Anda di halaman 1dari 30

Minuman jamu tradisional.

jus kunyit asam ini tidak sesuai diambil setiap hari. Maka di syorkan minum jus ini 2 minggu sekali.

1. Masukkan halia, kunyit dan manjakani ke


dalam periuk.
2. Rebus halia, kunyit dan manjakani sehingga
masak dengan 2 cawan air.
3. Setelah selesai merebus, blend kesemua
bahan yang direbus bersama2 dengan air
rebusan.
4. Saringkan dan ketepikan hampasnya.
5. Jus yang telah disaringkan tadi dimasukkan
semula ke dalam periuk, di rebus di atas api
perlahan bersama2 dengan gula melaka dan air
asam jawa.

Green Tea

Teh Halia

Rebus seinci halia dengan 3 cawan air dan renih sehingga air hampir kering separuh.

Maniskan dengan sedikit gula melaka cukup sekadar manis buah. Enak diminum suam.

Selain mampu mengurangkan angin, halia juga dikatakan dapat memperbaiki sistem penghadaman
dan meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu.
Benih Chia Seed

Aturan Pengambilan:

Ini Cadangan Saya ambil 1/4 sudu benih chia seed dan rendam di dalam 1 gelas air masak dan titiskan 1/2 biji
lemon dan 1 sudu madu, selepas 6 jam sedia untuk di minum.

jika nak sediakan lagi mudah ambil air dalam 2 liter dan masukkan 1 sudu chia seed dan perahkan lemon 1/2 biji
dan juga 1 sudu madu. biarkan selama 6 jam juga letak dalam peti sejuk lagi best nak minum.
Amalkan

 Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
 Makan tepat pada masanya untuk mengelakkan perut dan badan masuk angin.
 Nasi atau roti ambil dalam kadar yang sepatutnya. Jangan terlalu banyak.
 Makan biar sedikit tetapi kerap untuk mempercepatkan badan kembali ke bentuk asal.
 Air juga begitu. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
 Jangan kurangkan pengambilan air kerana badan ibu sangat memerlukan air untuk penyembuhan disamping
ia dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Elakkan
 Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
 Makanan yang dilarang antaranya yang bersifat sejuk, berangin, gatal-gatal dan tajam/berbisa.
 Jangan mengambil air teh atau air batu semasa dalam tempoh berpantang. Air tebu, air cincau dan air kelapa
muda juga patut dielakkan
 Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
 Elakkan nenas, rebung, mangga dan jambu batu serta kebanyakan buah-buahan tempatan.
 Elakkan ikan sembilang, ikan keli, ikan kembung dan ikan pari kerana ia berduri.
 Elakkan menggoreng terutamanya dengan minyak banyak.

Lain-lain Makanan Harus Dielakkan:


 Ikan yg berduri & berbisa (terubuk, pari, parang) – badan bisa & bentan
 Ikan masin + kering – nifas bau busuk
 Udang, sotong, kerang, ikan kembung dan beberapa lg seafood – kulit gatal2

Sayur-sayuran

 Sayur-sayuran yang digalakkan adalah sawi, lobak merah dan lobak putih.
 Ulaman juga elok diamalkan kerana khasiatnya disamping seetengahnya boleh mewangikan badan.
 Pegaga punyai pelbagai khasiat termasuk membanyakkan susu badan.
 Jantung pisang bagus untuk membanyakkan susu badan.
 Elakkan sayuran yang sejuk dan berangin seperti nangka, pucuk ubi, terung, labu, kangkung dan bayam.
Sayur menjalar + sejuk + berangin (timun, kankung, petola, kacang panjang, terung, etc) – sakit tulang,
sejuk otot, lemah sendi
 Sayur-sayuran elok dimakan untuk mengelakkan sembelit.
Buah-buahan
 Buah terbaik adalah buah oren kerana ia mengandungi banyak vitamin C yang membantu penyembuhan luka
disamping fiber untuk melawaskan.
 Elakkan nenas, rebung, mangga dan jambu batu serta kebanyakan buah-buahan tempatan. Buah yang sejuk
(tembikai, betik, pisang, nangka, jambu, etc) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi

Sumber Protein
 Ikan - ikan merah, ikan jenahak, ikan selar, ikan kerisi, ikan cencaru, ikan bawal dan ikan tenggiri.
 Ikan terbaik adalah ikan haruan kerana ia mempercepatkan penyembuhan luka. Namun jangan amalkan
makan ikan haruan setiap hari. Seminggu maksima 3 kali.
 Elakkan ikan sembilang, ikan keli, ikan kembung dan ikan pari kerana ia berduri.
 Ayam - seelok-eloknya ayam kampung dan ayam dara.

Cara Memasak
 Dianjurkan adalah sama ada bakar, rebus, kukus atau panggang.
 Elakkan menggoreng terutamanya dengan minyak banyak.
 Makanan yang dimasak elok ditambah rempah-rempah yang memanaskan seperti lada hitam, halia dan
bawang putih.
 Kunyit pula bagus kerana khasiat perubatannya selain mengecutkan rahim.
 Perisa lain adalah seperti asam keping/gelugur, asam limau dan asam jawa.
{Resepi Berpantang -- Sup Ikan Merah}
------------------------------------------------------

Bahan Kisar 1 Biji Tomato - Belah 4


1/2 Batang Lobak - Potong bulat (Boleh
2 Inci Halia Tambah Jika Mahu)
1 Bawang Merah 1.5 Liter Air
3 Ulas Bawang Putih Sedikit Garam
Sedikit Secukup Rasa
Bahan-bahan Lain Sedikit Minyak

