Anda di halaman 1dari 48

1.

0 Pengenalan

Perkataan ‘sastera’ berasal daripada bahasa sanskrit castra yang membawa maksud kitab suci.
Kesusasteraan pula membawa pengertian sebagai segala penghasilan sastera yang dinikmati atau
disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan mahupun melalui lisan dan pendengaran.
(Harun Mat Piah et al;2006 hlm 6). Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium
pengantarnya adalah bahasa. Sastera bermula dari tradisi lisan dan semakin berkembang
mengikut peredaran semasa.

Pernyataan ini disokong oleh M.K dan Ziger dan W.S jahnson (1983:2) yang
mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau
bertulis. Bahkan sastera juga merangkumi semua aspek yang menggunakan bahasa yang bersifat
kreatif, menurut Ismail Husein (1998:23). Ini juga ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid (1997:13)
yang memberi pengertian sastera sebagai satu seni yang bercorak intelektual dan gabungan
kepuasan intelek dan kepuasan estetik.

Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin
dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa,
kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat. Menurut
Syed Ali Ashraf (1989:36) sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu yang berseni tetapi ianya
merangkumi segala aktiviti manusia secara kreatif.

Meneliti pandangan yang diutarakan oleh para sarjana memperlihatkan bahawa sastera
ditandai dengan pelbagai ciri khusus. Justeru, tugasan ini akan membincang dan menjelaskan
konsep kesusasteraan, memperihal perkembangan kesusasteraan Melayu serta fungsinya dalam
masyarakat dengan contoh-contoh yang bersesuaian.

Kesusasteraan Melayu merupakan satu bidang ilmu. Ia berada segaris dengan bidang
keilmuan lain sama ada sejarah, bahasa, sains, teknologi dan sebagainya. Sebagai suatu bidang
ilmu Kesusasteraan Melayu akan menyingkap segenap perkara berkaitan dengan corak
penciptaan karya sastera, bentuk pengucapan, sejarah perkembangan bangsa, reaksi kritis

47
terhadap karya, dan hubungan karya sastera dengan penulis dan masyarakat. Termuat sama
dalam lingkungan ilmu sastera ialah alam fikiran pengarang yang memungkinkan memberi kesan
terhadap pembentukan sifat karya itu sendiri.

Sifat karya sastera pula dibentur oleh pelbagai inovasi dan faktor luaran yang menjelmakan
sifat karya itu sendiri. Zaman tradisi ditandai oleh karya-karya seperti pantun, syair, seloka,
nazam, gurindam dan sebagainya. Manakala dalam bentuk prosa pula ia melibatkan sastera
sejarah, sastera hikayat, epik, cerita berbingkai dan lainnya. Begitu pula karya-karya yang
muncul pada era pemodenan yang terdiri dari cerpen, novel, sajak dan drama. Sifat-sifat karya
ini pula perlu diteliti dengan menggunakan kayu ukur yang sesuai dengan zaman dan era
penghasilannya. Ia tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya kerana penelitian karya
sastera perlu berpegang kepada objektifannya. Ia bukan penelitian berpandukan perasaan dan
rasa hati.

Masyarakat Melayu di Malaysia kaya dengan pelbagai kesenian tradisional yang unik dan
istimewa. Namun, kesemua kesenian tersebut bukan sahaja berfungsi untuk tujuan hiburan malah
berperanan sebagai saluran komunikasi tradisional dalam masyarakat. Ini termasuklah kesenian
berbentuk syair, cerita rakyat dan seni rakyat yang merupakan alat komunikasi tradisional yang
berbentuk lisan atau lebih dikenali sebagai sastera lisan. Pada masa yang sama, ianya turut
tekenal sebagai salah satu cabang kesusateraan melayu yang mempunyai nilai estetika yang
tersendiri.

Umumnya, sastera lisan ialah hasil-hasil sastera Melayu lama yang disampaikan secara
lisan iaitu dipertuturkan. Sastera lisan merupakan hasil sastera yang dimiliki oleh masyarakat
Melayu, disebarkan dan dituturkan daripada satu generasi ke satu generasi secara
lisan. Masyarakat Melayu yang menghasilkan sastera lisan masih bersifat tradisional, ketinggalan
dari segi teknologi, masyarakat yang masih mengamalkan sistem sosial yang terikat dengan
semangat kerjasama dan kolektif, masyarakat yang masih statik serta tidak banyak hubungan
dengan masyarakat luar.

Sastera lisan merupakan hak milik bersama (kepunyaan) Bangsa Melayu. Ia hidup
dalam masyarakat Melayu tradisional secara lisan atau secara dituturkan. Sebab itulah sastera
lisan ini tidak diketahui nama pengarang atau penulisnya. Juga tidak diketahui bilakah ia dicipta.
Sebagai sastera yang tersebar secara lisan sastera banyak mengalami perubahan dan tokok-

47
tambah serta penyesuaian. Tokok-tambah dan penyesuaian dilakukan bagi menyesuaikan cerita
tersebut dengan situasi setempat. Oleh sebab itulah ahli-ahli antropologi sendiri lebih selesa
menggunakan konsep tradisi rakyat apabila mencirikan masyarakat yang hendak dikaji
(Norazit Selat, 1997: 1).

Menurut Anisah, (2009), nenek moyang masyarakat Melayu banyak meninggalkan


khazanah tradisi komunikasi yang tidak diketahui oleh generasi kini. Sebahagian tradisi
komunikasi tersebut terpinggir apabila generasi tua meninggal dunia dan tidak ada generasi
pelapis. Khazanah komunikasi tradisi tersebut termasuklah amalan sapaan, tatacara
menyampaikan maklumat, jemputan ke majlis kenduri-kendara, dan sebagainya. Komunikasi
dalam tradisi Melayu lebih menekankan pertuturan bersemuka (interpersonal communication),
yakni berkomunikasi secara dua hala. Komunikasi berbentuk dua hala ini cepat mendapat
maklumbalas dan merupakan kaedah komunikasi yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu
mesej.

2.0 Konsep dan ciri-ciri kesusteraan

2.1 Konsep kesusasteraan

Sastera merupakan satu bidang seni kreatif di mana bahasa adalah medium pengantarnya.
sastera ditandai dengan beberapa unsur khusus yang mampu membentuk tamadun dan
peradaban sesuatu masyarakat selain memperlihatkan sikap dan pandangan
pengarangnya. (Arba’ie et al,2008)

Terdapat pelbagai definisi yang diberikan untuk memberi makna kepada kata
‘kesusasteraan’. Hashim Awang menyimpulkan erti kesusasteraan sebagai ciptaan seni
yang disampaikan melalui bahasa. Namun demikian, untuk mengelakkan kekusutan,
maksud perkataan itu diberi berdasarkan etimologi. Etimologi bermakna kajian asal usul
bahasa. Kesusasteraan berasal daripada cantuman kata ‘su’ dan ‘sastra’ dalam bahasa
Sanskrit. Kemudian diberi apitan ‘ke...an’ untuk membentuk kata nama. Makna-
maknanya adalah seperti yang berikut:

47
i. Su - Baik, Indah, Cantik, Seni dan Berguna
ii. Sastra - Karya (lisan/bertulis) atau buku
iii. Susastra - Karya yang indah dan berguna
iv. Kesusasteraan - Semua bentuk karya bernilai seni dan berguna

Menurut Saruddin Ahmad ( 1963 ) kesusasteraan ialah manifestasi daripada gerak


jiwa manusia yang wujud dalam pernyataan bahasa. pada hakekatnya kesusasteraan atau
seni sastera itu ialah bingkisan kata yang dipersembahkan oleh sasterawan sebagai hadiah
kepada masyarakat. Manakala menurut Simorangkir-Simanjutak ( 1971 ) kesusasteraan
adalah cermin jiwa getar sukma pengarang. kesusasteraan harus tumbuh di tengah-tengah
rakyat oleh rakyat untuk rakyat yang menggambarkan suka duka, harap cipta dan kerja
cipta rakyat.

Hashim Awang kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui


bahasa. kesusasteraan terbentuk dari akar kata susastera ( bahasa sanskrit ) + ke – an
( kesusasteraan ). su ( indah, baik, lebih bermakna.) sastera ( huruf atau buku ) susastera
+ ke – an ( kesusasteraan ): kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.
Kamus Dewan ( edisi ketiga ) menerangkan bahawa sastera merujuk kepada:

1. bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab ( bukan bahasa basahan ).


2. kesusasteraan : hasil seni ( karya tulisan ) dalam bentuk prosa atau puisi yang
mempunyai ciri-ciri keistmewaan tertentu.
3. seni sastera: seni karang-mengarang ( prosa, puisi dan lain-lain )
4. kitab suci hindu
5. kitab ilmu pengetahuan pustaka, kitab yang mengandungi ramalan
( perhitungan dan lain-lain )
6. tulisan, huruf

Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan


serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa
dan berbagai-bagai perkataan. Sebelum itu, pada zaman sebelum merdeka, seorang

47
pendita Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Za'ba mendefinisikan kesusasteraan itu
sebagai persuratan atau karangan. Pengertian seperti ini tentulah tidak mencakupi makna
sebenar kesusasteraan yang ada pada masa kini. Ali Ahmad (1994) mengatakan secara
kasarnya sahaja definisi sedemikian dapat diterima, tetapi pemerhatian yang lebih tepat
masih diperlukan.

Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari
maksud kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam buku
Pengantar Pengajian Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan
kesusasteraan ialah kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu
adalah kehalusan penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu.
Kesusasteraan juga adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya.
Menurut Ali Ahmad keindahan penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya
hasil kesusasteraan.

Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan
mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita
castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera
atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal
dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian
persuratan yang bersifat halus dan indah. Hashim Awang (1987) mengatakan
kesusasteraan itu adalah "Ciptan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin
dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan.

Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari
maksud kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam buku
Pengantar Pengajian Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan
kesusasteraan ialah kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu
adalah kehalusan penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu.
Kesusasteraan juga adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya.

47
Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita bahawa kesusasteraan
Melayu tradisional merupakan satu wacana yang luas dan terdiri daripada berbagai-bagai
bentuk dan sifat. Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. diksi
yang digunakan dapat memberi kesan penghayatan kepada pembaca. ianya
mempamerkan kepakaran dan keahlian seorang pengarang itu untuk meluahkan dan
mengungkapkan makna yang difikirkan. adunan teknik-teknik yang sesuai dan ketepatan
diksi menjadikan sesebuah karya itu hidup dan bertenaga.

Selain daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan tersusun, sastera juga
diiringi dengan unsur akaliah. Dalam erti kata lain, seorang pengarang perlu memikirkan
perutusan, amanat, atau lontaran idea yang ingin disampaikan atau dikongsi dan
direnungi bersama oleh pembaca. (Arba’ie et al,2008 hlm 1) unsur akaliah ini merupakan
langkah pertama yang perlu ditetapkan sebelum terhasilnya sesebuah karya.

Dengan perutusan yang diingin disampaikan, seorang pengarang perlu mengolah


dan menggabungkan serta melengkapi karyanya itu dengan daya rasa atau sensitiviti
mereka. (Arba’ie et al,2008 hlm 1) untuk itu, seorang pengarang haruslah bersifat sensitif
atau peka dan prihatin akan masyarakatnya. pengamatan pengarang akan masyarakatnya
dijadikan sumber asas dalam menghasilkan sesebuah karya. Kewujudan pelbagai daya
rasa ini akan membangkitkan dan meninggalkan kesan perasaan kepada pembacanya.
Daya rasa seperti belas simpati, benci , marah atau geram akan dihubungkaitkan dengan
fenomena yang dipaparkan. Karya itu akan lebih bernilai sekiranya apa yang dipaparkan
pernah dilalui atau dialami oleh pembaca.

