Anda di halaman 1dari 11

TAJUK : TERHEMPASNYA SEBUAH PESAWAT BERNOULI

PELAKON : i) Mohamad Amirul Husni bin Mohd Nasir (sebagai Zamri)

ii) Nur Aini Anisatirah Binti Mohamad Noor Azam (sebagai Suraya dan
Rahimah)

BABAK 1

Latar Masa : Pada waktu pagi

Latar Tempat : Di stesen bas Universiti Malaya

Di sebuah institut yang terkemuka di Malaysia iaitu Universiti Malaya, adalah tempat
bermulanya hubungan mesra antara Zamri dan Suraya. Sifat Suraya yang sopan dan ayu
telah mencuri hati Zamri. Meskipun Zamri hanyalah sehelai sepinggan, Suray turut jatuh hati
akan sikap Zamri yang mementingkan ilmu.

(muzik latar : suasana pagi yang hening, burung berkicauan)

WATAK SKRIP
ZAMRI (sambil menghirup udara) Sungguh nyaman pagi ini. Burung berkicauan, langit
cerah, bunga berkembang dengan bahagianya. Aduh, sungguh indah sekali
hari ini!
SURAYA Eh Zamri, sungguh ceria sekali kamu hari ini. Adakah berita baik telah berlaku
kepada kamu?
ZAMRI Suraya, sejujurnya pada hari ini, aku ingin meluahkan apa yang terpendam
dalam hati ini yang telah dipekung buat sekian lama. Aku sangat tertarik dengan
kesopananmu, kejelitaanmu dan senyumanmu buat ku tersenyum malu
lirikanmu memberi panahan kalbu oh sayangku dengarlah bahawa diriku ku
perlukanmu. Namun, aku sedar aku tiada apa-apa harta yang mewah. Tetapi
aku mempunyai sekeping hati yang ikhlas mencintaimu. Mahukah kamu menjadi
kekasih awalku hingga ke penghujungnya?(memandang tepat ke wajah
Katrina)(muzik latar : Asbak – Jangan Letih Mencintai [0.04-0.04minit])
SURAYA Sejujurnya ku tak bisa, hidup tanpa ada kamu aku gila.
Zamri, aku juga sebenarnya sudah lama menaruh harapan kepada kamu sejak
saat pertama kali kita bertemu. Pertama kali ku bertemu denganmu hatiku
terpaut melihat senyumanmu aku mengharap engkau menerimaku kerna aku
bersedia menyintaimu.
Meskipun kamu hanyalah sehelai sepinggan, namun begitu, kamu orang yang
kuat berusaha. Aku bersedia menerimamu sebagai imamku. (senyum malu)
BABAK 2

Latar Masa : Pada waktu petang

Latar Tempat : Taman Rekreasi Universiti Malaya

Hubungan Zamri dan Suraya semakin erat. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan,
sehinggalah pada suatu hari, datangnya seorang pelajar pertukaran dari Jakarta, Indonesia
iaitu Rahimah.

Pada suatu petang, Rahimah sedang berekreasi di sebuah taman tetapi tiba-tiba sahaja
kakinya terseliuh. Kebetulan, Zamri juga berada di kawasan berhampiran.

WATAK SKRIP
RAHIMAH (terjatuh) Aduh! Tidak guna punya batu menghalang laluan aku saja!
(menggosok tapak kakinya)
ZAMRI (berlari kearah Bella) Adakah kamu baik-baik sahaja? Cederakah?
Perlukah saya membawamu ke klinik dengan keadaan seperti ini?
RAHIMAH Butakah kamu? Aku sedang menahan kesakitan ini. Cepat!!!!!!!!!!!
Bawa aku naik kereta.
ZAMRI Baiklah Rahimah. Maafkan aku (sedih).