Ikan Merah (Terpulang nak berapa keping) Bahan Hiasan & Penaik Aroma
1 Kayu Manis Daun Sup
1 Bunga Lawang Bawang Goreng

Cara Masak

1- Tumis bahan kisar, bunga lawang dan kayu manis sehingga naik bau
2- Masukkan air. Tunggu sehingga mendidih
3- Masukkan lobak dan masak sehingga empuk
4- Masukkan garam dan secukup rasa
5- Masukkan ikan satu persatu & tomato
6- Biarkan sup mendidih sehingga ikan masak
7- Hidangkan dengan menabur daun sup dan bawang goring

Resepi Berpantang: Ikan Bilis Halia


==========

Bahan-bahan: - Hiris halia memanjang dan halus


- Goreng ikan bilis sehingga garing dengan
2 genggam ikan bilis minyak yang sedikit banyak (lagi garing lagi
1 biji bawang merah (yang besar) sedap)
2 - 3 inci halia - Setelah garing, keluarkan dari kuali,
1/2 sudu gula kurangkan minyak dan goreng bawang merah,
Serbuk perasa putih dan halia
Minyak masak - Setelah layu dan naik bau, masukkan semula
ikan bilis tadi
Cara Memasak: - Masukkan gula dan serbuk perasa
- Gaul dengan sebati
- Basuh ikan bilis dengan bersih - Hidangkan panas
- Hiris bawang merah
Resepi Berpantang : Ikan Haruan Masak Lada Hitam
-----------------------------------------------------------------------------

Bahan-bahan:

Seekor ikan haruan yang telah dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan lendir dan
dipotong kepingan.
1 inci halia dihiris nipis
3 ulas bawang kecil dimayang
2 ulas bawang putih diketuk
1 keping asam keping
1 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
Air
Garam

Cara memasak:

Didihkan semua bahan masakan kecuali ikan. Setelah air mendidih, masukkan ikan dan perlahankan
api. Biarkan ia merenih sehingga ikan masak dan ramuannya mesra. Perasakan dengan garam dan
hidangkan.

* Ikan haruan yang mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak penting membantu dalam
proses penyembuhan luka luar dan dalam menjadi hidangan utama bagi ibu selepas bersalin. Ikan ini
biasa dimakan pada peringkat awal lepas bersalin. Luka bersalin biasanya sembuh dalam tempoh 2
minggu.

Resepi Berpantang : Sup Daging


--------------------------------------------

Bahan rebusan: Bahan tumisan:

Semangkuk daging dipotong kepingan Sekeping halia dihiris memanjang


1 inci halia diketuk 2 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang putih diketuk 2 ulas bawang kecil dimayang
1 batang serai diketuk Sesudu teh ketumbar
1/2 biji bawang kuning Holang didadu besar
Sebatang kulit kayu manis Bahan lain:
Sesudu teh ketumbar Lobak merah dipotong baji
Sesudu teh biji lada hitam Tomato di belah 4
4 biji buah pelaga Garam
4 kuntum bunga cengkih Lada hitam ditumbuk
Sekuntum bunga lawang Hirisan daun bawang dan daun sup

Cara memasak:

Rebus bahan rebusan hingga daging empuk. Tumis bahan tumisan sehingga kekuningan dan
masukkan ke dalam rebusan daging. Masukkan lobak dan masak sehingga lobak empuk. Masukkan
tomato, daun sup dan daun bawang dan biarkan merenih seketika. Perasakan dengan lada hitam dan
garam sebelum dihidangkan.
Resepi Berpantang : Ikan Haruan Bakar
-----------------------------------------------------

Bahan-bahan :

Sekeping halia
Setengah inci kunyit hidup
Garam
Kicap manis
Bawang kecil dimayang halus
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Ikan haruan
Asam jawa / asam keping / asam limau

Cara memasak:

Cuci ikan haruan dengan air asam sehingga hilang lendir dan bersihkan dengan air. Toskan ikan
yang telah dicuci dan kelar sedikit jika perlu. Tumbuk halia, kunyit dan garam sehingga lumat dan
lumurkan pada ikan. Bakar ikan dengan api sederhana sehingga masak. Lebih harum jika dibungkus
dengan daun kunyit sewaktu membakar. Setelah masak, hidangkan dengan kicap manis yang
diperasakan dengan bawang kecil dan lada hitam.

Resepi Berpantang : Sambal Ikan Bilis Berkunyit


----------------------------------------------------------------

Bahan-bahan:
Cara memasak:
1 inci halia
1 inci kunyit hidup Tumbuk atau kisar kering semua bahan.
1 sudu besar lada hitam Panaskan minyak masak dan tumis bahan
Semangkuk ikan bilis masakan sehingga garing dan hidangkan.
Minyak masak

Resepi Berpantang : Peria Tumis Kering


------------------------------------------------------

Bahan-bahan:

Peria dipotong kepingan secukupnya


2 ulas bawang kecil
Sebiji cili merah
1 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
Garam
Lada sulah
Minyak untuk menumis
Cara memasak:

Rendam potongan peria dalan air bergaram selama 15 - 20 minit dan toskan. Tumbuk bawang kecil,
bawang putih, ikan bilis dan cili merah sehingga hampir lumat. Tumis bahan yang ditumbuk hingga
naik bau. Masukkan potongan peria dan perasakan dengan garam dan lada sulah. Jika mahu, boleh
pecahkan telur dan kacau sehingga telur masak dan sebati dengan peria. Angkat dan hidangkan.

* Pengambilan peria dikatakan dapat membantu ibu mengatasi masalah kesukaran membuang air
besar selain meningkatkan penghasilan susu ibu.