Sastera juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat. Sastera tidak terhasil dengan
kekosongan.(Ara’ie et al,2008 hlm 5) ia terhasil atas dorongan tertentu dengan
menggunakan sumber-sumber yang terdapat di persekitaran. Penafsiran pembaca yang
berencam mengundang pembaca memikirkan mesej yang ingin disampaikan. Namun
tidak semua lambang yang tersurat itu memberi erti apa yang tersirat, akan wujud makna-
makna simbolik di sebalik kata-kata yang diungkapkan.

47
Sastera juga mempunyai nilai estetikanya. Selain pemikiran, gaya bahasa, bentuk
struktur dan tema juga memainkan peranan penting untuk menilai kesan estetika sesebuah
karya itu. Sesebuah karya sastera juga merupakan cerminan realiti kehidupan. Persoalan-
persoalan yang dipaparkan dalam sebuah karya sastera merupakan rakaman realiti dalam
masyarakat. Ia merupakan renungan serta pengamatan pengarangnya dan diterjemahkan
secara halus dan berhemah. (Arba’ie,2008 hlm 2)

Sastera yang terhasil merupakan satu alternatif kepada pengarang untuk


meluahkan perasaan, melepaskan kecaman-kecaman dan bauran rasa yang terbuku di
dada. ianya bertepatan dengan fungsi sastera sebagai alat pelepasan nilai rasa dan jerit
naluri kehidupan manusia sejagat. (Arba’ie et al,2008 .hlm 3)

Berdasarkan huraian-huraian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kesusasteraan


merupakan kesemua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ia ditujukan kepada
khalayak. Khalayak bermaksud pembaca bagi karya yang bertulis atau penonton drama.
Oleh sebab itu, istilah Kesusasteraan Melayu merujuk kepada karya-karya kesusasteraan
yang ditulis dalam bahasa Melayu.

2.2 Unsur-unsur sastera

2.2.1 Tema dan persoalan

Idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karya sastera.
Persoalan merupakan perkara-perkara kecil dalam sesebuah karya yang
mempunyai hubungan dengan tema. Kewujudan persoalan yang pelbagai dalam
sesebuah karya sastera bertujuan menghidupkan dan mengukuhkan tema yang
cuba disampaikan oleh pengarang.

2.2.2 Plot

47
Sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita
yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan batiniah watak-watak
dalam cerita.

2.2.3 Latar

Latar ialah keterangan-keterangan yang terdapat dalam karya sastera tentang


tempat, masa dan masyarakat yang mendasari sesebuah cerita.Latar memainkan
peranan utama untuk memberikan suasana kepada peristiwa atau manusia yang
terdapat dalam sesebuah cerita.Terdapat 4 unsur latar iaitu:
i. Latar tempat
ii. Latar waktu atau masa.
iii. Latar masyarakat atau citra masyarakat.
iv. Latar peralatan cerita atau watak.

2.2.4 Watak

Manusia atau pelaku dalam cereka berbentuk naratif atau drama yang diberikan
sifat-sifat tertentu termasuk perangai dan pemikiran yang dikenal melalui
percakapannya (dialog) dan apa yang mereka lakukan (aksi).

2.2.5 Perwatakan

Sifat-sifat fizikal atau mental, tabiat, perilaku dan sifat keperibadian watak.

2.2.6 Sudut pandangan

Sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan


cerita, atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan
cerita. Ia berfungsi untuk menjelaskan siapa yang yang menceritakan kisah
tersebut.

47
Terdapat beberapa teknik sudut pandangan yang digunakan oleh pengarang iaitu:
1. Sudut pandangan orang pertama iaitu pengarang terlibat dalam cerita
tersebut.

2. Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas iaitu pengarang bertindak


serba tahu dan bebas menceritakan apa-apa sahaja walaupun tidak terlibat atau
berada di luar lingkungan cerita.

3. Sudut Pandangan Orang Ketiga Terbatas iaitu pengarang tidak


menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya memilih watak-watak
tertentu dan penceritaannya akan tertumpu kepada mereka.

4. Sudut Pandangan Objektif iaitu pengarangnya hanya menceritakan segala


sesuatu yang dilihat dan didengarnya sahaja. Dengan lain perkataan, pengarang
tidak hanya berada di luar lingkaran cerita dan hanya bertindak melaporkan apa
yang dapat dilihat sahaja.

Imbas Kembali ialah teknik atau cara seseorang pengarang mengungkap


dan menggambarkan semula kisah, kejadian, peristiwa, suasana atau masalah
yang telah berlaku atau telah dialami oleh watak sebelum kisah yang disampaikan
itu. Ia boleh dikemukakan melalui dialog, monolog, dalam bentuk ingatan,
renungan ataupun mimpi.

2.2.7 Teknik dan penceritaan

Imbas muka ialah gambaran atau bayangan tentang sesuatu yang akan berlaku. Ia
biasanya bertujuan untuk menyediakan pengetahuan awal terhadap apa yang akan
berlaku seterusnya.
Dialog merupakan perbualan atau percakapan antara watak-watak dalam
sesebuah karya sastera. Monolog merupakan tutur kata atau pengucapan sesuatu

47
watak secara bersendirian. Ia biasanya sebagai satu usaha watak menyatakan
fikiran atau perasaan. Monolog Dalaman ialah kata hati atau pengucapan batin
sesuatu watak. Ia tidak dilahirkan dalam bentuk dialog atau monolog.

2.2.8 Nilai dan pengajaran

Nilai merupakan sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dan lain-


lain) Pengajaran bermaksud peringatan, pedoman atau teladan yang terdapat di
dalam sesebuah karya.

2.2.9 Gaya bahasa

Cara bagaimana seseorang pengarang menggunakan bahasa dengan baik dan


kreatif dalam usaha untuk menyampaikan pengucapan fikiran dan perasaannya.
Dengan lain perkataan, gaya bahasa merupakan saluran bagi seseorang pengarang
menyalurkan pengalaman, pemikiran, dan emosi melalui media bahasa bagi
memungkinkan pembaca memahami dan menghayati idea yang ingin
disampaikannya di dalam sesebuah karya sastera.

2.3 Ciri-ciri kesusasteraan

Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya.
Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama
pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan
keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat. Menurut Syed Ali
Ashraf (1989:36) Sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu yang berseni tetapi ianya merangkumi
segala aktiviti manusia secara kreatif.

2.3.1 Ciri-ciri sastera Melayu tradisional

47
Sastera Melayu tradisional merupakan karya-karya yang telah diwarisi
secara turun-temurun. Sastera tradisional disebarluaskan melalui lisan dan
memberi gambaran cara hidup atau budaya sesuatu masyarakat. Ia bersifat
kolektif atau hak milik bersama. Tiada sesiapa yang tahu siapa pengarangnya dan
tidak diketahui tarikh sesuatu sastera itu dihasilkan. Ianya lahir di kalangan
masyarakat masa lampau dan disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu
generasi yang lain kerana pada umumnya masyarakat pada zaman tersebut masih
belum mengenal huruf dan tidak tahu menulis. Penyebaran sastera Melayu
tradisional juga terhad disebabkan khalayak yang terbatas dan bersifat esklusif.

Oleh kerana ianya disampaikan melalui lisan, banyaklah berlakunya


perubahan dan tokok tambah serta penyesuaian. Tema, latar serta watak dalam
sastera tradisional berpusat kepada masyarakat yang mewarisinya dan dipandang
tinggi oleh masyarakat tersebut sehinggakan karya-karya itu dianggap suci dan
keramat.

47
Rajah 2.3.1 menunjukkan jenis-jenis sastera Melayu tradisional

2.3.2 Ciri-ciri sastera Melayu moden

Sastera Melayu Moden pula mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan


sastera Melayu tradisional. Jika sastera Melayu tradisional tersebar melalui lisan,
maka sastera Melayu moden pula disebarkan melalui tulisan. Penyebaran hasil-
hasil sastera yang berbentuk tulisan ini semakin berkembang dengan kehadiran
mesin cetak. Penyebaran ini semakin meluas dan berjaya menembusi masyarakat
pembaca yang ramai. Ini berbeza dengan sastera tradisional yang hanya diketahui
oleh golongan tertentu sahaja. Jika sastera Melayu tradisional terhad kepada
sesebuah masyarakat tertentu sahaja yang bersifat esklusif, sastera Melayu moden
pula merupakan sebaliknya. Ianya bersifat individu atau perseorangan kerana
disertakan dengan nama pengarangnya. Ianya tidak lagi bersifat kolektif atau
kepunyaan umum tetapi khusus dimiliki oleh pengarangnya. Bahkan sastera
Melayu moden mempunyai sistem hak cipta terpelihara.

Rajah 2.3.2 menunjukkan jenis-jenis sastera Melayu moden

Ciri-ciri sebuah karya sastera yang berkualiti dapat dilihat dari beberapa
sudut. Kajian yang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka mendapati bahawa

47
golongan yang mendominasi bahan bacaan ialah golongan remaja. Oleh itu, bagi menarik
minat mereka untuk membaca sesebuah karya haruslah menampilkan tema permasalahan
remaja. Konflik dalam percintaan, persahabatan, dan kekeluargaan haruslah dibangkitkan
berserta dengan revolusinya agar pembaca dapat mengaplikasikan apa-apa yang
dipelajari melalui bahan bacaan tersebut dalam kehidupan seharian mereka.

Remaja sangat menggemari bahan bacaan yang bertepatan dengan gaya hidup
mereka. Karya seperti ‘’Puteri Kampus’’ oleh Aisya Sofea jelas mencerminkan gaya
hidup remaja yang sering memberontak apabila dikongkong oleh keluarga. Jadi tema
sesebuah karya pasti dapat menarik minat pembaca seandainya bertepatan dengan jiwa
mereka kerana mereka akan dapat menyelami perwatakan watak semasa membaca karya
tersebut dan menjiwainya sehingga akhirnya meninggalkan kesan yang mendalam.

Pada masa yang sama, sesebuah karya itu akan menarik apabila jalan cerita yang
ditampilkan tidak terlalu meleret-leret dan menimbulkan beberapa unsur kejutan atau
peristiwa yang tidak diduga. Karya yang terlalu panjang dan meleret akan menimbulkan
kebosanan kepada pembaca sehingga akhirnya berkemungkinan mereka akan melangkau
sesetengah muka surat semata-mata untuk mengetahui pengakhiran cerita. Kesuntukan
masa menyebabkan mereka menolak untuk membaca kerana menganggap bahan bacaan
tersebut mengambil masa yang lama untuk dihabiskan.

Penambahan unsur tragis atau saspens merupakan perencah dalam sesebuah


karya. Hal ini demikian kerana sifat remaja yang gemar akan cabaran menyebabkan
mereka tertarik untuk menduga jalan cerita bagi sesebuah karya. Perbezaan tersebut
akan menyebabkan remaja semakin berminat untuk meneruskan pembacaan mereka
sehingga helaian terakhir. Dengan cara ini, barulah hasrat untuk membudayakan
pembacaan karya sastera dalam kalangan remaja akan terlaksana sekali gus sisipan
pengajaran akan meresap ke jiwa mereka. Oleh itu, sesebuah karya yang menarik
haruslah mempunyai jalan cerita yang menarik dan tidak membosankan.

47
Seterusnya ciri-ciri sesebuah karya sastera yang menarik ialah mengandungi
unsur-unsur imaginasi. Dalam era sains dan teknologi ini, saya dapat mengesan bahawa
unsur tahyul dan imaginasi masih menjadi pilihan pembaca. Jika kita
lihat, sinetron ‘’Bawang Putih Bawang Merah’’ yang ditayangkan oleh stesen televisyen
TV3 telah mencapai tahap yang tertinggi dalam senarai rancangan televisyen yang paling
diminati.