Zamri bergegas membawa Rahimah untuk mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan


Universiti Malaya. Siapa sangka, keprihatinan dan kemuliaan hati Zamri telah menawan hati
Rahimah dalam diam. Rahimah sentiasa senyum bila bertentang mata bersama Zamri.

(muzik latar : James Author – Say You Wont Let Go Minus One [1.00 minit])

BABAK 3

Latar Masa : Pada waktu tengahari

Latar Tempat : Kolej 11 Universiti Malaya

Rahimah mula menaruh hari terhadap Zamri. Dia ingin Zamri menjadi haknya seorang.
Suatu petang, (muzik latar : The Greatest Minus One) Rahimah terlihat kelibat Zamri
bersama Suraya di sebuah gerai. Cemburu mula menular dalam diri Rahimah.

WATAK SKRIP
RAHIMAH Ahh! Ini tidak boleh terjadi. Ramli mesti menjadi hak aku sepenuhnya. Kamu
lihat sahaja ya perempuan!(menumbuk dinding)
BABAK 4

Latar Masa : Pada waktu pagi

Latar Tempat : Berhampiran tasik Universiti Malaya

Sedang sahaja Zamri dan Suraya mengulang kaji pelajaran di sebuah pondok berhampiran
tasik, datang seorang anggota peronda wanita.

WATAK SKRIP
PERONDA Apakah yang sedang kalian lakukan berdua-duaan disini? Sungguh sunyi
disini. (menundingkan jarinya kepada Zamri dan Suraya)
ZAMRI Kami hanya mengulang kaji pelajaran, puan.
SURAYA Benar itu, puan. Kami tidak mungkin melakukan perkara yang buruk
ketika menuntut ilmu. (gelisah)
PERONDA Jangan kalian memberi alasan! Sudah banyak perkara yang kurang enak
didengari mengenai kalian berdua. Ayuh, ikut saya ke bahagian hal ehwal
pelajar ! (memegang tangan Suraya dan mengheret baju Zamri) (muzik
latar: tobat maksiat)
SURAYA (meronta-ronta) Zamri ! Bagaimana ini. Saya tidak mahu dilabel sebagai
pelajar bermasalah.
ZAMRI Sabar Suraya. Sabar. Jangan menangis, jangan bersedih ku akan selalu
membantu dirimu. Ayuh kita turutkan dahulu. Saya akan berusaha untuk
membantu kita berdua bebas daripada tuduhan ini.

Mereka bertiga menuju ke pejabat hal ehwal pelajar.

BABAK 5

Latar Masa : Pada waktu tengah hari

Latar Tempat : Bilik Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya

Di bilik hal ehwal pelajar, Zamri dan Suraya cuba untuk membela diri mereka. Namun sia-
sia. Tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka berdua lebih berasas. Oleh sebab Zamri
lebih cemerlang pencapaiannya berbanding Suraya maka Zamri terlepas daripada hukuman
pihak universiti. Namun begitu, Suraya tetap akan dipindahkan ke universiti Surabaya di
Indonesia pada bulan hadapan. Keputusan pihak hal ehwal pelajar adalah muktamad.
Sejurus keluar daripada bilik tersebut, (muzik latar : Permata Cinta – Aiman Tino [0.51])
Suraya menangis sepuasnya.
WATAK SKRIP
SURAYA (menangis teresak-esak)Mengapa ini terjadi, Zamri. Siapakah
agaknya yang sanggup melemparkan tuduhan sedemikian kepada
kita sedangkan kita hanya mengulangkaji pelajaran ? Apalah
nasibku, malang sungguh hidupku.
ZAMRI Jangan bersedih Suraya. Saya selau disisimu. Saya juga tidak tahu.
Apa lagi yang boleh kita lakukan. Keputusan mereka telah
muktamad.
SURAYA Prosedur pertukaran saya ke Surabaya memakan masa yang lama.
Sepertinya kita tidak mampu untuk bertemu buat masa ini. Begitu
sedih hati ini mengenangkan hal ini.

