu serta perlu menjaga sensitiviti kaum.

Hal ini dapat memupuk perhubungan baik dan mesra. Hanya menerusi pemahaman

perasaan pihak yang lain barulah mereka dapat hidup dan bekerja dengan aman.

c) Rasa kekitaan

Semangat kekitaan merupakan perkara yang amat penting dalam mengukuhkan

perpaduan antara pekerja dan organisasi kerana ia dapat menanam perasaan saling

percaya mempercayai dan hormat menghormati di kalangan pekerja. Selain itu, ia

mampu membantu mewujudkan dan perkembangan diri pekerja sama ada dari segi

kepimpinan, kerjaya, bakat serta potensi.


Kesimpulan

Daripada nilai organisasi terbinalah norma organisasi yang merupakan garis

panduan atau jangkaan yang memerihalkan tentang tingkah laku yang bersesuaian

oleh kakitangan dalam situasi yang tertentu dan mengawal tingkah laku seseorang

kakitangan terhadap kakitangan yang lain.

Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia boleh dilakukan oleh orang

perseorangan, institusi, firma, malah oleh kerajaan. Terdapat pelbagai perlakuan yang

boleh dianggap sebagai diskriminasi


Rujukan

Sheysans. (2010, November 1). Tajuk Komunikasi antara budaya. Dimuat turun

daripada https://sheysan.wordpress.com/2010/12/01/komunikasi-antara-budaya/

Laman Ilmu. (2016, Februari 18). Tajuk Komunikasi Silang Budaya: Peranan dan

Pengaruh Komunikasi Antara Budaya Kepada Bidang Perniagaan. Dimuat turun

daripada

http://oliy777.blogspot.com/2016/02/komunikasi-silang-budaya-peranan-dan.html

Ad-dini Az-zahra. (2015, April 15). Tajuk Prejudis, Diskriminasi dan Stereotaip.

Dimuat turun daripada

https://www.academia.edu/19411582/Prejudis_Diskriminasi_dan_Stereotaip

Anda mungkin juga menyukai