Pada ghalibnya, masyarakat Malaysia pada hari ini gemar sesuatu yang
bertentangan dengan kehidupan normal. Gaya penceritaan seperti ini banyak terdapat
dalam hasil karya Nisah Haji Haron dan Ramlee Awang Murshid. Sebagai
contoh, cerpen ‘’Annyss Sophillea’’ karya Nisah Haji Haron memuatkan kisah kehidupan
manusia dari dua latar tempat yang berbeza, ditambah dengan kehidupan haiwan mistik
seperti unicorn. Karya Ramlee Awang Murshid pula lebih menampilkan unsur
surealisme seperti dalam karya ‘’Rahsia Perindu’’ dan ‘’Tombiruo’’. Hasil karya seperti
inilah yang sering menjadi pilihan remaja pada hari ini kerana ada kelainannya. Oleh hal
yang demikian, penghasilan karya yang mempunyai jalan cerita yang unik atau lain
daripada yang lain pasti akan lebih menarik minat masyarakat untuk menjadi santapan
minda mereka.

Selain itu, hasil karya yang menarik haruslah menampilkan gaya bahasa yang
indah dan mudah difahami. Karya sastera yang menggunakan laras bahasa klasik sangat
tidak digemari oleh pembaca, khususnya remaja kerana gaya bahasanya sukar dimengerti.
Penggunaan ayat yang mudah lebih meninggalkan kesan dalam hati pembaca berbanding
ayat yang panjang walaupun gramatis. Nisah Haji Haron contohnya, sering menggunakan
istilah sains dan teknologi dalam hasil penulisannya.

Walaupun begitu, istilah yang digunakan ialah istilah mudah yang sering terdapat
dalam mata pelajaran Sains di sekolah. Hal yang demikian menyebabkan remaja
gemar membaca hasil karya penulis ini kerana dapat mempelajari teknik pengaplikasian
istilah sains dalam penulisan. Maka tidak hairanlah apabila karya yang menggunakan

47
gaya bahasa yang indah dan laras bahasa yang mudah lebih mendapat tempat dalam hati
pembaca.

Di samping itu, nilai dan pengajaran dalam sesebuah karya juga perlu diberi
penekanan bagi menghasilkan karya yang menarik dan bermutu tinggi. Karya sastera
yang seronok dibaca tetapi tidak meninggalkan sebarang pengajaran kepada pembaca
tidak ubah seperti bahan picisan yang sekadar menjadi hiburan murahan. Sesebuah karya
haruslah menampilkan nilai-nilai murni yang dapat memberikan kesan kepada pembaca
dan seterusnya secara tidak langsung membentuk jati diri pelajar bermoral tinggi dalam
usaha melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama.

Karya seperti ‘’Pewaris’’ oleh Rahimidin Zahari sarat dengan nilai-nilai Islamik
yang tinggi. Nilai seperti ketaatan, keinsafan, kejujuran, dan keikhlasan yang ditampilkan
mampu menyedarkan pembaca betapa langit itu tinggi atau rendah. Pembaca dapat
menghayati kebesaran dan kekuasaaan Tuhan melalui Bagia Shaeif selaku watak utama
dalam novel ini. Justeru, para penulis haruslah menitikberatkan mesej yang ingin
disampaikan kepada pembaca , bukan sekadar untuk berhibur, menitiskan air mata, atau
berkhayal di alam fantasi sahaja tanpa berpijak di bumi nyata. Dengan itu,sesebuah
karya perlulah mengandungi nilai-nilai yang baik supaya dapat dipraktikkan dalam
kehidupan seharian pembaca.

Sebagai intiha, dapatlah dikatakan bahawa tidak mudah untuk mendapatkan


karya sastera yang menarik. Penulis-penulis muda yang semakin prolifik mengasah mata
pena mereka kini sewajarnya lebih peka akan kualiti bahan penulisan yang bakal
diterbitkan untuk dijual dalam pasaran. Seyogia, yang baik dijadikan teladan, yang buruk
dijadikan sempadan. Seandainya lebih banyak karya sastera yang menarik dan berkualiti
dihasilkan, maka sudah pasti budaya membaca dalam kalangan generasi muda akan terus
bercambah dan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan
menjelang tahun 2020 tidak hanya tinggal impian atau ‘’menanti kucing bertanduk’’.
Perkara ini tidak mustahil untuk dicapai sekiranya semua pihak memainkan peranan

47
masing-masing dan tidak hanya berpeluk tubuh mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku
dengan sendirinya.

3.0 Perkembangan Kesusasteraan Melayu Klasik ( tradisional )

Kesusasteraan Tradisional merupakan himpunan karya-karya kesusasteraan dalam semua bentuk


yang terhasil sejak manusia wujud tetapi tidak melepasi zaman selepas wujudnya mesin cetak.
Kesusasteraan Tradisional muncul di kalangan masyarakat awal yang masih lagi primitif dan
mengamalkan kepercayaan animisme. Ada pendapat yang mengatakan kemunculan tamadun
awal manusia diiringi juga dengan kemunculan budaya kesusasteraan ke dalam tamadun
tersebut. Contohnya dengan munculnya Tamadun Mesopotamia serentak dengan itu juga lahirlah
karya-karya kesusasteraan hasil daripada kemunculan tamadun Mesopotamia seperti Epik
Gilgamesh.

Oleh itu dari segi sejarah, ternyata kesusasteraan telah muncul dan mewarnai kehidupan
manusia sejak sekian lama. Perjalanan masa yang begitu lama dan lampau itulah yang
menyebabkan apa sahaja hasil kesusasteraan yang ada pada masa dahulu disebut tradisional.
Selepas munculnya mesin cetak lebih kurang dalam tahun 1800, karya kesusasteraan pun
bertukar wajah daripada tradisional kepada moden.

3.1 Bentuk karya sastera

Secara umumnya karya-karya kesusasteraan tradisional boleh dibahagikan kepada


dua bentuk iaitu lisan dan tulisan. Lisan bererti yang dituturkan dan tulisan maksudnya
yang ditulis atau dibukukan. Kesusasteraan lisan lebih mewakili golongan bawahan
seperti petani dan nelayan. Ia juga dikenali sebagai kesusasteraan rakyat. Manakala
sastera tulisan pula adalah ciptaan golongan pemerintah selepas kemunculan sistem
tulisan dalam sesebuah masyarakat itu.

3.1.1 Kesusasteraan Lisan

47
Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir di kalangan masyarakat Melayu
yang lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Mereka ini tinggal di
kawasan yang jauh di pedalaman, desa-desa dan pinggir pantai. Pada waktu
tersebut sistem tulisan belum lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf.
Namun begitu,biarpun masyarakat ini tinggal di kawasan yang terpencil dan tidak
menguasai sistem tulisan, tetapi daya kreativiti mereka dalam bidang
kesusasteraan amat dikagumi. Biarpun mereka tidak menguasai sistem
tulisan,mereka telah mengembangkan sesebuah cerita melalui pertuturan atau
penceritaan secara lisan. Atas sebab itulah hasil-hasil keusasteraan yang dicipta
oleh kelompok ini disebut sebagai kesusasteraan lisan kerana penyampaian cerita
secara lisan. Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat.

Apa yang nyata,cerita yang disampaikan secara lisan telah disebarkan dari
mulut ke mulut, dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.
Bertambah menarik,bila ketika itu telah wujud tukang cerita professional yang
turut dikenali sebagai penglipur lara yang menyampaikan cerita-cerita tersebut
kepada khalayak. Selain itu, cerita lisan turut diperturunkan dari satu generasi ke
generasi yang lain oleh orang-orang tua kepada anak atau cucu mereka sehingga
cerita-cerita tersebut menjadi warisan bangsa. Naratif lisan Melayu terbahagi
kepada, iaitu mitos, legenda, dan cerita rakyat. Cerita rakyat terbahagi kepada tiga
subgenre, iaitu cerita binatang, cerita jenaka dan cerita dongeng. Kesemuanya
mempunyai bentuk, ciri dan fungsi yang tersendiri.

3.1.2 Kesusasteraan Tulisan

Kesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu mula


menerima pengaruh luar. Pengaruh luar yang awal menyerap ke dalam
kebudayaan Melayu adalah pengaruh India. Kemasukan pedagang India di Zaman
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka telah menyebabkan kemasukan

47
pengaruh India . Orang Melayu mula diperkenalkan dengan sistem tulisan. Walau
bagaimanapun, sistem tulisan ini tidak meluas dan akhirnya pupus.

Kedatangan agama Islam ke alam Melayu membuka satu lembaran baru


dalam kamus kesusasteraan Melayu. Agama Islam muncul bersama-sama dengan
sistem tulisan yang lengkap bersumberkan al-Quran sebagai kitab suci orang
Islam. Sistem tulisan Arab-Islam ini kemudiannya disesuaikan dengan sebutan
dalam bahasa Melayu. Orang Melayu kini mempunyai sistem tulisan yang
dinamakan tulisan Jawi. Tradisi tulisan lebih condong kepada istana menjadikan
istana sebagai pusat penyebaran ilmu pada masa itu. Di istanalah lahirnya tokoh-
tokoh sasterawan Melayu tradisional yang menghasilkan karya sama ada yang asli
ataupun salinan semula kerana pada masa itu mesin cetak belum wujud.

3.2 Jenis-jenis karya klasik

3.2.1. Berbentuk puisi


Karya sastra klasik yang berbentuk puisi dikenal dengan puisi lama. Puisi
lama yang berbentuk lisan ialah mantra, bidal, pantun, pantun kilat, pantun
berkait, dan talibun. Setelah kedatangan agama Hindu, kita kenal bentuk puisi
seloka gurindam dan syair.

3.2.2. Berbentuk Prosa


Seperti halnya prosa dalam sastra modern, prosa dalam karya sastra klasik
juga mempunyai unsur-unsur tokoh, penokohan, alur, latar, setting, amanat, dan
teman. Karya sastra klasik yang berbentuk prosa terdiri dari cerita, cerita
binatang, sejarah, mite, dan legenda

3.3. Jenis prosa lama

47
3.3.1. Dongeng
Dongeng adalah cerita-cerita zaman purba yang berbentuk prosa yaitu
tentang cerita khayal dan penuh keajaiban. Dongeng ini disampaikan dari mulut
kemulut.Jika kita perhatikan di Indonesia dongeng terbagi atas beberapa macam,
iaitu:

a. Mite
Mite berasal dari bahasa Yunani, mythos yaitu tentang kehidupan makhluk
halus atau hantu seperti jin, kuntilanak, dan dewi-dewi.
Misalnya: Si Kelambai, dan Setan Penanggalan

b. Fabel atau Dongeng Binatang


Fabel ialah dongeng yang menceritakan binatang yang hidup sebagai
manusia berbuat dan berbicara seperti binatang. Pada umumnya fabel mempunyai
tendens didaktis. Fabel ini sangat terkenal di Indonesia. Di tiap-tiap daerah
mempunyai pelaku-pelaku binatang yang berlainan. Di Jawa dan di Melayu
dipusatkan pada planduk (kancil), di Sunda pada kura-kura, di Toraja pada kera
hantu.Contoh: Hikayat Sang Kancil

c. Legenda
Legenada ialah dongeng yang berisikan tentang cerita terjadinya nama-
nama tempat, gunung, sungai, danau, dan sebagainya. Misalnya: Danau Gunung
Tangkuban Perahu, Terjadinya Danau Toba, Terjadinya Danau Maninjau.

d. Dongeng Jenaka atau Dongeng Orang Bodoh


Dongeng ini sengaja menceritakan kebodohan seseorang. Apa yang
dilakukannya serba salah, sehingga menimbulkan humor atau
kejenakaan.Misalnya

1. Dalam bahasa Melayu : Pak Pandir, labai Malang.

47
2. Dalam bahasa Jawa : Joko Pandir, Lebai Malang
3. Dalam bahasa Batak : Ni Pandir.
4. Dalam bahasa Sunda : Si kabayan.

e. Sage
Sage ialah dongeng yang mengandung unsur sejarah. Misalnya: Hang tuah

3.3.2. Hikayat
Kata hikayat berasal dari bahasa Arab, yang berarti cerita. Hikayat ini
mirip dengan dongeng, penuh khayal, isinya tentang kehidupan sekitar istana,
oleh karena itu dapat disebut dongeng istana. Pelaku utama dalam hikayat adalah
raja, permaisuri, putra raja yang gagah berani, serta putrinya yang canti jelita.
Hikayat Melayu: Hikayat hang Tuah, Hikayat Si Miskin.