ZAMRI Tidak mengapa, Suraya. Saya tetap menanti kepulangan kamu


nanti.(senyum dan menenangkan Suraya)

Zamri mendeklamasikan sebuah sajak kepada Suraya dengan nada


sedih:

Oh sayangku,
Bila nanti kau pergi,
Aku akan setia menantimu,
Aku akan setia bersamamu,
Walaupun lautan memisahkan aku dan dirimu

Oh sayangku,
Bila engkau rindu,
Tataplah potretku,
Jangan pernah bersedih,
Mengenangkan aku,
Namun kirimkan doamu untukku.

Aku akan bersamamu selalu saying.

Suraya menagis apabila selesai mendengar sajak yang dibaca oleh Zamri sebentar tadi. Dia
terharu dengan kesungguhan dan kesanggupan Zamri untuk menunggu dirinya walaupun
perlu berpisah buat seketika.
BABAK 6

Latar Masa : Pada waktu malam

Latar Tempat : Kolej Kediaman Kota Kinabalu UM

Rahimah kelihatan amat ceria setelah mendengar perkhabaran itu daripada siaran radio
berita semasa UM. Rancangannya untuk memisahkan Ramli dan Katrina telah berjaya.
(muzik latar : New Rules Dua Lipa Minus One [0.45minit]) Ketika bersendirian di dalam
bilik sambil ditemani unggas malam dan menikmati secawan kopi, kepalanya ligat
memikirkan rancangan seterusnya untuk mendapat jejaka tampan idaman Malaya.

WATAK SKRIP
RAHIMAH Rasakan Suraya. Kau tidak layak untuk bersaing dengan aku untuk
mendapatkan Zamri. Pergilah kau ke Surabaya itu dengan bahagianya.
Hahaha. Sepertinya rancanganku semakin mudah. Bersiaplah sedia lah
kamu Zamri untuk jatuh ketanganku.(ketawa kecil) sambil Rahimah
menyanyi:

Sudahlah sampai di sini,


Cinta Zamri dan Suraya,
Kini aku pula,
Untuk bersamanya,
Selama-lamanya.

(sambil gelak)

BABAK 7

Latar Masa : Di waktu malam

Latar Tempat : Rumah Katrina

Situasi di rumah Katrina semakin tegang. Bapa Katrina kecewa dengan penyebaran berita
itu. Bapanya memutuskan untuk mengahwini Katrina dengan seorang saudagar yang mana
juga anak kepada rakannya yang kaya raya. (muzik latar : Dewa Separuh Nafas [0.15-
0.45minit])Katrina menolak sekeras-kerasnya kerana hatinya tetap mencintai Ramli. Dia
berlari masuk ke dalam bilik tidurnya.

Katrina : (berteriak)Tidak mungkin !Hal ini amat kejam. Hatiku hanya terkunci untuk
Ramli. Tiada sesiapa yang mampu menggantinya. (menekup mukanya)
BABAK 8

Latar Masa : Di waktu petang

Latar Tempat : Taman Rekreasi Universiti Malaya

(muzik latar : Winner – Sentimental Minus One [0.15-0.38minit])

Sebaik sahaja kejadian tuduhan itu, Bella berusaha untuk menarik hari Ramli. Dia berpura-
pura untuk bersedia menjadi tempat mengadu akan kesedihan hati Ramli. Mereka sentiasa
berjumpa dan berjalan bersama-sama, bercerita dan bergurau senda kerana Bella berjanji
untuk menghilangkan kesedihan Ramli terhadap pemergian Kartini ke Surabaya. Hari
berganti hari, kepuraan-puraan Bella semakin hebat sehingga telah berjaya menawan hati
Ramli.

(muzik latar : Slam - Buat Seorang Kekasih [0.45- 1.20minit])

Ramli : Kamu terlalu baik, Bella. Kesedihanku telah surut. Sungguh saya berterima
kasih kepada kamu, Bella.

