Anda di halaman 1dari 19

Bab 4: Al-Farabi and Ibnu Sina

B
Baabb 44::
A
ALL--FFA
ARRA
ABBII aanndd IIB
BNNU
USSIIN
NAA

Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:


 Memerihalkan latar belakang al-Farabi
 Menjelaskan pendapat al-Farabi tentang pendidikan
 Membanding kaedah mengajar yang dicadangkan oleh al-Farabi
 Memerihalkan latar belakang Ibnu Sina
 Menilai pendapat Ibnu Sin tentang pendidikan
 Menjelaskan kurikulum yang dicadangkan oleh Ibnu Sina

Bab 1:
Ringkasan Bab Pengenalan

4.1 Siapakah al-Farabi? Bab 2:


4.2 Pendidikan menurut al-Farabi Perspektif Awal Tentang Kurikulum
4.3 Kurikulum menurut al-Farabu
4.4 Pengajaran & kaedah mengajar Bab 3:
4.5 Siapakah Ibnu Sina? Confucius dan Mencius
4.6 Pendidikan menurut Ibnu Sina
4.7 Kurikulum menurut Ibnu Sina Bab 4:
Al-Farabi dan Ibnu Sina
Kata Kunci
Bab 5:
Ringkasan Socrates, Plato & Aristotle
Rujukan
Bab 6:
Jean Rousseau, John Locke & Frederick Froebel

Bab 7:
Paulo Freire dan Ivan Illich

Bab 8:
Rabindranath Tagore and Vivekananda

Bab 9:
Kemahiran Abad ke21

Mukadimah
Bab ini membincangkan hujah-hujah yang dibentangkan oleh dua falsafah Islam
terkenal; Al-Faranb dan Ibnu Sina tentang matlmat pendidikan dan kurikulum. Al-Farabi
seorang yang telah menulis ratusan buku dan kertas kerja yang membincangkan dengan
mendalam matlamat pendidikan, mata pelajaran yang perlu diajar dan peranan guru serta
kaedah mengajar. Ibnu Sina, yang lebih terkenal dalam bidang perubatan juga telah
memberi pendapat tentang pendidikan. Tumpuan beliau ialah berkenaan perkembangan
manusia daripada peringkat bayi hingga dewasa.

1
Bab 4: Al-Farabi and Ibnu Sina

4.1 SIAPAKAH AL-FARABI?

A-Farabi dilahirkan di Wasij di Tukestan pada tahun


872. Dia berpindah ke Baghdad dan mempelajari tatabahasa,
logik, falsafah, musik, matematik dan sain dan digelar “Guru
Kedua ” manakala ahli falsafah Yunani Aristotle digelar “Guru
Pertama”. Beliau telah mengkaji dengan mendalam hasil karya
ahli falsafah Plato dan Aristotle. Al-Farabi dianggarkan telah
menulis kira-kira 400 buku, tetapi hanya 117 jodol yang masih
tinggal yang terdiri daripada 43 buku logik, 11 buku berkeaan
metafizik, 7 buku berkenaan etika, 7 buku berkenaan sains
politik, 17 buku berkenaan muzik, sosiologi dan perubatan, dan
11 ialah tulisan komentar.
Beliau meninggal dunia pada tahun 950, ketika berumur
80 tahun. Antara hasil karya beliau ialah:
Al-Farabi (872-950)

 Fusus al-Hikam ialah sebuah buku falsafah yang telah digunakan sebagai buku
teks untuk beberapa abad dipelbagai pusat pembelajaran dan masih digunakan
hingga hari ini.

 Ara Ahl al-Madina al-Fadila bukuj terkenal dalam bidang sosiologi.

 Kitab al-Musiqa (Buku Unggul Muzik) ialah sebuah


buku muzik. Beliau ialah seorang pakar dalam seni
muzik dan telah mencipta beberapa peralatan muzik.
Beliau dikatakan boleh bermain muzik yang boleh
membuat pendengar menangis atau ketawa.

 Kitab al-lhsa al 'Ulum ialah buku yang membincangkan


klasifkasi prinsip-prinsip asas sains dengan cara yang
unik dan berguna.

 Ara Ahl al-Madina al- Fadila (The Model City) is a significant early
contribution to sociology and political science.

 Ara Ahl al-Madina al- Fadila (Bandaraya Model) ialah sesuatu sumbangan
signifikan dalam bidang sosiologi dan sains politik..

Hasil Karya Lain:


 Al-Burhan [Demonstrasi]
 Kitab al-huruf (Buku Persuratan)
 Al-Tanbih ila sabil al-sa‟ada [Panduan Ke Arah Kebahagian]
 Falsafat Aristutalis [ Falsafah Aristotle]
 Kitab al-ihsa‟ ( Buku Senarai)

2
Bab 4: Al-Farabi and Ibnu Sina

4.2 PENDIDIKAN MENURUT AL-FARABI

Al-Farabi menggunakan pelbagai istilah untuk menerangkan konsep „pendidikan‟


yang secara tak langsung merupakan peranan seorang guru. Baginya tujuan
pendidikan ialah untuk:

 mendisiplin (ta’dib),
 melatih (tahdhib),
 membimbing (tasdid),
 mengajar (ta’lim),
 mengasuh (tarbiya),
 pembelajarn (irtiyad),
 menaksir (taqwim),
 asuhan (tarbiya).