3.3.3. Sejarah atau Silsilah.


Penulis sejarah dalam sastra lama ialah pegawai istana, yang berisikan
tentang asal usul raja dan kejadian-kejadian penting, adat istiadat. Contoh:
(1) Sejarah melayu – konon dikarang oleh Tun Sri Lanang.
(2) Hikayat Raja – Raja Pasai.
(3) Silsilah Bugis.
(4) Sejarah Danau Maninjau.

Semua hasil karya ini sama ada lisan atau bertulis merupakan satu dokumen
penting yang merakamkan segala perihal kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Ia
adalah himpunan daya kreativiti masyarakat Melayu tradisional yang menyerlahkan daya
fikir, akal budi, sentuhan jiwa, cita rasa, jati diri dan kebijaksanaan masyarakat Melayu
(Mutiara Sastera Melayu Tradisional 2003:xiv).

47
3.4.1 Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional merujuk kepada tiga aspek penting
iaitu :

3.4.1.1. Tahap
3.4.1.2 . Tokoh,
3.4.1.3 . Persoalan dan Latar Masyarakat

3.4.1.1 Tahap

Pengkajian terhadap tahap sebenarnya melihat semula kepada jenis


kesusasteraan Melayu tradisional daripada kedua-dua cabang iaitu lisan dan
tulisan. Kedua-dua jenis kesusasteraan ini dilihat dari segi zaman kemunculannya.
Sekurang-kurangnya ada empat tahap atau fasa dalam perkembangan
kesusasteraan lisan iaitu:

a. Tahap Pertama - zaman animisme


b. Tahap kedua - zaman praIslam
i) berunsur hindu (atau terdapat unsur buddha)
ii) berunsur hindu-Islam (atau Zaman Peralihan)
c. Tahap Ketiga - zaman Islam berunsur Islam.

a) Tahap Pertama – animism


Kesusasteraan rakyat atau kesusasteraan lisan merupakan bentuk
kesusasteraan yang tertua di dunia. Sastera lisan muncul sejak zaman animisme
lagi. Sastera lisan juga dikenali sebagai sastera rakyat. Istilah ini diambil daripada
istilah Inggeris folk literature. Di dalam Ensiklopedia Britannica disebut juga
sebagai folklore atau oral tradition. Kutipan berikut boleh memberi penjelasan
tambahan tentang folk literature;

"Until about 4000 bc all literature was oral; but, beginning in the years between 4000
and 3000 bc, writing developed both in Egypt and in the Mesopotamian civilization at
Sumer. From that time on there are records not only of practical matters such as law and
business but increasingly of written literature. As the area in which the habitual use of

47
writing extended over Asia, North Africa, and the Mediterranean lands and eventually
over much of the whole world, a rapid growth in the composition of written literature
occurred, so that in certain parts of the world, literature in writing has to a large extent
become the normal form of expression for storytellers and poets."

Ia dinamakan kesusasteraan rakyat kerana karya yang dihasilkan adalah


milik bersama masyarakat dengan penciptanya. Kesusasteraan rakyat dinamakan
kesusasteraan lisan kerana ia disampaikan secara lisan. Kini, kemajuan teknologi
telah menghasilkan buku-buku cetakan yang memuatkan hasil-hasil lisan ini.
Tetapi bukan bermakna ia lari daripada sifat lisannya, malah sifat lisan itu masih
boleh ditemui melalui bahasa dan teknik penyampaiannya.

Golongan masyarakat yang manakah atau masyarakat Melayu kelas manakah


yang menghasilkan karya sastera lisan ini? Mereka ini adalah daripada kelas
rakyat biasa yang lazimnya menjalankan aktiviti ekonomi yang mudah seperti
petani dan kaum nelayan. Rakyat biasa tinggal menetap di kawasan-kawasan
pedalaman, desa-desa dan pinggir laut. Oleh itu mereka tidak terdedah kepada
pengaruh luar. Bermakna pada waktu itu penjajahan barat masih belum berlaku.

Rakyat biasa yang hidup secara simple atau mudah ini juga menghasilkan
karya sastera yang simple. Organisasi hidup yang demikian menghasilkan karya-
karya seperti mitos, legenda dan cerita rakyat yang semuanya menggambarkan
pandangan alam atau world view masyarakat Melayu pada masa itu. Oleh itu
tidaklah menghairankan jika cara berfikir mereka yang primitif itu membawa
kepada penghasilan karya sastera yang berkaitan dengan kepercayaan kepada
makhluk halus, kesaktian, roh dan lain-lain lagi.

Masyarakat yang bersifat sedemikian tentulah juga menghasilkan karya-karya


yang bersifat mudah sesuai dengan kedudukan dan keadaan mereka. lazimnya
karya-karya masyarakat seperti ini bertolak kepada lima genre cerita yang biasa
ditemui iaitu Mitos, Legenda, Cerita Binatang, Cerita Jenaka, Cerita Lipur Lara
dan Cerita Teladan.

47
b ) Tahap Kedua - Zaman Pra-Islam
Tahap kedua ialah zaman Pra-Islam. Zaman Pra-Islam boleh dipecahkan
kepada dua iaitu lahirnya karya-karya berunsur Hindu (atau mungkin berunsur
buddha) dan karya-karya berunsur hindu-Islam (zaman hindu-Islam juga dikenali
sebagai zaman peralihan). Ia di katakan bermula lebih kurang dalam abad
keempat Masihi hingga ke 11 Masihi.

Pada waktu itu kebudayaan hindu telah meresap masuk ke dalam sistem
pemerintahan dan kesusasteraan masyarakat di Nusantara. Pengaruh hindu datang
bersama-sama dengan bahasa Sanskrit yang secara langsung memberi pengaruh
yang besar kepada bahasa Melayu dan sastera Melayu.

Karya-karya kesusasteraan yang dihasilkan pada zaman Pra-Islam berunsur


hindu bertolak kepada karya-karya yang bersandar kepada ajaran agama Hindu
semata-mata. Teras kepada karya-karya sastera Melayu yang berunsur Hindu ialah
epik Ramayana dan Mahabrata. Melalui pengaruh karya ini lahirlah karya-karya
seperti Hikayat Pandawa Lima, Hikayat Pandawa Jaya, Hikayat Seri Rama dan
sebagainya.

Apabila agama Islam muncul di kepulauan Melayu, masyarakat Melayu


beralih kepada ajaran Islam. Sungguhpun begitu, masih terdapat beberapa aspek
dalam kebudayaan masyarakat Melayu yang masih dipengaruhi oleh ajaran agama
Hindu termasuklah kesusasteraan. Sebagai melengkapi tebalnya pengaruh agama
Hindu dalam kehidupan masyarakat Melayu maka muncullah karya-karya sastera
yang masih ada pengaruh hindu seperti Hikayat Jaya Langkara, Hikayat Ahmad
Muhammad dan lain-lain lagi. karya-karya ini pada asalnya berunsur hindu tetapi
telah diubahsuai dengan memasukkan unsur-unsur Islam. Sebab itulah ia dikenali
juga sebagai sastera zaman peralihan.

c) Tahap Ketiga

47
Tahap ketiga ialah zaman Islam. Kemunculan hasil-hasil kesusasteraan
berunsur Islam dikatakan berpunca daripada kemasukan agama Islam ke
Nusantara yang dipercayai bermula sejak abad pertama Hijrah. Agama Islam
kemudian berkembang pesat di kepulauan Melayu pada abad ke-13 Masihi.
Kemasukan agama Islam telah menyumbang kepada penghasilan karya-karya
sastera yang lebih bernilai kerana karya-karya tersebut dapat dirakam dalam
bentuk tulisan yang dibawa bersama-sama dengan kedatangan agama Islam.

Pada tahap ini karya-karya yang dihasilkan memperlihatkan ciri-ciri ajaran


Islam yang sepenuhnya dan seboleh-bolehnya tidak terdapat unsur-unsur asing
seperti Hindu-Buddha. Menurut Siti Hawa Salleh (1993) karya-karya sastera
berunsur Islam yang terkenal ialah Hikayat 1001 Malam, Hikayat Darmata'siah,
Hikayat Qamar al-Zaman dan Hikayat Hassan Damsyik.

Tradisi sastera di alam Melayu dikatakan bermula sejak awal abad Masehi lagi. Bahkan
menurut Boris Parnikael, sastera dalam bentuk lisan telah wujud di alam Melayu sejak 2000
tahun Sebelum Masehi lagi yakni sebelum kemasukan pengaruh Hindu-Buddha dan agama luar.
Sastera awal khususnya dalam bentuk lisan berkaitan rapat dengan unsur-unsur magis dan ritual
yang diamalkan dalam budaya masyarakat alam Melayu. Ia berkembang kepada puisi-puisi doa,
puisi lirik yang dinyanyikan dan persembahan cerita.

Di kawasan peradaban masehi terawal wilayah alam Melayu iaitu wilayah peradaban
Kantoli-Jambi-Sriwijaya, tradisi tulisan telah wujud sebelum kemasukan pengaruh Hindu
Buddha lagi. Kegiatan sastera tulisan berkembang setelah itu dengan kemasukan pengaruh Hindu
Buddha. Pada tahun 400 Masehi sudah ada batu bertulis dan tulisan batu bersurat dalam bahasa
Melayu kuno-Sanskrit ini berterusan sehingga berakhirnya kerajaan Sriwajaya. Antara batu
bersurat yang sangat penting di wilayah Sriwijaya ini ialah Batu Bertulis Kedukan Bukit, Sungai
Musi, Palembang (683), Batu Bertulis Talang Tuwo, Minangkabau (684), dan Batu Bertulis Kota
Kapur, Pulau Bangka (686). Batu-batu bertulis terpahat dalam tulisan Pallava membawa
maklumat dalam bahasa Melayu kuno dengan campuran kata-kata dari bahasa Melayu kuno dan
Sanskrit.

47
Batu bertulis atau inskripsi Sriwijaya ini boleh dikatakan bentuk sastera terawal di
wilayah alam Melayu yang ditemui setakat hari ini. Dari segi linguistik inskripsi-inskripsi
tersebut merupakan teks Melayu yang paling tua, dan demikian juga dengan inskripsi-inskripsi
Cam, iaitu teks yang paling tua dalam satu bahasa daripada rumpun Melayu-Polinesia. Inskripsi
Kedukan Bukit (terletak di kaki Bukit Seguntang), yang terdiri daripada 10 baris, menceritakan
perjalanan mencari kejayaan (siddhayatra) seorang raja dari Minanga Hamvar, dan apabila
sampai di tempat yang ditujuinya itu, Baginda mendirikan negeri Sriwijaya. Inskripsi Kedukan
Bukit (683M) ini menyampaikan cerita berkaitan sejarah kedatangan membuka atau menakluki
kerajaan Sriwijaya oleh seorang raja.