Bella : Segala usaha yang telah saya curahkan hanyalah untuk melihat kamu
bahagia Ramli. Saya juga akan turut bahagia.

Ramli : Terima kasih, Bella.(senyum dan memandang kearah langit)

Bella : Tetapi, ada satu perkara yang ingin saya tanyakan kepada kamu, Ramli.

Ramli : Apakah bendanya?(masih memandang langit)

Bella : Meluangkan masa bersama kamu membuatkan hati saya menjadi terhibur
dan ada kalanya berdebar-debar. Saya merasakan ada sesuatu yang aneh
telah berlaku kepada saya.

Ramli : (memandang tepat ke mata Bella) Sejujurnya, saya juga begitu.

Bella : Dan mahukah kamu mengetahui satu perkara, Ramli?

Ramli : Apakah perkara tersebut?

(muzik latar : Haqiem Rusli – Segalanya)

Bella : Katrina akan berkahwin dengan seorang saudagar yang kaya raya sebaik
sahaja dia memulakan pengajiannya ke Surabaya.

Ramli : (terdiam)
BABAK 9

Latar Masa : Di waktu tengah hari

Latar Tempat : KLIA

(muzik latar : Armada- Asal Kau Bahagia Minus One [1.55minit])

Katrina telah mendengar ura-ura mengatakan bahawa Bella dan Ramli sudah menjadi
pasangan kekasih. Hatinya terlalu sedih. Katrina bercadang untuk berlepas ke Surabaya
secepat mungkin bagi merawat hatinya yang dilukai oleh Ramli. Pada hujung bulan
November, Katrina telah bersedia untuk memulakan kehidupan barunya tanpa Ramli di
Surabaya. Akan tetapi, Katrina terserempak dengan Ramli di lapangan terbang semasa dia
ingin membeli tiket penerbangan untuk minggu hadapan.

Ramli : Katrina. Apakah yang sedang kamu lakukan disini?

Katrina : Kamu mungkir janji, Ramli ! Dalam diam kamu menduakan hati kamu. (mula
bergenang air mata)

Ramli : Ah ! Kamu juga akan berkahwin dengan saudagar bukan ?

Katrina : Itu tidak benar ! Mengapa engkau berkata sekejam itu kepadaku, Ramli ?
Sudah pupuskan aku dari hatimu. Janganlah lagi kau berkata sedemikian.
(menekup mulutnya menahan kesedihan)

Ramli : Begitulah perempuan. Dia hanya ingat kekejaman orang kepadanya dan
lupa kekejaman diri sendiri kepada orang lain. Kamu berjanji untuk bersamaku,
namun kamu tetap akan menikahi saudagar kaya raya itu. Cukup Katrina.
Sudah tiada apa yang perlu dijelaskan. Pergilah kamu keSurabaya secepat
mungkin dan kahwini saudagar itu. Tidak usah lagi berfikir mengenai kita.
Pergi !(berjalan pergi daripada Katrina)

Katrina : Sampainya hati kamu mengusir saya. Baik. akan saya turutkan kehendak
kamu itu. Jangan kamu menyesal, Ramli !(berjalan ke arah kaunter tiket)

BABAK 10

Latar Masa : Di waktu tengah hari

Latar Tempat : Highway DUKE


(muzik latar : GD Taeyang - Good Boy Minus One [0.25minit])

Bella memandu seperti orang yang gila menuju ke lapangan terbang untuk mengheret Ramli
pulang. Hal ini kerana, Bella telah mendapat berita daripada rakannya bahawa rakannya itu
ternampak kelibat Ramli bertemu dengan Katrina.

Bella : (berteriak)Kurang ajar kamu Katrina ! Sempat lagi kamu bertemu dengan
Ramli milikku. Orang sebegini harus diajar !