Tugas guru ialah untuk mendidik pelajar ke arah mencapai kebahagiaan dan
keseumpurnaan (bermoral tinggi) kerana manusia dicipta untuk tujuan ini.

Berasaskan al-Quran, beliau menekankan bahawa matlamat utama pendidikan ialah


pengusaan nilai, pengetahuan dan kemahiran ke arah mencapai kebahagian
(happiness) dan kesempurnaan (perfection). Manusia yang sempurna (al insan al
kamil) ialah manusia yang telah menguasai ilmu dan nilai-nilai murni dan
seterusnya menjadi teladan kepada orang lain.

Dalam ertikata lain, matlamat pendidikan ialah pembentukan suatu komuniti ideal
dimana orang tolong menolong dan bekerjasama ke arah pencapaian kebahagian
(“all work together in order to attain happiness” Al-Farabi, Mabadi’ ahl al-madina
al-fadila, edited by Albert Nusri Nadir, Beirut, Imprimerie catholique, 1959, p. 97).
Menurut Al-Farabi, pendidikan adalah penting untuk semua orang kerana tanpa
pendidikan, manusia tidak akan mencapai kebahagian dan kesempurnaan yang
diidam-idamkan.

4.1 AKTIVTI PEMBELAJARAN

a) Ceritakan secara ringkas riwayat hidup al-Farabi


b) Bincangkan lebih lanjut hasik karya al-Farabi

3
Bab 4: Al-Farabi and Ibnu Sina

 Al-Farabi sungguh prihatin tentang aspek spiritual individu dan matlamat


utama pendidikan ialah kelahiran manusia yang semporna. Tujuan setiap
manusia ialah untuk pencapaian “kebahagian” yang merupakan
kesemporanaan yang paling tinggi.
 Siapakah manusia yang sempurna?
Menurut Al-Farabi, manusia yang semporna (al insan al kamil) ialah individu
yang telah memperolehi budi mulia teoretikal (theoretical virtues) dan budi
mulia praktikal (practical virtues) yang diamalkan dalam masyarakat (Lihat
Rajah 4.1).

PEMIMPIN

Budi Mulia
Teoretikal

MASYARAKAT al insan al kamil MASYARAKAT


[Kesempurnaan]

Budi Mulia
Praktikal

Rajah 4.1 Insan yang sempurna (al insan al kamil) menurut Al-Farabi

Peranan pendidikan ialah untuk memastikan pelajar menguasai nilai-nilai yang


menjadikan seseorang itu berbudi mulia.

 Apakah yang dimaksudkan dengan budi mulia?


o Al-Farabi mentaktif “budi mulia” sebagai sesuatu keadaan minda
dimana manusia melakukan perkara-perkara yang baik dan bermurah
hati. Antara budi mulia yang dikenal pasti oleh Al-Farabi ialah
kesederhanaan, keberanian, bermurah hati, keadilan, kawalan-kendiri
dan sebagainya. Beliau menekankan pentingnya manusia tidak taksub
dengan keterlaluan atau kebendaan.

o Menurut beliau, budi mulia harus menjadi sebati gaya hidup seseorang
dan dia mesti sanggup bertindak. Budi mulia hendaklah dingini oleh
semua dan tidak dianggap sebagai sesuatu yang mebebankan (Al-
Farabi, ‘Fusil mabadi’ ahl al-madina al-fadila’, in: Kitab al-milla,
edited by Muhsin Mahdi, Beirut, Imprimerie catholique, 1968. p. 24).

4
Bab 4: Al-Farabi and Ibnu Sina

 Apakah peranan masyarakat?


o Beliau juga mengatakan iaitu budi mulia teoretikal dan budi mulia
praktikal hanya boleh dikuasai dalam konteks masyarakat.
Masyarakatlah yang memupuk perkembangkan individu dan sekiranya
seseorang tinggal diluar lingkungan masyarakat, dia mungkin menjadi
haiwan liar. Oleh itu, adalah penting individu diasuh daripada awal lagi
menjadi ahli masyarakat dan menuju ke arah mencapai kesempurnaan.
 Oleh kerana masyarakat memainkan peranan yang begitu penting
dalam asuhan individu ke arah mewujud al-insan al kamil dan
pencapaian kebahagian, pendidikan harus berperanan melahirkan
masyarakat yang ideal.

 Bagaimana mewujud masyarakat yang ideal dan peranan pendidikan?


o Sesuatu masyarakat ideal dipimpin oleh pemimpin. Salah satu
matlamant pendidikan ialah mendidik pemimpin politik kerana
“kejahilan dikalangan pemimpin lebih berbahaya daripada kejahilan
dikalangan rakyat jelata (‘ignorance is more harmful in monarchs than
it is in the common people’).
o Menurut Al-Farabi, pemimpin politik ialah seperti doktor. Seorang
doktor merawat badan manusia manakala seorang pemimpin politik
merawat jiwa dan memastikan kesejahteraan masyarakat serta menjadi
teladan kepada rakyat.
o Kerja pemimpin politik tidak setakat mengurus masayarakat tetapi juga
menggalakkan rakyat tolong-menolong ke arah mencapai kebaikkan
dan mengatasi kejahatan. Pemimpin politik mesti memainkan peranan
memperkukuhkan budi mulia di kalangan rakyatnya (Al-Farabi, ‘Fusil
mabadi’ ahl al-madina al-fadila’, in: Kitab al-milla, edited by Muhsin
Mahdi, Beirut, Imprimerie catholique, 1968. p. 65).