Jelas cerita ini merupakan hasil kesusasteraan Melayu yang tertua. Bentuk sastera begini
berterusan dalam inskripsi-inskripsi Sriwijaya yang lain seperti inskripsi Talang Tuwo
(Palembang, 684M), Inskripsi Karang Brahi (Jambi) dan Inskripsi Kota Kapur (Bangka, 686 M).
Ia membawa bentuk sastera tradisi besar iaitu sastera yang berkisar kepada keperwiraan raja,
kisah istana, dan bantuan dewa-dewa. Inskripsi Talang Tuwo adalah sebuah pranidhana iaitu doa
dan permintaan yang diarahkan kepada Buddha, yang dihasilkan dalam bahasa yang puitis.

Inskripsi Kota Kapur merupakan bentuk puisi-mentera yang berkaitan dengan unsur-
unsur magis. Inskripsi-inskripsi ini menjelaskan tentang kehadiran sastera yang terawal di alam
Melayu. Ia ditulis dalam bahasa istana, yang merupakan bahasa Melayu-kuno yang telah diserapi
pengaruh bahasa Sanskrit. Dalam pada itu, kepentingan besar inskripsi ini ialah usaha
mengakasarakan bahasa penting wilayah alam Melayu yakni bahasa Melayu-kuno seterusnya
mewujudkan tradisi tulisan di alam Melayu.

Perkembangan peradaban budaya khususnya dengan kemunculan tradisi tulisan di


wilayah teras alam Melayu itu memberikan kesan yang besar terhadap kawasan lain di wilayah
alam Melayu termasuk kepada bangsa Jawa. Sriwijaya dengan kebudayaannya yang cukup tinggi
amat berpengaruh ke atas bangsa Jawa kuno. Puncak kepada usaha saling memanfaatkan
peradaban budaya antara kerajaan Melayu Sriwijaya dan kerajaan Jawa kuno Sailendra ialah
pembinaan Candi Borobudur di Jawa. Agama Buddha merupakan pengaruh yang jelas dari
kerajaan Melayu Sriwijaya. Pengaruh Buddha dari Sriwijaya ini disinkretiskan dengan amalan
pemujaan nenek moynag oleh raja-raja Sailendra.

47
Kedatangan Islam yang membina sebuah peradaban baru yang dikenali sebagai
peradaban Melayu, bukan sahaja merubah pandangan hidup, budaya dan konsep serta falsafah
bangsa Melayu berfahaman Hindu Buddha sebelum ini tetapi juga telah melahirkan bahasa
tulisan Melayu yang paling maju di wilayah alam Melayu atau nusantara ini. Bahasa Melayu
yang menggunakan aksara jawi mewujudkan sistem tulisannya yang tersendiri, yakni sistem
tulisan Arab yang disesuaikan dengan persekitaran tempatan. Peradaban baru yakni tamadun
Islam ini sekaligus memansuhkan sistem tulisan Melayu kuno berserta bentuk sastera Hindu
Buddhanya sekali. Bahasa Sanskrit juga hilang daripada menjadi kegunaan suci bangsa Melayu.
Meninggalkan kata-kata Sanskrit yang menyerap masuk ke dalam perbendaharaan kata Melayu
yang kaya dan maju ketika itu.

Kewujudan peradaban atau tamadun Islam di wilayah alam Melayu ini turut melahirkan
genre sastera baru yang mengambil pengaruh dari tradisi kebudayaan Islam yang luas dan maju
itu. Antara genre sastera yang mencerminkan pengaruh atau peribadi tamadun Islam alam
Melayu ini ialah genre cerita hikayat. Genre hikayat dikatakan adalah hasil pengaruh dengan
kebudayaan Parsi-Islam berdasarkan satu karangan dalam bahasa Parsi berjudul Hekayate
Mohammade Hanafiye , yang kemudian turut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan
judul Hikayat Muhammad Hanafiah.

Perkembangan genre hikayat dalam sastera Melayu ini mempunyai pembahagian yang
unik. Ia boleh dikatakan dapat dikategorikan kepada tiga bahagian. Pertama, hikayat yang
memperlihatkan pengaruh Hindu seperti Hikayat Seri Rama, Hikayat Pandawa Lima, Hikayat
Sang Boma dan sebagainya. Kedua, hikayat yang memperlihatkan wajah tempatan seperti
Hikayat Malim Deman, Hikayat Dewa Muda, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Anggun
Che Tunggal dan sebagai. Termasuk juga dalam bahagian ini ialah hikayat yang memperlihatkan
pengaruh sastera Jawa seperti Hikayat Bunga Rampai, Hikayat Panji Semirang, Hikayat Cengkel
Wanang Pati dan sebagainya. Sementara bahagian ketiga memperlihatkan hikayat yang
memperlihatkan pengaruh Islam seperti Hikayat Muhamad Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah,
Hikayat Tamim Al-Dari dan sebagainya.

Perkembangan sastera Melayu seterusnya banyak dibentuk oleh sifat dan prinsip Islam.
Sehingga perkembangan besar sastera Melayu pada abad ke-16 hingga abad ke-19, menyaksikan

47
kebangkitan sastera Islam di wilayah alam Melayu atau nusantara Barat ini. Pada zaman
keagungan dan keemasan sastera Melayu ini lahir genre baru sastera seperti syair, gurindam,
pantun, nazam dan paling penting dalam melihat aras tamadun Islam ini ialah sastera kitab atau
penulisan kitab. Maka lahirlah syair-syair besar dan hebat di tangan Hamzah Fansuri seperti
Syair Burung Pingai, Syair Perahu, Syair Sidang Fakir dan sebagainya. Selain daripada bentuk
sastera yang begitu banyak dalam khazanah sastera Melayu, satu genre penulisan baru di alam
Melayu ini muncul. Genre penulisan ini ialah penulisan kitab Islam, yang adakalanya ditulis
dengan bahasa yang puitis dan indah sehingga ia adakalanya juga disebut sebagai sastera kitab.
Maka lahirlah karya seperti Syarab al-Asyikin, Asrar al-Arifin karya Hamzah Fansuri; Mir’at al-
Mumin oleh Syamsudin al-Sumaterani; Bustan as-Salatin oleh Nuruddin ar Raniri; Tajus Salatin
oleh Bukhari al-Jauhari dan sebagainya.

Namun keagungan sastera Melayu muncul di semenanjung Tanah Melayu apabila muncul
sebuah peradaban besar Islam di Selat Melaka dengan lahirnya Empayar Kesultanan Melayu
Melaka. Perkembangan ilmu dan kehadiran ramai ilmuan Islam di Melaka menjadikannya bukan
sahaja pusat penyebaran Islam di alam Melayu tetapi juga pusat sastera Melayu yang tiada tolok
bandingnya. Dua mahakarya besar yang lahir dari warisan tradisi sastera Kesultanan Melayu
Melaka ialah Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah; dituruti oleh deretan ribuan karya hikayat,
syair dan pantun yang lain di seluruh bahagian daerah Islam di wilayah alam Melayu. Dengan
sendirinya daerah Selat Melaka pada zaman kebudayaan pesisir ini dapat disebut sebagai daerah
yang khas bagi bahasa Melayu, sama ada lisan mahupun tulisan .

Melaka dapat dikatakan sebagai pengganti Sriwijaya dalam konteks kekuasaan kerajaan
Melayu dan pengaruh kebudayaan Melayu khususnya penyebaran bahasa Melayu sebagai bahasa
pesisir yakni bahasa dagang yang maju. Di pesisir Kalimantan pengaruh bahasa Jawa dan juga
sastera Jawa dalam kerajaan Banjar berkurang dan dilebihi oleh pengaruh bahasa dan sastera
Melayu. Sepertimana berlaku di Jambi dan Palembang yang suatu ketika ditakluki oleh kuasa
Majapahit, kini menyaksikan pengaruh bahasa dan sastera Melayu oleh pengaruh yang
disebarkan dari Melaka.

Di utara Semenanjung Tanah Melayu, bahasa Melayu bertulisan jawi meluas sampai ke
daerah Ligor dan Patani. Pengaruh paling jelas ialah lahirnya Hikayat Patani yang mutu seninya

47
tidak kalah dibandingkan dengan Sejarah Melayu. Sementara di Campa, penduduk Campa yang
merupakan kelompok bangsa Melayu tua telah menerima Islam sebagaimana saudara mereka di
wilayah semenanjung dan kepulauan Melayu. Bangsa Melayu-Campa yang menganut Islam ini
telah menterjemah beberapa karya sastera Melayu klasik ke dalam bahasa Cam.

Sebagai kesimpulannya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Harun Mat Piah


kesusasteraan Melayu tradisional merujuk kepada karya yang mempunyai ciri-ciri seperti :
1. Bersifat kolektif dan dianggap sebagai milik bersama masyarakat
2. Hasil karya bersifat feudal
3. Karya yang terbatas pencipta dan khalayak
4. Dihasilkan sebelum 1800.
5. Bersifat fungsional
6. Pelbagai genre
7. Perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional tidak dibatasi oleh zaman, tarikh dan waktu.
8. Gaya bahasa berbeza daripada gaya bahasa kini
9. Hasil karya mempunyai nilai tersendiri kepada masyarakat yang mewarisinya.
10. Bentuk dan cirinya menjadi tradisi yang mantap
11. Persoalan yang dibawa oleh karya tersebut mempunyai struktur formal yang terikat.
12. Hasil karya yang bersifat statis kerana tidak memperlihatkan keragaman tema dalam sesuatu
genre

Sebagai rumusannya dapat lah dikatakan bahawa sastera ialah karya seni kreatif hasil
ciptaan manusia menggunakan bahasa yang indah, halus dan menarik serta memberi kesan
kepada pembaca/penonton. ia merupakan hasil pemikiran seni yang berkualiti yang
diterjemahkan sama ada dalam bentuk lisan, penulisan, prosa, puisi, naratif dan non-naratif.
karya sastera berbeza dengan hasil-hasil penulisan akademik atau non-akademik lain kerana
tidak mempunyai variasi bahasa serta kesan langsung dan tidak langsung kepada
pembaca/penonton.

Pengertian Kesusasteraan Melayu Tradisional Kesusasteraan Melayu tradisional


merupakan satu bidang kajian yang sangat luas dan sentiasa berkembang dan melahirkan

47
penemuan-penemuan baru yang pelbagai sifatnya. Menurut Profesor Ismail Hussein;
kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala kesusasteraan yang berbentuk lisan atau
bertulis tetapi tidak bercetak.

4.0 Fungsi sastera dalam masyarakat

Karya-karya kesusasteraan dihasilkan oleh pengarangnya bertujuan untuk dinikmati dan dihayati
oleh khalayak. Khalayak adalah masyarakat yang menggunakan hasil-hasil kesusasteraan
tersebut yang berhubungan langsung dengan pengarang. Bagi seseorang pengarang, amat perlu
baginya untuk mengetahui jenis karya yang diperlukan oleh khalayak kerana pengetahuan
pengarang akan menentukan apa yang dihasilkannya itu diterima atau tidak oleh khalayak.
Dengan kata lain, pengetahuan pengarang itu merangkumi tujuan-tujuan khalayak menikmati
dan menghayati karyanya dan sejauhmanakah karya itu memberikan fungsi yang tertentu kepada
khalayak.

4.1 Fungsi asas sastera dalam masyarakat

Sarjana kesusasteraan menyimpulkan bahawa sekurang-kurangnya kesusasteraan mempunyai


dua fungsi yang jelas:

4.1.1.Pendidikan/Pengajaran/Didaktik
4.1.2.Kepuasan estetik.