Resepi Berpantang : Singgang Ikan Tenggiri


-----------------------------------------------------------

Bahan-bahan: Air

2 keping ikan tenggiri Cara memasak:


1 inci halia dipotong kepingan
1 inci kunyit hidup dipotong kepingan Rebus kesemua bahan kecuali ikan sehingga
2 ulas bawang kecil dimayang air mendidih dan naik bau. Masukkan ikan dan
2 ulas bawang putih diketuk garam. Biarkan merenih sehingga ikan masak
1 keping asam keping dan hidangkan.
Garam

Resepi Berpantang : Sawi Bok Choy / Kailan Kuah Sos Tiram


--------------------------------------------------------------------------------------

Bahan-bahan:

Sawi bok choy / kailan / baby kailan secukupnya


Seulas bawang putih dititil dan dihiris
Lada sulah
Garam
Air
Minyak untuk menumis - gunakan minyak bijan jika mahu lebih berperisa.
Sesudu teh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air - tak letak pun tak apa
Sos tiram

Cara memasak:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingha kekuningan. Masukkan air dan biarkan ia
merenih seketika. Jika menggunakan minyak bijan, tumiskan bawang sekejap sahaja dan masukkan
air segera untuk mengelakkan minyak bijan hangit dan berubah rasa. Masukkan sayuran dan
perasakan dengan garam, lada sulah dan sos tiram. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau.
Biarkan kuah merenih seketika dan hidangkan.

* Sawi adalah sayur pilihan masyarakat India bagi wanita yang baru bersalin kerana dipercayai dapat
membuang angin menurut Majalah Pa & Ma.
Resepi Berpantang : Ayam Panggang Bermadu
---------------------------------------------------------------

Bahan-bahan :

Paha dan kepak ayam - sebaiknya tidak dibuang kulit supaya isi ayam tidak hangit dan kekal lembap
selepas dipanggang
Seinci halia ditumbuk halus
Seinci kunyit hidup ditumbuk halus
Sesudu besar lada hitam ditumbuk kasar
Sesudu besar sos tiram
Sesudu besar madu
Sesudu besar kicap manis
Garam
Sedikit majerin

Cara memasak:

Cucuk isi ayam dengan garfu bagi membolehkan perapan meresap ke dalam isi ayam. Perap isi
ayam dengan semua bahan kecuali marjerin selama sekurang-kurangnya 1 jam. Panaskan kuali
pemanggang dan leserkan sedikit marjerin sebelum memanggang. Panggang ayam sehingga ayam
masak. Hidangkan.

Resepi Berpantang : Ikan Bawal Rebus Masam Manis


---------------------------------------------------------------------------

Bahan-bahan:

Ikan bawal dikelar sedikit


1 cm halia dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang kecil dihiris
Sebiji tomato dipotong kepingan
Sesudu besar sos ikan
Sekotak kecil kismis
Segenggam hirisan daun ketumbar
Air
Minyak untuk menumis

Cara memasak:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang kecil dan halia sehingga naik bau dan
kekuningan. Masukkan sedikit air sekadar cukup untuk tenggelamkan 3/4 ikan. Masukkan sos ikan,
tomato, daun ketumbar dan kismis. Biarkan mendidih. Setelah mendidih, masukkan ikan dan
perlahankan api. Tutup periuk dan biarkan merenih sehingga ikan masak. Sesekali siramkan kuah ke
atas ikan. Hidangkan.
Resepi Berpantang : Kari Ikan Tenggiri Tanpa Santan Berhalba
-----------------------------------------------------------------------------------------

Bahan-bahan:

Sekeping ikan tenggiri


1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
2 ulas bawang kecil
Seulas bawang putih
Sebatang kulit kayu manis
Sekuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
Setangkai daun kari
1 sudu teh halba
Asam jawa - saya guna 1 sudu teh pes asam jawa Adabi
2 sudu besar rempah kari ikan - dibancuh dengan sedikit air
Air
Garam
Minyak masak

Cara memasak:

Tumbuk/kisar halia, kunyit, bawang kecil dan bawang putih sehingga hancur. Tumis bahan kisar,
bancuhan rempah kari dan rempah ratus lain sehingga naik bau bersama-sama daun kari. Setelah
rempah naik minyak, masukkan air dan asam jawa. Setelah mendidih, masukkan ikan dan biarkan
merenih sehingga ikan masak. Perasakan dengan garam. Biarkan merenih seketika dan hidangkan.

* Sebagaimana kunyit dan halia, halba juga dapat membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti susu
ibu.

Resepi Berpantang : Ikan Bawal Kukus Asam Jawa


--------------------------------------------------------------------

Bahan - bahan :

Ikan bawal dikelar sedikit


Dua keping halia dihiris
Sekeping kunyit hidup dihiris
Asam jawa - saya guna 1 sudu teh pes asam jawa Adabi
Lada hitam ditumbuk
Garam

Cara memasak :

Lumurkan kesemua bahan pada ikan dan kukus ikan sehingga masak. Hidangkan.