Al-Farabi berpendapat adalah menjadi kewajipan Negara untuk memperuntukkan


bajet untuk pendidikan dengan mengambil sebahagian daripada cukai zakat dan cukai
tanah (kharaj), serta lain-lain sumber untuk tujuan ini.: Cukai dan duti juga digunakan
untuk pendidikan kanak-kanak.

4.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Siapakah manusia yang sempurna menurut al-Farabi?
b) Apakah peranan masyarakat dalam perkembangan
individu sempurna?

5
Bab 4: Al-Farabi and Ibnu Sina

4.3 KURIKULUM MENURUT AL-FARABI

Menurut Al-Farabi matlamat pendidikan bukanlah hanya mempelajari warisan


kebudayaan negara tetapi menguasai ilmu yang membawa kepada kematangan
perasaan, pertimbangan, pengadilan, tindakan dan memperkembangkan pemikiran
kritis.

PENGAJIAN ISLAM
Al-Farabi menekankan kepentingan mengajar Pengajian Islam dengan tumpuan
kepAda fiqh (jurisprudence), qanun (udang-undang Islam) dan kalam atau teologi.

BAHASA
For al-Farabi, the sequence of learning must begin with the language and its structure,
i.e. its grammar, so that the student can express himself as do the people who speak
that language; without this ability, he will not be able to understand others nor they
him, and he will not develop properly. Mastery of the common language, the
foundation for all other kinds of knowledge, is therefore indispensable.

Al-Farabi was keenly aware of the value of language since he spoke several languages
himself that allowed him to compare cultures and tongues.88
LOGIK
Selepas bahasa, Al-Farabi menegaskan pengajaran
“Logik”. Logik penting untuk mempelajari sains dan
matematik yang membawa kepada refleksi yang waras
yang berkaitan dengan bahasa. Mantiq ialah perkataan
Bahasa Arab yang bermakna „logik‟ yang
mengemukakan suatu kaedah pemikiran yang teratur.
Menurut Al-Farabi, bahasa dikuasai sebelum penguasaan
perturan pembentukan minda dan menyediakan jalan
penguasaan bahasa.

MATEMATIK, SAINS & MUSIK


Selepas penguasaan „logik‟, pelajar mesti mempelajari
matematik yang dipanggil oleh tokoh falsafah Islam
sebagai “ajaran” (ta’alim). Menurut beliau, matematik
adalah tahap penting dalam hiraki sains teoretikal;
“Sesiapa yang ingin mempelajari seni teoretical mula
dengan mempelajari nombor dan diikuti dengan
„pengukuran‟ dan kemudian „optiks‟.

Mempelajari optiks, astronomi dan sains semulajadi memerlukan penguasaan


matematik. Beliau telah membahagikan matematik kepda TUJUH bahagian: seperti
berikut:
1. nombor
2. geometri

6
Bab 4: Al-Farabi and Ibnu Sina

3. sain perpektif
4. astronomi
5. musik,
6. dinamiks
7. mekaniks

Al-Farabi menjelaskan mengapa pengajaran nataematik perlu diberi keutamaan:

 Bermula dengan pengajaran NOMBOR kerana ia adalah tepat dan jelas dan
tidak mengelirukan pelajar serta melatih intelek pelajar

 Pengajaran matematik hendaklah diajar berperingkat-peringkat bermula


dengan yang konkrti dan boleh diukur kepada yang lebih abstrak. Bermula
dengan pengiraan dan dikuti dengan geometri yang hendak diajar supaya tidak
wujud ketidaktentuan. Kemudian pelajar diajar sains perspektif, astronomi,
musik, dinamiks dan akhir sekali mekaniks. Barulah pelajar boleh didedahkan
kepada sains semulajadi yang berkaitan dengan haiwan, tumbuh-tumbuhan
dan sebagainya,

Al-Farabi dianggap sebagai tokoh falsafah Islam yang pertama mengklasifikasi sains
dengan tujuan pendidikan Al-Farabi menegaskan bahawa pengajaran sains adalah
tidak bermakna dan tidak berguna sekiranya ia tidak dapat diaplikasi dalam dunia
sebanar. Sains hanya berguna jika ia dapat dikaitkan dengan dunia sebenar dan pelajar
mesti diberi peluang mengaplikasinya.

SENI
Al-Farabi juga mencadangkan ketrampilan dalam seni sebagai sebagai expresi hikmah
dan mereka yang cekap dalam bidang seni dapat mencapai kesempurnaan dalam seni.

4.4 GURU DAN PENGAJARAN MENURUT AL-FARABI

Peranan Guru
 Menurut Al-Farabi, hanya orang bermoral tinggi, tidak taksub dengan harta
dan terdidik dengan sifat qanaah (merasa cukup dengan apa yang dimiliki)
dan ingin mencari kebenaraan boleh dilantik menjadi guru. Bertambah pula,
individu berkenaan hendaklah secara sukarela memilih menjadi guru dan tidak
boleh dipaksa menjadi guru kecuali dalam keadaan yang mendesak (Lihat
Rajah 2.2).
 Guru mesti menunjuk kefahaman yang mendalam tentang ilmu yang hendak
diajar dan dapat menggunakan kaedah mengajar berkesan yang memudahkan
pelajar menguasai ilmu yang hendak disampaikan sambil tidak mengelirukan
mereka.
 Oleh it beliau, memperkenalkan dua kaedah mengajar, iaitu „keadah
demonstrasi‟ dan „kaedah memujuk‟ (Lihat Rajah 4.2).