4.1.1 Kesusasteraan Berfungsi Sebagai Alat Pendidikan

Memang tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya kesusasteraan


sebenarnya sarat dengan unsur pendidikan/pengajaran/didaktik. Pengarang-

47
pengarang yang menghasilkan sesuatu karya sastera merupakan sekumpulan
manusia yang telah menimba banyak pengalaman.

Pengalaman-pengalaman para pengarang ini diterjemahkan melalui kisah-


kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum didalamnya pelbagai bidang ilmu
seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Pengalaman mereka ini dijadikan
prosa atau puisi dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran,moral atau ilmu
pengetahuan yang tinggi nilainya.

Apabila khalayak menikmati karya-karya mereka secara tidak langsung


unsur pengajaran atau ilmu pengetahuan itu diserap oeh pembaca dan boleh
membentuk personaliti pembaca ke arah kebaikan.

4.1.2 Kesusasteraan Berfungsi Memberi Kepuasan Estetik.

Apakah itu kepuasan estetik? Sebelum pergi lebih jauh, ada baiknya dicari
dahulu maksud dan asal kata estetik. Dalam bahas Melayu estetik juga disebut
estetika. Ia diambil dari kata Inggeris "aesthetic". Orang Inggeris juga sebenarnya
meminjam perkataan tersebut daripada budaya Greek aisthanesthai yang boleh
diertikan sebagai to preceive. Bernard Bosanquet menyatakan bahawa estetik
adalah falsafah keindahan yang sudah bermula sejak zaman Greek, yang dimulai
oleh Socrates.

Di dalam ensiklopedia internet Wikipedia mengatakan estetik merupakan


kajian deria atau nilai deria - emosi, ataupun timbangan sentimen dan cita rasa.
Estetik merupakan subdisiplin aksiologi, sesuatu cabang falsafah dan sering
dikaitkan dengan falsafah seni. Hashim Awang mendefinisikan estetik dalam
Glosari Mini Kesusasteraan sebagai "Kajian atau sains tentang keindahan dalam
sastera atau seni lainnya.

Dengan maksud ringkas di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa


kepuasan estetik adalah satu bentuk perasaan indah yang muncul sama ada dalam
diri penulis ataupun pembaca. Penulis cerita akan merasa tenteram dan damai

47
apabila mampu menghasilkan sesuatu cerita yang dapat menyentuh perasaannya
dan juga pembaca dari segi isi ceritanya mahupun aspek-aspek lain penulisannya.
Bagi pembaca pula, dengan membaca karya yang mempamerkan keindahan akan
merasa satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dalam dirinya.

4.2 Fungsi sastera dari sudut persoalan dan latar masyarakat

Kesusasteraan  dan masyarakat  mempunyai  hubungan yang amat  erat.  Sesebuah karya

kesusasteraan   dibina   oleh   persoalan­persoalan   yang   dipetik   daripada   rencamnya   kehidupan

sesuatu   masyarakat.   Pengarang   atau   pencipta   akan   menjalin   persoalan­persoalan   daripada

kehidupan masyarakat tersebut hingga menjadikannya satu rantaian peristiwa yang mempunyai

kesenimbungan antara satu sama lain dan akhirnya membentuk sebuah karya. 

Dalam   usaha   memasukkan   persoalan­persoalan   itu,   pengarang   secara   langsung   turut

memasukkan gambaran latar masyarakat untuk menjadikan setiap persoalan itu signifikan dan

relevan serta nampak realistik. Kajian ke atas persoalan dan latar masyarakat merujuk kepada:

4.2.1)   Keagungan raja dan negara 

Satu perkara yang tidak boleh dinafikan dalam karya­karya tradisional Melayu

ialah raja diletakkan pada kedudukan yang tinggi. Keagungan raja dan negara diangkat

menjadi persoalan utama dalam karya­karya kesusasteraan. Oleh itu, raja di diberikan

gambaran­gambaran   hebat   termasuklah   diwarnai   dengan   unsur­unsur   dongeng   dan

mitos. Sejarah   Melayu   misalnya;   mengaitkan   nasab   raja­raja   Melaka   dengan   Iskandar

Dzulkarnain dari Makadunia. 

47
Selain itu, keagungan raja juga digambarkan oleh pengarang­pengarang sastera

Melayu tradisional melalui peristiwa yang dianggap penting. Dalam Hikayat Raja­raja

Pasai, Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa misalnya, terdapat peristiwa­

peristiwa   ajaib   tentang   proses   pengislaman   raja­rajanya.   Misalnya,   mereka   bermimpi

bertemu   Nabi   Muhammad,   diludahi   mulut   mereka   oleh   Baginda   dan   tiba­tiba   boleh

mengucap dua kalimah syahadat dan juga kejadian brrkhatan melalui mimpi.

Dalam   soal   kenegaraan   pula,   bangsa   Melayu   mempunyai   konsep   khas   untuk

negeri(negara)  Kewujudan  sesebuah negeri  hanya diiktiraf  jika  negeri  itu mempunyai

raja. Raja yang tidak bernegeri tidak diterima ke­raja­annya. Dengan kata lain, keagungan

sesebuah negeri itu bergantung kepada kehebatan rajanya. Kewujudan sesebuah negeri

dikaitkan dengan peristiwa aneh atau menakjubkan, misalnya pembukaan Melaka yang

berdasarkan kejadian pelanduk menendang anjing perburuan Parameswara.

4.2.2)  Kepahlawanan

Persoalan ini menjadi inti utama sastera epik, sastera sejarah, sastera lisan dan

sastera   panji.   Secara   logiknya,   sesebuah   negeri   tidak   akan   dapat   mempertahankan

kewujudannya tanpa kehadiran seorang pahlawan yang hebat dan terbilang. Kehebatan

watak   tradisional   melibatkan   gambaran   ciri   fizikal   bentuk   tubuh   badan   mereka   dan

ketangkasan   mereka   di   medan   pertempuran   khususnya   dalam   pertarungan   senjata,

misalnya watak Hang Tuah, yang yang memiliki sifat kepahlawanan yang tiada tolok

bandingnya. 

47
Selain itu, gambaran kehebatan dengan bantuan atau dengan ciri­ciri tambahan

seperti penguasaan ilmu muslihat perang, dibekalkan senjata luar biasa atau sifat­sifat

peribadi dan tabiat yang tertentu. Aspek kepahlawanan yang digambarkan dilihat atau

dinilai berdasarkan kaca mata sezaman. Oleh sebab pada zaman itu kudrat fizikal adalah

segala­galanya dalam usaha mempertahankan maruah diri dan bangsa umumnya,maka

kecendurangan pengarang mengangkat watak­wataknya dengan segala keluarbiasaan dan

kehebatan tidak relevan dengan latar sezamannya. 

(4.2.3) Kesetiaan rakyat

Persoalan kesetiaan  rakyat banyak diterapkan  dalam  karya­karya kesusasteraan

Melayu tradisional. Setia menjadi satu persoalan pokok yang terpancar daripada cerita­

cerita tradisional. Watak Hang Tuah  adalah lambang kesetiaan rakyat yang mutlak dan

watak   ini   sebenarnya   sekadar   mewakili   rakyat   berketurunan   Melayu   dalam

menyempurnakan   waadat   yang   termeterai   antara   Demang   Lebar   Daun   dengan   Sang

Sapurba seperti mana yang tercatat dalam Sejarah Melayu. Dalam episod itu, Demang

Lebar Daun   bersumpah untuk menumpuhkan segala ketaatsetiaan yang tidak berbelah

bagi   kepada   rajanya,   manakala   di   pihak   Sang   Sapurba   pula   telah   bersumpah   jika

keturunannya menganayai rakyat, akibatnya negara akan runtuh.

(4.3.4)  Panduan untuk raja, pembesar, dan rakyat

Tanpa peraturan manusia akan hidup dalam keadaan terumbang­ambing dan tidak

teratur. Peraturan dan hukum akan mengawal tingkah laku dan perbuatan manusia.  Satu

lagi  klasifakasi  sastera   Melayu  tradisional   ialah   sastera  ketatanegaraan   yang  dikarang

khusus   untuk   memberikan   panduan   kepada   raja,   pembesar   dan   rakyat   menjalankan

47
tanggungjawab   masing­masing   dalam  hidup  bermasyarakat,  bernegara   dan berbudaya.

Dua buah karya utama dalam klasifikasi ini ialah Tajus salatin atau Mahkota Segala Raja­

raja   karangan   Bukhari   al­Jauhari   dan   Bustanus   salatin   atau   Taman   Segala   Raja­raja

karangan syeikh Nuruddin al­Raniri.

                                                        

Kewujudan kedua­dua buah karya ini jelas membuktikan bahawa dalam usaha

membina   sebuah   kerajaan   dan   negara,   antara   prasyarat   yang  diperlukan   ialah   adanya

panduan   untuk   mentadbir   dan   menjalankan   tanggungjawab   masing­masing,   sama   ada

sebagai raja, pembesar mahupun rakyat jelata. Kedatangan Islam ke alam Melayu telah

menyedarkan  masyarakat Melayu akan perlunya satu panduan, khususnya tentang ilmu

ketatanegaraan  berlandaskan nilai dan norma yang dipersetujui  bersama atas  landasan

agama Islam. 

Selain   ditulis   dalam   kitab­kitab   ketatanegaraan,   pengarang­pengarang   turut

memuatkan panduan untuk Raja, pembesar dan rakyat secara tidak langsung dalam karya

sastera lain. Contohnya yang terdapat dalam Sejarah Melayu. Selain itu pengarang turut

menyelitkan   kritikan   halus   sebagai   panduan,   misalnya   tentang   kegagalan   peminangan

Puteri   Gunung   Ledang   yang   menempelak   juga   kerakusan   nafsu   Sultan   Mahmud

Mahmud(dalam sejarah melayu)dan juga bencana yang menimpa Sultan Ahmad apabila

membunuh puteranya sendiri(dalam Hikayat Raja­raja Pasai)

(4.3.5) Keagamaan dan kepercayaan

Bangsa   Melayu   melalui   tiga   fasa   kepercayaan   dan   keagamaan,   iaitu   bermula

dengan   animisme,  Hindu­Buddha   dan  Islam.  Kesemuanya  terpancar  dalam   hasil­hasil

47
kesusasteraan.   Kedatangan   pengaruh   agama   dan   budaya   Islam   ke   alam   Melayu   telah

mencorakkan   satu   bentuk   sistem   kepercayaan   dan   kebudayaan   baru   di   kalangan

masyarakat   Islam   sebagai   agama   yang   menyeluruh   telah   tersebar   begitu   pesat   sekali

sehinggakan dalam tempoh tidak sampai satu abad, hampir seluruh alam Melayu telah

diislamkan. Kejayaan ini banyak bergantung pada strategi penyebaraan dan pendekatan

yang digunakan oleh para pendakwah dan mubaligh Islam yang datang khususnya dari

benua Arab dan India. 

Secara umumnya, selain persoalan keagamaan yang begitu dominan dalam karya­

karya pengarang sastera Melayu tradisional khususnya selepas kedatangan Islam, unsur­

unsur kepercayaan  lain  terus  subur dalam  hasil­hasil  karya sastera  melayu  yang lain.

Kepercayaan animisme misalnya tetap menjadi pilihan pengarang atau pencipta sesebuah

karya.Persoalan ini banyak dilihat dalam cerita­cerita lisan seperti mitos, lagenda dan

cerita   rakyat.   Antaranya   cerita­cerita   yang   menonjolkan   unsur   sistem   kepercayaan

animisme  misalnya   cerita   Asal  Usul Dunia,  cerita  Semangat   padi,  cerita   Badang  dan

cerita   Langsuir.Unsur­unsur   ini   juga   banyak   terdapat   dalam   manifestasi   jampi   dan

mantera   serta   ditemui   dalam   cerita­cerita   penglipur   lara,   yang   diselitkan   dalam

pengambaraan dan cabaran­cabaran yang dihadapi oleh wira dan wirawati.