* Halia dan kunyit adalah antara bahan masakan yang mampu membantu pemulihan badan selepas
bersalin. Keduanya juga dikatakan boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu. Halia dapat
merawat masalah kembung perut, mengeluarkan angin dalam usus selain membantu penghadaman
makanan. Kunyit pula dikatakan boleh membersihkan dan mengecutkan rahim wanita.
Resepi Berpantang : Sup Dua Lobak Bersuun
-------------------------------------------------------------

Bahan-bahan:

2 inci lobak putih dihiris


1 inci lobak merah dihiris
Seulas bawang merah dihiris
Seulas bawang putih dihiris
Hirisan cili merah
Sedikit ikan bilis dicincang kasar
Sedikit suun dan fucuk - direndam sehingga lembut
Garam
Lada sulah
Air
Minyak masak

Cara memasak :

Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, ikan bilis, bawang putih dan cili merah sehingga
keperangan. Masukkan air dan masukkan lobak merah serta lobak putih. Biarkan merenih dan
masukkan suun dan fucuk. Biarkan merenih seketika dan perasakan dengan lada sulah dan garam.
Hidangkan.

* Lobak putih, lobak merah dan ubi bit dikatakan mempunyai keupayaan untuk meningkatkan
pengeluaran susu berdasarkan kepada MOBI Motherhood International, sebuah organisasi sokongan
penyusuan ibu. Lobak putih juga dikatakan mampu memperbaiki sistem penghadaman dan
melawaskan kencing.

Resepi Berpantang : Sup Ayam Berempah


---------------------------------------------------------

Bahan-bahan: Sesudu teh lada hitam ditumbuk


Sesudu teh biji ketumbar
2 ketul ayam Sedikit lobak merah didadu
Sekeping halia dihiris Hirisan daun bawang dan daun sup
2 ulas bawang putih dihiris Sesudu besar rempah kurma dicampur sedikit
2 ulas bawang kecil dihiris air
Sebatang kulit kayu manis Air
4 biji buah pelaga Garam
4 kuntum bunga cengkih Minyak masak
Sekuntum bunga lawang

Cara memasak:

Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis halia, bawang kecil, bawang putih dan kesemua rempah
sehingga kekuningan. Masukkan rempah kurma dan kacau seketika. Masukkan ayam dan kacau
seketika sehingga rempah sebati dengan isi ayam. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan
lobak merah dan biarkan merenih sehingga lobak empuk. Perasakan dengan lada hitam dan garam.
Masukkan daun sup dan daun bawang. Biarkan merenih seketika dan hidangkan.
Resepi Berpantang : Bawal Stim Lada Hitam
-----------------------------------------------------------

Bahan-bahan: Sedikit hirisan daun sup dan daun bawang

Ikan bawal - seekor dan dikelar Cara memasak:


Sesudu besar sos tiram
Sesudu teh lada hitam ditumbuk Gaulkan semua bahan dan lumurkan
Garam ikan.dengan bahan-bahan. Masukkan bahan-
Setengah inci halia dihiris bahan ke dalam bekas untuk mengukus.
Seulas bawang putih dihiris Kukus ikan sehingga masak dan hidangkan.
Sedikit hirisan bawang kuning Holland

Resepi Berpantang : Daging Rebus Asam


-------------------------------------------------------

Bahan-bahan: Cara-cara:

Semangkuk daging yang dipotong kepingan Tumbuk halia, lengkuas, bawang putih dan
Setengah inci halia bawang kecil hingga lumat. Kemudian, rebus
Setengah inci lengkuas daging bersama bahan-bahan yang ditumbuk
2 ulas bawang putih bersama ketumbar sehingga daging empuk.
2 ulas bawang kecil Masukkan asam keping dan perasakan
Sesudu teh ketumbar ditumbuk kasar dengan garam. Biarkan merenih seketika
Sekeping asam keping sebelum dihidangkan.
Garam
Air * Asam keping bagus untuk melancarkan
sistem penghadaman serta membantu
mengempiskan perut selepas bersalin.
Hidangan ini tidak berlemak.

Resepi Berpantang : Tumisan Sawi Putih Berkicap


-------------------------------------------------------------------

Bahan-bahan : Kicap manis


Lada sulah
2 batang sawi putih Garam
Hirisan cili merah Sedikit minyak masak
Hirisan bawang kuning Holland Air
Ikan bilis dicincang kasar

Cara memasak:

Panaskan minyak masak dan tumis ikan bilis, cili merah dan bawang. Setelah naik bau, masukkan
sedikit air dan batang sawi yang telah dipotong. Kacau rata dan masukkan daun sawi. Perasakan
dengan garam, lada sulah dan kicap manis. Kacau seketika sehingga sawi sedikit layu dan tuang ke
dalam mangkuk hidangan. Sayur tidak perlu dimasak terlalu lama untuk mengekalkan khasiatnya.
Kuahnya yang panas akan meneruskan proses memasak. Selamat mencuba!
Resepi Berpantang : Ikan Merah Goreng Masam Manis

--------------------------------------------------------------------------

Bahan perapan: Sekeping ikan merah


1 sudu teh halia disagat halus
1 sudu teh kicap manis Bahan gorengan:
1 sudu besar tepung jagung 1 inci halia dihiris memanjang
1/2 sudu teh pes asam jawa Adabi 2 ulas bawang putih dihiris
Garam Minyak masak
Gula

Cara memasak:
Perap semua bahan perapan selama 30 minit. Jika gunakan ayam atau daging, perap lebih lama.
Panaskan sedikit minyak dan masak ikan sehingga masak. Keluarkan ikan dan goreng hirisan halia
dan bawang putih. Tabur gorengan halia dan bawang putih ke atas ikan sebelum menghidang.

Ikan goreng ini punya rasa masam dan manis yang unik dan menyelerakan. Asam jawa yang
mengandungi flavonoid bersifat anti radang dan membantu pengeluaran peluh. Pengeluaran peluh
adalah salah satu cara mengeluarkan toksin dari.tubuh.