7
Bab 4: Al-Farabi and Ibnu Sina

 Kaedah demonstrasi melibatkan guru bercakap dan sesuai untuk


memperoleh pengetahuan khusus. Pelajar digalakkan berdebat dan
memberi pendpat.

 Kaedah memujuk melibatkan guru bercakap dan diikuti dengan


dengan menggunakan contoh, metafora dan ilustrasi. Pelajar
digalakkan menggunakan sensori sentuhan, visual dan pendengaran
untuk mempelajari sesuatu (Al-Farabi, Falsafat Aristutalis, edited by
Muhsin Mahda, Beirut, Dar majallat al-chi‟r, 1961)

 Secara tak langsung beliau mengingankatkan guru untuk menyesuaikan


kaedah mengajar dengan keupayaan dan pengalaman pelajar. Mungkin anda
akan mengatakan, ini saya sudah tahu. Perlu diingat bahawa, idea yang
kemukakan oleh Al-Farabi ini lebih 1000 tahun yang lalu sebelum
kemunculan bidang psikologi pendidikan.

Kaedah
Demonstrasi

PENGAJARAN
(ta’alim)

Kaedah
Memujuk

Rajah 4.2 Kaedah Mengajar Menurut Al-Farabi

 Al-Farabi juga membezakan di antara “Hafalan” dan “Kefahaman”. “Hafalan”


ialah apabila pelajar mengulangi perkataan atau ungkapan berkali-kali
sehingga dia hafal seperti mempelajari sesuatu bahasa, menghafal Qur‟an dan
lagu. Sebaliknya, “kefahaman” ialah apabila pelajar memahami maksud dan
dapat menginterpretasi sesuatu bahan tulisan (Al-Farabi, Al-Burhan). Menurut
Al-Farabi, „kefahaman‟ adalah lebih baik daripada „hafalan‟ kerana pelajar
memahami konsep, prinsip dan teori yang dikuasai dan dapat mengaitkan
maklumat baru yang dipelajari dengan konsep dan prinsip yang telah dipelajari
(Al-Farabi, Ajwibat masa’il su’ila ‘anha).

 Al-Farabi menekankan betapa penting guru menerangkan sesuatu konsep


dengan kaedah yang dapat meningkatkan kefahaman. Berikut ialah langkah-
langkah yang dicadangkan beliau:

1. Guru bermula dengan mencari perkataan sama maksud dengan


konsep yang hendak diterangkan.
2. Kemudian, memberi definisi konsep berkenaan.
3. Ini dikuti dengan penerangan tentang bahagian-bahagian konsep
berkenaan.

8
Bab 4: Al-Farabi and Ibnu Sina

4. Terangkan ciri-ciri khusus dan ciri-ciri umum konsep berkenaan


5. Gunakan metafora, analogi, ilustrasi dan contoh untuk menjelaskan
konsep berkenaan.

 Al-Farabi juga mencadangkan guru menyelitkan unsur permainan (play)


dalam pengajaran mereka. Permainan dalam pendidikan bertujuan mencetus
pemikran kreatif dan menggalakan pembelajaran aktif dikalangan pelajar.

 Berkenaan dengan disiplin, guru


hendaklah mengelak memberi
hukuman yang keterlaluan kerana
ini akan membuat pelajar benci
kepada guru.

 Sebaliknya, jika guru terlalu lembut,


kemungkinan pelajar tidak memberi
perhatian dan menjadi malas. Oleh
itu, menurut Al-Farabi guru
hendaklah mengamal kesederhanaan
dalam menghukum pelajar.
Rajah 4.3 Hanya mereka
 Al-Farabi juga menekankan bermoral tinggi boleh menjadi
kepentingan menilai hasil guru
pembelajaran. Tujuan peperiksaan
ialah untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang ilmu.
Menurutnya, untuk menilai kebolehan pelajar mengaplikasi konsep dan
prinsip, bahan-bahan seperti kompas, sempoa, pembaris dan skala hendaklah
disediakan untuk kegunaan pelajar.

4.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Apakah prasyarat menjadi guru menurut Al-Farabi?
b) Nyataan perbezaan diantara dua kaedah mengajar yang
Al-Farabi. dicadangkan oleh A-Farabi
c) Sejauh manakah pendapat Al-Farabi releven hari ini?

9
Bab 4: Al-Farabi and Ibnu Sina

4.5 SIAPAKAH IBN SINA?

Ibn Sina dilahirkan pada 980 SM di Afshana di


Uzbekistan. Bapanya adalah dari Afghanistan manakala
ibunya adalah dari Uzbekistan. Beliau meninggalkan
Bukhara ketika berumur 21 tahun, dan mengembara ke
beberapa bandar di Iran (atau Parsi sehingga akhir hayat.
Beliau digelar „falsafah Islam terulung‟ dan disanjung
tinggi dalam bidang perubatan. Ibnu Sina telah menulis
kira-kira 276 hasil karya yang ditulis dalam Bahasa Arab
kecuali beberapa buku yang ditulis dalam Bahasa Pari.
Malangnya, kebanyakan hasil karya beliau telah hilang
68 buku dan risalat yang tinggal dan terdiri daripada
berikut:

 43 dalam perubatan
 24 dalam falsafah Ibnu Sina
980 – 1037 A.D.
 31 dalam agama Islam
 23 dalam psikologi
 15 dalam matematik
 22 dalam logik
 5 berkenaan Al-Quran

Beliau juga telah menulis banyak risalat berkenaan disiplin-kendiri, penahanan diri,
kesederhanaan, cinta, musik dan juga telah menulis beberapa cerpen.