(4.3.6) Pendidikan/moral

Hakikat bahawa sastera Melayu tradisional menjadi media pendidikan masyarakat

pendidikan masyarakat Melayu lama adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Pada

zaman   tiada   instutisi   pendidikan   yang   formal   ,selain   terdidik   daripada   pengalaman

sendiri, masyarakat juga dapat menimba ilmu pengetahuan dengan mendengar cerita dan

47
pengalaman orang lain dalam kelompok asing. Di sinilah terletak peranan pengarang atau

pencipta hasil sastera zaman itu. 

Penyampaian   mesej   pendidikan   dan   moral   dibuat   dengan   berhati­hati   .Adalah

penting bagi pengarang atau pencipta karya supaya memilih isu yang sesuai, bahasa yang

berseni   dan   berlapik   serta   situasi   pengucapan   atau   penyampaian   yang   tepat.   Itulah

sebabnya mesej­mesej pendidikan ini banyak disusun   dalam bentuk puisi termasuklah

pantun,   gurindam,   seloka,   peribahasa,   masnawi,   nazam,   berzanji,   rubai,   rejang   dan

teromba.   Bentuk  puisi  yang  ternyata   lebih  ringkas   berbanding  prosa. Seseorang  yang

telah   melakukan   salah   boleh   dinasihati,   disindir   dan   ditegur.   Pengunaan   diksi   yang

bersifat konotatif dalam puisi­puisi tersebut dapat mengurangkan kesan emosi terhadap

seseorang yang ditegur.

(4.3.7) Gambaran masyarakat 

Secara   keseluruhan,   hasil­hasil   sastera   melayu   tradisional   adalah   satu­satunya

bentuk   dokumentasi   yang   boleh   menjadi   rujukan   untuk   melihat   corak   hidup   dan

gambaran masyarakat   zaman silamnya. Justeru tidak terdapat sebarang bentuk catatan

kecuali   sedikit   sebanyak yang terpahat pada dinding gua, hasil­hasil sastera sama ada

lisan atau bertulis merupakan sumber utama penelitian antropologi manusia Melayu.

Satu   lagi   perkara   yang   ketara   tentang   kecenderungan   pengarang   memasukkan

gambaran masyarakat dalam karya mereka ialah untuk menjadikannya sebagai pedoman

kepada   generasi   akan   datang.   Hal   ini   bersesuaian   dengan   motif   penciptaan   sesebuah

karya sastera itu sendiri iaitu memberikan pedoman kepada masyarakat tentang nilai dan

norma yang luhur dan wajar dipupuk merentasi batas zaman.

47
4.4 Unsur-unsur karya sastera dalam masyarakat Melayu

Sebuah karya sastera yang bermutu biasanya mengandungi enam unsur utama: hiburan,
didaktik, imaginasi, emosi, intelek dan teknik. Keenam-enam unsur ini hadir secara bersama
dan ada masanya tidak dapat dipisahkan kerana ia sering saling berkait. Bagaimanapun, ada
kalanya tidak kesemua unsur berkenaan hadir dalam sebuah karya.

i) Hiburan (entertainment)

Merupakan fungsi asas bagi sesebuah karya sastera. Fungsi ini lebih nyata dalam sastera
lisan; misalnya si nenek bercerita kepada cucu-cicitnya. Kita juga sering menonton
televisyen dan membaca buku komik bagi menghiburkan hati serta menenangkan jiwa.

.
Karya sastera juga berupaya menjadi bahan hiburan yang bermutu. Cerpen dan
novel remaja, misalnya, menyajikan bahan bacaan ringan. Plotnya tidak kompleks.
Temanya adalah biasa sahaja. Konflik yang timbul tidak memaksa kita berfikir secara
mendalam. Selalunya ada ending yang memberi kepuasan kepada pembaca yang
mahukan hiburan.
.
Perlu diingatkan bahawa kategori hiburan adalah berbeza antara seorang pembaca
dengan seorang pembaca lain. Malah sebuah karya serius masih boleh dibaca sebagai
sebuah karya yang menghiburkan. Ia tidak pula menjatuhkan nilai dan martabat karya
berkenaan. Sebaliknya menunjukkan betapa karya berkenaan bersifat subjektif dan
fleksibel.

47
ii) Didaktik (moral).
.
Selain menghibur, karya sastera juga harus berupaya mendidik pembaca; terutama
remaja. Dalam hal ini, karya sastera memiliki unsur didaktik (moral). Bagaimanapun,
unsur pengajaran harus disampaikan secara halus melalui mesej yang tersirat dan
bukannya secara berkhutbah. Nilai, moral dan tatasusila yang diterapkan melalui karya
sastera haruslah disampaikan secara tidak langsung.
.
Karya-karya tahun 1930-an dan 1940-an ada antaranya yang terlalu
mementingkan nilai didaktik sehingga hilang nilai seni sebagai sebuah karya sastera.
Cuba perhatikan contoh cerpen Cerita Balasan Kebajikan Kelebihan Orang Yang Murah
Hati Pada Perkara Agama (Kehidupan Dunia Akhirat, 15 Disember 1935). Penulis
mengakhiri cerita dengan menyenaraikan unsur-unsur moral yang terkandung di dalam
karyanya!
.

Daripada cerita ini dapatlah kita buah pandangan yang berharga seperti di bawah
ini,

1. Tentang pergaulan isteri yang ikhlas dan mesra dan tiada rela melihat
suaminya di dalam kesusahan dan reda sama-sama susah.

2. Betapa susahnya orang yang berhutang. Masa berhutang senang, bila


hendak membayar sangat susah.

3. Balasan membuat perkara yang kebajikan diserta dengan ibadat yang


khusyuk dan tawaduk serta berserah kepada Tuhan.
.
Kita haruslah berwaspada agar tidak menulis mengikut gaya di atas. Sebaliknya
Kita perlu berusaha menyampaikan unsur didaktik, mesej atau pengajaran secara tidak
langsung; secara yang tersirat.
.

47
Sebuah karya sastera yang bermutu memang kaya dengan nilai moral dan
didaktik. Tetapi segalanya disampaikan secara tidak langsung melalui dialog, monolog,
tindakan, aksi, tema dan teknik-teknik lain yang lebih bersahaja.
.
iii) Imaginasi (imagination)

Karya sastera adalah berciri imaginatif. Maka, imaginasi (imagination) adalah satu lagi
unsur dalam karya sastera. Kita tentu telah biasa dengan unsur ini, tetapi untuk makluman,
unsur imaginasi dalam karya sastera tidak merujuk pada khayalan semata-mata.
.
Keupayaan pengarang mengungkapkan semula realiti dalam karya sastera yang
dihasilkannya juga memerlukan imaginasi. Pertama, kita perhatikan dulu unsur imaginasi
berupa khayalan. Semasa menulis cerpen, anda mungkin membayangkan sebuah cerita.
Cerita itu lahir daripada khayalan. Kita akan memilih watak-watak untuk mendukung cerita
anda. Watak-watak itu juga selalunya khayalan semata-mata. Latar tempat yang digunakan
turut merupakan tempat yang anda reka sendiri.
.
Cerita, latar dan watak yang anda gunakan itu lahir daripada khayalan anda; imaginasi
anda. Jadi karya yang terhasil adalah berciri imaginatif. Watak kemukakan tidak wujud dalam
realiti. Latar tempat yang disebutkan hanyalah khayalan semata-mata. Kisah yang dipaparkan
juga adalah rekaan dan khayalan semata-mata. Itulah imaginasi.

Cerita mungkin berlatarkan sebuah alam lain: angkasa lepas, dasar laut, alam bunian,
kayangan atau alam mimpi. Bagaimanapun, kita tidak semestinya mencipta segala latar
tempat dan watak daripada imaginasi semata-mata.
.
Ambil watak guru di sekolah dan ubahsuai sedikit untuk dijadikan watak bagi cerita itu.
Atau ambil watak dan perwatakan jiran anda dan ubahsuai untuk dijadikan watak pengetua
dalam cerpen yang anda tulis. Gunakan imaginasi. Kali ini, bukan imaginasi berupa khayalan
tetapi imaginasi yang kreatif dan terarah. Bukan lagi khayalan mengenai UFO dan makhluk
dari Marikh tetapi kemampuan menjadikan sekolah dan guru anda sebagai bahan dalam
cerpen yang dihasilkan secara kreatif.

47
.
Imaginasi juga penting untuk menggambarkan semula sesuatu latar, watak atau
peristiwa yang berlaku untuk tatapan pembaca. Misalnya, katakanlah anda mahu
menggambarkan suasana di pasar malam. Masakan anda hanya menulis begini: Keadaan di
pasar malam itu sangat sibuk dan bising. Sebaliknya anda harus mampu membuatkan
pembaca membayangkan suasana sebenar yang ingin anda gambarkan. Jika anda mampu
membuatkan pembaca melihat, merasai, menghidu serta mendengar suasana sibuk, bising
dan hanyir di pasar malam, maka anda berjaya mengeksploitasi imaginasi anda untuk
berkarya.
.
Imaginasi juga penting dalam menggambarkan watak dan perwatakan. Apabila selesai
membaca sebuah karya, pembaca seharusnya sudah boleh membayangkan rupa fizikal serta
sifat dan perangai watak dalam karya yang dibaca. Pembaca sudah tahu rambutnya begini,
gaya cakapnya begini, mimik mukanya begini, gaya jalannya begini dan seterusnya.
.
Ia membuktikan bahawa anda berjaya menggunakan imaginasi sebagai seorang pengarang
untuk mengemukakan satu watak yang benar-benar hidup; lalu pembaca boleh menggunakan
daya imaginasi mereka untuk melihat watak berkenaan.
.
iv) Intelek

Seterusnya, sebuah karya sastera tidak berguna jika ia tidak memiliki unsur intelek. Unsur
intelek mungkin ditemui dalam satu ayat, satu perenggan, satu halaman atau dalam mesej
keseluruhan selepas selesai membaca sebuah cerpen.
.
Sebuah karya sastera harus malah wajib merangsang pembaca berfikir. Pembaca tidak
boleh pasif. Sebaliknya dipaksa supaya berfikir secara aktif mengenai apa yang berlaku
dalam cerita, mengapa satu watak berbuat demikian, apa yang berlaku dalam cerita dan
sebagainya.

47
Unsur intelek dalam cerpen boleh jadi merujuk pada moral yang dikemukakan; pembaca
diajak untuk memikirkan mesej yang disampaikan. Ada falsafah atau pembaca dipaksa
mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh satu watak. Pembaca memprotes kesudahan
cerita. Pembaca memikirkan sendiri kesudahan cerita. Pembaca terangsang untuk berfikir.
Inteleknya tercabar dan dicabar.
.
Untuk memungkinkan kewujudan unsur intelek dalam karya, perlu ada penulis yang intelek
dan pembaca yang juga intelek. Atau secara kasar: penulis dan pembaca yang mempunyai
otak dan tahu menggunakan otak untuk berfikir.
.
v) Emosi (emotion)

Unsur emosi pula merupakan unsur yang membezakan karya sastera dan non-sastera
secara mutlak. Karya ilmiah tidak mementingkan perasaan atau emosi. Kita tidak dituntut
berasa sedih atau gembira semasa membaca buku Fizik dan Ekonomi. Kita tidak terasa
suspen sewaktu membuat latihan Matematik Tambahan atau membuat graf Pengajian Am.
.
Sebaliknya sebuah karya sastera boleh memainkan perasaan dan mengusik emosi
pembaca. Kita mungkin turut membenci watak Patriarch sewaktu membaca novel Patriarch
(1991). Kita mungkin terasa sedih apabila watak dalam cerita meninggal dunia. Antara emosi
yang biasa adalah: sedih, gembira, menyampah, hairan, terkejut, benci, cemburu, terharu,
tidak percaya, protes, dilema, kebingungan dan lega. Segala emosi ini mungkin dialami oleh
watak dalam cerita atau dialami oleh pembaca semasa membaca cerita berkenaan.

vi) Teknik

Kita tentu maklum bahawa cara menulis karya sastera tidak sama dengan cara
menulis karya ilmiah. Di sinilah teknik memainkan peranan. Teknik merujuk pada cara
sesuatu bahan disampaikan. Cara cerita disampaikan. Cara watak beraksi dan berperanan.
Cara latar tempat dilukiskan. Cara jalan cerita dibuat. Cara penulis menarik perhatian dan
minat pembaca supaya terus membaca apa yang ditulisnya.
.

