Anda di halaman 1dari 4

Minggu 5

Tarikh
Kelas
Masa
Bil. Murid
Tunjang utama Tunjang Komunikasi – Bahasa Malaysia
Tema Negara saya
Sub Tema Lagu & Muzik Tradisional
Fokus (BM 2.0) Kemahiran bertutur
Standard kandungan (BM 2.2) Bersoal jawab melalui rangsangan yang diberikan
Standard Pembelajaran (BM 2.2.6) Menjawab soalan dengan ayat yang mudah dan
Utama sesuai
Standard Pembelajaran i) (KTI 2.1.8) Menyanyi lagu dengan iringan muzik
lain yang disepadukan ii) (KTI 2.4.5) Membuat pergerakan bebas mengikut muzik
Objektif pelajaran Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i) Bersoal jawab berkaitan dengan lagu.
ii) Menyanyi lagu “Rasa Sayang Eh”
Kosa kata Piano, gitar, drum, marakas
Alatan dan bahan bantu Gambar alat muzik, muzik & lirik lagu “Rasa Sayang Eh”
mengajar

Set induksi (5 minit) ABM:


- Guru memainkan bunyi alat muzik. (gitar) 1. Bunyi gitar
- Murid meneka apa alat muzik berdasarkan bunyi yang
dimainkan tadi.
Langkah 1 (10 minit) ABM:
- Guru memaparkan gambar alat muzik. (piano, drum, gitar, 1. gambar piano
marakas) 2. gambar drum
- Guru membimbing murid menyebut nama alat muzik tersebut. 3. gambar gitar
- Guru memainkan bunyi bagi alat muzik tersebut. 4. gambar marakas
- Murid diminta mencontohi bunyi alat muzik tersebut. 5. bunyi alat muzik
Langkah 2 (10 minit) ABM:
- Guru memaparkan lirik lagu “Rasa Sayang Eh” di papan 1. Lirik “Rasa
putih. Sayang Eh”
- Guru membimbing murid untuk membaca lirik lagu. 2. Muzik “Rasa
- Guru memainkan lagu “Rasa Sayang Eh”. Sayang Eh”
- Murid mendengar lagu tersebut dahulu.
- Murid menyanyi mengikut iringan muzik.
- Guru membimbing murid berdiri dan bergerak bebas
mengikut muzik.
Penutup (5 minit) ABM: -
- Guru menanya perasaan murid terhadap lagu “Rasa Sayang
Eh”.
- Guru meminta murid menunjukkan kasih sayang terhadap
rakan dan guru.
- Guru memeluk murid satu demi satu dengan penuh kasih
sayang.

Lampiran
Gambar alat muzik
Piano Gitar

Drum Marakas

Lirik lagu “Rasa Sayang Eh”


Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey
(di ikuti dengan pantun klasik/tradisional)
Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey

Refleksi
Pada akhir pengajaran ini, terdapat 90% orang murid dapat mencapai objektif
pembelajaran yang telah ditetapkan. Dalam langkah 1, apabila guru menunjukkan gambar
alat muzik kepada kelas, murid kurang aktif untuk menjawab penyoalan guru. Hal ini
mungkin kerana mereka berasa tidak tertarik dengan gambar alat muzik sahaja. Sehinggalah
bunyi alat muzik dimainkan supaya mereka untuk mencontohi bunyi tersebut, barulah murid
menjadi lebih aktif.

Dalam langkah 2 pula, murid menjadi lebih aktif ketika mereka mengetahui bahawa
ada aktiviti menyanyi. Hal ini kerana murid dalam kelas ini sangat berminat dengan
menyanyi. Apabila saya meminta murid berdiri dan bergerak ikut cikgu, semua murid
menjadi lagi gembira kerana mereka bukan sahaja suka menyanyi, tetapi juga suka menari.
Dengan menjalankan aktivit tersebut dalam langkah 2, keadaan kelas menjadi lebih ceria
gembira dan tidak membosankan.

Sebagai penambahbaikan bagi aktiviti dalam langkah 1, sebagai guru, saya bolehlah
mencari alat muzik yang realiti, lalu membawa masuk ke dalam kelas dan tunjukkan kepada
semua murid. Hal ini bukan sahaja dapat menarikkan perhatian murid berbanding dengan
hanya menggunakan gambar, ia juga dapat memberikan peluang murid untuk merasai dan
menyentuh objek alat muzik yang sebenar.

Anda mungkin juga menyukai