(muzik latar : Kereta dipandu laju dan terbabas)

Kereta yang dipandu oleh Bella amatlah laju. Tiba-tiba sebuah kereta memotong dari arah
bertentangan. Bella hilang kawalan terhadap keretanya dan terbabas ke tepi jalan sehingga
terlanggar pembahagi jalan. Kepala Bella telah terhantuk dengan kuat sekali di stereng
kereta. Belum sempat ambulan sampai, Bella telah meninggal di tempat kejadian

BABAK 11

Latar Masa : Pada waktu malam

Latar Tempat : Dalam pesawat Bernouli dan Hospital Kuala Lumpur

(muzik latar : pesawat berlepas dan terhempas)

Suraya menuju ke balai pelepasan dan memulakan penerbangannya ke Surabaya. Namun,


pesawat Bernouli dinaikinya tersebut mengalami masalah teknikal yang tidak dijangka dan
pesawat itu telah terhempas. Berita terhempasnya pesawat Bernouli itu telah diketahui oleh
semua termasuk Zamri. Dengan segera Zamri mendapatkan maklumat mengenai Suraya.
Akhirnya, dia mengetahui keadaan Suraya yang sedang kritikal dan mendapat rawatan di
Hospital Kuala Lumpur. Lantas dia pergi dan dan bertemu dengan doktor di dalam bilik
rawatan Suraya.

(muzik latar : Gnash- I Hate You I Love You Minus One [1.15minit])

WATAK PERWATAKAN
Doktor : Adakah nama anda Ramli?

Ramli : Ya benar. Dari mana doktor tahu?(gelisah)

Doktor : Ketika gadis ini dibawa kemari, kepalanya luka begitu parah dan diikat
dengan selendang ini. Di selendang ini ada sebuah foto tertulis nama Ramli.

Ramli : Katrina…(memandang Katrina)

Katrina : (suara lemah)Kamu… Ramli….(membuka mata sedikit)

Ramli : Ya, saya disini Katrina. Bertahanlah Katrina. (bergenang air mata)

Doktor : Keadaannya terlalu parah, saudara. Darah telah banyak kehilangan dari
tubuhnya. Hospital ini tidak mempunyai bekalan darah yang mencukupi.

(muzik latar : Irfan Haris – Pesan [ 0.40-2.10minit])

Katrina : Kesayanganku Ramli, cahaya kematian telah terbayang di muka ku.


Sekiranya saya mati, hatiku telah senang kerana kamu berada di sampingku
sekarang.(mencuba untuk senyum)

Ramli : Tidak Katrina ! Kamu harus kuat ! Jangan tinggalkan aku Katrina ! Aku yang
bersalah. Tidak sepatutnya aku mengusirmu supaya cepat pergi ke
Surabaya. Hal ini tidak mungkin terjadi sekiranya aku tidak menyuruhmu cepat-cepat
naik pesawat Wan der Ring itu. Hidupku hanya untukmu seorang Katrina.
(meratapi)

Katrina : Dan rasa cintaku telah terhempas dalam lautan kasih sayangmu..(senyum
dan perlahan-lahan menutup mata)

(muzik latar : mesin jangka hayat terputus)

Ramli : Katrina…(suara lemah)

Dan Katrina telah menutup mata dan pergi untuk selama-lamanya. Setelah peninggalan
Katrina, Ramli terus sakit-sakitan menahan rindu dan kesedihannya. Akhirnya, Ramli pun
pergi menyusul Katrina.
RUJUKAN

Andri Raden. (2017, September 5). Tenggelamnnya Kapal Van der Witjck.mp4 - Google

Drive. Dimuat turun daripada: https://drive.google.com/file/d/0B3NK8itvh

T5acm1iTWUzWERFUnc/view

Hamka. (2011, Februari 1). Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk (HAMKA) : Buku Islam-

Novel Islami-Toko Buku Islam. Dimuat turun daripada: http://bukubukuislami.

com/sastra-klasik/tenggelamnya-kapal-van-der-wijk-hamka/

Zainuddin: Maaf? Kau regas segenap pucuk pengharapanku. Kau patahkan. Kau minta
maaf..
Hayati: Sudah hilangkah tentang kita dari hatimu? Janganlah kau jatuhkan hukuman,
kasihanilah perempuan yang ditimpa musibah berganti-ganti ini.