47
Antara teknik penulisan yang biasa digunakan dalam karya sastera adalah teknik
dialog, monolog, sudut pencerita, imbas kembali, babakan, suspen, klimaks, plot kompleks,
naratif, gaya bahasa, ayat panjang, ayat majmuk serta istilah saintifik. Sekadar contoh,
fikirkan bagaimana anda akan menggambarkan rupa fizikal watak dalam cerpen yang anda
hasilkan. Kita boleh sahaja menggunakan teknik penceritaan langsung dengan mengatakan
bahawa watak itu tinggi, berkulit cerah, berhidung mancung dan sebagainya.

. Malkit berkulit cerah dan berhidung mancung. Tubuhnya pula tinggi.


Akan tetapi, kepalanya botak.
.
Dalam contoh di atas, teknik to tell telah digunakan di mana penulis menceritakan secara
langsung segala hal mengenai watak. Kita juga boleh menggunakan teknik pelukisan watak
secara tidak langsung. Dengan cara ini, anda tidak terburu-buru memperkenalkan rupa fizikal
watak terbabit. Sebaliknya, mungkin watak lain akan bercakap mengenai rupa fizikal watak
itu. Penulis menggunakan teknik to show iaitu menunjukkan rupa fizikal watak tersebut.

“Apa kau nak risaukan, Malkit? Hidung kau mancung; kulit cerah. Dah tu tinggi
pula macam Mat Salleh!” Osman mengusik.

“Ini?” Malkit menudingi kepalanya yang tidak berambut.


.
Penggunaan unsur teknik dalam penulisan cerpen tidak hanya terhad pada bentuk-bentuk
yang dibincangkan di sini. Seperti yang dijelaskan tadi, teknik merujuk pada apa sahaja dan
segala cara yang digunakan oleh penulis secara sedar untuk menyampaikan cerita dengan
cara yang menarik supaya dibaca oleh khalayak sehingga tamat. Apa yang pasti, teknik
menulis sebuah karya sastera berbeza daripada teknik menulis karya ilmiah.
.
Bagaimanapun, tidak pula bermakna kita tidak boleh menggunakan teknik penulisan
non-sastera dalam karya sastera. Malah jika ditangani dengan baik, ia boleh menjadi satu
penulisan yang menarik pula! Keenam-enam unsur sastera yang telah dijelaskan hiburan,
didaktik, imaginasi, intelek, emosi dan teknik adalah saling berkaitan. Biasanya adalah sukar
untuk memisah-misahkannya.
.
4.5 Fungsi sastera lisan (rakyat) dalam masyarakat

47
4.5.1. Sebagai “Alat” Hiburan

4.5.2. Sebagai “Alat” Mengajar dan Mendidik.

Hasil-hasil sastera lisan adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur


pengajaran dan pendidikan moral kepada masyarakat tradisi. Cerita-cerita lisan ini terselit
nasihat, pengajaran, teladan, yang sangat bergunasebagai panduan ke arah kesejahteraan
hidup masyarakat. Misalnya anak-anak dinasihati agar tidak mengamalkan sifat tamak,
takbur, sombong dan bongkak seperti mana yang terdapat pada sifat-sifat tertentu
binatang dalam cerita-cerita Binatang.

Melalui cerita-cerita seperti “Si Tanggang” anak-anak dididik agar tidak derhaka
kepada kedua orang tua kerana anak yang derhaka tidak akan selamat hidup di dunia dan
akhirat. Begitu juga dalam cerita-cerita roman, ditonjolkan sifat kesetiaan kepada
pemimpin, sikap dan amalan gotong-royong,kerjasama dan tolong menolong yang
banyak membawa manfaat dan keberkatan terutama dalam mengujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

4.5.3. Sebagai “Alat” Mengkritik.

Cerita-cerita lisan juga digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan atau
sindiran terhadap raja atau orang-orang bangsawan. Misalnya melalui cerita-cerita jenaka
seperti cerita Pak Kaduk,jelas menyindirkan golongan berkuasa (raja) yang bersikap
zalim, tamak, pentingkan kuasa dengan mengenepikan kesejahteraan hidup rakyat jelata.
Juga melalui cerita Pak Pandir,Lebai Malang, terselit unsur-unsur sindiran terhadap orang
yang tamak, kedekut, gilakan kuasa dan orang-orang yang sering mengambil kesempatan
atas diri orang yang lemah semata-mata untuk kepentingan nafsu dan kekayaan diri
sendiri.

4.5.4. Sebagai “Alat” Perhubungan atau Komunikasi.

Sastera lisan,terutamanya hasil-hasil karya yang berbentuk puisi menjadi alat


perhubungan yang paling istimewa untuk menyampaikan hajat. Misalnya dalam adat

47
perkahwinan, orang-orang Melayu menggunakan pantun sewaktu berkomunikasi, antara
wakil pihak pengantin lelaki dengan pihak pengantin perempuan. Pantun digunakan
sewaktu adat merisik berlangsung adat meminang dan ketika majlis persandingan.

4.5.5. Sebagai kata “Adat, Peraturan dan Pantang larang”.

Setengah kata-kata adat dan bidalan dianggap sebagai satu kemestian undang-
undang atau peraturan masyarakat yang perlu dipatuhi. Malah kata-kata tersebut menjadi
“pantang larang” dalam masyarakat.

Berdasarkan perbincangan, dapat dirumuskan bahawa kesusasteraan dapat dirujuk


sebagai hasil karya yang mempunyai mesej dan pemikiran tertentu. Sesebuah hasil karya adalah
pancaran dari kehidupan masyarakat. Selain itu , karya sastera juga dapat dikategorikan
mengikut genre. Setiap genre itu ditandai dengan ciri-ciri khususnya.

Setiap karya mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan membina keperibadian
ahli-ahli masyarakatnya. Setiap bahagian daripada unsur dan fungsi di dalamnya mempunyai
makna dalam teks karya selain berfungsi dalam kehidupan masyarakat.

5.0 Penutup

Sastera terhasil dari kesedaran dan keinginan pengarang atau masyarakatnya untuk berkongsi
maklumat dan hal-hal yang berkaitan dengan kehidupannya. Mereka menggunakan sumber
daripada persekitaran, pengalaman, pemerhatian atau pembacaannya untuk mengetengahkan
sesuatu yang menarik untuk dikongsi.

Lantaran itu sesebuah karya sastera tidak dihasilkan dengan kekosongan atau tanpa
sebab sebagaimana dijelaskan oleh Mohamad Mokhtar Hassan (2005). Beliau berpendapat

47
bahawa teks atau karya sastera adalah rakaman imaginasi pengarang yang di dalamnya sarat
dengan maklumat dan isian sama ada bersifat keintlektualan mahupun kerohanian.

Sesuatu yang dipaparkan dalam karya tersebut mempunyai tujuan dan fungsinya yang
tersendiri berdasarkan pertimbangan dan pengamatan pengarangnya. Dalam konteks ini,
Muhammad Haji Salleh (2000), berpendapat bahawa peranan dan fungsi sastera zaman
tradisional lebih luas dan pelbagai cabarannya. Beliau berpandangan bahawa fungsi
kesusasteraan pramoden ternyata lebih besar berbanding dengan fungsinya pada zaman moden
agak menipis.

Berdasarkan dua pandangan tersebut dapat dirumuskan bahawa sastera sebagai hasil
karya kreatif dan imaginatif berfungsi dan mempunyai tujuan dan fungsi tertentu
penghasilannya. Dalam hal ini beberapa sarjana tempatan melalui kajian dan tulisan mereka telah
menggariskan pelbagai berhubung dengan fungsi sastera. Antaranya, pandangan daripada Ramli
Isin, Muhammad Haji Salleh, Usman Awang dan Hashim Awang. Berdasarkan pendapat tersebut
dapat dirumuskan bahawa peranan dan fungsi sastera merangkumi aspek luaran dan dalaman
yang dapat dikesan melalui genre sastera tradisional mahupun genre moden.

47
Bibliografi

Abdul Rahman Al-Ahmadi, 2004. Tamadun Rumpun Budaya Melayu. Kuala Lumpur:
Kementerian Kebudayan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Ali Ahmad : Pengantar Pengajian Kesusasteraan, DBP. Kuala Lumpur, 1994

Ahmad Jelani Halimi, 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Dsitributors Sdn. Bhd.

Ahmad Kamal Abdullah, Mohd Thani Ahmad, Safian Hussain, Suhaimi Hj Ismail Mat
(penyunting), 1993. Ulama Silam Dalam Kenangan. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Arba’ie Sujud. 2008. Sastera Melayu Suatu Pengantar . Kuala Lumpur : Tinta Press
Sdn Bhd.

Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia BAHASA MELAYU. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

The New Encyclopædia Britannica (15th edition, Propædia ed.). 2007. pp. 5–8.

D.G.E. Hall, 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

G. Coedes, Asmah Haji Omar (peny.) & Laurent Metzger (pentj), 2009. Inskripsi Melayu
Sriwijaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah et al. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

47
Haziyah Hussein, 2006. Motif Alam Batik dan Songket Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh,
Jamilah Hj. Ahmad, 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Jamilah Hj Ahmad dan Zalila Sharif, 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala
`Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Taib Osman, 1983. Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Muhammad A. Bakar (penyelenggara), 1991. Ulama Terengganu Suatu Sorotan.


Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Teuku Iskandar, 1995. Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad. Shah Alam:
Malindo Printers Sdn

Muhammad (penyelenggara), 1988.Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa


dan Pustaka.Ali Ahmad, 1997.

Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz, 2007. Evolusi Bahasa Melayu 2000 Tahun: Dari
Zaman Purba ke Budaya Elektronik. Tanjung Malim, Perak: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Noriah Taslim, 1993. Teori Dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.Sahlan Mohd Saman, 1986. Sastera Bandingan Konsep Teori
Dan Amalan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Parnickel, Boris, 1995. Perkembangan Sastera Nusantara Serumpun (Abad ke-7 – ke-9). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sidek Fadzil, Sahlan Mohd, Sahlan, Hanapi Dollah, Mohd Pozi Hj. Masurori, Saiful Bahri Md.
Radzi, Mawar Shafei, 2001. Persuratan Melayu Lontar ke Layar lihat Siti Hawa Salleh,
”Kesusasteraan Melayu Tradisional: Liku-liku Sejarah dan Interpretasi Semula”. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Hawa Hj. Salleh, 1997. Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sabaruddin Ahmad, Punca sastera Indonesia, 1963, hal. 11

B. Simorangkir-simanjuntak, Kesusasteraan Indonesia, 1971, hal. 8

prof. dr. hasyim Awang, artikel akademik, hal. 2

47
Kamus dewan ( edisi ketiga ),dbp, 1997, hal. 1194

47

Anda mungkin juga menyukai