Resepi Berpantang : Kerabu Pegaga Kering


-------------------------------------------------------------------

Bahan-bahan:
Pegaga yang dihiris secukupnya
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
1 sudu teh lada hitam
Segenggam ikan bilis

Cara memasak:
Tumbuk semua bahan kecuali pegaga hingga agak lumat. Goreng bahan yang ditumbuk tanpa
minyak sehingga agak garing. Gaulkan dengan hirisan pegaga dan hidangkan bersama nasi panas
sementara kerabu masih segar.

* Pegaga mempunyai khasiat yang tinggi antaranya dapat bertindak sebagai agen pembersih darah.
Ia juga dikatakan sebagai ulaman awet muda yang mampu memberi kesan dalam pembentukan tisu
seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsangkan pertumbuhan rambut dan kuku
serta penyembuhan luka dan masalah kulit yang lain.
Resepi Berpantang : Ayam Masak Halia
---------------------------------------------------------

Bahan-bahan :

Semangkuk isi ayam dipotong kepingan 1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan
Seinci halia dihiris memanjang sedikit air
1/4 bawang kuning Holland dimayang Garam
2 ulas bawang putih dimayang Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Sedikit hirisan cili merah Air
Seinci lobak putih Minyak masak untuk menumis
Seinci lobak merah Hirisan daun bawang dan daun sup
1 sudu besar sos tiram

Cara memasak:
Panaskan minyak masak dan tumis halia, bawang kuning, bawang putih dan cili merah sehingga naik
bau. Masukkan isi ayam dan kacau sehingga separuh masak. Masukkan lobak putih dan lobak
merah. Kacau sehingga ayam dan kesemua lobak hampir masak. Masukkan bancuhan tepung
jagung biarkan merenih. Perasakan dengan lada hitam, garam dan sos tiram. Masukkan air mengikut
kepekatan kuah yang anda mahukan dan biarkan merenih seketika. Masukkan daun sup dan daun
bawang. Kacau seketika dan tuangkan ke dalam mangkuk hidangan.

Sawi Masak Lada Hitam


Bahan-Bahan: Cara-Cara:
 Sawi 1. Hiris bawang merah dan bawang putih,
 Lada Hitam dan juga potong sawi.
 Bawang Putih 2. Panaskan sedikit minyak. Rumis bawang
 Bawang Merah putih dan bawang merah hingga naik
 Sos Tiram bau.
 Garam 3. Masukkan sayur sawi, sedikit sos tiram,
dan juga lada hitam.
4. Masukkan sedikit garam dan kacau
hingga sebati.

Ikan haruan masak asam

Bahan-bahan: Cara-caranya:
 Ikan haruan 1. Hiris bawang merah, bawang putih, dan
 bawang merah halia.
 bawang putih 2. Panaskan minyak dan tumis bawang
 air asam jawa putih, bawang merah, dan halia tadi.
 halia 3. Masukkan air asam jawa (jangan letak
 garam banyak sangat, nanti masam terbelih)
4. Masukkan ikan haruan dan biarkan
hingga mendidih.
5. Taburkan sedikit garam dan tutup api.
Ikan Haruan Bakar
Bahan-bahan: Cara-cara:
 Ikan haruan 1. Kisar halia, bawang merah, halia dan
 lada hitam bawang putih.
 halia 2. Marinate ikan haruan bersama bahan
 bawang merah kisar selama 2 jam.
 Bawang putih 3. Bakar ikan haruan atas api sampai
 Garam masak. Taburkan lada hitam dan garam
semasa membakar ikan (biar lada hitam
tu berasa)
(ikan haruan boleh juga ditukar dengan ikan
lain, seperti ikan tenggiri, ikan siakap, ikan
salmon, etc.)

Ikan Tenggiri Masak Pindang


Bahan-bahan: Cara-cara:
 Bawang merah 1. Hiris bawang merah, bawang putih,
 Bawang putih halia, dan tumis dalam kuali.
 Halia 2. Ketuk serai dan kunyi. Masukkan sekali
 Kunyit dalam tumisan.
 Serai 3. Masukkan air asam jawa ke dalam
 Ikan Tenggiri (digoreng) tumisan tadi.
 Air asam jawa 4. Masukkan ikan tenggiri dan biarkan
 Garam didih.
5. Letak garam dan tutup api.

Salmon bakar lada hitam


Bahan-bahan: Cara-cara:
 Ikan Salmon 1. Lumurkan ikan salmon dengan lada
 Lada hitam hitam dan garam.
 Garam 2. Bakar atas api hingga masak.
***boleh ditukar dengan ikan lain juga***
(boleh juga dimasukkan ke dalam oven dan
balut dalam aluminium foil untuk dibakar)

Sup Ikan Haruan


Bahan-Bahan:  Rempah 4 sekawan
 Ikan Haruan  Sup bunjut
 Bawang putih  air
 Bawang merah  Garam
 Halia
 Daun sup
Cara-cara: 4. Masukkan ikan haruan dan sup bunjut
1. Tumis rempah 4 sekawan hingga naik dan biarkan hingga mendidih.
bau. 5. Masukkan garam dan tutup api.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih 6. Taburkan daun sup. (boleh digantikan
dan halia dan sambung tuniskan. dengan ikan tenggiri, siakap dan ikan
3. Masukkan air secukupnya. merah)

Sawi masak air


Bahan-bahan: Cara-cara:
 Sayur sawi 1. Tumis bawang merah, bawang putih,
 Bawang putih halia hingga naik bau.
 Halia 2. Masukkan air secukupnya.
 Bawang merah 3. Bila air mendidih,masukkan sayur sawi
 Air secukupnya dan biar hingga masak.
 Garam 4. Masukkan garam dan tutup api.