Zainuddin: Demikianlah perempuan, ia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walau
pun kecil dan ia lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya.

Zainuddin: Bukankah kau yang telah berjanji ketika saya diusir oleh Ninik Mamakmu karena
saya asalnya tidak tentu, orang hina, tidak tulen Minangkabau, ketika itu kau antarkan saya
di simpang jalan, kau berjanji akan menunggu kedatanganku berapapun lamanya, tapi
kemudian kau berpaling ke yang lebih gagah kaya raya, berbangsa, beradat , berlembaga,
berketurunan, kau kawin dengan dia. Kau sendiri yang bilang padaku bahwa pernikahan itu
bukan terpaksa oleh paksaan orang lain tetapi pilihan hati kau sendiri. Hampir saya mati
menanggung cinta Hayati.. 2 bulan lamanya saya tergeletak di tempat tidur, kau jenguk saya
dalam sakitku, menunjukkan bahwa tangan kau telah berinang, bahwa kau telah jadi
kepunyaan orang lain. Siapakah di antara kita yang kejam Hayati?

Zainuddin: Kau pilih kehidupan yang lebih senang, mentereng, cukup uang, berenang di
dalam emas, bersayap uang kertas. Siapakah di antara kita yang kejam Hayati? Siapa yang
telah menghalangi seorang anak muda yang bercita-cita tinggi menambah pengetahuan
tetapi akhirnya terbuang jauh ke Tanah Jawa ini, hilang kampung dan halamannya sehingga
dia menjadi anak yang tertawa di muka ini tetapi menangis di belakang layar. Tidak Hayati,
saya tidak kejam. Saya hanya menuruti katamu. Bukankah kau yang meminta dalam
suratmu supaya cinta kita itu dihilangkan dan dilupakan saja, diganti dengan persahabatan
yang kekal. Permintaan itulah yang saya pegang teguh sekarang. Kau bukan kecintaanku,
bukan tunanganku, bukan istriku. Tetapi janda dari orang lain. Maka itu secara seorang
sahabat, bahkan secara seorang saudara saya akan kembali teguh memegang janjiku
dalam persahabatan itu sebagaimana teguhku dahulu memegang cintaku. Itulah sebabnya
dengan segenap ridho hati ini kau ku bawa tinggal di rumahku untuk menunggu suamimu,
tetapi kemudian bukan dirinya yang kembali pulang, tapi surat cerai dan kabar yang
mengerikan. Maka itu sebagai seorang sahabat pula kau akan ku lepas pulang ke
kampungmu, ke tanah asalmu, tanah Minangkabau yang kaya raya, yang beradat,
berlembaga, yang tak lapuk dihujan, tak lekang dipanas. Ongkos pulangmu akan saya beri.
Demikian pula uang yang kau perlukan. Dan kalau saya masih hidup, sebelum kau
mendapat suami lagi Insya Allah kehidupanmu selama di kampung akan saya bantu.
Hayati: Saya tidak akan pulang. Saya akan tetap di sini bersamamu. Biar saya kau hinakan.
Biar saya kau pandang sebagai babu yang hina. Saya tak butuh uang berapa pun
banyaknya. Saya butuh dekat dengan kau, Zainuddin. Saya butuh dekat dengan kau..

Zainuddin: Tidak. Pantang pisah berbuah dua kali. Pantang pemuda makan sisa. Kau mesti
pulang kembali ke kampungmu. Biarkan saya dalam keadaan begini. Jangan mau
ditumpang hidup saya.

Anda mungkin juga menyukai