Rajah 4.4 Hasil Karya Ibnu Sina

Beliau telah menulis dalam semua cabang sains, tetapi beliau paling berminat dalam
falsafah dan perubatan. Beliau diggelar sebagai “putera doktor perubatan” pada

10
Bab 4: Al-Farabi and Ibnu Sina

Zaman Pertengahan. Bukunya, al-Qanun (The Canon), telah diterjemahkan ke dalam


bahasa Latin dan menjadi sumber rujukan untuk pengajian perubatan di universiti-
universiti Eropah sehingga akhir abad ke-17 (Lihat Rajah 4.4).

Di Eropah, beliau dipanggil “Avicenna” dan disanjung tinggi oleh cendiakawan


Kristian dan Yahudi. Dalam bidang falsafah, pandangan beliau telah mendapat
perhatian pemikir Barat selama beberapa abad, dan buku beliau telah menjadi buku
rujukan penting falsafah.

Tulisan-tulisan Ibnu Sina mengenai pendidikan adalah jauh lebih kecil berbanding
dengan tulisan-tulisannya dalam perubatan. Beliau menulis sebuah buku bertajuk
'Daripada Politik ke Pendidikan' dan membincang dengan begitu mendalam tentang
asuhan kanak-kanak dan cara membesarkan bayi. Beliau juga menulis mengenai
pengertian pengetahuan dan sifat manusia

Ibnu Sina ialah seorang luar biasa dan sungguh


bijak. Kerap kali beliau didapati mengajar guru-
gurunya. Dikatakan bahawa, ketika berumur 14
tahuan, Ibnu Sina menjelaskan lojik kepada
mahaguru beliau al-Natili. Walau pun Ibnu Sina
tidak mempunyai guru untuk mengajarnya sains
semulajadi dan perubatan, beliau telah menguasai
ilmu perubatan dengan sendiri. Pada umur 16
tahun, beberapa doktor perubatan terkenal telah
bekerja dibawahnya.

Beliau telah mengubati Emir Khurasan daripada


sejenis penyakit serius yang dihadapi dan sebagai
balasan, Ibnu Sina dibenarkan menggunakan
perpustakaan diraja yang lengkap dengan pelbagai
bahan rujukan (Lihat Rajah 4.5). Pada umur 18 Rajah 4.5 Ibnu Sina telah
tahun beliau telah menguasai semua ilmu sains menguasai pelbagai ilmu
yang ada pada ketika itu dan pada umur 21 tahun dengan mempelajari sendiri
telah menulis buku falsafahnya yang pertama. tanpa bantuan guru
Bagaimana pun, apabila bapanya meninggal dunia, beliau terpaksa bekerja dengan
sektor kerajaan untuk menyara hidup. Beliau dikenalpasti dan menjadi sebagai
perunding dan penasihat kepada kerabat diraja tentang isu-isu perubatan serta politik.
Beliau dilantik sebagai menteri beberapa kali dan nasihatnya diberi perhatian.
Malangnya, beberapa orang sungguh iri hati dengan populariti Ibnu Sina dan cuba
mengkhianati beliau. Ibnu Sina terpaksa meninggalkan perkhidmatan kerajaan dan
menyembunyikan diri. Bagaimana pun, beliau ditangkap dan dimasukkan penjara
tetapi dapat melarikan diri and tinggal di Isfahan, Iran. Beliau meninggal dunia pada
tahun 1037 dalam perjalanan dari Isfahan ke Hamadan. Lihat Rajah 4.6 yang
menunjukkan makan Ibnu Sina.

11
Bab 4: Al-Farabi and Ibnu Sina

Source: Aga Khan Visual Archive, MIT

Rajah 4.6 Makam Ibnu Sina di Hamadan, Iran


Makam ini juga terdiri daripada sebuah perpustakaan dan
muzium yang didirikan pada tahun 1950an pada tapak
asal kubur Ibnu Sina

Pandangan Ibnu Sina Tentang Kebolehan Mental Manusia

Menurut Ibnu Sina, kebolehan mental manusia terbahagi kepada TIGA komponen
(Lihat Rajah 4.7):

Komponen Tumbuh-Tumbuhan

Kebolehan
Komponen Penggerakan &
Mental
Kefahaman

Komponen Kognitif

Rajah 4.7: Kebolehan Mental Manusia Menurut Ibnu Sina

1. Komponen Tumbuh-Tumbuhan – komponen ini terdapat pada manusia dan


tumbuh-timbuhan dan berfungsi bagi menentukan manusia terus hidup dan
proses-prosesnya terdiri daripada pemakanan, pertumbuhan dan pembiakan.