Ikan steam halia


Bahan-bahan:
 Ikan merah/tenggiri/siakap Cara-cara:
 Halia 1. Halia, bawang merah, bawang putih
 Jus perahan lemon dihiris dan serai diketuk.
 Bawang merah 2. Perah jus lemon ke dalam mangkuk dan
 Bawang putih campurkan semua hirisan bawang dan
 Serai serai itu tadi.
3. Gaulkan dengan ikan dan masukkan ke
dalam bekas tahan panas untuk dikukus.
4. Kukkus sehingga ikan masak.

Ayam bakar
Bahan-bahan: Cara-cara:
 Ayam 1. Gaulkan ayam bersama bahan yang
 bawang merah, bawang putih, halia, lada dikisar itu tadi.
hitam, cili giling (diblend) 2. Letak garam dan gula.
 Garam dan gula 3. Perap selama 3 jam.
4. Bakar ayam hingga masak.

Daging marinate lada hitam


Bahan-bahan: Cara-cara:
 Daging dihiris 1. Perap daging bersama lada hitam, garam
 lada hitam/sos lada hitam dan gula selama 2 jam.
 garam 2. Bakar daging sehingga masak
 gula
1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan: Cara-cara:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak) -Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh
-Lada hitam ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan: Cara-cara:
-1 keping ikan tenggiri kering -Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-2 biji lada besar -Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan
-½ biji bawang besar dihiris bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan: Cara-cara:
-Bawang merah -Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur
-Bawang putih sikit garam
-Ikan bilis Hidang bersama nasi panas
-Lada hitam

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan: Cara-cara:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang) -Tumis semua bahan yang dihiris.
-1 labu bawang besar -Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam
-5-6 tangkai cili kering dan sedikit gula .
-3 ulas bawang putih -Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah
-½ inci halia digoreng terlebih dahulu.
-Sedikit air asam jawa & gula

5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan: -6 biji cili padi diketuk


-100g ikan bilis putih -Minyak
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang Cara-cara:
-2cm halia dimayang -Goreng ikan bilis hingga ranggup
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar -Kemudian masukkan bahan hirisan
6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan: Cara-cara:
-Sebiji bawang besar dimayang Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan
-Ikan bilis ketepikan.
-Jeruk lobak Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak,
-Sebiji telur masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
-Cili mesin 1 sudu Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan: Cara-cara:
-Sedikit santan pekat -Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Lada hitam (lebihkan) -Kemudian masukkan santan direneh bersama
-Ikan bilis putih bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kunyit hidup -Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta
-Halia bahan-bahan perasa.
-Garam

8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:

-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil -Garam & gula secukup rasa
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan -Minyak untuk menumis
dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti Cara-cara:
dengan lada hitam secukupnya) -Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia,
-3 labu bawang besar jintan dan ketumbar dimesin halus.
-4 ulas bawang putih -Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan
-2cm hirisan halia muda hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah
-½ camca ketumbar air untuk berkuah.
-½ camca jintan manis -Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat
-½ camca jintan putih dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan: -Garam/ Ajinomoto secukup rasa


-600g hati lembu direbus dan dipotong -1 batang daun bawang untuk hiasan
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah Cara-cara:
-2 sudu besar minyak -Gaulkan hati yang telah dipotong bersama
-1 sudu besar air asam jawa rempah-rempah tersebut
-½ sudu serbuk jintan putih -Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan
-1 sudu serbuk kunyit air asam jawa
-2 labu bawang besar -Taburkan hirisan daun bawang
10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan: Cara-cara:
-4cm halia muda -Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-3cm kunyit hidup -Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan
dan diperap) perahan asam jawa

11. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan: Cara-cara:
-Ikan bilis -Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama
-Cili padi perahan limau.
-Bawang

12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut
kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan: Cara-cara:
-Daging hihiris halus -Perapkan daging bersama halia , bawang putih
-Lada hitam secukup rasa dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk
-Halia bahan sos terlibat.
-Bawang besar -Panaskan minyak, masukkan daging bersama
-Bawang putih bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan
-Sos Cili/Cili mesin bagi memastikan daging lembut.
-Sos tomato -Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan
-Sos tiram serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan
-Kicap pekat bawang besar.
-Garam/serbuk perasa
14. Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan: -Air asam jawa


-Ayam -½ cawan air
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis Cara-cara:
-½ sudu jintan putih -Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang
-1cm kunyit hidup merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga
-1cm lengkuas lengkuas.
-1cm halia -Panggang ayam
-4 ulas bawang merah -Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan
-2 ulas bawang putih jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah
-garam sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

15. Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan: -Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus


-1 ekor ayam (Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)
-Daun salam dan daun kunyit
Cara-cara:
Bahan A: -Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam
-Bunga Lawang ayam.
-Bunga Cengkih -Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep
-Kulit Kayu Manis fried)
-Jintan Manis -Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-
-Lada Hitam bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula
-Serai & Halia melaka, garam.
-Gula Melaka – dicincang halus -Masukkan santan cair biar mendidih di atas api
-Lemon – diperah perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Santan -Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam
-Garam panggang tersebut

16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah


(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita
selepas bersalin)

Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah

Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.
17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan: Cara-cara:
-Daun Turi -Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis,
-Ikan Bilis kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Asam Keping -Masukkan garam, asam keping dan daun turi
-Bawang merah biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa
-Kunyit Hidup diangkat.
-Ikan Bilis
-Lada merah

1 . DAGING GORENG LADA HITAM

Bahan - bahan - goreng daging sampai lembut


- Bila dah lembut , masukkan bawang merah ,
- Daging digaul dengan kunyit dan garam bawang putih dan halia
- Bawang merah , bawang putih dan halia - Agak - agak bawang dah layu , masukkan
- Serbok lada hitam serbuk lada hitam
- Goreng daging sampai garing..
cara - cara