2. Komponen Pergerakkan dan Kefahaman / Persepsi – komponen ini


terdapat pada manusia dan haiwan yang membolehkan manusia tertarik
kepada yang diingini dan mengelak yang merbahaya. Persepsi dunia luar
dipermudahkan melalui LIMA deria – pengliharan, pendengaran, berbau, rasa
dan sentuhan.

12
Bab 4: Al-Farabi and Ibnu Sina

3. Komponen Kognitif – Komponen ini membezakan manusia daripada haiwan.


Komponen ini aktif dan mendorong kelakuan manusia dan kelakuan intelek
manusia. Kedua-dua ini digelar “kecerdasan”.

Adakah manusia secara semula jadi baik atau jahat?


Ibnu Sina berpendapat manusia secara semula jadi adalah tidak baik atau tidak jahat
tetapi lebih cendurung melakukan kejahatan. Walau bagaimana pun, manusia
dipengaruhi oleh alam sekitar dan pendidikan yang diterima. Jika seseorang
membiasakan diri dengan kejahatan, dia akan menjadi jahat, jika dia membiasakan
diri dengan kebaikan, dia akan menjadi baik

4.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Ceritikan riwayat hidup Ibnu Sina
b) Mengapakah beliau digelar “putera doktor perubatan?
c) Jelaskan secara ringkas komponen-komponen kebolehan
mental manusia yang dikenal pasti Ibnu Sina

4.6 MATLAMAT PENDIDIKAN MENURUT IBNU SINA

Ibnu Sina melihat matlamat pendidikan sebagai perkembangan keseluruhan individu:


iaitu; fizikal, mental dan akhlak; diikuti dengan penyediaan individu ini untuk hidup
dalam masyarakat melalui pekerjaan yang dipilih mengikut aptitud atau
kecenderungannya. Ertikata lain, menurut Ibnu Sina pendidikan:

 Harus memberi perhatian kepada pembangunan jasmani yang melibatkan


latihan fizikal, makanan, minuman, tidur dan kebersihan.
 Harus bertumpu kepada perkembangan intelek dan penguasaan pengetahuan;
perkembangan moral pelajar serta pembentukan keperibadian yang lengkap
daripda segi tubuh, minda dan watak.

Selain matlamat pendidikan menwujudkan warganegara yang semurna, pendidikan


juga mesti menyedikan pelajar dengan sesuatu kraf atau kerjaya yang membolehkan
individu berkenaan menyumbang kepada kemakmuran masyarakat dan diri sendiri.
Dengan perkataan lain, matlamat pendidikan menurut Ibnu Sina ialah kelahiran
warganegara yang berwibawa, badan dan minda yang sempurna dan dilengkapi
dengan suatu kerjaya.

4.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Huraikan pendapat Ibnu Sina tentang pendidikan.


b) Sejauh manakah hujah beliau relevan hari ini?
today?

13
Bab 4: Al-Farabi and Ibnu Sina

4.7 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA &


KURIKULUM MENURUT IBNU SINA

Bayangkan, lebih 1000 tahun yang lampau, Ibnu Sina telah mencadangkan peringkat-
peringkat perkembangan manusia seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.1

Peringkat Umur
Bayi 0 - 2 tahun
Kanak-Kanak 3 to 5 tahun
Pengajaran 6 to 14 tahun
Pengkhususan 14 ke atas

Jadual 4. 1 Peringkat Perkembangan Manusia Menurut Ibnu Sina

1) Peringkat Bayi : 0 hingga 2 tahun


Ibnu Sina sungguh prihatin tentang bayi yang baru lahir hingga umur dua tahun.
Beliau telah menulis dengan panjang lebar tentang kanak-kanak terutama berkenaan
tidur, mandi, pemakanan dan senaman yang sesuai untuk bayi. Tentang tidur, Ibnu
Sina mencadangkan:

Bayi patut tidur di dalam bilik dengan suhu yang


sederhana dan tidak terlalu sejuk. Bilik itu harus
dilindungi daripada cahaya mata hari. Apabila bayi di
letakan di katil itu, kepalanya harus lebih tinggi daripada
yang tubuhnya. Perlu dipastikan bahawa leher atau
anggotanya atau tulang belakang tidak terbelit (Ibn Sina,
al-Qanun, Vol. I, Cairo, Matbacat Bulaq).

Ibnu Sina menegaskan bahawa bayi perlu


dimandikan lebih daripada sekali sehari. Ibu mesti
menyusu bayinya sejak kelahiran dan secara
beransur memberi makanan selain susu pada ketika
umur dua tahun. Kemudian bayi perlu diberi
makanan pepejal seperti "roti yang direndam di
dalam air dan madu, jus atau susu dan diberi dalam
kuantiti yang kecil" (Ibn Sina, al-Qanun, Vol. I,
Cairo, Matbacat Bulaq)

2) Peringkat Kanak-Kanak : 3 to 5 Tahun


Ibnu Sina menekankan kepentingan pertumbuhan fizikal dan motor di kalangan
kanak-kanak. Beliau menekankan kepentingan permainan dan pendidikan jasmani
tetapi ia harus berbeza mengikut umur dan keupayaan kanak-kanak.