2 . Ikan Bilis Goreng Aroma

-6 biji cili padi diketuk


Bahan-bahan: -Minyak

-100g ikan bilis putih Cara-cara:


-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang -Goreng ikan bilis hingga ranggup
-2cm halia dimayang -Kemudian masukkan bahan hirisan
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak - sediakn dengan nasi panas
kasar

3. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan: Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-1 keping ikan tenggiri kering -Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan
-2 biji lada besar bawang tapi jangan hancur.
-½ biji bawang besar dihiris -Hidang bersama nasi panas
Halia Parut

1) Halia yg di sagat halus. Then goreng garing-kacau selalu.tos minyak


2) Ikan bilis yg paling halus.Goreng.Tos minyak
3) Lada hitam tumbuk kasar. Agak2 ye lada hitam nya..sbb pedas lada hitam menyengat..nnt kesian
pulak ibu yg susukan anak
4) Sekali kan..gaul..guna kualinyg xde minyak k...atau minyak yg sedikit.

RESIPI SEMASA PANTANG – IKAN

Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah

1. Ikan haruan 9. Ikan bawal putih


2. Ikan yu 10. Ikan senangin
3. Ikan selar 11. Ikan kerisi
4. Ikan gelama 12. Ikan kod
5. Ikan jenahak 13. Ikan bilis
6. Ikan merah 14. Ikan siakap
7. Ikan tenggiri 15. Ikan salmon
8. Ikan kurau

SUP IKAN

Bahannya: Cara 1:
Ikan 1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang
Air masak merah dan halia dengan minyak bijan.
Sedikit minyak bijan (pilihan) 2. Masukkan air dan tomato.
1 ulas halia (diketuk atau dihiris) 3. Apabila mendidih masukkan ikan.
1 biji tomato (dibelah 4) 4. Masukkan asam keping dan sedikit garam
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk) (secukup rasa)
1 ulas bawang merah (ditumbuk) 5. Taburkan daun sup dan daun bawang
4 ulas bawang putih (ditumbuk) 6. Biar seketika dan tutupkan api.
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang Cara 2:
Garam (secukup rasa) 1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang
merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam
(secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.

STEAM IKAN

Bahannya: Caranya:
Ikan 1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak
2 Halia (dihiris) byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit
1 biji tomato (dibelah 4) garam diatas ikan
Sedikit daun sup dan daun bawang 2. Steam sampai ikan masak.
Garam (secukup rasa)
SINGGANG IKAN

Bahannya: 1 keping asam keping


Ikan Garam (secukup rasa)
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris) Caranya:
2 ulas bawang putih (dihiris) 1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas
1 cm lengkuas (dihiris) (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping
1 batang serai (diketuk) dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.

IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahannya: Caranya:
1 keping ikan tenggiri 1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
4 gm halia - di hiris dan di goreng 2. Biarkan selama 20 minit.
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng 3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
2 sudu makan minyak bijan 4. Ketepikan.
1-2 sudu makan kicap manis 5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
1/2 sudu teh serbuk kunyit 6. Masukkan ikan semula.
1/2 sudu teh garam 7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
Minyak masak 8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.

IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Bahannya: Caranya:
2 keping ikan tenggiri 1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
400 ml air 2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan
20 gm halia – di hiris ikan masak.
5 helai daun pegaga – di hiris 3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup
3 ulas bawang putih – di hiris rasa.
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahannya: ½ sudu kecil serbuk lada hitam.


3 keping ikan tenggiri Garam secukup rasa.
5400 ml air
30 gm halia – di hiris Caranya:
3 ulas bawang putih – di hiris 1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
½ cawan air asam jawa 2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan
masak.
SUP IKAN TENGGIRI

Bahannya: Caranya:
1 Ketul ikan tenggiri 1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak
sedikit minyak bijan bijan.
4 ulas bawang putih dicincang 2. Masukkan air dan tomato.
seulas halia diketuk 3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
1 biji tomato 4. Biar seketika dan tutupkan api.
sedikit daun sup

IKAN HARUAN GORENG REMPAH

Bahannya: Caranya:
1 ekor ikan haruan – di potong 1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
30 gm halia – di tumbuk Perap selama 15 minit
2 ulas bawang merah – di tumbuk 2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga
2 sudu besar sos lada hitam garing.
1 sudu rempah ikan 3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang
1 sudu kecil kunyit serbuk merah.
Garam secukup rasa. 4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan
Minyak masak garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.

IKAN HARUAN KUKUS

Bahannya:

1 ekor ikan haruan Caranya:


1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris 1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
30 gm halia – di hiris halus 2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang
2 ulas bawang putih – di hiris halus putih.
1 sudu besar serbuk lada hitam 3. Masukkan sedikit air. Didihkan
1 biji limau nipis – di ambil jusnya 4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan
Garam secukup rasa. garam.
Air secukupnya 5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris daun ketumbar.