3) Peringkat Pengajaran: 6 hingga 14 tahun


Apabila anak mencapai umur 6 tahun, kanak-kanak sudah bersedia untuk diberi
pengajaran dan Ibnu Sina mentakrifkan permulaan tahun ke-6 sebagai 'peringkat

14
Bab 4: Al-Farabi and Ibnu Sina

pengajaran sekolah rendah'. Beliau tidak mencadangkan sesuatu kaedah pengajaran


tertentu, tetapi menegaskan pentingnya mewujud keseronokan dan kegembiraan
dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pada peringkat ini tiga aspek penting ditekankan:

1. Perkembangan moral kanak-kanak moral, supaya mereka dapat menjauhkan


dia dari mana-mana pengaruh berbahaya yang mungkin membawa kesan
buruk kepada jiwa meraka.

2. Perkembangan jasmani dan kesihatan dan kanak-kanak mesti diberi pelung


bermain dan bersenam. Mainan sangat penting pada peringkat umur ini bagi
pertumbuhan kemahiran motor. Kanak-kanak juga belajar berinteraksi dengan
orang lain dalm kumpulan.

3. Perkembangan minat kepada musik. Ibnu


Sina meletakkan kepentingan musik dan
kanak-kanak perlu diberi peluang mendengar
dan mempelajari musik. Melalui musik, kanak-
kanak belajar keharmonian, rentak dan ritma
yang membawa kepada kebolehan memain
sesuatu alat muzik. Ibnu Sina sendiiri seorang
pemain dan penggubah muzik yang mahir.
Menurut beliau, muzik membawa perasaan
kegembiraan, keseronokan dan kesucian.

PENDIDIKAN ISLAM
Ibnu Sina menegaskan pentingnya pendidikan agama. Beliau menekankan bahawa
kanak-kanak mesti menghafal dan membaca Al-Quran serta mengamal segala yang
wajibkan. Kanak-kanak dihendaki mempelajari puisi Arab, kaligrafi dan tatasusila
Islam. Kanak-kanak hendaklah mengamalkan adab yang baik, menghormati ibu bapa
dan memuliakan tetamu. Puisi yang dibaca kanak-kanak harus membawa mesej dan
nilai-nilai moral yang baik.

4) Peringkat Pengkhususan (umur 14 ke atas)


Apabila kanak-kanak mencapai umur 14 tahuan dan seterusnya, mereka perlu
disediakan dengan sesuatu kerjaya dan dikehendaki mempelajari matematik,
penulisan dan kemahiran praktikal seperti perdagangan, kraf tangan dan membuat
barang kemas. Pelajar diberi pilihan mengikut dua jurusan, akademik (pendidikan)
atau vokasional mengikut kecendurangan masing-masing (Lihat Rajah 4.8). Pelajar
yang memilih untuk mengikuti salah satu jurusan yang akan dilengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran untuk sesuatu kerjaya pada masa depan.

15
Bab 4: Al-Farabi and Ibnu Sina

PERINGKAT PENGKHUSUSAN

PENDIDIKAN (Teori) VOKASIONAL (Amalan)

Rajah 4.8 Cabang Pembelajaran pada Peringkat Pengkhususan

Menurut Ibnu Sina, pilihan pelajar harus diambil kira. Pelajar tidak boleh dipaksa
untuk mengikuti sesuatu jurusan ang tidak sesuai dengan kebolehan dan
kecenderungan mereka.

Guru perlu tahu sama ada sesuatu jurusan adalah sesuai untuk seseorang dan
membimbing pelajar untuk membuat keputusan.

Selepas seorang pelajar telah memilih jurusan yang ingini dan telah maju dalan
bidang berkenaan, Ibnu Sina menasihatkan bahawa pelajar berkenaan diberi peluang
untuk mengamalkan apa yang telah dipelajari. Contohnya:

 Jika belajar perubatan, dia harus cuba mengamal apa yang telah dipelajari
dalam profesionnya

 Jika pelajar mengkaji sastera, kaligrafi dan penulisan, dia harus cuba untuk
menyara hidup dengan menulis,

Pelajar mesti yakin dengan kegunaan apa yang dipelajari dan berusaha untuk
menyempurnakaan aplikasi apa yang dipelajari dan pada masa yang sama belajar
menyara hidup.

4.6 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Komen tentang peringkat perkembangan manusia
yang dicadangkan Ibnu Sina.
b) Sejauh manakah anda bersetuju dengan mata pelajaran
yang harus dibelajar pada setiap peringkat?
c) Ibnu Sina mencadangkan dua jurusan. Adakah idea
ini relevan hari ini?

16
Bab 4: Al-Farabi and Ibnu Sina

4.7 GURU DAN KAEDAH MENGAJAR MENURUT IBNU SINA

KAEDAH MENGAJAR

Ibnu Sina Beliau menyokong penggunaan logik dalam memperolehi pengetahuan.


Melalui logik kemungkinan membuat kesilapan dikurangkan. Beliau mengira
'industri' atau 'kraf' sebagai sejenis pengajaran yang memerlukan penyediaan
vokasional dan pengkhususan.

Ibnu Sina tidak menghadkan diri kepada sesuatu kaedah mengajar. Kadang-kala
beliau menggunakan kaedah syarahan ketika menyampaikan sesuatu. Kadang-kala
beliau mengadakan perbincangan dengan pelajar. Kerap-kali beliau menasihatkan
pelajar-pelajarnya membaca, menyiasat dan mengkaji sambil merujukkan mereka
kepada sumber dalam pelbagai bidang ilmu.

Beliau juga menekankan pentingnya pengajaran berkumpulan kerana ia


menggalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi dan juga pembelajaran tidak
membosankan.

Ibnu Sina juga paling prihatin tentang bahayanya


hukuman fizikal kerana mendera pelajar berlebihan
mungkin melahirkan perasaan membalas dendam.

Ibnu Sina menyedari bahawa kanak-kanak


berkeperluan khas tidak akan dapat mengikuti
jurusan akademik '(teori) atau vokasional
(praktikal).

Beliau mencadangkan bahawa mereka mesti diberi


tempat yang istimewa di bawah pengawasan
warden. Mereka yang mempunyai kurang
keupayaan yang serius harus diberi penjagaan khas,
makanan dan tempat tinggal.

GURU

Ibnu Sina berpendapat adalah penting untuk membuat pilihan yang baik apabila
memilih seseorang menjadi guru. Guru yang dipilih mesti diberi latihan teori dan
moral. Peranan guru tidak hanya terhad kepada penyampaian fakta kerana pelajar
memperolehi tabiat dan nilai-nilai daripada guru mereka. Oleh itu, guru menurut Ibnu
Sina harus terdiri daripada orang yang terbaik, orang beragama, berakhlak mulia, suci
dan mengamalkan nilai-nilai masayarakat supaya mereka dapat menjadi teladan
kepada pelajar. Jika guru menyampaikan ilmu dengan betul dan berperasaan, pelajar
akan meniru kelakuan dan budi mulia mereka; iaitu “pembelajaran dengan meniru”.

17
Bab 4: Al-Farabi and Ibnu Sina

.
4.7 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Apakah pandangan Ibnu Sina tentang kaedah
mengajar?
b) Adakah anda bersetuju dengan pandapat beliau
tentang guru?

KATA KUNCI

Falsafah Islam Kaedah memujuk Peringkat bayi


“Guru Kedua” Kaedah demonstrasi Peringkat pengajaran
Al-insan al kamil Logik Pendidikan Islam
Budi mulia teoretikal „Putera perubatan‟ Jurusan vokesyenal
Budi mulia praktikal al-Qanun Jurusan akademik

RINGKASAN

 Al-Farabi digelar “Guru Kedua ” manakala ahli falsafah Yunani Aristotle


digelar “Guru Pertama”.

 Al-Farabi menggunakan pelbagai istilah untuk menerangkan konsep


„pendidikan‟ yang secara tak langsung merupakan peranan seorang guru.

 Berasaskan al-Quran, beliau menekankan bahawa matlamat utama pendidikan


ialah pengusaan nilai, pengetahuan dan kemahiran ke arah mencapai
kebahagian (happiness) dan kesempurnaan (perfection).

 Menurut Al-Farabi, manusia yang semporna (al insan al kamil) ialah individu
yang telah memperolehi budi mulia teoretikal (theoretical virtues) dan budi
mulia praktikal (practical virtues) yang diamalkan dalam masyarakat.

18
Bab 4: Al-Farabi and Ibnu Sina

 Menurut Al-Farabi, hanya orang bermoral tinggi, tidak taksub dengan harta
dan terdidik dengan sifat qanaah (merasa cukup dengan apa yang dimiliki)
dan ingin mencari kebenaraan boleh dilantik menjadi guru.

 Al-Farabi mengatakan iaitu budi mulia teoretikal dan budi mulia praktikal
hanya boleh dikuasai dalam konteks masyarakat.

 Al-Farabi memperkenalkan dua kaedah mengajar, iaitu „keadah demonstrasi‟


dan „kaedah memujuk‟.

 Al-Farabi menekankan betapa penting guru menerangkan sesuatu konsep


dengan kaedah yang dapat meningkatkan kefahaman.

 Ibnu Sina dilahirkan pada 980 SM di Afshana di Uzbekistan dan digelar


„falsafah Islam terulung‟ dan disanjung tinggi dalam bidang perubatan.

 Ibnu Sina telah menulis dalam semua cabang sains, tetapi beliau paling
berminat dalam falsafah dan perubatan dan diggelar sebagai “putera doktor
perubatan”.

 Komponen tumbuh-tumbuhan terdapat pada manusia dan tumbuh-timbuhan


dan berfungsi bagi menentukan manusia terus hidup dan proses-prosesnya
terdiri daripada pemakanan, pertumbuhan dan pembiakan

 Pelajar diberi pilihan mengikut dua jurusan, akademik (pendidikan) atau


vokasional mengikut kecendurangan masing-masing.

 Pelajar tidak boleh dipaksa untuk mengikuti sesuatu jurusan ang tidak sesuai
dengan kebolehan dan kecenderungan mereka.

 Ibnu Sina juga paling prihatin tentang bahayanya hukuman fizikal

 Ibnu Sina berpendapat adalah penting untuk membuat pilihan yang baik
apabila memilih seseorang menjadi guru.

REFERENCES

Ammar al-Talb (2000). Al-Farabi. Prospects: the quarterly review of comparative


education. vol. XXIII, no. 1/2, 1993, p. 353-372. Paris, UNESCO: International Bureau of
Education.

Abd al-Rahman al Naqib (2000) Ibnu Sina. Prospects: the quarterly review of
comparative education. vol. XXIII, no. 1/2, 1993, p. 53-69. Paris, UNESCO: International
Bureau of Education.

19

Anda mungkin juga menyukai