SUP IKAN HARUAN

Bahannya: Caranya:
1 ekor ikan haruan – di potong 1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan
500 ml air. tumbuk hingga naik bau.
2 sudu besar minyak jagung. 2. Masukkan air.
30 gm halia – di tumbuk 3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
3 ulas bawang merah – di tumbuk 4. Masukkan asam keping dan garam.
2 ulas bawang putih – di tumbuk 5. Masak hingga mendidih.
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk 6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan
1 keping asam keping daun sup.
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris
IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA

Bahannya: Caranya:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan 1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk
(potong 4, hilangkan hanyir.
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul 2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
isi ikan yu 3. Goreng sederhana garing. Tepikan
1 sudu besar serbuk lada hitam 4. Tumis halia dan bawang putih hingga
1 sudu besar serbuk jintan manis kekuningan.
Bawang putih, halia – kisar halus 5. Masukkan jintan manis
1 sudu teh serbuk kunyit 6. Masukkan pati asam jawa
2 sudu besar pati asam jawa 7. Masukkan gula.
1 biji bawang besar – potong bulat 8. Biar mendidih.
1 biji cili merah dan hijau – di hiris 9. Masukkan lada hitam
Garam secukup rasa 10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.

IKAN GELAMA MASAK ASAM

Bahannya: Caranya:
2 ekor ikan gelama 1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan
1 biji bawang besar – dihiris kunyit.
5 ulas bawang putih - dihiris 2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
1 ketul halia – dihiris 3. Masukkan air asam dan garam.
1 biji cili merah – dihiris 4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.
1 mangkuk air asam

IKAN BAWAL KUKUS HALIA

Bahannya: Caranya:
1 ekor ikan bawal putih 1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
1 1/2 inci halia-potong tipis 2. Perap seketika.
1 inci kunyit-potong tipis 3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn
3 ulas bawang putih-potong tipis daunpisang/aluminium foil
2 sudu besar kicap manis 4. Siram baki perapan kicap atas ikan
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam 5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot
1 btg karot, bunga kubis dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau
hingga masak.
IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)

Bahannya: Caranya:
Ikan 1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk
1 sudu besar serbuk kari lada hitam bersama sedikit garam
1 sudu besar serbuk kunyit 2. Lumurkan di atas ikan
1 sudu besar serbuk lada hitam 3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau
Garam (secukup rasa) dalam oven.

IKAN PANGGANG HALIA MUDA

Bahan A (diperap) Bahan B (dihiris)


2 potong ikan tenggiri 3 cm halia muda
Sedikit garam 1 biji bawang besar
Sedikit kunyit 4 ulas bawang merah
Sedikit cuka 3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.

IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)

Bahannya: Garam secukup rasa


2 atau 3 ketul ikan Minyak untuk menumis
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris) Caranya:
1 - 2 batang cili merah (dihiris) 1. Panaskan minyak
5 cm lengkuas (diketuk) 2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
5 cm kunyit (dihiris) 3. Tuang air dan biarkan mendidih
5 cm halia muda (dihiris) 4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
1 batang serai (diketuk) 5. Masukkan serai
3 – 4 keping asam gelugor 6. Masukkan asam keping dan garam.
4 cawan air

IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM

Bahannya: 1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk


50 gm ikan bilis Garam secukup rasa
3 cawan air
1 cawan santan pekat Caranya:
10 gm kunyit – di tumbuk 1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.
IKAN BILIS BERKUNYIT

Bahannya: Caranya:
50 gm ikan bilis 1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan
20 gm ibu kunyit lada hitam.
2 sudu kecil lada hitam 2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.

IKAN BILIS DAUN KARI

Bahannya: Caranya
50 gm ikan bilis – di goreng 1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang
1 genggam daun kari merah dan putih hingga naik bau.
2 ulas bawang merah – di hiris 2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng
2 ulas bawang putih – di hiris seketika dan angkat.
Minyak masak.
Pilihan 1:Ambil sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asam jawa pekat. Kemudian
campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal, titiskan beberapa titisan minyak mestika, kayu
putih, atau minyak berangin yang lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat
memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai
bengkung sepanjang waktu berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan
daun sireh sebelum memakai bengkung. Ulangi proses ini setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-
turut selepas bersalin.

Pilihan 2:Ambil sedikit cuka , garam dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika
dalam pantang.

Pilihan 3:Ambil sedikit beras dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam
diadun kesemuanya. Kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 4 kali.

Pilihan 4:Ambil halia lebih kurang 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam
dan lada hitam lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk. Adun dan tapis. Minum airnya. Lakukan sehingga
mendapat hasil yang dikehendaki.

Pilihan 5:Ambil lengkuas padi/helang/ ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada
perut bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baik juga untuk disapu
pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.

Pilihan 6:Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan,
sepanjang tempoh berpantang.

Pilihan 7:Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus dan gaulkan dengan perahan asam jawa yang
pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan
juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

Pilihan 8:Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil
yang memuaskan.

Pilihan 9: Ambil lada hitam lebih kurang 2 ½ genggam. Kemudian tumbuk halus, campur dengan sebiji ragi
tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta
keliling pinggang. Kemudian, bengkung kuat atau ketat.

Pilihan 10:Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan,
berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah
ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit,
lemak serta mengatasi masalah berat badan.
Pilihan 11: Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata
dan sapu ke bahagian perut yang buncit.

Pilihan 12:Campurkan sedikit kapur makan, 5 helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu
sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehinnga
nampak perubuhannya.

Pilihan 13: Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan
paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Pilihan 14: Amalkan memakan 1 biji tomato sehari yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.

Pilihan 15: Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10
minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Pilihan 16: Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada
perut sebelum memakai bengkung.

Pilihan 17: Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan
sebaik-baiknya minum ½ jam - 3 jam kemudiannya.

Pilihan 18: Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam.
Semua bahan itu ditumbuk halus. Kemudian masukkan air sebanyak ½ gelas. Air tersebut ditapis dan
diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.

Pilihan 19: Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering,
rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi
mengempiskan perut.

Anda mungkin juga menyukai